Friday, 8 April 2011

Job Training-akhbar WASPADA

Pengalaman membuat latihan praktikal diakhbar waspada,medan, sumatera utara, merupakan suatu pengalaman manis yang barangkali sulit untuk dilupakan.akhbar WASPADA ditubuhkan pada tahun 1943, pemiliknya Hajjah Ani Idrus,"wartawati" yang dikatakan mempunyai hubungan profesional yang baik dengan Presiden Pertama Indonesia, Bung Karno

Ia merupakan akhbar yang terbesar dipulau sumatera utara dan mempunyai "oplah"(circulation) yang tinggi pada waktu. ketika ditahun pertama, aku menulis rencana tentang sastera malaysia,penulis puisi dan sering bahan yang dihantar disiarkan pihak editer.

anehnya aku waktu itu, dapat menulis dalam bahasa Indonesia, yang baik.seorang pensyarah, sempat membaca tulisan aku dan bertanya,"lho, kamu mahasiswa malaysia bisa menulis dalam koran(akhbar Indonesia, gimana sih kamu menguasai bahasa indonesia. Aku jelaskan padanya aku banyak membaca akhbar indoenesia. pada waktu itu, tahun 1985, di medan saja terdapat 17 akhbar harian termasuk akhbar analisa, mimbar umum,--sekadar menyebut beberapa nama--

ketika ingin membuat permohonan aku kantor WASPADA, Jln Brigjen Katamso, bertemu dengan editer. katanya, "kami ngak ada, kami ngak ada polisi untuk menerima mahasiswa lokal maupun mahasiswa asing,membuat latihan praktikal dikoran kami

Namanya aidi yusral,beliau menolak permohonan aku dan memberikan semula surat permohonan aku. aku menggucapkan terima kasih, terus beredar dari kamarnya

dalam diri,aku berdiolog dengan diri aku, "ini orang tidak mengenali, siapa marah mahadi hassan. man who never take no for the answer.aku terus pulang kerumah, memasukkan semula surat itu dalam mesin taip, pada sebelah bawah surat itu, aku taip, salinan kepada Duta Besar Malaysia (Dubes) ke Indonesia, Datuk Khatib Hamid

esoknya aku terus kekantor WASPADA dan bertemu dengan editer untuk kesekian kali, aku menjelaskan aku memang berminat untuk membuat latihan praktikal dipers(media)nya, sambil menunjukkan surat semalam,cumabedanya dibawah tertulis tambahan salinan kepada Dubes. setelah selesai membaca surat itu, beliau memberi reaksi,"Lho kenapa harus dikirim ke Dubes,".Tunggu, kami harus rapat(meeting),setelah 15 minit, beliau keluar dan memberikan jawapan positif, aku diterima membuat latihan praktikal,Mahasiswa pertama dari malaysia dan terakhir(barangkali) berkesempatan membuat latihan disitu. setiap pagi bersama wartawan lain,aku turut hadir dalam meeting.aku tidak diberi tugas spesifik. aku cuma dibenarkan, mengikut wartawan yang membuat assigment tiap-tiap hari. aku diletakkan di bahagian general desk, sport desk, meja hiburan,meja jenayah,meja sastera dan budaya dan terakhir di foreign desk,meja luar negeri

editer-editer foreign desk tua-tua belaka, sekitar 50 - 60 an, aku yang paling muda,24 tahun,mereka semua baik-baik, mudah mesra, dan yang paling menarik aku diberi tugas menterjemahkan artikel, rencana dari akhbar the new straits times kedalam bahasa Indonesia, setelah diedit, ianya disiarkan

Upah, bayaran setiap artikel, itu tidak penting,yang penting pengalaman, aku sempat menerima honorium hasil tulisan yang disiarkan akhbar waspada, cukup untuk sekali makan, 3,000 rupiah(pada waktu tukaran rupiah ke ringgit malaysia - 1,000 rupiah = RM 1.80

kenangan manis, kira-kira jam 7 malam, waktu itu aku sedang menaip, tiba-tiba pemilik akhar,Hajjah Ani idrus,(aku kira beliau kini sudah berada dialam berzakh), datang ke meja aku. Barangkali beliau hairan kerana tidak pernah melihat aku sebelum itu, lagipun sebagai pemilik akhbar beliau tidak kerap datang ke kanntor

aku pada waktu itu, berambut gondrong, mencecah kebelakang, berkerinting macam,bulu biri-biri, "siapa kamu,:",aku terus memperkenalkan nama aku,"saya pelajar malaysia,bu, buat latihan praktikum disini, "oh ya, beliau terus beredar dari situ

sewaktu di meja sastera dan budaya, aku sempat menulis tentang nobelis,cerpenis,Norshisam Muspata, dari Gual Periuk.yang menarik, bagi setiap skrip radio,yang dikirim, beliau mendapat rm250, bersamaan, Rp165,000. ketika aku ketaman budaya medan, aku bergaul dengan ramai grup teater,pengarah teater, penyair, salah seorand dari mereka bertanya,"lho mahal sekali bayaran bagi satu skrip radion di malaysia", aku menjawab ya. dia baru saja membaca berita yang aku tulis tentang Norhisham Mustapa

Ahmad CB, penulis lirik lagu belo-belo, kawan baik allahyarham tan sri p.ramli,(aku kira juga sudah berada dialam barzakh) sempat aku tulis "ceritanya" dan disiarkan Berita Harian. editer desk sastera berita harian pada waktu, bapak A. Samad Said, sasterawan negara yang banyak membantu sosok tubuh bernama marah mahadi hassan, menyiarkan "story sastera" yang dikirim dari Kota Ramah Medan

pihak konsulat malaysia dimedan, mempunyai hubungan baik dengan pelajar,khussunya pimpinan pelajar persatuan kebangsaan pelajar-pelajar malaysia di medan

Konsul Jenderal Malaysia di medan pada waktu itu,Encik Takwir Mohd Din,(aku kira beliau sudah pencen), menghormati aku bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai wartawan. malah beliau berpesan kepada aku, apa jua masalah berbangkit dengan konsul jenderal dimedan, jangan tulis ke akhbar malaysia, apa yang berlaku di luar negara dipantau wisma putra. aku kata no problem. sebelum itu, satu minggu saja aku berada di medan, pelajar-pelajar malaysia terkejut dengan tulisan aku,forum pembaca, utusan malaysia, judul, pelajar malaysia di medan baja akhbar basi, itu memang benar, utusan malaysia yang dikirim dari wisma putra, tiba satu bulan, ini bermakna kami membaca berita-berita basi---

berita basi atau tidak, pelajar tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa membaca berita-berita basi, sejak meninggalkan medan,1990, aku tidak mengetahui apakah pelajar malaysia disana, masih menghadapi masalah sama, membaca berita-berita basi atau tidak.Barangkali mereka dapat membaca berita menerusi internet kerana banyak akhbar kini sudah memberikan perkhidmatan on-line
sekian.untuk sementara.

No comments:

Post a Comment