"If you were given a chance to lead KAFA, would you take the offer,? soalan yang aku kemukakan kepada Tengku Mahkota Kelantan,dulu, kini Sultan Muhammad kelima,di Ball Room, Grand River View, suatu waktu tidak berjarak dulu.
Baginda hanya menggeleng-geleng kepala sambil berkata,"No". itu dulu. itu cerita dulu.itu cerita sedih,itu cerita pedih, ketika pasukan kelantan, masih terkapai-kapai, antara tenggelam dan timbul kapal van derjick, tapi kini keadaan barangkali berbeza, keadaan sudah berbeza. Red Warriors hari ini sudah berwajah baru, pasukan kelantan hari ini bukan pasukan kelantan, "berwajah lusuh", bukan berwajah remang-remang. Pasukan Kelantan hari ini kalau diibaratkan, penyanyi, ia sudah bersuara lain,ia sudah bersuara lirih dan mampu menarik ribuan, penikmat dan pencandu bola sepak memenunhi ruang stadium sultan mohamed keempat,setiap kali, kelantan bermain di gelanggang sendiri
malah pasukan kelantan hari ini, digeruni dan ditakuti lawan dan kawan dalam arena bola sepak tanah air
Kehadiran baginda,(kalau tidak silap) untuk pertama kali dalam tahun ini, secara konsekwen, memberi gambaran secara implisit, baginda, juga "meminati sukan bola sepak", malah prestasi kelantan yang semakin "menggebu dan melonjak naik",turut "menggembirakan tuanku".
manusia yang bertanggungjawab "membawa imej pasukan Kelantan" ke mercu kejayaan", manusia yang bukan duanya, Tan Seri Annuar Musa, dulunya, pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan(the youngest minister we ever have)
sejarah membuktikan, "kelantan bersuara lain" apabila KAFA dibawah kepimpinan beliau. Banyak sponsorship, datang mencurah-curah, menyebakan "financial standing" KAFA semakin gagah dan bertambah kukuh
soalan yang aku kemukakan kepada Tengku Mahkota,Tengku Muhammad Faris Putra Ibn Sultan Ismail, itu berlaku dalam sidang media, go-kart, yang bakal berlanggsung kawasan litar, Gunung, Bachok, tidak lama dulu.
disebabkan go-kart, aktivitas sukan, bola sepak juga aktivitas sukan, aku melihat ada "relevansinya" menyebabkan aku, memberanikan diri, bertanyakan "soalan yang sederhana" bunyinya itu
sewaktu menyaksikan, perlawanan kelantan menentang selangor, belum lama ini, aku "memerhatikan gelagat baginda dan tan seri annuar musa," aku melihat dengan mata telanjang aku (naked eyes) dari tempat duduk media, baginda asyik mendengar apa yang diucapkan tan seri annuar musa. apa yang diperkatakan, aku kurang tahu persis, yang jelas baginda asyik mendengar "apa yang diucapkan". dan tidak terlalu salah jika aku boleh menarik benang kesimpulan. "His Majesty is pleased with the present performence of kelantan team"
lalu apa yang diinginkan pemain-pemain bola sepak kelantan hari ini ? yang jelas pemain kelantan, meskipun bergaji "tetap" dan "mahal", rata-rata mereka "tidak mempunyai rumah, tidak mempunyai "tanah",apabila menempuh usia senja,sudah tidak lagi "tegang-lagi urat-urat kaki" untuk menendang bola dengan lebih kencang,apabila "khidmat mereka" sudah tidak diperlukan lagi, "kemana mereka akan mundar mandir" ? justru pada malam, kelantan menentang selangor,Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Exco Abdul Fatah Mahmood,tamu hormat,turut bersama baginda,"apa kata, jika beliau mengusulkan kepada kerajaan negeri, tentu dalam mesyuarat exco, memberikan "tanah seluas beberapa ekar" kepada pemain,tentu saja berita baik ini akan disambut, dengan baik, peribahasa melayu ada mengatakan, "kecil tapak tangan, nyiru kami(mereka) tadahkan
lagipun, menurut seorang penikmat dan pencandu bola sepak kelantan, jika "hal itu dapat direalisasikan", suatu saat nanti, akan wujud "perkampungan sukan, bekas pemain-pemain bola sepak kelantan, berkumpul disatu kawasan, paling minimal, menjelang usia tua, masih sempat "bernostalgia" sesama mereka, mengenang kembali zaman-zaman "kegemilangan dan keemasan", mereka semasa muda, sebelum mereka dijemput, memasuki alam barzakh, tentunya selepas melakukan solat tobat dan menggucap kalimah syahadat, pada nafas terakhir mereka.amien
sekian.
jabatku
No comments:
Post a Comment