Monday, 11 April 2011

sastera,puisi dan rendra

Penyair Rendra, yang telah pun, berangkat,pergi meninggalkan "banyak kata-kata", berbentuk puisi dan cerpen,belum lama ini, merupakan sebuah nama yang besar dalam peta dan lanskap puisi Indonesia.malah sewaktu aku berkesempatan bertemu dan "bertatap kaca", bertentang mata, dengan beliau,dan memperkenalkan diri aku, sebagai pelatih kadet akhbar waspada, asal malaysia, beliau berkata, mempunyai rakan, penyair, aziz hm,pengasas teater malini, dikelantan, juga telah berada di alam berzakh(semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya)
Mas Rendra, memang akrab dan amat menyenangi "nama malaysia",barangkali "sastera malaysia dan indonesia, dikatakan mempunyai hubungan historikal, hubunngan darah, menyebabkan Mas Renda selesa apabila berbicara dengan "tetamu" tak diundang dari malaysia

pertemuan aku dengan Mas Rendra, berlaku di Hotel Danau Toba Medan, ketika aku membuat latihan praktikal dengan akhbar Waspada
aku bersama,aktivist teater, Shakuntala, dari medan,bertemu dengan Mas Rendra didalam sebuah bilik,  yang aku sudah lupa, nombornya. Pertemuan tidak formal, beliau berbicara lepas dan bebas, kedatangan beliau ke kota ramah medan, pada waktu itu bertujuan untuk membuat persembahan teater, bersama anak-anak buahnya

aku di"hadiahkan " sebatang ceruk,(lihat dalam gambar),cerut dari Cuba atau negara mana, pembuatnya, aku sudah lupa, yang jelas, aku gembira, mendapat ceruk, dari penyair besar, Indonesi dan malaysia juga

Pertemuan kali kedua dengan Mas Rendra terjajdi, ketika beliau datang ke Kota Bharu dan bertemu dengan ahli persatuan penulis kelantan,PPK. Ketika itu, aku membuat liputan untuk ruangan Sastra dan Budaya Berita Harian
kedatangan aku kebiliknya, untuk menjemput beliau, sebagai tamu pelajar-pelajar malaysia yang kuliah dimedan, untuk berdialog dengan beliau, tentang apa saja-kehidupan, kesusateraan-kemanusian-keadilan-pendidikan-apa saja yang ingin di"ngomongkan", bisa saja diomongkan

beliau senang menerima jemputan itu dan semua ahli persatuan kebangsaan pelajar-pelajar malaysia hadir untuk memeriah dan mensemarakkan malam bersejarah itu

pertemuan itu berlangsung di rumah no 183, Pusat Pelajar Malaysia , Jalan Panjaitan, Medan, Sumatera Utara

sewaktu didalam biliknya, beliau bercerita tengang pengalaman pedih, pengalaman hidup beliau di jebeloskan kedalam penjara kerana dikatakan "tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan negara" Bapak Presiden Suharto, Suharto Toh(juga telah dijemput kealam barzakh). Matanya ditutup dengnan kain hitam,setelah dihumban kedalam sel,(kalau tidak salah sel (bilik) lokasi sel itu dibawah tanah, beliau meembuka ikatan mata, keadaan dalam sel itu,amat gelap,amat gelap sekali,matanya tidak dapat memandang apa-apa, yang ada hanya kegelapan. Mas berfikir beliau telah mati,beliau meraba dan terus meraba,dan tersentuh bahagian anggota tubuhnya,beliau merasakan bahan cair melekat pada anggotanya,setelah menghidu, cecair itu, darah, darah yang keluar akibat di pukul anggota pihak berkuasa sebelum di humban kedalam sel.Penyaksian darah itu membuktikan beliau tidak mati, beliau masih hidup,beliau gembira sekali, justru masih hidup, dapat menghirup udara, yang barangkali tidak segar, hidup dalam sejuta kepekatan, beliau tidak d apat membedakan antara siang dan malam, malam dan siang Yang ada, hanyalah sebuah kegelapan,sebuah kesepian, sebuah kebisuan sebuah ketidakan adilan pihak berkuasa, keatas seorang penyair agung diabad ini

didalam sebuah sdang media, seorang wartawan bertanya kenapda karcis(tiket), persembahan teaternya relatif mahal, rp10,000, rp20,000, rp 100,000 (tukaran wang pada waktu itu rp 10,000 bersamaan rm18.000, beliau menjawab, tidak mahal, kerana beliau 7 tahun, didalam penjara, tidak bekerja, mengganggur, jadi untuk mengganti, masa 7 tahun, tidak bekerja beliau terpaksa "memahalkan" harga karcis
a
pada malam itu, boleh dikatakan semua pelajar malaysia yang kuliah di medan, hadir majlis itu.pihak konsulate malaysia, telah menghantar, pegawai keselamatan, untuk memantau majlis itu

belum pernah ada dalam sejarah, persatuan kebangsaan pelajar malaysia dimedan, menjemput, penyair agung,barang terlarang, Mas Rendra untuk bertemu dengan pelajar-pelajar malaysia. aku masih ingat sewaktu majlis dialog,aku bertanya kepada Mas Rendra, "apakah beliau akan lakukan jika diberi kesempatan untuk menduduki kerusi menteri pendidikan dan kebudayaan Fuad Hassan dalam upaya dan usaha, membaik pulih moral pelajar dan sejajar dengan konsep pendidikan, education is to make human more human.

"saya akan menjadi manusia(barangkali) yang tidak dapat jujur dengan sendiri,apabila memegang jawatan besar, memegang jawatan menteri," katanya.

apa yang dimaksudkan "dengan kata-kata sinis dan nada sederhana"itu barangkali sukar untuk ditangkap dan diterjemahkan maknanya. disitulah terletak kehebatan penyair, menyembunyikan sesuatu disebalik makna, disebalik diksi pemilihan kata kata, disebalik metafora, idiom dan perlambangan.Tepat memang apabila,seorang penyair mengatakan, puisi penuh misteri, puisi adalah sebuah gua penuh misteri, hanya mereka yang dipilih dan "terpilih",dapat memahami dan mengerti "apakah makna sosok tubuh sebuah puisi"

setiap kita adalah penyair, setiap kita adalah penyair dengan kehidupan, setiap kita pernah mempunyai pengalaman sedih, pilu,luka,-suka,gembira, yang membedakan kita dengan penyair, mereka cekap memilih kata-kata, membuat ekpressi diri dan menyembunyikan "makna disebalik kata-kata" dalam sesebuah puisi
Sekian. Ttitik.

No comments:

Post a Comment