Thursday, 21 April 2011

TV3, TengkuMahkota,kini Sultan Muhammad kelima dan kemanusiaan

Inhumane accelaration of historical change
-Susan Sontage-Catatan Piggir,
22 Maret,1980

Pernah suatu saat, ketika langit masih mahu lagi mencerahkan dirinya, ditengah-tengah bandar Kota Bharu, yang  semakin "baru", dengan bangunan baru-baru,meskipun masih, ada tandas,tandas awam yang separuh kotor dan separuh bersih,tandas restauran,pun begitu, aku bertemu dengan seorang pelancong barat, beliau berkata selesa berada di kota bharu, aman, damai dan harmonis. "dead and sleepy town," no,nite life,"ktanya

namanya? aku sudah lupa, lagipun apa ada pada nama ?

"People here are nice, foods are very deliciouis, certain food too much sugar," katanya.

Barangkali beliau cuba membandingkan "nite life" di kota Bharu, sama dengan nile life di Hatyai, Bangkok, Ho chi minh city, Bombay, Bombay after dark, New York, Tokyo,Seoul,-suatu perbandingan sama sekali tidak relevant

katanya lagi, negara ini, negara malaysia, malaysia boleh, "kerana" mempunyai "banyak raja", tapi tidak berperang hidup aman dan damai

negara ini, unik, tidak ada negara didunia modern hari ini, mempunyai banyak raja seperti malaysia,tapi "instituisi raja" tetap dipertahankan. sesama raja, tidak ada apa-apa faktur yang menyebabkan mereka tidak selesa

apabila seorang bloggers, dikatakan menghina sultan kelatan kelima, sekumpulan bukan kerajaan n-g-o membuat lapuran polis, supaya bloggers berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

sewaktu berkhidmat dengan TV3, aku beberapa kali  berkesempatan"interviews" beliau, secara spontan, tanpa temu janji. Aku melihat, baginda seorang raja, dulu Tengku Mahkota sebagai yang "less protocal", bersedia bertemu dengan wartawan dan tidak takut pada lensa kamera

bersedia menjawab soalan yang dikemukakan secara mendadak dan baginda pula memberikan jawapan secara spontan, jawapan yang diberikan, tepat dan tidak "terpesong atau missed the point"

Kali terakir aku mewawancara beliau di hadapan Masjid Gua Musang, hari Jumaat,tahun lepas, awal tahun, selepas beliau "melakukan penyembelihan dua ekor lembu" wakil penduduk kampung menyerahkan memorandum, mengenai "isu tanah kapor puteh", selepas menerima memorandum itu, baginda lantas, bergegas, menuju kekereta, ketika itu, aku sudah standby dilaluan, jurukamera,siap merakam visual, aku terus masuk kehadapan dan menjolokkan mikrofon TV3.,dan bertanya apakah tindakan yang akan dilakukan terhadap aduan itu.

"Kita kira semula,(kita akan buat perbincangan semula)" katanya, sambil meneruskan perjalanan menuju kekereta

Berita itu disiarkan dalam Buletin Utama,pada malam itu, kata-kata, "kita kira semula",juga disiarkan

Tiga hari selepas peristiwa itu, ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra, dilapurkan "gering" dan dimasukkan kehospital HUSM Kubang Krian.

aku difahamkan, "berita yang disiarkan" TV3, tidak ada kena mengena dengan "masalah kesihatan tuanku".

Selain, mewancara baginda disitu, aku beberapa kali, menginterview baginda "on the spot". sewaktu menaiki bot sungai, meninjau kebersihan sungai kelantan, di dabong aku berkesempatan menginterview beliau, ditebing sungai kelantan

Baginda pada waktu sudahpun berada didalam kereta, apabila dimaklumkan,pegawai media, TV3 untuk menginterview beliau,beliau berkata perlu cepat ke satu majlis, "come on, it's only take five minit" kata aku kepada beliau. Beliau menoleh kebelakang, memandang aku,mamakai vest TV3, kartu wartawan, memegang mikrofon TV 3, beliau terus mematikan enjin kereta, yang akan dipandunya sendiri,keluar dari kereta

aku terus melangkah kehadapan, dan memberitahu,apa yang aku inginkan dari beliau, selepas, beliau melawat sungai kelantan.

aku menjelaskan kepada beliau, pertanyaan yang aku akan tanyakan, sebelum jurukamera, merakam visual, aku meminta baginda memberi komenter, mengenai kebersihan sungai kelantan, sepanjang baginda menaiki bot bermula dari Tangga Bradley Kuala Krai sehingga ke Dabong

apabila beliau ready, aku memberi clue ok, baginda terus bercakap dan response terhadap pertanyaan aku

moreor less, baginda cuba berkata, "not bad", air sungai kelantan masih bersih berbanding dengan sungai -sungai di pantai barat

toh begitu, ada banyak lagi kalau tidak silap,even-event aku,sempat interviews baginda

menurut pandangan aku, secara pribadi, baginda seorang yang easy to be with,simple dan prihatin terhadap masalah rakyat,baginda banyak kali turun ke padang, memberi banntuan kepada orang miskin dan golongan marhain

hubungan baginda dengan press dan media kelantan? sulit untuk dikatakan, yang jelas menurut padangan aku perlu ada pendekatan dari pihak istana atau pihak press sendiri, untuk merapatkan diri dan melihat "in person" baginda", sultan mohamed kelima,dikatakan seorang yang Islamik

satu kelebihan dan keistimewaan yang ada pada baginda, yang tidak dimilik, sultan lain, baginda mahir , melakukan penyembelihan lembu,dari mana baginda belajar, pihak media tidak tahu persis, yang jelas, baginda tahu apa yang baginda lakukan.

sekian.titik
jabat ku

No comments:

Post a Comment