Goverment is very good business, good goverment is everybody's business
-petikan Buku, THE NEWSPAPER
Sengaja aku petik quotation dari buku itu, untuk kita, melihat jauh kedalam diri kita, diri kerajaan kita yang ada dan seada adanya hari ini, menurut perspektik, pembangkang, apakah kerajaan BN yang ada hari ini sebuah kerajaan yang baik dan membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebagaimana yang dilakukan kerajaan di negara-negara maju ? Bagi parti parti,kompon BN, kerajaan yang ada hari ini,adalah sebuah kerajaan yang baik, the best among the best kerajaan,kerajaan yang pernah wujud, di rantau asia tenggara
rakyat dapat hidup aman dan damai, dapat mencari rezeki,tidak berlaku "rusuhan besar",cuma sekali waktu, wujud "demonstrasi terancang" secara aman
manakala, menurut persepektif parti pembangkang, kerajaan BN yang ada hari ini, masih belum pantas untuk dikatakan kerajaan yang baik kerana masih banyak "yang itu dan yang ini" yang menurut perspektif pembangkang "tidak beres"
dengan hanya lima perdana menteri yang pernah memerintah malaysia, sejak negara mencapai kerajaan,Perdana Menteri, keempat, Tun Mahahtir Mohamed, telah meletakkan landasan dan wawasan 2020, negara kita akan menjadi negara maju, akan mencapai status negara maju, dalam tempon 9 tahun lagi, persoalan timbul, dan masih menjadi pertanyaan ngeri, apakah "kita,mereka,kamu dan kita" semua, sudah bersiap sedia untuk menjadi "warga negara maju"
apakah dari segi, mentaliti,pemikiran, perspektif kita sudah "on par" dan setaraf dengan warga-warga dan kommuniti negara maju?
apakah pada waktu itu, lepasan-lepasan SPM, tidak mengira bangsa,sudah semuanya "pergi kekolej,ipta dan iptas ? apakah setelah tamat peringkat diploma,ijazah, mereka akan diguarantikan mendapat tempat dan dapat bekerja di sektor swasta maupun kerajaan ?
bagaimana dengan masalah kemiskinan penduduk diluar bandar ? apakah jurang perbedaan antara golongan kaya" dan miskin sudah berjaya di"rapat dan didekatkan" ? Jika tidak, kenapa harus menjadi "tidak"?
persoalan lebih jauh dan lebih tajam, apakah bila kita sudah mencapai "status negara maju", maju dari segi "nombor, angka, data, statistik" dan "maju dari aspek ekonomi", kerajaan sudah bersedia untuk menyediakan tabung UB, Unemployment benefit kepada golongan "penganggur" di negara ini ?
Jika kerajaan Scotland dapat memberikan elaun bulanan 60 euro setiap minggu dan kerajaan australia dapat memberikan aus dollar 800 sebulan kepada golongan penggangur, apakah kerajaan kita, kerajaan BN dapat "melakukan hal yang sama" kepada golongan pengganggur di negara apabila negara kita sudah mencapai "status negara maju".
Jika tidak, jika kerajaan "tidak dapat melakukan hal seumpaman itu", apakah kita akan "bangga mencapai status" negara maju.
Jika kerajaan tidak dapat melakukan dan menjaga kebajikan golongan pengganggur, tidak terlalu salah jika dikatakan "negara kita belum siap pakai" untuk memakai label status negara maju
sembilan tahun bukan satu jangka masa yang lama, dua kali PRU umum, kita akan berada dipuncak negara maju ? apakah "pertumbuhan ekonomi"negara dan financial standing, kedudukan kewangan negara sudah sudah melega dan "memberangsangkan" ?
Jika kita, bagaimanakah "kerajaan untuk berhadapan" dengan rakyat, khususnya penggundi jika kerajaan gagal melaksanakan dasar dan polisi, menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebagaimana yang dilakukan kerajaan di negara-negara maju ?
Bagaipula dengan politik dan permainan politik ? apakah "amalan memberikan wang tunai" kepada penggundi akan dan masih tetap dilakukan, pemimpin politik parti kerajaan maupun pihak pembangkang, akan masih tetap di"praktikkan" secara senyap dan diam.
apakah amalan, memberikan wang tunai kepada penggundi luar, khususnya dikelantan, yang pulang penggundi akan tetap dilakukan meskipun amalan seumpama itu, menurut suruhanjaya pencegah rasuah ianya, melanggar akta pilihanraya?
lalu bagaimana pula dengan sikap, penggudi itu sendiri ? Jika mereka sanggup menerima wang tunai dan mendapat habuan politik, tidak kira parti "mana" yang melakukan kegiatan tidak sihat dan tidak bermoral itu agar menyokong parti tertentu, apakah "fenomena" ini" tidak dapat dijadikan "indikator politik" untuk mengatakan kita masih belum bersedia unrtuk mencapai "status negara maju"
Kita akan mencapai status negara maju,apabila semua penggundi, beramai-ramai berkata, Tak Nak kepada "duit politik" yang akan diberikan secara percuma pihak tertentu, khususnya,menjelang pilihanraya umu
dengan lain perkataan, kita akan mencapai status negara maju secara total,. apabila "semua penggundi" termasuk pakcik, machik dikampung, masyarakat kampung sudah "menolak pemberian wang tunai"
bagaiamana pula dengan sikap pemimpin tertuntu, apakah mereka akan survive,karier politik mereka diperingkat akar umbi tetap kuat dan berpengaruh, jika tidak "melakukan apa yang disebutkan diatas" tadi
apa pun yangi dibicarakan "tentang politik"tanah air, kita tidak dapat melepaskan ikatan tradisi "politiek wang"! Jika amalan politiek wang, masih berterusan dan diamalkan para politikus, ini bermakna rakyat semakin tidaf fahama dengan pengertian dan konsep serta "makna negara maju"
dalam konteks ini, tiba-tiba, saya teringat pada kata-kata ,intelektual dari negara barat, Camera, when i give food to the poor, they called me saint but when i asked why the poor have no food, they called me a communist
Sekian untuk sementara.sekian. titik
No comments:
Post a Comment