Sunday 31 December 2017

SELEPAS PRU 14 : DATOK JAZLAN YACOB, MENTERI BESAR KELANTAN ?

Barangkali, tidak ramai generasi y, khususnya rakyat kelantan yang mengetahui, apakah peristiwa besar yang berlaku di negeri kelantan pada 22 Oktober 1990. untuk menjawab pertanyaan itu, perlu dikatakan pada tarikh itu, tersungkur, jatuh dan tertiarap kerajaan Barisan Nasional, dinegeri yang majoriti penduduknya berbangsa melayu dan beragama Islam

 Dan pada malam esoknya,Datok Nik Aziz Nik Mat,(kini berada dialam sana) memasuki Istana Negeri di,Kubang Kerian dan mengangkat "sumpah" sebagai Menteri Besar, dari parti PAS selepas Asri Haji Muda dan Datok Mohd Nasir(yang kedua duanya juga berada dialam sana) dan para wartawan dan jurugambar, juru kamera tidak dibenarkan masuk kedalam istana dan bergeligar di depan pintu pagar Istana
 cuma reporter akhbar the star, aku sudah lupa namanya berjaya memasuki istanan dan merakam peristiiwa bersejarah itu dan keesokan harinya, tersiar didada akhbar the star peristiwa itu manakala Ketua Pengarang The New Strais Times, Kadir Jassin, menerusi anakbuahnya diKL, menghantar memo kepada Ketua Biro NST Kota Bharu,Rashid Bakar---tidak aku ketahui apakah dia sudah kealam sana atau tidak---"minta penjelasan kenapa The Star dapat berita sensasi itu dan The NST tidak dapat

seminggu selepas menjawat jawatan Menteri Besar,Kelantan Datok Nik Aziz Nik Mat--sudah berada dialam sana, semoga allah mencucurirahmat keatas rohnya)  memaklumkan kepada wartawan The NST Kota Bharu,Shaiful Azhar Abdullah, baru seminggu menjadi MB sudah keletihan

apakah hebatnnya wartawan the star itu, apakah beliau mempunyai sayap bisa terbang masuk kedalam Istana, jawapannya, mudah dan simple, beliau never give up menalipon,dan menalipon,terus menalipon "kontaknya" sehingga mendapat green light, memasuki istana dan membuat laporan ekslusif dan "scoope" semua wartawan lain yang berada dan seada adanya di kota bharu pada waktu

Moral of the strory bagi wartawan baru, yang terjun secara tota, kedalam field of journalisme,mereka perlu "peka" keadaan semasa, never give up", menembus halangan yang berada dihadapan mereka, dalam upaya dan usaha untuk mendapat "berita ekslusif",
 Berbalik kepada cerita politik terbaru, dalam PRU 14 nanti, yang jelas akan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, PAS dan AMANAH serta PKR

Jika ini berlaku yang jelas kerajaan PAS akan hancur dan BN akan merampas semula kuasa politik negeri Kelantan

dari 45 kerusi DUN yang ada sekarang BN sudah mempunyai 12 kerusi DUN dan mereka cuma perlu menang 11 kerusi DUN,menjadikan jumlah 23 kerusi DUN milik BN dan secara otomatis kuasa politik PAS mampu dibumihanguskan dalam sekelip mata

andaiian itu terjadi kerana perpecahan dalaman PAS dan kehadiran calon AMANAH membantu mengalahkan calon PAS

dan menurut orang kuat Datok Jazlan Yakob,ahli parlimen Machang yang akan bertanding di salah satu kerusi dewan undangan negeri,dalam parlimen Machang, Abang Din kontraktor berkata, Datok Jazlan akan dilantik menjadi Menteri Besar kerana Datok Pa tidak berminat menduduki jawatan itu kerana "faktur usia"

Menurut bekas pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Husein Awang, berdasarkan kajian rambang yang dilakukan dan gerak kerja jentera UMNO Jajahan Machang, beliau yakin Datok Jazlan mampu mengekalkan kemenangan BN diparlimen Machang dan di tiga DUN kawasan parlimen Machang

ini adalah kerana berdasarkan track-record kerja yang dilakukan beliau dilihat tidak memilih "bulu" ketika memberi bantuan kepada golongan miskin dikawasan itu

penyokong parti pembangkang juga diberi bantuan dan layanan yang sama dengan ahli ahli UMNO

beliau berpendapat meskipun golongan iu dari ideologi dan fahaman politiek berbeza tapi mereka juga rakyat beliau

 Datok Jazlan dikatakan bersedia untuk menduduki kerusi keramat itu dan machang akan bertambah maju dari segi pembangunan fizikal dan spritual

sekian utuk sementara,jabatku, titiek

sambungan PENGALAMAN JOURNALISTIK TV3 1996-2010

3      MENTER BESAR KELANTAN, DATOK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT : MUJAHID ISLAM ?
Aku mulai bercakap dengan ustaz Nik Aziz Nik Mat menerusi talipon ketika aku bekerja dengan akhbar watan pada pertengahan tahun 1988. Aku menelefon beliau untuk meminta komen beliau mengenai tindakan Setiausahan Agong Pas iaitu Ustaz Nakhie Ahmad yang meninggalkan parti PAS dan menyertai UMNO dengan harapan menyertai kem UMNO Anwar Ibrahim untuk mendapatkan “sesuatu ajaib” tapi sekadar mendapat jawatan Pengarah Yadim. Melalui karier politik,beliau menemukan batu nisan.
Harapan ustaz Nakhie Ahmad untuk bergerak lebih jauh dan lebih aktif dalam UMNO ternyata tidak kesampaian. Berbezanya sewaktu dalam PAS, beliau memegang jawatan Setiausaha Agung PAS. Beliau berserban namun setelah meninggalkan PAS, beliau memakai kot dan  meninggalkan terus pakaian sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika menjawab pertanyaan itu, Tok Guru Nik Aziz berkata tindakan ustaz Nakhie itu tidak menjejaskan perjuangan PAS. Cuma beliau membuat analogi, “seperti burung bangau terbang tinggi dan jauh, akhirnya akan kembali  semula kebelakang kerbau”. Namun begitu, analogi itu tidak menjadi realiti. Sehingga ke hari ini beliau masih menjadi ahli UMNO.
Dan setelah dilantik menjadi Menteri Besar pada 23 Oktober 1990 dan menduduki kerusi empuk menteri besar selama 23 tahun, aku kerap membuat liputan berita mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini
Aku berkesempatan untuk bercakap dengan beliau ketika beliau membuat lawatan ke kawasan pembalakan di Gua Musang. Lawatan beliau kekawasan itu berikutan ada laporan mengenai kewujudan kes kecurian balak. Semua wakil media di Kelantan pada waktu itu turut serta dalam misi itu.
Semasa memasuki kawasan itu, salah satu dari kenderaan rombongan itu, terjerumus kedalam lumpur dan sementara menunggu kerja-kerja menarik kenderaan itu, Datok Nik Abdul Aziz telah dikeluarkan dari kenderaan dan berjalan-jalan meninjau kawasan. Aku turut sama keluar dari kenderaan dan menuju ke arah beliau yang bersendirian.
Ketika aku menghampiri beliau, aku bertanya kenapa beliau tidak datang dengan menggunakan helikopter. Lebih cepat dan lebih menjimatkan masa. Beliau memberi jawapan pegawai memaklumkan kepada beliau keadaan cuaca tidak baik khususnya pada waktu petang
Disebabkan beliau sudah mengenali aku sebagai wartawan tv3, aku bertanya kepada beliau, berapakah umur beliau. Beliau menjawab, “66 tahun”. Aku terus bertanya kenapa wajahnya jauh lebih tua berbanding dengan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed?
Beliau menjelaskan sewaktu merasmikan perasmian Jambatan Salor, Tun Mahathir Mohamed, mengambil makanan tradisi Kelantan (akok) dan memberitahu kepada beliau kalau isterinya (Datin Hasmah) tahu pasti dia akan di marahi isterinya.
“Dia jaga makan, saya makan belako,” katanya selamba dan kami sama-sama ketawa.
Sepanjang pengalaman aku mewancara Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau seorang yang sangat mudah dan simple . Beliau seorang pemimpin yang telus, suka berterus terang sebagai contoh jika beliau akan kata apa yang beliau hendak kata, beliau tidak mengira jika apa yang dikatakan itu menjadi isu kontroversi atau tidak. Apa yang penting beliau telah berjaya mengatakan apa yang bersarang didada beliau.
Kalau ditanya soalan berat yang beliau tidak tahu, beliau akan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menjawab soalan itu kerana pegawainya belum memaklumkan kepada beliau mengenai isu berkenaan.
Berbalik kepada isu muzakarah dengan UMNO, sebagai Mursyidul Am PAS, Datok Nik Aziz Nik Mat kerap berkata kepada wartawan jika UMNO sanggup memasukkan Al-Quran dan Hadis didalam perlembagaan Negara, bukan setakat muzakarah, beliau sanggup “membubarkan” PAS. Ini kerana PAS sudah Berjaya memperjuangkan Islam di Negara ini. Perjuangan PAS sudah selesai.
Satu lagi cerita menarik tentang bekas menteri besar Kelantan, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika bertemu dan berbicara dengan beliau secara empat mata, beliau sempat berkata,”ambo tak pernah tengok berita tv3, buletin utama, masa tu ambo dok dalam masjid,” katanya. Lalu aku bertanya, macam mana tok guru beri respon terhadap isu-isu yang dimainkan pihak media, katanya, “Pegawai ambo maklumkan pada ambo setiap hari,” katanya selamba.

MENTERI BESAR DATOK AHMAD YAKOB : SILENCE BREAKER ?
Datok Ahmad Yakob atau lebih dikenali sebagai ustaz Mat yang menggantikan Datok Nik Aziz Nik Mat, memang seorang pemimpin yang suka merendahkan diri dan tidak gemarkan publisiti, apalagi publisiti yang berlebih-lebihan.
Bagi beliau, beliau hanya perlu menjalankan tugas dan amanah yang diserahkan kepada beliau dengan baik dan bijaksana
Sepanjang bekerja dengan TV3, setiap kali berjumpa dengan beliau dan ingin membuat cerita susulan, beliau akan menolak dengan baik. Ketika aku bertanya dan mendesak dengan soalan-soalan kontroversi, beliau memberikan respon dengan baik
Beliau bersedia memberikan jawapan, tapi dengan syarat TV3 tidak melaporkan cerita kesuluruhan. Aku memberi jaminan dan memaklumkan kepada beliau, sebagai wartawan kita mempunyai etika kewartawan yang secara jelas tidak akan melaporkan cerita disebalik apa yang diwawancarakan.
Disebabkan aku kerap memegang janji dan tidak melaporkan sepertimana yang dikehendakinya, hubungan kami bertambah baik
Dalam menjalin hubungan baik ini, sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar, beliau dimaklumkan berita mengenai musibah yang menimpa wartawan terkemuka TV3 iaitu Karam Singh Walia. Wartawan itu terlibat dengan kes kecurian yang bernilai RM100,000 dirumahnya. Beliau meminta pandangan aku berapa jumlah yang wajar diberikan. Aku mencadangkan kepada beliau RM10,000 kerana Tabung Serambi Mekah mempunyai banyak wang.  Beliau berkata kalau 5 ribu boleh beliau uruskan.
Aku  kemudian memaklumkan kepada Karam Singh Walia, beliau sungguh bergembira dan pegawai kepada TMB menghubungi Karam Singh Walia untuk urusan lanjut. Ketika ditanya, apakah beliau ingin  sumbangan itu dirakam dan seterusnya di hantar ke Bilik Berita TV3, beliau berkata, tidak perlu kerana kerajaan negeri tidak mahu membesarkan isu. Apabila Karam Singh Walia dimaklumkan mengenai berita gembira itu berkata, “Mahadi, you jangan bagitahu TV3, saya angkat ini wang kerajaan PAS,”. Aku kata, “no problem” dan sampai ke detik ini pengurusan TV3 tidak mengetahui isu ini.
Pada tahun lepas, Datuk Ahmad Yacob memberi sumbangan derma kepada pelajar dari Jertih yang berjaya mewakili Malaysia dalam pertandingan Taranum peringkat antarabangsa di Doha. Kerajaan Barisan Nasional Terengganu tidak memberi apa-apa sumbangan. Aku kemudian memaklumkan masalah itu kepada beliau dan beliau secara peribadi memberikan sumbangan kepada bapa pelajar itu di pejabatnya. Sumbangan ini juga tidak dipublisitikan kerana beliau tidak mahu disiarkan. Disebabkan itu, tidak ada laporan berita mengenai sumbangan beliau kepada pelajar  warga Terengganu ini
Sikap beliau yang rendah diri dan tidak gemarkan publisiti masih diamal dan dikekalkan sampai sekarang. Meskipun berjawatan Menteri Besar Kelantan, beliau tidak kerap melakukan sidang media dan kenyataan akhbarnya tidak ada kontroversi dan beliau tahu mengelakkan diri dari terus terjebak dalam isu-isu kontroversi yang barangkali sengaja direka cipta pihak tertentu untuk sangsi dengan kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar kerajaan pembangkang
Ketika di temui di pejabatnya baru-baru ini, aku sempat bertanya kepada beliau apa yang beliau mahukan dari kerajaan persekutuan dalam konteks pembangunan negeri Kelantan? beliau menjelaskan agar kerajaan persekutuan menghormati keputusan majoriti rakyat negeri ini memilih PAS sebagai parti yang wajar memerintah Kelantan
Justeru katanya, kerajaan persekutuan perlu melayani kerajaan negeri Kelantan, meskipun diperintah parti pembangkang sama adil sama rasa dengan negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan BN yang lain
Katanya untuk bersikap adil dan lebih adil, kerajaan persekutuan perlu merujuk kepada isi, teks dan kandungan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Katanya, rakyat Kelantan tidak perlu didera dan diskriminasi kerana memilih parti pembangkang dalam PRU ke 13 yang lalu
Beliau yang suatu ketika dulu, pernah menjadi pendidik (ustaz) di sekolah menengah Rantau Panjang selama sepuluh tahun dulu masih tidak bersikap tidak sombong dan masih menggekalkan hubungan baik dengan kawan-kawannya yang masih berada di Rantau Panjang sehingga kini.
Ketika ditanya mengenai hubungan UMNO dengan PAS, apakah akan terjadi kerajaan campuran atau PAS menyetai B-N dan menjadi sebahagian dari komponen parti B-N beliau secara jujur, dan beliau sentiasa jujur berkata, sehingga kini, tidak ada apa-apa berita dari pucuk pimpinan parti terhadap usaha itu
Tidak ada hitam puteh(tidak ada black and white) dari pucuk pimpinan parti justru itu beliau tidak dapat menggulas dan memberikan komentar lanjut mengenai isu itu

TUN MAHATHIR MOHAMED, PERDANA MENTERI KEEMPAT : SURAT YANG SUDAH CARIK  WARNANYA  ?
Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat memang barangkali bukan sekadar sebuah nama yang besar dalam pentas politik dunia Islam antarabangsa malah beliau sudah berjaya menempa namanya di tinta emas sebagai pemimpin Negara Islam yang telah mampu berbuat banyak mengharumkan nama Malaysia dan telah berjaya menjadikan negara ini sebagai Negara Islam yang menjadi model Negara Islam berbanding dengan Negara-negara OIC (Organisation of Islamic Country)  yang ada pada hari ini
Kejayaan puncak yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah menjadikan Malaysia melangkah kehadapan dan terjerumus kedalam industri automotif dan berjaya menghasilkan pelbagai jenis kereta buatan Malaysia.
Malah beribu peluang pekerjaan disediakan khususnya untuk kaum bumiputera, lepasan universiti dan institusi pengajian tempatan dapat bekerja dan meneruskan kehidupan untuk menyara anak,isteri dan seterusnya melakukan anjakan paradigma terhadap kualiti hidup. Seterusnya bergerak seiring dengan wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020
Menurut Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Hussein Ahmad, Tun Mahathir,seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa Islam ini adalah kerana beliau telah berbuat banyak membantu umat Islam di Bosnia.Malah beliau telah mewakili Tun Mahathir Mohamed  pergi ke Kosovo secara senyap untuk membantu umat Islam di sana dengan memberi pelbagai  bantuan termasuk kewangan bagi meringankan beban umat Islam di Bosnia
Kehebatan Tun Mahathir Mohamed dalam politik tempatan sewaktu tumbangnya kerajaan BN kepada kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah(A-P-U),  PAS dan S46 pada 22 Oktobber 1990, beliau meramalkan UMNO perlu mengambil masa 20 tahun untuk merampas semula “kuasa politik” dari tangan PAS namun sampai kedetik ini, spekulasi beliau “tidak menjadi” kenyataan
Teladan dari cerit ini, meskipun ramalan beliau tersasar dari apa yang dijangkakan , beliau telah dapat membaca pemikiran rakyat Kelantan (barangkali) dendam kesumat politik rakyat negeri Kelantan begitu tebal, justeru UMNO perlu mengambil masa lebih 20 tahun untuk membasuh luka politik dan mungkin generasi baru negeri ini dapat menerima semula kehadiran UMNO juga suatu pertanyaan yang mempunyai nilai paradox, political paradox yang barangkali sukar untuk dijawab secara rasioanl
Sebagai wartawan yang mewakili stesen tv swasta di negara ini aku kerap membuat liputan berita apabila Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri melakukan lawatan kerja rasmi ke negeri Kelantan. Kadang-kadang krew TV3 dari Terengganu, Pahang dan krew dari Kuala Lumpur turun sama untuk membuat liputan berita
Sejak dari tahun 1996 sehingga beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri aku kerap membuat liputan berita dan kali terakhir aku membuat liputan ketika beliau di hadir di Sekolah Menengah Lemal, Pasir Mas bagi program anjuran PERKASA,Datuk Paduka Ibrahim Ali
Ketika sidang media, aku sempat bertanya mengenai peluang UMNO merampas kuasa politik dari PAS dalam pilihanraya PRU ke13, beliau dengan nada selamba, berkata, berdasarkan “keadaan semasa” beliau melihat tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan tidak dapat menerima UMNO dan seterusnya menumbangkan kerajaan PAS dan merampas semula kuasa politik dari PAS
Dan ternyata ramalan beliau untuk kali kedua mengenai politik Kelantan,tersasar dan tidak menepati sasaran. Dalam hubungan ini, ada yang berpendapat mengatakan Tun Mahathir Mohamed, seorang pemimpin politik yang hebat, baik didalam dan di luar Negara tapi dalam skala dan lanskap politik Kelantan beliau masih perlu belajar tentang budaya politik rakyat negeri Kelantan. Keadaan ini dikaitkan dengan keberadaan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li satu-satunya anak Kelantan, yang berani, berdada, berhadapan dan mencabar kerusi empuk Presiden UMNO yang diduduki Tun Mahathir Mohamed. Hal itu mengakibatkan kuasa politik BN jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum pada 22 Oktober 1990”.
Pada penghujung tahun 1996,Tengku Razaleigh membubarkan Parti Melayu S46 dan kedua-dua pemimpin itu, berada semula pada pentas politik, UMNO dan UMNO dikatakan semakin kuat semula untuk merampas kuasa politik dari tangan PAS pada pilihanraya 1999.
Berbicara mengenai Tun Mahathir Mohamed, teringat aku pada sebuah buku yang aku tulis pada tahun 1993, belum lama ini yang berjudul, SIAPA LEBIH TOKOH, USTAZ ASHAARI ATAU MAHATHIR DALAM BAHASA INGGERIS, WHO IS MORE CREDIBLE,USTAZ ASHAARI OR MAHATHIR. Buku itu terbitan kumpulan al-arqam, aku tidak tahu berapa ribu naskah yang dicetak. Yang aku tahu dimana ada markas al-arqam di seluruh dunia, buku aku sampai kesana
Aku dimaklumkan sepupu aku, Dr Razak Kamaruddin (kini berada dialam sana), beliau membeli buku itu di London dengan harga 10 pound sterling sewaku beliau menuntut disana. Dalam buku itu aku hentam dan kritik Tun Mahathir Mohamed kerana beliau tidak selesa dengan kehadiran kumpulan al-arqam dibumi Malaysia
Aku melihat dalam perspektif Islam yang lebih global, apa salahnya al-arqam ? ianya hanya sebuah pertubuhan Islam yang melakukan kegiatan dakwah dan turut meningkatkan ekonomi umat Islam dan perlu dinyatakan al-arqam satu-satu pertubuhan Islam yang wujud di Malaysia yang pernah menghasilkan makanan seperti kicap,cili sos dan makanan lain buatan orang Islam. Persoalan sama ada mereka sesat atau tidak, yang jelas mereka mengucap kalimah syahadah sama dengan umat Islam ahli sunnah wajamah yang lain. Itu saja
Persoalan sama ada mereka sesat atau menyesatkan, itu urusan allah,kita manusia,tidak boleh menjadi hakim yang lebih hebat dari allah,itu saja

Pengalaman menarik membuat liputan berita Tun Mahatir Mohamed ini ketika beliau hadir di mahkamah seksyen Kota Bharu sebagai saksi membicarakan kes Datuk Nik Sapea Nik Yussof yang didakwa “spray Tun Mahathir Mohamed di Lapangan Terbang Sultan Ismail”tidak lama dulu
Apa yang menarik Tun Mahathir Mohamed seorang yang “humble”, merendah diri dan tidak suka membesarkan diri sewaktu menjawab pertanyaan jurubahasa,  penterjermah mahkamah
“Nama,” Tanya penterjemah mahkamah.Tun Mahathir Mohamed menjawab pertanyaan itu dengan nada sederhana.
“Pekerjaan,” tanyanya lagi. Dengan nada lembut, beliau menjawab,”pesara kerajaan” dan terus memalingkan mukanya kepada hadirin yang berada dalam mahkamah dengan senyuman kecil.
Aku  ketawa kecil mendengar jawapan sederhana itu .Menurut seorang wartawan media cetak yang berada disebelah  aku,Tun Mahathir sepatutnya menjawab, bekas perdana menteri bukan pesara kerajaan
Didalam memberi keterangan ke mahkamah Tun Mahathir memaklumkan beliau tidak mengetahui dan tidak nampak siapa yang melepaskan “spray”itu kearah mukanya
Selepas insiden di airport pengkalan chepa, Tun Mahathir Mohamed dibawa ke Hotel Renaissance bagi jamuan tengah hari.
Sebelum itu sewaktu berada didalam kereta di Jalan Telipot, Orang Nombor 2 TV3, bos aku, Wee Your Lee,kini bertugas dengan akhbar berbahasa Inggeris,The Star On Line, menelefon aku mengenai kejadian itu dan mahukan aku  mewawancara Tun Mahathir Mohamed bagi mendapat cerita sebenar mengenai insiden. aku  menelefon jurukamera  Nik Zaidi Abu Bakar yang lulusan dari Rangsik Universiti, Bangkok sudah berada di airport merakam ketibaan Tun Mahathir
Aku dimaklumkan pada waktu itu,Tun Mahathir Mohamed berada di Hotel Renaissance lalu aku  terus bergegas ke Tingkat 6 di Hotel Renaissance. Sebaik aku sampai kedalam dewan, aku melihat Tun Mahathir Mohamed selesai makan dan duduk disebelah beliau ialah Tan Seri Dollah Ahmad(bekas editer The New Straits Times dan kini sudah berada dialam sana)

Aku  melihat sekeliling, ramai kawan-kawan wartawan dari pelbagai media termasuk cetak dan visual berdiri disudut belakang didalam ruang dewan makan itu.
Aku lantas memulakan langkah James Bond, mengambil mikrofon with Mike flag TV3 dari jurukameraman dan terus meluru kearah meja makan Tun Mahathir Mohamed dan memaklumkan kepada Tan Seri Dollah Ahmad TV3 ingin mewawancara beliau. Aku  sudah tiba dihadapan Tun Mahahir Mohamed dan menghulurkan mikrofon TV3 kearahnya dan pada waktu itu aku melihat kawan-kawan media lain kelam kabut meluru ke meja Tun Mahathir menghulurkan tape rekorder.
Aku masih ingat  Ketua Biro Berita Harian Kelantan Ismail Mat dan wartawan jaringan dari RTM, Nor Jusoh serta wartawan lain bergegas kemeja itu
Dalam temuramah itu Tun Mahathir menjelaskan, ada pihak yang cuba menghalang beliau berucap dan bercakap dikhalayak ramai
Selepas menemuramah itu aku  terus pulang ke pejabat untuk menyiapkan berita dan menghantar visual serta hasil wawancara dengan Tun Mahathir Mohamed tapi apa yang menyedihkan dan mencelakakan hasil interview dengan Tun Mahathir Mohamed itu tidak disiarkan bilik berita TV3.
Antara Tun Mahathir cakap pada masa menemuramah itu, beliau mendakwa ada pihak tertentu yang tidak “ingin beliau lantang berucap” justeru itu berlaku kejadian semburan itu
Bilik Berita TV3 pada waktu itu dikuasai sdr kamaruzaman zainal abidin yang ,kini bergelar Datok, bekas setiausaha akhbar Paklah sewaktu Paklah berkhidmat sebagai menteri pertahanan.
Justeru itu, hasil temuramah Tun Mahathir Mohamed tidak disiarkan, sebaliknya Bilik Berita TV3 hanya menyiarkan kentayaan akhbar Ketua Polis Negara Hasan Musa,yang menyatakan keadaan itu berlaku akibat wujud salah faham dan perebutan dua pihak yang ingin mengambil Tun Mahathir Mohamed ketempat program masing-masing
Pihak yang dikatakan terbabit itu dalam kes perebutan itu ialah antara Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Datok Nik Sapea
Dan pada waktu itu berlaku pergeseran dan pertelingkahan antara Tun Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

UMNO Bahagiannya sendiri tidak mencalonnya untuk menjadi perwakilan , gara-gara permainan tangan-tangan ghaib, orang kuat Pak Lah di Kedah menyebabkan beliau tidak dapat hadir Perhimpunan UMNO pada tahun itu

Berita terbaru, mengenai pemimpin ini yang sudah berusia 92 tahun, beliau bersedia untuk bertanding dlm PRU 14 diatas tiket Parti Bersatu ?persoalan politik timbul, apakah beliau mampu untuk menjadi PM dalam usia selanjut ini

seorang pengamat politik,pencandu politik kelas berat,pesara kerajaan yang enggan namanya ditulis berkata, "it is a high time for Mahathir to go to the mosque, beriktikaf didalam masji dan menunggu masa untuk mati rather than menyibuk diri untuk masih terus bermain politik," katanya serius

"Saya yakin partinya tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU 14 ini," katanya

TAN SERI HUSSEIN AHMAD, KETUA PENERANGAN UMNO : DONT LET THEM HUNGRY (JANGAN BIARKAN MEREKA LAPAR ?)


Sebelum berbicara lebih lanjut dan lebih jauh tentang manusia, bernama Hussein Ahmad,kini berusia 82 tahun,barangkali, pembaca bertanya dan tertanya-tanya kenapa beliau didalam bab ini selepas bab Tun Mahathir Mohamed,apakah keistimewaan dan kehebatan “tokoh politik UMNO” ini yang sudah hampir 60 tahun berjuang dalam UMNO, mendapat penghormatan puncak,penghormatan tertinggi sebagai negarawan agung di abad UMNO pada masa kini
Seterusya beliau merupakan sahabat baik kepada ayahanda aku ,Nik Hassan Nik Mat (yang sudah berangkat kealam sana Disember 1999) . Dan menurut cerita beliau,beliau bersama ayahanda aku  bersama rakan baiknya bekas ADUN BN Gual Periuk,1985,Yb Abdul Rahman Awamg,76,( kini sudah berada dialam sana juga)turut sama membuat persembahan teater di Wilayah Weang, Selatan Thai.Beliau bersama ayahanda aku turut bermain teater,berlakon dan ianya mendapat sambutan baik dan menggalakkan dari masyarakat Islam Melayu di Wilayah Weang selatan Thai  pada akhir tahun 60 an
Selain mempunyai pertalian darah dengan ibu aku,Hajjag Halimah Abu Bakar(yang juga sudah berhijrah kealam sana pada 28 September 2016,semoga allah mencucuri rahmah keatas rohnya) bersifat emosional (barangkali) atau dengan istilah baru “kronisme”,beliau juga merupakan “pemimpin besar” yang pernah dilahirkan di jajahan Pasir Mas dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, pada awal tahun 1960an.
Dan beliau mempunyai “banyak jasa” kepada penduduk di pecan Rantau Panjang,antara jasa yang aku masih ingat, ramai belia-belia di pekan rantau panjang dimasukkan “ke kem belia”didusun tua,selangor dan mendapat pekerjaan ,selepas mengikuti kursus.
Belia yang tamat kursus mendapat pekerjaan dibelbagai agensi kerajaan termasuk di Jabatan Kesihatan, Felda, Felcra (termasuk abang sulung aku, Nik Ibrahim Nik Hassa,62,pesara Felcra,kali terakhir berkhidmat sebagai Pengurus Felcra di Beufort,Sabah)
Dan jasa beliau yang paling besar kepada penduduk Rantau Panjang, menjadikan Pekan Rantau Panjang sebagai Zone Bebas cukai dan kini pecan ini menjadi tumpuan pelancong dan pelawat dari seluruh negara untuk membeli barangan “siam” dengan harga yang sangat murah, berbanding dengan harga di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu
Berbalik kepada cerita permulaan, kenapa bab beliau diletakkan selepas bab Tun Mahathir Mohamed, manusia bernama Hussein Ahmad ini, cuma seorang guru yang meninggalkan bidang keguruan dan aktif dalam politik UMNO dan bertanding dalam Pilihanraya Umum 1969,dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Gual Periuk
Pada waktu itu,awal 60an, Kelantan merupakan negeri yang disebut sebagai “sarang Pas”,kubu kuat PAS, pada pilihanraya tahun itu Cuma, dua calon Perikatan (UMNO), yang memenangi kerusi dun Kelantan termasuk Hussein Ahmad dan seorang lagi calon perikata.manakala kerusi dun lain di menangi calon-calon dari parti PAS
Kekuatan PAS pada waktu itu, hasil sokongan guru-guru pondok,pelajar-pelajar pondok,masyarakat Islam di negeri ini Berjaya dibiuskan dengan “isme-isme” PAS itu Islam dan Islam itu PAS
Kemenangan itu, merupakan kemenangan besar bagi Perikatan(UMNO) di negeri  Kelantan dan ianya menjadi laluan mudah kepada beliau untuk bertemu dengan pucuk pimpinan UMNO termasuk dengan Presiden UMNO, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Timbalan Presiden UMNO,Tun Abdul Razak
Untuk menjawap pertanyaan kenapa aku yang begitu sentimental dan meletakkan beliau dibab selepas Mahathir Mohamed, jawapannya mudah sahaja. Untuk itu aku perlu menyemak lebaran sejarah hitam, Persidangan UMNO 24 April 1987, dimana kerusi Presiden UMNO,yang diduduki,Tun Mahathir Mohamed dicabar anak berdarah “nengrat”, berdarah Raja, Tengku Razaleigh Hamzah
Dan orang yang bertanggungjawab 100 peratus, membuatkan Mahathir Mohamed menang dan berjaya mempertahankan kerusi Presiden UMNO, manusia yang bukan duanya, adalah Tan Seri Hussein Ahmad,yang pada waktu memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO yang paling lama dalam sejarah penubuhan UMNO,iaitu selama 18 tahun ,menduduki kerusi keramat itu
Kemenangan tipis 43 undi oleh Tun Mahathir Mohamed, berjaya mempertahankan kerusi keramat itu adalah kerana peranan dan strategi politik yang dimainkan Tan Seri Hussein Ahmad. Dari perspektif organisasi, 43 undi yang di menangi Tun Mahathir Mohamed itu menggambarkan separuh dari perwakilan UMNO pada waktu “menolak kepimpinan Tun Mahathir Mohamed” dan mahukan “Pemimpin berdarah Raja” menduduki kerusi Presiden UMNO tapi nasib bersuara lain tapi Allah itu MAHA BESAR, manusia hanya boleh berusaha tapi semuanya datang dari ALLAH.
Keputusan itu tidak dapat memuaskan hati penyokong Ku Li dan ramai penyokongnya membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan, berlaku penyelewengan sewaktu proses penggiraan undi yang menyebabkan enam dari mereka membawa kes itu ke Mahkamah dan dalam masa terdekat, mahkamah membuat keputusan mengejut dan mengkagetkan iaitu ”UMNO diharamkan” mengakibatkan munculnya pendaftaran UMNO Baru, yang pada masa kini kekal dengan nama UMNO
Meskipun sejarah hitam itu sudah berlalu 27 tahun lalu, peristiwa hitam itu tetap menjadi hitam malah lebih hitam dari makna perkataan hitam itu ianya sudah menjadi sejarah, tak ubah seperti asap hitam yang keluar dari asap rokok yang pergi dan tidak akan kembali lagi. Pinjami kata-kata sasterawan,cerpenis aliran absurdisme dari Indonesia iaitu Putu Wijaya
Ada satu berita sensasi, breaking news, yang penikmat dan pencandu politik, seperti anda perlu mengetahui sebagai added value political history of UMNO
Selepas membubarkan Parti Melayu Semanat 46, 1996, bertempat di kediaman resmi Ku Li, sewaktu berbicara dengan beliau di luar rekod cerita, beliau memaklumkan kepada saya , sewaktu bertemu dengan bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Sanusi Junid, mengakui dan menyatakan kepada beliau, pada pertandingan perebutan kerusi Presidan UMNO 24 April 1987, beliau memenangi pertandingan itu, tetapi disebabkan beberapa alasan, beliau “harus dikalahkan” dan keputusan akhir dan rasmi beliau kalah tipis dengan 43 undi
Sejauh mana benar cerita ini saya kurang tahu namun yang jelas walau apa pun berlaku ,ianya sudah menjadi sejarah dan tidak dapat dibuat apa-apa lagi mengenai sejarah itu

Persoalannya, jika benar berlaku penyelewengan, “bagaimanakah” penyelewengan itu dilakukan dan bilakah penyelewengan proses penggiraan undi itu berlaku ?
Berdasarkan siasatan yang dilakukan,yang mencelakan pengamatan yang tidak selalu cermat ini, sekali lagi pinjaman dari kata-kata sastrawan dan budayawan Indonesia, Umar kayam(yang juga sudah pergi kealam sana) dan hasil temu bual dengan perwakilan UMNO yang hadir pada hari pemilihan itu,pertandingan pada waktu itu terlalu sengit
Proses perwakilan membuang undi pada hari itu diberhentikan pada tengah hari kerana perwakilan akan menunaikan solat jumaat
Dan dakwaan wujud penyelewengan perkiraan undi itu,bagi penyokong Ku Li berlaku ketika semua perwakilan meninggalkan dewan untuk melakukan solat Jumaat
Kertas undi yang telah dibuang kedalam peti undi disimpan dan dikawal rapi oleh petugas dan pengawai bertugas dalam bilik khas
Dan secara logiknya bagaimanakah penyelewengan itu boleh berlaku kerana Tg Razaleih Hamzah, mempunyai wakil calon atau pemerhati untuk memastikan perjalanan menggundi berjalan lancar dan tidak akan berlaku penyelewengan
Ada juga dakwaan sejauh mana benar dakwaan ini, kurang jelas yang mengatakan “kertas-kertas undi” yang dipangkah perwakilan untuk Tg Razaleigh Hamzah” diarahkan ditelan” oleh petugas-petugas UMNO yang bertanggung jawab, menjaga peti-peti berkenaan
Bunyi cerita ini, agak lucu,memalu dan memilukan dan sama sekali tidak dapat diterima akal.Jika benar dakwaan ini,berapakah jumlah kertas undi yang dipangkah dan menjadi right Tengku Razaleigh “telah ditelan” juga menjadi tanya misteri sehingga sekarang
Apapun yang dibicarakan tentang detik hitam dan sejarah itu,ianya sudah menjadi satu nostalgia yang pastinya tidak akan datang untuk kesekian kali dan ada pendapat yang kutip dari veteran UMNO, kemenangan Mahathir Mohamed, pada pertandingan itu, adalah gara peranan dan kebijaksanaan, Tan Seri Hussein Ahmad yang mencaturkan “gerak catur politik” untuk menangkan Tun Mahathir Mohamed
Dalam konteks ini, pendapat itu ada juga berkata, nasib akan bersuara lain, jika Ketua Penerangan UMNO,Tan Seri Hussein Ahmad, berada di pihak Tengku Razaleigh Hamzah bukan di pihak  Team A, Tun Mahathir Mohamed, keputusan pertandingan akan “berwajah lain”

Disebabkan terlalu terhutang budi pada Ketua Penerangan UMNO ini,Tun Mahathir Mohamed, menurut sumber terdekat, telah menawarkan jawatan Ketua Gobenor Melaka kepada beliau tetapi ditolak dengan hormat, sebelum Tan Seri Hussein Ahmad, melepaskan jawatan Ketua Penerangan UMNO yang diganti Tan Seri Yusof Nor.

TAN SERI MOHAMED YAAKOB
MENTERI BESAR, BN KELANTAN : TUNGGU AKU DIPOJOK ITU ?

Pertemuan aku dengan Tan Seri Mohamed Yaakob (kini berada dialam sana) bermula ketika aku membuat laporan susulan cerita mengenai peluang BN menawan kelantan dalam PRU ke 10 sebelum ini.Ketika aku menelefon dan menyatakan hajat untuk mewawancara “ayah mat” panggilan akrab pada mulanya  menunjukkan tanda tidak bersetuju atas alasan beliau telah lama meninggalkan dunia politik.
Walaubagaimanapun setelah dipujuk dan diberi beberapa alasan rasional beliau pun bersetuju. Aku  sampai ke kediaman di Taman Uda Murni sekitar jam 11 pagi. Setelah dijemput masuk, aku  bersama  jurukamera Hanapi Mat terus melangkah ke ruang tamu rumah beliau.
Aku  terpegun melihat keunikan rumah beliau dimana rumahnya diperbuat dari kayu cengal yang bercirikan reka bentuk tradisional dan apa yang menarik dibawah rumahnya dibuat saliran yang menempatkan ikan tilapia yang bebas berenang disekeliking empat segi rumahnya.
Selepas selesai temuramah, antara soalan yang dikemukakan ialah apakah patut rakyat Kelantan secara keseluruhanya menolak kerajaan PAS dan menggembalikan semula “kuasa politik” kepada kerajaan BN yang mampu membuat banyak perkara untuk memaju dan modenkan Kelantan berbanding dengan kerajaan PAS.
Antara lain jawapan yang diberikan adalah beliau bersetuju namun masalahnya, apakah rakyat Kelantan bersedia menukar kerajaan yang sedia ada iaitu kerajaan yang didakwa dibawah kepimpinan Ulama seperti Murysidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Beliau juga menyatakan terkilan kerana kepimpinan UMNO Kelantan yang dipengerusikan Datok Seri Mustapha Mohamed tidak mengacuh dan menghiraukan golongan veteran UMNO termasuk beliau.
Beliau menyatakan Tok Pa tidak pernah menjemput beliau untuk turut hadir dalam mana-mana majlis yang dianjurkan UMNO.  Aku memberi jaminan akan memaklumkan kepada Tokpa. Di waktu lain, aku memaklumkan masalah itu dan selepas itu aku melihat Tok Pa mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut. Dimana-mana sahaja majlis yang dianjurkan oleh UMNO disekitar Kota Bharu ,Ayah Mat dijemput dan dilayan sebagai VIP. Aku bertanya kepada beliau, kerusi MB Kelantan memang panas dan ramai kalangan pemimpin UMNO khususnya ahli exco berminat untuk menduduki kerusi itu tapi gagal.
Soalan aku kepadanya, apakah hubungan istimewa beliau dengan Tun Mahathir Mohamed sehinggakan beliau dapat duduk lebih lama diatas kerusi meskipun ramai “pemimpin UMNO” lain berminat
Beliau mengenali Tun Mahathir Mohamed sudah terlalu lama. Sewaktu menjawat jawatan Ketua Pegawai Jajahan sekitar tahun 50an Mahathir Mohamed bersama keluarga datang melawat ke kelantan dan beliau menyediakan kemudahan pengangkutan untuk keluarganya mudah bergerak kesana kemari
Satu lagi faktor yang menyebabkan beliau berada lama dikerusi itu, beliau dikatakan seorang yang amanah dan tidak pernah terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan kuasa, khsusnya dalam kes meluluskan kawasan balak
Menurut tauke balak yang berbangsa melayu, pernah mendapat kawasan balak. Beliau enggan di didedahkan pengenalan diri berkata Tan Seri Mohamed Yaakob seorang yang ikhlas dan berhati bersih..Beliau tidak pernah menerima komisyen dari setiap kawasan balak yang diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan BN.
Namun tetapi, tauke berkenaan menyatakan “isteri” beliau tidak menolak hadiah atau buah tangan yang diberikan oleh tauke-tauke balak.
Sejauh mana benar cerita ini, aku kurang tahu dan apa yang aku  tahu, selepas Ayah Mat  bersara, beliau sering menghabiskan masa di Masjid Telipot untuk menunaikan solat berjemaah. Dan beliau pernah suatu ketika bertemu dengan aku di dalam masjid Telipot dan beliau menyatakan tiap-tiap hari selasa bermula jam 9 pagi sehingga waktu zohor beliau menghadiri Kelas Bahasa Arab.
Berbicara tentang politik di Kelantan, ada yang pendapat sejauh mana benar tentang spekulasi politik ini mengatakan kerajaan BN pada 22 Oktober 1990 tumbang dan tersunggkur dibawah pemerintahan manusia bernama Mohamed Yaakob dan pada PRU ke 14 nanti. Menteri Besar Kelantan, pada waktu itu, masih Datuk Ahmad Yakob akan menerima nasib yang sama, kerajaan PAS akan tersungkur dan BN akan memerintah semula negeri Kelantan masih menjadi tanya.
Yang satu Mat Yakob dari UMNO dan satu lagi Mat Yakob dari Pas, yang membezakana kedua mereka ini ialah satu Tan Seri yang satu lagi Cuma berpangkat Datuk. Tapi jika andaian itu dibuat berdasarkan nama, kemungkinan andaian logik itu perlu disemak kembali. Jika PRU 14 diadakan pada tahun 2017, ini bermakna PAS memerintah Kelantan sudah hampir 26 tahun, dengan kerusi DUN yang sedia ada sebanyak 12 kerusi DUN. UMNO Kelantan cuma perlu menambah lagi 11 kerusi lagi dalam PRU ke 14. “Dongeng dan dogma kosong” itu akan menjadi kenyataan.
Jika andaian itu terjadi bermakna UMNO Kelantan memerlukan masa 26 tahun, untuk menawan semula dan menggembalikan semula pemerintahan dan kuasa politik Kerajaan Barisan Nasional dibumi yang majoritinya berbangsa melayu dan beragama Islam
Yang jelas dengan adanya parti baru, Amanah Serpihan Pas akan menyebabkan pertandingan tiga penjuru BN, PAS dan Amanah dalam DUN Kelantan ini akan memberikan peluag terbaik kepada calon BN untuk memenangi kerusi yang di pertandingkan.

      PERDANA MENTERI KELIMA,PAKLAH : SECANGKIR KOPI PAHIT ?
Setiap kali, Perdana Menteri Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan lawatan rasmi ke negeri Kelantan, krew dari Kuala Lumpur atau dari Pahang turun padang untuk membuat liputan berita dan pembahagian tugas akan diatur Bilik Berita di Seri Pentas. Aku sebelum membuat liputan berita Pak Lah telah mengenali beliau sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan dan beliau telah melakukan lawatan ke Pusat Pelajar Malaysia di Jalan Cokroaminoto, Jakarta pada kongres Persatuan Kebangsaan Pelajar Pelajar Malaysia di Indonesia, PKPMI kali ke 16.
Aku pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Presiden PKPKMI Cabang Medan turut hadir dalam kongres yang diadakan setiap tahun di Jakarta
Setelah tamat pengajian sewaktu bertugas dengan WATAN, aku berkesempatan bertemu dengan Paklah di Lobby Parlimen dan memperkenalkan diri saya. Beliau berkata, “Datanglah ke opis Paklah” sambil menyatakan lokasi pejabatnya.
Pada 26 Disember 1988,Tengku Razaleigh membawa usul untuk “menghidupkan UMNO” di Parlimen tetapi tidak Berjaya kerana tidak mendapat sokongan ahli parlimen BN, namun begitu kalau tidak silap usul itu  disokong oleh ahli-ahli parlimen DAP.
Dan pada waktu itu, Paklah menjawat Jawatan Naib Presiden UMNO tidak berada dalam Barisan Kabinet kerana tidak diberi apa-apa jawatan oleh Tun Mahathir Mohamed kerana telah melakukan “dosa politik” dimana beliau menyebelahi kem B, menyokong Tg Razaleigh mencabar kerusi Presiden UMNO yang diduduki oleh Tun Mahathir Mohamed.
Bagi mendapatkan semula jawatan didalam kabinet, Paklah telah datang kerumah Tan Seri Hussein Ahmad di Kg Lemal untuk meminta pertolongan beliau untuk mendapatkan sebarang jawatan dalam kabinet. Tan Seri Hussein Ahmad pada waktu itu, merupakan orang kuat Tun Mahathir Mohamed dan beliau  memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO
Disebabkan “ayah sin” seorang pemimpin yang suka menolong, beliau lantas menyarankan kepada Tun Mahathir agar Paklah diberi jawatan dalam kabinet kerana belum pernah dalam sejarah UMNO, Naib Presiden UMNO tidak mempunyai “apa-apa jawatan dalam kabinet”
Selang beberapa bulan selepas pertemuan itu, Paklah di lantik memegang jawatan Menteri Luar dan kembali semula berada dalam kabinet
Tetapi yang menyedih dan memilukan,menurut teman baik ayahanda Hussein Ahmad, Paklah seperti kacang lupakan kulit apabila memegang jawatan Perdana Menteri tidak menyambung semula jawatan Pengerusi KADA yang dipegang Tan Seri Hussein Ahmad tetapi melantik Tan Seri Annuar Musa menjadi Pengerusi KADA
Ketika ditanya mengenai isu ini, Ayahanda Hussein Ahmad berkata “inilah politik” dan beliau enggan mengulas lebih lanjut.
Aku  semakin keliru dan tidak faham dengan maksud kata-kata “inilah politik”. Apakah maksud beliau politik UMNO ini seperti “kita selalu mesti lupakan kulit atau membawa pengertian kita jangan jadi seperti kacang lupakan kulit? Itulah barangkali maksud sinis seperti kacang lupakan kulit atau bagaimana ?
Jika Paklah telah sinonim dengan pepatah atau pribahasa melayu seperti kacang lupakan kulit, ini ada relevansi perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima. Apabila Tun Mahathir Mohamed secara tiba-tiba melantik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan beliau secara sengaja dan tidak sengaja tidak ada batasnya, telah bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila melupakan jasa Tun Mahathir Mohamed, memberikan kerusi Perdana Menteri dan Kerusi Presiden UMNO secara percuma kepada beliau.
Paklah pada waktu itu cuma menjadi Naib Presidan UMNO bersama dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Seri Muhyiddin Yassin. Dari jumlah undi yang dimenangi, diantara ketiga pemimpin itu Paklah menduduki tempat ketiga.
Pemimpin yang sepatutnya  menggantikan Tun Mahathir, Datok Seri Mohd Najib Razak tetapi Tun Mahathir, seorang yang bukan pendendam politik telah memilih Pak Lah sebagai penggantinya dengan alasan Datuk Seri Mohamed Najib Razak masih muda untuk menduduki Kerusi Perdana Menteri dan kerusi Presiden UMNO.
Tetapi disebabkan Paklah mengamalkan sikap kacang lupakan kulit dan melupakan jasa Tun Mahahtir Mohamed yang memberikan jawatan PM secara percuma beliau ditolak oleh UMNO dan diminta meletak jawatan secara terhormat. Tempat beliau di ganti oleh Datok Seri Mohd Najib Razak setelah dilihat gagal memerintah Malaysia dan bertanggungjawab menyebabkan bangsa melayu ramai hilang keyakinan kepada parti UMNO
Sikap kacang lupakan kulit menyebabkan Paklah “tidak berapa dihormati” oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Malah kehadiran beliau di dalam persidangan UMNO 2013 di PWTC tidak diacuhkan oleh ahli UMNO dan perwakilan UMNO yang hadir pada persidangan itu
Menurut seorang perwakilan yang enggan namanya didedahkan,keadaan itu berlaku kerana beliau telah menderhaka kepada Tun Mahathir Mohamed, yang memberikan kerusi perdana menteri secara percuma kepada beliau tapi beliau tidak mengenang budi
Teringat saya ketika sidang media di Bukit Nangka (Jeli), sebaik selesai pihak media menanyakan soalan kepada Paklah, saya mencelah minta beliau memberi ulasan tentang dakwaan kewujudan  PAS Baru dikelantan.
“Mana ada Pas baru,” katanya
Aku menjelaskan wujudnya PAS Baru dikelantan berikutan rasa tidak puas hati dikalangan  segelintir penyokong PAS terhadap pimpinan Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sebagai bukti, wujud kain rentang di Kedai Mulong yang digantung di tengah-tengah jalan besar Kota Bharu ke Kuala Krai
Beliau bagaimanapun memberi respon pendek dan ringkas dan antara yang aku ingat beliau berkata kewujudan PAS Baru akan memberikan kesan negatif terhadap parti PAS
Wartawan dari Kota Bharu yang turut hadir pada sidang media itu antara lain ialah Ketua Biro Bernama (Roslan Arifin), wartawan Berita Harian (Veena Rusli Berita),Nick Leong dari akhbar The Star, The New Straits Times (saya sudah lupa namanya dan kerabat kerja RTM), wartawan utusan Malaysia, Saroji Mokthar (kini sudah bersara) dan beberapa wartawan dari akhbar china yang juga aku sudah lupa nama mereka.

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH : SERPIHAN MUTIARA RETAK ?
Pengalaman aku mengenali lebih dekat dengan Tengku Razaleih Hamzah berlaku setelah beliau membubarkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pada Oktober 1996. Aku ameminta jasa baik sdr Lokman, PA kepada Tengku Razaleigh untuk mengaturkan pertemuan itu. Aku memaklumkan kepada Lokman, meskipun aku mengetuai operasi berita untuk TV3 di Kelantan, pertemuan itu diatas dasar semangat Kelantan. Sebagai anak Kelantan, aku ingin mengetahui perkembangan terbaru potensi dan peluang politik beliau dalam UMNO setelah sekian lama tidak berada dalam gelanggang dan pentas UMNO. Pertemuan itu tidak bersifat formal dan tidak ada rakaman kamera. Perbincangan pada pertemuan itu lebih bersifat politik anak beranak kata orang Kelantan. Dalam istilah kewartawanan disebut cerita luar dan hasil maklumat yang diperolehi tidak boleh haram dan di buah khuldikan agar tidak disiarkan.
Setelah mendapat tarikh dan masa, pertemuan itu akan berlangsung di Kediamannya di Palermo, Kota Bharu jam 3 petang. Aku sampai tepat pada masanya dan Ku Li telah bersedia untuk menerima aku sebagai tamunya. Setelah bersalaman, aku mengambil tempat duduk dan Ku li duduk berhadapan dengan aku yang dipisahkan dengan meja
Aku melihat disebelahnya terdapat pelbagai hidangan makanan tradisional kueh mueh. Soalan pertama yang saya kemukakan kepadanya, apakah beliau yakin pengaruhnya masih kuat didalam UMNO setelah beliau meninggalkan UMNO sebegitu lama dan masuk kembali kedalam UMNO. Beliau secara tulus telah memberi tahu setelah beliau bersetuju untuk membubarkan UMNO demi kekuatan politik bangsa melayu pucuk pimpinan UMNO pada waktu meletakkan syarat  beliau tidak boleh dan tidak dibenarkan melawat atau menziarah kawan-kawan UMNO di negeri-negeri lain.
Beliau menjelaskan beliau mempunyai ramai kawan-kawan UMNO di negeri lain yang berminat untuk berjumpa dengan beliau tetapi disebabkan untuk menghormati dan mematuhi syarat yang ditetapkan beliau membatalkan niat untuk bertemu dengan kawan-kawan UMNO di negeri lain
Berdasarkan cerita itu, aku membuat kesimpulan sendiri bahawa pucuk pimpinan UMNO pada waktu itu takut kepada bayang-bayang hitam dan takut akan pengaruh politik Ku Li di negeri-negeri lain. Ini berdasarkan kepada fakta, kekalahan Ku Li 43 undi kepada Tun Mahathir Mohamed pada pertandingan sengit dalam perhimpunan UMNO itu membuktikan separuh dari perwakilan UMNO pada itu telah menolak Tun Mahathir Mohamed dan mereka telah bersiap sedia untuk menerima Presiden UMNO yang baru namun nasib tidak menyebelahi Ku Li. Beliau diisytiharkan kalah. Meskipun ramai penyokongnya tidak dapat menerima keputusan itu malah mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pengiraan itu.
Tidak puas hati dengan keputusan itu beberapa penyokong setianya membawa kes itu ke mahkamah untuk mencari keadilan di mahkamah dan mahkamah tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan UMNO diharamkan dan wujudlah semula UMNO dengan nama UMNO Baru
Dalam perbicaraan diambang petang itu, Tengku Razaleigh juga menceritakan pengalamannya bersama menasihatkan DSAI merapatkan hubungan dengan pihak istana bagi memudahkan urusan-urusan pentadbiran yang memerlukan pihak istana teta pinasihatnya itu tidak diendahkan oleh DSAI.
Beliau juga menceritakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan dan dipertanggungjawabkan menubuhkan PETRONAS oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Perdana Menteri kedua Malaysia yang melihat hasil petroleum itu dapat memberikan pulangan yang besar kepada Negara kita yang masih berada dalam kategori Negara sedang membangun.
Ekonomi Negara kita berada ditahap memuaskan apabila hasil petroleum Negara mulai di terokai oleh PETRONAS pada awal tahun 70an. Jika kita tidak ada minyak yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan dan pertumbuhan ekonomi Negara, ekonomi Malaysia kemungkinana akan setaraf dengan negara-negara asia tenggara lain termasuk Thailand, Indonesia dan Philipina.
Barangkali ramai kalangan ahli UMNO khususnya “generasi muda” tidak mengenali dan mengetahui kehebatan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pentas politik dan pentadbiran Negara di peringkat dalaman dan antarabangsa.
Beliau merupakan pemegang Guiness World Record kerana merupakan ahli parlimen di Komenwel yang paling lama menduduki kerusi Parlimen selama 35 tahun dan tidak pernah kalah dalam setiap kali PRU umum diadakan
Anehnya, pemimpin seperti ini sehingga kehari ini tidak pernah disenaraikan untuk menyertai semula kabinet ? Mengapakah keadaan sedemikian tidak terjadi ? faktor politik, “takut kepada bayang-bayang kehebatan Ku” masa lalu menyebabkan Ku Li dipinggirkan atau bagaimana ? ada juga pendapat mengatakan Ku Li akan dimasukkan semula sebagai menteri dalam kabinet, apabila Tun Mahathir Mohamed telah pergi kealam sana. Sejauh mana benar pendapat ini kita semua masih samar, yang jelas disebabkan politik, adalah seni serba mustahil, tidak salah jika pengikut Ku Li ingin menanti dan menunggu, saat-saat itu.

DATOK SERI ANWAR IBRAHIM
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA : SEBUAH SYURGA  YANG HILANG ?

Aki tidak pernah bercakap dan mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lebih dekat cuma sekali sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah datang ke KADA di Melor pada sekitar jam 8 malam.
Semua wartawan dan jurukamera sedang menunggu  beliau di bilik khas untuk membuat sidang media selepas beliau merasmikan majlis KADA pada malam itu. KADA pada waktu itu di pengerusikan oleh Tan Seri Hussein Ahmad.
Turut datang dan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam itu, Azmin Ali yang ketika itu berkhidmat sebagai pegawai di Kementerian Kewangan. Namun, aku tidak pasti beliau menjawat jawatan apa tapi ada dikalangan media tempatan mengatakan beliau bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada DSAI .
Bagaimanapun selepas merasmikan majlis itu, beliau datang juga kebilik sidang media dan memberitahu pihak kami tidak ada sidang media. Barangkali untuk menjaga hati pihak media, beliau yang memakai uniform KADA telah memegang piring yang mengandungi kuih dan membahagikan kuih tersebut sebiji seorang kepada pihak media yang menunggu beliau untuk membuat sidang media
Orang kuat RTM iaitu Sayuti Omar yang kini berpangkat Datok cuba memujuk beliau untuk membuat sidang media tetapi gagal kerana beliau harus bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan Pesawat Khas yang menunggu beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Sebelum melangkah keluar dari bilik itu, DSAI sempat mengucapkan sepatah kata Jepun, “Arigato”dan disambut ketawa kecil pihak media yang berada disitu
Aku  ditugaskan membuat liputan berita DSAI di rumah bapa Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd Nor. DSAI setelah dipecat Tun Mahathir Muhammad sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membuat “roadshow” ke negeri di pantai timur. Aku dimaklumkan, kemungkinan DSAI akan ditahan di Batu Buruk, Terengganu selepas memberikan ucapan berapi disana
Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku, DSAI dan penyokongnya bergerak ke Kelantan dan akan berucap di stadium sultan Muhammad keempat pada malam itu.
Aku diarahkan oleh Bilik Berita di Sri Pentas, untuk bersedia di Pasir Puteh. Aku bersama jurukamera menunggu dikedai kopi yang berhadapan dengan rumah ayahanda, Kamarudin Mohd Nor pada sebelah petangnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba hampir waktu Maghrib dan selepas bertemu dan bersalaman dengan penyokongnya beliau menunaikan solat Maghrib dan selepas itu bergegas ke Stadium Sultan Muhammad keempat.
Aku dan jurukamera mengikuti DSAI namun berlaku kesesakan lalu lintas yang begitu hebat. Jalan Pasir Puteh ke Kota Bharu dipenuhi kenderaan yang masing- masing berpusu-pusu menuju kestadium sultan Muhammad keempat.
Kereta yang membawa DSAI turut tersekat di jalan Melor, DSAI dilihat turun dari kenderaan dan membonceng motorsikal menuju kestadium.
Aku  difahamkan perhubungan PAS Kelantan telah mengarahkan seluruh jentera parti dan ahli Pas datang kestadium bagi mendengar ucapan DSAI.
Berikutan arahan itu, Bandar Kota Bharu sesak dengan kenderaan dan sebaik tiba di stadium kira-kira jam 9.30 malan stadium mulai penuh dengan penonton politik yang ingin mendengar ucapan DSAI
Akubersesak-sesak masuk menerusi pintu utama untuk melihat senario dari dalam stadium. Aku berjaya memasuki dan menaiki tangga kearah tempat duduk. Namun, semua kerusi sudah dipenuhi.
Antara ucapan DSAI pada malam itu, beliau menjelaskan beliau telah berusaha mencegah rasuah dengan memperkenalkan Akta Rasuah baru yang diluluskan Kabinet sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri
Berbicara tentang DSAI, saya masih ingat sewaktu memegang  Jawatan Sekretaris Jeneral, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia pada tahun 1986-1987 bersama Presiden, Mohd Zaid Mohd Yusof iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Pahat telah menghantar surat kepada DSAI. Pada ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Berhubung di satu seminar Tamadun Melayu anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia mencadangan perasmiannya dilakukan Menteri Pendidikan DSAI. Majlis perasmian itu bakal diadakan diWisma Malaysia, Jalan Chokroaminoto, Jakarta
Pejabat DSAI telah membalas surat dan menyatakan pihak Menteri bersedia pada bila-bila masa untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKPMI dan pihak kami diberi penghormatan tertinggi untuk meletakkan tarikh pertemuan dengan beliau
Tetapi disebabkan masalah teknikal, pihak kami yang baru pulang dari Kuala Lumpur selepas mengadakan pertemuan dengan Biro Tata Negara dan membuat kenyataan akhbar bertemu dengan Ketua Pengarang Berita Harian (Nazri Abdullah). Berita itu tersiar dengan judul “PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA AKAN MENGADAKAN SEMINAR TAMADDUN MELAYU DI JAKARTA”. Pertemuan dengan DSAI tidak dapat dilakukan kerana kami baru pulang dari Kuala Lumpur dan tiba diMedan, sehari sebelum surat dari pejabat DSAI tiba diMedan.
Untuk pulang semu;a ke KL adalah tidak mungkin kerana melibat kos yang tinggi dan persoalan ini akan dibangkit dan disoal para perwakilan Kongres PKPMI ke 18 yang akan diadakan di Jakarta pada penghujung tahun nanti
Melihat kepada senario ini, aku boleh menarik benang kesimpulan yang DSAI amat terpengaruh dengan Indonesia dan diwaktu zaman pemerintahannya, “Bahasa Baku” mulai diperkenalkan. Apabila beliau tidak lagi berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri, dasar itu tiba-tiba berubah dan kini tidak kedengaran istilah “bahasa baku” di Kementerian Pendidikan”.
Dasar dan polisi pendidikan seolah-olah milik individu tertentu. Lihat saja di Negara maju, dasar penndidikan Negara tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar ganti seperti di Negara kita Malaysia yang kononnya akan menjadi Negara maju pada tahun 2020 sedangkan dari “segi pemikiran” bangsa melayu baik pemimpin UMNO,PAS, PKR dan BERSATU masih jauh berbanding dengan pemikiran pemimpin bangsa eropah,
Lihat saja setiap kali PRU tiba, UMNO khususnya BN terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit, termasuk PAS dan PKR juga untuk membeli undi dari para penggundi agar penggundi memangkah mereka sedangkan realitias politik ini tidak berlaku di Negara-negara eropah maupun di Negara matahari terbit (jepun)
Dari segi pendidikan, lihat saja British, sejak kita mencapai kemerdekaan mereka tidak menggubah dasar pendidikan Negara dari Ordinary Level sehingga A Level tetap kekal. Yang anehnya kita di Malaysia, bila datang menteri pendidikan yang baru mengubah dasar pendidikan dan perkenalkan dasar pendidikan Negara, “apakah dasar pendidikan Negara yang sudah wujud dinegara kita sebelum beliau datang menduduki kerusi itu“tidak menjadi” atau membuat “rakyat Malaysia semakin “tidak cerdik” ? apakah beliau juga tidak lahir dan produk-produk dasar pendidikan yang ditinggalkan pihak British atau bagaimana ?
Berbalik kepada DSAI, teringat aku kepada perbualan politik dengan bekas Ketua Pemuda Parti Melayu S46 Kelantan dikediamannya di belakang Klinik Pancho, Kota Bharu iaitu Datuk Shukri Mohamed, bekas ahli Parlimen Machang sebelum ini.
Beliau sempat memberitahu selepas DSAI dibebaskan dari tahanan kelak “siapakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada di satu taraf untuk membuat kebangkitan dan kemaraan DSAI dalam kancah politik tanah air ?
Akumenjawab tidak ada dan beliau secara jujurnya melahirkan rasa keresahan dan  kebimbangan terhadap nasib masa depan bangsa melayu di masa akan datang
Ternyata kebimbangan itu kini menjadi kenyataan, dalam tempoh 10 tahun berada digaris pembangkang telah berjaya membuat kerajaan BN menjadi semakin menjadi tidak stabil. Beliau  telah berjaya membuat majoriti rakyat yang terdiri dari pelbagai bilang bangsa sedikit demi sedikit hilang kepercayaan dan kurangnya penggundian terhadap kerajaan BN semakin meningkat
Meskipun BN menang dalam PRU ke 13 dan masih dapat meneruskan semula tradisi memerintah Negara, timbul pula pertanyaan bagaimana pula dengan PRU14? dan selepas itu bagaimana pula dengan PRU dan seterusnya?
Dan pada waktu itu, baik Najib maupun Muhyiddin,Mahathir,Hadi Awang,Nik Aziz,dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudahpun berangkat ke alam sana(barangkali)
Persoalannya, bagaimana dengan kehidupan dan penghidupan bangsa melayu, china, india dan kaum lain pada waktu itu ,apakah mereka dapat hidup dalam suasana aman dan damai atau bagaimana ?
Disinilah barangkali terletak kehebatan DSAI bermain politik, mencatur dan mempolitikan pemikiran politik rakyat Malaysia dalam menuju dan menjunam arus globalisasi yang semakin mencabar ini.
Setelah dibebaskan, DSAI tidak memilih parti PAS sebagai meneruskan landasan politik dan meneruskan agenda perjuangan beliau sebaliknya menubuhka parti politik baru iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR) dimana di kelantan disebut “parti nak gadai tak laku” bergantung kepada sokongan PAS. Namun begitu, parti itu semakin laku di negeri-negeri di pantai barat
Ini terbukti, PKR semakin mendapat tempat dan kerusi PKR di Parlimen sudah banyak berbanding dengan Parti Pas yang sudah 50 tahun berjuang tapi cuma mampu menang tidak sebanyak kerusi  PKR di Parlimen
Kehebatan DSAI bermain politik kerana beliau dapat membaca masa depan landasan politik. Beliau tahu, PAS tidak mampu memerintah Malaysia kerana perjuangan PAS untuk membentuk Negara Islam tidak akan kemana kerana Pas memerlukan sokongan parti-parti politik lain untuk memerintah Negara.
Pas memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk merealisasikan perjuangan Islam mereka Karpal Singh menentang sekeras-sekerasnya penubuhan Negara Islam dan digantikan pula dengan Negara kebajikan bagi menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP.
Dalam konteks ini, DSAI telah berjaya menerapkan idea pejuang nasionalist, Ho Chi Minh yang telah berjaya berjuang menghalau Perancis dari bumi Vietnam dengan berkata, “aku tidak mempunyai kekuatan militer, aku hanya punya satu kebencian. Beliau Berjaya mengajar dan menanam sikap membenci Perancis dikalangan rakyatnya, yang pada akhirnya kuasa besar dunia Perancis terpaksa angkat kaki meninggalkan Vietnam
Disisi lain, DSAI telah berjaya melakukan anjakan paradigma didalam pemikiran bangsa china di Negara ini, mereka tidak perlu bergantung kepada MCA untuk membela dan memperjuangkan nasib bangsa china di Negara ini
Aku berkesempatan mewawancara DSAI secara dekat sewaktu beliau membuat lawatan ke sekolah menengah Bunut Susu, Pasir Mas. Selepas selesai majlis DSAI bergerak bebas bertemu dengan pelajar. Aku pada waktu itu berada dikawasan sekolah dan orang ramai masih berada didalam dewan. Setelah aku melihat ada peluang untuk mewawancara DSAI secara dekat, Aku  lantas menuju kearah beliau sambil memegang mikrofon berlogokan  TV3. Beliau tersenyum kearah saya dan saya mulai mengajukan pertanyaan berkaitan dengan majlis itu.
Ketika aku mengajukan mikrofon aku kearah mulutnya tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menyentuh tangan saya  agar jangan letak mikrofon terlalu dekat dengan mulut DSAI dan aku akur dengan tindakan beliau itu
Persoalannya dari segi keselamatan,  apakah lelaki ini tidak melihat siapakah aku sehinggakan aku akan melakukan perbuatan mencederakan Timbalan Perdana Menteri?Bukankah dengan memakai vest TV3, berlogokan kad nama TV3, lelaki ini masih tidak dapat berfikir tidak mungkin seorang wartawan jaringan TV3 sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh dan seterusnya mencederakan pembesar Negara seperti DSAI
Aku  sengaja membuka cerita ini sebagai ingatan dan sekadar memberi teguran kepada pengawal menteri-menteri kabinet lain agar menggunakan otak rasional mereka, jangan mencampuri urusan pihak media khususnya dihadapan menteri saat temuduga sedang berlangsung.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

Aku mulai mengenali manusia lepasan Kolej Islam ini yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelancongan. Aku pernah datang  kepejabatnya dan pada waktu itu sebaik sahaja sampai, aku  dipersilakan duduk, tiba-tiba telefonya berdering dan cuma memerhatikan perbualannya. Dari satu detik waktu ke detik waktu yang lain aku mengetahui beliau sedang  bercakap dengan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis.
Setelah selesai, beliau mengambil tempat duduk diruang tamu pejabat berhadapan dengan aku dan aku  terus menyatakan hasrat dan tujuan kedatangan serta menyerahkan kertas kerja.
Sebelum datang kepejabatnya aku telah menghubunginya dan diberi tarikh perjumpaan iaitu hari Jumaat jam 2.30 petang
Datok Ahmad Zahid Hamidi, sewaktu menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut mempunyai “share” dan memainkan peranan besar, membantu CEO TV-Alhijrah, Che Bukhari Che Muda(kini telah berada dialam sana) menubuhkan penubuhan TV station yang berimejkan TV Islam  yang pertama di negara ini. Imej islam sebagaimana yang terpahat pada TV-Al-Hijrah hari ini berjaya memikat dan memikat hampir 3 juta penonton umat islam di Negara ini.
Malah, TV-Hijrah juga dapat ditonton diseluruh dunia dengan menggunakan internet dan paling minimal umat islam diseluruh dunia dapat mengetahui perkembangan Islam di Negara, 1Malaysia yang bakal menjadi Negara “maju” dalam tempoh enam tahun dari sekarang
Kenyataan ini diitutorkan sendiri oleh Che Bukhari Che Muda semasa hayatnya ketika bersembang dengan saya di Istana balai Besar Kota Bharu ketika beliau datang mengambil pingat yang dianugerahkan Sultan Muhammad kelima dua tahun lalu.
Barangkali ramai dikalangan pembaca ingin mengetahui, apa isi serta kandungan kertas kerja itu. Ianya berkaitan dengan otak, pemikiran,intelektualitas bangsa melayu dan media.
Anehnya bukan ? sebelum Tun Mahathir Mohamed melepaskan kerusi “keramat” Perdana Menteri Malaysia keempat sewaktu berucap di Langkawi, beliau mengatakan “Media kita masih bergantung kepada sumber berita dari Negara barat” dan sampai kehari ini kenyataan itu tetap menjadi kenyataan dan ini merupakan fakta. Kenyataan ini akan masih berterusan dan berterusan (barangkali) akan berterusan sampai kiamat
Bagaimana dengan sikap “editor-editor” media arus perdana terhadap PM yang banyak berjasa kepada rakyat 1Malaysia ini ?
Tidak ada pun editor-editor yang menyambut lontaran idea Tun Mahathir itu.Tidak ada pun seorang dari editor baik media prima dan media tidak prima cuba, berusaha melahirkan lebih ramai “pengulas-pengulas di Luar Negara. Sumber berita yang diperolehi masih dari sumber berita yang lama sebagai contoh Reuter,UPI,Associate French Press,AFP,IRNA dan banyak lagi sumber berita dari agensi kerajaan diluar Negara
Kenapa keadaan ini berlaku, kerana dewa-dewa editor sudah selesa duduk dikerusi empuk,cukup bulan dapat gaji puluhan ribu ringgit,sekali sekala bergambar dengan PM,kononnya mereka orang kuat Perdana Menteri pada hal kat kampung mereka, ketua cawangan UMNO tidak mereka kenal
Alasan sebenarnya “mereka-mereka ini” tidak mempunyai “pemikiran diluar kotakmasih berada ditahap dan ditokok lama,tidak inovatif dan dan tidak  kreatif.
Anjakan paradigma mereka kosong dan “nihilism”,  buta,bisu dan tuli. Pemikiran diluar kotak, dalam konteks ini memberi pengertian pemikiran “yang luar biasa”, yang pernah dilakukan oleh manusia,sebagai contoh pemikiran pengasas Microsot, Bill Gates.
Alasan yang diberikan editor, mewujudkan responden diluar Negara menelan kos yang besar dan disebabkan “takut kepada kementerian kewangan, perancangan mewujudkan koresponden diluar Negara di bumi hangus. Biarlah kita bergantung kepada “sumber berita dari Negara-negara barat”, itulah sikap dan pemikiran yang ada pada editor-editor kita yang ada pada hari ini
Sikap seumpama itu perlu diubah, bukannya cakap-cakap retorik atau dalam perspektif Islam, “orang yang mengkritik boleh melontarkan kritik tapi pengkritik mesti tahu apa yang beliau lakukan dan apabila disuruh melakukan apa yang beliau kritikan beliau boleh melakukannya.
Dalam konteks ini, aku sebagai wartawan yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kewartawanan, pada usia 38 tahun mengetuai TV3 Kelantan dan pernah mendapat anugerah WHO IS WHO INTERNATIONAL MAGAZINE 2002 (Anugerah yang belum pernah didapati mana-mana wartawan yang ada dibumi malaysia),  I’m proud to be your-friend” kata wartawan yang di hasad dengkikan oleh editor yang kini dikuarantinkan. Katanya kepada aku, ketika datang kepejabat TV3 Kota Bharu suatu wakktu tidak berganjak ketika aku menunjukan “surat pengiktirafan itu”,wartawan itulah adalah Karam Singh Walia.
“I am proud to be your friend,” kata Karam Singh setelah membaca surat pengiktirafan itu
Tiba tiba imaginasi aku menjadi liar dan bertambah liar, aku berdialog dengan diri sendiri secara senyap dan diam. Aku mampu melakukan kerja itu, menwujudkan 30 koresponden diluar Negara dalam tempoh tiga tahun berdasarkan pengalaman dan idea yang ada dalam kotak pemikiran aku.
Mewujudkan 30 koresponden diluar Negara amat penting selaras dan sejajar dengan arus kemajuan Negara kita. Enam tahun lagi Negara kita akan bertukar status dari Negara membangun kepada status Negara-negara maju setaraf dengan negara lain. Namun tetapi jika media kita yang ada masih mencedok dan menunggu berita sumber dari barat, dimanakah terletak kehebatan editor-edior media arus perdana kita ?
Berbalik kepada cerita Mendagri, (Istilah Indonesia, Malaysia sebut Menteri Dalam Negeri) kertas kerja itu telah aku serahkan kepadanya, dan beliau telah menulis dan meminitkan kepada Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Muhamad Taib juga bekas Menteri Besar, Selangor. Aku  kira kertas kerja saya itu telah disimpan dan menunggu waktu sesuai untuk diterjemahkan kedalam bentuk  realiti.
Tetapi sehingga kehari ini hampir 10 tahun, tidak ada apa-apa jawapan yang perlu dinyatakan. Semangat untuk merealisasikan mimpi ngeri itu masih berkobar-kobar seperti macam api dalam sekam terus membara dan akan tetap membara  dalam denyut jantung dan nadi aku.
Sekali lagi berbalik kepada cerita dan perhubungan aku dengan Mendagri sebelum persidangan UMNO November lalu, pada persidangan UMNO sebelum itu aku turun ke Kuala Lumpur kerana mengedarkan Buku Politik yang di taja Ketua UMNO Bahagian Machang, Datok Ismail Mamat. Aku meramalkan Datok Ahmad Zahid Hamidi, menang dan mendapat undi terbanyak. Aku menulis buku itu dengan menggunakan nama samaran aku
Selepas waktu Maghrib aku bertemu dengannya dan dibawa kedalam bilik di Pan Pacific Hotel dan diperkenalkan kepada keluarganya, kawannya dari TV3 yang berpengkalan di Kota Bharu dan juga diperkenalkan kepada isterinya.
“Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kami, kata beliau kepada aku .
“Hari ini,hari jadi saya 23 March,” kata aku pula kepada beliau
Berbalik kepada sosok tubuh manusia bernama Ahmad Zahid Hamidi ini, beliau sempat menggegarkan dunia politik tanah air khususnya UMNO apabila beliau secara jantan menawarkan diri bersedia untuk mencabar kerusi Timbalan Presiden yang ketika itu bakal di duduki secara percuma oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin namun dari nasihat politik dari pelbagai pihak mengumumkan membatalkan niat tulus itu dengan pelbagai alasan yang tentunya munasabah dan masuk akal
Pertemuan selanjutnya aku berkunjung ke pejabatnya sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan.Kunjungan hormat dari seorang wartawan dari Kota Bharu ini diberi layanan yang sangat-sangat memuaskan. Aku disediakan teh o’ panas oleh PA beliau sewaktu menunggu diluar bilik dan dipanggil masuk setelah tetamu yang berada didalam bilik telah selesai urusannya
Sewaktu didalam bilik kami berbicara bebas dan dia bertanya aku tentang politik Kelantan dan aku menjelaskan tentang apa yang aku tahu. Apa yang aneh, beliau tahu masalah cas keting dan sindrom politik yang tidak ada ubatnya di negeri Kelantan
Dan terbaru aku berkesempatan menulis buku politik terbaru iaitu perebutan jawatan Naib Presiden UMNO yang berlangsung November tahun lepas dimana keputusannya 3 trio. Beliau, Shafie Afdal dan sepupu PM, Datuk Hishamudin menang dalam perebutan jawatan itu manakala Datuk Mukhriz kalah tipis kepada Datuk Hishamudin dengan lebihan 10 undi
Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kekalahan Mukhriz adalah kegagalan pengurus kempen disetiap negeri membuat pendekatan mencari undi dari perwakilan
Undi banyak yang diperolehi Mukhriz pada perebutan itu kerana adanya aura bapanya disebalik sosok tubuhnya yang sederhana itu
Laluan mukhriz untuk berada di salah satu kerusi bagi jawatan Naib Presiden UMNO tiga tahun lagi akan menjadi lebih sukar, kerana beliau harus berhadapan dengan Khairy Jamaludin yang pernah mengalahkan beliau dengan cara tidak berhemah sewaktu perebutan Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak lama dulu

DATUK NAZRI ABDUL AZIZ

Datuk Nazri Abdul Aziz memang barangkali sebuah nama besar dalam pentas dan dunia politik tanah air. Seorang manusia berjiwa besar yang merangkak dari dari bawah, aktif dalam pergerakan Pemuda UMNO Malayisa dan pernah menjawat jawatan Pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Namun begitu, beliau tidak pernah  bertanding untuk menduduki kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Berita sensasi yang pernah menggoncang dan menggegarkan politik dalaman UMNO apabila beliau dikatakan telah diperkudakan oleh DSAI untuk melakukan kritikan terhadap Presiden UMNO iaitu Datok Seri Mahathir Mohamed yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia
Kritikan itu dilihat sebagai ujian terhadap Mahathir Mohamed yang dibelakang layarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua Pemuda UMNO. Pada waktu itu, Datuk Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan menteri dalam negeri dikatakan tidak terbabit dalam ujian kekuatan dan pengaruh Anwar dalam UMNO.
Beliau bagaimanapun dilihat sebagai orang kanan DSAI kerana sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau mempunyai pengaruh besar dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pernah di ISA dan ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun, beliau dibawa pulang ke Bukit Aman kerana difahamkan untuk memberi maklumat pergerakan pemuda UMNO sabah mengenai DSAI dan Mahathir Mohamed
Berbalik kepada Nazri, aku mulai melihat lebih dekat tokoh ini di suatu pagi yang langit masih belum mahu kelabu di sekitar penghujung tahun 1991. Ahli Parlimen Parti S46 kawasan Machang,Shukri Mohamed (bekas ADO) perlu dicheck binnya telah membuat pengisytiharan keluar dari S46 dan menyertai UMNO dan menjadi Ahli Parlimen BN
Nazri pada ketika itu, di Hotel Perdana Kota Bharu hadir sebagai mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan tidak duduk dihadapan barisan sewaktu sidang media diadakan. Beliau Cuma berdiri bersama penyokong-penyokong UMNO lain yang hadir pada majlis itu
Aku melihat beliau dan membuat andaian  beliau mempunyai potensi dan masa depan yang cerah dalam karier politik dan ternyata ramalan ini tepat. Sehingga kini,beliau masih menjadi menteri dan berada dalam kabinet sejak zaman Mahathir, Pak Lah dan Najib
Keberanian dan kejantanan beliau terbukti kerana sanggup hadir dalam majlis anjuran PAS dan bersedia berdebat dan pemimpin-pemimpin PAS dalam isu-isu panas.Dan sehingga kedetik ini, tidak ada satu pun dari banyak menteri yang ada dalam barisan Kabinet yang sanggup turun ke padang untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin Pas
Cuma yang ada bekas orang kuat Kuli Sabery Chik yang kini Menteri Komunikasi,kebudayaan dan Kesenian sanggup berdebat dengan DSAI dan disiarkan secara langsung oleh RTM
Aku berkesempatan berinteraksi dengan beliau ketika beliau datang ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis di Hotel Square Point Jln Pengkalan Chepa dan membuat liputan berita ketika berucap di dalam majlis anjuran UMNO Bahagian Chepa. Pada waktu itu, beliau adalah ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datok Ariffin Hamid(kini sudah berada didalam sana)
Dan ketika beliau membuat lawatan Ke Narathiwat, Selatan Thai, aku juga turut membuat liputan berita mengenai kerjasama kerajaan Malaysia dengan Thailand. Dalam Majlis itu, selaku Menteri Pembangunan dan usahawan, Datok Nazri Aziz memberi peluang kepada belia islam diselatan thai untuk membuat latihan kemahiran dibawah program yang dianjurkan GIAT Mara
Bagaimanapun,ternampak jelas aspirasi DSAI ingin membuat testing terhadap Tun Mahathir apabila beliau menggunakan Nazri sebagai platform Pemuda UMNO mengkritik Tun Mahathir Mohamed, tapi kes itu diselesaikan dengan baik secara keluarga apabila DSAI berjumpa dengan Nazri dan kata mukjizat, kompromi, maaf terloncat keluar dari mulut manusia berbisa dan Mahathir Mohamed yang dikenali sebagai pemimpin tidak berdendam,menerima kata maaf dan kes itu ditutup dengan serta merta.
Tidak ada sambungan cerita oleh mana-mana media arus perdana dan secara politiknya, DSAI telah membuat kesalahan besar. Dosa politik yang besar apabila cuba mengusik harimau yang sedang tidur. Datok Seri Dr Mahathir sudah mengetahui kedudukan kerusinya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri,juga turut tergugat kerana pengaruh Anwarisme, begitu kuat mengalir dalam batang tubuh UMNO
Justeru, sesuatu harus dibuat untuk tidak membiarkan anak didik politiknya menderhaka dan sekali gus menendang keluar dari kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Point besar sudah diketemukan. Kes liwat suatu alasan kukuh dan cukup kuat untuk Mahathir Mohamed mengambil tindakan kejam (barangkali) menendang dan memecat DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri
Berbalik kepada manusia politik UMNO yang darah daging sudah membudaya dan mengalir dalam denyut nadi Nazri Abdul Aziz, beliau seorang menteri yang tahu apa yang beliau lakukan. Sewaktu datang menghadiri Majlis anjuran MRSM Pasir Tumbuh lapan tahun lalu, selepas membuat sidang media, aku menghulurkan slip result UPSR anak kawan sekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail yang kini juruukur dan mempunyai pejabat jurukur di Kuala Krai. Sr Azmi Mohd Noor yang berumur 52 tahun, anaknya mendapat 5A tapi tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM
Anak member saya, tidak dapat tempat diMRSM, minta tolong datok selesaikan masalah dia” kata aku padanya.
Beliau lantas mengambil slip result dan meneliti keputusan result lalu beliau mengambil pen dan menandatangai slip result berkenaan dan memberikan kepada pengawainya. Aku kemudian mengucapkan terima kasih dan bersalam dengannya sebelum beliau beredar.  Selepas itu, dimaklumkan anak kawan aku itu telah mendapat tempat di MRSM Besut,Terengganu dan kini telah tamat pengajian di UITM  Shah Alam dalam bidang Korporat Management dan telah bekerja di sektor swasta di Kuala Lumpur.
Aku kira tidak ada menteri kabinet yang ada hari ini yang dapat melakukan apa yang dilakukan manusia bernama Nazri Abdul Aziz yang memberikan pertolongan segera dan menyelesaikan masalah rakyat dengan sekelip mata

DATUK SERI RAIS YATIM 

Teringat aku kepada suatu peristiwa aneh dan barangkali melucukan ketika membuat liputan berita berita yang dhadiri Menteri Kesenian,Kebudayaan dan Komunikasi,Datuk Seri Rais Yatim yang bertempat di Hotel Renaissanse Kota Bharu. Beliau pada hari itu merasmikan majlis “Pemikiran Sultan Ismail Petra”(Ismail Petra Thought)
Hadirin yang hadir para hari itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk tenaga pengajar dari IPTA dan IPTS tempatan dan majlis itu diadakan di dewan Tingkat enam Hotel Renaissance. Sultan Ismail Petra Ibn Sultan Yahya Petra bersama Tengku Anis Tengku Hamid juga turut hadir dalam majlis yang penuh dengan golongan intelektual yang ingin mengetahui “isi dan pemikiran” Sultan Ismail Petra.
Kebanyakan pada hadirin yang hadir pada hari itu memberi perhatian dan tumpuan terhadap beliau. Dalam majlis itu, beliau memberi penjelasan dan penerangan mengenai “Pemikiran Ismail” dan berdasarkan reaksi yang di perolehi dari antara yang hadir memahami dan mengerti akan jalinan,ideas dan pemikiran Sultan Ismail dalam konteks pembangunan ummah dan pembangunan modal ihsan.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan benang konklusi, tamadun, martabat bangsa melayu yang sudah tumbuh beribu-ribu tahun dapat diteruskan kesinambungannya dengan “bangsa melayu” yang ada hari ini berusaha keras menjadikan golongan melayu pada hari ini manusia berilmu dan sentiasa berusaha mencari gali ilmu.
Mencari gali ilmu dalam konteks ini ialah bangsa melayu perlu berusaha menjadi ilmuan yang tidak pernah letih dan jemu untuk mencari ilmu sebanyak mungkin (dalam pelbagai disiplin ilmu) bagi memastikan kelangsungan dan kewujuduan masyarakat berilmu dirantau ini perlu di pertahankan.Lebih jauh dari itu dalam skala jangka waktu yang panjang, masyarakat berilmu akan dihormati dan disegani masyarkat antarabangsa
Selepas majlis perasmian, seperti biasanya Sultan bersama isteri akan berangkat meninggalkan majlis dan Datuk Seri Rais Yatim, selaku Menteri akan mengiringi baginda.Yang menarik,Datuk Seri Rais Yatim selepas mengiringi baginda, beliau harus terus ke airport Pengkalan Chepa bersama isterinya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Selepas tuanku melambaikan tangan, saya terus mengajukan mikrofon kepada Datuk Seri Rais Yatim dan beliau memberi respon terhadap majlis itu. Pada malam itu, Buletin Utama menyiarkan berita itu tapi yang menyedihkan visual isteri Datuk Seri Rais tidak berada dalam keadaan baik (masam muka) kerana dengan acara mewawancara itu melambatkan masa mereka untuk ke airport Pengkalan Chepa


BEKAS.KETUA POLIS NEGARA, TAN SERI RAHIM NOOR

Masyarakat di Negara kita sebelum  ini tiba-tiba di kejutkan dengan berita sensasi,sedih dan pilu (barangkali) apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas ketua polis Negara Tan Seri Rahim Noor dan memerintahkan beliau di masukkan kedalam penjara selama dua bulan dan perlu membayar denda sebanyak RM2,000 kerana kesalahan melebamkkan mata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu ditahan dalam lokap no 6 Bukit Aman, jam 10.45 malam pada 20 September 1998
Menurut fakta kes, DSAI dipukul dengan penumbuk dalam keadaan mata tertutup dan tangan bergari. Kejadian itu berlaku kerana DSAI mengeluarkan kata-kata kesat kepada Tan Seri Rahim Noor yang menyebabkan beliau tidak dapat mengawal perasaan amarah lalu menghayunkan “penumpuk jantan” kepada DSAI
Berikutan kejadian itu, Tun Mahathir Mohamed yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu juga tidak selesa dengan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh bekas ketua polis itu. Akibat dari itu, menyebabkan gambar DSAI bertebaran meluas dan ianyamenimbulkan simpati masyarakat khususnya kepada penggundi dan selepas itu pada pilihanraya 1999, BN mengalami kemenangan kerusi yang tidak banyak di parlimen berbanding dengan PRU sebelumnya.
Faktor ini juga mendorong (barangkali) Tun Mahahtir Mohamed melepaskan kerusi empuk kepada Pak Lah yang menurut perhitungan dan perkiraan akan menjadi orang harapan dan meskipun beliau berada di belakang layar tapi realiti berlaku sebaliknya
Berbalik kepada kes ketua polis Negara yang terpaksa berada didalam penjara selama dua bulan dan ianya merupakan satu sejarah dalam dunia kepolisian Negara kita sejak Negara mencapai kemerdekaan dari British. Seorang bekas ketua polis dihumban kedalam penjara kerana kesalahan memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Apakah sebenarnya yang Mahkamah ingin sampaikan mesej kepada rakyat 1 malaysia ? Yang jelas suara ini mudah difahami dan dimengertikan bahawa mahkamah adalah suatu institusi keadilan yang tidak boleh dan dicampur tangan oleh tangan-tangan ghaib manusia yang bergelar ahli politik.
Sebelum ini, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara oleh Yang di Pertuan Agung semasa zaman Tun Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 1988, bermulanya kes campur tangan pemimpin politik dalam bidang kehakiman dan perundangan Negara.
Aku sewaktu itu bertugas di akhbar watan masih ingat, golongan peguam yang sudah menjadi kebiasaan mereka memakai baju tangan putih dan meletakkan secepis kain hitam di atas baju bahu mereka tanda golongan peguam bergabung seoalah-olah merayakan pesta kematian. Institusi perundangan dan kehakiman Negara telah diceroboh oleh tangan-tangan berkuku besi, manusia politik
Bermula dari titik itu, banyak kes-kes yang membabitkan kerajaan dengan pihak pembangkang dimenangi oleh kerajaan dan secara disedari atau tidak. Imej mahkamah sebagai sebuah institusi keadilan tiba-tiba tercemar malah dalam kalangan rakyat sudah ada desas-desus mengatakan “mahkamah adalah milik kerajaan”, hakim-hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan kerajaan sudah tidak lagi berada di garisan tengah. Mereka dikatakan akan prejudis dalam membuat keputusan
Lalu timbul, anggapan rakyat sudah “hilang kepercayaan kepada Mahkamah” tetapi keadaan itu berlaku sebaliknya, apabila Tun Mahatir Mohamed mula melepaskan kerusi empuk Perdana Menteri Malaysia. Apabila Pak Lah menduduki kerusi Perdana Menteri, banyak kes-kes “high profile” khususnya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimenangi dan berpihak kepada DSAI
Pembebasan DSAI dari penjara berlaku pada zaman Pak Lah memegang kuasa politik. DSAI yang sepatutnya menjalani hukuman penjara selama 9 tahun di pendekkan masanya. Keadaan ini sama sekali tidak menyenangkan Tun Mahathir Mohamed dan ia juga menjadi  faktor penting kenapa hubungan Pak Lah dengan Mahathir sudah tidak akrab menjadi “semakin tidak akrab”
Berbalik kepada kes bekas ketua polis Negara, ianya berlaku dalam zaman dan pemerintahan Perdana Menteri ke enam, Datok Seri Mohmad Najib yang melaungkan slogan “transformasi politik diseantero Negara”
Transformasi ini mengabungkan semua bidang termasuk politik, pendidikan, social, kesenian dan kebudayaan, falsafah, pemikiran dan dalaman UMNO itu sendiri, ianya dilihat bukan sekadar retorik politik tapi  telah diterjemahkan kedalam alam realiti.
Dan kes ini juga dilihat sebagai salah satu dari transformasi yang didengung dan diinginkan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Mohd Najib Razak
Dengan lain perkataan secara disedari atau tidak, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak pernah campur tangan dalam kes bekas ketua polis Negara ini dan menyerahkan kuasa kepada pihak hakim untuk membuat keputusan
Kalau dalam bahasa Kelantan, Datuk Seri Mohd Najib Razak “tidak mengarung” (mengharungi) air ke dalam sawah padi orang lain dan beliau dilihat bijak dan mengetahui serta memahami kod etika dan bidang tugas sebagai seorang Perdana Menteri
Pengalaman aku membuat liputan berita Ketua Polis Negara Tan Seri Rahim Noor, berlaku ketika beliau datang ke IPK Kelantan suatu ketika dulu
Beliau pada waktu itu beliau sedang mengadakan mesyuarat dengan pengawai tinggi polis didalam bilik mesyuarat IPK Kelantan.
Pihak media hanya bersedia di keluar menunggu dan menanti beliau untuk membuat sidang media selepas mesyuarat.
Dalam pada itu, pihak media di hidangkan dengan jamuan tea dan kuih mueh. Aku pada waktu bersama wartawan utusan Malaysia, Wan Zulkifli Wan Yakob yang kini bertugas sebagai ketua Biro UM di Terengganu duduk di satu meja menikmati minuman yang disediakan sambil menghisap rokok
Habuk (asbak) rokok itu hanya kami jentik dan letakkan diatas piring, bersebelahan cawan kopi kami.Tiba-tiba aku terperanjat didatangi anggota polis dari belakang. Aku fikir beliau ingin menegur atau melarang kami dari meneruskan aktiviti merokok, sebaliknya beliau menghulurkan “bekas menyimpan habuk rokok”. Lalu aku mengucapkan terima kasih dan kami menyambung semula perbicaan kami dan meneruskan aktviti merokok.
Lagi berbalik kepada kes Ketua Polis Negara, ramai yang memberi tanggapan dan reaksi yang tentunya berbezaa. Ada yang memuji namun begitu ada yang marah dan banyak lagi reaksi dari akar umbi.
Apapun, tindakan beliau yang mengaku bersalah patut di puji kerana jika kes ini dibicarakan ia akan membabitkan 24 saksi dan tak tahu berapa lama kes ini dapat diselesaikan. Pemimpin yang ada harga diri adalah pemimpin yang berani mengaku salah dan minta maaf.
Hari ini ramai pemimpin politik, baik UMNO,PAS,PKR dan DAP yang telah berbuat salah tapi enggan mengaku salah dan minta maaf. Apakah mereka-mereka ini tidak punya harga diri ? atau bagaimana ? atau apabila sudah berada di alam sana, baru mereka ingin mengaku kesalahan mereka tapi pada waktu itu, sudah terlewat yang ada pada waktu “hawiah dan jannah”. Takuttakut kalau bertemu dengan  “hawiah” wama adro kama hiah. Tahukah kamu apa itu hawiah? Naarun hawiah iaitu api yang sangat panas
Petikan ini sepatutnya dibaca selepas aktiviti merokok tetapi berlaku kesilapan menaip. Namun, kalian semua sudah berada dalam dunia kreativi aku maka teruskan membaca. Selang beberapa minit, Tan Seri Rahim Noor keluar dari Bilik Mesyuarat dan aku bangun dari tempat menuju kearah beliau bersama wartawan-wartawan lain. Aku masih ingat sebelum bercakap dengan pihak media, beliau meminta gula-gula jenama hacks dari pegawai polis yang berada disebelahnya bagi (barangkali) untuk mengelak bau yang tidak menyenangkan ketika berhadapan degan pihak media
Wawancara itu dilakukan secara berdiri dimana pihak media menggerumi beliau dan menghulurkan mikrofon. Beliau terus bercakap dan menjawab soalan yang dikemukan oleh pihak media.Wawancara itu dilakukan secara berdiri dan tidak sebagaimana kebiasaanya pada hari itu kerana beliau ada hal lain untuk diuruskan.
Hasil wawancara itu disiarkan Bulettin Utama TV3 tentang isu yang beliau bicarakan pada hari itu, perkara itu berlaku kira 15 tahun lalu. Sesungguh manusia, dalam bahasa arab disebut nash (manusia) yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu maknanya “lupa”. Tapi anehnya Tun Mahathir Mohamed yang kini berusia 88 tahun masih (barangkali) tidak lupa dan tidak akan lupa kerana beliau dikatakan mempunyai ingatan yang kuat.

BEKAS.TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN

Mengenai cerita Tan Seri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri Malaysia tidak banyak yang dapat aku ceritakan kerana setiap kali, melakukan lawatan ke Kelantan, aku hanya membuat liputan dan membuat cerita apabila selesai sidang media diadakan
Kebiasaanya, Tan Seri Muhyiddin Yassin, menjawap apa jua soalan yang dibangkitkan pihak media, khususnya mengenai isu-isu terbaru dan tidak menolak untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Ada suatu hal yang menarik dan sampai saat dan detik ini, masih berligar dalam pemikiran aku apabila dalam satu sidang media, seorang wartawan memberitahu beliau, mengenai kenyataan menteri besar Kelantan, selaku mursidul am PAS, PAS keberatan untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO dan seterusnya menyertai BN dengan alasan “takut pisang berbuah dua kali”, takut PAS ditendang keluar dari komponen BN pada tahun 1978 namun  setelah menyertai BN pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Malayisa ke 2, Tun Abdul Razak.
Beliau dengan nada serius dan jujur, menjelaskan PAS perlu membuang yang keruh dan mengambil yang jernih untuk menyatupadukan penyatuan umat Islam di Negara ini.
Lagipun katanya pemerintahan BN pada hari ini berbeza dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada waktu “krisis politik” dalaman antara PAS dan UMNO berlaku pada waktu pimpinan BN pada zaman itu tidak sama dengan pimpinan BN pada hari  ini
Katanya, jika pimpinan PAS hari ini, masih mengungkit “peristiwa lama”, persoalan penyatuan ummah, umat Islam,khususnya bangsa melayu di Negara ini mustahil akan dapat dicapai
Untuk itu katanya,pimpinan PAS hari ini perlu menggunakan pendekatan memaafkan dan melupakan serta memulakan hidup baru.
PAS katanya perlu membuka pintu muzakarah dan tidak perlu mengenakan apa-apa syarat, yang penting katanya adakan muzakarah berbincang dan hasil perbincangan akan dijadikan hala tuju bagi kepentingan muzakarah pada masa-masa hadapan
Bayangkan,apa akan jadi pada landskap politik Negara dan umat Islam di Negara ini jika PAS bergabung dan menyertai BN pada masa kini ? Bukankah jumlah kerusi BN 133 dicampur dengan 18 kerusi PAS di Parlimen akan menjadikan jumlah keseluruhan kerusi BN di Parlimen berjumlah 151. Bukankah ini bermakna jumlah kerusi BN di Parlimen menjadi bertambah kuat dan BN dapat memerintah dengan majoriti dua pertiga.
Bukankah ini bermakna penyatuan bangsa melayu sudah dapat diwujudkan.
Itu cerita dulu, itu cerita sewaktu Tan Seri Muhyiddin berada dalam kabinet tapi kini beliaun sudah berada dialiran kiri, menubuhkan parti bersatu bersama Tun Mahathir Mohamed, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak
Untuk meranapkan karier politik Najib bermakna mereka harus “menjatuh dan meruntuhkan kerajaan BN yang sedia ada” dan ini memang memerlukan masa yang panjang, munkin 50 atau 100 tahun, barulah realitas politik itu terjadi
Dalam perkembangan ini Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin Yassin,tersilap besar apabila melihat melihat “politik malaysia” bersamaan dengan “politik” di negara Thailand, Indonesia dan Filipina
Diketiga tiga negara itu, jumlajh penduduk melebehi 100 juta manakala di negera kita Cuma 30 juta
Dinegara itu jumlah golongan miskin, angka golongan miskin,jobless amat tinggi,jika diminta berdemonstrasi beramai ramai, ramaiakan keluar kejalan raya manakala di negara kita dengan kapasiiti penduuduk 30 juta dan “middle class society”, golongan menengah yang bekerja, sukar untuk ikut serta demonstrasi jalanan
Lalu sebagai menarik benang kesimpulan parti Bersatu, tidak mempunyai pengaruh dan ancaman besar kepada BN berbanding dengan PAS,PKR dan DAP
Dan di Parlimen Paloh sendiri,Tan Seri Muhyiddin akan “kalah” dengan teruk dalam PRU ke14 nanti kerana penggundi dikawasa itu sudah matang membuat pilihan


KETUA HAKIM NEGARA
TAN SERI ARRIFIN ZAKARIA
Aku mulai mengenal manusia ini  bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, ketika membuat laporan berita kes-kes yang dibicarakan diMahkamah Tinggi termasuk kes-kes jenayah dan kes 39B yang membabitkan kes-kes pengedaran dadah
Kelantan sebagai negeri yang berjiran dengan Thailand, di Pekan Sungai Golok dan Tak Bai yang dikatakan tempat laluan “dadah"  dimana ia diseludupkan masuk ke negara ini menyebabkan banyak kes-kes-kes dadah khususnya 39B dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.
Dan diantara sekian banyak Mahkamah Tinggi yang ada di Negara ini, Mahkamah Tinggi di Kota Bharu dikatakan paling banyak membicarakan kes-kes 39B
Meskipun sudah ramai pengedar dadah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dan di hantar ke alam sana dengan tali gantung tapi kegiatan menyeludup dadah masih berterusan
Realii ini, seolah memberi gambaran kepada kita golongan pengedar dadah tidak takut untuk mati dan bersedia untuk menanggung risiko dengan  sebuah penantian dan kematiaan berbanding dengan kita yang tidak mengedar dadah. Ramai yang takut dan tidak bersedia untuk “mati seketika” dan hidup semula untuk menempuh proses perbicaraan di hadapan Yang Maha Esa.
Dan berdasarkan pengamatan aku(maaf, pengamatan yang tidak selalu cermat ini), sewaktu bertugas sebagai Mahkamah Tinggi Kota Bharu, beliau juga pernah menghantar pengedar dadah ke tali gamtung kerana sabit dengan kesalahan mengedar dadah.
Sewaktu membuat liputan berita dimahkamah, aku tidak berkesempatan bertemu dan berbicara dengan beliau kerana aku hanya mengambil maklumat butiran penghukuman dan terus pulang ke pejabat untuk membuat berita.
Tan Seri Ariiffin Zakaria ini sebenarnya “orang kampung aku”. Beliau dilahirkan di Gual Periuk Periuk. Bapanya hanya seorang penoreh getah namun disebabkan kecemerlangan akedemik, beliau mendapat tawaran belajar kesekolah asrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) dan tidak pernah ada dalam sejarah orang kampung aku berpeluang belajar ke sekolah asrama penuh pada waktu itu kecuali Mejar Bersara,Razali dan seorang lagi kawan aku Mokthar Hamid,52 kini jutawan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berprestij itu
Aku berpeluang berkenalan dan berbicara dengan lebih dekat dengan beliau ketika membuat liputan berita, persidangan dan mesyuarat Hakim-Hakim seluruh Malaysia yang ke46 di Hotel Renaisance,Kota Bharu pada awal tahun lalu. Aku maklumkan oleh wartawan terkemuka The New Straits Time Kota Bharu, Sulaiman Jaafar tidak ada berita hari itu kerana tidak ada sidang media. Beliau dimaklumkan semenjak 46 tahun lalu, Ketua Hakim Negara, membuat sidang media selepas merasmikan mesyuarat Hakim-Hakim seluruh Negara. Justeru itu Sulaiman Jaafar yang dikenali dengan panggilan Wak Leman dikalangan media di Kelantan menggeleng kepala kesal kerana tidak dapat membuat berita, lagipun persidangan itu dilakukan secara tertutup dan pihak media tidak dibenarkan masuk
Aku berkata tak apa "Just wait and see”. Aku sudah tahu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Apandi Ali merangkap kawan aku juga yang telah berada didalam sana . Sebelum berkhidmat sebagai hakim dimahkamah tinggi, beliau merupakan seorang peguam terkenal di Kota Bharu dan juga merangkap Penasihat Unndang-Undang kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Aku kerap menemuramah beliaubersama kameraman, Hanapi Mat. Apabila timbul isu-isu yang membabitkan undang-undang dan berhubungkait dengan UMNO Kelantan. Malah beliau seringkali keluar didalam Buletin Utama,TV 3. Apabila tiba waktu rehat,aku mencari Datok Apandi Ali, beliau sangat gembira  kerana dah bertahun tak jumpa dan aku memaklumkan kepada beliau masalah media dan minta dia buat penyusunan agar Ketua Hakim Negara buat sidang media. “OK, kawe bawa demo jumpa Tan Seri Arifin Zakaria,” katanya. Aku terus berjalan bersama beliau menuju kearah Tan Seri Ariffin yang pada waktu itu sedang bercakap dengan salah seorang dari hakim."Tan Sri, kenalkan ini kawan saya,Nik Mahadi Nik Hassan,dari TV3, beliau banyak membuat cerita saya sewaktu saya menjawat jawatan Penasihat Undang-Undang Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Beliau dan rakannya ingin mewawancara Tan Seri,” katanya. Aku terus melangkah kehadapan dan menghulur tangan dan bersalaman dengan beliau. “You nak tanya isu apa,” tanyanya pada aku." It’s just a general statement, pasal mesyuarat ni atau ada apa-apa isu menarik,” kata aku padanya. Lalu beliau menjawab OK.
Aku kemudian berundur dan memaklumkan kepada rakan-rakan media, jurukamera dari TV3, Nik Zaidi Abu Bakar,Astro, RTM dan jurukamera TV-Alhijrah,Chia Chee Lin untuk membuat persedian kerana Tan Seri bersedia berjumpa dengan pihak media. Apabila berita ini dimaklumkan kepada Sulaiman Jaafar, beliau tidak percaya dengan kata-kata saya “Betul ke ni Mahadi?” katanya kepada kawan aku yang berada bersamanya
Setelah mikrofon telah diletak diatas meja, jurukamera sudah bersedia, Datok Apandi Ali kemudian memaklumkan kepada Tan Seri dan beliau pun berjalan masuk kedalam bilik dimana sidang media akan diadakan.
Setelah mengambil tempat duduk, beliau memberitahu beliau tak biasa dengan keadaan ini. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan pihak media.
“Nervous sikit,” katanya pada aku.Aku kemudian menanyakan soalan tentang mesyuarat hari ini, beliau menjawab dengan tenang dan selepas itu bermacam-macam soalan yang dikemukakan termasuk dakwaan yang mengatakan “mahkamah alat kerajaan dan hanya menurut kata  pemimpin-pemimpin politik”.
Beliau dengan tenang dan menjelaskan bidang kehakiman mempunyai kuasa mutlak dan berdiri diatas bidang kuasa yang diberikan manakala politik pula mempunyai bidang kuasa dalam skop pentadbiran. Masing-masing pihak mempunyai kuasa masing-masing dan kuasa masing-masing terpisah namun berada di tahap yang sama. Lalu tidak timbul persoalan bahawa pemimpin politik boleh mencampuri urusan perundangan dan kehakimanKatanya, ini terbukti banyak kes-kes yang membabitkan parti pembankang dimenangi oleh pihak pembangkang
Keesokan harinya, keluar berita didada-dada akhbar seperti Berita Harian,Utusan Malaysia, The New Straits Times bahawa Mahkamah sangat telus dan tidak dicampuri pemimpin-pemimpin politik. Pada sebelah malamnya berita ini tersiar di TV3,TV Al-Hijrah,Astro dan RTM

PENGUAM NEGARA,TAN SERI APANDI ALI  : NO HANKY PANKY PLEASE

Sewaktu beliau mempunyai firma guaman di Kota Bharu dengan nama Apandi Ali and Co, aku kerap membuat liputan berita di mahkamah dan membuat cerita terhadap kes-kes yang dibawanya. Banyak kes yang dibawanya menang dan ada juga kes yang dibawanya kalah. Keadaan ini sama dengan permainan bola, sehebat manapun pasukan bola sepak Brazil pada hari ini, mereka juga pernah kalah. Sama dengan kehidupan ini,kita seolah-olah bermain bola bila menang, kita akan gembira namun apabila kalah kita akan sedih. Namun begitu, apabila tiba hari esok kita akan meneruskan permainan kehidupan dan begitulah selanjutnya. Seterusnya berbalik kepada cerita Datok Apandi Ali, beliau seorang peguam yang mempunyai PRO serta mempunyai hubungan masyarakat yang tinggi. Malah ramai kalangan polis mahkamah memuji beliau kerana tabiatnya yang suka membelanja orang makan dan kadang-kadang satu kantin tidak kira berapa meja yang terlibat, beliau akan bayar.
Sikapnya yang peramah dan suka berintekrasi dengan segenap lapisan masyarakat menyebabkan beliau digelar seorang peguam yang tidak sombong. Ini adalah kerana ciri-ciri  kampung masih melekat pada dirinya. Dilahirkan di Kampung Manek Urai, Kuala Krai dan membesar dalam kehidupan kampung menyebabkan beliau mengerti dan tahu akan makna dimana langit dijunjung disitu bumi dipijak.
Setelah banyak tahun tidak berjumpa dan sewaktu aku membelek diari lama, aku menjumpai nombornya yang masih aku simpan lalu aku terus menelefonnya. Beliau dengan nada ceria dan gembira mendengar suara kawan lama malah beliau berpesan jika ada masa dan datang ke Kuala Lumpur cepat-cepat menelefon beliau dan boleh menikmati teh tarik bersama.
Itulah Datok Apand Ali, seorang hakim yang tidak terlalu salah jika dikatakan manusia yang mudah. Namun, disebalik itu tercipta pengalaman pedih, memilu dan melucukan. Pada waktu itu beliau menjadi peguam kepada seorang doctor china di HUSM yang didakwa meraba payu dara pesakit sewatu membuat rawatan. Aku ditugaskan oleh Bilik Berita TV3 untuk membuat liputan tentang berita tersebut.
Jurukamera Mohd Zaki Mahmood yang kini wakil TV9 Kelantan sedang bersedia diluar mahkamah untuk merakam visual doktor berkenaan. Namun, dengan tiba-tiba doktor itu keluar dan berlari kearah kereta. Kesan dari itu, jurukamera tidak sempat merakam visual doktor berkenaan. Akibatnya, pada hari tersebut, tidak ada berita mahkamah. Selepas itu aku berjumpa dengan Datok Apandi Ali dan menceritakan keseluruhan insiden yang baru berlaku itu .Beliau dengan nada yang tinggi, tertawa dan berbisik kepada aku bahawa beliau yang menyuruh doktor itu berlari agar jurugambar tidak sempat merakam visualnya
Aku kira Datok Apandi Ali masih ingat dan tidak melupakan peristiwa manis ini dan pahit bagi jurukameraMohd Zaki Mahmood yang tentunya tidak sempat merakam aksi doktor.  Doktor tersebut diikat jamin keluar dari Mahkamah dengan aksi berlari sepantas kilat.
Hubungan aku dengan beliau bertambah baik apabila aku kerap menelefon dan mewawancara beliau untuk dimuat dalam berita khususnya dalam Buletin Utama. Keadaan ini berlaku apabila timbul isu yang membabitkan terma undang-undang dan perselisihan faham antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.Aku mewawancara beliau kerana beliau adalah Peguam yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Justeru itu, apabila timbul isu yang membabitkan “undang-undang” beliaulah tempat menjadi rujukan para pemimpin politik UMNO dan pihak media di Kelantan.
Beliau telah memaklumkan kepada aku secara persendirian, barangkali maksud beliau meskipun dilantik menjadi peguambadan perhubungan UMNO Kelantan tetapi beliau tidak menerima surat perlantikan secara rasmi oleh badan perhubunganUMNO Kelantan. Mungkin maksud beliau pada ketika itu, surat perlantikan belum ada dan mungkin selepas ini baru ada.

DATO’ ANIZAM ABDUL RAHMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA KEBUDAYAAN, PELANCONGAN DAN WARISAN
Aku mengenali lebih dekat dengan ADUN Kemahang ini sewaktu membuat liputan berita mengenai perasmian Loji Air di Kampung Puteh, Kota Bharu tidak lama dulu. Selepas majlis itu, aku terus mewawancara beliau dan hasil liputan berita itu disiarkan dalam berita Buletin Pagi, TV3 pada keesokan harinya.
Beliau  pada mulanya kelihatan gugup kerana pertama kali ditemuramah oleh wartawan TV3. Mungkin beliau tidak menyangka fungsinya yang mewakili kerajaan pembangkang turut mendapat liputan berita dari pihak TV3 yang sebelum ini mendapat pandangan serong kerana menyiarkan berita-berita politik yang negative terhadap kerajaan pembangkang dinegeri Kelantan.Selepas itu, hubungan kami menjadi semakin akrab dan setiap kali bertemu pada Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri, aku akan bersalam dengan beliau. Kalau tidak berkesempatan berbuat demikian, aku akan melontarkan senyuman dan beliau memberikan respon yang baik
Sebagai pemimpin veteran Pas, yang banyak kali menang dan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Kemahang, Tanah Merah dan dilantik menjadi ahlli exco kerajaan negeri beliau seorang pemimpin PAS yang tidak berkontroversi. Dan sebagai pemimpin dan ahli exco Pas, ber portfolio menjaga “air” dinegeri Kelantan, beliau sering mendapat liputan berita negatif mengenai masalah air di Kelantan. Namun begitu, beliau sentiasa kelihatan tenang walaupun sering dikritik dengan pihak media berikutan kegagalannya di Air Kelantan Sdn Bhd mengatasi masalah dan kemelut air di negeri ini
Lebih menyedihkan apabila isu air di negeri ini mulai dipolitikkan oelh pihak tertentu yang ingin mendapat kepentingan politik.
Dalam salah satu sidang media yang diadakan di pejabat Pengurus Besar Air Kelantan Snd.Bhd, beliau agak emosionalapabila berhadapan dengan pihak media Kelantan untuk menjawab  soalan provokasi yang dikemukakan.Ketika ditanya mengenai sikap media perdana dan media arus perdana mengenai laporan air itu, beliau menjelaskan kebanyakkan laporan yang disiarkan seolah-olah mempunyai agenda tertentu untuk mencemarkan nama kerajaan negeri. Malah, apa yang beliau ucapkan telah diputarbelitkan oleh pihak media yang menyebabkan beliau menjadi kurang selesa dan tidak senang untuk berhadapan dengan pihak media di negeri ini
Katanya, kalau pihak media arus perdana bersikap lebih professional dan melaporkan apa yang sebenarnya berlaku, beliau tidak kisah untuk berhadapan dengan golongan itu.
Kini, beliau telah bertukar portfolio. Beliau kini dilantik sebagai PengerusiJawatankuasa Pelancogan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan pelancongan di negeri ini
Ketika ditemui dipejabatnya, beliau meluahkan apa yang terpendam didalam lubuk hatinya yang terdalam mengenai sikap kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri
Beliau kini memegang jawatan Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan melahirkan rasa terkilan terhadap Menteri Pelancongan, Datok Nazri Aziz yang didakwa tidak banyak membantu kerajaan negeri dalam membangunankan industri pelancongan di negeri Kelantan. Beliau mendakwa kerajaan negeri menerima peruntukan RM1juta dalam satu tahun untuk membangunakan industri pelancongan di negeri ini
Katanya jumlah yang diperuntukan itu kecil berbanding dengan peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Justeru beliau meminta jasa baik Datok Nazri Aziz agar menyemak semula keputusan  dan dasar yang lapuk sebaliknya memberikan peruntukan yang sama rata kepada kerajaan PAS Kelantan, sama dengan negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan BN.

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO DATOK MUSTAPHA MOHAMED
Barangkali tidak ramai dikalangan penikmat dan pencandu politik negeri kelantan, khususnya ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO di 14 Bahagian UMNO tidak mengetahui “rahsia kehebatan”Datok Pa bermain politik
Malah tidak ada satu pun diantara Ketua Bahagian UMNO dan Ketua Pemuda UMNO mengikut jejaklangkah datok pa dan menjadikan apa yang dilakukan sebagai rutin kehidupan harian mereka
Tokpa di Jeli, sering melakukan solat subuh secara berjemaah. Malah tidak ada surau dan madrasah serta masjid di parlimen Jeli yang tidak didatangi dan tidak “disolat subuhkan” oleh Tok Pa.
Malah., pakcik tua,m orang kampun berusian 70 tahun lebih terkejut besar dan merasa bangga surau dan madrasah mereka yang terletak di pelusuk negeri di datangi menteri pada pagi pagi buta untuk solat berjemaah bersama rakyat
Kehebatan ini merupakan rahsia politik datok pa menawan dan memenangi hati rakyat, khususnya penggungi dikawasan parlimen Jeli
Jika pemimpim Pas melaung dan berteriak memperjuangkan Islam Datuk Pa dengan mudah dengan simple menepis dakwaan itu dengan mengatakan UMNO juga turut memperjuangkan Islam malah jasa bakti UMNO terhadap perkembangan dan pembangunan Islam dan Ihsan rakyat negara ini jauh lebih besar dengan apa yang telah dilakukan parti PAS

Dari segi relegious.Tok Pa juga seorang pemimpim yang boleh diletakkan sebaris dengan pemimpim PAS diperingkat bahagian atau cawangan

Berdasarkan pengalam aku sebagai wakil TV3 dan kerap membuat berita-berita tok pa di parlimen Jeli sejak tahun 1996 sehingga sekarang  “dosa politik” yang barangkali yang telah dilakukan “secara tidak sengaja”(antara sengaja dan tidak sengaja tidak ada batasmya) beliau “memohon maaf kepada kerajaan negeri dan seluruh rakyat kelantan” dalam persidangan dewan undangan negeri “ belum lama ini yang mendedahkan “beliaulah orang bertanggungjawab” menyekat pelabur asing, pelaburluar  negera datang melabur ke kelantan
Pengakuan tulus dan jujur itu bagaimana pun mendapat reaksi berbeda
Bagi ahli dewan undangan negeri Kok Lanas pada waktu itu,Datuk Seri Annuar Musa(Kini Tan Seri) tindakan datok pa berbuat demikian dilihat “childish” dan ianya tidak patut mendedahkan pengakuan itu dalam persidangan dewan undangan negeri kerana ia turut menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional
Mengenai hubungan aku dengan Tokpa, ianya berjalan baik seperti biasa.Kadang-kadang bila ada hal penting mengenai liputan berita, aku talipon direct handphone dia, dia angkat dan kita berbicara
Jika beliau sedang meeting dia tidak angkat talipon dan selepas itu dia akan talipon balik dan bertanya kenapa aku menalipon dia

TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN, DATOK AHMAD JAZLAN YAACOB

Aku sudah lama mengenali beliau pada pertengahan tahun1990 sewaktu beliau aktif dalam UMNO Bahagian Machang.Dia seorang yang peramah, friendly dan disukai pihak media di negeri kelantan
Aku kerap juga membuat liputan berita untuk TV3 apabila beliau memberikan sumbangan kepada golongan bawahan, golongan miskim diparlimen Machang.
Dan sewaktu aktif dengan KAFA aku juga pernah mewawan cara untuk “berita sukan” TV3 yang bossnya adalah Abu Bakar Atan
Dan dengan perlantikan sebagai Timbalan Menteri, orang no 2,Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau mendapat liputan berita yang meluas berbanding dengan sebelumnya
Dalam PRU 13 belum lama ini, beliau menang dengan lebihan majoriti 800, menewaskan calon PKR Wan Zawawi Wan Abdullah, kini CEO Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, satu kemenangan tipis yang tidak patut dibanggakan
Kemenangan itu dilihat sebagai “political games” kerana ketiga-tiga kerusi DUN yang di pertandingkan termasuk di Kemuning, Pulai Chondong dan Temangan, kerusi BN kalah kepada calon PAS tapi “kerusi Parlimen Machang” dimenangi oleh calon B-N
Ini dilihat sebagai suatu hal yang aneh,tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi calon PAS manakala kerusi Parlimen Machang di menangi calon B-N
Ada pendapat politik mengatkan disinilah terletak kehebatan da keistimewaan Datok Jazlan bermain politik
Menurut seorang tokoh politik veteran,80an, enggan didedahkan pengenalan diri, kerusi parlimen machang sering berubah dan bertukar tangan.ahli parlimen machang,tidak kira samada dari kerajaan atau pembangkang Cuma diberi “mandat” selama satu penggal,selepas rakyat machang akan memilih ahli parlimen,yang baru dan yang lain
Kalau mengikut sejarah dan trend politik,mood penggundi di parlimen machang dalam PRU 14 nanti, Datok Jazlan akan menemukan “kekalahan” tapi berdasarkan gerak kerja, prest kerja Datok Jazlan dilihat mamu membuat kejutan besar dan akan menang untuk kedua kali bagi parlimen Machang
Tapi berdasarkan kajian rambang yang dilakukan terdapat beberapa orang kuat UMNO diPulau Chondong telah menyertai parti bersatu,pimpinan Tan Seri Muhyiddin Yassin dan juga dibandar machang ada juga segelintir ahli UMNO yang menyokong parti baru itu
Selain berhadapan dengan masalah itu,Datok Jazlan juga mesti bijak menanggani penggundi “silence killer”
Apapun PRU 14 nanti akan melihat Datok Jazlan “bersilat dengan bunga silat” yang baru bagi memastikan kerusi Parlimen Machang akan terus menjadi miliknya untuk kedua kali

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK DR ASHRAF WAJIDI DATUK DUSUKI
Berita terbaru,figura Islam, tokoh yang berimejkan Islam dan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah dalam politik disahkan akan bertanding dalam PRU 14 bagi kawasan Parlimen Pasir Puteh
Pengesahan itu dibuat seorangpengamat politik yang dulunya tokoh veteran UMNO, kini berusia 80 tahun yang juga enggan didedahkan identitinya
Menurutnya Dr Ashraf mempunyai peluang besar untuk merampas kerusi ini dari calon PAS kerana beliiau mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan masyarakat tempatan

Disamping itu UMNO Bahagian Pasir Puteh, termasuk Ketua Bajagian Datok Zawawi Othman telah memberi lampu hijau dan memberikan blessing kepada beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh
Kini, dengan jentera yang ada net-work kerja yang teratur beliau telah memonitor gerak kerja anaknya bagi memastikan dalam PRU 14 nanti kerusi  Parlimen berjaya bertukar tangan dari PAS kepada Barisan Nasional
Hubungannya dengan pemimpinUMNO di empat kawasan dewan undangan negeri termasuk di selising, gaal,semerak dan Limbongan berjalan baik dan lancar memberi “tanda politik” tidak akan berlaku kes caketing dan “menikam dari belakang”
Selain harus berhadapan dengan bekas ketua Bahagian Pasir Puteh dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri,Semerak, Kamarudin Mohd Noor, kini Ketua Penerangan Parti Bersatu, dr ashraf dilhat mampu mengatasi halangan itu
Bagaimmanapun beliau dinasihatkan bekerja lebih keras untuk berhadapan dengan pemimpin parti bersatu dijajahan itu yang dulunya adalah ahli UMNO tegar dijajahan itu
KETUA PENERANGAN UMNO TAN SERI ANNUAR MUSA : DON’T YOU STARE AT ME ?
“Rakyat bukan bencikan UMNO, rakyat tidak sukakan kepada kepimpinan UMNO yang ada sekarang, menyebabkan undi bangsa melayu merosot dalam pilihanraya lalu,” itulah kata-kata keramat, unggapan berani yang dilontarkan Datuk Seri Annuar Musa.
Kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas pilihanraya umum ke 11 yang menyebabkan tidak lama selepas itu  Tun Mahathir Mohamed membuat pengistiharan akan berundur dari pentas politik dan melepaskan jawatan keramat Perdana Menteri Malaysia keempat
Itulah harga sebuah “keberanian” yang terpaksa ditanggung oleh Tan Sri Annuar Musa. Selepas itu ditimpa dan dihempapkan dengan pelbagai masalah politik hinggaterpaksa menanggung dosa politik yang menyebabkan beliau turut terheret dalam beberapa kes termasuk dikatakan “turut terbabit dan terlibat” dalam kes penyelewengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) yang mana secara undang-undang Mahkamah tidak pernah membabitkan beliau dengan kes itu.
Malah, beliau sendiri tidak pernah didakwa di Mahkamah, beliau sama sekali tidak terbabit dalam skandal yang pernah menggemparkan seluruh Negara. Malah, dalam sidang dewan undangan negeri, beliau dengan jelas memaklumkan kepada ahli dewan undangan negeri bahawa beliau bersedia mengheret penulis buku penyelewegan projek PPRT sebanyak RM43 juta kemahkamah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana penulis buku itu menggunakan nama samaran.
Sebelum turun dari kerusi Perdana Menteri,Tun Mahathir telah memaklumkan kepada bakalpenggantinya iaitu Pak Lah agar mengheret atau mendakwa Tan Sri Annuar Musa ke Mahkamah namun tetapi tidak dilakukan PakLah kerana pihak Pendakwaraya tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Tan Seri Annuar Musa ke mahkamah berikutan kes itu.
Aku mulai mengenai Datuk Seri Annuar Musa pada tahun 1988, sewaktu bertugas dengan akhbar watan. Kerja aku pada hari it adalah membuat liputan berita di Kg Bukit Marak. Beliau pada waktu itu menghadiri majlis belia. Golongan beliau pada waktu menaiki motorsikal, berbaju merah, beramai-ramai ke majlis itu
Itulah pertama kali aku mendengar, Tan Seri Annuar Musa berucap didalam majlis yang dihadiri penduduk kampung itu dan penduduk di sekitar yang berhampiran. Sdr Bakri, stringer RTM Kota Bharu datang untuk membuat liputan berita pada hari itu (kini sudah bersara). Selepas majlis itu,aku memperkenalkan diri aku dari akhbar watan dan berbicara seketika dengan Tan Seri Annuar Musa dan beliau sangat ramah lalu bermulalah titik perkenalan dengan manusia yang bernama Datuk Seri Annuar Musa. Dan pada setiap kali membuat liputan berita seterusnya sewaktu bertugas dengan TV3, hubungan kami menjadi semakin baik dan tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mewawancara beliau. Beliau akan selalu memberi kerjasama.
Cuma sewaktu beliau memegang jawatan Pengerusi KADA, aku membuat berita dikawasan wakaf bharu dimana penduduk kampong membuat aduan mengenai limpahan air dari terusan KADA yang berhampiran menyebabkan penduduk kampong berkenaan kerap kali dilanda banjir Walaubagaimanapun selepas berita itu disiarkan oleh Buletin Utama, pihak pengurusan KADA mengambil tindakan drastik mengatasi masalah itu dengan cara menggunakan pam air bagi mengeluarkan air yang bertakung dikawasan itu.
Aku dimaklumkan bahawa Datuk Annuar Musa kurang selesa dengan laporan itu dan ketika dihubungi untuk membuat cerita selanjutnya, beliau menjelaskan pihak KADA sedang mengambil langkah serius untuk mengatasi masalah. Selepas berbicara dengan beliau, aku memaklumkan kepada editor iaitu Rusli Hassan mengenai penjelasan yang di berikan Datuk Seri Annuar Musa. Beliau mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu. Aku dimaklumkan oleh editor yang beliau mahukan “visual” atau kerja-kerja yang sedang dilakukan bagi mengatasi masalah itu bukan sekadar menemuramah Datuk Seri Annuar Musa
Selepas diteliti, Datuk Seri Annuar Musa bersedia untuk ditemuramah tapi tidak ada visual lain termasuk kerja-kerja mengatasi masalah itu dilakukan. Aku membatalkan appointment untuk menemuramah beliau kerana tidak ada visual sebagaimana yang diinginkan bilik berita TV3. Tapi kini, beliau sudah berwajah lain dan menjawat jawatan penting dalam parti politik melayu UMNO serta mempunyai tanggungjawab besar untuk memulihkan imej UMNO yang dikatakan sudah tercemar sedikit masa dahulu
Selaku Ketua Penerangan UMNO tugas yang paling besar yang patut beliau lakukan ialah memujuk bangsa melayu agar memberi keyakinan politik semula kepada rakyat pimpinan UMNO kerana UMNO lah satu satunya parti politik bangsa melayu yang telah banyak jasa kepada bangsa melayu sejak negara mencapai kemerdekaan dari Birtish, enam puluh tahun dahulu.

TIMBALAN MENTERI BESAR : DATOK NIK AMAR ABDULLlAH, PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN ?
Datok Nik Amar Nik Abdullah yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar merupakan pemimpin pelapis Pas yang mampu menaiki tangga politik Pas lebih tinggi dalam masa-masa mendatang. Sewaktu bertugas dengan TV3 aku tidak pernah membuat liputan-liputan berita yang dihadirinya kerana Bilik Berita TV3 lebih memberi tumpuan kepada Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datok Husham Musa untuk membuat komen terhadap isu-isu semasa yang berbangkit
Tambahan pula, Portfolio yang dipegang beliau, sektor pendidikan tidak mempunyai isu-isu kontroversi sensitif dan tidak ada apa-apa untuk diletupkan. Apa pun berdasarkan pegalaman dan pengamatan yang dilakukan, beliau adalah seorang pemimpin yang  bersikap terbuka dan bersedia untuk berhadapan dengan pihak media di negeri ini.
Meskipun hubungan kami tidak rapat, beliau mengenali aku sebagai wartawan TV3 dan kami saling menghormati satu sama lain.Cuma akhir-akhir ini, hubungan kami agar rapat apabila beliau mengetahui aku kini berkhidmat dengan TV Al-Hijrah dan aku juga sering mewawancara beliau untuk bilik berita TV al-Hijrah
Kali pertama aku mewawancara beliau ialah ketika kematian wakil rakyat keadilan bagi DUN Tendong. Dalam kesibukan beliau mengurus jenazah dan solat jenazah, beliau sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan pihak media dan diwawancara oleh TV Al-Hijrah Kelantan. Hasil interview itu di siarkan pada sebelah malam Berita TV Al-Hijrah
Sejak dari peristiwa itu, aku tidak mempunyai masalah banyak untuk mewawancara  beliau kerana beliau akan menyusun waktu untuk diwawancara. Kali terakhir aku menemuramah beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari. Pada hari itu di dewan teratai , setiausaha kerajaan negeri untuk kerajaan negeri Kelantan telah membuat majlis makan tengahari kepada semua qari dan qariah dari setiap negeri yang menyertai pertandingan musabaqah al-quran yang pertama kali diadakan di negeri Kelantan sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan 23 tahun lampau
Ketika menemuramah, beliau melahirkan rasa terima kasih kerajaan negeri kepada Datok Jamil Khir Baharom yang kini bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana memilih Kelantan sebagai tuan rumah bagi pertandingan musabaqah peringkat kebangsaan
Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor di Balai Islam Lundang manaka kerajaan negeri diwakili Menteri Besar,Datok Ahmad Yaakob dan  barisan exco kerjaan negeri.

DATOK ABDUL FATAH MAHMOOD
Aku mengenali Datok Abdul Fatah Mahmood dan berkesempatan berbicara dengan beliau apabila aku diminta membuat cerita  berhubungan dengan dakwaan Persatuan Bola Sepak Kelan tan (KAFA) dimana kerajaan negeri enggan memberi kerjasama bagi pembangunan sukan negeri Kelantan. Ketika aku berjumpa beliau selepas majlis persidangan dewan undangan negeri dan memaklumkan untuk mewawancara beliau, beliau agak terkejut dan terkesima.
“Boleh masuk TV3,Buletin Utama malam ni,” kata beliau.
Aku menjelaskan kepada beliau, berita yang aku buat ini adalah berita sukan dan di seri pentas ada banyak meja berita termasuk politik, jenayah,general am,meja sukan dan sebagainya

Disebabkan berita ini, berita sukan yang tiada kaitan dengan berita politik, dan sebagai ahli exco dan Pengerusi jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri , beliau adalah orang yang layak untuk diwawancara ini akan dipakai berita sukan dan berita itu dipakai dalam Buletin Utama dibawah slot Berita Sukan.

 

Selepas itu, beliau bersetuju untuk diwawancara dan menjelaskan kerajaan negeri sentiasa ingin memberi kerjasama dan melakukan kerjasama dengan KAFA demi kemajuan sukan bola sepak negeri Kelantan. Malah beliau mendakwa kepimpinan KAFA yang tidak mengamalkan sikap bersahabat dan ingin mempolitikkan isu bola sepak menyebabkan usaha kerjasama tidak berjalan lancar. Semenjak dari itu, hubungan kami semakin dan aku pada bila-bila masa dapat menghubungi beiau untuk mendapatkan komen mengenai perkembangan sukan di negeri Kelantan
Dan berdasarkan siasatan dilakukan, beliau mempunyai pengaruh yang amat kuat di kawasan Bukit Panau dan sebagai wakil rakyat yang memegang portfolio exco selama dua penggal berturut disamping mempunyai sentuhan yang bersifat sentimental yang kuat dikalangan akar umbi dan penggundi UMNO tanah merah sukar untuk merampas kuasa politik dari beliau.
Malah ada pendapat politik mengatakan jika Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datok Ikmal Hisham bertanding di dewan undangan negeri Bukit Panau akan menemukan kekalahan. Sejauh mana benar dakwaan politik itu, kita masih samar. Yang jelas, lebihan majoriti yang dimenangai Datuk Abdul Fatah Mahmod membuktikan beliau seorang pemimpin yang banyak berjaya di peringkat akar umbi
Selain itu, faktor hubungan mesra rakyat dengan segenap lapisan masyarakat dikawasan itu dan mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli parti di pusat pengajian tinggi awam dan swasta menyebabkan beliau seorang tokoh pemimpin politik yang sukar untuk ditolak kehebatannya.Beliau yang juga dikenali sebagai pemimpin yang bersih dan kerap melakukan program-program dakwah Islamiah dikawasannya menyebabkan beliau juga dikenali dan disenangi golongan-golongan tua.

DATO’CHE ABDULLAH CHE NAWI
PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN BIO TEKNOLOGI DAN TEKNOLOGI HIJAU
Nama Che Abdullah Che Nawi memang barangkali bukan merupakan nama besar dalam persada politik Pas negeri Kelantan tetapi nama ini cukup gah dan besar dikalangan pucuk pimpinan PAS Pusat. Sewaktu beliau menuntut di Amerika Syarikat dan memegang jawatan sebagai Presiden Persatun Pelajar Malaysia Utara Amerika Syarikat, beliau merupakan pengeluar idea yang mengatur pertemuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut disana untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin PAS pusat yang datang bermuzakarah dengan ahli-ahli Pas yang menuntut disana
Aku telah lama mengenali Che Abdullah Che Nawi. Sewaktu belajar disekolah menengah Sultan Ismail(SMSI) pada tahun 1974. Beliau senior satu tahun berbeza dari aku dimana pada waktu itu aku berada dalam kelas (Special Remove Class) tingkatan satu dan beliau berada didalam tingkatan 2(Special Remove Class) . Aku merupakan kumpulan terakhir yang berada dalam kelas peralihan kerana selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memansuhkan kelas peralihan di seluruh Negara. Kelas peralihan itu diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar luar Bandar yang mendapat keputusan separuh cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima. Pelajar yang ditawarkan belajar didalam kelas peralihan itu terdiri dari pelajar luar Bandar yang mendapat 3A 2B,2A 3B dan 4A 1C yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran kesekolah berasrama penuh atau ke Maktab Rendah Sains Mara. Mereka terpilih dari pelbagai jajahan termasuk dari Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh,Bacok, Kuala Krai dan Gua Musang. Kesemua mereka mendapat biasiswa persekutuan sebanyak RM25 sebulan
Mereka ini ditempatkan diasrama Putera Sultan Ismail College. Che Abdullah atau lebih dikenali dengan Pak Lah, juga antara produk-produk pelajar kampung yang dibesarkan dengan nasi kawah namun mereka dapat melanjutkan pelajaran ke ITM Dungun sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah dan beroleh Master  dalam Pentadbiran bisnes. Sebagai pelajar kampung, beliau telah berjaya menterjemahkan ilmu perniagaan yang dipelajari di ITM kedalam dunia realiti. Sewaktu belajar disana beliau telah Berjaya menubuhkan syarikat dan mempunyai pekerja terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia yang bekerja pada musim panas atau masa cuti semester.
Perniagaan beliau ialah memberi perkhidmatan, menghantar binatang peliharaan seperti kucing dan anjing ke klinik-klinik veterinarI disekitar Illinois. Pendapatan yang diperolehi amat memuaskan. Setelah tamat belajar, beliau pulang ke Malaysia dan terbabit dalam pelbagai bisnes sebelum terjun kedalam politik.
Beliau menetap disana hamper 10 tahun dan yang memeningkan kepada beliau sewaktu di amerika syarikat beliau mengajar anak-anaknya merokok adalah haram dan kegiatan itu hanya dilakukan oleh Mat Salleh bukannya orang Islam. Walaubagaimanapun, apabila balik ke kampungnya anak-anaknya “hairan” kerana melihat saudara-saudaranya, bapa saudaraya turut mengamalkan tabiat merokok  dan beliau sendiri gagal memberijawapan terhadap pertanyaan yang di kemukakan anak-anaknya
Sewaktu belajar disana, beliau telah menghubungi aku sewaktu itu aku menetap di kg beris kubur besar dan kami berbicara hampir 45 minit. Pada waktu itu aku berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK) di Unit Perhubungan Awam dan beliau telah menyarankan kepada aku supaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan memberi jaminan akan memberikan pekerjaan disyarikatnya jika aku benar-benar berminat untuk belajar disana. Namun begitu, tawaran itu aku tolak dengan baik dengan alasan sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak. Kemungkinan itu barangkali “kehebatan dan keistimewaan” yang dimiliki Datok Che Abdullah, bersedia membantu kawan-kawan lama
Didalam bidang politik, sewaktu bertugas denga tv3 aku tidak pernah berkesempatan untuk mewawancara beliau kerana beliau hanya wakil rakyat biasa dan untuk memasukkan berita beliau kedalam buletin utama memang sukar dan sulit. Beliau sebagai wakil rakyat dua penggal dikawasan DUN Wakaf Bharu sentiasa berada didalam risiko tidak selamat kerana harus berhadapan dengan bekas wakil rakyat BN, Datok Rosdi. Dalam dalam PRU 13 lalu, beliau bernasib baik kerana diselamatkan oleh penggundi luar yang pulang ke wakaf bharu memberikan undi mereka Datok Che Abdullah Che Nawi.Berdasarkan siasatan rambang yang dilakukan, Datok Rosdi Abd Aziz  mempunyai masalah untuk menewaskan Pak Lah kerana beliau seorang pemimpin yang sangat mudah. Lagipun sikap beliau yang kerap solat dimadrasah, surau dan masjid dikawasan wakaf bharu, memberikan pendedahan mudah dan murah kepada beliau untuk bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat dibawah sana
Sikap beliau yang “mudah baso” barangkali menyebabkan penggundi dikawasan itu masih sukakan beliau menyebabkan peluang untuk merampas kerusi DUN Wakaf Bharu (barangkali) sukar untuk dilakukan Datok Rosdi Abd Aziz, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Dalam hubungan ini, bekas ADUN BN 2004, Datok Rosdi Abd Aziz, juga tidak kalah hebat mempunyai “sentuhan halus” diperingkat akar umbi dan dapat satu dengan Datuk Che Abdullah Che Nawi begitu Che Abdullah dalam PRU ke13 lalu, masih mampu mengalahkan lawan politiknya dengan majoriti sederhana banyak
Sewaktu beliau memegang jawatan exco, aku sempat membuat liputan berita pada Majlis Hari Peladang Negeri Kelantan yang dihadiri oleh Sultan Muhammad Kelima, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz NiK Mat dan Che Abdullah Che Nawi di hadapan Stadium Sultan Muhammad keempat. Aku pada mulanya ingin mewawancara beliau tapi disebabkan dari segi protokol, Menteri Besar ada pada majlis itu aku terpaksa mewawancara Menteri Besar.Nik Aziz didalam wawancara itu mengatakan kerajaan memperuntukan             RM20 juta bagi pembelian baja asli untuk kegunaan petani di negeri ini


TAN SERI ABDULLAH AHMAD
Tan Seri Abdullah Ahmad, memang bukan sekadar sebuah nama dalam dunia dan peta persuratan tanah air tetapi sebagai bekas setiausaha politik PM Tun Abdul Razak,beliau kini allahyarham, juga telah berangkat ke alam sana mempunyai penglaman yang tidak sedikit dalam bidang kewartawanan
. Beliau lahir dari produk media juga pernah menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Kok Lanas dan apabila berlaku persempadanan semula dan kawasan kok lanas dimasukkan kedalam parlimen Machang. Nama beliau tiba-tiba hilang dan jawatan Ketua UMNO Bahagian Machang disandang,Datok Ismail Mamat, yang lebih dikenali dengan panggilan akrab, Chegu Will.
Aku mulai mengenali Datok Abdullah Ahmad menerusi pembacaan akhbar pada awal tahun 70an. Meskipun masih berusia 12 tahun, aku memang suka membaca akhbar dan sudah menjadi tabiat aku membaca .Utusan Pelajar telah memang menjadi “makanan rohani” aku. Saban minggu aku membeli utusan pelajar dan membaca dan melahapnya sepuas mungkin
Aku masih ingat, muka surat hadapan akhbar Utusan Malaysia, Tan Seri Dollah Ahmad bersama seorang lagi pegawai, Sidek Ghouse ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)  kerana terbabit dengan kegiatan komunis. justeru beliau telah pernah pergi Moscow, sewaktu bertugas dengan kerajaan.Pengalaman aku berjumpa dan bercakap dengan beliau, sewaktu aku baru tamat belajar dari Medan ,Sumatera Utara, SUMUT nama rengkas, nama sindiran SUMUT, segala urusan memerlukan wang tunai,(maaf bapak) dan ingin mencari lowongan kerja. Aku kepejabat Utusan Malaysia Kota Bharu, yang terletak di belakang Hotel Perdana dan pada waktu Ketua Biro Utusan Malaysia Wan Ahmad Wan Hassan. Sewaktu aku ingin, masuk ke pejabat itu, tiba-tiba muncul Datok Abdulah Ahmad, dia sewaktu itu bertugas sebagai Lembaga Pengarah Utusan Malaysia.
Dia terus masuk kepejabat dan bertemu dengan Ketua Biro Utusan Malaysia dan bertanya tentang berita yang tersiar diUtusan Malaysia tapi beliau belum sempat membaca. Dan aku pada waktu itu melihat Wan Ahmad menggelabah mencari klip paper cutting  yang di pinta Tan Sri Abdullah Ahmad.
Ketika itu beliau duduk diatas kerusi dan meja panjang memisahkan aku dengan beliau. Aku memecahkan kebisuan itu dengan memuji Datok Abdullah Ahmad dengan mengatakan aku sempat membaca tulisannya dalam bahasa Inggeris di akhbar The Houston Chronicle Boston, Amerika Syarikat
Beliau kelihatan terperanjat dan aku dapat merasakan beliau tertarik untuk berbicara dengan aku. Aku tanpa ditanya terus menceritakan bahawa aku baru tamat belajar dalam jurusan kewartawanan di Medan, Indonesia dan pernah membuat latihan dengan akhbar WASPADA selama empat bulan dan aku merupakan satu-satunya mahasiswa Malaysia yang mencipta lakaran sejarah dapat menulis dalam bahasa Indonesia untuk akhbar berkenaan dan BY LINE(nama penulis) kerap tertera didalam akhbar berkenaan. Beliau hanya mendengar apa yang aku ceritakan pada beliau sambil mengangguk-angguk kepala dan tidak ada niat atau usaha untuk membantu aku mendapatkan pekerjaan.
Tapi masa terus beredar,persitiwa itu belaku sekiar bulan mei 1988 dan pertemuan pada kali ini diawal tahun 2000 an, sewaktu zaman kegemilangan Pak Lah, beliau dipecat dari jawatan nombor satu akhbar The News Straits Times kerana kesalahan yang aku sendiri  kurang jelas iaitu  mengkritik Kaum Kerabat di Raja Arab Saudi
Aku pada malam itu membuat liputan berita untuk TV3 di Stadium Sultan Mohamed keempat, mengenai isu penyeksaan dan penindasan terhadap Orang Islam di Kashmir dan penceramah,aku sudah lupa nama. Ketika aku keluar dari Granstand,laluan utama stadium itu aku terserempak Datuk Abdullah Ahmad berjalan dengan anak saudaranya(aziz abdulrahman,tempat satu kelas diSultan Ismail College tahun 1979,kini sudah pergi kealam sana).
Aku seperti biasa sewaktu bertugas memakai vest tv3 berserta nama tag tv3, menhalang perjalanannya sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan beliau. Setelah bersalaman dengan beliau,aku memberitahunya aziz,anak saudaranya rakan sekelas aku. Beliau seorang yang sempurna, saya menjadi ketua darjah”, kata aku padanya
“Betul ziz,”katanya sambil berpaling kearah anak saudaranya dan aziz hanya menggangkuk sambil tersenyum kecil.Aku lantas bertanya kepada Datok Abdullah Ahmad, beliau hendak kemana. Beliau memberitahu aku beliau ingin berjumpa seseorang di jalan pengkalan chepa tapi ada masalah. Aku bertanya apa masalahnya, beliau berkata keretanya tak boleh keluarkerana terhalang dengan kenderaan banyak. Aku berkata, naik kereta aku. Aku boleh tolong hantar.
“You parking kereta kat mana,” katanya.  aku  kata di hospital pakar perdana diluar sana.
“Oh you wartawan tapi tahu pilih parking ,” katanya pada aku.
Aku terus membawa beliau menuju ke kereta aku, kereta kancil DAP 1424 (tahun hijrah,tahun aku beli kereta).
Sebaik beliau dan kawannya memasuki kereta aku bertanya kemana harus aku pandu kereta.beliau memberi arahan supaya pergi ke Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa untukmakan  malam bersama “orang yang ingin beliau jumpa” digerai berhampiran. Aku kata OK dan terus memandu kereta. Sebaik tiba di lampu isyarat jalan berek dua belas, aku memulakan perbualan, aku kata, Nama Abdullah Ahmad sebuah nama yang besar dalam dunia kewartawan tanah air, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, tapi Abdullah Ahmad mati tidak meninggalkan apa-apa
“sepatutnya datok ada Yayasan Abdullah Ahmad,untuk dikenang,apabila meninggal dunia,” kata ku padanya.
Jawabnya rengkas,”Tak ada duit, tolong cari janda kaya,”
“Eh orang macam datok tak ada duit, saya tidak percaya,” kata aku kepadanya
Selat beberapa minit kami sampai di Taman Uda Murni dan gerai makan sudah ditutup. “Kita pergi cari ditempat lain,kita makan di tempat lain,” katanya pada aku.
“Nak makan kat mana,” dia bertanya pada aku. Aku kata, direstauran manisnya madu, milik kumpulan al-arqam,
“Tak haram ke makanan dia,” tanyanya lagiAku kata,” mereka sama dengan kita, orang Islam, menggucap kalimah yang sama,”
“OK,” katanya. Aku meneruskan perjalanan memandu kereta kerestauran manisnya madu,apabila sampai disana, kami dimaklumkan makanan sudah habis, tidak ada apa yang hendak dimakan.
Lalu beliau bertanya, kemana lagi nak cari tempat makan.
Aku katakana padanya, Hotel Renaissance, service makanan, sampai lewat malam.
Dia pun bersetuju lalu aku memandu kereta ke hotel berkenaan. Kami terus ketingkat satu dan mengambil tempat duduk sebelum membuat pesanan makanan
Beliau pada malam itu,order makanan Perancis, aku sudah lupa namanya dan aku pun order sama menu
Selang beberapa lama, pelayan datang membawa makanan dan aku melihat, sup bawang dimakan bersama roti
Ketika enak menikmati makan malam, tiba-tiba orang yang ditunggu beliau tiba, “OH TV3 pun ada juga,” kata speaker dewan udangan negeri Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah.
“Alat, agen pembohong kerajaan,” kata Datuk Abdullah Ahmad sambil menuding jarinya kearah aku.
Aku tiba-tiba terkesima dan tersenyum kecil.Beliau bangkit dan terus kemeja lain berbincang sesuatu rahsia dan sulit dengan speaker,wan rahim wan abdulah.
Rahsianya, aku tahu, beliau ingin berjumpa dengan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, pada keesokan harinya


TOKOH WARTAWAN A.SAMAD ISMAIL : KEJAM IBU TIRI, KEJAM LAGI JAKARTA
Pertemuan tidak sengaja dengan tokoh wartawan terkemuka tanah air, A.Samad Ismail berlaku dalam bilik Berita,Berita Harian dijalan Riong pada pertengahan tahun 1989. Aku sewaktu itu sedang berbicara dengan Ketua Pengarang Berita Harian,Nazri Abdullah untuk memohon kerja sebagai wartawan Berita Harian.
Pada ketika itu tiba-tiba muncul Bapak A.Samad Ismail,”Pak Samad,”teriak Nazri dan beliau memanggil Bapak.A.Samad dan beliau terus melangkah kehadapan menuju kemeja aku sedang bersembang dengan Nazri
“Ini pelajar kita, Marah Mahadi Hassan, baru tamat belajar journalsime dari university di Indonesia,” kata Nazri kepada beliau
Aku bangun dari kerusi, tunduk hormat kepada beliau dan menghulur tangan untuk bersalaman dengan beliau,beliau menyambut tangan aku dan kami bersalaman, “ I was in Jakarta 1955, together with Moechtar Lubis,” kata nya pada aku.(untuk catatan Moehtar Lubis, pengarang asal propinsi Padang,Sumatera Barat, terkenal dengan novel berjudul Harimau, yang antara lain isi penting,mesej yang ingin disampaikan dalam tubuh badan setiap manusia, ada seekor harimau yang bernama “nafsu”)
Sambil menceritakan pengalamannya di Jakarta,Indonesia aku dapat melihat airmukanya riang dan beliau begiitu gembira berada disana.Dia sempat bertanya kepada aku, aku berasal dari mana dan aku menyatakan negeri asal aku, Kelantan dan tempat kelahiran aku Rantau Panjang, sempadan Malaysia-Thai. Dia memberitahu aku, orang Kelantan suka berhijrah dan rajin bekerja, semua negeri di malaysiadikedai atau restoran sentiasa ada orang Kelantan bekerja.Orang Kelantan kalau di Indonesia seperti suku kaum minangkabau, suka berhijrah dan mencari rezeki diluar tempat kelahiran mereka.Kalau di Indonesia, dikota kota besar disana restaurant GARUDA yang menyediakan “masakan minangkabau” kepada penikmat dan pencandu masakan minangkabau.Kalau di Kuala Lumpur, masakan minangkabau boleh didapati dalam pasar di chow kit Road
Berbalik kepada cerita, dalam kantor berita Berita Harian, aku dimaklumkan Nazri pihak mengurasan tidak mengambil wartawan baru kerana financial constraint dan mencadangkan kepada aku supaya menjadi pemberita sambilang(stringer) berpengkalan diKota Bharu.
Lantas beliau mengambil sehelai kertas, memo dan menulis
Puan Norhayati,
Since Marah Mahadi from Kelantan, better for him to stringing from there.
Dia lantas memberi memo itu kepada aku dan menyuruh aku memberikan memo itu kepada Ketua Biro Berita Harian,Puan Norhayati Said yang kini bersara dan  berkahwin dengan kawan aku,Kamaruzaman Nawi asal Pasir Pekan, yang sempat kuliah,dimedanpada tahun 1985.
Aku terus pulang ke kotaBharu pada malam itu dan keesokan harinya aku terus ke pejabat Berita Harian yang terletak diJalan Zainal Abidin dan bertemu dengan Puan Norhayati.Beliau pada mulanya kaget bertemu dengan aku dan kemudianmenjelaskan tujuan kedatangan aku dan menyerahkan “memo” dari Ketua Pengarang BH, Nazri Abdullah kepada beliau.Setelah membaca memo itu, beliau, bersuara, “Rose, ambil note book, berikan pada Marah Mahadi Hassan, dan pada hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai pemberita sambilan untuk akhbar berita harian
Dan yang aku masih ingat wartawan berita harian pada waktu itu Rosli Safar, Nasir Hassan(kini sudah berada dialam sana) dan jurugambar Suhaimi Idris(juga sudah berada dialam sama).Manakala stringer lain Noor Jaafar ,Ali Sulong(sudah berada dialam sana),Azman Mahmood,kini wartawan BH di Kota Nharu, Rozi Hassan stringer Tanah Merah, Ramli Ibrahim stringer BH di Gua Musang, Fatmi Ali stringer jajahan Machang dan bagi jajahan Bachok Fatihah dan Rusman Salim manakala bagi jajahan Tumpat, Rosdi Ismail, sekarang bahagian penyunting di pej BH di Jalan Riong.Manakala stringer Kota Bharu Noranita Salleh, lepasan USM kini menjadi pengajar disekolah menengah yang sudah aku lupa namanya.
Manakala staff akhbar The New Straits Times pada waktu itu, Ketua Biro, Rashid Bakar(sudah berada di alam sana,Shaiful Azhar Abdulah dan Manisah Ismail dan stringer NST pada waktu itu Noorjihan Kamaruddin dan Nik Imran Abdullah, kini Ketua Biro NST Pahang


DATOK NIK SAPEA NIK YUSSOF
Aku berkesempatan berkenalan dekat dengan Raja Laut, Datok Nik Sapea Nik Yussof, setelah aku ditugaskan untuk membuat dokumanteri untuk Majalah 3, TV3 mengenai story beliau menghadiahkan Kapal Purba, buatan dari kayu cengal untuk Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed. Aku mengetahui beliau mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir, ketika aku membuat liputan berita lawatan resmi Tun Mahathir Mohamed ke Kelantan tidak lama dulu
Ketika pesawat khas, membawa Tun Mahathir Mohamed mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan pintu pesawat dibuka,Tun Mahathir Mahathir Mohamed turun dari pesawat menggunakan tangga yang disediakan.
Apabila sampai ketanah, beliau disambut pemimpin-pemimpin UMNO negeri dengan bersalam dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Sri Annuar Musa dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Sewaktu beliau pertama kali menyentuh kakinya diatas tanah aku melihat beliau mengangkat tangan dan memberikan senyuman kepada Datok Nik Sapie yang pada waktu itu memakai topi koboi yang berada kira-kira 40 meter dari pesawat itu.
Pada waktu itu, pemimpin UMNO lain beratur dua barisan dan memberikan ruang kosong ditengah-tengah barisan untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir dan rombongan untuk berjalan dan pada waktu beliau bersalaman dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.Datok Nik Sapea berada dihujung barisan dan tidak memasuki barisan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain
Tun Mahathir sempat bersalam dengan Datok Nik Sapea sebelum menaiki kereta yang diiringi polis trafik dan meninggalkan kawasan airport.
Sebelum aku memulakan wawancara dengan beliau, aku mengatakan padanya aku mengetahui beliau mempunyai hubungan rapat, hubungan istimewa dengan Tun Mahathir Mohamed dan beliau bertanya dari mana aku tahu
Lalu aku menceritakan pengamatan dan pemerhatian aku di airport sewaktu Tun Mahathir datang ke Kelantan tempoh hari. Lalu beliau berkata, you perhati semua itu. Aku menjawap memang, sebagai wartawan kita perlu memerhati detik-detik pemimpin Negara. Beliau hanya mengangukkan kepala dan bersetuju dengan penjelasan yang aku berikan.
Lalu aku mengatakan padanya ingin menanyakan soalan cepumas dan jawapan dari soalan bukan untuk dibuat berita. this is off the record story dan beliau bersetuju. Soalan aku mudah dan simple, bila dan bagaimana beliau boleh rapat dan berkawan dengan Tun Mahathir Mohamed.
Beliau lantas mengajak aku duduk diruang tamu dan beliau mengeluarkan kotak rokok Rothman dari poket bajunya dan mengambil rokok,menyalakan rokok dan menyedut asap rokok sebelum memulakan perbicaraan. Aku pun sambil menghisap rokok turut mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang akan diungkapkannya..Beliau menceritakan, pertama kali beliau berjumpa Tun Mahathir Mohamed di pejabat Perdana Menteri pada sebelah petang. Beliau merupakan tamu yang paling akhir berpeluang bertemu dengan Tun Mahathir Mohamed.
Beliau berjumpa dengan Tun Mahathir kerana ada kes Bahagian UMNO Kuala Krai yang perlu ditanggani Presiden UMNO sendiri. Setiausaha UMNO negeri Kelantan pada waktu itu, Datok Shahibuddin Mohd Nor, Ketua UMNO Bahagian Bachok tidak dapat membantu beliau menyelesaikan masalah itu dan beliau tidak menyatakan “kes UMNO” itu kepada aku
Katanya, apabila beliau berpeluang untuk mengemukakan kes itu kepada Tun Mahathir Mohamed, beliau memulakan dengan perumpamaan dan membuat “analogi” kesnya sama dengan kes Tun Mahathir Mohamed “bertelingkah” berselisih faham dengan Tengku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menyebabkan Tun Mahathir tergelincir dari pentas politik UMNO dan menjadi orang buangan UMNO sekian lama
Sinar dan cahaya politik Tun Mahathir Mohamed bersinar semula setelah Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak, menarik beliau semula berada diatas pentas politik UMNO.
Beliau menjelaskan kepada Tun Mahathir Mohamed, nasibnya akan sama dengan Tun Mahathir Mohamed jika Tun Mahathir Mohamed tidak memberi pertolongan dan membantu beliau menyelesaikan kes membabitkan UMNO Kuala Krai.Setelah mendengar itu semua, Tun Mahathir Mohamed, bersedia membantu tapi bukan dalam bidang politik sebaliknya dalam bidang perniagaan
Disebabkan Tun Mahathir Mohamed mengetahui beliau usahawan menangkap ikan laut dalam dan tahu banyak tentang kapal beliau memberi “special assignment”kepada beliau untuk menghasilkan kapal purba,kapal tradisional,buatan dari kayu dan menggunakan enjin kapal modern dan dipasarkan di pasaran eropah.
Menurutnya, Mahathir mahu beliau menjadi “perintis. Negara Malaysia menjadi “pengeluar kapal tradisional tapi menggunakan enjin moden” untuk dipasarkan di pasaran eropah. Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjadi realiti kerana “mempunyai masalah untuk mendapatkan pakar membuat kapal disamping masalah untuk mendapatkan “kayu cengal”.
Beliau hanya sempat membuat satu kapal dan kapal itu dihadiahkan kepada Tun Mahathir, yang mana kapal Mahathir serahkan kepada LADA, Langkawi Development Authority. Didalam perkembangan lain, beliau memberitahu,telah mengadakan perjumpaan dengan Tun Mahathir Mohamed dipejabatnya yang turut dihadiri Pengerusi Arab Bank, Tan Seri Azman Hashim. Setelah selesai meeting, Tun Mahatir berpaling kearah Tan Seri Azman Hashim dan berkata, “Azman, bantu Nik,”. Selepas keluar dari bilik Tun Mahathir Mohamed, beliau berjumpa dengan Tan Seri Azman Hashim dan beliau tidak menjelaskan bentuk bantuan yang diberikan Tan Seri Azman Hashim kepada beliau.
Dan semenjak dari peristiwa itu, hubungan kami bertambah baik dan beliau menganggap aku sebagai kawan dan kami kerap berjumpa,bila ada masa free, bersembang dan bercerita tentang kehidupan, kemanusiaan, pengalaman berniaga, sebelum beliau mencapai apa yang beliau nikmati sekarang. Dan satu hal yang menarik tentang Datok Nik Sapie, beliau suka dan kerap memberibantuan kepada orang-orang miskin.

DATOK ISMAIL MAMAT
  
Datok Ismail Mamat atau lebih dikenali dengan nama Chegu Will,memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar dalam peta politik Malaysia tapi nama ini “cukup segar” menjadi bualan bagi penggundi dikawasan jajahan Macang, kehebatan beliau bermain, bersilat seni “politik”dalam konteks politik Kelantan, tidak dapat dikalahkan “mana-mana pemimpin politiek” UMNO yang pernah hidup dan bernafas di bumi Kelantan.
Kehebatan beliau bermain, malah dapat mengalahkan “mana-mana pemimpin UMNO peringkat pusat yang pernah berdaftar menjadi ahli UMNO dan pernah berkhidmat dan pelbagai jawatan baik dalam parti dan dalam kerajaan
Kehebatan CheGu Will ini, beliau dapat menjadikan  UMNO sebagai “harta dan warisan” yang diwarisi kepada isteri dan dan anak beliau.Ini terbukti, isterinya selain memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Machang,isteri beliau juga memegang jawatan  Pengerusi  Negeri Pergerakan Wanita UMNO Kelantan. Anak lelaki belau, menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang dan baru-baru ini, dalam PRU ke 13, calon BN bagi DUN Kemuning tapi kalah dengan lebihan majoriti 1,000 undi
Mana pernah ada pemimpin UMNO, Ketua Bahagian UMNO negeri Kelantan, mampu melakar sejarah dan menandingi kehebatan Che Gu bermain politik?
Sewaktu BN memerintah Kelantan, beliau menjadi wakil Rakyat BN bagi kawasan Banggol Judah di bawah kepimpinan Tan Seri Mohamed Yaacob, beliau belajar banyak untuk menjadi “pemimpin” yang disukai masyarakat banyak
Sebelum terjun kedalam politik BN, beliau berkhidatmat sebagai guru.Lepasan Universiti Malaya, pernah juga menjadi “contributor” kepada Majalah Dewan Masyarat dengan lain perkataan beliau juga seorang penulis.Disebabkan beliau seorang penulis dan banyak menulis tentang kemiskinan, beliau secara tak disedari, juga mempunyai pemikiran di”luar kotak” dan pemikiran beliau tidak terlalu salah jika dikatakan “thinking the out side of box” berbanding dengan pemikiran Ketua UMNO lain dibahagian itu
Sebagai pemimpin yang lahir ditengah-tengah masyarakat kampong, masyarakat luar Bandar, beliau memang memahami dan pengerti akan “makna dan pengertian” seorang pemimpin menurut citarasa masyarakat kampong. Apa kehendak,citarasa kemahuan masyarakat, perlu dan mesti di penuhi. Bagi kalangan golongan marhain di jajahan machang, khususnya golongan buruh, petani yang menghadapi masalah kewangan, rumah chegu will menjadi “bank kebajikan”.mereka tidak akan dihampakan oleh che gu will, apabila mengadu masalah mereka kepada manusia yang bernama che gu will.
Justru itu sejak dari tahun 80an, sehingga kini beliau masih mempunyai “politicak power” dalam UMNO Bahagian Machang dan semasa memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Machang dalam tempoh itu beliau tidak pernah dicabar,Cuma Jazlan Yaakob, ahli parlimen Machang pada masa kini, pernah mencabar beliau tapi “kalah” dengan majority lebih 100 undi !
Tapi disebabkan manusia bernama chegu will mengetahui akan makna politik, time is eating him away, beliau telah berusia, beliau memberikan jawatan Ketua UMNO Bahagian Machang secara percuma kepada Datok Jazlan dan beliau dilantik menjadi Penasihat UMNO Bahagian Machang.
Sehingga ke hari ini beliau masih aktif dalam politik UMNO Bahagian Machang. Perdana Menteri Datok Seri Mohd Najib Razak, sewaktu memegang jawatan Menteri Pelajaran, dalam lawatan resmi kekelantan pernah bertandang kerumahnya, “berehat seketika” selepas makan siang dirumahnya
Hubungannya dengan Menteri Besar Kedah sekarang, Datuk Mukhriz Mahathir memang sudah lama terjalin, sewaktu Mukhriz menjadi pelajar Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, pernah bertandang kerumahnya.Sampai kesaat ini, Datuk Mukhriz Mahathir memanggil chegu will dengan panggilan akrab,”ayah will”. Boleh dikatakan setiap kali datang kekelantan, Mukhriz Mahathir akan menghubungi chegu will.
Kali terakhir, sewaktu datang ke Kelantan, beliau bertemu dengan ayah will di kedai kopi Kok Lanas dan berita ini disiarkan akhbar Sinar Harian. Hadir sama pada waktu, Datuk Sazmi Miah yang mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO, Datok Jazlan tapi kalah dengan majority yang agak banyak
Kehadiran beliau di kedai kopi telah disalah tafsir oleh pihak tertentu yang mengatakan beliau telah menyokong Datuk Sazmi Miah, tapi keadaan sebenarnya beliau hadir pada kedai kopi itu untuk meraikan anak angkatnya, Datuk Mukhriz yang kebetulan kawan rapat Datok Sazmi Miah. Itu saja, dalam politik,soal kecil seumpama itu sengaja disebar dan dibesar-besarkan, realitinya bukan begitu
Antara rahsia politik yang menyebabkan beliau masih dapat kekal sebagai pemimpin ialah kerana beliau mengamalkan amalan dan tabiat “never to let down people’s hope”. Hari Kematian. Kenduri penduduk kampong mesti dihadiri, kalau tidak sempat hadir, perlu menghantar wakil dan diselitkan dengan “hadiah buah tangan”,tidak banyak tak apa, asalkan “chegu will datang”, meskipun diganti dengan wakilnya
Dengan lain perkataanmeskipun che gu will tidak datang atau menghadiri, bayang-bayang hitamnya akan tetap ada dan terus mendoakan keberakatan majlis itu.
Kaedah seumpama ini, pendekatan seumpama ini (barangkali) tidak banyak dilakukan Ketua Bahagian UMNO di kawasan lain yang ada dikelantan dan untuk menaikkan imej semula UMNO di kawasan calon UMNO yang kalah, mereka perlu datang dan belajar, “kaedah-kaedah untuk menawan hati penggundi” dikawasan mereka

DATOK WAN ZAID WAN ABDULLAH
Aku mulai mengenali susuk tubuh, manusia bernama,Datok Wan Zaid Wan Abdullah pada awal tahun 2001. Ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai dan Pengerusi KESEDAR.Meski pun aku tidak mengenali dia dan beliau juga tidak mengenali aku, aku dapat merasakan beliau mempunyai hubungan masyarakat yang baik. Ketika krew Majalah Tiga yang diketua Nasir,datang ke Kelantan untuk membuat cerita mengenai “ikan Klaus”, aku menelefon beliau untuk mendapat kemudahan kenderaan 4x 4 untuk memasuki kawasan hutan di gua musang bagi membuat penggambaran itu, beliau dengan mudah memberi kerjasama lalu  menghantar pemandu dan kenderaan untuk membawa krew kekawasan penggambaran. Krew terpaksa menunggu tiga hari tiga malam didalam hutan bagi mendapakan “shot ikan Klaus”
Sejak dari peristiwa itu,hati saya merasakan bahawa beliau adal;ah seorang yang baik dan boleh diharapkan. Kali pertama aku bertemunya, ketika beliau menghadapi masalah untuk merebut kembali jawatan Ketua UMNO Bahagian yang diperolehi secara percuma oleh Datok Ramzi yang pada waktu itu dikatakan anak buah Pak Lah
Aku difahamkan beliau tidak mencukupi kuota, pencalunan dari cawangan UMNO Bahagian Kuala Krai untuk mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO.aku difahamkan banyak cawangan UMNO bersedia untuk mencalonkan beliau, tapi “strategi politiik” Datok Ramzi, melakukan “mesyuarat bungkus” dicawangan yang ingin mencalonkan beliau menyebabkan beliau “tidak mendapat cukup kuota untuk mencabar kerusi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai. Aku dimaklumkan, beliau telah menghantar surat bantahan dan aduan kepada ibu pejabat UMNO dikuala Lumpur tetapi pihak bertanggung jawab tidak mengendah dan “membakulsampahkan” aduan itu
Menerusi teman seperjuangan aku memaklumkan hal itu kepada wartawan The New Straits Times  di Kota Bharu, Sulaiman Jaafar dan beliau telah datang bertemu dengan Datuk Wan Zaid di pejabatnya di Kota Bharu, Sulaiman jaafar selang seminggu selepas itu, meletupkan berita itu didalam NST. Wartawan Utusan Malaysia yang berpengkalan di Kota Bharu, Azran juga di maklumkan mengenai “penyelewengan” itu,juga turut sama “meletupkan berita itu”, tetapi pihak atasan yang diPengerusikan Tengku Ahmad Rithaudeen,juga memandang dengan sebelah “mata” dan tidak ada apa-apa tindakan dilakukan, kerana Presiden UMNO pada waktu itu,Paklah, yang menjadi “Bapa angkat politik” kepada Datuk Ramzi.
Tetapi masa tetap berputar, musim panas, berganti dengan musim luruh,kemudian datang musim winter, Pak Lah,tiba-tiba di”tarik turun” dengan cara tidak beradab, melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Najib
Keadaan ini menyebabkan “karier politik”  Datuk Ramzi turut terguncang. Pada Persidangan UMNO Oktober tahun lalu, Datuk Wan Zaid, untuk kesekian kali, mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai,kerusi yang pernah diduduki tidak lama dulu tetapi “permainan kotor” Datuk Ramzi berulang untuk kesekian kali
Meskipun diumumkan menang dengan lebihan majority 10 undi, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana Bahagian Pemilihan dan Pengaduan UMNO masih melakukan “siasatan serius” terhadap aduan dan bantahan yang dikemukan Datok Wan Zaid Wan Abdullah.
Dalam pertandingan itu, Datok Ramzi mendapat 382 undi,Datok Wan Zaid mendapat 372 undi dan Datok Syed Ali Shaifuddin mendapat  38 undi,undi rosak 9 dan 16 undi “hilang”,ghaib dan tidak diketahui statusnya
Manakala 11 perwakilan dari tiga cawangan UMNO Kuala Krai yang tidak membuat mesyuarat telah didaftarkan sebagai perwakilan oleh Datuk Ramzi Abdul Rahman. Segala bukti termasuk surat bantahan dari tiga ketua cawangan dan ajk telah dihantar kePengerusi aduan dan pemilihan 2013 tetapi sampai “detik ini” masih tidak ada keputusan dari pihak berkenaan.
Melihat kepada senario politik kuala krai, jelas membuktikan Datuk Wan Zaid, masih mempunyai pengaruh politik yang cukup kuat di diperingkat akar umbi UMNO Kuala Krai.Kekalahan 10 undi bukan persoalan besar kerana wujud “penyelewengan” sewaktu proses penggiraan undi itu berlangsung. Bagi Datuk Wan Zaid, transformasi politiek yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, perlu diterjemahkan kedalam reality dan kes UMNO Kuala Krai perlu dijadikan presedent atau kayu pengukur tara,sejauh mana transformasi politiek itu benar-benar menegakkan kebenaran dan keadilan
Demi perjuangan politik UMNO Kuala Krai, beliau sanggup menjadi lilin, mengorbankan diri dan rela tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam UMNO Bahagian Kuala Krai sekiranya Pengerusi Aduan dan Pemilihan mengambil tindakan tepat dan bijaksana. Beliau tidak mahu “ketua bahagian”yang tidak bermoral dan tidak berintegriti memimpin UMNO Kuala Krai.Beliau tidak mahu Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai, yang sanggup menyalahgunaan kuasa untuk perjuangan politiik peribadi menjadi pemimpin kerana masyarakat tahu kesalahan yang dilakukan oleh ketua bahagian terbabit
Bila ini terjadi imej UMNO Kuala Krai tidak akan kemana-mana dan untuk mendapat keyakinan semula undi dari masyarakat untuk menyokong UMNO tidak akan terjadi kerana Ketua Bahagian UMNO yang dipilih bukan pemimpin yang dipilih menerusi proses demokrasi yang betul.
Justru beliau berharap agar Pengerusi Jawatankuasa aduan dan pemilihan UMNO 2013 mengambil tindakan tegas termasuk mengadakan pemilihan semula atau menggantung UMNO Kuala Krai dan melantik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai “memangku jawatan” Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai,sementara menunggu keputusan muktamat, mengenai kes penyelewengan undi oleh Ketua Bahagian UMNO yang telah menyalahkan “kuasa” untuk memenangkan dirinya meskipun melakukan perbuatan melanggar peraturan, etika dan perlembagaan UMNO.

JAAFAR RAWAS
PENGASAS PAS KELANTAN
Nama Jaafar Rawas(kini sudah pergi menghadap yang Maha Esa), memang barangkali bukan merupakan nama besar dalam peta politiik PAS namun nama itu cukup dikenali oleh pemimpim-pemimpin PAS,khususnya yang berada dipucuk pimpinan PAS.. Malah, meskipun sudah 10 tahun, meninggkalkan dunia yang fana ini, “namanya masih segar dan harum” masih diingati dan dikenang oleh pemimpin-pemimpin seniored” PAS dan juga dikalangan penyokong PAS Kelantan.
Dan hari ini, jika pelancong atau pelawat datang ke Kota Bharu, mereka akan melihat Bangunan PAS dan menjadi pejabat perhubungan Pas Negeri, yang sekitarnya akan dipenuhi ahli PAS,khususnya pada pagi Jumaat untuk mendengar tazkirah  atau ceramah agama yang disampaikan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga menteri besar yang baru dilantik, Datuk Ahmad Yacob. Dan bagi warga Burma dan Rohinya,yang mendapat status pelarian dari Bangsa-Bangsa Bersatu, yang datang keMalaysia, khususnya ke Kelantan, nama Jaafar Rawas, memang meniti di bibir mereka, meskipun susuk tubuh ini sudah lama pergi kealam sana.Ini adalah kerana manusia ini banyak memberi pertolongan diatas dasar kemanusiaan dan sesama Islam kerana tokoh ini membuka peluang dan memberi dorongan kepada golongan ini untuk mencari rezeki dinegara ini dengan cara memberikan mereka “modal” untuk memulakan perniagaan mereka
Golongan ini diberi kemudahan untuk mengambil barangan termasuk kitab-kitab,buku agama, tasbih,minyak atar, pakaian untuk dijual. Mereka diberi kebenaran mengambil barang sebanyak munkin dan membayar balik setelah barangan dagangan ini habis dijual
Kegiatan amal jariah ini dilakukan, tokoh ini sudah bertahun-tahun, malah ada dikalangan mereka yang pulang ke Negara asal, menjadi Orang Kaya Baru. Golongan ini mampu membeli tanah,mesin traktor dan memulakan perniagaan di Negara asal mereka.Aku mulai mengenai manusia bernama Jaafar Rawas ini sewaktu bekerja sebagai pemberita sambilan dengan akbar watan, berpengkalan di Kota Bharu pada pertengahan tahun 1988. Disebabkan Watan melantik aku seorang saja wakilnya di negeri Kelantan, aku bebas membuat apa jua berita dan kebiasaanya berita yang dikirim akan dipakai.Pada waktu itu,kalau tidak salah aku, sdr Imlan Adabi, kini berkhidmat dengan Berita Harian di Kuala Lumpur ditugaskan di  Kelantan
Disebabkan aku kerap ke kedainya perhubungan kami semakin akrab. “Anta tulis berita ini,” katanya pada aku.Aku menjawab,”Ya,” beliau lantas, menarik lacinya dan memberikan wang kertas tunai bernilai RM50.“Anta sudah makan tengahari,” katanya pada aku, aku menjawab belum, “kita pergi kerestoren nasi,” katanya pada aku.
Beliau lantas bangun dan aku mengikutinya ke restoren yang bersebelahan kedainya. Setelah kami duduk dan memesan makanan beliau menceritakan pengalamannya sebagai aktivis Pas yang berjuang untuk mengangkat syiar Islam. “Ana, adalah antara tokoh pengasas PAS Kelantan, tapi ana seorang peniaga, ana berada dibelakang layar, ana hanya membantu dan memberi pertolongan dari segi idea dan setakat kemampuan ana,” katanya. “Dibangunan PAS ini, ramai tokoh tokoh politik Pas yang berjuang danmemegangjawan jawatan,yang sudah lama pergi, datang pemimpin baru tapi ana tetap berada disini berniaga,”
“Ana paling bahagia apabila Pas menjadi komponen Barisan Nasional (BN), sudah ada tidak ada perpecahan dikalangan umat Islam di Negara ini, katanya serius
Kehebatan, Jaafar Rawas, hafiz al-quran pernah meramalkan dan memberitahu kawan-kawannya Presiden ABIM, Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO bukannya PAS.Ramai kalangan teman dan kawan-kawannya menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Alasan yang diberikan, Pas adalah platform politik yang sesuai bagi Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda perjuangan Islam. Namun demikian, pandangan mereka meleset apabila Anwar Ibrahim, menyertai UMNO bukannya PAS. Dalam konteks ini, berlaku kerana ada kena mengena dengan Tun Mahathir Mohamed yang selaku Presiden UMNO melihat dengan kemasukan Anwar Ibrahim kedalam kabinet dan seterusnya diberi jawatan menteri. Beliau telah Berjaya mengurangkan kepanasan dan anggapan penyokong PAS dan rakyat khususnya berbangsa Melayu,UMNO bukan parti memperjuangkan Islam
Dengan kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO,jelas terbukti UMNO adalah politik bangsa melayu yang turut sama memperjuangkan Islam berdasarkan lunas dan perlembagaan Negara.Ini terbukti setiap kali PRU diadakan sejak kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO, UMNO menang besar dan BN selalu menang dengan majoriti dua pertiga.Tun Mahathir dalam jangka masa tempoh itu, dapat memberi tumpuan kearah kerja-kerja membangunkan Negara tanpa perlu memikirkan terlalu banyak  masalah politik dalam Negara,khususnya membabitkan serangan politik dari PAS. Namun, berdasarkan fakta setelah Anwar Ibrahim ditendang keluar dari UMNO, prestasi pilihanraya BN mendadak merosot, menurun dan BN tidak dapat meneruskan tradisi, memerintah Negara dengan majoriti dua pertiga. Dengan lain perkataan, Tun Mahathir Mohamed, sudah melihat jauh kehadapan, yang barangkali tidak difikirkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada waktu,beliau harus melakukan sesuatu bersifat politik untuk memperkudakan Anwar Ibrahim demi perjuangan UMNO.
Dan masa Anwar Ibrahim didalam kabinet, wujudnya Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan berbagai lagi pusat islam yang dicetuskan oelh beliau dan masyarakat Islam dinegara ini dapat menerima realiti ini dan undi bangsa melayu sentiasa mendapat majoriti dan BN setiap kali PRU diadakan sentiasa menang besar dan mendapat dua pertiga di dalam parlimen. Politik hari ini sudah berbeda dan menjadi lain, Barisan Nasional, sudah menjadi kerajaan yang memerintah Negara dengan majoriti kurang dua pertiga. Kejayaan besar DSAI dalam tempoh 10 tahun ini ialah beliau Berjaya mengubah landskap politik Negara, Berjaya menggoncang dan menggubah pemikiran politik rakyat agar jangan terlalu taksub kepada kerajaan Barisan Nasional(BN)
Beliau Berjaya menyampaikan mesej kepada rakyat, “suara rakyat, undi rakyat” lebih besar dan bertenaga dari “kuasa politik yang di pegang oleh pemimpin politik”. Keberadaan seseorang menteri dalam cabinet justru di pilih oleh “suara rakyat” dan rakyat berhak “menarik kerusi yang diduduki” menteri dengan sekelip mata. Ini terbukti dengan jelas, bermula dari PRU ke 11 dan 12, kerusi ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat,PKR sentiasa “membengkak dan membesar” dan fenomena ini mencemaskan degup jantung pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi Barisan Nasional.Berbalik kepada manusia yang bernama Jaafar Rawas, beliau merupakan aktivisit Islam yang mempunyai koneksi dengan pemimpin-pemimpin Negara arab.
Sewaktu pemerintahan Tan Seri Mohamed Yacob, menjadi menteri besar,(kini sudah berada dialam sana), Pegawai Kedutaan Libya yang datang kekelantan dijemput dengan kereta buruk di lapangan terbang sultan ismail Putra di Pengkalan Chepa.Beliau menentukan peruntukan kewangan sekolah arab di negeri ini yang akan menerima bantuan kewangan dari Kerajaan Libya
Selepas mengadakan pertemuan dengan  Jaafar Rawas,(kini berada dialam sama) barulah wakil dari kedutaan Libya berkunjung kepejabat Menteri Besar,Kelantan, Tan Seri Mohamed Yaakob secara rasmi.
Menurut sumber allahyarham di”tegur” kerana melakukan perbuatan melanggar “protokal kerajaan membawa pegawai kedutaan tanpa memaklumkan kepada pihak penguasa kerajaan negeri. Menurut versi cerita,sejauh mana benar version cerita ini, sewaktu melawat Tripoly, Presiden Muaammar Ghadafi (kini juga berada dialam sana) memberikan layanan amat istemewa termasuk membenarkan kenderaan resmi kerajaan Libya, mengambil dan menghantarnya ke aiport
Dan yang lebih mengejutkan lagi beliaulah orang yang bertanggungajawab meletakkan nama  Parti Melayu Semangat 46, S46 ketika parti itu mulai ditubuhkan.Ini berlaku kerana beliau mempunyai hubungan akrab dan rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Manakala, lebih “mengejutkan” dan menjadi “breakingnews” beliaulah yang mencadangkan nama Tengku Razaleigh Hamzah, menerusi koneksi tertentu, agar Sultan Brunei melantik Kuli sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan Brunei setelah Ku Li tidak lagi berada dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamed, setelah tewas dengan gagah sebanyak 43 undi sewaktu mencabar kerusi Presiden UMNO, yang diduduki manusia keramat, Tun Mahathir Mohamed

Mejar Bersara Baharom Dollah

Tim Pengerusi MTRK Machang
Mejar Bersara Baharon Abdullah, asal Pulai Chondong Machang, anak saudara kepada Exco kerajaan negeri,dari Parti Melayu Semangat 46, Allahyarham Kapten Mohd Nor yang pergi kealam sana pada tahun 1996, yang menyebabkan berlaku kekosongan bagi kerusi dewan undangan negeri Pulai Chondong
Akibat kekosongan kerusi itu, SPR mengunumumkan pilihanraya kecil dikawasan itu dan Pas meletakkan calonnya, anak tempatan Zulkifli Mohamed melawan calon BN yang juga telah berangkat kealam sana pada tahun yang sama, bekas pegawai KESEDAR Abdul Rahman Hamzah,keputusannya berpihak kepada calon PAS
Aku masih ingat pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewanngan, orang kuat UMNO, turut berkempen dan singgah dirumah calon B-N ,makan malam disana
Pada malam pengumuman keputusan itu, selepas itu diumumkan, Pas memenangi kerusi itu,kira-kira jam 12 malam, aku melewati Pulau Chondong,memandu kereta AD Resort, yang berlogokan TV3, telah di”boo” oleh penyokong PAS, yang berada disebelah jalan raya sewaktu aku melintasi sekolah menengah abdul samad, Pulau Chondong
Berbalik kepada cerita Mejar Bersara Baharom Abdullah,59, aku mengenalo tokoh ini sewaktu belajar diMaktab Sultan Ismail.Aku pada waktu itu berada di tingkatan dua, manakala beliau,”senior” aku, beliau berada di tingkatan enam atas. Kami tinggal di asrama putera Maktab Sultan Ismail, guru asrama pada waktu itu, Raymond Hall, yang kita panggil “Ayah Hall”, beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Mr Ariff, aku difahamkan beliau “single” sampai keakhir hayat
Sejak dari tahun itu,aku tidak pernah berjumpa beliau, aku baru bertemu beliau pada tahun 2013,selepas membuat liputan berita, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, MTRK Kelantan buat perhimpunan bantahan terhadap  syarikat Air Kelantan Bhd gara-gara air kuning dikampung lubuk merbau, Pulau Chondong.Setelah selesai wawancara beliau menyatakan bekas pelajar Maktab Sultan Ismail dan tinggal di asrama putera Maktab Sultan Ismail pada tahun 1976. Setelah memerhati wajahnya, aku dapat mengimbas kembali dan ingatan aku dapat memutar kembali kenangan beliau bersama kawan akrabnya, Sukur Salleh, kini Pengawai Polis di Kelana jaya
Menurutnya, selepas menamatkan pengajian di Sultan Ismail College pada tahun 1976, beliau memasuki Royal Military CollegeRMC )sebagai Officer Cadet dan terus berada didalam ketenteraan dan dilantik sebagai Mejar pada tahun 1987 dan jawatan terakhir beliau dalam tentera, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran pada tahun 2006.Mendapat ijazah pengurusan perntadbiran( BBA) dari Open Universiti pada tahun lalu.Kini bergerak aktif dalam NGO, MTRK. Yang menyedihkan beliau mengatakan secara jujur MTRK “tidak pernah mendapat peruntukan kewangan dari UMNO atau kerajaan. Segala perbelanjaan, aktiviti sosial semua dilakukan “secara sukarela” dan terpaksa menggeluarkan “wang saku sendiri”
Tapi disebabkan, minatnya amat mendalam untuk membantu UMNO beliau meneruskan perjuangan sampai ketitisan”peluh terakhir
Dan bagi parlimen Macang dalam PRU ke 14 nanti, sekiranya PAS meletakkan calonnya, bukan calon PKR, kerusi Parliamen Machang, akan jatuh ke pihak pembangkang
Bagaimanapun beliau menjelaskan MTRK akan terus berjuang, sehingga habis-habisan bagi memastikan kerusi Parlimen Machang,”masih kekal milik” BN kerana BN hanya satu-satu parti pemerintah yang mampu berbuat banyak kearah meningkatkan status social-ekonomi rakyat di jajahan ini
Sebagai NGO beliau berkata, MTRK mempunyai potensi besar untuk membantu UMNO khususnya mendekati golongan “atas pagar” yang tidak begitu “jelira” terhadap pemimpin UMNO tempatan tetapi “berjelira” dengan UMNO
Golongan ini katanya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai kerajaan,pegawai sokongan kerajaan, usahawan, peniaga yang tidak mahu kelihatan sebagai activist parti tetapi jauh dilubuk hati terdalam mereka, ada ruangan kosong untuk UMNO
Justru beliau berpendapat, pimpinan UMNO baik di peringkat negeri maupun jajahan perlu dan lebih perlu, mendakatkan diri dengan golongan NGO
Paling minimal,NGO dapat digunakan pada saat-saat akhir PRU untuk memujuk saudara mara mereka untuk memberikan undi kepada calon BN yang bertanding, bagi MTRK yang penting calonUMNO harus dan mesti menang dikawasan yang mereka bertandingLebih jauh dan lebih dalam dari itu, pemimpin UMNO negeri Kelantan, perlu sedar dalam PRU ke 14 nanti, terdapat 5 juta penggundi muda, penggundi baru yang bakal menggundi dan dari jumlah itu, dianggarkan hampir satu juta dari anak-anak Kelantan, yang berada didalam dan diluar Kelantan
Apakah program mendekati golongan ini sudah dirancang oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri atau bagaiamana ?Masih menjadi tanda tanya. Yang jelas katanya MTRK bersedia untuk melakukan kerja besar ini termasuk mengadakan pelbagai program,Cuma yang menjadi permasalahan,”bantuan kewangan”. Untuk mencari penaja,memang merupakan satu kerja yang tidak mudah.Justeru itu, katanya pemimpin UMNO Bahagian perlu mengambil kira akan keberadaan dan kesediaan MTRK untuk membantu UMNO mendekati golongan ini

TENGKU MAHALEL
BEKAS PENGERUSI PROTON
Pertemuan aku denngan orang kuat Proton,suatu waktu tidak berjarak dulu bermula apabila diberi tugasan untuk membuat liputan berita, Tengku Malalel Thougt di Hotel Perdana. Aku seperti biasa mendengar takilmat yang diberikan,sebelum bersedia dan membuat persiapan bersama kameraman, untuk menghadiri sidang media selepas majlis itu
Didalam pemikiran yang diberikan Tengku Mahalel,apa yang aku dapat “tangkap”,  oatng Kelantan mempunyai jati diri yang tinggi dan  mempunyai semangat kenegerian yang tebal
Berdasarkan factor sejarah, sudah menjadi “tradisi” orang Kelantan suka berhijrah dan merantau. Ini terbukti diseluruh antero pelusuk Malaysia, akan ada “orang-orang Kelantan”yang melakukan pelbagai pekerjaan.Berangkat dari perniagaan kedai makan, restaurant atau apa jua jenis pekerjaan, aka nada orang Kelantan, mencari rezeki dan bagi mereka, meskipun berada di negeri lain, mereka akan merasa suka dan bergembira “bertemu” dengan orang Kelantan yang datang ketempat mereka. Berbicara mengenai “orang Kelantan” yang berada diluar, ada satu cerita benar,orang Kelantan ini(barangkali) mempunyai “ego” yang tinggi dan tidak mahu kalah
Seorang pengawai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, PKINK yang terpaksa menghadiri kursus, dinegara matahari terbit,Jepun.Kawan aku ini bernama Tahir,kulitnya agak hitam.sewaktu berada diTokyo, beliau menaiki “sub-way” untuk pergi ke Kedutaan Malaysia,kerana ada urusan disana
Didalam sub-way berkenaan, semua penumpang terdiri dari rakyat Jepun,Cuma ada seorang lelaki berkulit “sawo matang”.Didalam fikirannya manusia mesti orang melayu, tapi  disudut lain hati kecilnya berkata, manusia ini mungkin bangsa Indonesia atau Filipina atau lain-lain bangsa tapi dari ras yang sama.
Beliau lantas memberanikan dan terus bertanya, dalam bahasa Indonesia, “kemana kau,” katanya.Lelaki itu menjawab mahu ke station subway dihadapan. “Bekarja dimana kau,” katanya lagi.Lelaki itu kemudian menceritakan pengalamannya, dalam bahasa Indonesia, sudah lama berada di Tokyo. Dan sepanjang perbicaraan itu, beliau hanya mengangguk kepada mendengar cerita yang dituturkan dalama bahasa Indonesia. Setelah sampai ke station subway,kawan saya turun dan lelaki berkenaan pun turun sama.Masing-masing mempunyai destinasi yang sama.Lantas kawan saya bertanya, Negara asal di mana. Lelaki berkenaan, menjawab, Negara asalnya Malaysia. Kawan aku tiba-tiba terkejut dan sama sekali tidak menyangkan lelaki itu, teman segenagara, “Di Malaysia, dimana ?,” tanya kawan aku
Lelaki itu menjawab,”Kelantan”. Teman aku, ketawa besar lantas, berkata, “Kawe pun orang Kelantan, kenapa tok royak ore Kelantan,” kata kawanku. Lelaki itu kemudia menjawab,”kenapa tak tanya dari awal tadi, kalu tahu demo orang Kelantan, kawe kecek Kelantan, bukan Indonesia,” kata lelaki berkenaan sambil ketawa.
Itulah sketsa hidup, cerita benar yang berlaku di Tokyo, membabitkan dua orang rakyat Kelantan, yang suatu ketika berada di bumi,yang kemudian bersahabat dan menjadi kawan yang akrab.Berbalik kepada cerita Tengku Mahalel, beliau menjelaskan, orang Kelantan pada umumnya yang berada di Kelantan, melakukan pekerjaan sendiri, self employed, berbanding dengan negeri lain, jumlah rakyat Kelantan yang “bekerja sendiiri”jauh lebih besar. Keadaan ini menyebabkan, golongan ini lebih “bebas” dan tidak terikat dengan peraturan kerja berbanding dengan mereka “makan gaji” yang bekerja disektor kerajaan ataupun swasta
Keadaan ini katanya, menyebabkan mereka bebas untuk memilih. Dari segi politik, pemikiran golongan ini,terlalu bebas dan lepas, mereka memilih pemimpin berdasarkan gerak hati kecil mereka. Ramai dari golongan ini, selesa dibawah pentadbiran dan pimpinan ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bila “chemistry politik” ini sudah menusuk dan mengalir dalam diri dan darah mereka,tidak ada ubat untuk “mengubat” golongan ini
Selepas berbicara ditopik yang lain, mengenai kehebatan da keistimewaan rakyat Kelantan,tiba waktu menggemukan soalan.Tetamu yang hadir diberi peluang untuk bertanyakan soalan. Aku lantas mara kedepan, menuju kearah mikrofon dan memperkenalkan diri sebagai wartawan jaringan dari TV3 dan membuat liputan mengenai majlis ini melontarkan pertanyaan berbau dan bersalut politik.
“Apakah sdr setuju dengan pandangan saya, jika saya mengatakan dalam PRU yang akan datangaPRU ke 11, UMNO akan masih gagal dan tidak berupaya merampas kuasa politiek dari PAS berdasarkan fakta di negeri ini terlalu ramai golongan self-employed berbanding dengan negeri-negeri lain,” kataku padanya
Beliau dengan nada bersahaja, sambil tersenyum kecil menjawab bersetuju dengan pandangan aku. Selepas itu ada beberap tamu lain bertanyakan soalan. Selepas itu majlis selesai. Sebelum menghadiri majlis sidang media, beliau datang ke meja VIP dan aku pun hadir sama, selepas bersalam, beliau bertanya pada aku,”How  is my speech,” katanya lembut,aku lantas menjawab, “God damn good,”. “Oh. God damn good, very good remark, I never heard such a good remark’,katanya.
Kami lantas berbual biasa sehinggalah tiba waktu sidang media. Dan skrip berita yang aku tulis pada hari itu,disub oleh Zarina Harun, kini bertugas di TV9 dan disiarkan Bulettin Utama.Dan sejak dari hari itu, sehingga sekarang aku tidak pernah berjumpa dengan beliau lagi,Cuma apabila beliau membaca sketsa kecil ini, aku harap beliau ingat akan happening yang berlaku di Hotel Perdana dulu, bukan Hotel Perdana berwajah baru hari ini
Menerusi kawan aku, General Manager, Hotel Holiday Villa di Wakaf Che Yeh, En Saufi,kenalan baik dengan beliau, beliau seorang yang “hebat tentang kereta”. Beliau tahu “semua yang ada dalam enjin kereta”, dari a hingga ke z.
Tapi nasib tidak selalu menyebelahi beliau, apabila Pak Lah menjadi PM, kontraknya sebagai “leading man” dalam proton tidak disambung kerana PakLah ingin memasukkan orangnya yang mengakibatkan timbul kemarahan Tun Mahathir kepada Paklah. Kemarahan Tun Mahathir, kepada manusia tidak mengenang budi Paklah, pada akhir dan penghujung permainan politiek, Paklah di”nyah” dan ditarik turun dari kerusi Perdana Menteri dengan “tidak beradab dan kurang sopan”, “di”paksa turun” dengan cara hormat, kalau tidak UMNO akan terus, tergelunsur kebawah, dibawah pimpinan Pak Lah Ahmad Badawi dan menurut penganalisis tempatan, B-N akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam Parlimen dalam PRU ke 13, kalau dia tidak cepat-cepat turun dan melepaskan kerusi Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

DATOK KAMARUDIN
BEKAS SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU
Atau yang lebih dikenali dengan nama Abang Din, merupakan activist UMNO sejak dilahirkan dan sehingga sekarang, masih merupakan orang kuat Ketua Bahagian UMNO juga bekas setiausaha politik,PM, Datok Fatmi Salleh.
Abang Din kini kerap sarapan pagi dikedai china, bersebelahan Bangunan UMNO Kota Bharu, pada suatu pagi yang hening dan bening,aku telah pergi kerestauran itu untuk minum kopi dan terserempak dengan Abg Din, yang santai makan roti bakar mentega bakar
Beliau lantas memanggil aku  dan menawarkan secangkir kopi pahit(barangkali) dan aku seperti biasa menghulurkan tangan berjabat salam dan menghormati, beliau sebagai orang lama, orang tua,kini berusia 63, tapi masih belum mahu tua.Buktinya he doesnot look 63, he is younger than what he is today.
Cerita terbaru,cerita sedih, anak jantannya kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu.Meskipun terdapat “kecacatan dalam proses penggundian dan pemilihan” dan surat aduan dan bantahan telah dihantar, dan yang memilu dan menyedihkan, bantahan itu “telah dibangkulsampahkan”. “Ini lah UMNO, terpaksa terima hakikat,” katanya. Pemimpin atasan katanya akan bertindak dan mengambil tindakan,apabila ada “hajat tertentu”,katanya.
“Meskipun ada bukti, kalau mereka tak nak terima, akan ditolak,tapi kalau merekam”mahu seseorang pemimpin itu disingkir,”bukti kecil akan di perbesar-besarkan, akhirnya pemimpin yang hendak disembelih itu akan tersungkur dan jatuh dari pentas dan penggung politik UMNO, Katanya serius
Bagi masyarakat dan ahli UMNO Kawasan Kota Bharu, nama ini bukan sekadar sebuah nama, nama ini sudah menjadi mitos dan legenda kerana “kesetian dan kehebatan” ber main politiek dalaman UMNO Bahagian Kota Bharu
Aku mulai mengenai, manusia bernama abang Din ketika aku berusian tujuh tahun, ibu aku, yang mempunyai pertalian darah dengan Tan Seri Hussein Ahmad, kerap bertandang kerumah ayah sin di kampung pengkalan Pasir Mas.aku kerap melihat beliau bersama ayah sin, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, dan apabila aku menjadi wartawan, aku kerap berjumpa denga beliau dan bertanya khabar
Perkenalan aku dengan beliau,amat baik,aku menghormati beliau sebagai orang lama dalam UMNO dan beliau menghormati aku sebagai wartawan yang dikatakan tahu banyak tentang “berita-berita politik” Kelantan, tapi disebabkan “off therecord story” ianya tidak dapat dihebohkan, apabila lagi untuk dibuat berita
Pertemuan aku dengan beliau, terbaru berlaku 10 Januari lalu,aku memaklumkan kepada beliau, aku sedang menggarap buku, pengalaman kewartawan aku selama lebih 22 tahun, dan aku berhajat ingin memasukkan beliau sebagai “sumber dan bahan” tulisan aku. Beliau mengatakan no problem
Dan berita terbaru, sewaktu beliau memegang jawantan Setiausaha UMNO Bahagian Kota Bharu, selepas BN tersungkur dan “terbumi hangus” dalam pilihanraya umum,22 Oktober 1990, dalam mesyuarat perhubungan UMNO,Tun Mahathir Mohamed, sebagai Presiiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan pada waktu itu, menyatakan dalam mesyuarat, UMNO Kelantan perlu mengambil masa, paling minimal 20 tahun, untuk merampas semula “kuasa politik” dari PAS,tapi pernyataan Mahathir itu banyak di pertikai oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri Kelantan
Akibatnya, Mahathir melepaskan jawatan itu dan menyerahkan kepada Tan Seri Annuar Musa. Anehnya, ramalan Tun Mahathir itu ternyata tepat. Kini sudah hampir 24 tahun, PAS memerintah Kelantan, UMNO Kelantan “masih belum jantan” untuk merampas kuasa politiek dari PAS.
Soalanya pertama aku kemukakan kepada Abang Din, “Dimana UMNO 50 tahun lagi”. Beliau dengan nada sinis berkata, kenapa 50 tahun,bukan 20 tahun,? Dia jawab pertannyaan aku dengan “pertanyaan yang sederhana bunyinya.
Kawan di sebelahnya,menyampuk, “mungkin tak sampai 20 tahun lagi UMNO memerintah,” katanya. Lepas tu,”UMNO akan menjadi seperti parto Golkar di Indoneseia, zaman Suharto parti itu merupakan parti terkuat dan memerintah Indonesia, tapi setelah UMNO, tersungkur parti itu juga turut tersungkur,” katanya lagi
Dalam hati kecil ku berkata, “apakah sememangnya begitu nasih pasri UMNO,” bisiknya lirih, tapi aku krang tahu persis.
Yang jelas PRU 14, akan menjadi PRU yang lebih hebat dari PRU ke 13 baru-baru ini
“Paknik, PRU ke 14, ada 5 juta peggundi baru, penggundi muda,”katanya pada aku
“Bayangkan apa akan jadi pada UMNO jika semua sokong pembangkang,” tambahnya lagi
“Tak usah, semua sokong pembangkang, separuh dari mereka sokong pembangkang akan meletakkan UMNO dalam keadaan tidak stabil stabil untuk memenangi PRU ke 14,” katanya lagi
“Apa ketua Pemuda UMNO sudah buat untuk mendekati golongan ini, mana program, blue print jangka panjang pergerakan pemuda UMNO untuk menyentuh dan menambat hati golongan ini, tolong ceritakan pada saya,Paknik,” katanya
“Soalan itu Khairy Jamaludin kena jawab,” kata ku selamba
Menurut beliau di negeri Kelantan, senario politik berbeda dengan negeri lain.dinegeri ini apabila calon BN dimuktamadkan dan poster gambar calon mulai digantung dan dipaparkan dikhalayak ramai, tiga jawapan akan di perolehi di peringkat akar umbi, khususnya dari pengundi neutral, atas pagar pengundi.
 
Pertama, mereka akan berkata, calon ini sombong, keluarga mereka sombong, keturunan mereka semua sombong-smobong, tak boleh pilih jadi pemimpin, kalau pilih simamat ini, nak jumpa pun susah,apalagi nak berurusan
Kedua,
Ketiga, siapa calon ni, calon bidang terjun, kita tak kenal dia, datang dari mana calon ini, kita tak boleh sokong, tak tahu prestasi dia, kita tak boleh sokong
Lalu pemimpin yang bagaimana akan memenuhi criteria sebagai pemimpin yang layak dan sesuai untuk dijadikan pemimpin
Abang Din mempunyai fahaman dan perspektif tersendiri, pemimpin yang bakal menambat hati rakyat ialah pemimpin yang tahu “denyut nadi” hati masyarakat diperingkat akar umbi, pemimpin yang mudah didekati dan kerap memberikan pertolongan dan bantuan kepada masyarakat
“Bukannya waktu pemimpin, yang datang dan pergi pada majlis-majlis tertentu yang sudah diatur programnya,” katanya tegas
Berbalik kepada pertanyaan spekulatif, dimana “posisi UMNO” dalam jangka masa 50 tahun lagi merupakan suatu pertanyaan yang relatif dan subjective. Yang mana jawapan yang dikemukan tidak mempunyai “kata salah dan kata betul”, kerana pertanyaan itu bersifat subjektif dan jawapannya saja sudah tentu bervariasi dan “berbagai-bagai”.
Soalnya, pada waktu,kita-kita semua sudah berada di”alam sana” samaada di Jannah atau di hawiah ataupun juga ditengah-tengah, “kita semua tidak tahu”, yang jelas “kita semua sudah berada di alam sana, alam yang sulit untuk diraba, alam yang hanya dapat diraba oleh mereka yang kasyaf.Untuk menjawap pertanyaan politik yang tajam dan meruncing itu, mudah saja, secara kalkulatif, dalam tempoh 50 tahun, bermakna UMNO akan menempuh 20 kali pilihanraya. Dan melihat kepada jumlah kerusi pembangkang, bermula dari PRU 12 dan PRU ke 13, didalam Parlimen semakin bertambah tapi masih belum cukup kuat untuk menumbang dan seterusnya “merampas kuasa politik” dari kerajaan Barisan Nasional,B-N. Ini suatu fakta yang tidak dapat ditolak sebegitu saja.
Secara implicit sejak mencapai kemerdekaan dari British dan B-N beserta parti komponen lain termasuk UMNO,MCA dan MIC, BN berada dalam zone selesa setiap kali PRU diadakan, kecuali PRU ke 12 dan PRU ke 13, BN gagal mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen
Keadaan ini berlaku kerana “wujudnya” tokoh, arkitek la nskap politik tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menubuhkan parti Pakatan Rakyat,PKR yang dalam jangka masa yang singkat sudah dapat memenangi banyak kerusi parlimen, PRU ke 12 PKR mampu menang 32 kerusi parlimen, tapi 6 dari ahli parlimennya telah keluar parti, menjadikan 28 kerusi PKR di Parlimen.
Dan dalam PRU ke 13 baru-baru ini,kerusi PKR menurun, dari 28 kerusi menjadi 21 kerusi, PKR kehilangan 7 kerusi parlimen dalam PRU ke 13, belum lama ini
Lalu bagaimana dengan PRU ke 14 nanti ? juga satu pertanyaan yang menggebu dan perlu diambil kira oleh pemimpin-pemimpin politik, khususnya pemimpin-pemimpin UMNO,yang ada dan seada-adanya(barangkali-justru tidak serius untuk membela nasib,bangsa melayu),khususnya yang mempunyai “nilai-nilai cosmetic-leader”, yang menggunakan UMNO untuk meraih kekayaan pribadi.
Ada juga pendapat ganas mengatakan, pembangkang di Negara ini tidak lagi menjadi kuat,PKR tidak lagi menjadi parti kuat,apabila (maaf,cakap) Datuk Seri Anwar Ibrahim,tiba-tiba berangkat, dipangil Yang Maha Esa, untuk segera mengadap Yang Maha Khalik, dialam sana, UMNO akan lebih selamat dan terjamin
Apakah benar andaian itu,kita semua masih samar dan kurang jelas.nm


MOHD ZAKI ZAINAL ABIDIN
EXCO PENYELIDIKAN-PERSATUAN PEGUAM SYARIE KELANTAN
Susuk tubuh, manusia bernama Mohd Zaki Zainal Abidin, 44,beranak tiga dalam dunia guaman syarie bukan sekadar sebuah nama malah “nama” ini sebuah nama yang besar dalam bidang perundangan syarie tanah air berkelulusan undang-undang universitiIslam antarabangsa-UIA. Kemudian melanjutkan pelajaran di university diLondon, kini sedang membuat PHD diUniversiti Malaysia Kelantan,UMK dibawah selian Prof Noorani Mustapha, melihat perkembangan politik tanah air pada masa kini berada ditahap kritikal
Transformasi politik yang didengung dan yang laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak,perlu lebih jelas dan lebih praktikal
Beliau yang mempunyai pengalaman 16 tahun dalam bidang perundangan syarie dan telah menyelesaikan banyak kes yang membabitkan Mahkamah Syarie, belum lama ini, bersama ahli jawatankuasa Persatuan Peguam Syarie Kelantan, telah melakukan kunjungan hormat kepejabat Menteri Besar Kelantan, Datok Mohamed Yakob, dan menyatkan pendirian persatuannya menyokong usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan “hukum hudud” dinegeri Kelantan
Hukum Hudud katanya perlu dilaksanakan di negeri ini kerana ianya “perintah allah” dan ianya wajib dilaksanakan di dalam masyarakat yang mempunyai dominasi umat Islam yang banyak. Hukuman hudud ini jika dilihat dalam jangka masa panjang ianya dijangka dapat menyelesaikan pelbagai masalah social yang berlaku di Negara tercinta, 1Malaysia
Ketika ditanya, apakah pernah ada “kes-hukuman hudud”, sewaktu Nabi memerintah Madinah dan memapplikasan pemerintahan Islam, beliau menjawab tidak ada. Tidak ada riwayat yang melapurkan pada zaman Pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. berlaku dan perlaksanaan “hukum hudud”.
Katanya pada zaman Nabi Muhammad, orang yang melakukan “kesalahan” secara sukarela mengakui kesalahan mereka dan membuat pengakuan dihadapan Nabi Muhammad dan memohon agar “dijatuhkan hukuman” kerana mereka lebih takut hukuman yang lebih berat diakhirat kelak
Tapi dalam konteks perundangan syarie modern ini, meskipun “pesalah mengaku” secara terbuka telah melakukan “dosa”(contohnya berzina) Mahkamah tidak boleh menerima dan menjatuhkan hukuman kerana “Mahkamah syarie” yang ada perlu “mendengar kes dan seterusnya” membicarakan kes mengikut prosedur undang-undang syarie yang ada.
Keadaan ini sama sekali berbeda dengan zaman junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dimana “tahap dan level keimanan” umat Islam berbeda dengan umat Islam di akhir zaman
Diakhir zaman ini, sulit malah tidak ada “umat Islam” yang telah melakukan kesilapan dan mengakui secara terbuka dihadapan mahkamah dan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengikut perundangan syariah terhadap “diri mereka” kerana mereka lebih takutkan Z”hukuman berat allah di akhirat kelak” !
Yang menarik dan istimewa,dengan peguam muda ini, selain mahir dalam perundangan Islam beliau juga dapat mempraktikan ilmu undang-undang diMahkamah Sivil. Ketika ditanya pengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang guaman, apakah pengalaman “manis” yang masih segar dalam ingatan sepanjang beliau mempraktikkan ilmu guamannya.Dengan nada sederhana beliau berkata, apabila kes yang dibawanya ke Mahkamah Rayuan, beliau memenangi kes itu. Kes itu membabitkan pembahagian harta yang sudah 40 tahun tapi dapat diselesaikan apabila kes anak guamannya, yang dibawanya menang di mahkamah rayuan.
Kes ini, membabitkan pembahagian harta pusaka yang membabitkan satu keluarga yang berterusan sampai ke generasi ketiga.

Berbalik kepada maqasid atau objektif perlaksanaan undang-undang syariah, jumhor ulama seluruh dunia kata Brother Zaki Zainal Abidin telah sepakat mengeluarkan kenyataan maqasid itu dibahagikan kepada lima antaranya untuk menjaga kepentingan agama,diri dan nyawa,keturunan dan maruah dan akal.
Ianya disedari atau tidak berkaitan rapat dengan perlaksaan hukum hudud, yang mana “hukum hudud” dan qisas telah menjadi ketentuan oleh yang Maha Esa.
Justru itu, katanya, sebagai penganut agama Islam dan mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dalam kehidupan yang serba sementara ini, umat Islam perlu menyokong dan memberi kerjasama kepada pihak pemerintah untuk melaksanakan hukum hudud
Dan berdasarkan kajian rambang yang dilakukan khususnya di Negara Arab Saudi, perlaksanaan hukum hudud sudah lama dilakukan dan kesannya amat besar kerana  indeks kejadian mencuri tidak banyak malah ianya menjadi teladan kepada orang lain untuk tidak terbabit dalam kegiatan mencuri keran jika tertangkap, pergelangan tangan mereka akan dipotong
Menurut Mohd Zaki, setiap umat Islam di Negara ini harus memahami “hukum hudud” yang diperintahkan oleh Yang Maha Esa adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tetap terpelihara dan terjaga.
Dipersimpangan ini beliau bersetuju dengan kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi syariah,Datuk Daud ,selepas majlis perasmian Bangunan Mahkamah Syariah di Tunjung baru-baru ini, yang secara jelas menyatakan Mahkamah Syariah di negeri ini sudah bersedia untuk membicarakan kes-kes yang berkaitan dengan hukum hudud
Cuma yang menjadi persoalan,apakah bahagian penguatkuasaan sudah bersiap sedia dari segi man-power, pendakwaan untuk membawa kes-kes yang berkaitan hukum hudud untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah
Sebagai peguam syarie yang tentunya bersifat professional,Mohd Zaki melihat dan menjangka rakyat di negeri ini memang menanti dan menyambut baik,perlaksanaan hukum hudud dilaksanakan dengan kadar segera


TAN SERI WAN AZMI HAMZAH
Aku berkesempatan bertemu dengan tokoh corporate tanah air, Tan Seri Wan Azmi Hamzah sewaktu berkhidmat dengan akhbar WATAN pada tahun 1986. Aku membuat liputan berita termasuk menghadiri sidang media anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur.Pada waktu itu tokoh-tokoh korporat anak Kelantan termasuk Tan seri wan azmi hamzah, nazmi salleh dan bekas datuk Bandar kuala Lumpur Nordin
Tokoh-tokoh korporat yang terdiri anak Kelantan, berasal dari Kelantan telah terpanggil untuk turut membantu UMNO, merampas kuasa politik dari kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah,APU, gabungan parti Pas dan Parti Melayu Semangat 46
Dengan lain perkataan, dengan adanya semangat kelantan, golongan ini secara halus dapat memainkan peranan, membantu UMNO, mempengaruhi penggundi agar memberikan undi mereka kepada calon-calon BN, bukannya kepada calon-calon parti pembangkang
Golongan ini secara sedar atau tidak (barangkali) mampu berbuat banyak mempengaruhi rakyat Kelantan, khususnya penggundi Kelantan, agar rasional dan tidak emosioanal sewaktu memilih calun apabila tiba waktu mengundi.
Mereka juga beranggapan dengan “kejayaan yang mereka capai”, berjaya dan sukses serta mampu menempa “nama” diluar Kelantan dan muka mereka kerap TV dan wajah mereka terpapar didada akhbar arus perdana, secara psikologi mereka melihat mereka mampu menjadi “alat” kepada UMNO untuk turut sama berkempen bagi pihak UMNO agar penggundi dalam pilihraya akan datang mampu menggubah lanskap politik negeri Kelantan dari pemerintahan PAS kepada pemerintahan berwajah baru,Barisan Nasional
Tindakan golongan ini berbuat demikian,(barangkali) ada hubungan kait dengan strategi politik dalaman UMNO,mencari kaedah terbaru untuk memastikan UMNO dapat menumbangkan kerajaan PAS dan memberi laluan baru kepada BN untuk memerintah semula setelah tersungkur, rebah dan “terhempas” kebumi dalam pilihanraya ngeri 22 Oktober 1990, yang mana dalam pilihanraya itu, kesemua 36 kerusi dewan undangan negeri Kelantan yang dipertandingkan UMNO kalah teruk, 36-0
Berbalik kedalam sidang media itu, Tan Seri Azmi Hamzah, yang mem baca teks yang disediakan antara lain berkata, kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Datok Nik Abdul Nik Mat “tidak mampu berbuat banyak kearah” mencerdaskan ekonomi negeri Kelantan dan peluang pekerjaan negeri Kelantan tidak seluas negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan B-N
Didalam teks yang dibacakan itu,berbunyi economic growth in Kelantan is very stagnant compared to the other states dan banyak lagi fakta yang dikemukakan untuk membuktikan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain
Selepas selesai membaca teks itu, wartawan diberi peluang untuk mengemukakan soalan dan aku pada waktu itu, mengemukakan soalan mudah dan simple, “tan sri, what do you meant by the word “stagnant”, Tan Seri Wan Azmi pada waktu, mendonggakkan muka dan memandang terus kearah aku, sementara wartawan lain yang berada disitu memandang kepada aku. Itu adalah assignment pertama aku dan barangkali, mereka terkejut dengan pertanyaan aku. Kalau polis, polis barulah aku ini
Aku masih ingat, pada waktu itu Tan Seri Wan Azmi Hamzah, dengan kaca mata yang tebal, tepat memandang kearah aku dan melalui gerak matanya beliau “tidak selesa” dengan pertanyaan aku itu barangkali. Kemudian aku melihat melihat, Tan Seri Wan Azmi Hamzah menolak mikrofon secara perlahan kearah Datok Nordin Razak, yang pada waktu itu berada disebelahnya. Datok Nordin kemudian memberi penjelasan, maksud “stagnant” dalam konteks politik Kelantan,pertumbuhan ekonomi Kelantan “slow”, perlahan dan tidak rancak
Maksud “stagnant” kalau di semak dalam Dictionary English Collin, bermakna “standstill”,tidak bergerak. Itulah barangkali “kekeliruan”, ketidak sengajaan” yang dilakukan penulis teks itu yang menyebabkan tokoh korporat,terkemuka tanah air “terjerat” dengan penggunaan kata “stagnant” yang sepatutnya tidak digunakan. Malah bagi menggantikan perkataan stagnant, ianya sepatut digantikan dengan “perkataan” economic growth is slower than the other states
Sidang media itu berlangsung di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur dan selepas itu pihak media dijamu dengan “tea dan snacks”, aku melihat Tan Seri Azmi Hamzah tidak pergi keruang jamuan sebaliknya berbicara dengan teman yang aku tidak kenali
Aku kurang tahu persis, samaada beliau masih ingat kepada “detik-detik masa lalu yang sudah berusia 20 tahun lebih”.aku tidak mengenali beliau dengan lebih dekat, tapi yang aku tahu, kawan aku, Nik Zainal Abdidin Nik Mansor,class mate di sekolah menengah sultan ismail Kota Bharu,SMSI,kelas kami 3Commerce1,1977. Kelas 3commerce1,merupakan kelas (maaf cakap)kelas yang terdiri dari pelajar-pelajar pintar,gabungan pelajar kelas peralihan khas,kelas khas dan pelajar china  dan melayu yang menetap dikota Bharu
Nik Zainal,lulusan Diploma in Library Science dari UITM,kini bekerja dengan anak syarikat milik Tan Seri Wan Azmi Hamzah,setelah bertahun berpisah sejak tahun 1977 “terserempak” dan berjumpa dengan aku dikedai kopi china Sun Hua, ditengah-tengah Bandar Kota Bharu

 DAIM ZAINUDDIN
MENTERI KEWANGAN
Aku berkesempatan bertemu dengan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan, ketika membuat liputan berita mengenai pembinaan jambatan Tendong, jambatan yang dikaitkan dengan nama Datok Paduka Ibrahim Ali.
Beliau diberi taklimat di Tingkat 12, di Jabatan Pembangunan Persekutuan,JPP sebelum pergi melawat tapak projek selepas mendengar taklimat.semasa mendengar taklimat itu, pihak media tidak dibenarkan masuk mendengar taklimat kerana “ianya” sulit dan pihak media “tidak sepatutnya” tahu, apa yang ditaklimatkan kepada Menteri Kewangan.
Aku pada waktu it, pergi kebelakang bilik taklimat mencari ruang dan sudut sesuai untuk menghisap rokok.setelah bertemu tempat aku terus masuk dan kebetulan ada kerusi,aku pun terus duduk.disitu aku dapat mendengar taklimat,tapi tidak jelas.
Tiba-tiba mata aku terpandang kearah pintu, aku memberanikan diri, menolak pintu secara perlahan dan aku terkejut besar kerana pintu itu tidak berkunci.Didetik itu aku dapat mendengar dengan jelas apa yang ditaklimatkan.aku meneruskan aktiviti “mencuri dengar taklimat” itu sehinggalah aku mendengar suara, yang bertanya, kenapa kos jambatan itu mahal sangat,dan aku yakin suara itu suara menteri kewangan daim zainuddin.
Selepas itu mendengar suara yang member penjelasan, jambatan itu mahal kerana ianya mempunyai empat lane dan pelbagai alas an lain yang diberikan
Takut aktiviti aku diketahui ,aku terus menutup pintu itu secara perlahan-lahan dan entah apa yang taklimatkan selepas itu, aku tidak peduli
Disisi yang lain, aku berkesempatan bertemu dengan daim zainudin,sewaktu beliau datang ke kota bharu, mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Bharu di Hotel Juita Inn, milik Datok Baharom(yang nama disenarai untuk calun BN bagi DUN Wakaf Bharu,pada pilinaraya 2004,tapi digugurkan atas sebab teknikal)
Aku pada waktu itu mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan peguam senior,Datok Wan Mustapha Wan Abdullah (kini telah berada dialam sana) kerana kerap menginterview beliau kerana beliau bekas Penasihat Undang-Undang PAS dan beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Kota Baharu Barat pada tahun 1959.
Beliau mempunyai “personel assistant”, Kak Yah yang tidak kalah hebat dan menarik raut wajahnya.
Aku sebelum itu, sudah tahu latarbelakang Daim Zainuddin, yang pernah membuat “Chambering” di Pejabat Datuk Wan Mustapha pada awal tahun 60an dulu.apabila aku mengetahui Daim Zainuddin berada di Juita Inn, aku lantas menalipon beliau.
Aku mencadangkan kepada beliau agar datang bertemu dengan Daim Zainuddin, lagipun sudah berpuluh-puluh tahun beliau tidak bertemu dengan Daim Zainuddin.Beliau bersetuju dengan cadangan aku.
Selang beberapa minit, beliau datang dan pada waktu itu,tea break.Beliau terus ke meja Daim Zainuddin,dan bersalam dengan Daim Zainuddin.aku pada waktu itu berada dibelakang datok wan Mustapha,tapi agak jauh,Cuma apa yang dapat aku dengarr,daim zainuddin berkata,”oh datok wan,” dan mereka berbicara ringkas.Kemudian datok wan Mustapha beredar.aku masih ingat pada waktu itu daim zainuddin, memakai t-shirt berkolar berwarna merah
Aku kurang tahu persis samaada datuk paduka daim zainuddin masih ingat pada happening ini, yang jelas memory aku masih dapat menggimbau happening ini.dan aku dimaklumkan sewaktu membuat chambering di pejabat datuk wan Mustapha beliau menggunakan “basikal unta” sebagai kenderaan untuk memudahkan beliau bergerak

PENASIHAT UNDANG-UNDANG PAS,DATUK WAN MUSTAPHA WAN ABDULLAH
Aku mulai mengenali dan berkenalan lebih rapat dan mengenai Datuk Wan Mustapha Wan Abdullah (kini sudahpun berada dialam sana) ketika aku membuat cerita mengenai perlembagaan dan undang-undang PAS yang membabitkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri PAS pimpinan,Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sebagai peguam berusia lanjut dan masih aktif dalam bidang guaman dan merupakan peguam terkenal pada awal tahun 60an di negeri Kelantan, beliau merasa bangga dan “happy” visualnya tiba-tiba terpapar dikaca televisyen di waktu puncak, Buletin Utama TV 3
Sejak dari itu, setiap kali aku datang ke pejabatnya, PAnya Kak Yah rambut rambut merah,kini mengidap penyakit kanser,sedang menjalani rawatan kimoterapi tahap satu dan dikatakan sudah “sembuh”, dan sudah mampu menjalankan tugas harian
Minuman kegemarannya, Nescafe susu dan aku sering dihidangkan dengan minumankegemarannya setiap aku kali aku datang ke pejabatnya dan beliau kerap menceritakan pengalamanya sewaktu belajar law di United Kingdom
Sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, beliau belajar di Penang Free School, di Pulau Pinang dan setelah tamat beliau berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri(SPN). Sewaktu belajar di United Kingdom, beliau mengenali Perdana Menteri,Tuanku Abdul Rahman Petra dan beliau berkawan rapat dengan Tuanku Abdul Rahman Putra
Bukti beliau rapat dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu, sewaktu beliau menjadi ahli parlimen kawasan Kota Bharu Barat pada tahun 1959, beliau telah menjadi wakil kerajaan Malaysia di bangsa-Bangsa bersatu
Dalam gambarnya yang diambil dalam suatu persidangan di Findland, tertulis United Nation, beliau sebagai perwakilan dari Malaysia dan menurut beliau, beliau merupakan satu-satu ahli parlimen, dari parti pembangkang,khususnya dari PAS yang mewakili kerajaan Malaysia di United Nation.
Menurut beliau,sewaktu berada disana, Tengku Azlan Shah yang pernah menjadi Yang Di Pertua Agung Malaysia,masih merupakan pelajar junior dalam jurusan undang-undang belajar disana tapi di university yang berbeda
Setelah pulang ke Malaysia dan menyertai parti PAS beliau diberi peluang oleh Presiden PAS pada waktu itu,Zulkifli………….untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Bharu Barat dan menang.Kemasukan ba
Ini adalah kerana “tidak ada peguam” pada wal tahun 50an atau 60an pulang ketanah air menyertai parti Pembangkang,PAS tetapi beliau PAS sebagai landasan perjuangannya. Meskipun terpinggir dan kawan-kawannya yang majoritinya menyertai parti PERIKATAN(umno) beliau tetap memilih lorong yang sunyi,sepi dan lesu
Beliau juga merupakan peguam pertama di negeri Kelantan yang menggunakan kereta Daimler sebagai kegunaan harian
Beliau secara jujur juga mengakui, didalam parti PAS pada waktu,wujud kem-kem tertentu yang mempunyai aliran dan fahaman,fikiran berbeda dengan pucuk pimpinan parti
Apabila Datuk Asri Haji Muda, mulai mengepalai PAS, beliau muai terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS sehinggalah beliau tidak lagi aktif dalam perjuangan PAS dan sebaliknya memberi tumpuan teradap bidang guaman sehinga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pengkalan Chepa. Rumahnya terletak di belajang Sekolah Menengah Faris Petra,(dulu dikenali dengan nama sekolah menengah sains pengkalan cheap
Meskipun beliau sudah lama meninggalkan PAS, tapi hubungannya yang masih baik dengan beberapa pemimpin PAS dan pegawai kerajaan, beliau pernah mendapat kelulusan tanah untuk melombong emas dikawasan hulu Kelantan, sekitar kawasan Dabong dan aku pernah dipelawa beliau untuk melihat kawasan lombong emas miliknya itu
Dan aku pernah pergi kekawasan itu, bersama anak buahnya, menaiki kenderaan pacuan empat roda dan aku ditunjukkan kesan-kesan perlombongan emas secara tradisional.
Kegiatan melombong emas dikawasan itu terhenti kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak beretika untuk ditulis. Dan sehingga hari ini, sejak kematianny, aku tidak tahu dengan tepat “status kawasan lombonng emasnya itu
Yang aku tahu, setelah dikafankan, beliau bersendirian dialam kubur dan menghadapi kehidupan sebenar,menurut perspektif agama Islam.sebagai umat Islam,sejak dari kecil,sudah difahamkan,setiap kita,akan di pertangungjawab terhadap apa yang kita lakukan didunia. Manusia pada hari itu, akan dibicarakan diMahkamah Keadilan Antarabangsa di hadapan Yang maha Khakik dan Maha Esa
Satu hal yang menarik, beliau turut memaklumkan kepada aku, Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin,kini dikatakan mempunyai wang yang banyak aduhai dan menerusi proxynya memiliki share di bank-Bank di Afrika(kebenaran berita ini aku kurang tahu persis), pernah membuat chambering di pejabatnya pada awal tahun 60an dulu
Beliau turut menceritakan kepada aku, bahawa kawan-kawanya pernah mencadangkan kepada beliau untuk meminta favour Tun Daim Zainuddin, selaku menteri kewangan membantunya mendapatkan saham di beberapa GLC,tetapi beliau tidak berbuat demikian.Tapi beliau tidak menyatakan sebab kenapa beliau enggan berbuat demikian. Barangkali ini persepsi aku, beliau is the man with the principle, never beg nobody to get quick and easy money. Mungkin beliau berpendapat untuk mendapat duit banyak, perlu menerusi effort sendiri, bukan meminta-meminta dan bukan menerusi “saham”. Tidak sebagaimana berlaku, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Menteri Kewangan “ramai sekali” kawan-kawan dekat yang mempunyai “hubungan terdalam dalam hatinya” mendadak menjadi kaya dengan sekelip mata
Malah dalam masa 24 jam Datuk Seri Anwar Ibrahim, mampu “membuatkan seseorang itu” menjadi jutawan dalam sekelip mata ! cerita ini bukan dongeng dan mitos,aneh ramai kalangan pemimpin UMNO yang pada waktu itu tidak menolak kebenaran cerita ini, justru itu Tun Mahathir yang sudah tahu “kerusi perdana menterinya”terancam dan terguncang dengan kehadiran arus dan gelombang serta pengaruh dalaman, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil “tindakan cepat” dan serta merta, memecat DSAI dari jawataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan member alas an DSAI “peliwat” kelas berat
Dan sebab pemecatan beliau kita semua tahu dengan jelas. Tun Mahathir selepas itu mengambil semula jawatan Menteri Kewangan dan memegang jawatan itu sehingga berundur dengan hormat, melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Paklah

PEMANGKU KETUA UMN BAHAGIAN TUMPAT DATOK ROSDI ABDUL AZIZ
Manusia bernama Rosdi Abdul Aziz, seorang kontraktor Berjaya antara 21 calon BN yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri yang di pertandingkan dalam Pilihanraya Umum 2004. Aku mulai mengenali beliau sewaktu membuat berita mengenai seorang pemuda, berusia 25 tahun, terjatuh dari pokok durian,patah tulang,miskin dan tinggal seorang diri di rumah kayu usang,diwakaf bharu
Setelah berita itu di letupkan didalam Buletin Utama TV3, pada malam itu, visualnya bersama mangsa dan wawancara tersiar, aku dimaklumkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Menteri Kebajikan Masyarakat pada waktu, Datuk Seri Shahrizat Jalil, telah menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan mengarahkan “bantuan dan pertolongan segera”diberikan.
Keesokkan harinya, aku dimaklum sdr Rosdi Abdul Aziz, pegawai kebajikan Masyarat beserta jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri akan datang melawat mangsa. Setelah mendapat kelulusan dari Bilik Berita TV3, Sri Pentas, untuk membuat assignment follow up story, aku bersama jurukameraa bergegas kerumah mangsa
Sewaktu tiba disana, aku melihat, rombongan pegawai dari dua jabatan itu, membawa hamper,dan bekalan makanan termasuk biskut dan minuman botol untuk dihadiahkan kepada mangsa. Setelah selesai kameraman merakam majlis bantuan dan menginterview Datuk Rosdi Abdul Aziz dam pengawai berkenaan, aku dimakulmkan Jabatan kebajikan masyarakat telah meluluskan “serta merta” bantuan bulanan rm300 kepada mangsa
Sewaktu berjalan pulang Datok Rosi Abdul Aziz memberitahu aku,”kuasa media,khususnya TV3 amat luar biasa dan hebat”,hanya dengan “menyiarkan cerita pedih,luka dan derita itu, jabatan kebajikan masyarakat mengambil tindakan segera dan meluluskan bantuan kepada pesakit malang itu
Beliau juga berkata, kalau tidak dengan bantuan TV3, pesakit berkenaan tidak akan mendapat bantuan bulanan RM300 yang diluluskan serta merta
“Demo ni, Karam Singh Walia Kelantan, banyak jasa kepada masyarakat”, katanya pada aku. Aku hanya seperti biasa,tersenyum dan batuk-batuk kecil mendengar pujian melangit dari seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat
Sejak dari peristiwa itu hubungan kami menjadi semakin akrab dan bertambah rapat. Beliau tidak akan teragak-agak untuk menalipon aku pada waktu malam untuk memaklumkan aktiviti, kegiatan social dan keagaman
Dan sampai kedetik ini hubungan kami masih rapat, meskipun dua kali kalah dalam PRU ke 12 dan ke13 kepada kawan aku, Datok Abdullaah Mat Nawi bagi kawasan DUN Wakaf Bharu, beliau tetap berada didalam permainan politik kawasan DUN Wakaf Bharu
“Soal kalah menang, itu nombor dua, yang penting kita sebagai pemimpin politik,harus meneruskan khidmat,membantu golongan yang memerlukan pertolongan, dalam dunia politik, kegagalan hari ini kejayaan tertunda untuk hari esok,kita Cuma perlu kuat menahan diri dan banyak bersabar, lihat saja Tun Mahathir,zaman Tuanku Abdul Rahman, menjadi Perdana Menteri, gara-gara berani mengkritik beliau dipinggirkan dan masih mampu dan Berjaya membuat coming back  dalam politiek UMNO dan Berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat  dan Berjaya “membuatkan malaysia menjadi negara modern dan dihormati oleh Negara-negara Islam lain yang ada didunia pada hari ini
Dan dalam PRU ke14 yang bakal berlansung banyak tahun lagi, beliau yakin untuk kesekian kali mampu merampas kerusi dari wakil rakyat PAS kawasan itu dengan alasan “kekalahan tipis” dalam PRU lalu sudah mengajar dan menghajar beliau, “erti dari sejumlah makna”perkataan politik
Alasan lain, gerak kerja sudah di upgradekan, kerja mengenal pasti penggundi luar dan “mengUMNOkan” penggundi muda, sudah giat dilakukan dan dalam PRU 14 nanti, beliau yakin kerusi Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu akan dirampas dan menjadi milik Barisan Nasional,BN.
Jika spekulasi ini benar ini bermakna,B-N Kelantan Berjaya menambah satu kerusi DUN,mengekalkan kemenangan 12 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRU ke 13 yang lalu, menjadikan BN mempunyai 13 kerusi di dewan undangan negeri, dengan lain perkataan,BN Cuma perlu menang 12 kerusi lagi untuk menumbangkan kerajaan PAS yang sudah memerintah Kelantan hampir 25 tahun. Untuk merampas kuasa politik dari PAS dalam PRU ke 14, Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, perlu mengubah strategi politik yang usang dan lapuk, sudah tidak sesuai tidak sesuai untuk diguna pakai dalam PRU ke 14. Tokpa perlu menggunakan “kuasa veto” yang ada, bermula sekarang secara senyap dan diam,”sudah mengenalpasti calon-calon B-N yang bakal bertanding dalam PRU ke14, dengan kaedah seumpama ini,calon-calon sudah boleh “melakukan gerak kerja dari peringkat umbi”, bukannya membuat pengumuman calon saat akhir PRU,tujuannya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini, perebutan “untuk menjadi calon” dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dan bagi mengelak kejadian “cas keting”, tikam dari belakang.

DATOK SUNNY ONG
Nama Datok Sunny Ong, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar dalam politik di negeri Kelantan, tetapi nama ini cukup harum, mekar dan segar dikalangan anak-anak yatim, beragama Islam dan tidak Islam kerana jasanya amat banyak membantu golongan prihatin, dhaif dan miskin di negeri Kelantan
Meskipun berbangsa China, dibesarkan dalam lingkungan dan persekitaran banga melayu, masyarakat melayu Islam di negeri, beliau lebih senang bertinteraksi dan bergaul dengan masyarakat melayu di persekitaran pejabat dan kediamannya
Hubungan masyarakat, public relation dengan pemimpim UMNO dan PAS di negeri Kelantan tidak membuatkan beliau “janggal” dan kekok untuk berada didalam majlis yang dihadiri pemimpin yang berbeda fahaman politik kerana beliau tahu,masing-masing pihak, baik pemimpin UMNO maupun PAS,masing-masing berjuang untuk membela dan membantu rakyat di negeri ini
Saya mulai mengenali beliau sebagai kawan,apabila membuat liputan berita terhadap operasi bahagian penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, menyerbu Hotel Square Point, miliknya yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, kini telah di ubah suai menjadikan Kolej Politeknik Mara
Disebabkan sikap dan sifatnya suka melakukan derma, member bantuan bulanan termasuk beras,gula,susu dan keperluan lain kepada sekolah dan pusat anak yatim di sekitar Bandar kota bharu, menyebabkan jiwa bawah sedar saya terpanggil untuk mendekati dan seterusnya menjalinkan hubungan akrab dengan pemimpin bukan Islam, tetapi mengamalkan budaya Islam membantu masyarakat Islam yang dhaif,miskin dan memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan survival hidup
Saya mulai mengenali sejak tahun 1996 dan sekali waktu kalau ada kelapangan waktu, kita akan berbicara tentang kemanusiaan,kehidupan,politik dan apa jua topic yang menarik untuk dibincangkan.
Sebagai manusia yang “berada dan barangkali, cukup dengan sikit” dan suka melakukan aktiviti kemasyarakat, beliau secara jujur, menyatakan pada saya, sehingga hari ini beliau mempunyau 1 ribu anak angkat termasuk yang beragama islam dan buddah
Mereka ini akan mendapat bantuan peralatan persekolahan, uniform sekolah, khususnya menjelang sesi persekolahan pada awal Januari setiap tahun
Sumbangan yang diberikan itu hasil keuntungan perniagaan yang dijalani dalam tempoh setahu. Dengan kata lain, beliau turut menyumbangkan bantuan kewangan (bukan dalam bentuk zakat) kepada pelajar miskin yang pendapatan ibubapa mereka kurang dari paras miskin tegar
Sumbangan itu dlakukan secara jujur dan ikhlas, kerana ianya sudah hampir sepuluh tahun dilakukan. Pada hari Raya Aidiladha tahun lalu bertempat diKB Mall, Kota Bharu, sebelum dijamu dengan Majlis Berbuka Puasa, seramai 200 anak yatim dari Sekolah Anak Yatim Taman Sabariah, di Pengkalan Chepa dan beberapa pusat anak yatim disekitar Kota Bharu,diberi kebebasan memilih pakaian Hari Raya dan masing mendapat “angpau rm50” dalam sampul dari manusia yang bernama, Datuk Sunny Ong
Sepanjang terbabit dalam aktiviti social secara percuma dan membantu golongan miskin, khususnya  anak yatim disekitar Bandar kota bharu dan kawasan luar Bandar Bandar, beliau telah melawat satu pusat anak yatim persendirian, serba dalam keadaan dhaif dan kekurangan dari segala aspek.
Beliau lantas member jaminan akan membantu dan membeli beras,susu,gula dan keperluan harian bagi tempoh sebulan  dan sampai kedetik in sehingga buku ini ditulis. Bantuan itu tetap disalurkan
Menurutnya bantuan itu memang datang dari lubuk hati terdalam dan ianya tidak mempunyai apa-apa niat dan tujuan serta ianya bebas dari unsure-unsur politik
Alasan utama kenapa beliau sanggup menghabiskan wang beratus ringgit bagi kerja amal itu adalah kerana beliau juga datang dari keluarga yang susah
Terpaksa menggunakan basikal,mengayuh basikal berbatu-batu untuk sampai kesekolah dan pada waktu itu beliau berjanji dengan dirinya,apabila besar kelak dan Berjaya dalam bidang kerjaya yang diceburi beliau akan membantu golongan yang luka,duka dan dibalut kemiskinan bagi memastikan mereka juga akan Berjaya dalam kehidupan dan penghidupan
Dan TV-Alhijrah menerusi berita TV-Al Hijrah telah menyiarkan aktiviti social beliau ketika memberikan pakaian kepada anak-anak yatim piatu di KB Mall,dua tahun lalu
Soalnya, berapa ramaikah dikalangan “datok-datok” anak Kelantan,yang tidak bermain politik,tapi mempunyai wang berjuta-juta ringgit dalam bank sanggup melakukan kerja-kerja amal sebagaimana yang dilakukan oleh manusia bernama Sunny ini ?
Berangkat dari niat yang baik, membantu golongan yatim piatu, businessnya setiap tahun meningkat dan memuncak
Meskipun bukan beragama Islam, tentunya tidak rasist,sumbangan yang bukan berbentuk zakat, tapi membantu golongan anak yatim, terbukti member kesan yang besar kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan membantu, anak-anak yatim
Sebagai anak Kelantan yang dibesarkan dalam masyarakat melayu Kelantan, memahami dan mengerti denyut nadi dan selera, golongan yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, Datok Sunny, bagi masyarakat China, dikota Bharu, yang berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan tidak segan silu, untuk bertemu,berjumpa dan memohon bantuan dari beliau
Dikalangan masyarakat china, beliau dipanggil Don Sunny,bagi kanak-kanak yang nakal kalau di Italy disebut,The God Father
Melihat disisi yang lain, Datok Sunny telah lama,menterjemahkan konsep 1Malaysia sebagaimana yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak empat tahun lalu
“Bagi saya, Melayu,China,India,Siam dan kaum etnik yang berada di Negara tercinta 1Malaysia sama saja,masing ingin hidup aman,damai dan sejahtera.Jika ada dikalangan mereka yang memerlukan pertolongan kita harus memberi bantuan kerana sudah menjadi tanggungjawab sosial,kepada kita yang Berjaya membantu golongan yang memerlukan,” katanya kepada aku sewaktu menghadiri Majlis Makan MalamChinese New Year,dikediamanya baru-baru ini
Turut hadir pada majlis itu, bekas Pengarah Jabatan Pembangunan dan Persekutuan,JPP Kelantan, Datuk Shukri, kini Ketua Pengarah MOU di Pejabat Kementerian Kewangan, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan,Perpaduan Masyarat dan Pembangunan Usahawan, Datok Haji Anuar Tan Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datok Mazlan Mohd Lazim dan beberapa orang kenamaan negeri dan tidak ketinggalan pihak media dkelantan, dari Nanyang Siang Pau, Sin Jew Jit Poh,China Press,TV9,The New Straits Times, Berita Harian dan TV Al-Hijrah

DATOK PROF RADZUAN CHE ROS
NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Universiti Malaysia Kelantan,UMK yang ditubuhkan lima tahun dulu, merupakan sebuah universiti yang lahir dari produk dan janji-janji politik kerajaan BN dalam pilihanraya 2004 ,10 tahun lau.Meskipun gagal merampas kuasa politik dari kerajaan PAS, disebabkan janji-janji politik itu sudah termasuk dalam Manifesto Barisan Nasional, dalam pilihanraya, kerajaan B-N secara terpaksa menunaikan “janji-janji politik” kepada rakyat Kelantan bahawa BN sangat terok. Parti politik dan mengkotakan janji-janji politik yang dilontarkan kepada rakyat negeri Kelantan.
Yang anehnya, pada awal penubuhannya, sudah berlaku “perebutan tapak” dan lokasi kampus itu. Tan Seri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan akhbar, tapak UMK akan berada dalam kawasan Parlimen Ketereh manakala Datuk Dr Awang Adek Husin mengatakan “kampus UMK” sesuai untuk berada di Parlimen Bachok manakala Datuk Mustapha Mohamed, mahukan kampus UMK turut berada dikawasan Parlimen Jeli
Dan hari ini,Kampus UMK ada di Pengkalan Chepa, di Bachok dan juga diJeli. Keadaan ini dilihat secara professional, sama sekali tidak mencerminkan “sebuah universiti yang mempunyai imej antarabangsa. “. Menurut seorang professor yang enggan namanya disiarkan, sebuah kampus university yang baik, mesti mempunyai keluasan kampus berpuluh ekar, barulah “imej dan identity” kampus universiti itu sama level atau on par dengan universiti-universti kerajaan yang lain atau universiti diluar negara
Tapi disebabkan, pertimbangan politik, pertimbangan orang politik yang mempunyai kepentingan tertentu dan diri sendiri, telah menggunakan “kuasa politik semaksimal mungkin” untuk merealisasikan cita-cita pribadi mereka
Berbicara tentang kampus UMK, berdasarkan sumber, classified information, istana Kelantan, telah menyediakan 30 ekar tanah untuk dijadikan kampus UMK, tetapi lokasinya dikawasan Parlimen Gua Musang tetapi “tawaran itu” ditolak kerana factor politik, jika UMK diadakan di Gua Musang, manusia yang mendapat political mileage bukanya Datuk Seri Mustapha Mohamed tetapi Tengku Razaleigh Hamzah
Keadaan sedemikian tidak patut berlaku dan jalan tengah perlu diambil, hasilnya UMK kini mempunyai tiga kampus, di Pengakalan Chepa, Bachok dan Jeli
Berbicara tentang UMK, NC, Datuk Redzuan Che Ross, memang mempunyai “idea, pemikiran kretif” bagi meningkat dan memertabatkan nama UMK di peringkat antarabangsa.Kini meskipun berusia setahun jagung berbanding dengan university tempata yang lain, UMK dalam waktu singkat telah banyak melakukan kerjasama dengan university-universiti berprestij di luar Negara
Satu hal yang menarik tentang, Datuk Prof Radzuan Che Ross, beliau telah berjaya melakukan anjakakan paradigma, dalam pemikiran anggota senat UMK. Beliau telah membuka peluang kepada mereka yang mempunyai Diploma dan mempunyai pengalaman kerja selama 15 – 20 tahun, untuk membuat Master in Business Administration, MBA di UMK
Hasilnya, kini, pada penghujung tahun ini UMK  akan melahirkan “first badge”graduan MBA seramai 25 graduan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan kerjaya berbeda akan meraih gelar sarjana  pada penghujung tahun
Dalam konteks kelonggaran syarat kemasukan untuk program sarjana, university tempatan lain perlu menggunakan pendekatan yang dilakukan UMK, meskipun tidak mempunyai degree untuk membuat sarjana, seseorang itu dikirakan layak dan setaraf dengan pemegang degree untuk membuat sarjana, asalkan mereka mempunyai diploma dan mempunyai pengalaman kerja antara 15 hingga 20, pantas diberi peluang untuk membuat sarjana, master dalam bidng yang telah lama diceburi individu
Bagi beliau pengalaman kerja 15 hingga 20 tahun, itu sudah memadai untuk meletakan pencapaian akedemik pemohon setaraf dengan pemegang ijazah, sewaktu mereka memohon untuk membuat sarjana di UMK
Lebih jauh dan lebih dalam dari itu,Datok Prof Redzuam, memang mempunyai pemikiran yang jauh kehadapan untuk memajukan UMK ketahap yang lebih tinggi.Meskipun baru berusia setahun jagung, jumlah kemasukan pelajar yang bertambah setiap tahun membuktikan UMK sebuah kilang manusia yang mampu melahirkan “produk-produk manusia” yang berkualiti dan setanding dengan mana-mana university” tempatan yang lain

RAHMAN MJ EVENT AND MANAGEMENT SDN BHD
Aku pertama kali bertemu dengan manusia bernama Rahman MJ atau nama glamour Manja, pemilik syarikat MJ Event and Management pada seawal  Oktober 2012, ketika hadir majlis makan siang bersama kakitangan Majlis Agama Islam Kelantan,MAIK di restoran nasi ulam Che Gu, (kini juga telah berada dialam sana) berhadapan dengan Istana Baru, berhampiran Masjid Muhammadi sebagai persedian awal untuk membuat liputan berita bagi TV Al-Hijrah
Beliau datang ke majlis makan siang agak terlambat kerana flight yang dinaiki KL-KB agak terlewat kerana masalah “sama”,technical problem.
Majlis Makan Siang tidak formal itu diadakan bagi merai mereka-mereka yang terlibat dan memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan ekspo MAIK 2012, sempena genap 100 tahun penubuhan MAIK
Yang menghairan dan menjadi tanda tanya aku, siapakah manusia yang bernama RahmanMJ @ Manja ini sehinggakan terpaksa menunggu beliau untuk dimulakan majlis makan siang itu
Sebaik beliau tiba, majlis makan siang itu sudah bermula lima minit kerana “perut” kebiasaannya bila lapar tidak dapat menunggu,baik didalam apa perjuangan pun, perut perlu diisi dulu
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, beliau adalah key-man, master-man yang bertanggungjawab menguruskan Ekspo MAIK 2012,sehingga Berjaya.
Dan pertemuan kali kedua dengan manusia ini berlangsung selang beberapa hari selepas majlis makan siang.Kali ini bertemu didalam Mesyuarat di Pejabat MAIK yang dipengerusikan Timbalan Yang Di Pertua MAIK,Datok Kamarudin Mohd Zain.fffff
Dan pertemuan selanjutnya berlaku ketika aku membuat liputan berita mengenai Majlis Pelancaran Ekspo MAIK, yang berlangsung selama 40 hari di Istana Kubang Kerian.
Sultan Muhammad ke lima telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Ekspo MAIK 2012, yang pertama kali diadakan dan ianya menjadi “acara bersejarah” kerana ia diadakan didalam kawasan Istana Kubang Kerian
Selepas majlis itu, aku berjumpa dengan manusia yang bernama Manja dan kami mengambil masa untuk berbual dan berbicara lebih lanjut tentang perancangan dan Perlaksanaan Ekspo MAIK 2012.
Sambil minum the tarik digerai dan merokok,kami saling berbual tentang pengalaman kerja dan beliau secara terus terang menyatakan projek ini memerlukan masa yang panjang untuk, perlu focus kerana projek ini membabitkan instituisi di Raja Kelantan.
Beliau mesti memastikan keadaan dan perancangan yang diatur berjalan lancar sebagaimana yang di rancangkan oleh MAIK
Selain harus memastikan kebersihan kawasan istana dan keselamatan barang pameran terjamin beliau juga harus “memastikan” penggunjung ekspo MAIK, berpuas hati dan tidak kecewa melihat pameran yang dipamerkan dalam dewan Istana Kubang Kerian
Beliau menjelaskan, bagi melaksanaka perjalanan EKSPO 2012, beliau juga telah membuat research dan kajian yang lebih mendalam bagi memastikan “excellency” EKSPO MAIK 2012 tetap berada di tahap yang lebih memuaskan
Tambah lagi, EKSPO seumpama ini, merupakan satu lembaran sejarah baru dan belum pernah ada dimana-mana istana yang ada di Negara member “kebenaran” untuk diadakan EKSPO didalam kawasan Istana
Sultan Muhammad kelima,selaku Ketua Agama Negeri Kelantan melihat dari perspektif berbeda dan menurut manusia bernama Manja, apa yang dilakukan Sultan Muhammad kelima patut di contohi sultan-sultan lain yang ada di Negara ini
Pendekatan seumpama ini katanya dapat mendekatkan Raja dengan rakyat dan rakyat akan merasa gembira apabila diberi peluang untuk memasuki istana dan menikmati pemandangan keindahan istana dan mereka dapat bergambar didalam kawasan istana
Dengan lain perkataan, Sultan mereka akan tetap bertaktha didalam hati mereka dan akan terus membela “instiitusi Raja” apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menghina Raja-Raja Melayu dan melakukan cubaan untuk merosakkan imej “kesultanan melayu” di Negara yang majoritinya berbangsa Melayu
Yang menjadi tumpuan dan menarik perhatian rakyat negeri ini untuk datang dan berkunjung ke Ekspo ini kerana disini, mereka dapat melihat dengan lebih dekat bahan-bahan,tinggalan sejarah Islam,seperti Pedang Nabi Muhammad s.a.w, replika rumah Nabi Muhammad s.a.w,tombak zaman kegemilangan kerajaan Othmaniah, pakaian baju besi, kitab-kitab lama dan pelbagai “barang kesenian Islam”,bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah kepada kerajaan Othmaniah,Turki
Menurut Rahman MJ @Manja, idea untuk membuat “historical event”, dilontarkan sewaktu menghadiri meetingdengan pegawai-pegawai MAIK dan “ideanya” ini telah dipersetujui dan diangkat kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad kelima untuk mendapat perkenaan baginda.
Apabila Baginda member perkenaan, kerja-kerja perancangan, penjadwalan tugas dan pelbagai kerja-kerja lain yang berkaitan dengan EKSPO mulai diatur dengan teliti.
Kerja pembinaan pentas, lay out,lighting dan banyak lagi kerja-kerja technical berkaitan dengan “event and management” terpaksa dilakukan
Menurutnya, beliau mengambil masa selama sebulan untuk membuat persiapan dan seterusnya menterjemahkan,apa yang dirancangkan pengurusan MAIK kealam realiti
Yang lebih menarik tentang EKSPO MAIK 2012, pihak penganjur dengan kerjasama MAIK telah menyediakan 20 tapak gerai untuk “saudara baru Islam” menjalankan perniagaan dan menacari rezeki sepanjang  EKSPO MAIK 2012 berlangsung
Berdasarkan feed back yang diterima, hasil jualan harian mereka ialah RM300 sehingga RM600 dan “mereka” amat bersyukur dengan adanya ekspo seumpama ini
Malah mereka berharap lebih banyak dan lebih kerap ekspo seumpama ini diadakan kerana member peluang untuk menjalankan perniagaan makanan tradisional mereka
Antara saudara baru yang terbabit dengan urusan perniagaan makanan tradisioanal terdiri dari pelbagai bangsa termasuk dari Ghana,India, Bangladesh,Thailand, Filipina dan China
Berdasarkan pengalaman yang ada pada sdr RahmanMJ ini, sebagai wartawan yang sudah hampir 20 tahun,bergelut dan bergulat dalam bidang ini, aku tidak pernah melihat kejayaan usahawan muda,berbangsa melayu didalam bidang management and event sebagaimana yang di raih sdr RahmanMJ.
Justru aku beranggapan tidak menjadi kesalahan dan melanggar etika kewartawanan sekiranya aku mencadangkan kepada pihak “istana-istana dan Raja-Raja Melayu” yang ada di Negara ini “menjadikan kawasan istana sebagai tapak EKSPO dan syarikat RahmanMJ pantas dan sesuai untuk menggendali,coordinate the event dan sekaligus dipertanggungjawabkan untuk menjayakan ekspo berkenaan.
Lagipun sebagai,”pemain”, player yang sudah banyak kali menjayakan event-event besar ini, RahmanMJ mampu berbuat lebih banyak untuk menjayakan ekspo yang membabitkan pihak-pihak istana di Negara ini
Secara implicit dan dilihat dari sudut,psikologis, jika ekspo atau pameran  diadakan di kawasan istana dengan kerjasama kerajaan negeri atau kerajaan pusat ini secara halus dapat memberi “nilai-nilai edukatif” “pihak istana juga turut terbabit dan terlibat dalam arus globalisasi arus perdana menyokong kerajaan.
Instituisi Di Raja pada kacamata rakyat dilihat turut sama, bekerjasama dengan kerajaan dan yang lebih relevant Istana akan tetap bertakhta di hati rakyat

PROF ZAMRI JAAFAR,PPENGARAH UNIVERSITI ZAINAL ABIDIN, UNIZA,
Aku mengenali sosok tubuh ini,the thinking animal, ya ng mempunyai pemikiran jauh kehadapan, pemikiran diluar kotak, berbanding dengan “mereka” yang mempunyai banyak “tajuk” didepan nama, tapi “tidak mempunyai banyak “makna” untuk melestarikan pemikiran bangsa melayu.
Dalam dunia intelektualitas hari ini, khususnya dimenara gading, naik diIPTA atau IPTS,prof yang mempunyai phd hanya menyelengara dua pelajar saja dalam satu tahun dan ianya sudah menjali amalan lapuk dan kuno
“Sepatutnya, mereka ini menyelengara 20 mahasiswa yang ingin membuat phd, barulah kita 1Malaysia akan lebih bertambah maju dari segi pemikiran,” katanya ketika bertemu di Lobi Hotel Renaisance, belum lama ini
Manusia ini, adalah bekas pelajar sultan Ismail College, upper six science 1976, pernah menjadi pensyarah di UITM,Machang dan di”berhentikan” kerana masalah teknikal
2008 berhijrah ke Yaman, menjadi pensyarah disana selama dua tahun dan ramai kalangan pelajarnya yang membuat phd dan dibawah seliannya, pelajar dari Negara china.mereka ini,setelah tamat pulang kenegara asal, membina kolej dan instituisi pengajian tinggi kerana mereka ini,sebahagian besar, anak
“orang berada”.
Apabila Uniza ingin membuat gabungan dengan universiti di Negara china, manusia ini ditugaskan untuk mencari Cuma satu university untuk dibuat “perjanjian pendidikan” dengan uniza, tapi yang mengejutkan NC Uniza, manusia ini mampu melahirkan 3 instituisi pengajian dari china membuat gabungan dengan Uniza
Menteri Pengajian Tinggi,Datok Mustapha Mohamed, suatu waktu tidak lama dulu, bersama delegasi kementerianya telah pergi ke china,untuk mencari universiti atau institusi pengajian untuk membuat collaboration pendidikan, hasilnya tidak ada satu pun university dari Negara china yang berminat untuk menyambut salam persahabatan dan membuat keputusan untuk membuat kerjasama pendidikan dan membuat gabungan dengan universiti tempatan Negara kita
Kenapa keadaan itu terjadi ? dimanakah silap Kementerian Penggajian Tinggi sehinggakan gagal menarik minat satu pun universiti dari negera china untuk membuat gabungan dengan universiti di Negara kita ?
Apakah intelektual di Negara sana mengganggap pendidikan di Negara kita masih belum matang untuk berada sama taraf dengan universiti di Negara mereka ? Juga masih menjadi tanda tanya. Yang jelas, golongan elite disana, melihat pemikiran,otak Prof-prof kita, cara kerja prof kita bekerja dan mereka sehingga kini berpuas hati dengan cara dan kaedah kerja Prof Zambri ketika beliau menjadi tenaga pengajar di Yaman, empat tahun lalu
Menurut beliau, untuk bergerak dan seiring dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dalam tempoh enam tahun lagi, Negara perlu melahirkan lebih ramai phd holder dan untuk itu perlu ada perubahan dan anjakan paradigma dalam otak dan pemikiran prof-prof yang sedia ada
Kini,berdasarkan rekod, seorang professor Cuma mengawasi dua pelajar phd dalam tempoh satu tahun,alasan yang diberikan kerana tidak mempunyai banyak masa
Prof Zamri berkata, golongan professor sepatutnya memonitor serta meluluskan 20 phd student setiap tahun, barulah lebih ramai golongan cerdik di negara kita dan wajar kita memasuki dimensi dan era baru dunia globalisasi,berstatus negara majuDATUK HUSHAM MUSA
Aku mengenali Datuk Husham Musa, sewaktu beliau belajar di Maktab Sultan Ismail pada tahun 1979.Aku pada waktu itu, beradalam dalam tingkatan lima,kelas perdagangan dan menjadi Presiden Commerce Society 1979 dan beliau pada waktu itu berada dalam tingakan enam atas sastera dan beliau berkawan baik dengan Ketua Pengawas Asrama, Azmi Ali, berasal dari Tanah Merah, kini berstatus Datuk.
Datok Azmi ali, kini mempunyai firma guaman dikuala Lumpur dan mempunyai network guamanan antarabangsa dancukup  aktif dalam bidang property dan foreign investment
Kedua mereka memasuki Universiti Malaya.setelah tamat pengajian Azmi Ali menyertai Petronas dalam Legal Department dan Husham Musa, menyertai akhbar Harakah sebagai wartawan.
Dan aku bertemu dengan Husham Musa di Parlimen pada 28 Disember 1988, sewaku membuat liputan sidang Parlimen.aku melihat beliau dari jauh, berpakain baju melayu berwarna hitam dan beliau duduk bersendirian.
Aku kebetulan pada waktu itu datang ke pejabat watan, karag kraf,yang terletak di taman tun dr ismail untuk mengambil duit klaim bulanan, justru aku pada waktu itu berkhidmat sebagai stringer Watan untuk negeri Kelantan
Klaim yang aku dapat pada hari itu ialah RM450 dan editer yang membuat subbing terhadap berita aku ialah sdr Imlan Adabi dan kini aktif menulis untuk akhbar Berita Harian
Menerusi wartawan watan,Zulkifli aku sudah lupa nama bapanya,aku membonceng motor dari taman tun dr ismail, pergi ke Parliament dan sudah tentu berada di perlimen pertama kali dalam sejarah hidup sebagai wartawan merupakan pengalaman manis dan sukar untuk dilupakan
Dan aku masih ingat, aku kira pengalaman separuh manis apabila wartawan kanan watan daud Ibrahim memarahi aku kerana masuk perlimen tidak menunduukan kepala tanda hormat ke speaker sebelum duduk
Aku sama sekali tidak mengetahui, peraturan dan tata cara sewaktu berada di parlimen. Aku kira tindakan daud Ibrahim itu wajar dan wajar wajar saja
Dan diparlimen itu juga aku bertemu dengan kawan lama, wartawan terkemukaTV3, sdr Zainal Ariffin Ismail,yang terkenal dengan slot MEMO,
Beliau terperanjat dan terkejut berjumpa dengan aku di loby Parlimen.”eh nik mahadi,” kataya dan aku response, “zainal arifin Ismail,”dan kami bersalaman dan terus mencertita perihal masing masing setelah berpisah selama lepih lapan tahun
Kami sama sama belajar di yayasan sabah uitm pada tahun 1980 dulu
Aku bertanya kepadanya bagaimana beliau boleh menyertai TV3 sedangkan semasa di ys-uitm kota kinabalu beliau membuat diploma in stenography.dan beliau merupakan satu satunya pelajar lelaki yang membuat kursus itu dan beliau dipanggil “pondan”.
Belia menjelaskan setelah tamat diuitm meneruskan pengajian di amerika syarikat diperingkat ijazah dan balik kemalaysia menyertai system televisyen Malayisa,TV3
Dan aku menjelaskan kepadanya setelah di”dismissed” dari Uitm,shah alam, aku pergi ke singapura, bekerja sebagai buruh kontrak, gaji Singapore Dollar 16 satu hari,pernah bekerja sebagai guru sandaran bahasa inggeris yayasan Islam Kelantan, elaun rm200 sebulan,pernah bekerja diforwarding agent import-export, rantau panjang, milik bapa aku, nik Hassan dan bapa saudaraku nik Hussein nik mat dan bekerjasama dengan ADUN Gual Periuk,Abdul Rahman Awang(1985) (kini sudah berada di alam sana)

Hubungan aku dengan Husham Musa berjalan baik dan seperti biasa,apabila aku menceritakan peristiwa di parlimen sewaktu belaiu menjadi wartawan harakah dia menjelaskan he could not recall peristiwa itu
Apapaun hubungan kami bertambah baik, sebagai press secretary kepada Menteri Besar, beliau Berjaya membina PRO yang baik dengan pihak media
Dan hubungan kami semakin baik apabila beliau memenangi kerusi dewan undangan negeri dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri
Dan sering kali, wajahnya terpapar dalam slot Buletin Utama,TV3 khusnya apabila membabitkan berita ekonomi,politik dan social dinegeri Kelantan
Disebabkan hubungan kami yang bertambah baik, aku bebas untuk pergi kepejabatnya tanpa membuat appointment apabila pihak bilik berita mahukan, komen darinya
Dan ini  barangkali merupakan pengalaman professional yang barangkali beliau sulit untuk melupakan.
Apabila timbul isu royalti, tuntutan royalty minyak dari kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat yang mana kerajaan pusat tidak membayarnya kepada kerajaan negeri sebaliknya menyalurkan wang itu kepada pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP
Apabila aku mengetuk pintu, masuk, bersalaman dan duduk berhadapan dengan nya beliau bertanya apa hajat aku datang
Aku menjelaskan, isu tuntutan royalti minyak kerajaan negeri dari PETRONAS dan kerajaan pusat aku dapat selesaikan dalam masa 10  minit
Beliau terkejut dan terkesima dengan kata kata aku tadi
Lantas beliau bertanya, bagaimana caranya dan beliau Nampak serius untuk mengetahui apa yang bersarang dikepaa otak geliga aku ini(maaf)angkat ekor sendiri
Aku lantas berkata kepadanya berikan aku masa lima untuk membuat taklimat kepada beliau mengenai isu royalty ini
Beliau tidak dibenarkan menanya soalan, selepas taklimat nanti beliau boleh bertanya soalan
Aku katakana pada nya, beliau mesti membuat sidang media dan apa yang akan beliau cakap kepada media mesti membaca skrip yang aku tulis
Beliau Nampak keliru lantas aku menjelaskan beliau cuma  perlu berkata,
“kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan (saya ulang) tidak menolak kemungkinan) akan menyaman PETRONAS menggunakan MAHKAMAH DUNIA DI HAGUE DIBELANDA berhubung isu tuntutan royalty minyak,”
Aku katakkan padanya, disebabkan isu ini penting dan mempunyai nilai berita yang tinggi apayang dia ucapkan tadi,(tentunya akan dibuat dalam bahasa inggeris) akan di pick up oleh foreign-wire,foreign news agensi termasuk CNN,BBC,ABC,Al-Jazeera,
Apakah beliau tahu,impak kenyataannya itu
“Ia akan membahayakan(jeorpodised) pelaburan PETRONAS DI 25 negara dengan kos USD250 million,” kata aku padanya.
Apabila berita ini dilepaskan tersiar dimana mana tv station negara ini,sudah tentu pihak PETRONAS atau PM sendiiri mengarahkan untuk bertemu dan berbincang berhubung isu royalty
“Kalau tuan haji setuju, sekarang saya call semua media di Kelantan dan you buat sidang media disinim” aku katakan padannya.
“Tapi kita tak ada peguam lagi,” katanya pada aku.
“itu urusan  nanti, anytime boleh cari peguam, tapi kita buat sidang media dulu,” aku kata padanya
Beliau bagaimana pun berkata, perlu masa untuk berfikir sebelum buat keputusam
Dan selang beberapa minggu aku mendapat tahu kerajaan negeri menggemukakan saman dan menggunakan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Hasilnya nihilisme

BEKAS ADUN GUCHIL, KUALA KRAI, ZULKIFLI YAAKOB
Aku mengenali sdr zulkifli yaakob pada awal tahun 2010 dan pada waktu itu beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat kawasan guchil,kuala krai kerana tewas kepada calun Barisan Nasional, dalam pilihanraya yang berimbang kekuatan politik masing-masing
Didalam Pas,Zulikifli Yaakob dilihat sebagai anak didik Datuk Husham Musa dan mempunyai suarayang agak lantang dan Berjaya merintis hubungan baik dengan pihak media.Dia pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kelantan, lulusan university azhar dan fasih berbahasa arab.
Sewaktu memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan, beliau sering kali membuat kenyataan politik yang berbau menentang arus dan tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan parti
“Ana akan cakap apa yang benar menurut pemikiran rasional dan ana tidak hirau apa orag cakap, asalkan apa yang ana cakap tidak bercanggahan dengan al-quran,hadiths dan sunnah,” katanya suatu waktu tidak berjarak dulu kepada pihak media di kota haru

Selain never give a single damn, apa yang dicakapkan public, beliau mempunyai hubungan baik dengan sultan Muhammad kelima, sewaktu baginda menjadi tengku mahkota
Malah zulfifli yang mempunyai dan menguasai the art of friendship,pandai mengambil hati kawan,sering bersama sultan Mohamed kelima mengerjakan umrah bersama
Difahamkan sultan Mohamed kelima, suka berkawan dengannya kerana beliau mempunyai sifat yang telus, jujur dan tidak mengambil kesempatan diatas nilai persahabatan dengan tuanku
Beliau juga dilihat sebagai pioneer projek penternakan Kambing Jamari ,kambing besar diTok Uban yang dijadikan icon,role model kerajaan negeri terhadap usahawan menternak kampingdan biri-biri
Mengenai projek ternakan kambing, menerusi anak syarikat kerajaan negeri, Jihad Ternak, TV3 pernah menyiarkan berita mengenai projek itu
Menerusi footage  berita yang disiarkan, ia memaparkan beribu ekor kambing diternak dikawasan lapang dan pada sebelah petang, semua kambing dihalau masuk kedalam kandang yang disediakan dan dijaga rapi oleh doctor doctor haiwan yang bertugas 24 jam
Belaiu memaklumkan, setelah TV3 menyiarkan berita itu dalam slot Buletin 1.30, kawannya, adik kepada Tycoon Bukhary,yang sudah 20 tahun tidak berjumpa, samamala-sama bersekolah di maahad muhammadi, kota bharu menghubungi setelah menonton berita itu dan dapat menyambung semula silaraturrahim yang terputus sekian lama
Kini meskipun tidak lagi menjadi wakil rakyat PAS. Namun beliau masih aktif dalam kegiatan kemasyarakatan termasuk membantu dan member pertolongan kepada golongan miskin  yang memerlukan bantuan
Beliau yang mempunyai hubungan akrab dan boleh dikatakan “anak didik” Husham Musa menyifatkan tindakan husham menentang arus pucuk pimpinan Parti PAS sebelum dipecat keahliannya melihat tindakan Husham Musa sebagai suatu tindakan berani dan bersifat anak jantang
Paling minimal, tindakan itu dapat membuka “minda bawah tempurung” penyokong “fanatif parti PAS” pucuk pimpinan PAS, manusia biasa dan tidak terlepas dari “sifat kelemahan”sebagai manusia
Ini terbukti benar, apabila tidak sedikit pucuk pimpinan PAS, keluar parti dan menubuhkan parti baru yang dikenali dengan nama PAN, Parti Amanah Rakyat yang secara konsekwen member ancaman politik kepada kerajaan negeri Kelantan
Berdasarkan pemerhatian politik yang dilakukan, beliau berkatsa, sekiranya Parti Amanah Rakyat meletakkan calon, paling minimal 30 calon bertanding dalam 45 dewan undangan negeri Kelantan yang jelas akan menuyebabkan faktur “kekalahan PAS” dan keruntuhan kerajaan negeri yang didakwa sebuah kerajaan Islam yang mentadbir negeri ini hampir 27 tahun

DATUK ZAID IBRAHIM

Datuk Zaid Ibrahim, yang dulunya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, dan bertanggung jawab keatas pembayaran RM3 juta kepada Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas oleh kerajaan Malaysia memang barangkali merupakan seorang pemimpin yang mempunyai prinsip dalam perjuangan
Cuma nasib politiknya tidak menyebelahinya sepanjang masa,perjuangan politiknya memang menempuh jalan berliku dan bersimpang siur. Untuk menduduki kerusi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu yang diduduki bekas Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Rastom Ahmad Maher, beliau terpaksa, bertarung dan “berperang politik”selama tiga kali, baru Berjaya menggalahkan Datok Ahmad Rastom itu pun dengan kemenangan tipis, tidak sampai majority 10 undi
Bayangkanlah “berapa juta duit yang terpaksa beliau laburkan” untuk menduduki kerusi ketua bahagian UMNO Kota Bharu,ini bermakna setiap kali bertandig mencabar kerusi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, berapa beliau terpaksa gunakan “wang”
Tiga kali bertanding, cuba bayangkanlah berapa banyak beliau terpaksa gunakan wang untuk membeli undi para perwakilan ?
Hubugan aku dengan beliau boleh dikatakan baik justru aku tidak mempunyai apa-apa masalah dengan beliau. Dia pun senang untuk dihubungi apabila aku ingin membuat berita dan eminta beliau untuk membuat ulasan terhadap satu-satu isu
Kali terakhir aku mengintgerview beliau dikediamannya di kg Pasir Hor, sehari sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu era Datuk  Seri Abdullah menjawat jawatan Perdana Menteri
Dia memberitahu aku hasratnya untuk meletakkan jawatan sewaktu aku datang kekediamannya untuk membuat liputan berita mengenai sidang media yang bakal dibuatnya
Aku datang satu jam lebih awal dan sempat berbual dari kehati dengan beliau.Beliau memberitahu aku tidak puas hati dengan Paklah terhadap beberapa isu. Aku memberitahunya dari segi media coverage jika beliau meletak jawatan semua media di Malaysia akan menjadikannya sebagai lead-story dan media cetak, akan memainkan isu perletakan jawatan beliau sebagai main-story
Dan ternyata, aku sama sekali tidak menduga,sebaik pulang ke Kuala Lumpur, malam itu, keseeokan harinya belia nekad, melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan keesokan harinya, terpampang didada akhbar, muka ,Datok  Zaid Ibrahim meletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dan apa yang beliau tidak puas hati dengan Pak Lah dan apa yang beiau maklumkan kepada aku, sengaja aku tidak tulis dan perturunkan isinya kerana “itu adalah pada fikiran aku,it’s off the record story” dan aku harus patuh pada code of ethic journalist, etika kewartawan, tidak akan menulis off the record story
Kali terakhir aku bertemunya dilapangan terbang KLIA belum lama ini sewaktu beliau datang ke airport menyambut kepulangan Tun Mahahtri dari luar negera dua tahun lalu dan aku on the way back to Kota Bharu via KLIA
Darimankah kekayaan yang beliau perolehi sehinggakan dapat menabur duit yang banyak, membeli undin dan sekaligus menendang keluar Datok Ahmad Rastom dari menduduki kerusi Ketua Bahagian UMNO kota Bharu ?
Suatu pertanyaan politik yang aku tidak dapat menjawabnya
Cuma sebagai  catatantambahan, aku mula mengenali beliau sewaktu bertugas dengan akhbar berita harian  dan aku disuruh Ketua Biro Berita Harian, Norhayati Said berjumpa dengan membuat berita mengenai isu perlembagaan
Pejabatnya pada waktu disimpang empat berhadapan hotel  temenggong, aku datang kepejabat guamannya pada tengahhari dan beliau baru selesai menunaikan solat zuhur dalam bilik di pejabatanya
Setelah memperkenalkann diri,aku duduk dan kami pun “go to the master point”
Sampai kedetik ini aku tidak dapat recall, hasil perbualan kami dan berita apa yang aku tulis, aku sudah lupa
Kalau tidak silap aku, “isu Gomez, jurulatih hoki negara dipukul” yang menjuruskan kepada pindaan perlembagaan Malaysia yang dibentangkanndiparlimen dan dilulukan.
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed mahukan pindaan perlembagaan itu dilakukan bagi menggelak kejadian “Sultan is aboved the law” dan mempunyai “immunity” dan tidak dapat didakwa di mahkamah
Pindaan perlembagaan itu,secara halus mengambil alih “kuasa yang dipertuan agung” dan antara lain member mengertian tafsiran undang-undang, mana-mana akta yang diluluskan parlimen akan menjadi  undang-undang dalam tempoh 60 hari meskipun tidak ditanda tangani Yang di Pertuan Agung
Setelah pindaan perlembagaan dibuat,diatas faktor politik dan idea Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed  wujudlah Mahkamah Khas yang bertujuan untuk membicarakan kes-kes sultan yang terlibat dengan “perbuatan salah laku” dan sehinnga hari ini, tidak ada pun satu kes yang dibicarakan di Mahkamah Khas
Dan ada juga pendapat mengatakan itu semua “adalah drama dan sandiwara politik” Tun Mahathir Mohamed untuk kekal memerintah lama dan tidak mahu “instituisi raja” mengugat pemerinntahannya

TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN DATUK ROZALI ISOHAK

Datok Rozali Isohak, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan,pada awal tahun 1990an kerap dan sering kali keluar berita dalam media cetak arus perdana termasuk Berita Harian, The New Straits Times dan Utusan Malaysia kini sudah tidak lagi menjadi “manusia politik” tapi aktif dalam persatuan NGO Mubarak, persatuan bekas wakil rakyat yang beribu pejabat di Bangunan UMNO Kota Bharu
Beliau tersungkur jatuh dari kerusi Timbalan Menteri Besar Kelantan, apabila Presiden Parti Melayu Semangat 46 membubarkan parti itu dan menyertai UMNO secara total
Beliau dengan berat hati pun turut serta, menyertai parti UMNO dan sudah tentu tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti UMNO
Pun begitu disebabkan “darah politik” sudah lama mengalir dan membeku dalam dirinya beliau tetap menjadi orang politik dan harus turut berjuang memertabatkan UMNO
Aku mulai mengenai Datok Rozali Isohak, sewaktu bertugas sebagai pemberita sambilan dengan akhbar WATAN pada pertengahan tahun 1988. Perlu dikatakan, ketika parti melayu semangat 46, mulai bertapak dan mencari pengaruh politiknya di negeri kelantan akhbar Watan hanya lah satu satu media yang membuat laporan berita dan perkembangan parti itu
Aku masih ingat, pada suatu malam disekitar bulan Jun, dikampung selising di pasir puteh,Datok Rizali Isohak dan Datuk Shukri Mohamed(pada waktu Ketua Pemuda PartiS46 Negeri Kelantan) telah membuat ceramah politik disebuah rumah penyokong kuat parti itu) dan aku adalah satu-satunya pemberita yang membuat laporan berita mengenai ceramah itu
Disebabkan aku pada waktu, tidak mempunyai kenderaan justru baru bekerja, Datok nRozali Isohak mengambil aku di Kota Bharu dan membawa ketempat ceramah dan seterusnya menghantat aku balik kerumah sewa di Wakaf Che Yeh selepas selesai majlis itu
Dan dari situ bermula, persahabatan aku dengan beliau dan Datuk Shukri Mohamed
Pada pilihanraya 1995,Datuk Shukri Mohamed, memenangi Pilihanraya Parlimen Machang dengan majoriti yang agak “memberangsangkan”
Dan sewaktu menjadi ahli Parlimen Machang, Datuk Shukri Mohamed menceritakan pengalamannya melawat Tehran, Iran bersama ahli Parlimen Malayisa
Beliau mempunyai hubungan baik dengan Nazri Abd Aziz kini menteri pelancongan menceritakan sewaktu berada di hotel ditehran kawalan keselaman amat ketat
Diluar bilikknya terdapat seorang pengawal keselamatan berkawal sepanjang malam, 24 jam
Suatu pengalaman yang sukar dilupakan sewaktu menjadi ahli parlimen
Berbalik kepada Datok Rozali Isohak yang lebih selesa dan akrab dengan panggilan Abang Li, bilik beliau sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan dua, Timbalan Menteri Besar satu Datuk Abd Halim Rahman,bilik beliau kerap menjadi “pelabuhan” dan pihak media berehat, berkumpul untuk mendapatkan berita, khusuusnya mengenai isu-isu sensitif kerajaan negeri
Ini adalah kerana PRO beliau dengan pihak media amat baik dan bersedia untuk “bercakap “ dengan pihak wartawan berbanding Datok Abdul Halim Abd Rahman
Antara jasa yang dibuat Datok Abdul Halim Abd Rahman, kononya untuk memajukan ekonomi negeri kelantan, membawa pulang anak saudaranya Wan Zulkifli Wan Yusof, yang sebelum itu bertugas di Petronas dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,PKINK


DATUK ZALUSI SULAIMAN

Aku mulai mengenali beliau pada pertengahan tahun 1995 dan beliau pada waktu  itu sudah aktif sebagai pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.Pertemuan pertama berlaku ketika beliau datang kepejabat akauntan, Wan Azhar yang terletak di Taman Maju, untuk urusan pendaftaran syarikat binaan
Dan kami kerap berjumpa di majlismajlis kepartian politik dan beliau dengan nada sederhana dengan sikap low profile sering memberikan senyuman kepada pihak media dan “menghormati golognganwartawan

Nasib politiknya tiba menjadi cerah dan bersuara lain apabila terpilih menjadi calon BN kawasan Kijang,Pengkalan Chepa, dlm PRU ke 13 melawan calon PAS, Bekas Exco Kerajaan Negeri Ubaidah Omar
Meskipun kalah dengan gagah beliau tetap aktif melakukan kerja-kerja kebajikan membantu golongan berpendapatn rendah dikawasannya sampai detik ini
Satu hal yang menarik dengan beliau dan ini suatu realiti, mana-mana guru yang mengajar dimana mana sekolah dikawasan Parlimen Pengkakan Chepa, tidak kira samaada mereka penyokong kerajaan atau pembangang akan “menerima kejutan” pada hari jadi mereka kerana beliau dengan kerjasama sekolah tempat gru itu mengajar akan mendapat “Kek dan Hadiah Hari Jadi”, suatu amalan yang tidak dilakukan mana-mana Ketua UMNO Bahagian di Kelantan
Pendekatan seumpama ini ternyata mampu membuka ruang dan peluang kepada beliau untuk melebarkan sayap dan pengaruh politik beliau
Malah, ramai dikalangan guru yang berada dialiran kiri, menyokong pembangkang kini bertukar arah dan menyokong B-N
Dalam PRU ke 14 nanti, katanya kemungkinan banyak perubahan Politik akan berlaku dikawasan parlimen Pengkalan Chepa
“Semua perbelanjaan itu ditanggung secara pribadi bertujuan untuk menghidupkan ukhwan sesama Islam,”katanya
Beliau menduduki kerusi keramat Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dengan mudah dan percuma, apabila Ketua UMNO bahagian itu,bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan,sdr Dali Hussein dikenakan tindakan disiplin, digantung selama dua penggal
Dan berada dikawasan kubu kuat PAS, justru B-N, tidak pernah menanng, baik didewan dewan undangan negeri dan Parlimen sejak tahun 1990,memang merpakan suatu pengalaman memedih dan memilukan
Berdasarkan kajian dan risikkan yang dilakukan, komuniti dikawasan itu sudah berubah. Sejak kematian Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua tahun lalu,sudah ada ruang dan peluang untuk UMNO bergerak
Sebelum ini katanya, banyak masjid,surau madrasah tidak dapat dimasuki UMNO tapi kini suudah banyak kegiatan amal dapat dilakukan di masjid, surau dan madrasah
Ini adalah kerana beliau mengamalkan sikap terbuka, mana mana ahli pas yang menghadapi masalah juga turut di beri bantuan
Sikap dan “amalan touch and go”, menyebabkan beliau disenangi penyokong parti, selain parti UMNO
Kini sudah banyak surau dan madrasah menerusi pprjek Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP telah di perbaiki dan diupgradekan
Ini semua hasil gerak kerja team work dan task force UMNO Pengkalan Chepa
Berdasarkan statistik jabatan perangkaan yang dicatat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dikawasn parlimen pengkalan chepa sehingga kini terdapat 2,460 golongan miskin mendapat bantuan bulanan antara RM300 sehingga RM400 setiap bulan dari jabatan kebajikan masyarakat
Hampir RM500,000 sebulan diperuntukan kerajaan pusat bagi membantu golongan yang berada dibawah paras kemiskinan diparlimen pengkalan chepa
Menurut Datuk Saluzi, dalam PRU ke 14 nanti beliau tidak ingin mengatakan B-N akan memenangi beberapa kerusi DUN atau Parlimen bagi kawasan Pengkalan Chepa cuma beliau berani mengatakan akan berlaku “perubahan citarasa politik bagi penggundi” dikawasan itu
“UMNO sebagai pasukan under dog, perlu berhati hati dan bekerja keras untuk melawan calon parti lawan dalam PRU ke 14 nanti,” katannya bersahaja

MAT GHANA : WHY I BECOME A MUSLIM
Nama Mat Ghana,62 atau nama sebenar Muhammad Michael,asal Ghana, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar yang barangkali bagi tanggapan sesetengah pihak tidak wajar untuk berada dihard cover,muka depan kulit buku ini kerana dimanakah kehebatan dan keistimewaan beliau untuk berada diposisi itu
Beliau telah berjaya mengislamkan 100 mat salleh, pelancong dari negara barat yang berkunjung kepusat penerangan dakwah Islam yang berada berhampiran Masjid Muhammadi sejak pusat itu didirikan 10 tahun lampau
Kini pusat itu menerima annual grant RM40,000 setahun dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,MAIK bagi perbelanjaan pengurusan pusat itu
Katanya, beliau amat berbesar hati jika MAIK dapat menambah jumlah perunntukan kewangan bagi pusat itu
Beliau yang sebelum ini, bekerja sebagai kelasi kapal dan telah mengelilingi dunia mencari “makna kehidupan”, the essence of life” dan merasakan hidup in kosong,life is very blank, sehinggalah beliau bertemu dengan Kaptain Kapal diBangkok,berbangsa Ghana beragama Islam

Dan pada tahun 1985 di Ijtimat Tabligh di Bandar Bangkok, dalam sebuah Masjid, beliau memeluk agama Islam dan bermula dari tarikh itu beliau nekad untuk mengembangkan syiar Islam
Sebagai kelasi kapal, yang bergelut dan bergulat dalam lumpur dan penuh dengan dosa,”menemukan Islam, adalah satu kehidupan yang baru, new life
“Islam benar-benar mengajar dan menghajar saya dari mana saya datang dan kemana akan saya pergi dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini,” katanya
Antara negara yang pernah beliau kunjungi sewaktu menjadi kelasi kapal ialah seluruh eropah timue, eropah barat,russia,amerika selatan,china, jepun, australia dan new zealand
Menurut Mat Ghana, majoriti masyarakat barat, khususnya pelancong, back packers yang datang melancong, menggembara pada asasnya “mencari sesuatu akibat jiwa mereka yang kosong”,kekosongan jiwa inilah yang menyebabkan mereka “mudah memeluk agama Islam”
Ini adalah kerana Islam is a simple relegion dan memperaktikkan simple life
“Eat simple,work simple, sleep simple and die simple,”katannya bersahaja ketika ditemui dipusat penerangan dakwah belum lama ini
Beliau yang bercita-cita untuk berpoligami tetapi membatalkan “niat suci itu” kerana isteri beliau tidak memberi lampu hijau
Beliau yang belum lama ini meminta jasa baik saja mencari isteri muda untuk beliau dan sebagai balasan menjanjikan “Mek Salleh”yang baru memeluk Islam untuk saya jadikan isteri kedua
Tawaran menarik beliau itu, terpaksa saya tolak secara berhemah kerana “i am not in the good shape”to practice polygamy

PENGASAS PARTI BERSATU KELANTAN, TUAN MAT TUAN SULIMAN

Nama Tuan Mat Tuan Suliman,51, memang barangkali bukan merupakan sebuah nama besar dalam peta politik Malaysia tapi ini cukup dikenali dikalangan ahli ahli Bersatu, parti aliran baru yang diasaskan Tun Mahathir Mohamed dan Tan Seri Muhyiddin Yassin,optimum sasaran untuk meranap dan menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak
Lebih jauh dari itu, perjuangan akhir parti itu untuk “menggantikan UMNO” dan seterusnya menjadi parti politik, yang mewakii suara resah bangsa melayu seterusnya menjadi pemerintah kerajaan mewakiliparti melayu,menggantikan UMNO yang dikatakan sudah gagal memperjuangkan nasib bangsa melayu dibumi yang pahlawan melayu,Hang
 Tuah perna, berkata,Tak akan melayu hilang didunia,500 tahun dahulu
Semudah dan “sesimple” itukah, masyarakat melayu, bangsa melayu akan memberkan undi mereka kepada calon parti Bersatu berbanding dengan calon dari UMNO atau bagaimana

Berdasasarkan temu bual, dengan manusia,haiwan berkaki dua dan mempunyain satu alat kelamin,Tuan Mat,anak kelahiran Machang, aku dapat melihat visi dan misi politik parti Bersatu .Dan aku menarik benang kesimpulan, “idea, aspirasi dan cita cita” yang beliau inginkan terlalu “idealistic”
Ahli parti tidak perlu mempunyai cita cita untuk memegang jawatan penting dalam parti sebaliknya mereka harus bekerja kuat, never give up, dan buktikan good track record, soal samaada terpilih atau tidak menjadi calon dalam PRU ke 14, itu urusan nanti, yang penting mereka perlu bekerja keras,turun dan mencari gali masalah rakyat dan menyelesaikan dengan tuntas
Lebih jauh dan lebih dalam dari itu, setiap ahli parti mesti jujur dengan parti, jujur dengan diri mereka sendiri
Sebagai parti politik yang baru, pemain baru, new player, setiap ahli parti katanya mesti bersedia berkorban, harta benda, tenaga dan wang ringgit untuk mendaulat dan memertabatkan parti bersatu ini


Katanya, pemimpin, tokoh masyarakat yang akan dikemukakan, Parti Bersatu dalam PRU 14 nanti, bukan “muka muka politik” yang sudah ditolak rakyat dan sudah beberapa kali kalah dalam PRU

Justru itu katanya, untuk menguji “kesabaran dan keikhlasan” ahli Bersatu  bermain politik mmemang bukan merupakan satu permainan yang meletih dan melelahkan
Katanya, pendekatan politik parti Bersatu memang berbeza dengan parti parti politik yanglain berada dibumi bertuah Malaysia
Kalau “mereka masuk” parti bersatu untuk merebut jawatan, menjadi calon dalam PRU ke 14,mereka sepatutnya menggundurkan diri kerana perjuangan politik parti ini untuk mendaulatkan parti bukan untuk kepentigan diri sendiri
Dan satu hal yang menarik, dan mempunyai, “nilai istimewa”, sentimenl value terhadap bayi kecil berukuran besar”, Tuan Mat, tidak pernah tunduk “kepada politik wang”
Berdasarkan siasatan dan risikan yang dilakukan beliau pernah beberapakali menolak “pemberian berupa wang tunai  Rm 50,000” dari individu tertentu tetapi beliau menolak sumbangan ikhlas berbau politik itu
Katanya, sebagai manusia, beliau bukan malaikat “tidak makan, tidak minum”, tapi beliau tidak dapat menjual maruah,dan harga diri beliau untuk menerima pemberian pribadi kerana perbuatan itusalah dan melanggar etika seorangpemimpin
Kata peta politik di negeri Kelantan akan berubah, selepas PRU ke14 nanti, rakyat negeri Kelantan, penggundi dinegeri Kelantan akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru bagi kerusi dewan undangan negeri dan kerusi parlimen
Keadaan ini tentu saja menarik, kerana amat sulit unutuk meramalkan parti politik “mana yang akan menang”
Ada pendapat politik mengatakan kerajaan negeri PAS yang emerintah Kelantan hampir 27 tahun, akan jatuh dan tersunggkur dan seterusnya “kuasa politik” akan dirampas semula kerajaan BN.

Apakah memang  benar ramalan politik itu ? atau ia segaja direka cipta untuk menganeh kan peta politik Kelantan yang saban hari semakin tidak panas itu atau bagaimana
Yang jelas PRU ke14 nanti akan menjadi lebih hebat dan “hebat”dari segi makna perkataan itu kerana bangsa melayu pada waktu itu, bengong dan confused untuk memilih parti politik melayu yang manakah mempunyai pemimpin, calun  wakli rakyat yang “benar-benar jujur dan tulus”dalam permainan politik yang menggasyikkan ini
Untuk melahirkan lebih ramai pemmpin yang jujur dan ikhlas serta mengamalkan sikap ini dalam kehidupan berpolitik mereka,parti bersatu perlu menunggu jangkamasa dan temph yang agak panjang
Ini adalah kerana berlaku kesilapan dipihak pengurusan dalaman UMNO untuk melahirkan lebih ramai pemimpin UMNO, berbangsa melayu yang kononnya berjiwa Islam untuk menjadi manusia jujur dan sejujurnya
Perlu dijelaskan disini,Tuan Mat berkata, ahli ahli baru parti bersatu yang menyertai parti ini secara sukarela adalah terdiri dari ahli parti UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinanUMNOyang ada har ini
Golongan ini mendakwa, mereka meskipun berstatus professional, tidak di beri peluang untuk melangkah lebih jauh, memegang jawatan penting, meskipun di peringkat cawangan
Menurut Tuan Mat, keberadaan parti Bersatu, dibeberapa tempat dan kawasan di negeri Kelantan, ia telah Berjaya memberi “political pressure” kepada parti UMNO khususnya dikawasan luar Bandar
Pernah berlaku kejadia pihak UMNO peringkat cawangan di Gual Ipoh Tanah Merah telah memberi rasuah, wang tunai dan cek kepada pemimpin parti bersatu dikawasan itu agar tidak mengadakan program program berbau politik parti bersatu dikawasan itu

BEKAS PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN, HUSSEIN AWANG: GURU MESTI SOKONG KERAJAAN
Aku mulai mengenali cikgu Hussein enam tahun lalu ketika kami “minum the tarik dikedai kopi, bersebelahan termina bas,ditengah-tengah Bandar Machang
Antara guru yang kerap minum teh tarik pada waktu itu cikgu arawi, cikgu ishak dan cikgu yang aku telah lupa namanya, kini semua sudah pencen
Kini beliau juga sudah pencen dan menghabiskan sisa-sisa usianya di masjid Bandar Machang dan juga dikedai kopi  berhampiran masjid berkenaan
Apa yang menarik tentang manusia bernama husein awing ini, beliau mencipta sejarah, dan merupakan satu satunya pengarah pendidikan Kelantan, yang bersara tanpa “gelaran datuk” dan tidak mendapat apaapa anugerah kebesaran dari pihak berwajib
Apakah kesilapan dan dosa hitam yang berbau politik barangkali yang pernah beliau lakukan sehingga dilayan sebegitu rupa, masih menjadi tanda tanya
Yang jelas sewaktu pemerintahannya dan ketika berlaku PRU 13 kesemua guru guru di negeri Kelantan di “konsultansikan” supaya menyokong dan memberikan undi mereka kepada calon BN tetapi BN Cuma mampu memenangi 12 kerusi DUN berbanding 45 kerusi DUN yang dipertandingkan
Dalam hubungan ini beliau tidak menolak kemungkinan ada dikalangan guru yang secara sengaja memberikan undi mereka kepada calon pembangkang
Sehubungan dengan itu beliau berkata, tindakan seumpama itu tidak patut berlaku, kerana sebagai guru, golongan elite, terpelajar, mereka harus tahu membuat penilaian dan menggucapkan terima kasih kepada “tangan yang memberi”,khususnya pihak kerajaan, bukan bertindak sebaliknya
Dalam PRU ke 14 nanti, beliau berharap semua tenaga pengajar, guru-guru dinegeri ini memberi sokongan kepada calon BN dan bukan bertindak sebaliknya
Katanya, kerana perjuangan UMNO lah,mencapai kemerdekaan dari British, guru-guru dapat menikmati kehidupan selesa hari ini
Justru itu sebagai membalas jasa baik UMNO, perjuangan membela UMNO adalah suatu perjuangan jihad yang sejajar dan selari dengan ajaran Islam untuk memerabat dan mendaulatkan bangsa melayu yang secara otomatis beragama Islam
Meskipun sudah pencen, disebabkan darah politik UMNO sudah sekian abad mengalir dalan rongga dan urat-urat beliau masih memberikan khidmat secara sukarela kepada kawan lamanya,ahli parlimen, Machang dan Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar,Datok Ahmad Jazlan Yaakob menambah keahlian UMNO

DATOK JAMIL SIAM,KETUA BAHAGIAN PARTI BERSATU BAHAGIAN PENGERANG
Nama beliau memang barangkali bukan merupakan sebuah nama yang besar tapi bagi penikmat dan pencandu politik kawasan pengerang, tanpa mengira china atau india, nama ini sudah mulai meniti, dari bibir kebibir masyarakat disana
Malah, kepetahan  berpidato dan menggunakan “bahasa yang indah”Berjaya memukat dan memikat audience yang mendengar, tokoh kita,Datok Jamil Siam,memang seorang ahli politik aliran kiri yang mampu melangkah lebih jauh dalam arena politik kawasan pengerang
Malah menurut, seorang penikmat dan pencandu politik, pemerhati politik tempatan, local political observer, berusia 75 tahun, enggan pengenalan diri didedahkan, berkata, manusia baru ini,yang berusia 55 tahun “mampu berbuat” dan mempunyai kapasitas yang kuat, untuk meranap dan merampas kerusi parlimen pengerang dari Datk Azlina Othman
Sejauh mana benar ramalan politik itu ianya masih menjadi tanda tanya yang cukup luas mengangga dan terus mengangga
Dan berdasarkan wawancara yang dilakukan, Datok Jamil ini mempunyai pemikiran politik diluar kotak outside the thinking box yang berbeda dan berlainan dengan pemimpin pemimpin politik yang ada
Beliau melihat sorry to say, parti bersatu meskipun baru berusia, empat bulan, masih merupakan bayi kecil berukuran besar tapi momentum politik dan nada dering parti tetap bersuara lain : masyarakat melayu dinegara ini,sedang menunggu dan menanti kemunculan parti politik bangsa melayu yang mampu menggantikankan UMNO yang dikatakan “sudah absent minded”, kalau ianya seorang lelaki, ianya seorang lelaki tua, yang sudah banyak berjasa tapi sudah “semakin tidak relevant” dalam kancah politik negara kita
Kemunculan parti Berjaya yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri keempat Tun Mahathir Mohamed dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang kelapan Tan Seri Muhyiddin Yassin,(no 8 dari perspektif numberlogy,ilmu nombor memberi pen gertian, bertuah, bernasib baik dan menggundang kekayaan) merupakan sebuah political parti yang mampu berbuat dan mempunyai masa depan yang cerah
Datok Jamil dengan nada sederhana tapi confident, memang terdapat kebarangkalian parti bersatu mengguncang kekuatan politik UMNO di Johor kerana “majority masyarakat termasuk melayu,china dan India, mahukan sesuatu yang lain dalam permainan politik Johor dan ternyata sesuatu yang lain itu terdapat pada parti Bersatu
Menurut beliau UMNO sudah semakin tidak relevant,UMNO hari ini sudah berusia hampir 70 tahun dan sudah semakin tidak relevant dengan arus digital dan dunia CIT yang merentas sempadan dan semakin gila mencakar persada politik negara
Katanya, keadaan sama berlaku di negara India, dimana masyarakat India telah lama menolak parti congress,di Indoensia parti Golkar, sudah ditolak mayoritas rakyat Indonesia, di Jepun, Labour Demacrat Party juga sudah di humbankan kedalam laut Cuma parti UMNO yang masih mampu berada di pojok itu
Cuma menurut pengamat politik yang enggan namanya didedahkkan, lelaki, china tua berusia 80 tahun, meramalkan it’s a matter of time, when time come to die UMNO has to day
Apakah memang benar spekulasi politik china tua ini, ianya juga masih menjadi tanda tanya
Yang jelas sambutan,kehadiran penikmat dan pencandu politik terhadap tokoh tokoh parti bersatu amat menggalakan
Toh begitu ada juga pendapat,public opinion yang dikutip mengatakan parti bersatu tidak mempunyai vital force yang cukup kuat untuk menumbangkan UMNO dan B-N kerana komponen BN mempunyai good trek record memerintah Malaysia
Sejauh mana benar realitas replika politik ini,ia masih menjadi kristel cermin diri pencandu dan penikmat politik untuk membuat justifikasi politik yang tepat
Yang jelas, politik adalah serpihan anology kisah Nabi Adam, Adam yang  tidak pernah cukup dengan sebiji khuldi, pada akhir  storynya, menyebabkan beliau tercampak dan terkeluar dari syurga kerana “memakan buah khuldi yang terlarang”
Secara jujur Datok Jamil, mengatakan Parti Bersatu mampu memberi tentangan yang hebat kepada UMNO jika PRU ke14 diadakan pada tahun depan kerana “parti itu sudah siap sedia untuk bertempur” kerana dari segi organisasi parti itu sudah lengkap dan sempurna
Tapi katanya keadaan akan menjadi “kucar kacir” sedikit jika PRU 14 diadakan pada tahun ini kerana pihaknya belum bersedia untuk berperang dengan UMNO yang sudah kenyang dan padat dengan pengalaman bertempur khususnya dalam PRU yang diadakan sebelum ini

Dalam hubungan ini berdasarkan maklum balas, feed back yang diterima diseluruh negara, majority rakyat mahukan perubahan politik, mereka mahukan sebuah parti melayu yang mampu menjadi parti alternatife, parti alternative bangsa melayu yang mempunyai pemimpin yang setaraf atau melebehi pencapaian pimpinan UMNO pada masa kini

DATOK HANIFA AHMAD : PPENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA,INFRASTRUKTUR,UTILITI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Aku mengenali manusia,tokoh,pemimpin masyarakat yang tidak asing lagi bagi penduduk dikawasan Pasir Mas sejak beliau memegang jawatan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,PKINK belum lama ini
Setelah bersara dan tamat perkhidmatan,dalam PKINK, beliau yang sebelum itu sudah lama aktif dalam PAS, terjun secara total dalam dunia politik,seterusnya memenangi PRU dan belum lama ini, dilantik menjadi exco,Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat
Kini beliau dilihat sebagai exco Kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri kelantan
Apa yang menarik dan istimewa mengenai,tokoh ini, beliau berfikiran agar terbuka,tidak konservative dan bersedia menerima new knowledge dan melihat masa depan dengan fikiran yang positif
Aku masih ingat, kira-kira 17 tahun lalu, sewaktumKelab Media Kelantan mengadakan majlis makan malam di hotel Renaissance,Kota Bharu,PKINK dibawah pentadbirannya telah membeli satu meja berharga RM1,000 sebagai menjaga hubungan dengan pihak media di negeri ini pada waktu
Sedangkan dalam realitas politiknya, media arus perdana tidak memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan PKINK yang dilabelkan syarikat korporat yang beraliran kiri, kerana lembaga pengarahnya terdiri dari pemimpin-pemimpin PAS yang berpengalaman dalam bidang politik
Mengingatkan jasa baik,budi baik beliau itu menyebabkan beliau termasuk antara tokoh yang termasuk dalam senarai buku yang sedang anda tatap pada detik ini
Sebagai ahli exco yang baru dilantik dan memegang tugas penting, beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan$
Dan yang paling “letih”, beliau terpaksa menjawab tuduhan, dakwaan yang dibuat oleh bekas exco kanan, Datuk Husham Musa yang semakin tidak populer kerana tersalah langkah politik, menyertai parti amanah Rakyat,PAN
Datok Hanipa Ahmad,mulai bertanding dalampilihanra kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir,Pasir Mas dan kalah tipis pada Datuk Hanapi Mamat,calon BN .Datok Hanapi Mamat menang dengan lebihan majoriti 100 undi lebih,dalam pilihanraya kecil 2005.

Keadaan itu menyebabkan kedudukan kerusi dalam dewan undangan negeri kelantan PAS 23 dan BN 22.Dan pada waktu itulah.wujud desas desus khabar angin bertiup kencang yang mengatakan jika seorang saja wakil rakyat PAS melompat menyertai komponen B-N, secara ototamatik kerajaan negeri,pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(kini sudah berada dialam sana) akan jatuh, tersungkur dan tumbang
Tapi nasib masih menyebelahi kerajaan negeri kerana tidak ada pun seorang wakil rakyat PAS berminat untuk menyertai B-N.
Dalam pilihanraya umum 2008, beliau mengalahkan Datok Hanapi Mamat dengan majoriti 2,000 lebih dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri
Dalalm piliharaya umum empat tahun kemudian, beliau mengalahkan calon BN dikawasan yang sama dengan lebihan majoriti undi 4,000 lebih
Pada waktu itu Datok Hanapi Mamat bertanding di kawasan DUN Tendong,juga mengalami kekalahan kepada calon PAS
Berbalik kepada Datok Hanifa Ahmad, dalam PRU 14 yang akan diadakan tidak lama lagi, ada pendapat beliau akan menang mudah dan mampu mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi kerana dikawasannya beliau tidak mempunyai masalah
Dan tidak ada kedengaran suara sumbang,kritikan yang dilontarkan kepada beliau
Cuma berdasarkan kajian yang dilakukan, terdengar suara tidak puas hati dikalangan penyokong tegar UMNO yang mendakwa beliau gagal membawa projek pembangunan dan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan sekolah dan lepasan pengajian tinggi tempatan
Beliau ketika ditemui berkata, kuasa memilih adalah hak rakyat, untuk menentukan seorang itu patut menjadi pemimpin atau tidak
Katanya,tugas menjadi pemimpin adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan di persoalkan apabila kita semua berada di alam sana
Katanya, amanah yang diserahkan rakyat ini perlu setiap wakil rakyat yang ada,mesti pikul dan laksanakan dengan ikhlas dan jujur
Katanya dari situlah, apabila wakil rakyat tahu, tidak kira samaada mereka wakil rakyat BN ,PAS, KEADILAN dan BERSATU mereka tetap akan menjadi wakil rakyat yang berjuang semata masa untuk rakyat bukan untuk kepentingan pribadi
Sebagai nasihat kepada generasi baru, generasi y, beliau berharap agar golongan ini terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri yang ada pada ini

Katanya, ini adalah satu satunya kerajaan negeri yang ada di negara ini yang menjalankan pentadbiran dan penguatkusaan undang-undang mengikut syariah Islam

Justru itu, katanya tugas memelihara dan menyelamatkan kerajaan negeri Islam jatuh ketangan pihak lain perlu di pertahankan, khususnya dari golongan generasi Y

DRA ROHANI SALLEH :KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERLU UPGRDE, PERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT GURU-GURU PEMEGANG MASTER DAN PHD

Aku mengenali guru lepasan Universiti Islam Medan ini pada pertengahan tahun 1985 sewaktu kami belajar di Medan,32 tahun lampau
Beliau duduk satu rumah, sekitar 15 pelajar perempuan yang belajar diIAIN,Medan,Jalan Bambu,Medan,Sumatera dengan pelajar perempuan yang berasal dari kelantan
Beliau satu angkatan dengan isteri aku yang juga kuliah dtempat yang sama
Persoalan timbul dimanakah keistimewaan beliau sehingga turut termasuk dalam buku, catatan journalistik ini ?
Jawapannnya mudah dan simple saja, beliau berani menggekpressikan gejolak bathin beliau sebagai seorang guru lepasan siswazah,yang tidak takut untuk bersuara dan menggunggspksn sebuah kebenaran
Dengan kata lain, beliau sanggup mengambil risiko diambil tindakan  tatatertib kerana berani bercakap dengan wartawan, without fear and favour
Menurutnya pada tahun 2002, beliau mendapat Master dari UKM dan sehingga kini “tidak ada apa-apa keistimewaan” yang beliau boleh didapati dari kementerian pendiidikan
Kementerian pendidikan seolah olah tidak memandang golongan guru yang memilliki Master dan jika pun memandang, memandang dengan sebelah mata
Keadaan seperti ini tidak seharusnya berlaku, kementerian pendidikan perlu membuat garis panduan yang baru dalam soal kenaikan pangkat atau gaji. Keistimewaan, priory, keutamaan perlu diberikan kepada gur-guru yang mempunyai Master berbanding dengan guru biasa
Tindakan ini penting sebagai memberi galakan kepada golongan guru yang ingin maju dalam karier mereka
Selain itu sebagai membalas penat lelah, susah payah mereka, belajar dan bekerja keras untuk mendapatkan Master
Dra Rohani,51, berkata kementerian pendidikan perlu menyimak dan mengkaji semula dasar dan membuat polisi yang baru membela golongan guru yang mempunyai Master
Inipenting katanya. Mejelang tahun 2020 negara kita Malaysia akan mencapai status negara maju dan kalangan guru yang mempunyai Master tidak ramai
Jumlah guru yang memilik Master masih kecil berbanding dengan guru yang mempunyai ijazah
Beliau juga berkata, ramai kalangan guru yang memilik Master merasa kesal dan kecewa dengan sikap Kementerian Pendidikan menanggani isu ini
Katanya,golongan guru, yang mempunyai Master akan bekerja lebih semangat jika Kem Pendidikan mengambil langkah drastik membantu golongan ini
Katanya masih melobi jawatan,untuk kenaikan pangkat akan terhapus apabila kem pendidikan membuat peraturan baru, guru-guru pemegang Master akan diberi keutamaan dalam soal kenaikkan pangkat dan gaji
Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan,Hussein Awang, ketika ditanya mengenai isu ini berkata, kementerian pendidikan tiidak mempunyai dasar dan polisi untuk membela golongan guru yang memilik master
Dengan lain perkataan, guru yang bersusah payah untuk membuat Master tidak mendapat apa apa imbuhan dan ganjaran dan pihak kementerian pendidikan
Dengan lain perkataan, kementerian pendidikan memandangdengan sebelah mata kehadiran guru guru pemegang master di kementerian mereka
Jadi usaha dan hasrat kerajaan untuk menggalakan lebih ramai golonngan guru belajar keperingkat lebih tinggi akan terus terbantut kerana kementerian pendidikan tidak membela dan memberi motivasi kepada guru untuk belajar keperingkat yang lebih tinggi
“Dalam isu ini, saya mewakilli guru guru yang mempunyai Master merayu kepada Menteri Pendidikan agar mengambil langkah yang lebih pro aktif membantu golongan ini kerana pihak kami mempunyai kelebihan akedemik berbanding dengan guru-guru yang mempunyai ijazah,” katanya

Di negaara negara maju guru yang mempunyai Master mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan guru-guru yang hanya mempunyai ijazah

“Dari segi mentaliti dan aspek psikologi guru-guru mempunyai Master mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding dengan guru-guru yang mempunyai ijazah,” katanya

Beiau juga memohon maaf kepada pihak kementerian kerana mengkritik dan memberi kritikan konstruktif agar pihak kementeriaan berusaha keras membantu guru guru yang mempunyai master.

HAJAH SITI AISHAH HAJI MAHMOOD, JAKSA PENDAMAI,(JP) :WANITA BERHATI BESI

Beliau terpilih untuk direkodkan dalam buku ini kerana beliau seorang wanita berhati waja,meskipun dengan hanya berkelulusan akedemik SPM,beliau berjaya menempuh  badai dan gelombang kehidupan dan berjaya menduduki tempat yang beliau duduki pada masa kini
Beliau merupakan usahawan wanita yang berjaya terbabit dalam bidang kontrak di negeri ini kerana tidak ramai dikalangan kaum hawa yang dapat bersaing dengan kontraktor-kontraktor lelaki di negeri yang digelar dengan jolokan serambi mekah ini
Beliau terpilih sebagai tokoh usahawan Wanita Maal Hijrah 1429(2008) dan anugerah ini disampaikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan ke V.
Pada tahun 2008 6 November 2008, beliau dinobatkan sebagai Tokok Usahawan Wanita Berjaya dan beliau mendapat anugerah Siti Khadijah yang dianugerahkan Biro Wanita Perdasama Nasional
Pada 9 Januari 2009 Perdana Menteri kelima,Datuk Seri Abdullah Badawi menyampaikan anugerah Usahawan Wanita Tunas Mekar,anjuran Jabatan Perdana Meneri dengan kerjasama UITM
Pada 12 November 2011,beliau menerima Anugerah Jaksa Pendamai Kelantan,JP dari Sultan Muhammad keV
Beliau yang berasal dari Kg Repek,Pasir Mas,beranak lima,mendapat pendidikan agama yang cukup dibawah pengawasan bapanya,Haji Mahmood,seorang imam yang disegani dikampung. Selepas menamatkan pengajian disekolah agama Naim Libanat, Kota Bharu, beliau mulai bekerja di sebuah Jabatan Kerajaan Negeri pada tahun 1968
Disebabkan beliau mempunyai visi dan misi yang lebih jauh dalam bidang perniagaan,pada tahun 1986, meletakkan jawatan dan terus terbabit dalam bidang perniagaan.
Sebagai Pengarah dalam Syarikat Yee Trading sdn bhd yang menawarkan perkhidmatan perniagaan dan kontrak binaann
Dan pada tahun 2008 Beliau menjawat jawatan Pengarah Eksekutif Transgreen Diversified Sdn Bhd dan terbabit secara total dalam Industri Tanaman Nenas di negeri Cik Siti Wan Kembang ini
Kejayaan puncak yang menyebabkan beliau disegani ahli perniagaan di negeri ini termasuk lelaki dan wanita, dibawah Perdasama, NGO yang ditubuhkan 16 tahun lalu,membawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak, kemajlis High Tea di Hotel Renaissance yang mana majlis itu mendapat sambutan hangat dikalangan usahawan di negeri ini
Kejayaan beliau mencipta sejarah perniagaan ini memberikan gambaran kepada umum bahawa beliau adalah usahawan wanta yang mampu berbuat dan mampu mengukir sejarah dalam bidang perniagaan.
Sebagai usahawa wanita, yang mendapat pendidikan agama yang cukup dari allahyarham Haji Mahmood,ayahanda beliau(yang sudah berada dialam sana,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya) Hajjah Aishah,kini, berusia 67 tahun,kini menunggu dan menanti detik untuk kealam, sana telah dengan sukarela mewakafkan tanahnya seluar 5 ekar untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Mahmudiah, dikampung Paroh Pial, Bukit Tandak,Rantau Panjang
Kini kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan termasuk fasal pertama membina masjid,fasal kedua kediaman mudir,asrama dan dewan makan.Kos keseluruhan projek ini RM4 juta
Proje ini dijangka siap pada tahun 2019 dan dijangka dapat mengambil pelajar tahfiz bagi peringkat pertama seramai 100 pelajar
Tahfiz ini mengamalakn konsep free education dimana pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran

DATUK  WAN ROSDI MAT RASIK : RASUAH DAN KANSER POLITIK

Aku mengenali tokoh ini menerusi jurukameraman aku, Raja Faizuddin Raja Sulaiman, yang mempunyai hubungan baik dengan beliau
Wan Rosdi yang cukup prihatin terhadap masalah alam sekitar memang mudah didekati dan amat senang untuk diminta memberi reaksi terhadap masalah berkaitan dengan isu-isu alam sekitar,khusunya yang membabitkan isu-isu pencemaran sungai di negeri ini
Beliau telah beberapa kali keluar dalam slot berita TV3 dan memberi reaksi dan komentar terhadap isu pencemaran alam sekitar di negeri ini
Disebabkan minatnya yang amat mendalam dalam bidang ini, beliau bersama kawankawannya telah menubuhkan NGO,sebuah badan sukarela yang dikenali dengan nama Persatuan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Dimana menerusi persatuan ini, beliau dilantik menjadi Pengerusi dan mempunyai beberapa perancangan masa depan kearah mewujudkan komuniti yang sihat,sayang dan mencintai alam sekitar

Dari segi penglibatan dan interkasi dengan masyarakat,beliau kini dilantik Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Kelantan
Justru itu beliau amat dikenali dan mempunyai net-working disegenap lapisan masyarakat di negeri
Katanya, apa jua masalah rakyat yang mempunyai kaitan rapat dengan biro atau agensi kerajaan, yang dipercayai menyalahgunakan kuasa,terbabi dalam kegiatan tidak puteh termasuk menerima rasuah akan diminta menghubungi yayasannya
Katanya, sebaiksaja  pihaknya menerima aduan publik, satu fail akan dibuka.Pihaknya akan melakukan siasatan dan jika pihaknya mempunyai bukti dan mempunyai solid evidence, bukti yang kukuh,pihaknya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Badan Rasuah untuk mengambil tindakan susulan
Katanya, pengenalan diri pemberi maklumat akan tetap dirahsiakan

Datok Rosdi berkata, disebabkan kegiatan rasuah sudah menjadi satu budaya dan sudah mendarah daging dalammasyakat kita, untuk menghapuskan kegiatan ini bukan mudah
Katanha, ianya sudah lama menjadi kanser dalam masyakat kita dan untuk menghapuskan secara total perlu mengambil masa

Justru itu,Datok Rosdi berkata, kerjasama dari masyarakat,segenap lapisan masyarakat amat diperlukan untuk menghapuskan amalan yang tidak sihat
“Mereka tidak perlu takut dan cemas, laporkan kepada pihak yayasan dan pihak kami akan men gambill tindakan selanjutnya,” katanya serius
Beliau yang kini turut aktif dalam politik, memegang jawatan Timbalan Yang di Pertua Parti Bersatu bagi kawasan Kota Bharu, melihat akan berlaku perubahan dalam landskap politik tanah airpada PRU ke 14 nanti
Katanhya Ini adalah  kerana rakyat,khususnya penggundi semakin matangdalam politik dan sudah semakin tahu,parti mereka yang harus mereka sokong

Katanya, soal menukar kerajaan, pilih parti politik yang baru sudah sekian lama wujud dinegara negara dieropah Cuma dimalaysia,dinegara kita, amalan ini masih belum berlaku
Katanya persoalan memilih kerajaan baru, secara total terletak kepada generasi Y, penggundi baru, jika golongan ini serius untuk menukar kerajaan pilih kerajaan baru,dalam PRU 14 nanti,bukan satu hal mustahil BN akan kehilangan kuasa politik
Berdasarkan kajian rambang yang dilakukan, golongan generasi Y dikawasan Kta Bharu, berminat kerah usaha untuk menolak kerajaan BN dan memilih kerajaan baru