Sunday, 1 May 2011

Parti Sosialis Rakyat Malaysia kelantan-:sebuah epilog

Pertemuan aku dengan Presiden Persatuan Parti Sosialis Rakyat cawangan kelantan,Mohd Jaafar, 90 tahun berlaku 23 tahun lampau disebuah rumah dihadapan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Jalan Pengkalan Chepa. ketika itu aku bertugas dengan akhbar watan. manusia yang bertanggungjawab membawa aku kesana, ialah, guru darjah aku, CikGu Alias Mohamed-(kini berada dialam barzakh-semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya)sewaktu aku berada di tingkatan Lima, Maktab Sultan Ismail, belum lama ini

Pertemuan aku dengannya berlaku kerana aku ingin mengetahui perkembangan parti itu diibumi kelantan dan sejauh manakah pengaruh parti sosiolist, meresap masuk keperingkat akar umbi, di negeri kelantan.pengaruh parti itu,tidak besar tapi dikalangan aktivtist parti itu paa waktu itu, sepanjang ingatan aku, bekas Settlement Officer Kuala Krai, Zakaria Mohamed (kini allahyarham-semoga allah mencucuri rahmat, keatas rohnya), beliau adalah adek kandung,bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Mohamed Nasir,Ustaz Hassan, lepasan universiti dari India, Cik Gu Mat bakar--sekedar menyebut beberapa nama--

hasil pertemuan aku dengan beliau secara tak formal itu, aku tulis dan dimuatkan kedalam akhbar Watan, yang telah aku lupa judulnya. Tapi hari ini, sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, kawan aku, Maidin, Orang Kuat Parti tertentu  Kelantan, aku bertemu kembali, dengan Mohd Jaafar,90 tahun, kebetulan, datuk kepada kawan aku

Beliau masih mengingati aku dan pun masih menggingati beliau dan ternyata beliau mempunyai "photograpic memory", meskipun sudah berusia lanjut. Berdasarkan kepada keadaan fizikal tubuhnya, beliau masih sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan

aku difahamkan, pada waktu itu pengaruh parti sosialist di kelantan, gagal meresap masuk keakar umbi dan tidak diterima ramai rakyat kelantan, mereka "tidak memahami dan pengerti ideologi perjuangan parti sosiolist"

dan yang lebih mudah dan memudaratkan, apabila wujud musuh-musuh politik parti sosiolist, memperdayakan masyarkat kampung, sosiolist, adalah sama dengan kommunist. hanya dengan satu patah perkataan itu, orang kampung, dengan mudah menolak sosiolist dan tidak berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang sosiolist

Dakyah yang licik seperti itu, antara faktor penting menyebabkan parti sosialist gagal dalam misi mereka untuk melebarkan pengaruh dan missi dibumi kelantan

Pada hal secara prinsip dan ideologinya, sosiolist dan kommunisme, tidak sama dasar perjuangan dan ideologi mereka

disebabkan "kommunist" haram bagi orang Islam, parti sosialist, juga terkena tempias,permainan licik musuh-musuh parti sosiolist, memutarbelitkan fakta menyebabkan parti itu kurang mendapat pengaruh dari masyarakat Islam dibumi kelantan

dalam majlis kenduri itu, aku melihat, orang kuat,dulunya parti sosiolist, Dr Syed Hussien Ali, juga turut menghadiri majlis kenduri itu.Beliau kelihatan tenang berbicara dengan para hadirin yang hadir pada majlis itu.

yang menarik aku sempat  mencuri dengar perbualan dari seorang hadirin yang hadir, beliau memberitahu rakannya, Duta Amerika Syarikat akan pergi kemahkah tinggi kuala Lumpur pada 16 Mei untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

itu dilakukan atas arahan perempuan kuat AmerikaSyarikat, Hilliary Hilton, kerana Hiliary ingin mengetahui "keadaan sebenar (barangkali) perbicaraan kes itu," !

aku hanya terdiam dan mendengar saja perbualan kosong yang barangkali tidak juga kosong kerana jika benar apa yang di perkatakan itu, benang kesimpulan boleh ditarik, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih mempunyai hubungan kuat dan barangkali (sentimental) dengan pemimpim-pemimpin besar Amerika Syarikat.

the bottom line of the story, jika begitu keadaannya, peribahasa Inggeris ada menggunggapkan, "You don't trouble the trouble, until  trouble, trouble you,"

apakah benar begitu keadaannya, "kita semua masih samar"
Sekian.titik
jabatku.

2 comments:

roshanilawatey said...

Assalamualaikum Nik,

Seronok baca coretan ini. Banyak yang di sebalik tirai dapat diketahui... Teruskan. Saya akan pasti singgah di sini...!

nikmahadi said...

singahlah, dipelabuhan yang sudah lama tidak dihuni manusia-manusia,manusiawi

Post a Comment