Tuesday 19 April 2011

cerita disebalik tabir tun mahathir di"spray"

Demikianlah ditahun 1853, Karl Marx,mengutip Goethe,tepat dibaris itu,Hat nicht myriadeen seelen/Timurs herrschaft aufgeziehrt? Ia berbicara tentang penjajahan Inggeris ditanah hindustan,tapi ternyata ia tak mengutuknya sekuat leher.Bahkan tulisnya: "Inggeris harus memenuhi sebuah missi ganda di India,yang satu bersifat desktruktif,yang lain bersifat melahirkan kembali.Yang satu penghapusan masyarakat Asiatik.Yang lain meletakkan dasar bagi masyarakat barat diAsia,"
-Catatan Pinggir 19 Mei 1979-

Insiden Tun Mahahtir "dispray" diLapangan Udara Tuanku Ismail Petra,di Pengkalan Chepa, belum lama ini,merupakan cerita panas, yang barangkali tidak akan berulang,dalam lipatan sejarah modern, bangsa melayu. Inilah pertama kali dalam sejarah, bekas Perdana Menteri Malaysia,"disembur,di spray,bahan pemedih mata, pedih dan memedihkan"

Pelakunya telah pun dihukum mahkamah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan. kes selesai, hakim pun menutup buku catatan mahkamah. soalnya, "keadilan", sudah ditegakkan".

"mereka tidak bagi saya cakap, mereka tidak mahu saya bercakap, mereka cuba menyekat saya bercakap," kata Tun Mahathir ketika aku,bersama  wartawan lain, mendapatkan komen beliau, mengenai insiden itu

Interview itu berlaku di Hotel bertaraf lima bintang, satu-satunya hotel lima bintang yang ada di Kota Bharu. Hotel Renaisance. Ketika kejadian itu berlaku, aku berada didalam kereta,disekitar bandar Kota Bharu.
Wee Your Lee, orang nombor dua Bilik Berita TV3, menalipon aku, memastikan visual dan "berita" dihantar segera, breaking news story. aku terus menalipon jurukamera yang berada ditempat kejadian dan dimaklumkan, Tun Mahathir Mohamed, sedang makan siang dihotel Renaisance bersama Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas orang kuat The New Straits Times,dan rakan-rakan

aku terus bergegas ke hotel renaisance, ketingkat enam.Sampai disana, aku melihat ramai rakan-rakan media sedang, menunggu dan menanti, mungkin selepas, makan siang, mereka akan berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamed,untuk mendapatkan komen, reaksi Tun Mahathir Mohamed mengenai insiden itu. Aku terus berjumpa kameraman, mengambil mikrofon dan terus menuju kemeja makan Tun Mahathir Mohamed,duduk sebelah beliau, Tan Sri Abdullah Ahmad, dan memaklumkan kepada beliau, aku ingin interviews Tun Mahahtir Mohamed.

Beliau lantas memaklumkan kepada Tun Mahathir Mohamed, aku pada waktu itu terus melangkah kehadapan dan mengghulurkan maikrofon, dan pada waktu itu aku melihat, teman-teman media lain, termasuk krew RTM, media cetak lain, berbahasa Inggeris, china dan melayu, tergesa-gesa menuju kemeja makan Tun Mahahtir Mohamed.

hampir lima hingga sepuluh minit, Tun Mahathir pun selesai bercakap, pihak media pun beredar, masing-masing  pulang kepejabat,untuk "mengetuk story".Apabila aku berjalan aku tersempak dengan bekas Boss aku, Jasbant Singh, beriau ketika itu bekerja dengan TV stesyen antarabangsa Al-Jazeera dan aku terkejut kerana Jurukamera beliau, aku kenal, Tom Hawkin, yang bersama aku selama seminggu,sewaktu membuat liputan eksklusif di Selatan Thai, bersama bossnya, Tony Birtley dan Davia Gopalan

aku bersalaman dengan mereka dan bertanya khabar, "I'm fine,I'm great,Its fine to be fine" kata Tom Hawkin. Jasbanth Singh pun begitu,bertambah gemuk, tapi sihat. harap-harap tidak terkenya penyakit jantung.Harap jantungnya tidak berhenti berdenyut secara tiba-tiba. We still love you.

Kami mengambil sudut tepi, duduk ,berbicara sebagai teman dan kawan. aku mengeluarkan kotak rokok dan mengambil sebatang rokok untuk merokok, aku nampak Tom Hawkin, terkejut, dia juga perokok kelas berat, dia hisap rokok Benson, aku hisap rokok Salem

"I thought this is not a smoking area," tanyanya pada aku.

aku kata, "it"s ok,this is going to be my hotel soon, i will buy this hotel very soon," kata aku padanya

aku nampak dia terkejut dan kehairanan, macam mana orang seperti aku, mampu dan barangkali dalam pemikiran,wartawan mampu membeli hotel renaisance yang berharga berjuta-juta ringgit

"really" dengan nada kehairan dan serius.

Aku menjelaskan kepadanya, bila aku ada duit banyak, bila aku kaya aku akan membeli hotel ini.menurut perspektif Orang Kaya, yang ada duit banyak, semua barang menjadi "murah harganya" kerana mereka mampu membeli, kita disebabkan "tidak ada duit banyak", tidak mampu membeli, dengan lain perkartaan s emua barang "murah" bagi orang kaya, manakala semua barang akan menjadi mahal kerana orang miskin tidak mampu membeli, apalagi untuk membeli hotel renaissance

tapi ada beberapa "benda abstrak" yang tidak mampu dibeli orang kaya termasuk kesihatan tubuh badan, kasih sayang,poligami dan "isteri kena kanser buah dada", ketenangan jiwa, takut pada kematian dan lain-lain
"I was joking," dan beliau tersenyum

aku bertanya kepada Jasbant Singh kenapa beliau datang ke Kota Bharu, dia beritahu aku untuk membuat liputa berita Tun Mahahtir Mohamed kerana pada waktu itu "wujud" perselisihan besar antara beliau dengan Perdana Menteri kelima, Pak Lah.

Keadaan seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, kerana Pak Lah, menduduki kerusi itu, secara percuma atas ihsan Tun Mahathir Mohamed. menurut pengamat politiek veteran, pak lah, tidak berterima kasih kepada Tun Mahathir, Pak Lah,Melayu mudah lupa, justru itu berlaku "pergeseran dan perselisihan" dengan Tun Mahathir.

Tidak seperti Datok Seri Mohd Najib Razak, dikatakan amat menghormati Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ketiga, yang telah banyak "berjasa kepada bangsa dan negara"

Jasbant juga sama sekali tidak menyangka, insiden seperti itu  akan berlaku keatas bekas perdana menteri malaysia ke tiga

aku difahamkan, Tom Hawkin juga tidak sempat merakam kejadian itu kerana orang ramai dan kejadian itu berlaku terlalu pantas

selepas itu, aku  ke masjid Muhammadai, melakukan solat Jumaat. Selesai solat, bergegas ke Hotel Perdana kerana Tun Mahathir Mohamed, akan memberikan ucapan dan berdialog dengan para hadirin.

selepas berucap aku, melihat bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Hussein Ahmad, naik keatas pentas, berpelukan dengan Tun Mahathir Mohamed, dari raut wajahnya,aku nampak beliau sedih

dan pada waktu itu, aku tidak nampak pemimpin-pemimpin UMNO yang berjawatan berada di majlis itu. barangkali mereka takut dimarah dan dimarah-marah Pak Lah kerana hadir pada majlis "seterunya"(barangkali)

didalam majlis itu, ada satu soalan aneh di kemukakan, tapi menarik perhatian.

bunyinya, jika diberi kesempatan untuk menjadi Perdana Menteri, semula, apakah Tun Mahahtir akan berbuat demikian.

dengan nada selamba beliau menjawab, beliau sudah lama memegang jawatan itu, beliau sudah letih dan sama sekali tidak akan mahu memegang jawatan itu jika pun diberi kesempatan semula

pulang ke pejabat, mengetuk story, jurukamera menghantar visual

SOT-sound on tape..yang aku lepaskan-: mereka tak bagi saya bercakap................................
SOT OUT

bila sampai waktu untuk menonton Buletin Utama,Berita sensasi TV3, visual dan tempat aku interviews Tun Mahathir Mohamed, sama sekali tidak ada,Visual Mahathir Mohamed diinterview pihak media juga tidak dipakai, alasannya boss bilik berita tv 3 pada waktu, bekas setiausaha akhbar Pak Lah, Kamaruzzaman Zainal Abidin, yang entah dari mana datangnya, menggunakan kabel politik,kabel jabatan Perdana Menteri, "terjun dari langit", menduduki kerusi nombor satu bilik berita, menggantikan Datok Chamil Wariya, yang jauh "lebih berpengalaman dan luas pengalaman kerja"berbanding dengan beliau hanya seorang setiausaha akhbar.

Sewaktu beliau menjadi orang nombor satu bilik berita, semua "stringer negeri", bengkak,sesak nafas, kerana sebelum ini TV3, membayar rm400 untuk setiap berita yang disiarkan.Tapi yang mencelakakan,apabila beliau masuk, buletin pagi rm150, buletin tengahri rm 200 dan buletin utama rm300.

dalam mesyuarat semua distringer di Seri Pentas, aggrement telah siap, you take it or you leave it, stringer semua tiada pilihan. Harus akur.



kini Paklah sudah tidak ada, beliau pun sama "ghaib" bersama hilangnya episod kuasa politik Pak Lah.Itulah nasib manusia yang naik,bukan menerusi "merit dan kerja kuat" tapi "kuat membodek". Untuk mencapai status negara  maju,amalan "memasukkan orang-orang perdana menteri" kedalam mana-mana bilik berita perlu dihapuskan.

ini adalah kerana "mereka yang sudah sedia ada ditempat nombor satu" tahu menjalankan tugas mereka, tukar perdana menteri, sama sekali tidak memberi impak kerja kepada mereka. Jika amalan ini masih berterusan, Perdana Menteri juga turut menggalakkan "usaha membodek", justru itu "amalan tolol dan kolot" itu perlu dihapuskan, jika ingin mencapai "status negara maju",bukan maju fizikal saja, tapi maju pemikiran seperti masyarakat barat yang menghomati "sistem" yang sedia ada


Lihat stesyen TV MatSalleh Antara Bangsa, CNN,BBC,ABC, Al JAZEERA, "mana berlaku seperti apa yang berlaku dalam bilik berita, media perdana kita".

jika golongan wartawan, khususnya pihak atasan, masih meneruskan budaya "membodek", apa yang akan diharapkan dari masyarakat banyak jika Perdana Menteri juga "mengaminkan" aktivitas tidak bermoral, tidak beretika dan sama s ekali tidak proffesioanal itu

lain episod, cerita Tun Mahathir, dalam mahkamah sesyen Kota Bharu, beri keterangan kes beliau disembur bahan pemedih mata
sekian.
Jabat ku.titik

1 comment:

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Post a Comment