Orang tua punya kelebihan,mereka punya kesalahan(dosa) kita tak punya
-Goenawan Mohamed-Jakarta
"Saya tidak berharap banyak dan saya tidak kecewa banyak menghadiri forum puisi indonesia 1988" itulah jawapan ringkas,padat dan pendek, dari penyair muda Indonesia, asal Tasik Malaya, Acep Zam Zam Nor,ketika saya interviews beliau di Taman Ismail Marzuki, Jakarta, 23 tahun lampau.
Belum lama ini, beliau datang ke Malaysia dan menghadiri forum diskusi sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka,di Kuala Lumpur. Beliau sama sekali berbeda dari fizikal, time is eating him away, (barangkali) menyebabkan acep hari ini,bukan acep yang saya wawancara suatu,waktu yang agak sudah berjarak,lama dulu.
kalau waktu itu, menjadi ukuran, kini bayi kecil itu, sudah menjadi remaja, kalau gadis sunti, gadis sunti itu sudah beusia 23 tahun,kalau gadis itu tinggal dikawasan pedalaman, kalau gadis itu, anak orang asli,ianya sudah beranak tiga atau empat.
Saya kira,jikapun saya berkesempatan bertemu dan berbicara dengannya, barangkali ia mememerlukan banyak saat, ia memerlukan banyak "detik" untuk mengimbau dan mengimbas kembali lintasan pertemuan saya dengan dia.atau juga barangkali, saya perlu memberi penjelasan, menjelaskan kepada dia,saya dan dia bertemu di Taman Ismail Marzuki Jakara, 23 tahun lampau, saya interviews beliau dan keluar "wajahnya" dalam Berita Harian April 1988
Bertolak dari titik kembang itu, (barangkali) penyair muda malaysia mulai mengenali Acep Zam Zam Nor dan kalau tidak silap saya, Sastrawan Negara A. Samad Said dan Hanapiah Samad, pada waktu, editer Sastra dan Budaya Berita Harian, yang juga bekas setiausaha akhbar Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin(kini) Timbalan Perdana Menteri,berusaha "keras mengadakan Forum Puisi Muda Malaysia 1990" dan terbitlah Antalogi Penyair Muda Malaysia 1990, memuatkan koleksi .himpunan puisi penyair-penyair muda malaysia,pada waktu itu terpilih 200 penyair muda,dari setiap negeri,nama aku Marah Mahadi Hassan, juga termasuk dalam lingkaran itu justru menyumbang beberapa ekor puisi, berlatarbelakangkan daerah kepenyairan Indonesia. Koordinater antologi itu, penyair, asal,Pasir Puteh, Kelantan, Ladin Nuawi.
Tapi hari ini, "sudah tidak ada lagi" Forum Puisi Penyair Muda Malaysia",ianya sudah berkubur, bertimbus dan tertimbus tanpa batu nisan. Ini lah mentaliti dan sikap,"kita-kita yang mendakwa, mendewa dan memperjuangkan" sastera ? Sebab negara kita yang namanya Malaysia, malaysia boleh, serba boleh, boleh menghidup dan "memampuskan forum puisi penyair muda malaysia" pada bila-bila masa yang mereka suka
mereka-mereka ini yang mempunyai kuasa apabila ditanya kenapa tidak ada lagi Himpunan Penyair-penyair muda Malaysia ? Jawapan yang diberikan Dewan Bahasa dan Pustaka,"tidak ada peruntukan kewangan"(barangkali). Lalu timbul pertanyaan, agensi kerajaan atau kementerian manakah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan peruntukan supaya Forum Puisi Penyair Muda terus berkekalan diadakan dua tahun sekali ? apakah Jabatan Kebajikan masyarakat malaysia perlu mengambil tahu dan menyediakan peruntukan kepada golongan"penyair-penyair" untuk menghidupkan Forum Puisi Penyair Muda Malaysia ?
atau peruntukan kementerian pertahanan perlu disalurkan kepada "golongan menyair" kerana penyair juga pejuang bangsa, mengangkat, mendaular, martabart bangsa melayu dipersada antara bangsa ?
atau sememangnya "penyair dimalaysia tak ubah seperti pengemis, yang perlu mengemis untuk mengadakan satu acara besar? Berapakah "harga diri,nilai seorang penyair di negara kita hari ini
diIndonesia kerajaan Indonesia memberikan penghormatan besar kepada penyair, Penyair Subagio Sastrowidoya(kini sudah dihantar ke alam berzakh,) sewaktu menghadiri pertemuan teater Indonesia 1986 di padang Sumatera Barat, disediakan sopir dan mobil dari kantor Gobenor Sumatera barat, untuk membawa beliau dari satu tempat kesatu tempat, Bapak A. samad ismail, juga dijemput untuk bersama beliau ke Bukit Tinggi, tapi ditolak dengan hormat kerana Pak Samad ada urusan lain
semua Penyair muda Indonensia 1988, di"dokumentarasikan", divideokan aksi pembacaan puisi mereka dan disimpan dalam kantor Dokumentarasi Hb Jassin ketika Forum Puisi Penyair Muda Indonensia 1998 berlangsung
yang jelas, sikap "kita" dewas sastera kita, dan kerajaan yang memandang dengan sebelah mata(barangkali) kewujudan penyair menyebabkan masalah yang ada dan seada adanya terus berlarutan
Penyair Leon Augusta, Sekretaris Dewan kesenian jakarta pada waktu itu memberi penghormatan puncak kepada saya sebagai "peserta peninjau" dari malaysia untuk mendeklamasi kan puisi pada malam itu bersama penyair muda indonesia yang lain, saya tolak dengan hormat, alasannya saya datang sebagai wartawan untuk tan, membuat liputan, bukan sebagai penyair, meskipun dalam hati, dan nadi saya mengalir darah,darah merah, lambang perjuangan,to live is too struggle
kalian semua tahu, berapakah "honorium" yang saya dapat,cek yang saya dapat dari akhbar Berita Harian hasil tulisan saya, Forum Penyair Muda Indonesia, ah ..lumayan..dari perspektif rupiah..dan "ngeri" dari perspektif ringgit, tambang menaiki kapal dari pelabuhana Belawan, Medan ke Pelabuhan Tg Periuk, Jakarta RP30,000(RM50) ringgit, dua malam tiga hari diatas kapal, dari pelabuhan ke Taman Ismail Marzuki, saya sudah lupa. tambang bas,pulang dari Jakarta ke Medan,(3 hari tiga malam) RP 30,000(RM50)
Berita Harian cuma menghantar cek bernilai RM50,hasil tulisan saya itu. Itulah "mentaliti editer sastra",yang mendakwa, memperjuangkan "sastra" tapi tidak memikirkan "kebajikan", marhain sastra, atau barangkali juga mereka melihat, golongan penyair,manusia haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, sejenis spesis yang "makan rumput" dan tidak pandai "bermain dan menggunakan wang", justru "karya-karya sastera golongan sasterawan baik puisi,cerpen, novel tidak perlu di bayar "mahal" dan "mahal mahal" kerana "harga diri komuniti, khalayak sastera" di negara kita, dinegara serba boleh, lebih "murah" dari "makna perkataan "murah itu sendiri" atau bagaimana ?
Selamat, Jabatku,titik
No comments:
Post a Comment