Thursday, 7 April 2011

visual universiti :menjadi penulis dalam 100 hari

Barangkali tidak ramai dikalangan kita yang mengetahui, tidak ada satupun universiti didunia yang ada dan wujud hari ini, dapat memberi jaminan,pelajar yang menuntut diuniversiti berkenaan, apabila tamat,mendapat ijazah atau diploma, dapat menjadi penulis

ini terbukti saban tahun, pelajar yang membuat jurusan komunikasi massa, pengkhususan dalam bidang journalisme, apabilla mendapat "segulung kertas" yang dipanggil ijazah dapat menjadi "penulis"

untuk menjadi penulis, anda tidak perlu memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi, untuk menjadi penulis rencana diakhbar atau majalah anda juga tidak perlu memasuki mana-mana instituisi yang menganjurkan "kursus kursus" yang berkaitan" kerana apa yang disajikan lebih kepada teori

untuk menjadi penulis anda cuma perlu membaca "yang ini" dan praktiskan dalam kehidupan anda

untuk menjadi penulis anda cuma perlu mengorbankan masa dua jam dalam satu hari, selama 100 hari berturut-turut

caranya mudah dan simple saja, perlu diperjelaskan "petua ini" saya perolehi dari kawan bekas Setiausaha politik, Ketua Menteri singapura pertama, Dr Yakob (allahyarham) asal Johor. Tips ini saya perolehi dari kawan yang sempat kuliah di medan, sumatera utaraTaufif Mubarak. cara pertama untuk menulis didalam apa jua media cetak, anda perlu menguasai bahasa akhbar. bahasa akhbar adalah bahasa mudah.simple language, pelajar darjah enam baca akhbar, mereka faham, mahasiswa baca akhbar mereka faham,  pensyarah, prof baca akhbar mereka faham, persoalannya, kadang-kadang bila anda menulis dan menghantar rencana, artikel,--tulisan anda tidak disiar--persoalan timbul kenapa, tidak disiar sedangkan anda merasakan itu tulisan,itu rencana, yang terbaik anda pernah hasilkan dalam kehidupan anda.

jawapannya mudah sahaja,anda tidak dapat menguasai akhb ar.point yang anda ingin sampaikan mungkin berbelit-belit,berputar-putar, tidak keharuan--bahasa adalah alat komunikasi apab ila anda menulis--untuk itu anda perlu penguasai "alat",anda perlu menguasai "bahasa akhbar".

langkah pertama, yang anda perlu lakukan,anda perlu menguasai "bahasa akhbar"--untuk sampai ketujuan itu, anda perlu "menguasai bahasa editer,anda perlu mempelajari bahaya editer--untuk pengetahuan anda-wartawan perlu bekerja dengan sesebuah akhbar antara 15 hingga 20 tahun, baru boleh menduduki kerusi panasa editer--ari

untuk itu, anda perlu menulis kembali "rencana pengarang"-editers column--jika anda ingin menulis dalam bahasa inggeris--kalau anda ingin menulis dalam bahasa melayu, anda perlu menulis kembali rencana pengarang, selama 100 hari, tiap-tiap hari berturut-turut--

anda perlu menggunakan "tulisan tangan"-alasannya dalam tempoh itu "bahasa editer" akan meresap, masuk kedalam diri anda---selepas 100 hari anda--melakukan teknik ini--cubalah anda menulis,rencana, apa saja--anda tentu akan merasakan "perubahan aneh"--anda akan dapat menulis dengan lancar--ini bermakna setiap hari anda perlu membeli akhbar, dan menulis kembali rencan pengarang, keesokkan harinya, anda membeli akhbar yang sama, dan menulis kembali rencana pengarang,aktivitas ini perlu dilakukan selama 100 hari berturut-turut, anda perlu mendisiplinkan diri anda, paling menimal 1 hingga 2 jam--untuk melakukan aktivitas yang tidak kalah mencabar ini

aktiviti ini., boleh dilakukan pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan STPM kerana dapat membantu mereka menullis, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Kertas Am

apabila sudah tamat 100 hari, anda mulakan dengan "tempoh percubaan"--cuba menulis didalam forum surat pembaca, anda cuba kupas isu-isu semasa, menurut perspektif anda--tulis nama anda sebenar--bila surat pembaca anda disiar, ini bermakna anda sudah berjaya melangkah satu langkat, 1000 miles begins with one step---

kemudian anda cuba menulis "rencana", bidang disiplin ilmu yang anda kuasai--untuk menjadi penulis musuh utama yang anda perlu benci dan jauhi--"sikap berputus asa"--anda "harus gila,bertambah gila menulis, meskipun tulisan anda tidak disiarkan

untuk catatan anda, siapalah anda, pada peringkat permulaan, dalam bidang "penulisan", anda bukan sebuah nama yang besar, anda bukan kassim ahmad, anda bukan shahnon ahmad, anda bukan a.samad said, anda bukan zainuddin maidin-anda bukan manja ismail, anda bukan zaini hassan, anda bukan zulkifli yakob--anda cuma "manusia kerdil, manusia kecil" dalam bidang penulisan, kalau polis, anda cuma polis "baru", tamat latihan

apabila anda terus menulis dan menulis, meskipun tulisan anda tidak disiar, pengarang yang membaca tulisan anda, "telah mengenali nama anda", bila anda terus menulis,dan menulis, lama kelamaan, menerusi proses penulisan dan pembelajaran, tulisan anda sudah berkualiti, lantas  disiarkan, saat itu merupakan saat yang paling bahagia dalam kehidupan, anda sudah berjaya menjadi menulis, apabila nama anda,dalam istilah kewartawanan disebut BY LINE, terpapar didada akhbar, anda sudah di"baptisedkan" menjadi penulis, anda sudah berjaya menempa nama dalam bidang penulisan. BY LINE yang anda dapat, sudah merupakan satu sijil, pengiktirafan bahawa anda sudah dapat menguasai bahasa akhbar

menurut pensyarah mansor saman, pensyarah kommunikasi USM, dalam bukunya, SO YOU WANT TO BECOME A JOURNALIST, ada enam perkara yang perlu ada dalam laporan berita. ABCDEF--
a-accurate, b-brief, c-clear, d-direct, e-easy, f-fast

sewaktu nongkrong belajar di medan, teman satu kamar, tentunya lelaki, membuat jurusan fakulti ekonomi,universiti yang sama, bertanya kepada saya, bagaiaman cara untuk menjadi "penulis", saya katakan kepada "tulis,hantar, tulis hantar,",selang enam bulan selepas itu, dia datang kemeja studi saya, menunjukkan chek bernilai rm50 dari majalah al-islam, Kuala Lumpur. saya tanya berapa kali dia hantar rencana, baru disiarkan--dia kata--telah telah menghantar 43 kali "artikel, rencana", yang kali ke 43 baru disiarkan

Nah, untuk mengetahui "benar atau tidak" apa yang saya "omongkan ini", cubalah anda lakukan apa yang saya utarakan, selamat mencuba dan selamat. Napoleon Hill, dalam bukunya Think and grow rich, pernah menggunggapkan, OUR MIND IS EVERYTHING, WHAT WE THINK,WE BECOME. TITIK. titik-titik yang luka

No comments:

Post a Comment