Because the sky is blue i cry-The Beatles
Disebabkan hidup ini indah, aku menangis sepuas-sepuasnya
-Sapardi Djko Domono
"Since Marah Mahadi Hassan from kelantan, better for him to stringing for there", tulis Ketua Pengarang Berita Harian, Datok Nazri Abdullah kepada Ketua Biro Berita Harian KBb, Norhayati Said,pada suatu pagi yang cerah
Dari situlah bermulah tugas aku sebagai Pemberita Sambilan, Berita Harian Kota Bharu. sebelum beliau menulis memo itu, aku sempat berbicara dengan beliau dan menjelaskan aku baru tamat belajar dari medan, bidang pengajian journalisme. sebelum itu, beliau cuma mengenali aku melalui BY LINE.
Ketika itu Bapak A. Samad Ismail,(semoga allah mencucuru rahmat keatas rohnya), berada tidak jauh dari meja Datok Nazri Abdullah.
sambil melambaikan tangan kearah Pak Samad, supaya datang kemejanya, beliau berkata, " student kita baru tamat belajar kewartawanan dari Indonesia,"
Pak Samad terus datang kemeja beliau, saya bangun dari kerusi, tunduk hormat, bersalaman dengan Pak Samad.
"I was in Jakarta, 1955, together with Moechtar Lubis," katanya.
Beliau lantas bertanya, asal usul saya, saya menjelaskan, saya berasal dari kelantan
"orang kelantan, rajin bekerja, perempuan kelantan gigih bekerja," katanya, Saya mengganggukkan kepala, tanda bersetuju dengan beliau.
setelah seketika berbicara
dengan saya, beliau terus beredar dan saya menggambil memo dari Datok Nazri, minta izin untuk pulang
Itulah sebuah sketsa, dialog realiti kehidupan yang berlaku didalam kantor Berita Harian, belum lama ini
Pulang ke Kota Bharu, saya terus pergi ke pejabat Berita Harian, Jalan Zainal Abidin,dulu dikenali dengan nama Lorong Minyak Gas
Masuk ke pejabat bertemu dengan Cik Norhayati Said, belum kahwin, kini beranak tiga, saya menunjukkan memo itu kepada beliau.
setelah membaca memo itu, beliau berkata kepada staffnya, "Ros, berikan buku catatan berita harian dan satu pen kepada Marah, bermula dari detik itu, aku mulai bertugas sebagai stringer berita harian di kota bharu
teringat aku pada satu kes. seorang lelaki tua, kira-kira awal tujuh puluhan, datang ke opis dan menggadu masalah penduduk kampung, beliau menetap di Felda, jajahan Tanah Merah
katanya dia kenal Bapak samad Ismail, dakwanya berasal dari satu kampung. Bapak Samad, pernah berkata kepadanya, kalau ada apa-apa masalah, beliau boleh jumpa "anak buahnya", dimana-mana pejabat Berita Harian
Masalah pertama, gaya. stail penulisan, bahasa yang aku tulis, banyak berbau dan mempunyai unsur-unsur indonesia.
Keadaan ini,(barangkali) memusinfan dan memeningkan Ketua Biro untuk "sub story" sebelum dihantar ibu pejabat di Kuala Lumpur
disini, aku sempat menulisi "berita besar", apabila kerajaan BN tumbang, kerajaan negeri mengharamkan konsert rock. keluar story dalam berita harian,judul, KONSERT ROCK HARAM dikelantan
sebelum itu, ada kes penyanyi asal kelantan, berkhalwat dengan penyanyi perempuan,saya menghubungi Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Rastom, bertanya, apakah mereka ini akan dibenarkan membuat konsert dikelantan,(pada waktu itu kel masih dibawah pemerintahan kerajaan BN),beliau berkata akan mempertimbangkannya).aku tulis, keesokkan harinya komen beliau keluar dalam berita harian,apabila aku menalipon beliau, beliau bertanya, adakah saya yang tulis story itu, saya jawab ya,dan saya tanya, beliau balik, datok baca berita itu, jawabnya, mestilah, sebagai timbalan menteri besar beliau patut tahu "whats going on di kelantan" termasuk juga isu dan dunia hiburan
aku meskipun stringer, sebelum itu aku banyak menulis rencana sastera di kolom Sastera dan Budaya Berita Harian. Banyak artikel,rencana sastera, yang dikirim dari Medan, dipakai. Berita Harian,mengirim cek bernilai antara rm50 (RP 30,000) hingga rm70.
Lumayan juga honorium justru ia dapat menampung perbelanjaan harian. Bapa aku mengirim rm250(rp 165,00 setiap bulan
3 tahun belajar disana, mengikut catatan bapa, rm 10,000 telah dihabiskan,menampung perbelanjaan makan,minum, tempat tinggal disana
suatu fenomena yang jarang barangkali berlaku, rata-rata wartawan media cetak disana, sekaligus seorang penyair, cerpenis,mereka terbabit dalam proses penulisan kreatif,menghasilkan puisi dan cerpen.
dimalaysia saya tidak mengetahui banyak,cuma yang saya tahu, sdr Imlan adabi, bekas wartawan Watan,kolomnis Berita Harian, juga suatu saat tidak berjarak dulu pernah menghasilkan puisi,Seri Diah,dulu wartawan karangkraf
berbicara tentang akhbar watan,80an dahulu, saya berterima kasih kepada pihak Editorial,Khairani saya sudah lupa binnya,, wartawan Haris Ribut membantu saya mendapatkan "press card" watan,memudahkan saya berinteraksi dengan wartawan indonesia membuat lipuran "event sastra" sewaktu nongkrong kuliah disana
antara happening penting yang saya buat disana, menghadiri Pertemuan Teater Indonesia 1986 di Padang Sumatera Barat, Forum puisi Penyair Muda Indonesia 1988 di Taman Ismail Marzuki, Jakarta, laporan ini dimuat Berita Harian dan Seminar Teori dan Krirtik Sastera 1988, di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
menerusi event besar ini saya berkesempatan bertemu, berbicara dan wawancara tokoh filem Teguh Karya, yang sudah dikirim ke alam barzakh, belum lama ini, penyair Subagio Sastrowidoyo, Acep Zam Zam Nor, wahyu wibowo, soni farid maulana, as Atmadi, Redaktu Budaya Harian Waspada, juga kini berada dialam sana, Sutardzi Calzoum Bachri, dari Riau, yang terkenal "mabuk-mabukkan" ketika mendekalamasikan puisi,tapi kini sudah insaf, sebelum pulang ke malaysia awal 90an, aku sempat membaca artikel dalam sebuah majalah disana, beliau telah pergi Mekah,melakukan tobat nasuha
sebelum titik,kita semua barangkali perlu merenung dan menyimak diri dan patut melakukan "hal yang sama", sebelum kita dihantar ke alam sana, entah kapan, bila dan dimana.titik.titik yang luka
No comments:
Post a Comment