Monday, 16 April 2018

10 MEI 2018, NAJIB AKAN TETAP "DIBAPTISED" SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK KESEKIAN KALI


Barangkali ramai dikalangan "pakar bahasa" marah, dan marah-marah kerana aku menggunakan "perkataan dibaptised"yang dalam konteks ini membawa pengertian, di"lantik",disahkan,di"legalised", sebagai Perdana Menteri, untuk kesekian kali. Tapi apa pun dalam "konteks", essaist, itu tidak penting

yang penting, lebih jauh dan lebih dalam dari itu,Najib Razak, perdana menteri, yang keenam-mampu menempuh gelombang,tsunami politik,1MDB,yang lebih besar dari akan "makna sebuah perkataan besar," dengan nada bersahaja dan berselamba, mampu "mengekalkan kuasa politiek" kerajaan Barisan Nasional, yang mempunyai tidak sedikit "jasa,budi dan "harga diri",kepada seluruh rakyat malaysia yang masih bernafas, dan mampu menghirup udara segar, di negara yang dulunya dikenal, dengan nama semenanjung Tanah Melayu, kini, bergelar Malaysia

sebuah negara yang menjadi I-CON dan model negara maju bagi negara negara Islam yang lain, yang ada dan seada adanya, dikalangan negara OIC, Organisation of Islamic Council

dan fakta ini, khususnya bagi pihak opposisi, tidak dapat ditolak dengan mudah. Persoalan samaada pemimpin kerajaan BN terlibat dengan korupsi, jentera pentadbiran, secara minority, terlibat dan terbabit dengan elemen rasuah, "itu urusan nanti", yang jelas SPRM saban hari mengheret dan mendakwa kakitangan kerajaan,yang terlibat dengan kegiatan rasuah kemahkamah

yang jelas, kerajaan BN,cuba menjadikan dan telah menjadikan kerajaan BN kelihatan bersih dan terbukti bersih, dikacamata politik, rakyat pada umumnya

soal sama ada ramai Menteri, Timbalan Menteri, ahli parlimen BN yang kaya raya, meraih kekayaan menerusi "plaform politiek", itu juga urusan lain, itu urusan nanti--yang jelas- mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik, dan mereka di senangi, rakyat, penggundi dikawasan mereka

itu saja, dan inilah politik dalam konteks negara membangun, developing nation sebagaimana negara kita, Malaysia, yang ada dan seadanya, yang baru berusia 60 tahun, selepas meraih kemerdekaan dari Queen Elizabeth, belum lama ini

yang aneh dan mengkagetkan, menurut, ramalan anak murid syed kuning, bernasab kepada tokoh ulama terkenal, tokoh tarikat, dari Terengganu, Tok Ku Paloh, maramalkan kerajaan Barisan Nasional,BN, pimpinan Najib Razak, bukan saja mampu mengekalkan kuasa politik tapi kemenangan kerajaan BN, dalam PRU 14 jauh lebih besar dari PRU ke 13

alasan yang diberikan "beliau", amat mudah dan simple, majoriti rakyat ini "terkesan. tersentuh dengan budi dan jasa kerajaan BN" membina negara ini, sampai keperingkat, apa yang kita ada har ini

katanya sebagai umat Islam yang mempercayai qada dan qadar, umat Islam negara ini perlu menyikat dan bercemin diri, melihat akan "kedalaman diri sendiri", untuk mengenali diri sendiri, sebelum berbicara tentang dosa dosa politiek yang dilakukan "orang lain"--?--


mereka perlu akur dan sedar,"kuasa allah", tangan tangan ghaib yang maha besar dan maha mengetahui, akan nasib sebenar negara kita malaysia, telah memilih dan "melantik", manusia yang bernama Najib Razak, untuk menjadi pemimpin, dan Perdana Menteri sampai kedetik ini

Beliau menjangkakan  BN mampu menang paling sedikit 150 kerusi parlimen dalam PRU ke 14 ini manakala bakinya milik PAS dan Pakatan Harapan

sejauh mana benar ramalan ini, tunggu tanggal mainnya, 9 Mei,2018, pasti hebat,dong

sekian, Jabatku, titiek

Tuesday, 10 April 2018

15 juta PENGGUNDI, AKAN TENTUKAN NASIB KERAJAAN BN ?



tANGGAL 9 MEI,2018, RABU KELIWON, merupakan tanggal keramat, dimana pada hari itu, penggundi,rakyat malaysia, yang berdaftar dengan SPR, akan keluar, menggundi, samaada mereka memilih kerajaan BN atau pakatan opposisi, itu urusan nanti

dan berdasarkan catatan SPR, sejak PRU pertama diadakan sehingga ke hari ini,jumlah penggundi,yang keluar membuang undi, tidak pernah mencecah angka 100 peratus, ianya berkisar antara 70 peratus sehingga 80 peratus. lalu "kemana" menghilangnya baki peratusnya itu ?

Negara kita sudah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun, sudah 13 kali PRU diadakan,namun setiap kali PRU diadakan,jumlah penggundi keluar menggundi, masih tidak sampai100 peratus ?

lalu bagaimana dengan 60 tahun lagi, masih "ada peratus" yang tidak keluar menggundi ? untuk menjawab pertanyaan itu, mudah dan simple saja, dari segi psikologis, kita perlu membedah, membelah, pola berfikir,kerangka berfikir secara keseluruhan rakyat malaysia

jika tahap pemikiran rakyat malaysia,penggundi malaysia masih berada di tahap hari ini, maka fenomen penggundi tidak keluar menggundi, akan menjadi masalah biasa,bukan masalah besar

lalu dengan 15 juta jumlah penggundi yg bakal keluar menggundi ini, kerajaan BN akan tumbang dengan sekelip mata sebagaimana "dakwaan" pembangkang

untuk membuat simple calculation, jika 50 peratus dari jumlah penggundi itu, memberikan undi kepada kerajaan BN, bukankah kerajaan BN akan mampu menggekalkan "kuasa politiek" dan memerntah semula negara ini atau bagaimana

apapun yang diperkatakan tentang PRU ke 14, ini adalah ramalan keputusan PRU 14,sebagaimana dilapurkan, diramalkan, seorang ahli makrifat, berusian 80 tahun, yang enggan identitinya didedahkan.


Barisan Nasional 160 kerusi manakalan Pakatan Harapan 50 kerusi dan PAS 12 kerusi

apakah benar ramalan itu, sama samalah kita lihat nanti

sekian, Jabatku, titiek

Friday, 6 April 2018

RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA PRU KE 14,SUATU UTOPIA ?



The God has died, Tuhan telah mati, kata ahli falsafah terkemuka Jerman, Niesze,suatu waktu tidak berjarak dulu, dalam tulisan "Nothingness"- dan kini (barangkali) demokrasi, telah mati, di mana mana negara, di rantau asia tenggara, atau bagaimana ?

atau slogan itu sengaja direka cipta,untuk "menampakkan kelemahan, kelesuan dan kelemahan "urat-urat kelamin politike parti pembangkang atau "bagaimana" ?

Rakyat malaysia secara umumnya bergembira, khusunya penyokong "opposisi",apabila PM Malaysia Datok Seri Mohd Najib Razak, PM ke 6, yang menggemari no 11,sebagaimana yang dilaporkan akhbar the star hari ini, mengumumkan, pembubaran parlimen, bermula semalam.

Dan bertolak dari detik itu, kedengaran suara, "tukar kerajaan", change the goverment, dan pilihlah "kerajaan baru," ganti kerajaan Barisan Nasional, pilih kerajaan baru, "semudah dan semurah" itukah untuk "menukar kerajaan yang sedia ada ?

berbalik kepada nombor 11, yang dikatakan nombor kegemaran Najib Razak, dari segi Numberlogy, ilmu number, 11 membawa pengertian 1 dicambur dengan nombor 1, menjadikan nombor 2, dan jika diterjemahkan dalam konteks politik malaysia,PRU ke 13,Najib menanng untuk pertama kali dan dalam PRU ke 14, Najib akan menang untuk "ke 2 kali", sejauh mana benar ilmu numberlogy ini, sama sama lah kita lihat nanti

sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang berpengkalan di stockholme, membuat gall up poll,ramaln keputusan pilihanraya PRU ke 14, BN akan menang 160 kerusi parlimen manakala gabungan parti pembangkang cuma "mampu menang 62 kerusi parlimen"---alasan yang diberikan, mudah dan sederhana sahaja : Isu IMDB bukan menjadi faktor pemangkin untuk majoriti rakyat malaysia, penggundi yang berjumlah 18 juta---,untuk menolak kerajaan, kerajaan BN dan memilih parti pembangkang, yang masih huru hara dan tidak jelas hala tuju, perjuangan--

kalau hendak dikatakan rakyat malaysia tidak pernah menukar kerajaan,itu kenyataan tidak benar kerana semenjak mendapat kemerdekaan dari british dan  memerintah sendiri negara, rakyat di negara ini sudah 19 kali menukar kerajaan, khususnya di peringkat negeri bermula di kelantan 1973,1977, 1990,,Terengganu 1959,1961,1999,2004, diPulau Pinang 1969,1972,2008. di sabah 1990, 1994, selangor 2008,kedah 2008,2013 dan di Perak 2008, cuma diperingkat persekutuan, belum berlaku lagi peristiwa "tukar kerajaan"secara menyeluruh.

kenapa keadaan sedemikian belum berlaku ? kerana rakyat malaysia, penggundi di malaysia : matang bermain politik, mereka dapat menilai yang mana intan, yang mana permata

semua kaum di negara ini mahukan kerajaan yang stabil, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan damai, tidak seperti penduduk di negara negara lain yang mempunyai banyak masalah

perjuangan menukar kerajaan di negara kita, munkin saja boleh berlaku, apabila kita kita semua, sudah dimamah dan dimakan cacing tanah--dan 100 tahun--lagi rakat malaysia, we are malaysian berkesempatan untuk berfikir, dan memikirkan--konsep perjuangan menukar kerajaan---tapi jika DAP masih sentiment dengan dasar perjuangan, lebih china dari china,  --konsep menukar kerajaan itu, perlu ditambah 200 tahun lagi---kerana bangsa melayu akan kuat dengan perjuangan dan sentiment--takkan melayu hilang didunia meskipun bangsa melayu "mudah lupa"----atau bagaimana ?
Sekian untuk sementara, Jabatku titiek, titiek titiek yang luka.

Saturday, 24 February 2018

NAJIB, PARTI BERSATU PRIBUMI DAN KITA


Barangkali ramai dikalangan penikmat dan pencandu politiek tanah air, tidak faham dan tidak mengetahui dengan jelas prosedur yang perlu dipatuhi dan di penuhi oleh sesebuah parti politiek, sebelum ROS, meluluskan pendaftaran sesebuah parti politiek

yang jelas sampai kedetik ini,ROS belum "meluluskan" pendaftarn parti bersatu disebabkan beberapa masalah teknikal termasuk laporan mesyuarat tahunan, tidak dikemukakan dan beberapa "masalah lain".

Jika masalah itu tidak selesai dan parti bersatu gagal memenuhi dan mematuhi syarat yang ditetapkan ROS, dan ROS secara resmi, menolak pendaftaran Parti Bersatu Pribumi Malaysia, dan "parti" ini sudah jelas tidak dibenarkan memasuki pertandingan dalam PRU ke 14 nanti

berdasarkan pengamatan yang  dilakukan, yang mencelakakan pengamatan yang tidak selalu cermat ini, pinjam istilah budayawan Umar Kayam, lulusan Universitas Jogjakarta, "pucuk pimpinan parti bersatu" sehingga kini tidak serius menanggani masalahnya

Mereka menanti dan menunggu buah gugur, bilakah ROS akan meluluskan permohonan parti mereka, mereka take things for granted

mereka seharusnya menekan dan memberi pressure kepada ROS termasuk tiap-tiap hari pergi secara ramai dan berkumpulan kepejabat ROS dan bertanya perkembangan terbaru terhadap permohonan mereka

mereka beranggapan ROS tidak dapat tidak mesti meluluskan permohonan parti mereka dengan alasan jika ROS tidak meluluskan permohonan parti mereka ini akan memberi back fire kepada kerajaan BN

go to hell dengan andaian itu kerana jika ROS tidak meluluskan permohonan, apakah calon calon 52 ahli parlimen mereka akan bertanding menggunakan lambang DAP,PKR atau AMANAH atau bagaimana ?

itu yang perlu difikir dan diselesaikan pemimpin Parti Bersatu Pribumi atau kita semua akan ketawa kecil apabila bekas PM, Tun Mahathir bertanding menggunakan lambang rocket atau bagaimana


menurut pemerhati politiek,85 tahun, jika Tun Mahathir gagal mengeluarkan sejumlah wang yang banyak, bagi kos perbelanjaan PRU ke 14, parti bersatu tidak perlu bermimpi untuk menang satu kerusi parlimen pun !

ini adalah kerana antara kertas,pen,  kertas undi, wang kertas yang dapat digunakan "untuk membeli", legal tender, mempunyai titieik terang perbedaan yang banyak yang hanya dapat diratah dan dilahap oleh penikmat penikmat dan pencandu politiek yang semakin banyak dan membesar
sekian, jabatku,titiek

Monday, 12 February 2018

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PRU 14 : RAMALAN AHLI MAKRFIAT



Meskipun PRU 14, belum, muncul,namun lembaga hitam, bayangannya, tetap dicari dan ditunggu, dan bagi pakatan harapan pembangkang yang terdiri dari PKR,DAP,AMANAH dan Pribumi Bersatu, inilah peluang keemasan mereka untuk membumihanguskan Kerajaan B-N, dan seterusnya mengambil alih pemerintahan baru dan menjadikan orang tua, berusia 92 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh untuk kedua kali,Tun Mahatir Mohamed

tidakkah kita merasa lucu, suatu guruan di musiam panas Tun Mahathir Mohamed, menjad Perdana Menteri, semula, setelah banyak tahun berehat,direhat dan di'LESUKAN" urat-urat kelamin politieknya itu

berikut diperturunakan ramalan ahli makrifat local, mengenai keputusan PRU 14.


1.Barisan Nasional       132 kerusi

2.DAP                            30 kerusi

3, PKR                           25 kerusi

4,PAS                             25 kerusi

5.BERSATU                    5

6. AMANAH                   2

7. WARISAN                   3






APAkah ramalan itu, sound logik atau tidak, itu urusan nanti, yang jelas, akan tiba waktunya, keputusan PRU 14 akan diumumkan selepas proses pengiraan undi selesai, tamat,jabatku, titiek

Sunday, 4 February 2018

NO 1,PRU 14,KITA DAN MEREKA



Ramai kalangan pemimpim pembangkang akan "memastikan pucuk pimpinan kerajaan BN", masuk penjara jika dalam PRU 14, Barisan Nasioanal,BN kehilangan kuasa politik, kepada gabungan parti pembangkang

malah ramai kalangan mereka beranggapan, pucuk pimpinan negara  merupakan tokoh politik UMNO yang paling takut untuk mendengar :keputusan akhir PRU 14 nanti

Tunggu dulu, nanti dulu, semudah dan segampang itu kah parti pembangkang akan merampas "kuasa politik" dalam PRU ke 14 ini

Jika kita mendengar ceramah politik parti pembangkang seolah-olah, besak akan tumbang kerajaan BN

tapi kita perlu realistik,dan waras, khususnya penikmat dan pencandu sastra-politiek UMNO, untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU ke 14 ini, jauh panggang dari api

bukan suatu kerja sepele yang mudah, berdasarkan "kemudahan yang ada", dan apa jua kemudahan yang ada akan di pergunakan semaksimal mungkin : memastikan BN akan mengekalkan kuasa politik selepas PRU ke 14 ini.

lalu dimanakah logika pembangkang yang mendakwa pilihanraya ini akan menjadi batu nisan terakhir bagi UMNO

Bagaimana dengan treck record kerajaan B-N yang telah memerintah lebih dari 60 tahun ? apakah jasa baik ini, akan dilupakan sebegitu saja ?

apa pun yang dibicarakan tentang "current political affair", ianya masih memberi political milleage kepada kerajaan B-N

Tokoh psikologist cameran pernah berkata," when i give food to the poor they call me saint, but when i asked why the poor have no food, they call me a communist----lalu apa relevansi quotation itu, dengan politik semasa negara kita, fikir-fikirkan lah

jabatku, titiek

Saturday, 3 February 2018

AL-ARQAM, SESAT, MAHATHIR,kita LANGKAWI


dUA HARI lalu, bekas editor Mingguan Islam, Syed Jaafar dan temannya, Ustaz Radhi, anak saudara bekas Perdana Menteri,Paklah, datang berziarah, selepas solat Jumaat. Mereka dijamu dengan "roti capati",di restoran separuh elite. Tidak ada apa yang menarik yang diobrolkan, cuma kami sepakat,bersetuju-sebulat suara-Tun Mahathir-perlu minta maaf kepada allahyarham abu ya Ustaz ashaari Muhammad dan seluruh "pengikut al-arqam" kerana "mengeluarkan fatwa politiek"- al-arqam sesat dan menyesatkan

dan seluruh media pada waktu yang berada dibawah regim pemerintahan diktator Tun Mahathir Mohamed, turut "berdosa", terlibat menyiarkan "berita" al-arqam sesat dan menyesatkan.sedang pada realitinya, mereka , pengikut al-arqam, mempunyai kalimat shadat yang sama, cuma mereka mengamalkan wirid aurad Muhammadiah, itu saja dan titiek

berbicara tentang al-arqam, teringat aku pada kenangan manis musim panas, september 1993, dimana akan diberi penghormatan puncak,oleh abuya ustaz ashaari,--kini telah berada dialam sana--semoga roh beliau di cucuri rahmat oleh yang mana esa---untuk mengikuti ekspedisi al-arqam di kota bersejarah, Turki

selepas pulang dari turki, setahun selepas itu aku menulis buku, SIAPA LEBIH TOKOH : USTAZ ASHAARI MUHAMMAD ATAU MAHATHIR--YANG menarik buku aku itu bertaburan di markas marqar al-arqam yang ada di pelusuk dunia--bermula dari Jakarta,Manila,Bangkok, Tokyo,Seoul,London, Paris,Cairo,Amman,Damsyik,Baghdad--sekadar menyebut beberapa nama--dan dalam bahasa Inggeris diberi judul, Who is more credible,Ustaz Ashaari Muhammad or Mahathir Mohamed--

dan antara isi yang aku masih ingat, aku menulis Mahathir Mohamed, kalau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kalau pergi ke station bus, publik tidak menghiraukan dia sama sekali, never give a damn about him--

dan ternyata apa yang aku tulis, 24 tahun lalu, ternyata benar hari ini

Hari ini,jika kita melihat dan memerhatikan telatah, manusia tua bernama Mahathir Mohamed, yang berusia 92 tahun, bercita cita untuk jadi ahli parlimen Pulau Langkawi selepas PRU 14 dan sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kedua kali

alasan yang diberikan beliau yakin penduduk langkawi akan menggundinya kerana langkawi membangun kerana beliau semasa menjadi Perdana Menteri bertanggungjawab memaju dan memodenkan pulau langkawi

Tapi tunggu dulu, itu cerita dulu, rakyat menyokong kerana beliau berada dalam UMNO tapi hari ini beliau berada dalam "perahu lain warnanya" sudah populeritinya turut merosot, apatah lagi berada di parti politik pembangkang

sekian, Jabatku, titiek