Monday 25 April 2011

HUSAM VS HADI : GIMMIK POLITIK,ROYALTI MINYAK DAN PAS

Story Husham musa, exco kanan, kerajaan Pas, anak buah,Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat,dicalonkan supaya, mencabar Hadi Awang, bagi jawatan tertinggi PAS, suatu gimmik politik murahan, yang barangkali tidak "kena pada tempat,waktu dan keadaannya".

menurut pencandu kelas berat PAS, jika hasrat itu,diteruskan, Husham akan "hilang wang pertaruhan"dan "imejnya disedari atau tidak akan "tercalar" kerana sanggup mencabar, the speaker in the south east asea,sbgmn dilapurkan majalah Asiaweek,1985.

lalu, orang baru, ahli Pas baru akan bertanya, "siapa husham musa", untuk mencabar tok guru, pemilik pondok,dan mempunyai pengaruh yang tidak sedikit dalam landskap politik PAS.

28 Disember 1988, sewaktu bertugas dengan akhbar watan, aku sempat ke parlimen, daud ibrahim, orang kuat watan pada waktu itu ada disana-buat liputan-cubaan Ku Li untuk hidupkan "UMNO" diParlimen, tapi "gagal".

Pada waktu itu, aku melihat Husam, pakai baju melayu warna hitam, songkok hitam, kain samping hitam, duduk bersendirian, mewakili akhbar Harakah, tak ada pengamal media lain, bersama dia, mungkin justru mewakili akhbar pembangkang, beliau disisih dan dipinggirkan.

baru tamat dari Universiti Malaya, bekerja sebagai wartawan Harakah, itulah "harga sebuah pengorbanan, manusia bernama Husam Musa," tapi kini "sudah berstatus exco". Hubungan beliau dengan saya ? Baik, kami mempunyai hubungan yang baik. Banyak berita-berita beliau yang keluar diTV3, Buletin Utama, adalah gara-gara, dont need to talk

kami satu sekolah, sultan Ismail College, aku form five, dia upper six, 1979. dia pengawas. aku mengenali dia sebagai pengawas, kita tak berkawan. tapi ketua pengawas asrama, azmi ali, pernah bekerja di petronas jabatan Undang-undang,mereka satu universiti,universiti malaya, kawan baik, until now.

Tok guru sendiri, suatu waktu, pernah memuji husam musa, katanya dia banyak membaca, banyak membuat research dan penyelidikan, apa yang diucapkan husam berdasarkan fakta dan figure, disinilah terletak kehebatan husam, berbanding wakil rakyat pas lain, yang sebaya dengan dia

kenyataan itu memang benar, apabila timbul isu royalti minyak, aku kepejabatnya, beliau menunjukkan kepada aku paper cutting utusan malaysia 1985, dalam fail, paper cutting itu sudah lusuh dan carik warnanya, aku membaca paper cutting itu, antara isi penting, menteri besar tan seri mohamed yakob--kini dialam barzakh--dikutip sebagai berkata-: Kelantan akan mendapat royalti minyak berjuta-juta ringgit bila pengeluaran minyak dikawasan itu,bermula---bukannya rm20 juta ringgit--yang didapati sekarang--

untuk melihat lebih lanjut kebenaran laporan ini, editer diutusan malaysia, menerusi perpustakaan boleh mencarinya dilibrary utusan malaysia--kalau mereka berminat--

selepas pertemuan itu, aku memberitahu husham, ada satu cara, kerajaan Pas boleh buat, supaya kerajaan persekutuan, akan membayar royalti minyak dengan kadar segera, dengan tidak perlu memutarkan belitkan fakta

beliau terperanjat dan merenung tepat kedalam mata aku

menanti dengan penuh debaran,"idea apa" yang ada dalam benak kepala aku, sehinggakan dengan idea ini s aja kerjaan persekutusan akan membayar royalti minyak dengan kadar segera, tidak perlu pusing-pusing dan tidak perlu pening-pening kepala

barangkali habis exco pas telah memikirkan strategi yang bagaimanakah akan dilakukan untuk memaksa kerajaan persekutuan membayar royalti minyak dengan jumlah yang banyak tapi mereka semua tidak dapat menemukan jawapan tepat

malah husham sendiri tidak dapat memikirkannya kaedah yang bagaimanakah yang harus dilakukan

aku memberitahu, kerja ini amat mudah, hanya dengan membuat press statement, Perdana Menteri akan memanggil CEO Petronas, Hassan Merican, membayar dengan kadar segera atau berunding segera dengan kerajaan negeri dan cari jalan penyelesain segera

beliau mendengar apa yang aku katakan dengan serius, matanya tepat memandang mata aku, ingin mendengar lebih lanjut, apa yang aku katakan

idea gila yang bagaimanakah hebatnya sehinggakan Perdana Menteri akan memanggil Hassan Merican untuk membuat penyelesian segera dengan kerajaan negeri mengenai isu royalti minyak

aku katakan padanya, aku hanyalah wartawan, bukan ahli politik, bukan ahli exco, tapi kalau berbicara mengenai isu, aku tahu banyak, aku tahu cara manipulasi,berita, aku tahu bagaimana cara untuk "membuat isu panas menjadi semakin panas", sudah hampir 20 tahun dalam bidang kewartawanan

hanya dengan satu press statement, realiti itu, pasti terjadi

aku katakan padanya, jika beliau ingin "katakan apa yang aku akan beritahu beliau", dalam press conference,saat itu juga aku akan panggil semua press di kota bahru, datang ke pejabatnya

beliau terkesima dan terpegun dengan kata kata aku itu

*******OFF THE RECCORD******

setelah aku jelaskan dan aku beri idea bernas dan bernilai berjuta-juta ringgit itu

beliau berkata kepada aku, kami tidak ada peguam, aku kata, peguam boleh cari, buat statement dulu, lepas itu cari lawyer

tapi ternyata, beliau mengakui "idea aku itu" tapi dia berbuat dengan cara lain, tidak menggunakan kaedah dan ideaa,tunjuk akar yang aku berikan secara percuma kepada beliau

bullet yang aku berikan dia simpan, dia ahli politik,dia guna bullet lain, hari ini kerajaan negeri menggunakan mahkamah, mahkamah tinggi untuk saman Petronas, perbicaraan pun berlangsung, entah kapan s elesai tak tahu

anda ingin tahu apa yang aku "katakan pada husham", tanyalah dia, dia masih hidup lagi
sekian,titik
jabatku

No comments:

Post a Comment