Pada diri manusia ada sembilan tempat yang menjadi laluan masuknya jin atau berhentinya mereka dan mengambil tempat bermukim atau bermastautin di telinga, kanan dan kiri, mata, kanan dan kiri,hidung, kanan dan kiri,bibir, atas dan bawah,tangan kanan dan kiri,kaki kanan dan kiri,perut, kemaluan, hati darah
-Kitab Mengenal Tuhan yang bernama Allah, Dalam Ubudiyah dan Minta Tolong-
Ustaz Ahmad Haji Din(Anak murid tok Kenali)
Barangkali ramai dikalangan kita, yang beragama Islam, tidak mengetahui latihan fisizal, menjaga kesihatan badan,sudah wujud dan diamalkan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.kalau anda pernah membaca buku, Suffisme healing(perubatan sufi), latihan yang paling ampuh dan paling berkesan "untuk mengalirkan peredaran darah, dalam tubuh badan,ialah melalui zikrullah.
soalnya berapa keratkan dikalangan "kita-kita, aku-aku" yang mengaku beragama Islam, manusia, the thingking animal, "mengamalkan wirid zikrullah secara rutin" ? Jika itu dilakukan berapakah "kuantiti dan kualiti zikrullah, yang telah diamalkan oleh kita,, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunya satu alat kelamin
dalam kitab yang digarap oleh Ustaz Mat Janggut, halaman 28,Nabi Muhammad s..a.w. mengajar bilal, supaya berzikir,"ahad",sebelum Perang Badar,dan amalan ini dilakukan sepanjang masa,sepanjang hayat oleh beliau.Nabi Muhammad memimpin 313 tentera muslimin dan tentera kafirin dikepalai Abu Jahal,Abu Lahab dan Abu Suffian,dengan 1,000 tentera kafirin.Sejarah mencatat,tentera muslimin menang besar.
dalam sebuah buku yang aku baca,didalam kedai buku allahyarham Jaafar Rawas, seorang doktor jerman,menulis, latihan fizikal yang paling baik untuk kesihatan badan spesis yang bernama "manusia" ialah
sembahyang. alasannya apabila seseorang Islam solat, mengerjakan sekala rukun sembahyang, rukun sujud, yang paling "afdhal" dari aspek kesihatan. ketika seseorang itu sujud,seluruh darah turun kebahagian kepala,proses penghantaran oksigen ke otak,menjadi lancar dan "jantung ketika itu' berdenyut kencang, ini merupakan latihan jantung yang paling berkesan berbanding dengan aktivitas jogging, yang dilakukan masyarakat barat dan ditiru secara "tolol" dan "membabi buta",oleh "manusia elite Islam",yang sudah pun berusia lanjut
dalam hubungan ini, kita sebagai manusia Islam tidak perlu "meniru secara bulat: dan membabi buta "terhadap apa yang dilakukan masyarakat barat khususnya dari aspek kesihatan dan menjaga kesihatan badan. Kita Islam mempunyai kaedah perubatan Islam tersendiri
Jika anda,terkena penyakit, khususnya pesara atau yang sedang bekerja, seperti penyakit diabatis,darah tinggi,buah pinggang,kanser dan sebagainya anda tidak berfikir banyak, anda tidak perlu runsing "kerana" jika anda memahami the essense of life, kehidupan serba sementara ini, bukan milik anda,ianya milik allah
diri anda, isteri anda, anak anda semua milik allah.when time comes,it's time to die, you have to die.justru "penyakit,kuman,bakteria,tumor," yang ada,hidup,dan tumbuh, dalan diri anda,itu semua kejadian allah. soalnya apakah anda sudah "bersiap untuk berangkat kealam barzakh", sudah cukup, sudah banyakkah "amalan yang anda ada untuk berhadapan dengan Yang Maha Khalik di padang masyhar kelak" ?
bagaimana dengan "dosa-dosa" masa lalu " ?Tak kira dosa politiek,dosa sosial, dosa seni dan apa jenis dosa, yang anda lakukan, apakah anda sudah melakukan "solat taubat nasuha", jika tidak kenapa "harus tidak" ?
bukan suatu perlakuan yang sulit, untuk mencari kayu pengukur, alat pengukur tara,"yard-stick-samaada anda manusia, haiwan berkaki dua mempunyai satu alat kelamin,-, mempunya "banyak atau sedikit dosa"
manusia yang tidak banyak dosa dianugerahkan allah, mudah, senang, merasakan kenikmatan beribadah,mereka merasakan "kemanisan dan kelazatan" dalam beribadah manakala manusia yang banyak dosa,akan malas untuk melakukan ibadah.
ulama telah menggariskasar, untuk mendapat "khusuk dalam solat", perlu banyak membuat latihan, perlu banyak melakukan solat sunnat, membaca al-quran dan kerap berzikir, menyebut dan memuji nana Yang Maha Khalif, setiap masa dan setiap detik
hari ini, jika kita, membedah inti pati time managemnt, daripada 24 jam masa yang diberikan, kita hanya menggunakan masa untuk solat lima minit saja bagi setiap waktu. Ini bermakna, kita menggunakan masa 25 minit, dalam tempoh 24 jam untuk melakukan solat.
persoalannya, "apakah itu sudah mencukupi dan memadai", suatu pertanyaan yang barangkali "anda sendiri perlu menjawab "soalan berbahaya dan merbahaya itu"
Macbeth, dalam sandiwara Shakespeare, menjelang akhir,berbicara sendiri kepada gelap :
Hidup hanya wayang yang berjalan,
lakon yang meregang untuk satu malam
cerita yang dikisahkan oleh sibodoh
penuh riuh serta resah, yang tak bererti apa-apa-catatan pinggir maret 25,1978-
lalu "bagaimana dengan anda, dimana jua anda berada,baik di amerika syarikat, eropah,scotland, new zealand,, australia, India, Pakistan dan dimana jua, anda perlu catat dalam hati anda, "bayang-bayang hitam" akan sentiasa memerhati dan mengetuk jendela kaca rumah anda "bila tiba masanya"
dan pada detik itu, jika anda manusia beriman, anda akan dapat menggucap syahadat dengan tenang, anda akan di jebeloskan kedalam syurga Jannah. Ini janji junjugan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, siapa dapat menggucap syahadat pada akhir kalam, dijamin syurga "milik mereka", jika keadaan berlaku sebaliknya, "the hell you go"
untuk dapat menyebut kalimah itu,"latihan zikir secara rutin dan terus menerus perlu dilakukan,setiap hari,ianya merupakan "santapan dan makanan rohani" yang barangkali tidak banyak dilakukan manusia akhir zaman, "mereka lebih mementingkan makanan jasmani berbanding makanan rohani",ini menyebabkan mereka "ada dan ada seada-adanya" titik
Jabat ku,titik
No comments:
Post a Comment