Barangkali tidak ramai kalangan generasi muda,yang lahir, ditelontar dan ditelantarkan dibumi kelantan selepas tahun 1977, mengenali manusia,tokoh politiek Pas, Menteri Besar Kelantan, sewaktu kerajaan campuran PAS-UMNO, Datok Mohd Nasir-(kini sudah berada dialam barzakh-" disemadikan di bumi Kangroo", -May Allah bless and peace be upon him - merupakan tokoh politiek Pas kontreversial, pencetus "tersungkurnya" kuasa politik Pas di kelantan
Bola politiek yang disepaknya, tergolek sehingga tercetus MAGERAN dan tumbang cengkaman kuasa politik Pas dikelantan dalam pilihanraya umum 1978,"satu kemenangan politik UMNO" yang dilakukan secara "tipu helah", "rakyat kelantan tidak pernah rida UMNO-BN- memerintah kelantan" tutor bekas Timbalan Menteri Besar, Datok Wan ismail Wan Sulaiman,lulusan LLB London, ketika aku bertemunya di kediamananya di Kubang Krian, suatu waktu sudah berjarak dulu.
"Kenapa datuk berkata d emikian," ? tanya ku padanya."UMNO merancang perarakan,gerakkan massa secara besar besaran, kemudian "isitharkan (darurat) , Mageran, pecahkan Pas dari dalaman, taja bekas pemimpin PAS, bertanding atas tiket parti Berjasa, bermuafakat dengan UMNO sewaktu meletakkan calon dalam kawasan pilihanraya,akibatnya Pas,rebah dan tersungkur",dan BN menerajui kelantan, sehingga tersungkur semula UMNO dibumi kelantan pada pilihanraya 22 oktober 1990
berbicara mengenai politik kelantan, sejarah politik kelantan, sejak pilihanraya pertama diadakan dinegara ini, 1955, kuasa politik kelantan, sama sekali berbeda dengan negeri-negeri lain. PAS mendominasi "peta dan landskap politiek kelantan. sejak pilihanraya 1969(kalau tidak silap) "kuasa politik kelantan" mulai dipegang pucuk pimpinan Pas. menurut Tengku Razaleigh Hamzah, setelah kalah dalam pilihanraya itu,ramai kalangan pemimpim-pemimpin UMNO kelantan,"malu",pergi ke agensi kerajaan,"malu", untuk berhadapan dengan rakyat "kekok" kerana majoriti rakyat kelantan, pilih Pas pada waktu, sejak itu setiap kali pilihanraya umum diadakan, UMNO berusaha keras untuk merampas kuasa politiek dari PAS sentiasa gagal, majoriti rakyat kelantan tetap memberikan undi mereka kepada calon-calon PAS, 1973 berlaku kerajaan campuran BN-PAS dibumi kelantan, 1978 pakatan kerajaan campuran pecah, mageran, pilihanraya umum 1978, Umno merampas kuasa politik dari Pas "secara tidak gentleman", menurut pengamat politik veteran, 1990 kerajaan BN tumbang, sehingga sekarang PAS mendominasi "kuasa politiek kelantan"
berbalik kepada Menteri Besar kerajaan campuran UMNO dan PAS, Datuk Seri Mohd Nasir, beliau terkenal rapat dan mempunyai hubungan baik dengan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah pada waktu itu.
ketika tumbang kerajaan Pas, beliau dilantik menteri tak berfolio di Jabatan perdana Menteri.aku berkesempatan bertemu dengan beliau dikediamannya di Pasir Hor. aku kesana bersama wartawan majalah PERISTIWA, milik Percetakan Dian, yang pada waktu itu di urus Datok Yussof Zaki(kini allahyarham-semoga allah mencujcuri rahmat keatas rohnya)
didalam temubual itu, aku bertanya, bagaiamanakah the beginging of the begining, menyebabkan beliau dapat masuk dekat, ke istana Brunei sehinggakan dapat bantuan kewangan Sultan Bolkhiah, sehinggakan dapat mendirikan sekolah tahfiz di danau Tok Uban.
allahyarham menjelaskan, pertemuan beliau dengan ayahanda sultan bolkhiah terjadi ketika baginda melakukan resmi ke sabah. Mufti sabah, ketika itu, meminta bantuan kerajaan pusat, untuk "mendondang" lawatan sultan brunei kerana "beliau dikatakan tidak tahu banyak tentang protokol", allahyarham kemudian di hantar kesana, dari situlah bermulanya hubungan baik beliau dengan ayahanda sultan bolkiah.
apabila banginda wafat, sebagai kawan, sahabat, dunia dan akhirat, beliau berkesempatan melawat maqam dan bersedekah al-fatihah, pada malam harinya beliau bermimimpi bertemu dengan ayahanda sultan brunei, dalam keadaan baik, suasana puteh, baginda happy berada dialam sana. kemudian apabila berkesempatan menghadad sultan Bolkhiah, beliau menceritakan mimpi itu,terpesona dan bahagia dengan "berita gembira" itu, beliau mendapat "anugerah"
beliau juga menulis buku, diterbitkan pustaka dian, judul buku,(kalau tidak silap-: Brunei negara makmur, brunei darulsalam, kulit dicetak berwarna kuning
datok seri mohd nasir, mulai bertanding dalam pilihanrayan umum atas tiket pas pada tahun,1955, menan g besar, beliau juga pernah menghasilkan buku falak Islam, seorang aktivist pas, pejuang PAS,tidak sehaluan dengan Datok Asri Muda, meninggalkan PAS, menubuhkan parti Berjasa,bermuafakat dengan UMNO, menjatuhkan Pas dalam pilihanraya 1978, tokoh UMNO yang bukan, dua dan tiga,disebalik perancangan licik itu, Tengku Razaleigh Hamzah, ketika itu Pengerusi Badan perhubungan UMNO kelantan, bekas ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Hussein Ahmad--sekadar menyebut beberapa nama--
tapi kini Berjasa menjadi parti politik, hidup segan, mati tak mahu. Presidennya, kini sudahpun berada di "alam barzakh" dibumi Kangroo, Australia-negara yang memberi peluangg, kini, kepada 23 ribu pelajar kita menuntut disana-
persoalan politiek timbul-: apakah parti berjasa akan "mampu untuk bermuafakat dengan UMNO" bagi repeat the history,dlm PRU ke 13,untuk merampas kuasa politiek dari PAS, suatu pertanyaan politiek, yang sama sekali "tidak relevant"
wrong question, wrong timing and wrong place
'apakah benar sebegitu,dunia politiek" kata seekor bapak nyamuk kepada anak-anak nyamuk, dicelah-celah dinding kaca rumah mereka, ketika "subuh mulai "menggelepar dan menggeletar" dipuncak mimpi', apakah benar sebegitu, anak-anak ku," tanyanya lagi
sekian.
jabatku
1 comment:
SAYA SANGAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA KI WARA,ATAS BANTUANNYA YANG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA YAITU {4714} DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..WAKTU SAYA DIBERI TAU SAMA TEMAN KALAU ANKA YANG SAYA PASAN NAIK,SAYA HAMPIR PINSAN DAN TIDAK PERCAYA TAPI INI JUGA BENER2 KENYATAAN,,BERKAT BANTUAN KI WARA KINI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUANYA DAN RUMAH JUGA SAYA DILUNYA SEMPAT KUGADAIKAN KINI SAYA SUDAH MENEBUSNYA KEMBALI..SYUKUR ALHAMDULILLAH KINI KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,,DAN JIKA ANDA INGIN ANKA JITU DAN BUKAN OBRAL JANJI YG SERING ANDA DAPATKAN SILAHKAN HUBUNGI KI WARA DI 082322214888 DIJAMIN INSYA ALLAH 100% PASTI TEMBUS
SAYA SANGAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA KI WARA,ATAS BANTUANNYA YANG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA YAITU {4714} DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..WAKTU SAYA DIBERI TAU SAMA TEMAN KALAU ANKA YANG SAYA PASAN NAIK,SAYA HAMPIR PINSAN DAN TIDAK PERCAYA TAPI INI JUGA BENER2 KENYATAAN,,BERKAT BANTUAN KI WARA KINI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUANYA DAN RUMAH JUGA SAYA DILUNYA SEMPAT KUGADAIKAN KINI SAYA SUDAH MENEBUSNYA KEMBALI..SYUKUR ALHAMDULILLAH KINI KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,,DAN JIKA ANDA INGIN ANKA JITU DAN BUKAN OBRAL JANJI YG SERING ANDA DAPATKAN SILAHKAN HUBUNGI KI WARA DI 082322214888 DIJAMIN INSYA ALLAH 100% PASTI TEMBUS
Post a Comment