Tuesday, 8 January 2019

SEJARAH ZALIM PADA BAPA SAUDARA NABI ABU TALIB : ABU TALIB SEMPAT MENGGUCAP PADA AKHIR KALAM

Barangkali, maaf bukan barangkali "sememangnya", ulama ulama berbangsa melayu, pada kurun ke 13, 14, 15,16, 17,18 dan 19,tidak berbuat banyak untuk membuat penyelidikan, kajian, dan membetulkan fakta sejarah Islam yang amat "berharga"nilainya yang mendengungkan "fakta bapa saudara Nabi Muhammad saw,Abu Talib, bukan manusia mukmin, bukan manusia Islam" ketika menghembus nafasnya yang terakhir ! suatu pembohongan sejarah, yang telah "menipu berjuta-juta umat Islam"-sehingga kehari ini ramai umat Islam, berbangsa melayu-tidak kira-apa jua bangsa--mempercayai "pembohongan sejarah"itu.

tulisan ini ditulis untuk membetulkan "penipuan sejarah" yang telah berlaku hampir 1,400 tahun dan telah ditelan oleh umat Islam diseantaro dunia bahawa bapa saudara Nabi Abu Talib, bukan seorang Islam ketika mengembuskan nafas terakhir

menurut abang sayidina Ali, Sheikh Jaafar, beliau melihat dengan matanya sendiri, bapanya sempat mengucap kalimat laillahaillawlah, bibirnya bergerak, dan mengikuti shahadat yang di ajarkan Nabi Muhammad s.a.w, kepada bapa saudaranya Abu Talib

kecelaruan riwayat mengenai kebenaran "peristiwa ini" terjadi, kerana perawi perawi riwayat pada waktu dikatakan telah telah termakan "upah" oleh kuncu Muawiyah, yang kuat berdendam kepada sayidina ali dan keturunannya

sehingga ada riwayat yang memuji anak lelaki Muawiyah, yang bernama Yazid, seorang yang baik, sedangan pada realitiya, fakta sejarah, Yazid seorang pemerintah yang kejam, peminum arak dan "womanizar"----

lalu jika ada perawi periwayat yang ada dan sanggup memutarbelitkan fakta, apakah keadaan yang sama, juga tidak berlaku kepada Bapa saudara Nabi Abu Talib ?

Menurut catatan sejarah, junjungan besar Nabi kita, dipeliahara dan tinggal bersama Abu Talib ketika berusia lapan tahun. Kecintaan beliau kepada anak saudaranya amat besar sekali, menurut riwayat, makanan yang dihidangkan tidak boleh disentuh oleh anaknya yang lain, sebelum Nabi Muhammad menyentuhnya terlebih dahulu

apabila melihat anaknya Ali solat dibelakang Nabi Muhammad, beliau telah menyuruh anaknya sheikh jaafar turut solat bersama mereka

Pernah suatu ketika beliau tidak bertemu dengan nabi muhammad dalam tempoh satu hari, beliau telah mengarahkan semua pemda Bani Hashim, mencari Nabi Muhammad saw dan apabla bertemu dengan Nabi, beliau membawa anak saudara berjalan bersama dan dilihat pembesar pembesar lain dikota Mekah

abu mutalib ketua Bani Hashim yang cukup berpegaruh dan disegani oleh pepmebesar quraish dan penduduk kota Mekah pada waktu itu

dan ketika Raja Abraham dari Habshah, datang bersama tenteranya dan sekumpulan gajah untuk meruntuhkan kaabah, Abu Talib, pergi berjumpa Raja Abraham, dan ketika ditanya tentang unta, Abu Talib, berkata untaunta dimekah ada pemiliknya, dan beliau menjelaskan kepada Raja Abraham, Kaabah juga ada penjaganya iaitu Alllah dan kisah jelas terdapat dalam al-quran dalam surah Al Fil dimana gajah-gajah itu dimatikan hanya dengan batu batu kecil yang dibawa sekumpulan burung dan menjatuhkan batu batu keatas gajah, dan gajah mati seperti daun kering---begitulah keheban dan kebesaran kuasa allah---

Dan berdasarkan kepada sejarah sebenar, banyak pembelaan yang dilakukan Abu Talib terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan ketiak Nabi meulakan dakwah secara terbuka tidak ada satu pun riawayat yang menyebut Abu Talib menentangnya malah menurut satu riwayat belaiu sempat berkata kepada Nabi Muhammad saw, katakan apa yang ingin engkau katakan dan beliau tetap bersedia menyokong dan membeka Nabi Muhammad saw.

malah beliau dengan tegas dan lantang, memaklumkan kepada pembesar quraish bahwa walau apa pun terjadi, belaiu tidak akan menyerah anak saudaranya sehingga mereka sanggup melangkah mayatnya terlebih dahulu

Nabi Muhammad saw amat menyayangi bapa saudaranya yang banyak berjasa dan menyokong baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah.

Dalam al-quran, allah jelas melarang umat Islam "mencintai, menyayangi" manusia bukan Islam tapi dalam realitas ini, disebabkan Abu Talib, bapa saudara Nabi, juga seorang Islam, pada saat akhir hidupnya, sempat menggucap syahadat, kenyataan dengan jelas menolak fitnah pihak tertentu yang mengatakan Abu Talib, tidak Islam tapi pada realitinya bapa saudara Nabi itu seorang mukmin,Islam,beriman dan bertakwa kepada allah yang maha besar

semoga tulisan kecil ini dapat dan mampu "membasuh" pembohongan intelektual terhadap bapa saudara Nab Abu Mutalib, sekian jabatku, titiek


No comments:

Post a Comment