Tuesday 26 April 2011

bola-sultan muhammad ke lima,tan seri annuar musa,dali omar dan bulat

Semalam,Stadium Sultan Muhammad keempat gamat dengan sorakan penyokong Pahlawan Merah Worriars, apabila,Norshahrul Idlan Talha,pada minit ke 8 separuh masa pertama, menjaringkan gol pertama dan terakhir kelantan, mengalahkan pasukan Selangor 1 - 0,didalam "permainan berimbang" dan "sedap ditonton

yang lebih memeriah dan mensemarakkan suasana pada malam itu, keberangkatan,sultan muhammad kelima, mencemar duli, menyaksikan perlawanan yang mencemas dan mendebarkan, degup jantung, setiap penikmat dan pencandu, bola sepak di negeri ini

Selangor, bukan calang-calang pasukan, pada awal tahun 7an, 80an,90a, pasukan Kelantan, "memang makanan" pasukan selangor, baik bermain di gelanggang sendiri maupun bermain, di ditempat lawan

Kemenangan kelantan, 1-0, menyebabkan kedudukan kelantan, meloncat naik ketempat ketiga,dibelakang pasukan Terengganu, kelantan mendapat 30 point, manakala selangor masih kekal ditempat teratas dengan 32 poin, manakala tempat kedua diduduki pasukan,terengganu, 31 mata

pada malam pertemuan, kelantan membelasah negeri sembilan, pemain evergreen, super star , legenda bola sepak kelantan, Dali Omar,63, yang pernah bermain dengan kelab mat salleh,Azzuri, di Ausrtralia dan juga pernah bermain dengan kelab divisyen 2, di Italy-tapi tidak diambil jasa bakti, khidmat nasihat-beliau sebagai pemain bola sepak proffesional--memberi komentar, secara keseluruhan,"hantaran bola" sesama pemain masih belum "memuaskan". Accuracy-ketetapan- hantaran bola perlu dibuat latih tubi. satu lagi komen beliau, pemain bola sepak,proffesional, bila "mensasarkan jaringan gol kepada gol lawan", tidak akan melebihi "banyak inchi",dari palang dan tiang gol, itu dinamakan pemain proffesional

ketika ditanya kenapa beliau tidak memberikan "khidmat bakti", curah pengalaman beliau, berkongsi pengalaman beliau dengan pemain baru kelantan, beliau mengakui, beliau tidak mempunyai "sijil jurulatih", tidak mempunyai "lesen" bolasapek, seperti di kehendari FAM. "Untuk dapat sijil bukan susah," katanya. "Nanti abang, balik australia, abang ambik sijil,abang pemain bola sepak proffesional, banyak pengalaman bola sepak, boleh abang, curahkan kepada pemain muda.

soalnya, apakah pengursan KAFA, dapat menerima kehadiran Dali Omar, membantu Datuk Karutu, setelah beliau mempunyai "sijil jurulatih" dari australia kelak, asih menjadi tanda tanya

pun begitum ada pendapat peminat bola sepak kelas berat kelantan, itu semua terletak kepada orang nombor satu KAFA, Tan Seri Annuar Musa, jika beliau berkata, "Dali masuk", akan masuklah Dali, jika dia tutup pintu, terduduklah Dali.

difahamkan, Datuk Karutu, mempunyai hubungan baik dengan Dali kerana "masa muda-muda dulu, mereka pernah bermain dalam satu pasukan" cuma, kelebihan yang ada pada Dali-dapat bermain dengan kelab Mat Salleh di luar negara

meskipun berusia 63 tahun, dali omar masih tetap tegap,"kita pemain bola sepak proffesional, "dilatih semua hal,untuk jaga fitness, soal pemakanan, masa rehat, minda mesti selalu fokus-bola, bola, bola,bola,bola, bulat dan gol

"Dali you take it," kata manager kepada beliau, perlawanan pertama beliau memawikili kelab azzuri. ketika itu kelabnya mendapat tendangan percuma diluar kotak penalti."10 minit pertama bermain tidak d apat bola kerana beliau pemain baru.

apbila diberi kesempatan untuk mengambil tendangan percuma,"abang fokus,buat tendangan kencang,menerobos gawang pasukan lawan

keesokanya, keluar dalan akhbar tempatan, "Omar Sheriff Malaysia score a goal","Dia orang panggil gelaran omar syeriff, sebab misai abang lebat, (orang kelantan kata misai lebat ular sawa)

itu hanya serpihan dan cebisan, sejuta pengalaman Dali Omar, Lagenda Bola Sepak kelantan, bemain dengan kelab Mat Salleh diluar negara

soalan yang perlu dijawab--berapa keratkah pemain bola sepak kita yang dapat melepasi "tahap untuk menjadi pemain bola sepak proffesional", dapat bermain dengan kelab Mat Salleh di luar negara, sebagaimana Dali Omar, lakukan--menjadi pertanyaan tajam, panjang dan masih menggangga

Dali, apa yang kau cari sebegitu jauh ? Beliau kini tidak ada di Kg Binjai, kerana kembali ketempat tumpah darah kedua, Australia dan akan kembali ketanah air 14 mei depan.
Sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment