Barangkali, bagi seorang jurugambar visual stesyen TV,permasalahan besar yang "ngeri dan cemas" dan paling ditakuti, ialah, apabila selesai merakam Press Conference,pulang ke opis, playback, the "visual" yang diambil, visual ada, "audio",(suara) tak ada. Itulah yang paling mencemas dan mendebarkan.
Tak ada audio, macamana BJ, Broadcast Journalist, nak buat story,nak lepaskan "sound on tape". Skrip BJ masih boleh ketuk, masih boleh buat story, tapi, "suara" menteri bercakap-nak buat macam mana-, visual ada, audio tak ada.
pengalaman pedih, memilu dan memahitkan itu pernah berlaku sewaktu aku bersama, jurukamera zaki mahmood membuat liputan berita, press conference, Datok Seri Mohd Najib Razak, sewaktu itu, Menteri Pertahanan Malaysia, di Bangunan UMNO. Bukit Nangka, Jeli,14 tahun lampau
selepas selesai, PC, Datok Seri Mohd Najib masuk ke bilik, untuk makan siang. Aku di kejutkan dengan berita aneh, dan menggerikan, apabila dimaklumkan, zaki mahmood, ada teknikal problem pada kamera, ada visual PC tapi "audio" tak ada.
Aku nampak beliau cemas, takut dan tidak keharuan. dia takut kalau aku refer ke bilik berita di seri pentas, dia akan di"kenakan memo" kerana tidak membuat "counter-checking" sebelum turun kepadang buat satu-satu assigment
itu bukan stail dan cara aku bekerja,aku sebagai "leader" harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku terhadap anak buah aku, aku akan bela anak buah aku, kalau aku tak bela, siapalagi nak bela anak buah aku
insiden itu tidak aku laporkan kepada bilik berita, sri pentas di kuala lumpur, "easy, cool down", "biar kawe selesai, masalah kecil ini", "kawe selesai cara kawe"
setelah buat counter checking, kamera ok, audio pun ok.aku kata ke zaki, "kita interviews semula, najib","boleh ke, zaki kata
"kawe tahu, gapo kawe buat,". "Kamera ready, ok,? aku tanya dia, dia kata OK."Mari, ikut kawe", aku kata kepadanya..
aku terus masuk kedalam bilik, tempat Datok Seri Najib berada,aku terus mara kehadapan tempat duduk beliau, aku bersalam dengan dia,"Datok minta maaf, ada problem, teknikal problem, kamera problem,.visual datok ada, tapi suara tak ada,minta tolong, datok cakap sekali lagi, apa yang datok seri cakap masa PC tadi," kata aku kepada beliau
"Boleh ke saya cakap sama dengan tadi," katanya
"tak apa, datok seri cakap yang point-point penting saja,"aku kata padanya
"OK" katanya
Datuk Seri Najib, berangkat dari tempat duduknya dan terus ketepat beliau buat PC tadi.
Media lain telahpun pulang, cuma yang ada, aku,jurukamera dan DatukSeri Mohd Najib Razak
apabila semua ready, kamera ready, Datok Seri Mohd Najib pun mula bercakap, dan ianya dirakam jurugambar aku, zaki mahmood.
apabila selesai, aku sekali lagi bersalam dengan Datok Seri Mohd Najib Razak dan menggucapkan terima kasih diatas kebaikan dan kerjasama yang diberikan.
ternyata, Datok Seri Mohd Najib Razak, mempunyai ingatan yang kuat, good memory, beliau dapat menggulang apa yang dicakapkan pada sidang media tadi sama dengan apa yang dicakapkan pada "aku dan zaki" sebentar tadi
sebelum pulang aku memberitahu zaki, dont ever make that bloody mistake, aku katakan padanya, kalau dengan PM, TPM, aku tak cukup kuat untuk "meminta" mereka melakukan apa yang aku minta pada Datok Seri Mohd Najib lakukan sebentar tadi
aku tak tahu persis samaada, Datok Seri Mohd Najib Razak, yang kini menjadi PM, orang yang paling sibuk di malaysia, dapat mengingati "detik manis dan pahit" itu,yang berlaku di dewan UMNO, Bukit Nangka, Jeli, 14 tahun lampau
sekian. titik
jabatku
No comments:
Post a Comment