Friday, 15 April 2011

Komunist,kerajaan BN, voters dan Sarawak

Pemikir Perancis Raymond Aron mengatakan senjata atom adalah ibarat cadangan emas untuk menjamin mata wang sebuah negeri, ia disimpan jauh dalam tanah, ia ditimbun dan selalu siap tapi tak pernah ia dipergunakan secara fizikal. Kita mungkin lebih jelas untuk menyamakannya dengan pakaian wanita cantik : sesuatu yang bisa berkibar dengan pongah, tapi tak untuk dipakai pada saat klimaks
-Goenawan Mohamed-


Membaca The New Straits Times,29 Ogos,1957, muka depan, date line-Kuala Lumpur, yang harganya cuma 15 sen pada waktu itu,sekali waktu, memberikan kekuatan dalaman,diri kita,untuk bergetar dan terketar,melihat naked statement, Perdana Menteri Pertama kita, Tuanku Abdul Rahman, mengenai "kommunisma". Headline berita, REDS A LAST CHANCE, Enemies if offer is spurned, "all out for peace"

petikan--Kuala Lumpur, Wednesday, The Goverment will give terrorsits jest one more chance to surrender after merdeka. Tengku Abdul Rahman revealing this today, said,"if they reject our terms we shall know that they regard the new federation as their enemy.

"we shall then go all aout to end the emergency before malaya celebrates its first anniversary of independence next august,"

aneh bukan ? Kenyataan itu dikeluarkan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra kerana gerakan komunis pada waktu itu menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Tapi setelah,54 tahun kita meraih kemerdekaan, mengisi kemerdekaan, banyak sudah dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kwalitas dan mutu kehidupan rakyat, masih ada banyak hal-hal yang "tidak cucuk" dan tidak "beres" menurut perspektif parti pembangkang, s ehinggakan keluar suara, pekikan, teriakan kerajaan BN yang ada dan seada adanya hari ini, perlu di"tukar" kepada kerajaan Barisan Alternatif, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diramalkan akan dijebeloskan kedalam sel, menurut pengamat politik yang enggan nama diquote kerana "kesalahan meliwat seorang manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang namanya wajar dirahsiakan.

benar atau tidak ramalan itu , kita kurang tahu persis. Yang jelas PKR pimpinan DSA dalam PRU ke 12 lalu, menang besar, PKR menawan 32 kerusi parlimen,walaupun baru berusia 10 tahun, berbanding dengan PAS yang cuma mampu menang 24 kerusi parlimen walaupun sudah berjuanghampir 50 tahun dalam peta politik tanah air dan DAP yang melaungkan konsep, Malaysian Malaysian menang 28 kerusi Parlimen

Kini PKR didalam Parlimen, mempunyai 28 kerusi parlimen sahaja akibat 6 ahli parlimen mereka telah, keluar PKR,keluar parti, dengan istilah lebih kejam telah melakukan proses "murtad politik". murtad politik bukan satu dosa besar, cuma mereka secara moral, telah "berdosa" dengan penggundi mereka. itu saja, esok disarawak, menjadi hari besar kepada semua parti politik yang bertanding disana. ada pendapat mengatakan keputusan pilihanraya umum sarawak akan menjadi indikator politik,samada kerajaan BN akan mempercepat atau melambatkan PRU ke 13

suatu andaian politik yang terkeluar dari thingking box, yang sedia ada. ada pendapat mengatakan pilihanraya sarawak tidak dapat dijadikan political indicator,  alasanya laut china selatan yang membedah,  membelah dan memisahkan bumi semenanjung dengan sarawak "jauh sekali jaraknya"menjadikan alasan itu semakin rapuh, dan semakin tidak relevant

suatu perbandingan yang sama sekali tidak relevant. Apa pun berdasarkan laporan media, baik cetak maupun tidak cetak,media visual, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, "dipaksa atau terpaksa" bekerja keras, turun padang, bertemu dengan rakyat sarawak, "menagih undi, menagih simpati" rakyat sarawak, agar memberikan undi mereka kepada calon-calon BN

suatu senario politik yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum pilihnanraya sarawak sebelum ini dimana pucuk pimpinan tertinggi BN terpaksa turun padang berkali-kali untuk memastikan kemenangan calon-calon BN dalam pilihanranya, yang barangkali tidak terlalu salah jika dikatakan banyak "berpihak kepada pihak pembangkang.

dan bagi pihak pembangkan pula, jentera BN dikataka menjadi machinenary yang kalau diamerikakan menjadi (maaf) pengemis undi, beggars voters,sebagaimana yang diunggapkan Presiden pertama Amerika syarikat, Abraham Lincon, ketika enggan turun kepadang berkempen sebagaimana yang dilakukan calon lawannya

dalam konteks ini, kata-kata keramat Tun Mahathir Mohamed, "Melayu mudah lupa" sama sekali tidak dapat dipakai dan dipergunakan dalam pilihanraya sarawak pada kali ini, kerana penggundi secara keseluruhannya bukan berbangsa melayu

latest news yang diterima, daripada 63 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipertandingkan esok, jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti pembangkang akan "membengkak , membesar" menjadi antara 15 hingga 20 kerusi. apakah benar ramalan politik itu, kita cuma perlu dan lihat. disisi lain, ada juga pihak berpendapat, disarawak esok, selepas penggiraan undi, akan "wujud tsunami politik"yang akan menyebabkan tersungkurnya ketua menteri sasrawak dari jawatan itu, sebagaimana berlaku terhadap bekas menteri besar kelantan, tan sri mohamed yaacob(kini berada dialam barzakh) dalam pilihanraya 22 Oktober 1990.
apapun, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, "kuasa rakyat"(peoples power) akan dan lebih mengatasi "kuasa politik", kerana pemimpin politik adalah dipilih dari "kuasa rakyat",rakyat mempunyai "kuasa untuk menaikturun dan "menjatuhkan pemimpin politik" dengan kuasa undi mereka manakala "pemimpin politik" tidak mempunyai kuasa untuk "menjatuh dan menaiikan turunkan" penggundi kerana apabila tiba waktu pilihanraya manusia politik sudah hilang status quo, mereka sudah menjadi manusia biasa,haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, sama seperti kita, laymen, yang ada dan seadaadanya

sejauh mana benar spekulasi politik itu, kita penikmat dan pencandu politik di semenanjung hanya, perlu menunggu dan menanti, keputusan akhir pilihanraya sarawak lewat tengah malam esok.selamat menunggu dan selamat menanti, tepat memang, penantian suatu penyeksaan tapi ia mengajar dan menghajar kita supaya lebih akrab dengan waktu(masa)

terima kasih titik

No comments:

Post a Comment