Manis jangan cepat ditelan,pahit jangan cepat dibuang
-Peribahasa Melayu-
Langit pada petang itu,dipekan Manek Urai,Kuala Krai, seperti biasa,seperti menyaksikan kekalahan tipis UMNO pada calon Pas,65 undi dalam pilihanraya kecil,dewan undangan negeri manek urai, berikutan "kepergian Pak Su Wail" kealam barzakh belum lama ini
Hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,Datok Mustapha Mohamed, melawat tapak, pembinaan "jambatan politik manek urai", bernilai rm14.1 juta ringgit. "Meskipun kalah, BN tetap menunaikan janji politik,demi keselesaan, 200 keluarga, membabitkan 4 ribu, penduduk manek urai lama dan manek urai baru
Seperti biasa beliau ditemani Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datok Ramzi Abdul Rahman,dalam ucapannya, beliau mahukan UMNO Bhgn Kuala Krai, menghadiahkan 4 kerusi DUN, bagi memastikan UMNO, merampas dan menggubah lanskap politik negeri kelantan, yang sudah hampir 22 tahun didominasi politik Pas Kelantan, yang dikepalai, Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat
Belum lama ini, rakyat kelantan, terkejut dan dikejutkan dengan berita "ngeri dan mengerikan", apabila Tok Pa,membuat kenyataan media, B-N akan menang 23 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRU ke 13 nanti
ada suara sinis dan lirih dari ahli UMNO sendiri,golonan veteran, minta Tok Pa, jelaskan dan perincikan "kawasan DUN" mana" yang akan menjadi "milik B-N" selepas PRU ke13
pun begitu, ada juga publik opini, dari orang UMNO yang berpendapat, "itu" bukan mustahil, bukankah politik itu sendiri, membawa pengertian "seni serba mustahl". manakala seorang veteran Pas, berkata, untuk mensasarkan 23 kerusi tertalu "banyak" dan terlalu tinggi, tapi kalau untuk mendapat 14 hingga 16 kerusi dalam PRU kali ini, bukan mustahil
"sudah menjadi biasa, pasang surut, graph politik landskap negeri kelantan, ia bergantung kepada isu-isu semasa, isu-isu panas justru rakyat kelantan suka,isu politik panas-panas sama seperti mereka sukakan goreng pisang panas," yang panas itu ditunggu,meskipun terpaksa beratur panjang, asalkan dapat goreng pisang panas, katanya, yang enggan identiti didedahkan
toh begitu, ada pendapat, golongan neutral, late fifties, tidak bermain politik, sekedar pemerhati, berkata, tok pa is smart politician, he is not out spoken, elak kontrovesi, "kuat bekerja dan bekerja bersungguh". "Jika 2004, Tok Pa boleh buat BN menang 21 kerusi, 2012 tak ada sebab tok pa tak boleh buat sejarah kali kedua kali ?
betulkah begitu tok pa ? cuma satu kesilapan tokpa, menurut pengamat politik tempatan, late sixties, membayar gaji kepada setiap pengarah DUN, satu keputusan "tidak masuk akal" katanya.
"dia ada gaji dia kena kerja,kerja kuat, ahli umno lain macamana," ? soalnya. Politiek, kerja politiek kerja sukarela, kesediaan, untuk berkhiudmat kepada agama, bangsa, negara secara suka rela. tradisi sudah turun temurun diwarisi sejak zaman onn jaafar, tuanku abdul rahman, tun hussein on, tun mahathir, pak lah--jika ini dlakukan seluruh "negeri-negeri", pucuk pimpinan UMNO akan menjadi "pening dan pusing". "Pengarah DUN ada gaji bulanan," mana masuk akal
"Bagaimana kalau pihak pembangkang "file dan heret isu ini ke mahkamah," ? "JPP yang bayar gaji tak pening ?," soalnya dengan nada marah-marah dan marah-marah
kenapa beliau marah aku tidak tahu persis, yang jelas , dia orang lama berjuang dalam UMNO dan kini dipinggir dan dilesukan "urat-urat kelamin politiek"nya
,
dengan "kemelut dalam PKR",imej pakatan pembangkang terjejas dan banyak lagi isu yang memeningkan penggundi diatas pagar,PRU ke 13, apakah pilihanraya kali ini BN mampu merampas kuasa politik dari PAS, masih menjadi pertanyaan "ngeri dan mister", yang pasti PASakan tetap mempertahankan kuasa politik manakala UMNO akan berusaha sebaliknya, manakala Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, menurut sumber dalaman, akan "tetap mempertahankan kerusi DUN Chempaka" dan sekaligus akan tetap menduduki kerusi "keramat menteri besar kelantan", kerusi yang "diimpikan datok dr awang adek hussein"dalam pilihanraya lalu,suatu impian politik yang tidak tercapai". Dan apakah kali ini mimpi beliau akan menjadi "realiti politik" atau mimpi sekadar mimpi disianghari ?, jawapannya terletak kepada anda yang bernama penggundi,khususnya rakyat kelantan, yang berhak menggundi pada PRU yang diramalkan akan diadakan pada, pada bila dan tarikhnya--ada mengatakan pada penghujung Julai, awal Oktober selepas Bajet dan awal tahun hadapan, yang mana satu "tepat". "Tunggu tanggal mainnya, pasti hebat dong", ulas wartawan lokal, asal Indonensia,-mengenai tarikh PRU ke 13 yang sebenar.
Sekian. titik
Jabatku
No comments:
Post a Comment