He who tread slowly goes far
-Chinese proverb-
Jumlah penduduk dunia hari ini,correct me if im wrong-,berjumlah 7 billion, dari jumlah ini banyak billion beragama Islam,dimaksudkan dengan beragama Islam dalam konteks syariah Islam,menggucap dua kalimah syahadat mengamalkan rukun Islam yang lima termasuk solat waktu lima kali sehari,puasa pada bulan ramadhan, mengeluarkan zakat,jika mampu, menunaikan haji,jika mampu.
Setiap umat Islam wajib,menunaikan tanggungjawab selagi mereka mengaku beragama Islam. bagaimana pula,ada yang sembahyang tidak cukup lima waktu seharian ? bolehkah ia dikatakan manusia,haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, beragama Islam ? biarkan pertanyaan itu mengangga dan tergangga.titik.Bagaimanapula yang sembahyang pada akhir waktu ? itu isu lain. yang jelas,sembahyang adalah tiang agama,itu penting, itu yang perlu "membudaya dan mendarah daging" dalam setiap manusia yang bernama Islam.
kalau dibuat satu penyelidikan ilmiah, mengenai "isu sembahyang" ini, barangkali dari jumlah itu,tidak ramai (maaf) barangkali yang wajar "dibaptisedkan" atau digelar manusia Islam,sbgmn yang didambakan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
apa yang ingin, aku katakan disini, umat Islam, yang ada dan seada adannya hari ini,(maaf) umat Islam yang tidak "berkualiti" (barangkali) berbanding dengan umat Islam sezaman dengan Nabi Muhammad dan para sahabat. alasan yang diberikan cendiakawan Islam, golongan yang banyak "retorika"kita berada dizaman modern, tidak ada banyak waktu untuk "beribadat", kita berada disatu zaman, yang jauh berbeda dengan zaman para sahabat.
kita berada 1,430 tahun kehadapan,1,430 tahun satu tempoh dan jangka waktu yang paling panjang.anehnya, satu kajian ilmiah tentang ideologi manusia yang dilakukan,penyelidik barat, tidak ada satu ideologi,fahaman, yang dapat bertahan sebegitu lama, sebagaimana agama Islam
kemana saja anda pergi kepelosok dunia, anda akan bertemu dengan masyarakat Islam,sammada mereka, komuniti kelompok kecil atau besar
Umat Islam yang paling ramai didunia hari ini ialah yang menetap dibumi bertuah pancasila,Indonesia 90 peratus penduduknya beragama Islam manakala bakinya krtistian dan lain-lain agama
yang memedih dan memilukann tentang umat Islam diIndonesia, ah..ok, we talk later
dalam kontek hubungan vertikal, diantara hamba dengan Yang Khalik,disedari atau tidak umat Islam hari ini berpecah kepada dua kelompok. satu kelompok hubungan itu perlu berlaku secara langsung. manakala satu lagi berpendapat sebagai hamba perlu ada "perantaraan",(wasilah) penghubung antara hamba dengan Yang Maha Khalik. Penghubung itu ialah Nabi Muhammad s.a.w.dan rabitah, yang mempunyai perhubungan Rohani dengan Nabi Muhammad s.a..w.
Golongan ini memandang dengan pengamatan mata hati, memandang Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Allah Khaidir, Sheikh Abdul Kadir Jailani, diindonesia disebut, presiden wali-wali, sebagai "wasilah", penghubung kerohanian mereka
dan mana-mana golongan tarikat yang wujud didunia hari ini, melakukan "pandangan mata hati",bermula dari guru-guru sheikh tarikat, bersambung dan sampai kepada 3 main figure yang disebut diatas
berbicara tentang tarikat, berpuluh puluh tarikat, yang pernah wujud di jagatraya ini.baik di asia tenggara maupun di asia barat.
fahaman tarikat ini ditolak ramai cendiakawan Islam, malah ada yang beranggapan, golongan ini "tergelincir", alasan yang berikan, hujjah yang diberikan golongan ini, tidak ada nash, hadiths, untuk menyokong pemikiran dan perspektif mereka tentang hubungan vertikal mereka dengan Yang Maha Khalik
golongan ini mahukan hadiths dan menolak pandangan ulama-ulama, sheikh-sheikh guru tarikat
berbalik kepada persoalan ini, anak murid Tok Kenali, Ustaz Haji Ahmad Haji Che Din, Mat Janggut, asal kedah, dalam kitabnya Mengenal Tuhan yang bernama Allah, dalam ubudiah dan minta tolong,diterbitkan al Yunus Media,Selangor,hp 013-2303274, menulis ada bukti kukuh menunjukkan ulama-ulama besar Islam terdahulu, mempraktekan "wasilah" dalam ibadat mereka
Beliau menulis pengertian wasilah mengikut pengertian ahlihaq iaitu penyerahan diri zahir dan bathin seorang murid dengan penuh yakin,haqqul yakin dan a'la haqqul yakin yang benar lagi lurus kepada gurunya untuk ditarbiyah dan dilatih akan dirinya zahir dan bathin serta untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah atas ketinggian pangkat, kemulian,kebesaran iman taat gurunya disisi allah............sehingga kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. samada mereka masih hidup atau pun sudah mati yang menjadi mursyid maddah makninya dan murabbinya.
pada halaman 47,beliau menulis, antara ulama-ulama yang menyokong rabitah dan wasilah ialah sheikh muhyidin Abdul Qadir Jailani dalam kitabnya Qasidah Ghausiah dan Sirrur Asrar, sheihk Hussein Ahmad Ad-Dusari, dalam kitabnya Ar Rahmatul Habitah, Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam kitabnya Assyariat Wal Thoriqoh, Syeikh Islam Al-Madani, heikh Ibrahim Hilmi Al-Qhadiri dalam kitabnya Midarijuh Haqiqah, Sheikh Abdul Samad Al-Palembangi dalam kitab Hidayatus Salikin,Sheikh Daud al-Fathani dalam kitab Diya'ul Murid, Sheikh Muhammad bin Abdullah al-Khalidi dalam kitabnya Al-Ahjatus Saniah, Syeikh Abdul Qossim Al-Junaid Al-Baghdadi dalam kitabnya Ar-Rahman al-Habitah,(karangan sheikh hussein ahmad), Sheikh Ibrahim Ad Dasuki,Sheihk Ibnu Abi Daud Al Hambali dalam kitanya Tuhtaful ibad, Sheikh Syahid Hassan Al-Banna dalam kitabnya al-mathurat, sheikh imam ahmad bin hambali dalam kita ar-risalah al-qusyairiah,(karangan sheikh abu qossim al-qhusairi, Quwwatull Qulub (karangan sheikh abu rhalib al-maki, Imam Ghazali dalam kitab Ihya ulumudin dan Raudah at-tholibin wa'amdatus salikin dan syeikh Tajudin ibnu Abnu Atoilah Iskand dalam kitabnya Lathaiful matan.
persoalan besar yang perlu dibedah dan belah intipatinya, golongan yang manakah yang benar dan golongan manakah yang tidak benar
jika kita menyimak dan melihat sejarah kehidupan ulama-ulama besar dahulu, banyak masa yang mereka gunakan, habiskan ialah berada dirumah-rumah allah,dimasjid, madrasah, surau. ini adalah kerana mereka mengetahui, tempat yang paling allah,suka sekali didunia yang serba fana ini, ialah masjid, surau,madrasah, tempat ibadah
anehnya, ramai golongan cendiakwan islam, makan gaji besar, bekerja dengan instituisi agama, tidak banyak menghabiskan "masa dirumah allah" tapi mereka bercakap "berapi-rapi" tentang Allah, tentang Islam.
dalam sejarah dan tamaddun moden manusia hari ini, tidak ada satu pun kerajaan yang dapat menandingi dan menyaingi kehebatan Kerajaan Islam Othmaniah, Turki, yang bertahan selama 625 tahun !
perlu di perjelaskan Kerajaan Islam Othmaniah mengikut aliran fahaman Tarikat Naqsabandiah,Raja-Raja mereka mereka mengamalkan "wirid-wirid tarikat naqsabandiah", ini jelas terbukit jika anda berkesempatan melawat museum Tokapi di Istanbul, anda akan melihat peta "Big Turkey" dan "smal turkey". peta big turkey akan memaparkan keluasan empayar kerajaan uthmaniah sehingga keeropah timur termasuk hungary, bulgaria, romania, russia manakala diafrika sampai ke chad !
bila anda melangkah kaki, memasuki mesuem, anda akan melihat, secara kronologi photo dalam frame, Raja-Raja Kerajaan Othmaniah, berserban dan yang menarik pengamatan dan perhatian saya "wajah-wajah mereka jernih",pancaran "nur,cahaya" pada wajah mereka jelas,sinar mata mereka jelas, ini ada hubungkait dengan pengamalan,zikir dan wirid, yang mereka amalkan sepanjang kehidupan mereka
secara umum perlu diperjelaskan, jika seseorang islam mengamalkan tarikat,mereka perlu menghabiskan wirid yang diberi guru mereka dalam tempoh tertentu, difahamkan penganut aliran naqsabandiah, perlu berzikir 10,000 kali dalam masa dua puluh jam
dan di titik kembang ini, saya melihat, musuh Islam, orientalist Islam, mencari jalan supaya Islam berpecah dan tetap berpecah. mereka mereka cipta dan mewujudkan ulama-ulama Islam yang menolak konsep rabitah dan wasilah dalam pemikiran umat Islam. fahaman ini,didakwa dan dikatakan "terkeluar" dan hari ini, ramai kalangan ulama, cendiakawan Islam, khususnya lepasa universiti al-azhar mesir, menolak konsep dan fahaman ini i, akibatnya ramai orang ramai, yang tidak tahu banyak tentang rabitah dan wasilah, turut sama menolak fahaman ini
bayangkan, apa salahnya umat Islam, berzikir dan terus berzikir khusunya golongan tarikat melakukan kerja-kerja rutin, mereka juga bekerja, makan minum, seperti manusia lain, cuma perspektif mereka terhadap dunia berbeda dengan "manusia modern". Bagi mereka dunia ini dunia, kasi carlo,bahasa urdu, bermakna dunia pinjaman sementara.
Thum kusnahi hey, may kush nahi hey, allah bot bara(bahasa urdhu)--terjemahan--awak tidak mempunyai apa-apa,saya juga tidak mempunyai apa-apa, Allah Maha Besar.
dalam hal 49,Tuan Guru Haji Ustaz Mat Janggut menulis, kata Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani bahawasanya Tuan Guurunya, Sheikh Yussof Kenali, ada memberitahunya, bahawasanya,Tok Guru Sheikh Ahmad Fathani, itu pakar rujuk kepada kerajaan Islam Othmaniah, Turki da pakar rujuk kepada kerajaan Mala-U Islam Asia Tenggara, beliau terkenal diseluruh Afrika Utara, Andalusia, Hijaz,India dan Balkan.Kebanyakan ulama Islam diawal abad ke 20 Masehi khasnya adalah anak murid beliau, antaranya termasuk Tok Guru Saya Sheikh Yusoff Kenali Kelantan.
mengikut cerita tok guru saya,tok gurunya sheikh ahmad fathani, melaksanakan rabitah dan wasilah sebelum memulakan dan melaksanakan apa-apa kerja, caranya dipandang dengan matahatinya sehingga terbit jelas kepada mata zahirnya dihadapannya itu sultan wali sayyid sheikh muhyiddin abdul Qadir Jailani, Nabi Khaidir a.s.,Sayiidina Ali KRW, dibahagian kanannya Sheikh Abu Hassan Sazili,Sayidina Abu Bakar Assidiq dan Malaikat Jibril,disebelah kirinya Sheikh Ahmad Kabir Rifai'e,Saidina Omar dan Malaikat Izrail,sebelah belakang bahagian kanan syeikh ahmad badawi,saidina usman dan malaikat israfil,dibelakang kiri,syeikh abi madyan al-maghribi,saidina abdulrahman Auf dan malaikat mikail, neraka dan segala ahli isinya, azazil dan segala anak cucu dan bala tenteranya dibahagian bawah, tidak boleh meninggi dan menunjuk kuat,gagah sama sekali,hancur binasa selama lamanya seumpama, garam hancur kena air mutlak.Nabi Muhammad saw dibahagian hadapan sekalisebagai imam yang maha agung, syurga dan segala isinya disebelah atas, seluruh malaikat dan segala bala tentera allah didalam alam kejadian allah dibahagian kanan,belakang dan kiri, meninggi dan menang mutlak selama-lamanya.Selepas itu beliau mengaku menggucap : La hau la wala,Quata Illa Billah hil ali Yil Azim.
Beliau berlutut dihadapan rasulullah dialam tinggi,beliau perhilangkann sekelian wujud benda dan masa alam kejadian Allah termasuk dirinya, Yang ada permulaan ada, Yang ada akhir ada dan yang ada permulaan ada,.tidak ada akhir ada termasuk masa yang disertakan untuk mengenali sesuatu daripada alam,tidak ada sama sekali pada hakikat kejadiannya.
aku kira cukup untuk sementara.
selamat.
3 comments:
silakan, saya cari Abu hassan Sazili, (ali sazili) dulu anggota DPR RI, teman dan saudara saya. I hope you can help me to find him in indo. al Hamdulilah.
Yves dari Perancis. Silakan kirim message di yvesmarchio@yahoo.fr.
assalam.. adakah saudara ahli abjad?
Drpd.bentuk penulisan tu gaya ahli abjad.
Post a Comment