Tuesday 30 January 2018

"PRU 14 : TUNGGU SAYA DAPAT ILHAM,"PM DATOK SERI MOHD NAJIB RAZAK


Tunggu laporan sulit, kerusi parlimen DAP tidak lagi menjadi 36,Kerusi parlimen PKR tidak lagi 28,malah kerusi kedua parti ini akan menjadi "lebih kecil" dan "mengecil", barulah manusia paling berkuasa dibumi bertuah 1IMDB malaysia, selepas Yang di Pertuang Agung Malayisa,Datok Seri Najib Tun Abdul Razak, tanpa segan dan tanpa silu, akan membubarkan parlimen dan mengumumkan tarikh keramat PRU ke 14 secara terbuka

Dan bergolek lah bola, sepak terajang, permainan "bola sepak politiek" dinegeri tercinta,bumi bertuah satu 1MDB satu Malaysia

sejurus selepas itu, kapten team bola sepak pembangkang, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamed,--yang sudah berusia 92 tahun, yang hanya menunggu masa dan saat untuk pergi kealam sana, yang sepatutnya "duduk diatas sejadah dan iktiqaf" didalam masjid, dan setiap saat berzikir, membasahi lidah dengan kalimah allah---bukannya "sibuk kesana dan kemari", turut sama bermain bola politiek bersama Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guang Eng, memulakan kempen pilihanraya berteriak berkempen, meghasut rakyat supaya "membenci kerajaanB-N" dan memilih calon baru, dari Pakatan Pembangkang

"Hei manusia bernama Mahathir Mohamed, masa kamu sudah berlalu, musim kamu sudah berlalu, its time to die, you have to die, apakah kamu sudah bersedia untuk "mati", apakah kamu sudah cukup amalan dan bekal kamu untuk dibawa mengadap dan menghadap yang maha esa,", bagaimana dengan dosa kamu dengan pengikut-pengikut al-arqam ? Bagaimana dosa kamu, memfitnah, dengan menggunakan "kuasa perdana menteri", menyesat dan menyesatkan pengkut-pengikut al-arqam sedangkan mereka tidak pernah sesat, ?

"apakah sepanjang hidup kamu, kamu telah hidup, dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w sama seperti bekas Menteri Besar Kelantan, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang solat sebaik masuk waktu,dan solat secara berjemaah," ?

"Mengapakah sepanjang hidup kamu sewaktu menjadi Perdana Menteri, tidak banyak masa digunakan untuk berada di "taman taman syurga", rumah allah, masjid khususnya pada waktu malam,"

"APAKAH kamu tidak pernah terfikir untuk menghabiskan sisa sisa usia untuk beribadah kepada allah rather than bercita cita untuk menjadi Perdana  Menteri Malaysia semula,"

Masing masing parti politik,baik pembangkangmaupun kerajaan mulai menjual "ubat politiek", dengan tujuan "memujuk dan ",membujuk", rakyat khususnya yang sudah mendaftar dengan SPR, menggundi dan memberikan undi, mereka, kepada parti politiek, yang mereka sukai dan cintai

Presiden pertama United states amerika, Abraham Lincon, pernah ditanya kenapa beliau tidak turun berkempen seperti yang dilakukan lawan politiknya, beliau dengan tegas menjawab, " I don't want to be a beggar voters "(aku tidak mahu menjadi pengemis undi)"

lalu hari ini, ramai dikalangan pemimpin politik negara tercinta 1MDB, bukan saja bersedia pada bila bila masa, antara sengaja dan tidak sengaja- bersedia menjadi pengemis undi bahkan ada dikalangan "mereka"--sorry to say-sanggup pergi lebih jauh dari itu bersedia untuk "asalkan mendapat undi

Semurah itu kah harga diri pemimpin-pemimpin politik di negara kita 1MDB, satu malaysia ?

Tanyalah pada rumput dan lalang yang enggan dan tidak pernah letih untuk tidak bergoyang

Masih menjadi suatu pertanyaan yang masih sulit untuk diraba "kebenarannya"

yang jelas,"undi penggundi boleh dibeli", itu fenomena, bukan satu rahsia seabad manusia gemilang

berdasarkan faktor historis dan element element kecemasan masa silam, kerajaan Barisan Nasional,B-N, dibawah kepimpinan, Datok Seri Najib Razak, dilihat "boleh mengekalkan kuasa poltiek" dengan "mudah" kerana pihak pembangkang tidak berada dalam keadaan baik (not in the good shape) untuk "berperang politiek" dengan 13 parti komponen Barisan Nasioanal,B-N.

pun begitu ada pendapat mengatakan BN sulit untuk mengekalkan kuasa politiek dalam PRU ke 14 ini, kerana penggundi baru,golongan "generasi y" dikatakan akan lebih banyak memberi undi mereka kepada parti pembangkang

ini adalah kerana ada dikalangan mereka, pemegang diploma, ijazah dan "master" terpaksa bekerja sebagai penjual nasi lemak,pemandu uber dan melakukan kerja diluar bidang pengajian mereka !

lalu, kepada siapakah harus di persalah dan diletakkan "dosa politiek" ini, atau siapakah harus di persalahkan,?

Biarkanlah "bola politiek ini" terus bergolek dan tergolek, ini adalah tandanya "denyut nadi ekonomi negara kita ada relevansi dengan "world digital economy"
Sekian, Jabatku, titiek






Tuesday 23 January 2018

SIAPA BIAYAI PARTI PRIBUMI BERSATU ?



Ramai dikalangan penikmat dan pencandu politiek-sastra, tanah air tertanya, siapakah man behind the scene yang membiayai parti bersatu ini ? kalau dahulu, sebaik keluar dari UMNO,Tg Razaleigh Hamzah menubuhkan parti melayu S46, beliau lah bertanggungjawab membiayai kos perjalanan Pasrti Semangat 46

berdasarkan risikan dalaman parti Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yassin, sudah habis berjuta ringgit sejak penubuhan parti bersatu Harapan dan angka ini akan menjadi lebih besar,apabila PRU 14 hampir menjelang beberapa detik lagi

semua ahli dan jentera pilihanraya parti Bersatu, berharap akan ada "durian runtuh", secara tiba tiba dari langit, membiayai kos dan perjalanan jentera pilihanraya parti Bersatu

ada juga pendapat dikalangnan ahli diberi keyakinan pucuk pimpinan parti, akan ada golongan korporat, yang kaya wah aduhai, mempunyai "harta simpanan berjuta-juta" ringgit dalam bank akan mengeluarkan wang mereka membantu calon calon parti Bersatu

setolol dan semudah itu ksh mereks akan menolong Tun Mahathir Mohamed dalam PRU 14 ini ?

golongan seperti Tun Daim Zainuddin, yang meraih kekayaan sewaaktu menjadi menteri kewangan di zaman Tun Mahathir Mohamed,dengan tiba tiba tidak akan lagi "kedekut"dan sanggup membelanjakan berjuta ringgit, membantu Tun Mahathir berkempen dalam PRU 14

dan dikatakan ramai lagi tokoh korporat yang "telah dikayakan" Tun Mahathir dan menjadi "kronisme"nya-pun- tidak akan lagi kedekut,-dan sanggup menggeluarkan wang berjuta ringgit dari Bank untuk membantu Tun Maharthir

setolol, dan sedunggu itukah mereka untuk menghabiskan wang berjuta ringgit membantu Tun Mahathir atau bagaimana

kalau dulunya mereka kedekut dan sayagkan wang berjuta ringgit dalam Bank, atas alasan apakah mereka tidak akan menjadi kedekut dlm PRU ke 14

disebabakan parti Bersatu akan menjadi parti akternatif mengganti UMNO, pimpinan parti ini dikatakan sanggup berkorban, mengeluarkan duit poket, wang sendiri untuk menereuskan kelangsungan hidup parti bersatu ini

terbaru berita sensasi dalaman parti itu, setiap calon parti bersatu yang ingin bertanding dalam PRU ke 14,baik bagi kerusi ahli dewan undangan negeri atau parlimen harus "standaby" wang deposit berjumlah rm50,000

kalau tidak mereka tidak perlu bermimpi untuk menjadi calon pilihanraya paerti Bersatu dalam PRU ke 14 ini

apakah benar senario politik ini, jika benar, lebih ramai lagi pimpinan parti bersatu akaan kel, sejuk dan kaku, serta akan mengangkat kaki meninggalkan "parti yang lesu , kaku dan tidak ada arah tujuan" itu

sekian. jabatku titiek

Monday 22 January 2018

LAPORAN MSO, PAS GUGURKAN 11 WAKIL RAKYAT PAS BERTANDING PRU 14 TIDAK BENAR


Siang tadi didewan PUTIK, Pengkala Chepa, ada majlis graduasi pelajar-pelajar Tahfiz, sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan,Menteri Besar,Datok Bentara Ahmad Yakob menyampai sijil kepada pelajar tahfiz yang "khatam 30 juz al-quran".

kebetulam aku berjumpa dengan Setiausa Politik,Menteri Besar,Kelantan Wan Roslan,dan aku bertanya pasal tulisan Mohamed Sayuti Omar,MSO, yang menulis 11 wakil rakyat PAS akan digugurkan dan tidak akan bertandng dalam PRU 14

Beliau berkata, tidak benar, laporan itu tidak  benar dan tidak boleh dipercayai

Perhubungan PAS Kelantan belum memutuskan lagi "calon-calon PAS" yang akan bertanding dalam PRU 14 ini

Katanya, MSO selalu menulis dan membuat provokasi.

samada MSO atau Wan Roslan yang "benar", kita semua "kelabu"

sekian,Jabatku, titiek

Sunday 21 January 2018

DOA PALING MUJARAB-MEMBERSIH HATI

Bagi kita yang gemar dan suka mewiridkan doa dan menjadikan amalan rutin, doa ini paling mustajab dan besar impaknya. menghapuskan dosa sejak  akhir baligh,umur 12 bg perempuan dan 15 tahun bagi lelaki,paling sikit 3kali sehari,paling banyak semaksimal mungkin, bergantung diatas keupayaan kita. selamat beramal.sekian.Jabatku,titiek








Saturday 20 January 2018

KITAB AL-HIKAM-KITA,AKU,KATA DAN KEMATIAN



Saban waktu,malah setiap hari kita mendengar, melihat dan menyaksikan "peristiwa sebuah kematian", tapi kita menerimanya secara bersahaja saja,paling-paling kita menggucapkan "Innalillahh hiwainnahirojiuun"dan menyampaikan "Deepest Condolence" kepada keluarga si-mati

secara makrifatnya, allah yang maha esa, menghantar mesej jelas," sudah kah kamu, wahai hamba ku bersiap sedia untuk menemukan "estatika kehidupan"-sebuah kematian-" ATAU kamu tidak pernah terfikir untuk "menempuh proses" kehidupan selanjutnya memasuki alam barzakh" atau bagaimana ?

Kitab Al-Hikam, ditulis ulama besar sufi,syeikh ibnu athoillah yang diterjemahkan H.Salim Bahresisy merupakan sebuah karya ilmiah yang pantas dibaca dan "dilahap" oleh kita, yang mendakwa beragama Islam justru ia dapat membuka minda kita,pola berfikir dan wawasan berfikir tentang hakikat dan ilmu ketuhanan-theology-

lebih jauh dan lebih dalam dari itu, disedari atau tidak kita dapat memahami the essence of suffisme apabila selesai "bersetubuh dengan kitab al-hikam".Kitab ini merupakan kitab tasawuf yang harus dan wajib dibaca oleh penikmat dan pencandu "zikrullah".

"Hai sekalian orang beriman : Berzikirlah kamu kepada allah sebanyak-banyaknya zikir.Dan bertasbihlah(mengkagumkan) Allah pada pagi dan petang,"

lalu, bagaimana dengan kita ?bagaimana dengan aku, dia, kau,kita dan mereka ? apakah kita sudah selesai berzikir, ? Berapakah "jumlah zikir" nama allah, selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad telah kita lakukan ? atau kegiatan zikir tidak pernah termasuk dalam kegiatan rutin harian anda atau bagaimana

apa pun yang dibicarkan tentang kehidupaan dan penghidupan kita seharian, kita disedari atau tidak sedang menuju kearah batu, yang disebut "batu nisan". bila tiba saatnya, "kita akan kesana dan meninggalkan dunia yang fana ini"-justru itu, kita sebagai manusia Islam, perlu setiap saat untuk bersedia kealam sana.

untuk itu kita perlu mengenal the essence of our self,perlu mengenal diri kita kemudian mengenal allah.

jika kita tidak mengenal hakikat diri kita, mana munkin kita akan mengenal allah

untuk mengenal allah, anda perlu mendalami konsep suffisme dan mengamalkan wirid-wirid tarikat,untuk mensucikan hati, menggilap "basirah hati"lantas akan "mengetahui dan "merasa kemanisan dan kenikmatan" zikrullah
sekian.Jabatku. titiek

Friday 19 January 2018

PRU 14 : KERUSI PARLIMEN MACHANG BERTUKAR TANGAN atau DATOK LAN KEKAL?





Kemenangan tipis, dengan majoriti 805 undi,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan sekaligus ahli Parlimen Machang,Datok Ahmad Jazlan Yaakub, 25,660 undi keatas calon PKR,Wan Zawawi Wan Ismail, CEO PKINK, yang secara tiba-tiba "murtad politik", menjadi ahli PAS-demi menjaga kerusi CEO PKINK, meninggalkan parti PKR--bukan suatu kemenangan yang boleh dibanggakan.

Ini adalah kerana, dari segi strategi dan percaturan politik kemenangan satu satu kawasan parlimen kurang dari 1,000 undi,merupakan suatu kemenangan yang tidak selesa

dan menurut tokoh dan pengamat politik tempatan, secara tradisinya kerusi ini dalam PRU ke 14 nanti,tidak lagi akan menjadi milik BN kerana sudah menjadi amalan penggundi kawasan parlimen machang, untuk menukar ahli parliimen, setiap lima tahun sekali

dan untuk catatan penikmat dan pencandu sastera-politik kawasan ini, jumlah penggundi baru dikawasan parlimen ini dan yang akan keluar menggundi pada PRU 14, ialah 6,900

jika pembangkang berjaya, memperolehi cuma 1,000 undi dari jumlah ini, kerusi parlimen machang ini akan diduduki oleh calon bukan selain dari B-N

bagaimana pula jika berlaku pertandingan tiga penjuru ? PAS meletak calon,Parti Peribumi turut meletak calon dan BN sudah tentu meletak calon mempertahankan kerusinya--bagaimana--pula keadaan sosok tubuh pemilik kerusi parlimen machang

ada pendapat umum mengatakan, jika keadaan ini ber;laku BN atau PAS dan juga Bersatu akan mendapat faedahnya

pertandingan tiga penjuru, yang jelas akan menjadi lebih sengit dan amat menyegitkan kerana pengamat politik sulit meramalkan "kekuatan politik" parti yang bertanding

Dan mereka juga tidak dapat meramalkan cita rasa politik 6,900 penggundi baru dikawasan itu

lalu bagaimana jika BN berjaya "mengawal dan memperolei" 5,000 jumlah penggndi baru ini memberikan undi kepada calon BN, apakah BN akan dengan mudah, memenangi kerusi parlimen ini,juga merupakan suatu pertanyaan yang masih mengangga

yang jelas berdasarkan siasatan yang dilakukan, jentera pilihanraya UMNO Parlimen Machang bekerja lebih 24 jam sehari, untuk memastiakan kemenangan "Datok Lan", dalam pilihanraya yang "kekuatan politiek seimbang dengan parti lawan"
sekian, jabatku.titiek

DR MAHATHIR,"HE IS A LONER," DR EZANEE MERICAN SEWAKTU BELAJAR PERUBATAN DIUNIVERSITI MALAYA,SINGAPORE




Barangkali generasi Y dinegara kita tidak mengenali dan mengetahui siapakah dr ezanee merican, (telah pergi kealam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya) beliau adalah anak kelantan, sewaktu belajar di Universiti Malaya,Singapura, belum lama ini,merupakan "senior" kepada Tun Mahathir Mohamed.

"He is a loner," katanya. "Dai tidak ramai mempunyai kenalan, berbanding dengan saya,ramai kawan tapi diacacing buku," katanya

aku mulai mengenali dr ezanee merican pada awal tahun 1997,klinik dia merupakan "klinik panel bagi staff tv 3".

aku sebelum itu cuma mengenali namanya saja DR Ezanee Merican, beliau seorang doktor yang terkenal dikota bharu pada awal tahun 60an dan beliau antara dr melayu,bumiputra, yang terlalu rapat, baik dan peramah dengan patient

aku pada tahun itu, tidak sihat badan da pergi ke klinik beliau untuk mendapat rawatan.

sebaik masuk kebiliknnya, aku di suruh duduk diatas kerusi,dia pada waktu itu memakai alat pendengar ditelinganya kerana beliau mengalami masalah pendengaran

Dia melihat kad perubatan aku dan bertanya,"Nik, bekerja dimana,","Di TV 3", kata ku lembut

aku nampak pada air mukanya, dia begitu "excied"dan beliau sempat berkata,"Pekerjaan menarik dan mencabar," katanya

kehebatan dr ezanee yang aku dapat rasakan sampai kedetik ini, beliau sangat friendly dengan pesakit

semasa memeriksa kesihatan badan, belai duduk dekat dengan pesakit, memegang tangan,pesakit,meletakkan teleskop pada dada dan bercakap dengan suara lembut

seolah olah,dia sudah lama mengenali kita

lantas saya bertanya dia tentang manusia bernama Mahathir Mohamed yang pada waktu menjadi Perdana Menteri Malaysia

dia menceritakan Tun Mahathir pernah datang dikediamannya di jalan Telipot, pada waktu itu pengerusi perhubungan UMNO Kelantan, dulu Datuk Annuar Musa, kini "bergelar Tan Seri Annuar"

saya bertanya apa yang dibualkan," perbualan biasa, sewaktu di kolej,singapura", katanya

cuma beliau memberitahu, Dr Mahathir Mohamed, menunjukan "ubat jantung" yang beliau gunakan kerana beliau mengalami masalah jantung.

"Saya hanya mengesahkan, itu ubat terbaik untuk merawat penyakit jantung," katanya

selepas itu, setelah selesai,dia menulis ubat demam dan aku harus mengambil ubat itu dikaunter.

setelah bersalaman aku pun keluar dari biliknya

dan aku berdialog dengan diri aku,"Jika Tun Mahathir "mati", aku akan mewawancara beliau sebagai teman se kolej di universiti Malaya,singapura

Nasib tiba tiba bersuara lain, dia yang pergi menghadap Yang Maha Esa terlebih dahulu, bukan Dr Mahathir

Dr Mahathir kini,berusia 120 tahun, sedang giat berkempen untuk bertanding  bagi kawasan Parlimen Langkawi, dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kedua kali menggantikn "anak buahnya" Datuk Seri Najib Razak, yang dilihat bertanggungjawab terhadap kes 1MDB

"Dr Mahathir, apa yang kau cari sebegitu jauh, dalam sepotong kehidupan yang semakin carik warnanya ini," kata seekor cicak, yang melekat ekornya pada dinding-dinding kaca kristel rumah  mereka.

sekian.Jabatku.titiek

ALLAH,POLITIEK MALAYSIA, SUFI SEJATI,IMAM ABU QASIM ALQUAYAIRI DAN DR ABU EZZAT AL MUBARAK dan KITA



AKU hari ini, siapakah engkau aku, berkesempatan membaca, meneliti dan membuat kajian, merenung sendirian, setelah membaca sebuah karya ulama besar,bernama Imam Abu A-Qasim Abdul Karim Al-Qusyairi yang lahir di Khurasan pada akhir abad ke 4 hijrah dan meninggal pada  tahun 465 Hijrah

Beruntungnya aku kerana "berkesempata berdialog", bercakap secara diam, dengan pengarang besar yang sudah 1,000 tahun, berada dialam sana, semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya

yang paling menarik tentang kitab ini, yang dalam bahasa arab disebut "Risalah Al-Qusyairiah" dan telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu,(bukan bahasa Malaysia), malaysia bukan bahasa,ianya sebuah negara,yang ada bahasa melayu--yang bermaksud"Sufi Sejati"---

saat-saat dimana ulama, setengah ulama, menolak ajaran tariqat,dan memfatwakan tarikat, tasawuf sesat, bukan ajaran Islams sebenar, terpengaruh "isme-iseme" hindusime" muncul sebuah "kitab yang mengesahkan ajaran tasawuf, tarikat adalah "inti pati",ilmu pengetahuan" Islam yang sebenar, selari dan sejajar dengan ajaran junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w

"Phaz kuru ni, Az khur khum,"--Ingatlah pada ku nescaya aku pun ingat pada mu--Al Baqarah ayat 2: 152

Allah berkata kepada "manusia Islam",yang membaca al-quran,dan  yang menjadikan al-quran sebagai bacaan rutin harian,bahawa "allah sangat dekat dan bertambah dekat dengan "kita", bergantung kepada "sikap"kita, sejauh mana "kita mampu "mengingati allah"

justru itu, untuk selalu mengingati allah, kita perlu menjalani "latihan rohani', lidah kita perlu basah, berzikir, pagi, petang, siang dan malam

lalu berbalik kepada politiek negara kita,negara satu malaysia, negara satu 1MDB yang harus menempuh "saat getir", PRU ke 14, yang bakal diadakan, dalam tempoh lima bulan lagi, tahun ini,persoalan yang menjadi "pertanyaan tajam", mampukah kerajaan B-N mengekalkan kuasa politiek atau akan tersungkur dan tergolek, sebagaimana yang didombakan Tun Mahathir Mohamed, atau bagaimana ?

kalau kita mengambil kira pembangkang,persepektif yang kita dapat, seolah-olah "esok sudah tiba saatnya kerajaan Barisan Nasional,BN" hilang kuasa politik dan kerajaan baru,pimpinan Tun Mahathir Mohamed akan "mentadbir dan mengurus semula negara"

sementara nasib Menteri-menteri dalam Kabinet Kerajaan B-N "akan dikitar semula" dan yang jelas mereka tidak akan berada lagi dalam zon selesa

Semudah itu kah, akan tersunggkur kerajaan Barisan Nasional,B-N pimpinan Datuk Seri Najib Razak atau "itu semua mimpi-mimpi ngeri pihak pembangkang"

menurut seorang ahli makrifat, yang berusia, hampir 80 tahun, yang tentunya engga namanya disiarkan, ketika ditanya, apakah kerajaan B-N, dalam PRU ke 14, mampu "mengekalkan kuasa politiek"dan memerintah semula negara

Beliau cuma menganggkuk kepala, tanpa kata, tanpa suara,tanpa "apa-apa" dia memberi "sejumlah makna dalam bahasa diam, B-N masih boleh menang

berdasarkan street interviews dan kajian rambang yang dilakukan, majoriti penggundi 14.8 juta yang bakal menggundi pada PRU ke 14 "kurang setuju dengan Tun Mahathir"kerana "dialah bertanggungjawab terhadap pembunuhan allahyaraham Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam kes Memali", belum lama ini

lalu, salah kah 14.8 penggundi dalam PRU 14, menolak dan menendang keluar Tun Mahathir dari persada politiek tanah air, hanya akan terjawab, apabila selesai kerja-kerja pengiraan undi PRU 14 atau bagaimana ?

sekian.Jabatku,titiek












Tuesday 16 January 2018

APA YANG ADA DALAM "KOTAK PEMIKIRAN PERDANA MENTERI, DATOK SERI MOHD NAJIB RAZAK HARI INI?



Ada public opinion, pendapat umum, masyarakat multi-racial kita hari ini berpendapat Najib tidak akan mengumumkan untuk "membubarkan parlimen" dan mengadakan PRU ke 14, selagi belum mendapat "hasil laporan" yang memuaskan, memastikan kemenangan BN dlm PRU 14, yang didakwa dan dikatakan "sengit dan menyegitkan" dalam sejarah PRU negara sejak mencapai dan menggapai kemerdekaan dari British, belum lama ini

persoalan politiek mendadak timbul sampai kapankah Najib akan mengheret dan menseretkan tarikh PRU ke 14 sedangkan "mandat memerintah negara" akkan berakhir pada bulan Jun, tahun ini ?

Ini bermakna, beliau cuma mempunyai masa 5 bulan lagi untuk berada dikerusi "keramat" Perdana Menteri" dan akan tetap meneruskan legacy berada dikerusi ini jika BN menang dlm PRU ke 14 ini.

Jika keadaan berlaku sebaliknya, "kerusi itu akan diduduki" oleh manusia tua, berumur 92 tahun, haiwan berkaki dua mempunyai satu alat kelamin,yang bernama Tun Mahathir yang akan mencipta sejarah dunia politik modern, menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua, bg sebuah negara, bernama Malaysia atau bagaimana ?

Pun begitu ada juga pendapat umum mengatakan, dengan laporan terbaru yang mengatakan BN mempunyai peluang untutuk menang 50 peratus, untuk kalah 50 peratus, Najib akan cuba mennunda dan menarik tarikh pilihanraya sehingga sampai ke garis penamat

pun begitu ada juga berbendapat, peluang BN akan menang 51 peratus dalam PRU ke 14 ini Najib akan serta merta membuat sudang media dan mengumumkan "membubarkan parlimen" dan menyerahkan kepada SPR untuk menyelesaikan tugas PRU ke 14

soalnya, apakah jumlah 14.8 juta penggundi yang akan "memberikan" undi mereka, yang dikenali sebagai "suara rakyat",suara hati yang terdalam" akan memberikan undi mereka kepada calon BN atau calun parti pembangkang, itu soalan hanya dapat dijawab oleh manusia mempunyai "ilmu makrifat" ?

lalu apakah sememangnya ada "manusia makrifat" dibumi bertuah 1malaysia,1MDB, ini juga masih merupakan suatu pertanyaan politiek, yang masih panjang dan jauh perjalanannya


dan bagaimana dengan tiba--tiba, secara mendadak,PM Najib mengumumkan "melepas jawatan" dan memberi laluan kepada Timbalannya, Datok Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi" untuk menjadi Perdana Menteri ke tujuh dan selang beberapa hari selepas itu, parlimen dibubarkan, apakah "majoriti rakyat, berbangsa melayu, dapat menerima keputusan itu dan memberi kemenangan kepada B-N, juga merupakan suatu gurauan politik di musim panas, summers joke

apapun keputusan mutlak berada ditangan 14.8 juta penggundi PRU 14, untuk menolak sampai tersunggkur kerajaan BN atau untuk tetap menyokong dan mendukung kerajaan BN yang dikatakan "banyak berjasa" kepada masyarakat malaysia, sejak mencapai kemerdekaan dari British, 31 augustus,1957, belum lama ini
sekian. Jabatku titiek

Saturday 13 January 2018

BANGSA MELAYU MODERN,SEMAKIN MODERN ?




Sekali waktu,aku duduk sendirian, menatap cermin dinding kaca rumah aku, dan melihat akhbar akhbar berbahasa melayu yang terletak disudut ruang tamu rumah, berfikir dan terfikir benarkah bangsa melayu yang menduduki tanah semenanjung tanah melayu ini "merupakan satu kelompok specises,haiwan berkaki dua, mempunyai satu alat kelamin",yang mengaku beragama Islam"benar-benar" satu bangsa yang sudah "bersyukur" dan "bersabar" ?

dari figure 65% jumlah 32 juta penduduk yang beragam Islam, apakah mereka-mereka ini "benar-benar" mengamalkan cara hidup sunnah, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. ,memberi keutamaan solat berjemaah setiap waktu, lima kali sehari, dan menjadikan "masjid", taman-taman syurga sebgai tempat "wajib hadir" pada waktu malam atau bagaimana ?

atau mereka ini cuma mengambil jalan mudah, solat bersendirian 5 kali sehari juga merekal melakukan solaat, tidak pernah kemasjid pada waktu malam tapi solat jumaat never missed pada hari Jumaat.

tidak pernah berzikir secara rutin dan tidak pernah menghadiri majlis-majlis zikir, mendengar ceramah agama dimasjid  berhampiran dan tidak pernah melakukan sedekah walaupun $1 setiap hari ,alasan yang diberikan "sibuk" justru menetap dikota-kota besar seperti diKuala Lumpur, Jakarta atau Johor Bharu"---- apakah gologan ini yg,tidak mementingkan solat berjemaah sama "qualiti jenazahnya" berbanding dengan penduduk kampung, penoreh getah, yang kerap kemasjid dari segi "kualitas dan kuantiti" ibadahnya jika diteropong dari kacamata dan teleskop ilmu tasawuf ?


berbicara mengenai tamadun bangsa melayu, bangsa kita yang selalu dan suka melebih-lebih hal yang sepele dan hal yang kecil dan paling suka "membandingkan kejayaan bangsa kita" dengan negara di eropah

satu perbandingan yang ridak adil dan tidak tepat dan siapalah bangsa kita untuk membandingkan bangsa kita dengan "bangsa-bangsa dieropah nun jauh disana" ?

Baiklah untuk itu, kita perlu bercermin diri dan melihat kedalam diri, kita bercermin diri
dan melihat dari aspek sejarah dan tamaddun bangsa melayu itu sendiri

bila dan dimana bermula sejarah bangsa melayu sehingga ke hari ini.

secara tepat sulit untuk "membuktikan bangsa melayu", merupakan generasi pertama menempati bumi bertuah satu malaysia,bumi beruntung satu 1MDM.

sejarah tanah melayu modern, bermula apabila putera hindu dari Pulau Jawa melarikan diri kePulau Temasek,(kini Singapura), dan kemudian melarikan diri sekali lagi, setelah membunuh Raja Temasik, melarikan diri ke Melaka

apabila sampai dimelaka, beliau menebas  dan memotong pokok, pokok hutan, menjadikan dirinya Raja di situ setelah bertahun tahun berjaya menjadikan melaka sebagai pelabuhan dan pusat dagangan antara bangsa yang terkenal

banyak kapal pedagang dari hindustan, asia berat dan china datang berlabuh disini dan melaka berjaya muncul sebagai pusat perdaganga antara bangsa pada waktu itu sebelum ianya berjaya ditakluk bangsa yang dikenali dengan bangsa "Benggali Puteh" dibawah pimpinan Laksamana Perang, Captain Alfonso De Al Buquerque

Dan di Jerman disebuah kota bernama Sprousberg, pada tahun 1213 sudah ada akhbar bercetak, menggunakan percetakan tangan,saudah ada satu komuniti masyarakat berbangsa jerman
yang sudah "pandai membaca"

lalu jika kita menoleh kebelakang sejarah,pada tahun 1403 maaf cakap bangsa kita yang masih bercawat kote, tidak ada institusi pemerintahan,tidak ada sekolah, masyarakat masih"buta huruf", masyarakat tidak tahu membaca-----dimanakah rasional "kita" untuk membandingkan "kita" dengan bangsa eropah ?

dengan lain perkataan mereka sudah "maju 200 tahun kehadapan", dan kita belum mempunyai apa-apa, sejarah modern kita mencatat, dari aspek politik, kita hanya baru ada enam Perdana Menteri berbanding dengan Amerika Syarikat 45 Presiden

ENAM perdana menteri itu ialah Tuanku Abdu Rahman Putra Al-Haj, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn,Tun---semua sudah berada dialam sana-- Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Mohd Najib Razak--yang dikecohkan dengan kes 1MDB---

lalu siapakah kita "bangsa melayu" yang semakin "pupus" dengan nilai-nilai Islam sebenar pada akhir zaman ini ?

Sekian.Jabatku titiek

Friday 12 January 2018

DOA SAKRAL PM,DATOK SERI NAJIB RAZAK DALAM KAABAH MAKBUL?




"yA ALLAH YA TUHAN, ya rabb yang maha esa,lagi amat pegasih dan penyayang, berilah taufiq dan hidayah kepada Perdana Menteri yang ke enam malaysia Datok Najib Razak, anak sulung kepada Perdana Menteri kedua Malaysia, allahyarham Tun Razak Tun Hussein,untuk menjadi pemimpin yang baik, membela kebajikan umat Islam di negara ini,Ya allah ya tuhan kami, berilah penyelesaian dan tunjukanlah jalan keluar untuk beliau menyelesaikan hutang 1MDB dengan bijaksana, Ya allah ya tuhan kami, berilah taufiq dan hidayah kepada isteri beliau, Datin Rosmah Mansor,menjadi isteri yang soleh, Ya allah ya rabb,berilah taufiq dan hidayah kepada beliau, untuk "menutup aurat" dan tidan mempertontonkan kecantikannya kepada bukan muhrim, Ya allah ya tuhan Tuhan kami, sesungguhnya kami lemah, sesungguhnya Perdana Menteri kami ini yang keenam, mempumyai banyak masalah menanggani karenah 32 juta warga malaysia, ya allah ya tuhan kami,kami bermohon dan bertawasul dengan kebajikan beliau menghantar beribu ahli jawatankuasa kampung ke Mekah setiap tahun agar memberi jalan keluar kepada manusia yang bernama Najib Razak, pemimpin kami untuk menyelesaikan kes 1MDB dengan bijaksana,--------itulah antara isi doa,yang kita mengaku beragama Islam, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada pemimpin, bukan bertindak mengecam, mengkritik, menhentam dan "membenci" pemimpin kerana junjunngan besar kita Muhammad tidak mengajar umatnya untuk mendoakan kecelakan dan musibah kepada mereka yang khilaf------


lalu dimanakah silap dan salahnya Pfresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengambil sikap "sederhana" berbaik baik dengan Najib Razak ? sudah tentu, dari segi ilmu,fiqah, usuludin dan tasawuf Haji Hadi lebih tahu banyak dari Perdana Menteri, Datok Seri Najib Razak

justru itu pendekatan, approach yang ambil Tuan Guru Haji Hadi, berbaik baik dengan "manusia yang kurang ilmu agama " meskipun berjawatan Perdana Menteri, patut diberi pujian bukan bertindak sebaliknya

Kedua-dua mereka mempunyai kalimat yang sama, menggucap syahadat yang sama, cuma ideologi politik yang menyebabkan titik titik ketidak bersamaan antara mereka

lalu kepada siapa harus di persalahkan ? Imprealisme, barat yang berjaya memecahkan perpaduan umat Islam dengan mencipta ideologi politik barat yang bertentangan dengan nilai-nilaimIslam

dan perbedaan titik yang menyebabkan perpecahan bangsa melayu, umat Islam di negara ini ternyata dapat diatasi apabila dua manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, Najib dan Hadi bersedia untuk bersatu---demi umat Islam--dinegara tercinta satu malaysia--dan satu 1MDB--

"Ana paling bahagia apabila PAS menyertai Barisan Nasional,B-N, tidak ada lagi perpecahan bangsa melayu di negara ini," kata Jaafar Rafas, antara pengasan PAS Kelantan----yang juga telah berada dialam sana---

Kata kata itu diucapkan beliau selepas aku interview beliau untuk akhbar watan, pada peretangahan tahun 1988 dikaki lima Bangunan PAS, Kota Bharu

"Pemimpin PAS datang dan pergi, tapi ana tetap disini, berniaga disini," katanya

difahamkan alahyarham,Jaafar Rafas adadalh antara tokoh, ppemimpin PAS kelanntan yang bermain politik disebalik tadbir man  behind the scene--allahyarham banyak memberi "bantuan kewangan kepada pemimpin PAS yang memerlukan bantuan kewangan, allahyarham MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mempunyai hubungan baik dengan Jaafar Rawas, termasuk juga Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Abdu Hadi Awang. Beliau juga terlibat dalam mesyuarat penting pucukpimpinan PAS kelantan

Lalu siapa kita untuk menghukum dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang "khilaf", untuk itu kita semua perlu bercermin diri, melihat kedalam diri kita, melihat kristal cermin diri kita,
sekian,Jabatku titiek

Thursday 11 January 2018

22 OKTOBER 1990,KERAJAAN BN TERSUNGKUR, 29 MARCH 2018 KERAJAAN PAS PULA TERSUNGKUR ?




Barangkali,dikalangan "orang kita" berbangsa melayu,tertanya tanya, apakah "hebatnya orang melayu melayu," yang menetap dikelantan, berbanding orang melayu,bugis,jawa,banjar,aceh,minangkabau" yang tinggal diluar kelantan.-aku sangat bersetuju dengan pandangan wartawan jaringan terkemuka dan sudah menjadi "legacy", Mr Karam Sing Walia apabila, beliau ketika "mabuk" mengatakan "semua bangsa yang berada dimalaysia", "imigrant", mereka datang, datuk nenek moyang mereka datang dari Malay Archipeloga, kepulauan Melayu

disebabkan "kenyataan itu", Karam Signh Walia telah dikuarantinkan oleh pihak majikannya dan tidak diberikan lagi tugas, memburu dan mencari berita-berita "hot-news",berita sensasi dan lebih jauh dan lebih mendalam lagi, penonton tidak dapat lagi mendengar "peribahasa melayu" yang telah di"modifeid", oleh manusia yang bernama Karam Singh Walia

berbalik kepada isu "kehebatan", orang kelantan tidak sehebar mana, sama juga seperti ras,suku dan kaum lain yang berada di bumi bertuah satu malaysia, bumi bertuah 1MDB, mereka makan, minum,bekerja,tidur dan sampai saatnya,-mati- meninggalkan "kita semua tanpa kata,tanpa suara dan tanpa segala-galanya"

cuma disebabkan negeri kelantan,penduduknya 90 peratus berbangsa melayu, beragama Islam, dan "pernah menjadi kubu terkuat PAS",sarang dan "benih" PAS melahirkan "kader-kader PAS", menyebabkan pemikiran politik, majoriti penduduknya "tidak biru, sebaliknya memilih warna PAS", lalu dimana letaknya warna "oren", parti politk baru, AMANAH, dalam otak dan pemikiran rakyat kelantan ?

apabila parti Amanah akan meletakan calon di 32 kerusi dewan undangan negeri berbanding dengan PKR yang cuma meletakkan calon dlm PRU14 bagi kerusi dewan undangan negeri dan AMANAH melalui gerak kerja dan kempennya memberi janji "manis akan membentuk" kerajaan baru di negeri kelantan

Disebabkan kata,politics bermakna "the art of impossible" tidak menjadi "satu dosa" bagi pemimpin AMANAH bermimpi untuk menjadi Menteri Besar dan sekali gus, membentuk dan merintah negeri kelantan

jika pun AMANAH mampu memenangi 23 kerusi dari 45 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan dan mampu membentuk kerajaan, yang jelas, bukan Datuk Husham Musa yang akan menjadi Menter Besar

ini adalah kerana untuk menjadi menteri besar kelantan, dari segi perlembagaan, mesti mendapat "consent"pihak Istana, dan terjatuhnya Husam Musa dari kerusi exco tidak lama dulu disebabkan beberapa sebab yang sudah diketahui oleh pemimpin dan ahli Pas


berbalik kepada cerita AMANAH ingin memerintah kelantan, barangkali pimpinan mereka tersalah membuat perkiraan politik,munculnya parti amanah akibat ada serpihannya dalaman PAS,sebagai ahli serpihan Pas, dimanakah mereka akan menggambil penggundi, yang jelas, jika wujud pertandingan tiga penjuru antara BN,PAS dan Amanah atau Bersatu---rata-rata rakyat kelantan akan berkata---BN mempunyai pelung besar untuk memenagi PRU ke 14 dan sekaligus meramalkan Kerajaan Barisan Nasional, memerintah semula kelantan,setelah 27 tahun "dibumihanguskan" dan dihalau keluar dari negeri kelantan, oleh majoriti rakyat kelantan yang marah dan marah marah terhadap Barisan Nasional ?

Untuk kali berdasarkan pengamatan yang dilakukan--yang mencelakakan, pengamatan yang tidak selalu cermat ini, pinjam Istilah Umakayam, budayawan terkemuka Indonesia----yang juga telah berada di alam sana---"rakyat kelantan pada umumnya sudah mulai mahu bersahabat" dengan Barisan Nasional,B-N

Lalu, jika perubahan sikap memilih sudah "terjadi"---apakah maknanya kerajaan PAS akan tetap berdiri disini lagi atau bagaimmana ?

"Tunggu aku di pojok itu," kata sang isteri kepada suaminya yang menjadi kelasi kapal.Namun sang suami yang telah lupa diri,lupa keluarga,lupa,anak dan isteri,lupa segala-galanya,sang isteri,yang terpaksa hidup,hidup semakin susah,dihimpit dan dibalut,kemiskinan,tidak tahan dengan dugaan hidup, tidak tahan mendegar tangisan anaknya yang kelaparan, hidupdi kota  kejam jakarta, memilih jalan mudah, jjalan singkat,"menjual daging ramah", menjadi pelacur

setelah bertahun tidak pulang,dan apabila terkejut besar, melihat, isterinya berada dipojok itu, menungu dan menanti pelanggan,lelaki yang bermata remang

soalnya, apa relevansi cerita politik kelantan dengan "cerita luka isteri" yang menjadi pelacur, sememangnya tidak ada relevansi, tapi jika penikmat dan mencandu poliitik sastera--melihat dengan kaca, teropong dan skala--yang lebih besar, pasti "suara hati anda" akan berkata, sememang ada relevansi
sekian, jabatku titiek

Tuesday 9 January 2018

BREAKING NEWS : PM KE 6,DATOK SERI NAJIB AKAN BUBAR PERLIMEN PADA 16.1.2018(RABU) DEPAN




Ramai kalangn penikmat dan pencandu "sastera-politiek" tanah air tertunggu dan ternanti-nanti bilakah Orang N0 1, negara,Perdanan Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membubarkan parlimen dan SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon, berapa lama tempoh berkempen dan Hari menggundi secara serentak di seluruh  negara

Berdasarkan laporan  SPR sejak pilihanraya diadakan setelah mendapat kemerdekaan dari British--maaf cakap "mujur negara kita di jajah British"--masa yang paling lama berkempen ialah 43 hari dan masa yang paling singkat ialah tujuh hari

Dan bagi pemimpin pembangkang, Muafakat Harapan-its a high time for them- untuk berkempen secara habis-habisan, sasaran mereka untuk "menjatuh, meruntuh dan "membumi hanguskan" kuasa politik kerajaan Barisan Nasional, BN, yang telah sekian "lama berbakti dan berjasa" kepada rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politiek masing masing

"Kali ini masa paling tepat dan sesuai untuk "membatu nisankan kerajaan BN' yang akhir akhir ini banyak 'memberi kesulitan kepada rakyat berbanding kebaikan," kata seorang pencandu politiek kelas berat dari parti pembangkang yang enggan namanya didedahkan

Menurut pemimpin dan penyokong parti pembangkang Najib takut BN "kalah" dan akan 'kehilangan kuasa politiek"justru itu beliau melambat-lambatkan membubar parlimen

pada PRU ke 13, lalu BN memerintah sehingga habis dan tamat tempoh satu penggal, lima tahun apakah beliau akan melakukan hal yang sama pada PRU 14, ianya juga masih menjadi tanda tanya

yang jelas tempoh tamat BN memerintah negara ialah pertengahan tahun ini iaitu jatuh pada bulan juni
Ini bermakna PRU 14 akan diadakan pada bulan March, iaitu pada penghujung March 2018 dan bila i ini berlaku ia dadakan pada masa cuti persekolahan dan "masa ini" amat sesuai kerana ia memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk jenterapilihanraya, pekerja SPR dan kita, penggundi semua

pada hari rabu depan selepas persidangan parlimen selesai, tamat penggalnya PM seperti kebiasaannya akan membuat sidang media,dan difahamkan dalam sidang media itu, isu pembubaran parlimen akan dicetuskan dan pihak media akan dimaklumkan jentera BN sudah siap sedia untuk "bertempur politiek"

Perang psikologi dicetuskan dan masing masing pihak akan menggunakan "apa cara asalkan tidak melanggar peraturan yang telah" yang telah ditetapkan pihak SPR

Dan kali ini PRU ke 14 dikihat sebagai THE MOTHER OF ALL ELECTION, KERANA pada kali akan berlaku "keajaiban" dalam keputusan ini apabila keputusan akhir diumumkan SPR


menurut pengamat politik, kelas berat, lelaki tua, pesara  berumur 85 tahun, masih dan kuat serta memorinya masih ok, yang sudah menempuh 13 kali pilihanraya umum di negara ini berpendapat,meskipun isu 1MDB,GST,RASUAH dan pelbagai isu politik, sosial di"dengung dan dimainkan" pihak pembangkang, beliau meramalkan BN akan masih menang dan menggekalkan kuasa politiek "kerana" penggundi dinegara kita pada umumnya"mempunyai mentaliti" yang tidak sama dengan penggundi di negara negara barat !

"Ini adalah kerana ramai dikalangan penggundi negara kita  tidak mempunyai diploma, ijazah, master atau phd dan juga kerana masih ramai dikalangan penggundi kita  khususnya yang berada diluar bandar yang masih boleh dibeli dengan "menggunakan kertas yang mempunyai "purchasing power",kuasa membeli," katanya antara selamba dan tidak selamba,titiek

sekian,jabatku, titiek






KERAJAAN BARU, PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH MALAYSIA, SELEPAS PRU 14 ?



Suatu waktu, tidak berjarak dulu, teman aku lulusan sebuah universiti di United Kingdom,pekerjaan jurutera, kira-kira pada awal tahun 1990an lampau didalam pejabatan agensi kerajaan negeri semasa "ngomong" secara tidak sengaja atau sengaja telah "memperkecil "membudakkecilkan editer" akhbar berbahasa melayu, berkata,"I tidak baca akhbar berbahasa melayu, semakin banyak i baca akhbar berbahasa melayu, terasa semakin bodoh,"katanya

Simamat ini pelanggan tetap akhbar The New Straits Time,kini beliau telah pencen dan menunggu masa yang tepat untuk berhijrah ke alam sana.

Meskipun kata-kata itu sudah kedengaran dicuping telinga,kanan dan kiri aku, sudah lam tapi ia masih "terasa segar dan fresh, seolah olah ianya baru "semalam berlaku"

aku tiba tiba terfikir dan berfikir "benarkah membaca akhbar berbahasa melayu, membuat kita, minda kita, kerangka berfikir, bola berfikir kita semakin "nihil", kosong dan "sebodoh-bodoh" yang jelas akhbar berbahasa melayu hari ini "memainkan isu parti AMANAH" diketepi justru mendapat agihan kerusi yang paling sedikit iaitu 27 berbanding dengan DAP mendapat 35--tidak termasuk sabah dan sarawak--PKR 51 dan Parti Bersatu mendapat 52

Dan yang lebih memalu dan memilukan isu "ramai kalangan pemimpin komponen pakatan harapan tidak bersetuju jika "Muafakat Pakatan Harapan" memerintah negara selepas PRU 14 nanti memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru ini

semudah dan segampang itu, pakatan dapat membumi hanguskan kerajaan BN yang telah hampir 60 tahun memerintah negara dengan sukses, cuma akhir akhir ini saja isu 1MDB, menjadi "liabilities" kepada kerajaan BN


itulah barangkali antara sebab dan musabab kenapa kawan aku pernah berkata, semakin membakhbar berbahasa melayu semakin melayu menjadi bodoh

secara umum jika dilihat kepada pembahagian kerusi parlimen,kaum parti politik Bersatu dan PKR,yang mendominasi kerusi,jika "mereka menang" dan pemimpin berbangsa melayu,Tun Mahathir akan dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh untuk kedua kali

apakah TUN Mahathir akan menjadi "jamesbond", politiek Malaysia ? sama samalah kita tunggu dan lihat

Faktur utama yang perlu diperkatakan sebelum bergerak lebih jauh "apakah parti peribumi BERSATU mempunyau sumber keewangan yang kukuh dan kuat" untuk "bertempur" dengan jentera B-N" dalam PRU ke 14 kelak

menurut, ahli dan penyokong kelas berat parti AMANAH, mereka tidak mempunyai banyak duit, terpaksa guna duit sendiri, bagaimana dengan parti Bersatu ? Katanya Parti Bersatu akan,aku ulang akan mempunyai duit banyak kerana ramai sekali golongan korporat yang telah dibuat kaya oleh Mahathir semasa menjadi PM dulu, akan menghulurkan bantuan keewangan ?

semudah itu,golongan korporat yang dikayakan oleh Tun Mahathir dulu sanggup mengeluarkan wanf berjuta-juta ringgit untuk membantu parti Bersatu ?

atau sememang  benar unggapan orang orang tua kita, "seperti kacang lupakan kulit" juga berlaku dalam komuniti golongan korporat yang "dibuat" kayakan oleh Tun Mahathir "sayang untuk membiayai kos pilihanrauya parti bersatu

"Masa susah dulu kedekut, semakin kaya semakin kedekut," kata seorang teman terhadap senari orang kaya kedekut di negara kita ini-----maaf pun begitu--ada juga kalangan orang kaya yang tidak kedekut, dermawan dan menginfakkan wang lebihan mereka kepada golongan luka, duka dan nestapa yang memerlukan bantuan----

Bunyiny agak lucu, berdasarkan fakta ROC tidak setuju dengan cara parti bersatu kerana parti itu tidak membuat mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian--menurut pemimpin kanan parti itu enggan namanya disiarkan kerana "pusat tidak menyalurkan bantuan kewangan"---- itulah realitas politik yang dihadapi parti pribumi bersatu--

lalu jika masalah itu gagal diatasi bagaimana hendak "berperang dengan jentere BN"--yang mempunyai bajet peruntukan piliharaya yang unlimited---

kalau hendak di sandarkan kepada semangat-saja--untuk menjatuhkan BN--ketokohan Mahathir dan Muhyiddin Yassin---perlu dikatakan "itu semua tidak akan menjadi faktor besar"untuk menggoncang dan meranapakan pemerintahan kerajaan BN

melihat kepada lanskap politik negara kita, perlu ada satu gelombng politik yang besar melanda dan menimpa negara, sebagaiaman  "Gelompang Reformasi" yang dicetuskan DSAI, tapi gelombang sebesar itu, gagal untuk menjatuhkan kerajaan BN

Fakta sejarah membuktikan pengaruh DSAI cukup kuat,sehinggakan peratus penggundi melayu memberikan undi kepada calon BN tiba-tiba menurun dan merosot, tapi BN masih mampu menggekalkan kuasa politik

apalah sangat dua tokoh pemimpin ini Tun Mahathri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika  hendak dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

apalah yang diharapkan dari "kelapa tua berbanding" dengan kelapa muda dalam arus globalisasi yang semakin mencabar,denyut nadi dan getaran otak ini ?

kedua mereka gagal "mencipta gelombang politiek", gagal mereka cipta "tsunami politik", justru itu perjuangan mereka untuk "menghancurleburkan" kuasa Barisan Nasioanal,dalam PRU ke 14, nanti, tak ubah peribahasa melayu mengunggapkan, "mimpi disiang hari" atau "angan-angan Mat Jenin"
sekian, Jabatku, titiek

Sunday 7 January 2018

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 14 : SUATU MITOS ?

                                                        Bab 1
Tokoh KITA pada detik cemas dan mencemaskan itu sudah berjaya memasuki Konti sTATION radio terbesar,THH Gegar.sewaktu berada dalam Bilik itu, beliau melihat,mikrophone dan semua staff tertidur, termasuk DJ terkemuka tertidur. cara tidurnya, kepala diatas meja,mukanya mengiring kearah kiblat

yang anehnya, semua staff distation radio itu tertidur.Bagaimana dan kenapa, mereka tertidur, itu membingung dan menghairan tokoh kita Tokoh kita bertambah hairan apabila matanya telanjangnya, melihat semua staff tertidur dengan asyiknya

Tokoh kita terus memberanikan diri dan melangkah kemeja Dj yang sedang nyenyak tidur."Barangkali mereka semua mengikuti Kompetisi Tidur paling lama anjuran world guieness record," kata hati kecil tokoh kita

Setelah duduk dan mengambil posisi dan meletakan Mikrofon dekat dengan bibir bergincu tokoh kita, terus memecahkan kesunyian bilik konti dengan suara separuh parau

"Hey selamat malam semua, pendengar, dan pencandu "sastra politiek, tanah air," kata tokoh kita

"Malam ini, setelah mendapat perkenan Majlis Para Politikus dengan  ini kami istihar esok Hari Raya Tahun Baru," kata tokoh kita

"Cut," action Cut, take 5," teriak pengarah filem terkemuka negara,yang enggan namanya disiarkan

Terkejut dengan teguran itu, tokoh kita terus meluru kearah Pengarah Filem, "I quit, I tak nak jadi pelakon filem lagi, i quit," kata tokoh kita kepada pengarah filem lulusan Universiti Bombay,India

                                                          II

" Berikut di umumkan keputusan pilharaya umum kali ke 14  dibumi bertuah malaysia," kata tokoh kita

"Parti Peribumi Bersatu memenangai 52 kerusi Parlimen, PKR 51 kerusi, DAP 35 dan parti Mat Sabu Amanah  menang 27 kerusi parlimen manakala parti keramat bangsa melayu,china dan India, Barisan Nasional cuma mampu memenagi 47 kerusi parlimen," teriak tokoh kita yang berada diatas jalan raya, ditengah-tengah kesibukan kenderaan, dijalan chiw kit road,


"Merdeka, merdeka, Nasi kerabu kena beli," teriak tokoh kita lagi

secara tiba tiba entah dari mana datangnya  dua petugas keselamatan, menahan dan menggari tangannya,"Balai, balai cakap,"Balai cakap,"katanya dengan suara yang seoaruh jelas.

Dan sampai kedetik ini, tokoh kita masih berada didalam lokup.tokoh kita setiap saat berfikir,dan berfikir dan terus berfikir, kenapakah beliau ditahan,beliau masih tidak dapat mencari jawapan konkrit

Sekian.jabatku,titiek

ROCHEKU, SYURGA KU



Tokoh kita, seperti hari hari biasa,seperti hari sebelumnya dan hari sebelumnya itu, terpaksa menelan pil "penenang jiwa", yang bernama roche, sebelum, tidur. amalan ini sudah hampir dua tahun beliau amalkan, setelah di"diognist",penyakitnya, yang disebut, penyakit jiwa, By Pola System disorder.

Kalau dalam bahasa melayu, disebut sakit sarat otak,Perlakuan pengidap penyakit ini,kebiasaanya normal, seperti orang biasa, sihat, macam orang biasa, cuma kelainan, pada pesakit ini, mereka kebiasaanya, bercakap banyak, too talkative, bercakap terlalu banyak dan sukar berhenti apabila bercakap

keadaan ini menurut pakar dari Jawarharlal Nehru Universiti,Dr Parakash Mutty,disebabkan "urat saraf kecil, dibahagian otak, pengidap penyakit ini,"tersalah posisi", bersimpul, menyebabkan pengaliran darah,tersendat-sendat dan semput

Ketika meletakkan kepalanya, diatas  bantal, tokoh kita telah melanggar arahan preskripsi doktor,yang mengarahkannya, menelan dua biji, sebaliknya menelan 10 biji.

"Kenapa kamu telan 10 biji,sepatutnya kamu telan dua biji saja, nanti overdose,  bila overdose darah cepat naik ke atas otak, denyut jantung berdenyut kencang dan jantung kamu akan tiba-tiba terhenti,dan kamu  akan menemukan titiek estatika kehidupan, sebuah kematian," kata suara dalaman tokoh kita kepada tokoh kita yamg satu lagi

"I dont care i never give a single damn about ," kata Tokoh kita kepada tokoh kita yang satu lagi,"Aku tidak dapat melelapkan "mata" dengan hanya dua biji,itu sebab aku telan 10 biji," katanya lagi

alasan sederhana yang diberikan tokoh kita, kepada dirinya yang satu lagi,diri terperi,diri sendiri dan diri tajali

setelah melelapkan mata, tokoh kita, merasakan pengalaman aneh,matanya secara tiba-tiba mengantuk,alis matanya tiba tiba menjadi berat, dan beliau terasa di awan awangan, badannya terasa ringan dan terpung -tearapung, didalam ruang kosong, dikamar tidurnya

antara sedar dan tidak sedar,tokoh berada di alam raya, sub-consious mind, tokoh kita melihat, dipojok sana ada,sebuah, pondok kayu yang buruk dan usang,berdinding kayu yang kelihatan sudah reput

Tokoh kita terasa badannya,diletakkan disebuah padang,diatas padang rumput,berhadapan pondok itu,Tokoh kita ditelontar dan ditelantarkan, terbaring disitu

Tiba-tiba beliau terdengar,dentuman dan deruman enjin motorsikal posman,pos laju yang membawa surat.

Posman itu, meletakkan motorsikal,dan berjalan, kearahnya dan menghulurkan surat kepadanya sambil bersuara,"tulis nama, no kad pengenalan dan tanda tangan puan," kata posman kepada tokoh kita yang satu lagi.

"bukan,surat ini bukan untuk saya, surat ini untuk Cik rosmah binti Long Sor yang menetap dihujung kampung,seberang sungai sana," kata tokoh kita kepada posman itu.

"Siapa nama puan," tanya posman itu

"Dulu nama saya Isrosmah binti Long Sor, tetapi setelah menjalani pembedahan kosmetik genital di Bangkok saya tiba -tiba mempunyai banyak nama," kata tokoh kita

"Dulu nama sayan nozi nani, budak budak nakal panggil beatiful nozie nani, tapi frust i, i balik Jelawat,kampung awang adek, Orang panggil Che Roni

Tanpa banyak bicara posman itu, melempar surat keatas muka tokoh kita dan terus berlalu menuju kemotorisikal, menaikinya dan terus berlalu

Tokoh kita hanya, terpaku dan terkesima dengan tingkah laku, biadab posman dari POS LAJU negara antah berantah

tokoh kita kemudian, mengambil sampul surat itu dan terkejut besar kerana tercetak diatas kepala sampul surat itu, tercetak perkataan, urusan baginda dan dibawah sudut diri, tercatar Suruhanjaya Pilihanraya Negara antah berantah

tokoh kita terus memberanikan diri, tanganny tiba-tiba terketar,denyut jantung semakin kencang, matanya tiba-tiba berpinar

"Rilek bro, tarik nafs panjang dan bertenang,"kata tokoh kita yang satu lagi kepadanya.

sesetelah tenang keadaan menjadi, normal, tokoh kita meneruskan pembacaan surat misteri itu

"Kepada seluruh rakyat, negara antah beratah, yang belum mendaftar menggundi, perlu mendaftar segera,kerana PRU 14 sudah semakin dekat, undang udang pilihanraya,telah diubah, siapa mendaftar seminggu sebelum pilihanray dibenarkan menggundi, bukan lagi tiga bulan sebagaimana termaktub sebelumnya," bunyi surat itu

Dan yang lebih mengejutkan, menghairankan tokoh kita pada paragraph seterusnya, tercatat,tulisan, berdasarkan Galup Poll yang dibuat, mengikut kawasan parlimen ,berikut diperturunkan keputusan ramalan PRU ke 14------

Barisan Nasional        112

PAS                              10

DAP                             40

PKR                             30

AMANAH                   29

Parti peribumi BERSATU  1

tokoh kita terus mengoyak surat itu,sampil, menyumpah dan memaki hamun, posmen yang dikatakan, telah mengganggu tidurnya, "aku sudah lama tidak bermain politik, aku sudah bosan dengan manusia-manusia politik," kata suara hati tokoh kita, kepada pembaca,penikmat dan pencandu "sastra-poliitiek" yang secara sengaja membaca surat yang sudah carik warnanya ini.


sekian,Jabatku, titiek


Saturday 6 January 2018

RASUAH, MALAYSIA-KU, INDIA, COMMOMWEALTH, INTEGRITY DAN KITA



hARi ini,rakyat dinegara ini dikejutkan dengan berita sensasi,Bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Mat Isa samad, ditahan utk disiasat, selama lima jam berhubung kes penjualan tanah milik Felda, bernilai ratusan juta ringgit,dibebas lepas dan akan dipanggil semula jika perlu, kata Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Fauzi Harun.

berbalik kepada "news breaking" ini, ada pendapat mengatakan, masalah rasuah dan integrity ini ahli politik kita perlu belajar dari negara India, untuk membasmi dan "membumihanguskan", gejala rasuah dikalangan jentera pentadbiran negara dan juga sektor korporat

sewaktu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datok Zaid Ibrahim, menjadi ahli parlimen BN Kota Bharu, aku sempat "ngomong" dengan beliau mengenai "gejala rasuah", yang menghimpit dan menghantui kakitangan kerajaan.

sabanhari ada, saja berita pegawai kerajaan, pembantu tadbir diheret dan di"seret", didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam kegiatan rasuah

persoalannya, dakwa pembangkang "hanya ikan bilis yang didakwa,ikan jerung" tidak diambil peduli ?
Benarkah begitu SPRM atau ianya sekadar tuduhan liar,yang semakin liar untuk "mendiscreditkan" kredibility SPRM?

apa pun yang dperkata dan dikatakan terhadap SPRM, mereka hanya menjalankan tugas, sebagai jentera da n kakitangan kerajaan, membasmi gejala rasuah, cukup bulan, pergi ke ,kaunter ATM bank, masukkan kad, keluarkan wang. itu saja dan titiek

soal tertuduh didakwa atau tidak itu, tugas Pegawai Pendakwaraya yang terletak dibawah Jabatan Peguam Negara

Tugas mereka sebagai SPRM, melakukan siasatan, buka kertas siasatan,hasil siasatan pada akhirnya diserahkan kepada Peguam Negara, Peguam Negara dikatakan, benar atau tidak, aku kurang tahu persis menyerahkan "kertas siasatan ke pejabat Perdana Menteri"dan Perdana Menteri, akan"membuat kata, putus samada, kes perlu didakwa atau "fail itu perlu ditutup".


keadaan itu tidak berlaku di negara India dan dinegara-negara komonwealth yang lain, hasil siasatan SPRM di negara mereka, bukan diserahkan kepada Perdana Menteri tetapi kepada Parlimen

Bila kes dan laporan itu sampai diparlimen, semua ahli parlimen tidak kira mereka penyokong kerajaan atau pembangkang,"semua dapat mengetahui secara detail dan terperinci ke rasuah itu,".

Menteri atau ahli politik yang terkena kes rasuah itu akan diseret dan diheret ke mahkamah,dan mahkamah akan membicarakan kes itu seadil adilnya

Dan bila mahkamah menjatuhkan hukuman, menteri terbabit, that's the end of opollitical career,menteri terbabit

tapi tidak b erlaku demikian di negaara kita. Hasil siasatan SPRM pada akhir akan sampai kemeja Perdana Menteri dan PM akan memberikan kata putus

Meskipun di India, kes rasuah di serahkan kepada Parlimen, gejala rasuah masih berlaku dengan seenaknya di India, lalu wajarkah kita meniru cara kerajaan India atau kita meneruskan "cara kita membasmi rasuah" atau bagaimana ?
Sekian,jabatku, titiek



Friday 5 January 2018

CONFIRM PAS AKAN SERTAI B-N ?



Barangkali tidak ramai dikalangan generasi Y, berbangsa melayu memahami dan mengerti, apakah "signifikasi politiek", bila parti PAS, menyertai B-N dalam sedikit waktu lagi.Golongan ini berdasarkan kajian rambang yang dilalukan, berdasarkan "evaluasi politik" yang diperolehi melalui media sosial, termasuk whatsupp,instragram,twitter, "ramai yang marah dan marah-marah" kepada kerajaan yang "menyebabkan angka pengangguran" semakin membengkak dan membesar saban tahun

ada kalangan mereka yang sudah beberapa tahun,graduate,mempunyai ijazah yang masih menganggur,ada juga yang terpaksa bekerja dibidang berlainan secara part-time untuk meneruskan kelangsugnan hidup.

ada dikalangan mereka yang "duduk saja",ibu bapa berkerja,kehidupan rutin, makan, bangun, tidur,solat,,menonton tv sampai larut malam dan tidur dan tunggu ada kekosongan jawatan "baru siap resume", hantar resume dan menunggu,,menanti "maklum balas" dari syarikat yang dipohon kerja

itu skript hidup,secara ringkas,gambaran siswazah, berbangsa melayu,yang terpaksa, merintih, menderita, kerana tiidak mepunyai lowongan pekerjaan baru, bagi mreka, "go to the hell, with the politic", they never give a single damn, PAS akan menyertai B-N atau tidak, yang penting, pada masa ini, mereka perlu "pekerjaan"sesuai dengan bidang pengajian yang mereka belajar di pusat pengajian tinggi, belum lama ini

Bagi golongan ini "manifesto PRU 14" mesti menarik dan yang jelas "menjanjikan sejumlalh makna",untuk mereka mendapat pekerjaan, persoalan "melayu kuat,perpaduan melayu semakin mantap dan padu , dengan kemasukan PAS kedalam B-N"itu semua "retorika politik", yang menggebu-gebu", untuk memujuk dan "membujuk" rakyat memilih calon parti politik mereka yang bertanding dalam PRU 14 nanti


bagi golongan ini yang rata-rata baru tamat pelajar dan mempunyai diploma atau ijazah mereka mempunyai pola dan kerangka berfikir, frame of thought, yang berbeda dengan "ibu bapa" mereka.
They know what is good, what is best. Pemimpin parti politik tidak perlu memberitahu mereka parti politik yang mereka wakili, is the best among the best

ada juga dikalangan mereka mempunyai persepsi negative terhadap "manusia,haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang bekerja "sebagai ahli politik" yang menurut "pengamatan dalaman, pengamatan bathin, suara dalaman, inner voices---ahli politik dimalaysia----menggunakan pentas politik untuk meraih "kekayaan pribadi"

Lihat saja pemimpin UMNO, ahli exco PAS di kelantan, tidak terlalu salah untuk dikatakan "berduit lebih"kalau pun tidak kaya,

berbalik kepada judul diatas, samaada PAS akan menyerti B-N atau tidak itu "penting" bagi mereka yang melihat "makna politik" dalam skala yang lebih besar

dan bagi golongan yang kais pagi, makan pagi,golongan berbangsa melayu yang menoreh getah.khususnya yang tinggal dikawasan pedalaman,apalah erti "itu semua,",jika harga getah RM2.00 untuk satu kilogram dan yang lebih menyedih dan memilukan-tidak dapat menoreh kerana hujan lebat--

Kepada siapakah mereka akan melontarkan suara resah, kelukaan,kepapaan dan kemiskinan yang membalut "luka mereka ini" ?

atau kepada allah , yang telah lama meninggalkan bumi Indonesia ? maaf cakap,"kata kata ini diambil dari penyair Indonesia"----

Dan perlu dinyatakan,pandangan Editer, penulis buku,The Newspaper, "goverment is a good business, good goverment's is everybody's bussiness, menjadi guide-line, panduan memilih,golongan generasi Y dalam membuat pilihan calon, dalam PRU 14 nanti
sekian, Jabatku titiek

Thursday 4 January 2018

THE TRUTH IS DATO SERI ANWAR IBRAHIM "TIDAK PERNAH MELAKUKANNPERBUATAN LIWAT ?



Berbicara tentang "the truth", sebuah kebenaran, kebenaran di bahagikan kepada beberapa kategori oleh orang barat dan teriminalogynya sepert berikut, simple truth,absolute truth dan satu lagi truthh, aku sudah lupa

the truth is apakah "benar manusia yang bernama anwar Ibrahim", telah melakukan perbuatan "terkutuk" sehingga dijebeloskan beberapa tahun" didalam penjara" dan pada bulan Jun nanti akan keluar menjadi "manusia bebas, sebebas seperti burung yang bisa terbang "kesana kemari" dan barangkali dapat berbuat banyak-barangkali- mengubah lanskap politik tanah air atau macam mana ?

Bila kes anwar ibrahim, muncul di permukaan media tidak lama dulu dan beredarnya buku "beberapa sebab, aku sudah lupa berapa sebab anwar ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri" dan kes ini dibawa ke mahkamah-sehingga beliu divonis--convicted-bersalah--dan dijatuhkan hukuman penjara berapa tahun,pun aku sudah lupa---ramai member-member aku dikota bharu-- bertanya aku--betul ke anwar ibrahim, seorang 'HOMOSEXUAL', BETULKE ANWAR IBRAHIM melakukan perbuatan "liwat" atau ianya satu konspirasi politik, untuk "menjatuhkannya dari kerusi Timbalan Perdana Menteri",juga masih menjadi tanda tanya--yangnpenuh misteri--

Apa yang jelas, hasrat Mahathir ,Anwar Ibrahimtidak menjadi Perdana Menteri kelima tercapai dan "termakbul" , disisi lain, Anwar Ibrahim menegaskan itu "semua konspirasi politik",untuk "memilu dan memalukan" beliau serta menarik kerusi Timbalan Perdana Menteri,sehingga beliau "jatuh dan tersungkur"

dan yang anehnya, sampai kedetik ini, beliau enggan bersumpah dan tidak menyabut cabaran Datok Ibrahim Ali agar beliau "bersumpah" dengan menjunjung al-quran" menafikan dakwaan beliau melakukan perbuatan itu secara sengaja atau tidak sengaja

realitis ini menyebabkan masyarakat melayu dinegara ini "confused" dan "binggung" dengan "insiden politik ini"

dan melihat kepada video yang ditayangkan dan pendedahan yang dilakukan DSAI keenganan beliau mengeluarkan RM 2 Billion dari KWSP untuk membuat "bail out" syarikat anak Mahathir, Mizan Mahathir menyebabkan "api kemarahan Mahathir" kepada beliau  semakin"memuncak"

faktur ini menyebabkab beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan landskap politik pembangkang tiba-tiba berubah dengan kehadiran Parti Keadilan Rakyat,PKR yang sehingga kini mempunyai 21 kerusi di parlimen

persoalan politik timbul,DSAI akan keluar dari penjara pada bulan Jun, pertengahan tahun ini dan PRU ke 14, akan diadakan sebelum Jun tahun, apakah relevansi PRU 14 dengan pembesasan DSAI, ianya "masih menjadi tanya''

yang jelas pengamat politik, pencandu dan penikmat "politiek tanah air", tertunggu dengan "debaran hati" dan denyut jantung yang semakin kencang,"bilakkah tarikh kerama PRU 14,akan diumumkan oleh "manusia bernama, Najib Razak, anak sulong, Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Razak Hussein,( yang telah pergi alam sana, semoga allah, mencucuri rahmat,keatas rohnya, semoga)
Sekian,Jabatku,titiek

PULIH UMNO, TUN MAHATHIR GUNA GHAFFAR BABA, NAJIB AKAN GUNA TENGKU RAZALEIGH ?



Ramai kalangan peminat, penikmat dan pencandu politiek negeri kelantan, khusunya "old-timer", tertanya tanya "kenapah karier politik Tengku Razaleigh Hamzah, tiba-tiba berada didalam ruang yang samar dan kelabu sedangkan pada realitinya di zaman Tun Razak, PM kedua berkuasa, bintang Ku li, bersinar terang benderang !

Dosa politik Ku Li yang paling besar, menubuhkan Parti Semangt 46,yang menjadi sebab kejatuhan Kerajaan BN Kelantan pada piliharaya umum 22 Oktober 1990

Bagaimanapun dosa politik itu terbayar apabila beliau bersetuju membubarkan parti Semangat 46 dan memasuki semula UMNO

sejak dari itu,Setiap kali berlaku rombakan kabinet, nama beliau disebut sebut,akan dilantik menjadi Menteri tapi pada akhirnya tidak ada apa-apa berlaku

sewaktu Tun Mahathir memerinta, selepas menghidupkan UMNO dan dikenali dengan nama UMNO baru, beliau telah melantik Tun Ghaffar Baba( kini telah berada dialam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya),

kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri berlakiu, apabila Man with the principle, with the great integrity, Datok Musa hitam, melepas geram dengan meletak jawatan kerana dikatakan "berselisih pendapat" dengan Tun Mahathir

dan bagi memulihkan imej UMNO dan ingin menunjukkan soliderity UMNO kepada rakyat,"situa ghaffar baba", dilantik menjadi timbalan perdana menteri, membantunya melakukan tugas-tugas sebagai orang nombor dua

dalam kes PM ke 6, Datok Seri Najib menghadapi "banyak masalah" termasuk kes 1MDB, ada pendapat berkata ada baiknya, banyak faedahnya jika Ku Li diberi jawatan Menteri Kewangan dan tugasnya- menyelesaikan masalah 1MDB

sebagai bekas menteri kewangan,yang mempunyai tidak sedikit pengalaman dalam bidang financing dan pernah menjadi Penasihat Ekonomi kerajaan Brunei, Ku Li dilihat :mampu berbuat banyak untuk "memulihkan pertumbuhan ekonomi negara"

dan yang lebih jauh dari itu, Ku Li, 80 tahun, peribahasa china said, Man Matured at the age of 80-merupakan pemegang rekod paling lama dalam Komonwealth,--menjadi ahli parlimen 10 penggal berturut-turut

dari segi kesihatan mental dan fizikal,Ku Li masih ok dan menghabiskan masa 30 minit setiap hari untuk melakukan swimming exercise

lalu kenapa kah orang lama,punya segudang pengalaman dalam politiek dan ekonomi, tidak digunakan untuk menyelamatkan "bangsa melayu" dan rakyat malaysia secara umumnya

pengasas Majalah TEMPO, essaist dan sekaligus penyair yang dua kali dijebeloskan kedalam penjara semasa era pemerintahan soeharto,Goenawan Mohamed,pernah berkata,Orang tua punya kelebihan, dia punuya kesalahan kita tak punya.

soalnya apakah Najib bersedia, bersetuju dan nekad untuk mengambil "pemimpin UMNO" yang pernah berkhidmat sebagai key person , pemimpin yang paling dipercayai dizaman bapanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri kedua negara, masih menjadi tanda tanya yang penuh misteri

yang jelas, pisau belati di tangan Najib,samaada ada beliau bersedia untuk "membelah timun" atau to repeat the history, berikan Datok Seri Najib waktu,dan waktu akan berbicara
sekian, jabatku,titiek

Wednesday 3 January 2018

DOSA-DOSA POLITIEK MAHATHIR PADA TG RAZALEIGH, PADA USTAZ ASHAARI, PPAK LAH DAN NAJIB




Aku pada mulanya, enggan menulis tentang judul diatas, tapi melihat kepada "egoisme" Tun Mahathir,mengetuai pembangkang dan berambisi besar, menjadi PM semula, suara dalaman aku mendesak supaya aku menulis, apa yang aku tahu tentang Manusia bernama, Mahathir Mohamed

24 april 1987, perebutan kerusi Presiden UMNO, pada permulaan, menurut sumber dalaman UMNO,Ku li mendahului Mahathir Mohamed, menurut bekas Setiausaha Agung UMNO,Tan Seri Sanusi Junid,ketika bertemu Ku Li.mengakui Ku li menang, tapi disebabkan "semua jentera termasuk jawatankuasa pemilihan dan pengiraan UNDI" wajib "memenangkan Mahathir", Mahathir diistiharkan menang

Menang dengan kelebihan 43 undi, ini bermakna separuh dari perwakilan UMNO pada waktu itu mahu kerusi Presiden UMNO diganti dan Presiden baru dilantik

Dan pada bulan disember dua tahun lalu, setelah membuat appoinmetnt,harus menunggu seminggu baru dapat berjumpa Ku li diopisnya.

tujuan perjumpaan ingin wawancara pasal penulisan buku, judul dosa dosa che det diterbitkan Pak Habit,syed hussein al attas,pakai dua nama, Syed Hussein Al-Attas dan Nik Mahadi Nik Hassan

dijual dengnan harga $100 satu. aku kata pada Pak Habib, dikelantan buku itu tak laku dijual dikelantan, dia kata di Kuala Lumpur laku

"i bagi you 50 biji, you jual kat kelantan you will get rm5,000, aku kata OK dan menyerahkan skrip buku itu kepad beliau

buku itu kalau tak silap buku politik yang ke93 sepanjang karier beliau menulis buku politik dan menjadi sejarah besar kerana berganding dengan bekas wartawan penyiaran station tv swasta terbesar dinegara

menurut Tg Razaleigh pada waktu itu Mahathir less populer dikalangan ahli UMNO dan Ketua Bahagian UMNO berbanding dengan beliau yang sudah lama dalam kabinet

Mahathir juga dikatakan tidak ramai menggenali tokoh korporat berbanding dengan beliau


kesalahan kedua berdosa dengan ustaz ashaari muhammad, pengasas al-arqam(yang kini juga sudah berada dialam sana)yang mana sebagai Perdana Menteri mengguna all forces yang ada termasuk media mengatakan ashaari dan pengikutnya sesat dan mengharamkan pertubuhan al-arqam

ingin aku ceritakan pada anda semua,dakwaan itu benar, sewaktu mengikuti delegasi al-arqam selama tiga minggu diturki pada tahun 1993, ustaz ashaari tidak pernah missed solat tahajud, beliau bangun seawal pagi, jam 3 - 4 pagi beribadah sampai masuk waktu subuh

who the hell is Mahathir Mohamed mendakwa dan mengatakan beliau sesat ?

Dosa Mahathir pada Pak Lah kerana "keluar UMNO dan masuk semula UMNO, apabila Najib menduduki kerusi Presiden UMNO

dan Dosa Mahathir pada Najib kerana tidak berterima kasih kepada Najib memberi jawatan Menteri Besar secara percuma kepada anak Mahathir,Datuk Mukhriz

tapi disebabkan Mukhriz, "mematuk tangan" yang memberinya "makan", beliau di"nyahkan dari kerusi Menteri Besar dan kini berana ditebing sana bersama pembangkang

Najib masih dikatakan,PM yang baik kerana jika beliau ingin memalukan Mahathir, beliau boleh juga menggusik anak Mahathir, Mohzani Mahathir, yang merupakan antara orang yang berada dalam senarai yang terkaya di malaysia.

persoalannya,,dari mana "kekayaan" itu datang kalau bukan dari "kronisme"zaman Mahatir menjadi Perdana Menteri

akhir tapi tidak kalah penting, nasihat politiek kepada manusia tua,berusia 92 tahun, masanya sudah berlalu, ini masa dan zaman Datuk Seri Mohamed Najib Razak memerintah

Kuburkankah cita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh kerana "time is eating you away"

sekian untuk sementara, Jabatku Titiek

Tuesday 2 January 2018

PAS BAKAL SERTAI BARISAN NASIONAL,B-N SEBELUM PRU 14 BERMULA ?



Seorang petapa,lelaki tua,berusia,85 tahun,yang pernah bertapa,didalam gua dijajahan gua musang, lokasi tempat pertemuan tiga muara sungai, sungai Kelantan,Sungai Terengganu Sungai Pahang, yang tidak makan dan tidak "minum" selama dua tahun,hanya berzikir allah,allah,allah,dan hanya minum,titisan air gua dan mempunyai "mata tembus pandang" dan yang melihat dengan "mata hati" melihat perspektif kehidupan dan penghidupan politiek dari perspektif yang berbeda

Beliau yang hanya hidup dan menyara kehidupan keluarga dengan hanya memberikan perubatan dan rawatan Islam kepada "pesakit"yang tidak dapat diubati doktor modern

selain itu, beliau juga menjual "batu permata" dan rumahnya saban waktu didatangi penggunjung yang ingin mendapatkan rawatan mistik

anehnya, berdsarkan soal jawab dengan mereka yang datang kerumahnya,majoriti pesakit "sembuh" setelah mendapat rawatan

beliau tidak menetapkan "bayaran perubatan", terserah kepada pesakit untuk "memberi" asalkan ikhlas

perhubungan aku dengan beliau baik baik saja kerana aku adalah wartawan jaringan yang pertama dalam hidupnya datang kerumahnya, berbual dan bertanyakan sejarah, asal usul, beliau terbabit dalam perubatan Islam

ketika ditanya, ayat al-quran yang manakah yang paling mujarab dan menyembuh segala penyakit beliau berkata al-fatihah

bagi siapa saja yang terkena penyakit apa  jua jenis penyakit,amalkan al-fatihah dan jadikan wirid harian, baca sebanyak mungkin inshaallah dengan izin allah akan sembuh

bedasarkan perbualan politiek,PRU ke 14, aku dapat tarik benang kesimpulan, keputusan PRU ke 14 dan kedudukan kerusi parlimen yang bakal dimenangi calon B-N dan calon Pembangkang

BN 143 kerusi   Pakatan Harapan DAP,PKR,AMANAH dan BERSATU 79 kerusi

apakah betul ramalan itu, kita sama sama lihat dan tunggu

sekian untuk sementara,Jabatku dan titiek

DATOK ISMAIL HASSAN,REDLAND "TELAH DIKAMBINGHITAMKAN" ?

  Barangkali,ahli UMNO Kelantan telah lupa atau sengaja melupakan tokoh korporat, Datok Ismail,Redlland abang kepada Bekas Ahli Parlimen, Tanah Merah,Datok Shaari Hassan yang telah dikenakan tinda.kan disiplin oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana "kesalahan yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas", yang pada waktu itu, pengerusi Lembaga Disiplin,bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudeen
  Berita tindakan Lembaga Disiplin itu keluar muka depan akhbar Utusan Malaysia yang membabitkan kesalahan Datuk Ismail. aku selepas membaca berita itu terus menalipon Datok Ismai bertanya kan sebab dan musabat beliau dikenakan tindakan sekejam itu
 aku memulakan pertanyaan, apa sudah jadi dan terjadi pada UMNO kerana memecat manusia bernama,Datok IsmailRedland yang tidak kurang banyak berjasa kepada penduduk dikawasan parlimen Tanah Merah
 Beliau lantas menceritakan keadaan sebenar bahawa beliau telah difitnah gara-gara permainan politik individu tertentu yang tidak senang keberadaan beliau bermain politik di kawasan parlimen Tanah Merah
 Justru itu, beliau yang tidak senang dengan permainan politik yang tidak puteh, menggundur diri dan tidak ingin lagi bermain politik dan menumpukan perhatian terhadap businessnya
Kini setelah lama meninggalkan dunia politik dan memberi tumpuan terhadap perniagaannya beliau telah berjaya muncul sebagai usahawan melayu yang sukses dalam bidang aviation
Kini beliau mempunyai beberapa pesawat yang menawarkan perkhidmatan ekslusif kepada pelanggan yang mempunyai kantong yang tebal
 Dan dikalangan golongan korporat di ibu negara,nama Datok Ismail bukan sekadar sebuah nama, tapi itu "sudah sinonim" dengan "budaya korporat"- yang meletakkan wang -sebagai ultimate goal dalam pencarian kehidupan mereka
Bagi golongan ini, maaf cakap, bagi mereka yang mempunyai fahaman extreme terhadap dunia materialistik, money is everything
 apa pun yang dibicarakan, wang itu tidak dapat dibawa mati,tidak dibawa masuk kedalam kubur,yang dibawa amal soleh dan kebajikan yang dillakukan sewaktu tubuh masih bernyawa alam maya ini
 sebagai kawan,aku sekadar ingin memberi peringatan kepada diri, diri terperi diri sendiri, dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini, kita adalah debu yang bersembunyi dicelah celah gerimis hujan,
sekian untuk sementara, jabatku, titiek


Monday 1 January 2018

DATIN SER ROSMAH MANSOR : P.MAS,KELAS PERTAMA PERMATA



Barangkali tidak ramai dikalangan kita yang mengingati tarikh,tempat dan bila majlis pelancaran PERMATA dilakukan.

Kelas tadika di taman Perumahan Kubang Panjang, pasir mas, merupakan tempat bersejarah apabila Permata diumumkan keberadaan dan fungsinya untuk mencerdaskan pemikiran pelajar di peringkat pra sekolah

Ianya dilancarkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri,Datok Sei Mohd Najib Razak, dan disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datok Abd Rahim Rahman

setelah mendapat arahan dari news room KL, untuk membuat coverage aku bersama kameraman bergegas kelokasi

apabila sampai ke Tadika tersebut, aku meliat tidak ada persiapan untuk menyambut kedatangan Datin Rosmah Mansor

aku terus berjumpa Guru Besar, perempuan, separuh umur da  bertanya dimana tempat yang akan diadakan sidang media

Beliau lantas berkata, beliau tidak tahu Rosmah Mansor akan datang melawat cuma baru sebentar tadi beliau dimaklumkan kedatangan Datin Rosmah Mansor

diluar biliknya ada bilik darjah dan beberapa meja dua kaki tinggi, aku memberitahunya macam mana Datin Rosmah Mansor akan duduk bersila untuk membuat sidang media

Beliau berkata tidak tahu apa yang harus dibuat

aku lantas mengarahkannya membawa keluar meja guru dan kerusi set dan membuat persiapan pra sarana untuk memudahan Datin Rosmah Mansor membuat sidang media

sejam kemudian, Datin Rosmah Mansor datang dan melawat kelas tadika dan terus membuat sidang media

aku tidak tahu persis samaada Datin Rosmah Mansor, masih menggingati peristiwa melawat tadika dan membuat sidang media, pertama kali mengenai perancangan beliau untuk mengembangkan programkelas pertama keseluruh negara

aku kira bekas ketua UMNOBahagian Pasir Mas,Datok Abdul Rahim Rahman masih menggingati peristiwa itu

yang menggembirakan Datin Rosmah Mansor, apabila kerajaan memperuntukan RM800 Juta bagi menjayakan projek PERMATA

sekian untuk sementara, jabatku ,titiek