Saturday, 16 April 2011

Sokrates, Karl Marx : Kita dan Indonesia

"Sokrates ?", tanya petugas pendaftaran mahasiswa baru hairan,ketika ia menyebutkan namanya tiga tahun yang lalu,Sokrates mengangguk, dengan harapan bahawa kehairanan itu secara resmi akan selesai.Tapi ia tahu petugas pendaftaran itu masih menyimpan calon ketawanya diperut.Ia maklum meskipun ia juga maklum bahawa bapanya menyukai nama-nama besar dari sejarah dunia yang sebenarnya tak dikuasainya betul.Maka ia berkata : What's in a name? adik saya bernama Karl Mark.
Catatan Pinggir 26 November 1977

Aneh,lucu, menggeli dan paling jauh,membawa kita untuk berfikir, apakah ada dari sekelian banyak penduduk malaysia,yang berjumlah 27 juta, khususnya ibu bapa memberikan "nama anak mereka, yang dilahirkan secara tidak sengaja,sesungguhnya antara sengaja dan tidak sengaja tidak ada "batasnya",-bernama sedemikian "rupa"

Tapi itulah realiti,cermin kehidupan, fakta,yang berlaku disebuah daerah diIndonesia,suatu waktu yang sudah berjarak dulu,seorang bapa,yang berjiwa besar,mahukan "anaknya menjadi "manusia besar",persis seperti Sokrates ataupun Karl Marx,atau bapanya sendiri,belum membaca buku The Red Book,garapan tangan Bapak Komunis, Karl Mark

Sokrates memang terkenal dizaman Yunano Kuno, sebagai ahli Filsafat, dijatuhkan "hukuman mati" pemerintah kerana dianggap terlalu sering menerjahkan para pemuda dengan pertanyaan demi pertanyaan sehinggakan para pemuda itu berfikir.

ternyata pada wakktu,itu terlalu banyak berfikir, terlalu banyak bertanya "kepada pemerintah" dilihat "satu dosa politiek, terlalu banyak berfikir dan mempertikai dan mempersoalkan kebijaksaan pemerintah, satu dosa politik

lalu di negara kita Malaysia boleh, malaysia serba boleh, bagaimana keadaan "mahasiswa kita",? apakah mereka kurang berfikir,malas berfikir atau tak mahu berfikir tentang yang aneh-aneh atau mereka sudah manja dengan kehidupan, mereka sudah selesa dengan kehidupan atau bagaimana?

"Nik,kamu sudah pacar," kata temansiswa satu lokal,disebuah universitas tempat aku sempat aku kuliah,26 tahun lalu
"aku ngak punya pacar," kataku selamba
"pacaran sama,aku lah," katanya serius
"ngak mau aku, kamu jorok(kotor) kataku tegas

dialog itu berlaku disautu pagi, yang langit masih cerah, dalam kelas,suatu realiti cermin kehidupan, barangkali serpihan kecil dari sekian banyak "happening" yang berlaku di beribu-ribu kampus universiti lokal, bangsa serumpun

aku pada mulamya kaget, terkejut, aneh dan kehairanan, seorang mahasiwa perempuan ,"not bad"secara fizikal, menawarkan diri untuk aku menjadi "pacarnya"

satu perisitiwa yang aku kira not very often berlaku dikampus-kampus universiti tempatan. setelah aku membuat counter check, dengan teman -teman lelaki, "Jangan Nik, Jangan, "anak itu,tinggal disana.....she is every bodys's women, she get paid for the services offered," kata teman aku

terkejut dan terpesona, dengan teman mahasiswa aku itu, "penjual daging ramah", untuk hidup dan meneruskan kelangsungan hidup. dan apabila media tempatan belum lama ini , mendedahkan ada kalangan mamasiswi, siswi, tempatan, "menjual sekangkang kera","daging ramah", untuk hidup "mewah-mewah", aku tidak terkejut besar, kerana di "sana" happening itu "sudah sekian abad berlaku"dikampus"-kampus,secara senyap dan secara sembunyi.

soalnya, "mereka dihimpit kemiskinan",mereka dibalut "kelaparan":  mereka perlu makan nasi,perlu bayar kos sedaco(penangungkutan awam)bayar kos penginanapan,perlu bayar yuran universiti,mereka perlu bayar itu dan  , jalan pintas, "menjual apa yang tidak patut dijual", daging ramah,dan nilai diri mereka

berbalik kepada sokrates, berfikir terlalu banyak dikalangan mahasiswa lokal, soal politik,tidak boleh, urusan politik harus diserahkan kepada "manusia politik", justru itu perlu wujud, Akta Univiversiti dan Kolej, politik menjadi buah khuldi terlarang dikampuskampus di negara kita, tugas mahasiswa hanya perlu belajar-jangan fikir soal politik, jangan fikir masalah kemiskinan,pengangguran,masalah hutang negara, masalah jadi menteri dua penggal, ada wang simpanan berjuta-juta ringgit dalam bank,pakai nama proxy,itu semua "urusan manusia politik", mahasiswa tidak perlu berfikir banyak, mind your own damn business, manusia politik "tahu apa yang mereka buat", manusia politik tahu apa yang paturt mereka buat "untuk membuncitkan perut yang sudah",sekian lama bunit, "manusia politik tahu, what is the good, the bad and the ugly" untuk rakyat

rakyat golongan marhain,hanya perlu "menggangguk-anggukkan kepala",tanda bersetuju,apabila menghadiri majlis-majlis keraian manusia politiek, mereka tidak perlu "menggeleng-gelengkan kepala"m itu berdosa, dosa politek


dan ramalan saya hampir tepat apabila saya meramalkan pembangkang akan mendapat antara 15 - 20 kerusi dewan undangan negeri sarawak, dalam pilihanraya semalam. keputusan muktamaf : f BN menang  55, pembangkang 15 dan bebas 1

ada pertambahan kerusi bagi pembangkang disarawak. Bagaimana pula dengan PRU ke 13 nanti ? apakah BN akan dapat melakukan "survival politik" ? apakah BN akan menambah kerusi 144 kerusi parlimen yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu ?
ada pendapat mengatakan BN akan mampu berbuat demikian. alasan yang diberikan, imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, semakin pulih, kuat bekerja, banyak polisi yang dibuat untuk kesejahteraan rakyat, dari semua peringkat

malah, indikator rakyat sudah "selesa" dengan anak allahyarham Tun Abdul Razak ini, dijangka memberi kekuatan kepada Barisan Nasional-B-N untuk terus menang dan mengekalkuasakan politiek, untuk terus memerintah negara malaysia, negara serba boleh

sewaktu membuat lapuran berita untuk Sistem Television Malaysia Berhada, TV3, suatu waktu tidak berjarak dulu,  distadium sultan muhammad keempat, ,aku berkesempatan bertemu dengan Amien Rais, salah seorang penceramah undangan Pas pada malam itu, Beliau ditemani bekas wartawan utusan malaysia, sdr Subky Latif, yang kerap kali bertanding tapi tidak pernah, aku minta untuk interview beliau, soalan yang aku terjahkan kepada beliau, "apakah angin reformasi juga bisa berlaku di Malaysia," Jawabnya ringkas,"Reformasi juga bisa berlaku dimana-mana, diseluruh dunia,termasuk juga di malaysia," jawabnya tegas

ternyata, kenyataan itu tidak berlaku dalam Pru ke 12 lalu, kerana (barangkali) Amien Rais, lupa, di malaysia terdapat ramai "middle class" society, berbanding Indonesia, "angka ini amat minumum"

3K, kemiskinan, kebuluran, kelaparan dan manusia-manusia, luka, duka,sepi, sedih dan mengejar "mimpi-mimpi"(barangkali tidak banyak berbanding dengan manusia luka di negara serumpun)

inilah barangkali, menjadi kekuatan politiek kepada BN untuk terus menang dan menang dalam setiap kali pilihanraya umum diadakan atau bagaimana ?

bagaiamana pula dengan generasi muda, penggundi generasi muda, khusus golongan belia,pelajar ipta dan ipts ? apakah golongan ini cenderung untuk menyokong BN atau sebaliknya

berdasarkan sumber yang diperolehi, 7 juta penggundi baru golongan muda, first time voters, akan menggundi dalam PRU ke 13 ini,mereka ini terdiri dari golongan belia, pelajar ipta dan ipts. ada pendapat, khsususnya dari pembangkang, jika "kesemua" mereka ini, menyokong pembangkang :BN akan menemukan kesulitan besar, untuk "menang besar"

apapun berbalik kepada persoalan , what s in a name (apa ada pada nama), banyak "benda" ada pada nama, ada pemilik nama, yang mahu, didepan namanya ada pangkat, seperti politikus, businessman, pertubuhan bukan kerajaan,n-g-o, sebagai suatu pembuktian, mereka "telah banyak berjasa dan memberi, membeli dan menjual jasa pada masyararakat, ada yang sanggup bergadai bergolak (maaf) untuk mendapatkan "gelaran itu", bagi mereka "itu semua penting", meskipun dialam barzakh, kelak, itu semua tidak penting, itu semua nihilisme, dardaisme, dan surelism, dialam jabarut

sebelum titik, teringat aku pada sastrawan agung indonesia, pengasas karya sastera aliran absurdisme di Indonesia,Iwan Simatupang, asal Sibolga, Sumatera Utara, lama menetap di Paris, dalam sebuah karya sasteranya, sempat menulis,"Di Syurga tak pakai kartu nama". titik.titik yang sendu.titik.
Jabatku.titik

No comments:

Post a Comment