Friday, 20 May 2011

Nik Aziz : Pengaruhnya semakin merosot ? PAS pertikai kajian SOCMAT

Aku terkesima membaca Berita Harian 20 Mac 2011, dibawah judul, Pas Pertikai kajian SocMax, kenyataan itu dikeluarkan Haji Hadi Awang, Presiden Pas, yang pernah mengeluarkan "makan gaji haram", makan gaji dengan kerajaan BN haram ,sumber kewangan negara bercampur aduk dengan "duit judi,duit ekor, duit toto,duit magnum-,tapi apabila menjadi Menteri Besar, Terengganu, tidak lama dulu, tiba-tiba makan gaji dengan kerajaan BN tidak lagi "haram". Halal.

Ini bukan cerita dongeng, kenyataan itu dikeluarkan pertengahan tahun 80an,disebabkan "haji hadi awang" juga manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, ada nafsu, ada keinginan seperti manusia-manusia umno yang lain, bukan malaikat, "soal haram halal wajar dilupankan"

kalau makan gaji dengan kerajaan BN haram, ini bermakna semua ahli parlimen Pas, adun PAS, termasuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga "termakan duit haram"--duit, tabung kewangan negara bercampur aduk dengan cukai arakcukai, judi,--lalu, bagaimana dengan fatwa manusia bernama Haji Hadi Awang itu ? sudah tidak boleh pakai dan sudah "tidak laku validitynya" atau bagaimana ?

cuma manusia-manusia UMNO mudah lupa, tidak tahu untuk mengeksploitasikan "isu ini", disinilah terletak, apa nak kata pasal orang umno ini, ah tak payahlah disebut disini

ini jika Hadi Awang, manusia berperinsip, makan gaji dengan kerajaan BN,"haram", semua wakil-wakil rakyat PAS, ahli parlimen, termasuk exco "haram" mengambil gaji mereka--ini bermakna mereka semua "terpaksa berjalan kaki"---inillah sebenarnya yang dikatakan sebuah perjuangan--

Jika Hadi Awang, sanggup menelan "ludahnya kelangit"--ahli-ahli Pas yang lain pun sama, mereka juga butuh makan,dalam politik soal halal haram-haram halal-- boleh di putar belitkan, bukankah begitu ?

berbalik kepada cerita kajian SOCMAT yang mengatakan, Pengaruh Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin merosot, mencatat 43 peratus, aku tidak terkejut. aku tidak terkejut kerana manusia nik aziz juga manusia biasa,tidak maksum, bukan seperti Nabi-

anehnya ramai pemimpin PAS menolak hasil kajian, badan bebas itu. penolakan itu bukan isu besar, kerana mereka boleh mengemukakan pelbagai alasan, termasuk kajian, tidak menyeluruh dan mempertikaikan kaedah, metode, pendekatan kajian--itu sudah termasuk soal teknikal kajian--pokoknya, isunya--benarkah pengaruh nik aziz sudah merosot

baiklah, aku lebih selesa menyokong SOCMAT-: Pengaruh Nik Aziz semakin merosot, alasannya, ketika tumbang kerajaan BN , penghujung tahun 1990an, setiap kali "ceramah politik", ceramah agama kat bangunan Pas, kota bharu, kaset-kaset yang dijual macam goreng pisang panas, kaset gambar tok guru, hasil ceramah dijual dengan jumlah yang banyak, peniaga dapat buat duit banyak, hari ini sambutan terhadap kaset sudah merosot

banyak kaset tidak lagi laku untuk dijual, ada tapi tidak banyak. ini bermakna menurut penjual kaset yang aku temui, berkata, pengaruh nik aziz sudah merosot

itu bukan bermakna peluang UMNO tawan kelantan dalam PRU 13 semakin cerah, meskipun pengaruh tok guru sudah merosot, jika UMNO masih bercakaran sesama sendiri, masih ada budaya cah keting dalaman UMNO, mereka tidak perlu bermimpi menawan kelantan

ini adalah kerana "kekuatan politik PAS dan UMNO di kelantan sama kuat, seimbang" cuma yang mencelakakan dan memedihkan, dikalangan UMNO mereka sendiri sudah bercakaran, sebelum naik pentas untuk bertinju dengan PAS, itu saja,.

Sekian.titik
Jabatku






Social Matrix Research, SOCMAX

No comments:

Post a Comment