Saturday, 9 April 2011

in the middle of nowhere

Antara kanan dan kiri,tiada beza,pun juga ditengah-tengah
Goenawan Mohamed,Catatan Pinggir

Barangkali, jika kita membicarakan sketsa politik tanah air,kita disedari atau tidak akan bertemu dengan satu golongan yang berada digaris tengah, yang berada dititik kembang "tengah", yang juga disebut "fence sitters", dalam loghat kelantan, disebut "atas pagar". Golongan ini, tidak menyertai mana-mana parti politik. Mereka akan lebih selesa dan "nyaman", damai berada didalam lingkaran "tengah".Mereka akan berbicara dalam nada "eloquency of silence",sulit dan sukar untuk diteka,apakah
pilihan potlitik mereka apabila tiba "saat mendebarkan", apabila tiba "detik" untuk memberi undi. justru undi anda, adalah rahsia, hanya "malaikat Jibrail" dan Yang Maha Esa, yang tahu dan mengerti, parti politik manakah pilihan mereka

Golongan ini pada kebiasaanya sama sekali tidak menyertai atau menghadiri mana-mana ceramah politik, bagi mereka, barangkali, politikus kita(aku pun hairan kenapakah perkataan politician dalam bahasa Inggeris diterjemahkan menjadi "politikus", suatu terjemahan yang sama sekali tidak tepat dan tidak disenangi mereka yang bernama politician, isu ini aku kira perlu dirujuk kepada pencipta peribahasa melayu terkemuka, wartawan penyiaran tv3, Karam Singh Walia)

Bunyinya saja "tidak menyelerakan", politikus, seseolah-olah manusiaa politik, mempunyai tabiat "tikus", suka mencuri-curi "makan", keluar pada waktu malam, ketika semua manusia, haiwan berkaki dua, mempunyai satu alat kelamin, nyenyak tidur, species ini, keluar mencari rezeki,pada waktu tidak siang, sama ada, rezeki yang diperolehi itu haram atau tidak, itu tidak penting, yang penting,"aku yang bernama tikus", perlu kencang dan menggenyangkan

persoalan pemilik makanan, tuan hak secara perundangan dan legal, mempunyai hak keatas makanan itu, itu urusan lain, itu urusan nanti, yang penting aku "bernama tikus", sudah berkurun-kurun, berabad abad mempunyai sikap dan tabiat semula jadi yang dalam bahasa inggeris disebut "selfish", kalau diterjemahkan kedalam bahasa malaysia boleh, bermakna "penting dan mementingkan diri sendiri"

secara konsekwen, politician yang tumbuh,yang ada dan seada-adanya,yang dikenali dengan panggilan politikus, apakah memang benar dan betul,tidak kira dari parti politik mana mereka berdiri, rata-rata atau secara rambang, mengalir dan berdenyut dalam darah mereka, sikap "selfish", mementingkan diri sendiri, masih menjadi "pertanyaan politik" yang sukar dijawab "semua politikus"yang ada dan seada adanya dibumi bertuah ini

sebagai negara yang sedang berkembang, developing countries, khususnya di rantau asia tenggara, jika melihat kenegara filipina, Indonesia, pemimpin mereka, seperti Ferdinand Marcos, terbukti "kaya", apabila sudah tidak berada dipentas dan persada politik.Pun begitu juga berlaku di negara abang kandung, pakai istilah sastera, Indonesia,setelah tidak lagi berada di Bina Graha,Istana Presiden Indonesia, yang jatuh dan dijatuhkan oleh "kuasa rakyat"(peoples power), terbukti Bapak Presiden Indonesia, Suharto, atau lebih dikenali dengan nama Pak Harto,Pak Harto toh,dikatakan mempunyai harta wah aduhai "banyaknya"

Begitu juga jika kita menoleh ke negara-negara tarian gelek, timur tengah, middle east countries, Presiden Mesir, Hosni Mubarak,yang tersungkur kerana "kuasa rakyat" dilaporkan mempunyai asset USD70 Billion manakala Presiden Libya, Muamar Ghadafi,penulis buku The GreenBook, yang diharamkan kerajaan, juga dilaporkan mempunyai harta, tidak kehabisan tujuh keturunan

Pergolakan dan pergeseran politik, kebangkitan kuasa rakyat menentang kerajaan  di negara Tunisia,Aljeria, Bahrain barangkali ada relevansi dan sinonim dengan perkataan "politikus" yang mana (maaf, barangkali) pemimpin "seperti itu dan seperti ini", "terlalu dan terlebih mementingkan diri sendiri, "selfish dalam upaya dan usaha, menggunakan platform politik, untuk meraih dan mengumpul wang "segunung munkin"

dimalaysia, dinegara "malaysia boleh", negara serba b menerusi pengamatan aku,(yang mencelakakan pengamatan yang tidak selalu cermat ini,--pinjam istilah Sasterawan dan Budayawan,Omar Kayam, Indonesia-yang telah dihantar kealam barzakh,--Menteri Kewangan Pertama, dari parti MCA Tun Tan Siew Sin sewaktu memegang jawatan itu, berjaya menjadikan matawang negara malaysia berada ditangga keempat stabil didunia

Kejayaan puncak dan segunung tribute harus di beri kepada The Late Tun Tan Siew Sin, kerana berjaya mengurus kewangan negara dengan baik.menurut sumber he is clean and never abuse power as a finance minister. beliau pergi kealam berzakh dengan tenang,tidak mempunyai simpanan wang yang banyak,asset yang banyak berbanding dengan menteri-menteri kewangan lain,"sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula,kura-kura dalam perahu

berbalik kepada penggundi atas pagar, mereka adalah silence voter yang akan menjadi penggundi penentu,significant voter, kepada mana-mana parti politik
sekian, untuk sementara.titik

No comments:

Post a Comment