Barangkali,tidak ramai dikalangan rakyat kelantan,yang berumur kurang dari 20 tahun,pada detik ini mengetahui sejarah politiek, kejatuhan dan kemusnahan kerajaan BN ditangan rakyat kelantan pada pilihanraya umum 20 tahun lalu
pada waktu itu, pru diadakan pada 22 oktober 1990, ketika aku bekerja sebagai pemberita sambilan Berita Harian, ketua biro bh pada waktu Pn Norhayati Said, wartawan BH pada waktu itu, Rosli Safar dan Nasir Hassan(kini stringer Bernama) dan jurugambar BH suhaimi ahmad(allahyarham-semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya-, stringer lain, rosdi ismail, kini bh kl bahagian subbing, Nor Jaafar ,(kini sudah pencen), Ramli Ibrahim, Gua Musang, Rosi Hassan(tabloid tempo) Azman Mahmmod(kini BH Terengganu)
Ketika tumbang kerajaan BN, aku menjadi "saksi bisu"(dumb witness) melihat dengan "naked eyes", betapa sedih dan pilu ahli-ahli UMNO pada waktu
setelah diumum gabungan pas dan semangat 46, memenangi pilihanraya itu, majlis angkat sumpah diadakan di istana kubang krian pada malam itu. yang melucukan, ketua Biro Rashid Bakar, mendapat "memo" dari Kadir Jassin, kerana "missed majlis angkat sumpah" sedangkan akhbar The Star dapat merakakam dan menyiarkan berita itu dalam akhbar the star pada keesokan harinya. Jurugambar the NST pada waktu Nik Ibrahim Nik Salleh(allahyarham), semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. reporter NST pada waktu, shaiful azhar abdullah(pernah menjadi correspondence NST di London, dan Manisah Ismail.stringer NST pada waktu Norjehan, yang aku sudah lupa bintinya
apa yang aku ingin katakan, pada waktu "api kemarahan rakyat kelantan ", gelombang menolak umno begitu kuat sekali, justru rakyat kelantan melihat kekalahan tengku razaleihg hamzah, melawan kerusi presiden umno,yang disandang tun mahathir mohamed,pada waktu, wujud konspirasi dalaman umno, untuk mengalahkan tengku razaleigh hamzah
tengku razaleigh hamzah diumumkan kalah 43 undi. kekalahan tipis. secara politik, ia memberi makna separuh dari perwakilan umno pada waktu itu, menolak kepimpinan tun mahahtir mohamed. pelbagai cerita didengung, dan didongengkaan serta dimitoskan, diperingkat akar umbi "berlaku penyelewengan" dalam perkiraan undi, dakwa penyokong tengku razaleigh hamzah
sejauh mana benar dakwaan itu, ianya masih samar. yang jelas setiausaha agung umno pada waktu itu, sanusi junid dan ketua penerangan umno, tan seri husein ahmad, masih hidup "yang tahu jawapan sebenar" mengenai dakwaan itu
berdasarkan post mortem yang dilakukan, banyak faktor menyebabkan kerajaan BN tersungkur dan menyembah bumi,selain "suara rakyart menolak UMNO, sentiment kenegerian, idola politiek rakyat kelantan, tengku razaleigh hamzah,dilihat dapat melakukan sejarah politik, menjadi perdana menteri pertama dari kelantan memegang tampok pemerintahan negara, faktor semua, 14 ketua jajahan yang berkempen secara senyap dan diam, menyokong parti S46, juga merupakan faktor penting UMNO tersungkur selepas merampas "kuasa politik" dari pada pada pilihanraya umum 1978
"rakyat kelantan tidak pernah redha, BN memerintah kelanrtan," kata bekas timbalan menteri besar, datok wan ismail, ketika aku bertemu beliau di kediamannya di kubang krian, suatu waktu tidak berjarak dulu
aku bertanya, "kenapa datuk berkata demikian" ?
"UMNO menggunakan tektik "tidak puteh" merampas kuasa politik dari PAS" katanya
"Buat mageran dan selepas itu, buat pilihanraya"
sebaik menduduki kerusi MB, Datok Nik Abdul Aziz, mengeluarkan arahan serta merta, s ebarang bentuk kegiatan "judi diharamkan sama sekali dibumi kelantan"
aku membuat follow up story selepas itu, aku pergi ketempat premis toto dijalan /lorong che su, bertemu dengan penjual tiket toto, jurugambar bersama aku pada waktu itu, suhaimi ahmad(kini allahyarham)
lelaki china sekitar umur lewat 50 tahun,sudah lupa namanya,aku kira dia sudah dikirimkan kealam barzakh(barangkali) katanya pada akus,"saya mempunyai anak perempuan 17 tahun belajar di australia,entah macam mana akan saya cari sumber kewangan untuk membiayai pengajian anak saya
"sepatutnya kerajaan negeri mengarahkan pegawai majlis perbendaran kota bharu, berkawal dihadapan premis saya, memastikan saya hanya menjual tiket toto kepada orang-orang bukan islam, bukannya memasukkan "pasir kedalam periuk nasi saya", katanya, dengan nada sedih dan pilu, bukannya nada sembilu,filem arahan datok yussof haslam
tapi setelah 21 tahun dialog itu berlaku, isu judi, dibangkitkan semula,pada hari ini, Karpal singh mahu kerajaan negeri membenarkan penjualan tiket loteri dibumi kelantan dan terbaru MCA tidak menolak kemungkinan mencabar, menyaman kerajaan negeri di mahkamah jika isu judi tidak diselesaikan dengan baik kerajaan negeri
the bottom line of the story, mca ambil masa dua puluh tahun, untuk menyaman kerajaan negeri mengenai isu ini maanakala dap juga "singing the same song" dengan mca dalam isu ini, membela masyarakat china dibumi kelantan yang barangkali menurut persepsi mereka "hak asasi kaum ini" telah diceroboh kerajaan negeri
pun begitu, hari ini, ramai juga dikalangan masyarakart china dibumi kelantan, yang "leisure dan pleasure",senang dan selesa dengan pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinan menteri besar Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat
lagi lama nik aziz nik mat duduk dikerusi menteri besar,lagi bertambah selesa golongan ini
kenapa mereka selesa, sukar diberi jawapan jelas. yang ketara exco anwar tan menjadi favourite figure, robin hood, masyarakat china dikota bharu kerana banyak berjasa kepada masyarakart china di negeri ini
pun begitu ada juga masyarakat china yang tidak selesa dibawah pemerintahan tok guru, golongan ini adalah waris waras, saudara mara, pemimpin mca dibumi bertuah kelantan
berbalik kepada kekalan umno dibumi kelantan, dipersimpangan itu, perlu dilihat secara politik, ketua jajahan "mempunyai pengaruh besar" kerana mereka mempengeruhi staff-staff mereka, saudara mara staff mereka, untuk membuat pilihan ketika membuang undi
dengan lain perkataan, baik umno maupun pas, mereka perlu "melihat keberadaan dan eksistansi " ketua jajahan dikawasan mereka, kerana golongan,mempunyai pengaruh politik yang cukup besar diperingkat akar umbi
pada pilihanraya 24 april 1995, UMNO kelantan bangkit, dapat memenangi 7 kerusi, aku pada waktu itu menulis buku,politik berjudul, piliharanya umum 1995, UMNO kelantan kalah lagi dan terbukti tepat. dalam buku itu aku meramalkan BN cuma mampu menang 7 kerusi, ternyata tepat ramalan aku
wartawan senior utusan malaysia, yakob dasan,kini pencen, sempat terpesona dan kagum dengan ramalan politik aku
aku cuma mampu menjawab itu cuma "kebetulan", yang namanya lagi ramalan, kadang-kadang betul, kadang-kadang tidak betul.
sekian untuk sementara. titik
No comments:
Post a Comment