Friday, 15 April 2011

Jaafar Rawas, Nik Aziz,Nakhaie dan PAS

Ajaran,doktrin,pegangan moral tak bisa mengenai manusia secara mutlak.Itulah sebabnya agama-agama turun,tapi dosa belum berhenti
-Catatan Pinggir 8 juli,1978

Aku mengenali Jaafar Rawas,man behind the curtain of Pas kelantan, (kini sudah dihantar kealam barzakh-semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya)pada pertengahan Juni,1988, sewaktu bertugas sebagai pemberita sambilan akhbar Watan. Pada waktu itu, aku tidak bermobil dan tidak bersepeda,cuma naik bas d an keretasapu.


sewaktu berbicara dengan beliau, beliau menjelaskan, beliau akktif dalam Pas, sejak 1945 dan mendakwa beliau adalah antara pemimpin Pas Kelantan yang lama berjuang , perjuangan menaik dan menegakkan syiar Islam,berdasarkan sumber, beliau banyak membantu pemimpin PAS, kawasan yang bermasalah, khususnya dari segi kewangan kerana beliau peniaga yang tidak terlalu salah jika dikatakan sukses.


Sewaktu zaman Asri,beliau telah mengkritik Asri kerana meletakkan muka-muka baru dalam pilihanraya 1978, selepas Mageran, ternyata ramalan beliau tepat. konsekuensi, kerajaan Pas yang mendominasi pemerintahan kelantan sejak akhir 60an, tumpas, tertewas dan tersunggkur dibumi kelantan
Hari ini meskinpun, beliau sudah tiada,pergi tanpa kata, tanpa suara, namun,namanya,harum semerbak, Jaafar Rawas, masih disebut,disebut malah toko dan kedainya masih "maju" menjual peralatan beribadah, kitab-kitab bertulisan jawi, buku agama, air zam, buah khurma dan lain-lain. Peribahasa arab ada mengunggapkan, jika nama anda masih disebut sebut justru kebaikan yang anda lakukan, itu tandanya, kehidupan kedua anda sudah bermula

malah, bagi setiap ahli, penyokong Pas kelantan, nama Jaafar Rawas,bukan sebuah nama yang asing.Beliau tidak seperti pemimpin-pemimpin lain, yang bekerja dan berjuang untuk parti  untuk mendapat habuan,dapat menjadi calon, kemudian jadi wakil rakyat, dan "mendapat rezeki", dapat gaji dan elaun wakil,rakyat dan yang menyedihkan "tidak mahu turun-turun dan mahu melepaskan" jawatan dan memberi "laluan kepada muka-muka baru, golongan pelapis,kader-kader Pas.

Sikap tamak, haloba,mementingkan diri, materalistik telah membalut, membelit diri wakil-wakikl rakyat PAS kelantan yang ada hari ini,ada dikalangan mereka yang bertanding empat atau tiga penggal berturut-turut !

lebih jauh dari itu, ada dikalangan "mereka" membuat parti politik PAS, sebagai "harta pusaka", membawa masuk anak-anak mereka dan melobi untuk menjadi "exco" dalam kerajaan negeri !

pemimpin-pemimpin PAS kelantan, khususnya wakil rakyat PAS tidak "kesemuanya", telah "lari dari perjuangan asal Pas, "mereka telah menjadi materialsitik" dan meletakkan kepentingan pribadi melebihi perjuangan asal Pas

pandangan, tulus dan ikhlas, itu dikutip dari pemimpin-pemimpin pelapis PAS kelantan, golongan muda yang enggan didedahkan identiti mereka, memberi komentar  mengenai Pas Kelantan hari ini

golongan ini terdiri dari proffesional, lepasan ijazah luar negeri yang barangkali(maaf, barangkali), sudah terlalu lama dalam Pas, sudah letih dan lama, menunggu untuk "naik pentas politik" dan diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat(barangkali) menggantikan wakil-wakil rakyat Pas yang sudah tiga atau empat penggal berada dikerusi empuk itu


golongan itu, melihat PRU ke 13 bakal menjelang tidak lama lagi, secara strategiknya pemimpin-pemimpin Pas kelantan, berdebar dan tidak selesa, sebagaimana mereka bertanding dalam pilihanraya lalu

alasan yang diberikan, Pengerusi UMNO Kelanrtan Datok Mustapha Mohamed, is a smart politician, beliau kelihatan "mengatur strategi politik bersifat "sejuk", tidak seperti pemimpin sebelumnya

menurut mereka,"Jika Datok Pa dapat membuat kejutan besar dalam pilihanraya 2004, bukan suatu hal yang mustahil dalam pilihanraya PRU ke13, Datok Pa akan melakukan hal yang sama," katanya

yang jelas berdasarkan kajian yang dilakukan golongan ini,kerusi BN pada pilihanraya kali ini,akan meningkat paling maksimal ke 15 kerusi DUN

"silap-silap haribulan, kemungkinan mencapai sasaran, 23 kerusi DUN sebagaimana yang diumumkan Datok Pa dalam media belum lama ini,bila keadaan itu berlaku, akan runtuh dan berkecailah kerajaan Pas, pimpinan Mursyidul Am "katanya

tambahnya lagi, banyak isu-isu politik semasa yang tidak mengguntungkan PAS malah memberi mileage kepada Barisan Nasional

"sebagai contoh statement Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ahli parlimen Pas Kota Bharu, "langkah mayat beliau dulu, sebelum usik Karpal Singh dilihat secara politik, suatu "stupid statement" yang merugikan Pas," katanya serius

"saya melihat secara pribadi, menang atau kalah PAS dalam pilihanraya ini, bergantung kepada penggundi luar kelantan yang pulang menggundi dan pendirian golongan muda, samaada mereka akan berpihak kepada PAS atau UMNO,:", itu saja "yard-stick"(alat mengukur tara) untuk mengetahui samaada BN mampu merampas kuasa politik dari PAS atau tidak," katanya serius


menurut seorang ahli PAS, yang enggan namanya disebut,PAS hari ini bukan PAS awal tahun 80an, atau awal tahun 90an dahulu, pemimpin PAS, wakil rakyat Pas hari ini, sudah berada dizone selesa

"kejujuran sebagai pemimpin sudah terhakis dalam diri wakil-wakil rakyat Pas hari ini, mereka sudah menjadi "tamak", tidak mahu turun dari jawatan,merasa diri bijak dari orang lain, justru mereka perlu kekal memegang jawatan, tidak wajar memberi laluan kepada muka-muka baru, golongan pelapis, PAS sudah meniru gaya dan stail organisasi UMNO, alasanya "mereka sudah "nampak duit, wang", "mata mereka sudah menjadui buta. Malah tidak sedikit dikalangan wakil-wakil rakyat PAS kelantan hari ini,sudah menjadi "manusia kayaraya menerusi proxy tertentu", katanya

Pun begitu, masih ada wakil rakyat Pas yang jujur, bekerja siang dan malam, mengajar agama dimadrasah, meniru gaya hidup tok guru, datok nik abdul aziz nik mat, hidup sederhana,"bukan berjuang untuk menjadi ahli exco", kerana beliau sudah ada berpuluh ekar tanah,fikirannya belum "poluted dan corrupted" dengan isme-isme materialistik".

Beliau enggan dicalonkan untuk menjadi wakil rakyat, menangis tidak mahu menjadi calon Pas, tetapi akur kepada arahan tok guru, hanya beliau calon tepat, untuk menyelamatkan kerusi Pas kawasan itu dan beliau akur dengan syarat, hanya akan "bertandingg", satu penggal

jawatan dalam bahagian Pas kawasan tidak ada, tidak memegang jawatan penting dalam parti "lembu-lembu yang dipertua Pas, sengaja mengerat dan tidak memberi laluan kepada beliau untuk naik, beliau tidak membantah,seorang wakil rakyat, tapi tidak memegang jawatan penting dalam pas kawasan, beliau adalah tokoh yang sesuai, kerana beliau ikhlas, dalam perjuangan, tutur, penykong pas kawasan itu

"Beliau lebih sesuai "menggantikan Tok Guru, jika tok guru melepaskan jawatan menteri besar kerana exco-exco Pas yang ada dan berebut untuk menduduki kerusi itu,"sebenarnya" manusia yang tidak jujur", kata penyokong kuat, wakil rakyat itu

"Jika barisan pemimpin Pas Kelantan yang ada hari ini, jujur, mengikuti sunnah perjuangan, sudah tentu mereka melepaskan jawatan yang sudah dipegang tiga hingga empat penggal, memberi laluan, kepada muka-muka baru," kata seorang ahli Pas, yang enggan identity didedahkan

"Pas kini sudah mempunya ramai wakil rakyat, tamak , haloba, dan tidak mahu memberi laluan kepada muka baru," katanya juga

Berdasarkan photo dalam frame di tokonya, photo Haji Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat,dan beberapa pemimpin Pas lain,terpapar gagah. Jaafar Rawas,memang seorang pejuang, aktivist Pas,yang berjuang tulus dan ikhlas, untuk parti.

beliau tidak meminta imbalan,balasan dan tidak mengharapkan "apa-apa" dari Parti, (barangkali) ini dinamakan "keikhlasan" justru itu beliau seorang yang "out-spoken", he said what he wanted to said", meskipun dihadapan pemimpin besar Pas pusat

Beliau memang seorang businessman,yang banyak memberi kekuataan kewangan kepada Pas kelantan, secara senyap dan diam.anehnya sumbangan dan pemberian yang diberikan ikhlas dan sakral, tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi adalah satu perlakuan yang berharga, tapi budi jika minta di balas, sudah tidak ada lagi "nilainya"

satu kejadian benar tapi aneh dan ianya realiti, beliau menggunakan kereta buruk, yang aku sudah lupa namanya, pergi ke airport mengambil, wakil dari kedutaan arab dari timur tengah melawat kelantan.pada waktu itu menteri besar kelantan, Tan Sri Haji Mohamed Yaakob(kini berada di alam barzakh). beliau membawa tok arab itu kekedainya di Bangunan Pas. Keadaan ini berlaku kerana beliau mempunyai hubungan baik, good contact dengan pak arab itu

selepas selesai, pak arab itu pergi berjumpa menteri besar secara resmi di kota darul naim.
selain membantu Pas, beliau juga membantu pendatang Myanmar,Rohingo yang beragama Islam, berniaga di Kota Bharu, mereka ini diberikan "barang secara percuma" dan membayar balik, setelah mereka memperoleh hasil keuntungan.

Hari ini, mana ada peniaga, dikota bharu, atau dimana-mana kota raya, yang memberikan barang dagangan tanpa mengambil cengkeram,meskipun tidak tahu asal usul peniaga ? Beliau pada waktu malam, dilaporkan banyak menghabiskan masa membaca al-quran, secara rutin.

aku juga pernah makan siang bersamanya disebuah restauran sumatera, dibelakang bangunan PAS Kota Bharu,berdasarkan perbicaraan aku dengan beliau, aku melihat beliau mempunyai "visi dan misi" politik jauh kehadapan

seolah-olah beliau sudah dapat melihat nasib dan "kuasa politik" bangsa melayu dinegara ini semakin tergugat. beliau sama sekali "bersetuju" dan "amat senang sekali" bila UMNO dan PAS bersatu pada tahun 1973, dibawah Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak

alasan yang diberikan, "sudah tidak ada lagi" perpecahan politik bangsa melayu ! Bangsa Melayu semakin kuat dan bertambah "kuat". Parti Pas yang ini juga, perjuangan parti Pas yang ini juga,"cuma pemimpin Pas" pada waktu itu, Datuk Haji Asri Muda, melihat dari sisi lain, melihat kepentingan dan nasib bangsa melayu secara menyeluruh dan "tidak timbul persoalan" parti UMNO parti sekular sebagaimana yang kerap didengung,didongeng dan dimitoskan Mursyidul Am, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

berdasarkan sumber dalaman Pas, hanya Mursyidul Am Pas, yang tidak mahu, Pas dan UMNO, bersatu kemba.li sebagaimana tahun 1973 dahulu ! sejauh mana benar dakwaan itu, kita semua masih "samar"

Yang jelas, jika UMNO dan Pas bersatu kembali, "kekuatan politik bangsa melayu dinegara ini semakin terserlah", ada pendapat mengatakan jika berlaku "ulangan sejarah itu" B-N akan memberikan tiga jawatan menteri, tiga jawatan timbalan menteri dan tiga jawatan setiausaha Parlimen kepada PAS dan PAS akan beri peluang dan ruang untuk "mengislamkan" apa jua Islamisastion yang mereka ingin lakukan demi untuk mendaulat dan memertabatkan syiar Islam di negara ini

berbalik kepada pekerjaan sebagai wartawan sambilan watan pada waktu itu, berita panas dan menggemparkan Pas pada tahun 1988,ialah "keluarnya Setiausaha Agung Pas, ustaz Nakhaie Ahmad,dari PAS,"murtad politik", menyertai UMNO

aku pada waktu itu, membuat follow up story dan menghubungi, Datuk Nik Abdul Aziz, menerusi talipon dan meminta beliau komen mengenai "berita pedih,pilu dan memilukan" dan merupakann satu tamparan hebat kepada Pas kerana SetiausahaAgungnya telah "murtad politik"

Datok Nik Abdul aziz Nik Mat, pada waktu itu, masih belum bergelar datuk memberi komen serta membuat analogi seperti berikut..
"Kita harap dia(nakhaie) seperti bangau,terbang terbang jauh, akhirnya kembali atas belakang kerbau".

tapi hari ini, harapan itu tidak menjadi kenyataan, Nakhaie tidak kembali keatas belakang kerbau sebaliknya terbang semakin jauh dan bertambah jauh dan tidak mungkin kembali keatas belakang kerbau sebagaimana yang didambakan Nik Abdul aziz Nik Mat

dititik kembang ini, tanpa prasangka dan prejudis, apa yang difikirkan Jaafar Rawas itu ada banyak kebenarannya, jika UMNO dan PAS, bukan sekedar retorik, serius untuk memulih dan mengguatkan semula "kekuatan politik bangsa melayu","mereka mereka itu, yang mempunyaui syahadat yang sama, sama-sama membuat, repeat the history itself

bagi Presiden UMNO, Datok Seri Mohd Najib Razak, "like father like son", pucuk dicita ulam mendatang
itulah barangkali "ubat politik" yang dapat, menguat dan menggukuhkan kuasa politik bangsa melayu di negara ini, yang semakin "tercabar dan tergugat" gara-gara "bangsa melayu, dibumi sendiri berpecah belah kerana "persoalan kecil", perbezaan aliran dan "fahaman politik sempit" ciptaan imprealisme(barangkali)

"Jika MCA dan Gerakan sama-sama boleh duduk dalam komponen BN, kenapa PAS tidak," tanya seorang neutralman, tidak berpihak, berada diatas pagar.

"siapakah pemimpin MCA atau Pemimpin Gerakan "lebih relegious, lebih Buddhisme sesama mereka", tanyanya lagi

katanya, disinilah letak"kehebatan d an kepintaran bangsa china bermain politik  di negara ini. Disisi lain katanya, DAP lebih lantang "memperjuangan bangsa china" cuma pemimpin "bangsa melayu" tidak bijak bermain politik sehinggakan "kuasa politik melayu" dinegara sendiri, tempat tumpah darah sendiri, tiba-tiba "tergugat" dan di"gugat", katanya dengan nada marah dan marah-marah

apakah betul dan tepat, pandangan "public opinion" dalam isu ini, ianya masih bersifar subjektif dan relatif.

bukankan, "makna perkataan politik" dalam skala yang lebih luas,bersifat relatif dan subjektif", bukankah ?
huahawllah hu waklam,titik

 jabatku. titik

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...bang sy cucu jaffar rawas blh sy dptkan no talifon abg...

Post a Comment