Sunday 17 April 2011

aku, Tan Seri Abdullah Ahmad : The New Straits Times

Seperti kambing menanduk bukit,
bukit tak runtuh, tanduk tak patah
-Karam Singh Walia-melaporkan untuk Buletin Utama, TV3-

"Gajah mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang
tapi Datok mati, tidak meninggalkan apa-apa,Tan Seri Abdullah Ahmad adalah sebuah nama yang besar dalam dunia dan peta kewartawanan malaysia,datok sepatutnya mempunyai Yayasan Tan Seri  Abdullah,bila datok mati, generasi baru akan mengingati dan mengenali Tan Seri," kata aku kepada beliau ketika beliau menumpang kereta kancil aku, pada suatu malam,yang bulan,sedang malu,berselindung,dibalik awan
"Tak ada duit", katanya. "ada janda kaya?" tanyanya pada aku.
"Manusia seperti you, tak ada duit," tanya ku. Beliau senyap dan diam

Dialog itu berlaku ketikan Pas Kelantan mengadakan ceramah, mengenai penindasan umat Islam di Kashmir India di stadium sultan muhammad keempat. Ketika keluar dari stadium, dicelah-celah crowd, aku nampak beliau berjalan dengan class mate aku disultan Ismail College,aziz abdul rahman,(anak saudara beliau)

aku terus berjalan kearahnya, dan bersalaman dengan beliau,beliau agak terkejut, aku ketika itu memakai vest TV3, memang aku mendisiplinkan diri, ketika bertugas, kemana saja aku pergi, aku memakai vest TV3 ketika membuat apa jua jenis liputan berita, khususnya di negeri kelantan dan Selatan Thailand.


"datok, aziz itu, my classmate di sultan ismail college,tahun 1979,  dia pengawas saya ketua darjah" kata ku padanya
"ziz, betul ke, tan seri bertanya kepada anak saudaranya,menanti kepastian, "Betul" kata aziz

"i ingat you dari RTM," katanya. "Bukan, i dari TV3," kata ku

Pertemuan aku dengan Tan Seri Abdullah  Ahmad, berlaku ketika aku berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia, lokasi dibelakang hotel Perdana, pada penghujung tahun 1988, mencari lowongan kerja,.aku pada waktu itu baru pulang dari Indonesia. Ketua Biro Utusan Malaysia Kota Bharu, pada waktu itu Wan Ahmad Wan Hassan.

aku kira Tan Seri Dollah Ahmad sudah lupa, pertemuan pertama aku dan dia berlaku secara tidak sengaja di perjabat utusan malaysia kota bharu. ketika itu beliau ahli lembaga pengarah utusan malaysia
wan ahmad ketika itu aku nampak kelam kabut, mencari akhbar, ada berita mengenai tan seri abdullah ahmad.
aku menegurnya dengan berkarta, tulisan nya di Houstan Chronicle cukup menarik.
Beliau pada mulanya bersahaja terkejut dengan sapaan aku.
aku menjelaskan kepadanya aku membaca buku, aku sudah lupa judulnya, pada bahagian akhir buku itu, ada keratan akhbar the houstan chronicle, ada tertera nama, BY LINE ABDULLAH  AHMAD
Dia kata, artikel itu ditulism sewaktu beliau berada di Boston.
aku fikir dollah ahmad ini, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, manusia hebat, dapat menulis dalam akhbar berbahasa inggeris di amerika syarikat. aku fikir tak ramai anak melayu boleh berbuat demikian.

berbalik kepada sketsa cerita di luar stadium. aku bertanya beliau hendak kemana,beliau menjelaskan ingin makan malam dan bertemu dengan seseorang tapi tidak dapat berbuat demikian keretanya "tidak dapat keluar", tersumbat,dicelah-celah kerana orang ramai yang datang mendengar ceramah politik-penindasan terhadap umat Islam diKashmir
aku kata, kalau tidak keberatan, beliau boleh "naik kereta aku" dan aku boleh menghantar beliau kedestinasi.
dia bersetuju dan kami berjalan ketempat aku meletakkan kereta. aku parking kereta dalam kawasan hospital pakar perdana.
"you  jounalist tahu kawasan yang tidak ada "kesesakkan", katanya
"kota bharu is my old town,datok," kataku

setelah menaiki kereta , aku bertanya kemana harus aku "membawa" beliau dan seorang kawannya
beliau mengarahkan aku pergi ke jalan pengkalan chepa, disitu adawarung
setelah 10 minit, sampai ketempat dituju, warung disitu telah tutup.
beliau kemudian bertanya, tempat sesuai untuk makan malam
aku berkata, restauran al-arqam, manisnya madu, jalan pekeliling
"Arqam sesat," katanya pada aku.aku berkata,"nasi alarqm tidak sesat,. dia kata OK. setelah 15 minit, s ampai didepan restauran manisnya madu. Makanan semua sudah habis, nasi air sudah habis
Beliau bertanya kepada aku, "tempat lain".aku mencadangkan supaya dia dinner di hotel berbintang lima, hotel renaisance
"You biasa pergi kesana," "I member club prstiges Hotel Renaisance", jawabku ringkas
Setelah parking kereta, kami ketingkat satu, mengambil tempat duduk, kemudian waiter datang untuk mengambil order
Beliau order french soup, makan dengan roti
aku pun sama.
aku nampak beliau mengeluarkan dompet, banyak betul kad kredit
tiiba-tiba aku terdengar suara,  dari arah belakang,"TV3 pun ada juga,"aku berpaling kebelakang, dan melihat speaker dewan undangan negei, datok wan rahim wan abdullah. beliau terus datang kemeja aku, bersalaman dengan aku.
"agen pembohong kerajaan," kata Tan Seri Abdullah Ahmad kepada aku.
aku selamba saja, tidak mengacuhkan kata-kata pedih itu. dalam hati, suara lirih berkata, celaka betul orang tua ini, aku tumpang kan kereta, dia kata aku aku,bekerja dengan tv3 sebagai agen pembohong kerajaan.dia dulu bekerja dengan akhbar the new straits times,dibawah satu bumbung, prima media,group,bukan alat pembohong kerajaan
apabila tidak lagi memegang jawatan,dia tiba-tiba berubah
barangkali dia lupa kata-kata mutiara tun mahathir mohamed, "melayu mudah lupa".
Beliau kemudian, pergi kemeja sebelah bersama Datuk Wan Rahim Wan Abdullah. Rahsianya, beliau ingin meminta jasa baik datok wan abdul rahim, minta nak buat appoinment, nak jumpa tok guru,menteri besar,datok nik abdul aziz nik mat, menteri besar ,kelantan
aku sedar beliau menggeluarkan kata-kata pedas dan pedih itu semata-mata untuk mengambil hati datok w an rahim wan abdullah, sedangkan beliau tidak mengetahui "hubungan aku dengan datok wan rahim abdullah".
beliau pada waktu itu ditamatkan kontrak dari akhbar The New Straits Times,gara-gara menulis artikel menyinggung kerabat diraja, sebuah negara dimiddle east.
aku sebagai wartawan mempunyai hubungan baik dengan semua "manusia", haiwan berkaki dua dan mempunyain satu alat kelamin,berangkatdari manusia politik, manusia tidak politik, marhain, pernah suatu ketika aku memberi business kad aku kepada pendatang myanmar, yang menumpang kereta aku
pernah suatu ketika, ketika persidangan dewan undangan negeri selama tiga hari berturut. distadium sultan muhammad keempat, diadakan perlawanan bola sepak antara adun pas dan adun bn, sebagai speaker dewan,yang mengguruskan perlawanan bola sepak persahabatan itu, beliau meminta jasa baik aku untuk membuat liputan berita, bagi pihak TV3. setelah aku rujuk kepada meja sukan, Dollah Sani, memberi kelulusan untuk aku dan kameraman, Nik Zaidii Nik Abu Bakar(kini stringer TV 3 Kelantan) membuat liputan berita
aku tulis skrip berita, intro kalau tidak silap, meskipun berbeda fahaman politik demi semangat kesukanan adun pas dan adun bn ketepikan politik waktu atas padang, berita itu di pakai pada waktu Buletin Tengahhari 1.30 tengahari.
Datok Wan Rahim, was very pleased,that is the reason, hubungan kami tetap baik, sehingga sekarang
adun bn yang turut bermain bola pada malam itu, datok ramzi abdul rahman,abd aziz derashid, adhan kecik,yusof ghani, dan ramai lagi adun bn yang akus sudah lupa nama mereka.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Tan Seri Annuar Musa,pada waktu itu, ketua pembangkang, tidak bermain

sebelum titik, aku kira tan seri abdullah ahmad,yang sempat dikenakan tahanan ISA,kerana  dikatakan berada di haluan kiri dan terbabit dengan "komunisme",pada awal 70an, yang pada suatu pertemuan menafikan penglibatan beliau sebaliknya menjelaskan pada aku "ada politik dalaman" and he is a victim of jealousy : tidak akan marah dan marah-marah, membaca "true story" ini, true nothing but the truth.
cuma sebagai "sahabat media",aku ingin menasihatkan kepada beliau, usia beliau kini sudah berada diambang senja, time is eating him away,it's a high time for him, to change his life style, nitetime pada waktu malam,sepatutnya beliau kemasjid, sebelum jantungnya "tiba-tiba berhenti berdenyut", sebelum dihantar ke alam barzakh, "dollah, apa lagi yang kau cari sebegitu jauh",suara lirih tiba-tiba berbisek, dicelah-celah rumput,halaman rumah beliau,dia dan kita.

jabatku, titik

note :Tan Seri Abdullah Ahmad, asal Kok Lanas, bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar, Bekas Ketua UMNO Bahagian Kok Lanas, Bekas Setiausaha Politik, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, kini kolomnis akhbar Sinar Harian. ketika UMNO Bahagian lain dikelantan mencalonkan calon untuk jawatan Presiden UMNO, samada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed atau Tengku Razaleigh Hamzah pada perhimpuan Agung UMNO 24 April 1987, UMNO BAHAGIAN KOK LANAS :BERKECUALI.

1 comment:

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Bagus entry ni. Satu pendedahan baru pasal DKL.

Post a Comment