Friday, 29 April 2011

Rasuah,pemimpin kita, Malaysia, tahun 2111-: sifar rasuah dan dadah

Tahun 2111, malaysia sudah menjadi negara "maju dan lebih maju dari negara maju, yang ada dinegara barat hari ini (barangkali). Barangkali juga pada waktu itu,golongan penganggur akan mendapat elaun bulanan tidak bekerja, Unemployment benefit (UB) RM100 setiap minggu.

dan pada waktu itu, satu senario aneh akan berlaku disetiap pejabat Pos di seluruh negara, pada setiap hari khamis,golongan belia, berstatus penganggur akan "beratur, berbaris, dari pagi sampai ke petang" untuk mendapatkan "wang,elaun tidak bekerja" dari kerajaan

lalu bagaimana dengan penagih dadah ? apakah mereka juga akan mendapat elaun itu,akan muncul pertanyaan dari ahli parlimen "dedak". jawapannya mudah dan simple, jika "status mereka"- penganggur-, mereka juga akan mendapat elaun itu.-

tapi pada waktu itu, penagih dadah sudah tidak ada lagi dibumi malaysia, kerajaan pada waktu itu, sudah mengambil dasar dan polisi, kerajaan negeri Belanda -" Menghalalkan penggunaan dadah, legalised the "drug", penggunaan dadah secara terkawal

di Swizerland, menurut seorang anak kelantan,55 tahun, kini menetap di ketereh,masa muda pernah berkahwin dengan perempuan mat salleh, beranak dua,kini bercerai,"penjualan dadah disana,tercatat dalam menu direstaurant", pengguna boleh pilih, hisap didalam restaurant, "take away" seperti kentucky fried chicken, tak boleh

disana juga ada "baby bank" secara bebas dan terbuka,"anak-anak haram" boleh ditempatkan dalam baby bank,caranya anak yang dilahirkan "secara tidak sengaja" diserahkan kepada ,pihak hospital kerajaan,akan menyediakan "tempat letak bayi", "anak-anak yang dilahirkan" dalam gelap,antara gelap dan cerah,tidak ada bezanya"ditempatkan disitu, ibu hanya meletakkan "anak disitu",pihak hospital,tidakpun mahu ambil tahu latarbelakang ibu, kerajaan,kemudian akan "memelihara" anak itu sehingga besar dan membesar

Itulah gambaran sebenar,dasar sebuah kerajaan negara maju untuk "basmi masaalah pembuangan bayi dalam tong sampah"

penagih dadah akan didaftarkan di klinik-klinik kerajaan, dan kerajaan akan memberikan"subsidi" kepada penagih dadah. sudah tidak ada lagi, penjualan dadah black market, kes-kes mahakamah, membicarakan kes 39B,pengedaran dadah sudah tidak ada.

Kita sudah mencapai status negara maju, penagih dadah berhak memilih, untuk terus menjadi penagih dadah sampai akhir hayat, itu keputusan dan pilihan hidup mereka.kerajaan tidak berhak untuk memaksa mereka membuat pilihan untuk hidup.mereka senang dan selesa dengan cara hidup, menjadi penagih dadah,apa kerajaan boleh buat.

kes-kes kejadian mencuri kabel lektrik, kabel talipon sudah tidak ada,semua selamat,kes kecurian anak ayam,telor ayam,curi motorsikal dah tak ada lagi


kerajaan dapat jimat wang, rakyat, tidak ada lagi peruntukan kewangan untuk pusat serenti "memelihara dan menternak" penagih dadah ?

apakah itu itu semua satu "utopia" ?apakah itu semua "mitos"?

bagaimana dengan kedudukan ekonomi negara kita pada waktu itu ? kita pada waktu itu,telah menukar "matawang ringgit" kepada penggunaan pound sterling ataupun euro,ini kerana rezab wang negara berjumlah berbillion ringgit kerana "kewangan negara", menteri kewangan kita pada waktu itu, seorang menteri yang jujur,amanah dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri,tidak ada self-conflict, kewangan negara diurus secara proffesional.

sumber kekayaan negara,emas hitam, yang dipanggil :minyak" yang diurus PETRONAS,mendatangkan hasil berbillion billion ringgit, dalam tempoh satu tahun, mampu :mensponsor itu semua, "kerana" kita sudah mencapai status negara maju

cukai pendapatan, income tax mungkin dinaikkan menjadi 30 peratus sehingga  50 perarus, bukankah dinegara negara maju tax-payers membayar jumlah peratus yang tinggi kepada kerajaan ? Corporate tax mungkin dinaikkan menjadi lebih tinggi !

itu semua dilakukan untuk memberi keselesaan, kesejahteraan,kepada warga malaysia yang negaranya, negara malaysia boleh, negara serba boleh

dan pada waktu itu,barangkali, jumlah penduduk negara malaysia telah 100 juta orang dan kerajaan melancarkan program KB, Keluarga Berencana, seperti yang dilakukan kerajaan Indonesia dan Singapura, satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai 2 anak, lebih dari itu,anak mereka tidak akan mendapat "benefit dan faedah yang ditawarkan !

pada waktu itu, suami digalakkan "memakai kondom" jika ingin "melakukan yang itu dan yang ini dengan isteri",takut-taku melebihi kuota yang ditetapkan !

dasar pengiriman pelajar malaysia keluar negara telah diubah secara total, kerajaan tidak akan lagi menghantar pelajar malaysia belajar ke amerika syarikat,Britain, Australia, New Zealand kerana kos pembiayaan dan pelajaran terlalu tinggi sebaliknya akan menghantar pelajar malaysia kenegara negara scandavia termasuk Findland, Sweeden, Luxembourg,Denmark, Belgium kerana negara-negara itu mempraktsikan fee education, tidak ada bayaran yuran kepada pelajar asing, kalau ada jumlahnya amat kecil

menerusi kaedah ini, kerajaan malaysia dapat menjimatkan kos berbillion-billion ringgit dalam temph satu tahun, wang ini akan disalurkan untuk memberi pelbagai benefit kepada "rakyat malaysia, rakyat berstatus negara maju"

golongan tua,berumur 60 tahun hingga 100 tahun, dibawah skim warga emas, dapat elaun bulanan RM400 sebulan, dapat menggunakan perkhidmatan penganggkutan awam secara percuma, bas percuma, keretapi percuma, pesawat komuniti potongan 70 peratus

kemungkinan menunaikan fardu haji percuma sedang difikirkan Lembaga urusan Tabung Haji kepada warga emas, tanpa mengira fahaman politik



menteri-menteri kabinet macam mana ? menteri-menteri kabinet pada waktu, menteri kabinet negara maju, mereka "diwajibkan mengisitaharkan mereka" kepada pihak media, termasuk kepada akhbar harakah dan akhbar suara keadilan dan pihak kerajaan.

hanya mereka yang benar-benar layak menjadi menteri akan dipilih menjadi menteri. tidak ada lagi kronisme,neoppotisme, atau apa-apa isme yang menjurus kepada kronisme

kita sudah menjadi negara maju, perjalanan kota bharu kuala lumpur hanya ambil masa 3 jam ! sudah ada lebuhraya PLUS menghubungkan KB-KL, speed train, teknologi maju dari negara jerman akan diguna pakai, wakaf bharu ke kl sentral cuma 2 Jam , tambangnya cuma RM180 pergi dan balik

pada waktu penerbangan komuniti air asia dan fire-fly, kurang mendapat sambutan kerana masyarakat negara maju seperti malaysia sudah jemu dan jenuh, menaiki pesawat, mereka lebih selesa menggunakan perjalanan barat

kini ramai guna perkhidmatan penerbangan komuniti kerana rakyat malaysia,mahu cuba naik pesawat,tambang murah.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah,SPRM macam mana keadaannya. SPRM sudah tidak wujud,SPRM sudah dihapuskankan sama sekali. Rasuah sudah menjadi sifar, pelajar-pelajar sekolah sudah tidak faham dan tidak mengerti akan "makna rasuah" kerana perkataan itu sudah menjadi "tabu", menjijik dan meloyakkan.

bagaimana pula dengan masalah siswazah, lepasan ipta dan ipts yang menganggur ? tidak menjadi masalah, kita sudah mencapai status negara maju, siswazah menganggur akan mendapat elaun unemployment benefit, mungkin rm200 seminggu berbanding penganggur bisa rm100 seminggu.

ada pendapat umum mengatakan, elaun menganggur tidak dapat dilakukan di malaysia kerana ia menggalakan rakyat negara ini, khususnya golongan "muda"jobless dan menjadi lebih "malas dan bertambah malas" untuk bekerja !

pertanyaan lain timbul, bila pula rakyat malaysia berbangsa melayu "tidak malas" .sejak dulu lagi, kerajaan kena bagi subsidi,subsidi baja,subsidi itu,subsidi ini
"

itu pula pandangan dari pihak kerajaan ? bagaimana pula pandangan kerajaan dari negara maju ? jika negara maju dapat melakukan polisi seumpama itu, kenapakah kita tidak dapat melakukan hal yang sama. ? Bukankah kita malaysia pada waktu itu, sudah mencapai "status negara maju" ? Acuan negara maju manakah yang akan menjadi icon atau model kerajaan kita pada waktu itu ?

Atau hakikat sebenarnya, kita-kita, menteri-menteri kita, ana ana, anta anta, anti anti, professional kita-kerajaan kita, masih belum siap pakai, masih belum bersedia untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju, atau negara maju hanya "retorika politik",hanya untuk menyedapkan mulut pemimpin polittik berpidato atau bagaimana ?

untuk itu, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci, maksud sebenar negara maju, pengisian yang bakal dilakukan dan rakyat umumnya akan mendapat "yang bagaimanakah faedah, benefit" jika kita muncul sebagai sebuah negara maju ?

jika ianya hanya sebuah retorika politik, gampang saja, rakyat tidak perlu bermimpi "menggebu-gebu untuk menjadi warga negara negara maju !

yang jelas itu semua tidak mempunyai sejumlah makna kepada golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,jika jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya masih lebar dan jauh,itu semua tidak bermakna

lalu bagiamanapula dengan gaji kakitangan kerajaan,pihak penguatkuasa seperti polis,jpj, kastam dan imigesyen ?

kita sudah mencapai status negara maju, gaji mereka telah dinaikkan 10 ribu ringgit sebulan,sudah tidak ada lagi rasuah

apalah nilai 10 ribu ringgit,100 tahun lagi ?

di negara maju gaji pekerja buruh, ladang, pemandu bas,pemandu lori,pemandu, lebih "mahal dari gaji pekerja berkolar puteh !

kerajaan juga akan mempraktiskan itu semua, demi kepentingan dan kesejahteaan rakyat malaysia,rakyat negara maju

bagiamana pula dengan perkhidmatan gro dan pelacuran ?ibu tunggal, single mother ? disetengah-tengah negara maju "kegiatan pelacuran" dihalal dan dilegalisedkan, bagaimanakah dan apakah pendekatan kerajaan kita ,kerajaan maju malaysia, menanggani masalah itu ?

barangkali pada waktu itu, proffesion tertua didunia itu tidak lagi wujud dinegara ini. ibu tunggal, single mothers,tidak perlu bimbang kerana kerajaan memberi "subsidi RM100" kepada anak yang baru lahir sehingga besar

pelajar ipta/iptas belajar secara percuma, tidak ada lagi wang pinjaman Tabong Pendidikan Negara, semua free,percuma, bukankah kita sudah mencapai "status negara" maju seperti yang dipraktiskan di negara-negara maju

masalah itu sensitif, amat sensitif,ianya tidak wajar untuk didiskusikan secara terbuka, bukankah kah begitu ?

bagaimana pula dengan gaji,elaun, menteri,timbalan menteri, ? gaji dan elaun tidak banyak, diturunkan keparas minimal, sama sperti amalam gaji, elaun menteri dan timbalan menteri di negara maju

yang jelas pada tahun 2111, orang tidak ramai berminat untuk menjadi menteri dan timbalan menteri, kerana "peluang untuk menjadi kaya sekelip mata sama sekali tak ada", negara maju katakan, semua transparetnt,semua pakai sistem, tidak ada lagi "projek nego" dan seumpamanya.

bagaimana pula dengan "undi pos", undi pos juga dihapuskan kerana :"semua sudah berada dalam bandar", tidak perlu lagi "undi pos". Berita ini paling menggembirakan pihak pembangkang (barangkali)


Bila kita berbicara mengenai negara maju, asas pokok perbincangan,yang perlu ada dalam pemikiran kita,"sistem" pemerintahan, sistem pentadbiran negara, mesti berpaksikan kepada prosedur, undang-undang yang sedia ada.

ini bermakna, kita cuma ada masa 100 tahun lagi-: untuk muncul sebagai sebuah negara, satu-satunya di rantau asean, yang mempunyai sifar rasuah,sifar dadah,sifar :anak haram

sengaja aku meletakkan 100 tahun lagi, kerana dalam jangkamasa itu, kita akan menempuh 20 kali. proses pilihanraya umum dan pemikiran rakyat malaysia pada waktu, secara umumnya, kita sudah mempunyai "educated society",rata-rata individu malaysia, pada waktu itu, lepasan ijazah atau diploma-: sudah pandai menilai dari aspek politik, yang mana intan dan yang mana kaca !

kawasan kampung dan berhutan pada waktu itu, sudah tidak ada lagi, kawasan pedalaman sudah di majukan dan didirikan projek-projek perumahan,kos rendan, kos tinggi, kos sederhana, apa saja nama kos perumahan,ianya akan dibeli kerana permintaan "rumah di negara kita hari ini semakin" meningkat.
barangkali dikawasan pedalaman pada masa itu, masalah "buta huruf" dikalangan anak penorek getah, makanan beracun,food poisoning, dikantin sekolah, susu subsidi "basi",sudah tidak wujud lagi

ada pemisahan kuasa absolute, dari aspek kuasa politik dan kuasa kehakiman. manusia politik sama sekali tidak boleh "mencampuri urusan kehakiman" dan manusia hakim, juga tidak boleh mencampuri urusan politik, apalagi untuk "tunduk dan patuh" kepada manusia politik, kerana masing-masing pihak "mempunyai bidang kuasa masing-masing dan masing-masing mempunyai "kuasa sama level" dalam bahasa Inggeris disebut "on par".

lihat di negara barat, hakim tidak perlu "merujuk kepada" perdana menteri, tidak sebagaimana yang ada dibeberapa negara asean di rantau ini. Peguam Negera "bebas" dan "lepas" dan tidak perlu merujuk apa jua kes,berkaitan kehakiman dan keadilan undang-undang kepada Jabatan Perdana Menteri,khususnya Perdana Menteri

sebagai contoh bila berlaku kes rasuah high profile, peguam negara, setelah meneliti dan mendapati solid evidence,terus memberi arahan kepada pihak pendakwara, mengheret dan mendakwa pemimpin terbabit kemuka pengadilan

diIndia, negara yang terkenal dengan filem-filem hindustan, yang menggiur dan menggetarkan degup jantung lelaki bermata remang, setiap "kes rasuah membabitkan high profile" setelah disiasat badan pencegah rasuah, hasil siasatan akan di serahkan kepada Parlimen bukan kepada Perdana Menteri.

aku kira, jika ini dipraktikkan, dinegara kita, tidak timbul, isu "cover up" , tutup fail atau bagaimana ?
dalam kes rasuah di negara ini, menurut bekas, Menteri Besar Perak, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Nizar,45 peratus kes rasuah dinegara ini datang dari pihak atasan,justru itu, jalan pintas, untuk menghapuskan "rasuah", kerajaan BN yang sedia ada, perlu ditukar kepada kerajaan "baru".

setolol sedangkal itukah, pandangan beliau untuk mengatasi masalah ini ? bagaimana pula dengan pegawai kerajaan ? Bagaimana pula dengan sikap dan "mentaliti" peniaga, kontraktor yang berurusan dengan agensi kerajaan ? apakah mereka juga sudah siap "mental", untuk tidak "menghulurkan" sesuatu agar dipercepatkan, proses tender atau bagaimana ?

sebenarya, berbicara mengenai "rasuah",tidak ada satupun "menteri-menteri" yang ada,ahli parlimen yang ada, mempunyai merit dan integriti, untuk berbicara mengenai rasuah. ini adalah kerana "mereka" tidak faham atau sengaja tidak mahu "faham akan makna" dan perkataan rasuah

mereka tidak jujur d engan diri mereka sendiri, sebagai contoh, berapa keratkah dikalangan "pemimpinmajlis tertinggi satu-satu parti, tidak menggunakan "wang" untuk mencari pengaruh dan mendapat undi perwakilan. Jika cara naik, untuk mendapat undi perwakilan, mereka perlu berbuat sesuatu,"apakah ini tidak wajar dikatakan sudah ada unsur-unsur rasuah"

dalam hubungan ini, kita tidak perlu pergi lebih jauh, jika mana-mana pemimpin parti politik, baik kerajaan maupun pembangkang, "menggunakan" wang untuk "mendapat" undi setiap kali, pilihanraya umum diadakan,iini bermakna, "kita-kita, mereka-mereka, ana-ana, anta anta", "tidak layak untuk dipanggil haiwan berkaki dua, mempunyai satu alat kelamin-" untuk berbicara mengenai rasuah

dinegara-negara barat, menyogok seseorang dengan wang agar memberikan undi kepada parti politik, dikatakan "satu penyelewengan politik,rasuah politik-, individu terbabit atau penggundi akan marah dan marah-marah kepada pemberi rasuah, kerana undi mereka, harga diri mereka, harga diri, nilai undi mereka tidak boleh dibeli dengan wang ringgir

tapi di malaysia,khususnya dikawasan pedalaman, apabila seorang ahli politik, memberi wang tunai rm300 kepada seseorang individu,pemberian secara senyap dan diam,agar individu memberikan undi kepadanya,  "apakah individu" itu akan menolak dan marah-marah kepada pemimpin politik tadi ?

yang jelas, duit itu akan diambil,undi,belum tentu.yang memberi beragama islam, yang menerima pun beragama Islam. dinegara barat, keadaan sedemikian tidak "berlaku", kerana "mentaliti, pemikiran mereka, mempunyai "nilai-nilai murni dan kuat berpegang "kepada sistem dan undang-undang" sedia ada

menurut seorang tokoh veteran politik, yang enggan namanya didedahkan, jika kerajaan benar-benar serius untuk menanggani gejala rasuah, langkah pertama yang perlu dilakukan, menteri-menteri kabinet,mesti diikat dengan satu sistem, satu peraturan General Order, pekeliling kerajaan-, hari ini menteri-menteri tidak terikat dengan General Order, sebagaimana pegawai kerajaan

,mereka, menteri, mempunyai kuasa penuh, boleh meluluskan projek tanpa tender, "nego projek", nego projek ini,memebri kesempatan kepada menteri, menerusi proxy-untuk- mendapatkan keuntungan dari peruntukan kerajaan semaksimal mungkin

dapat satu projek nego, projek mega kerajaan, mereka boleh makan sampai ke tujuh keturunan, anak pinak mereka, dan mereka boleh menjadi manusia  kaya dalam sekelip mata

katanya, kalau kerajaan BN benar-benar serius untuk menghapuskan rasuah dikalangan pimpinan atasan ,"istilah projek nego" perlu dihapuskan. semua urusan mesti menerusi tender, transparent, ikut prosedur dan peraturan

"sistem kerja", peraturan kerja, mesti berpaksikan kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.

aku kira, jika setiap kali pilihanraya umum diadakan,baik parti kerajaan atau pembangkang masih mengamalkan politik wang,secara berterusan, aku kira kita,anda, kita-kita, ana ana anta anta anti anti, masih belum bersiap sedia untuk menjadi rakyat mewakili sebuah negara maju dan membenteras gejala rasuah secara serius

dalam hubungan ini, aku melihat, kita akan mencapai status negara maju pada tahun 2111 dan rasuah akan menjadi sifar,apabila semua rakyat malaysia berkata, "tak nak kepada politik wang"

dan pada waktu itu, kita semua, ana-ana, anta anta, sudah berada disatu alam lain,yang tidak lagi menggunakan wang untuk berurusan sebaliknya "menggunakan kebajikan, pahala" sebagai mode of trade, atau bagaimana ?
sekian.
jabatku

1 comment:

roshanilawatey said...

Menarik sekali kupasan @ luahan hati ini. Sinis dan banyak yang tersirat.

Post a Comment