Thursday, 13 December 2018

STUPID LEADER : TINGGALKAN UMNO dan hawiyah

selepas solat subuh berjemaah dimasjid Yahya Putra Machang dan selepas mendengar tazkirah pagi oleh ustaz yang diimport dari Bukit Marak, Ustaz Ridhwan Hassan, imam tua Masjid Bukit Marak, alumni Pondok Modern Bachok, asal Kg Telong, aku terus ke gerai surat khabar membeli akhbar kegemaran, The Star,dan terkejut besar, melihad head line : UMNO being torn apart----mahfumnya--UMNO "being torn" dibiarkan berpecah berkecai"--

Menarik tentang tazkirah ustaz Ridhwan, diwaktu mukadimmah, beliau berkata, bukit marak terkenal dengan dua sebab, satu lagenda Puteri Saadong dan satu lagi, Tan Seri Annuar Musa, setiausaha agung UMNO, dan para hadirin, tertawa dan ada yang ketawa sinis

seterusnya, membaca The Star, UMNO leader want outs, Many waiting to get into two pakatan parties,says source----

"how can i join bersatu cos it will be them who got UMNO deregistered", MP Nazri Abdul Aziz, bekas Menteri Pelacongan dlm era Najib menjadi Perdana Menteri,berkata,"Kenapa pula saya ingin menyertai Bersatu, kerana dialah UMNO tidak boleh didaftarkan semula"

"Kenapa lah tolol dan dunggunya pemimpin UMNO yang menang dalam PRU 14, disebabkan "takutkan Mahathir, nak meninggalkan UMNO dan ingin  menyertai parti Bersatu," kata Abang Pangkal Meleret, ketua cawangan UMNO,berusia 75 tahun yang sudah 55 tahun menjadi ahli UMNO

UMNO sudah menjadi darah, daging dan "nadi kehidupannya dan sudah berpuluhkali", menghadiri persidangan UMNO yang diadakan Bangunan PWT, Kuala Lumpur

Dengan nada marah dan marah-marah beliau berkata dan menjelaskan kenapa dia mengatakan pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti bersatu itu "tolol dan mentotolkan" kerana parti BERSATU akan "mampus dan berkubur" apabila Tun Mahathir Mohamed yang berusia 94 tahun pergi kealam barzakh tidak lama lagi

"Siapa yang akan meneruskan perjuangan parti BERSATU jika Mahathir, sudah tiada, ? Muhyidin Yassin, tidak mampu, Mukhriz juga tidak mampu, lalu siapa akan menerajui parti bersatu ?

Bersatu akan mengalami kes yang sama seperti parti melayu Semangat 46, yang dipimpin Tg Razaleigh Hamzah, dikuburkan sendiri oleh Tg Razaleih Hamzah

Abang Mat berkata, kesemua 48 ahli parlimen BN yang menang atas tiket BN krn mereka ahli UMNO, tidak perlu menyeberangi mana-mana parti komponen kerajaan Harapan, mereka hanya perlu menunggu dan melihat "agenda seterusnya permainan catur" Tun Mahathir Mohamed


Senario politik negara akan menjadi "lain dan bersuara lan dan berwajah lain",apabila Tun Mahathir, setelah tamat tempoh menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, menyerahkan "kerusi Perdana Menteri" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dan pada ketika itu, mereka pun sedar erti dan "makna kejujuran, kesetiaan dan ketaatan" bermain politik menurut versi politik UMNO. Paling minimal, "mereka harus ingat kepada jasa bakti parti UMNO kerana "membuatkan apa yang mereka ada dan menjadikan mereka apa yang ada saat ini.

"Jikapun kesemua pemimpim UMNO, ahli parlimen BN menyertai parti bersatu atau parti keadilan apakah kesemua 3 juta ahli umno diseluruh negara akan mengikuti "jejak langkah totol iti"---kata abang mat


menurut abagmat lagi jika ada usaha menggugut dan menggancam kesemua 48 ahli parlimen BN akan diseret dan diheret ke mahkamah, mereka semua, kesemua 48 ahli parlimen, turut sama menggunakan teknik counter attack politik, meletak jawatan secara beramai ramai,kesemua 48 ahli parlimen meletak jawatan----

Dan SPRM terpaksa bertungkus lumus, mengadakan pilihanraya kecil di seluruh negara dan yang jelas keadaan ini,menjejaskan "imej negara" di peringkat antara bangsa.

Apakah, "benar" opini abat Mat ini, yang jelas ramai dikalangan ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO sebuah parti politik yang banyak berjasa selama lebih 61 tahun kepada bangsa melayu dinegara tercinta ini--bersetuju dengan pandangan abangmat,,"manusia kecil", berjiwa besar ini--

apapun kata kata keramat melayu tak akan melayu hilang di dunia , melayu mudah lupa dan tidak akan mampu menggumpul sejumlah makna apabila melayu menjadi "seumpama melutut ditepi gantang"--itu peribahasa melayu, orang orang tua kita

sebagai penutup gurauan musim dingin--winters joke--gurauan musim tengkujuh--ini--tazkirah ustaz ridhwan hassan, mempunyai sejumlah makna yang besar dan memberi kesan yang mendalam,"Debaran, denyutan jantung semakin kencang,apabila setiap kita yang bernama manusia, samaada ahli UMNO,PAS,AMANAH,,KEADILAN, BERSATU dan DAP, atau yang tidak menyertai mana-mana parti politik---ini yang saya tambah---,akan menjadi, untuk kesekian kali, denyutan jantung semakin menjadi kencang, apabla mereka mengetahui,"lembaga hitam sedang menanti dan menunggu di ruang tamu untuk mencabut nyawa mereka dan membawa mereka ke alam sana"------

sebagai titiek, al-quran surah al qariah, " Bagi orang yang berat timbangan kebaikannya,Maka mereka berada dalam kehidupan yang memuaskan(senang), Bagi orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya , Maka tempat kembali nya neraka Hawiyah, Dan tahukah kamu apa itu neraka Hawiya itu ? Ia adalah api yang sangat panas.----al-qariah 6-11, titiek Jabatku, salamku,titiek




No comments:

Post a Comment