Saturday, 14 May 2011

kristian,hishamudin,injil,al-quran kita dan Firdaus-:PRU-:Utusan Malaysia

Barangkali, bukan barangkali dalam sejarah tamadun manusia modern hari ini, tidak ada mana-mana negara yang wujud didunia hari ini, mempunyai Raja yang ramai seperti negara malaysia justru kita semua, rakyat malaysia, berjumlah 30 juta dapat,menghirup udara segar, hidup aman dan damai. Malah, instituisi Raja tetap dan akan diteruskan di pertahan mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia justru ianya sudah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia

Justru itu, baik PAS, PKR maupun DAP tidak pernah pun menggeluarkan statement, yang bakal mengguncang dan menggugat instituisi Raja kerana, mereka pun bermain politik, aliran kiri, sebagaimana yang didakwa parti politik pemerintah, cuma Karpal Singh, mewakili suara DAP sempat, membuat kenyataan kontreversi belum lama ini yang didakwa mempunyai unsur-unsur fitnah

apapun, sudah termaktub dengan jelas dalam perlembagaan, soal "agama", Raja  disetiap negeri mempunyai "kuasa mutlak" dan bertangungjawab terhadap hal ehwal keagamaan. berbaik kepada "isu kristian" yang ingin dijadikan agama resmi negara ini oleh beberapa paderi yang bermesyuarat di Penang sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, baru baru ini ternyata tidak benar

Jef Oi, mewakili DAP, menafikan dengan keras laporan berita yang dibuat Utusan Malaysia dan telah pun laporan polis berhubung kes itu

Dan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib, dengan jelas setelah bertemu dengan ulama dan intelektual Islam dan pihak pucuk pimpinan Gereja dan Paderi-meyatakan dengan jelas- Agama Islam tetap akan menjadi agama resmi negara sebagaimana termaktub didalam perlembagaan

Dan dalam laporan berita Utusan Malaysia hari ini, ada seorang "mamak" ahli DAP dijemput sebagai tamu dalam majlis itu membuat laporan polis dan Utusan Malaysia carry front-page story dengan headline-"Saya tahu apa sebenarnya berlaku".Beliau ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, dijemput sebagai "tamu' tentunya secara logik, tidak "memasuki bilik mesyuarat" paderi-paderi yang bermesyuarat pada waktu itu.

Ini berdasarkan penafian Jef Oi,mesyuarat itu sama sekali tidak membincangkan isu, menjadikan kristian sebagai agama resmi negara. Lalu apa yang sebenarnya, diketahui "mamat" ini, kita masih samar dan masih kelabu

"saya tahu apa yang sebenarnya berlaku", membuatkan kita semakin kelabu dan bertambah kelabu. siapakah yang bercakap "benar" Jef Oi atau mamat ini yang bercakap benar. Jika dilihat kepada "integriti dan kredibiliti", siapa yang bercakap "benar", masing-masing individu boleh membuat penilain  dan penafsiran dan pentafsiran tersendiri

justru kita, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, di anugerahkan "otak untuk berfikir"- bebas berfikir sebebas mungkin--cuma untuk menentukan "siapakah" yang bercakap benar, barangkali, menimbulkan kesulitan

Menteri Dalam Negeri, Datok Seri Hishamudin dipetik sebagai berkata, ada "asas" laporan berita Utusan Malaysia mengenai isu itu dan Utusan Malaysia tidak patut dipersalahkan, beliau secara sederhana membela laporan berita utusan Malaysia

persoalan sammada ada ada asas atau tidak, berita seumpama itu, tidak patut disiarkan tanpa "menyatakan sumber berita", jika pun tidak mahu disebut, sumber berita, demi menjaga privacy dan keselamatan sumber..

yang penting, dalam mana-mana laporan berita,"laporan berita yang dilaporkan" mesti "mempunyai nilai-nilai kebenaran", jika tidak pengamal media terdedah kepada tindakan undang-undang dibawah Defamation Act".

Jika dibawa ke mahkamah, akan terbongkar dan terurai kebenaran justru "mahkamah memerlukan solid evidence", bukti yang kukuh sebelum mensabit dan menjatuhkan "hukuman"

dalam soal ini, public opinio berpendapat, Utusan Malaysia sengaja "menganeh anehkan berita" yang tidak tidak aneh. Tanpa mengambil kira "sensitiviti agama dan kaum"-Ketua Pengarang- terus melepaskan "berita sensasi dan sensitif itu" tanpa perlu berfikir panjang

dalam soal ini,. apakah niat sebenar Ketua Pengarang Utusan Malaysia--melepaskan berita yang panas, pedih dan "sama sekali" dipertikai kebenarannya ini

Bila Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek,membuat kenyataan untuk mmboikot akhbar Utusan Malaysia, ramai intelektual melayu melenting dan marah-marah pada Chua Soi Lek

Untuk membeli atau tidak membeli akhbar, itu pilihan pengguna kerana sebagai pngguna mereka mempunyai kebebasan untuk memilih, membeli akhbar yang mereka gemari

dalam hubungan ini, Chua Soi Lek, tidak perlu mengatakan "ganyang" Utusan Malaysa kerana kommuniti china tidak membeli Utusan malaysia-Komuniti china di negara ini, lebih cenderung membeli akhbar The Star dan akhbar berbahasa china, seperti Sin Jew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press

malah peniaga china, usahawan china lebih selesa "mengiklan produk perniagaan" mereka dalam akhbar-akhbar selain akbar utusa malaysia

Justru itu, Jabatan Pengiklanan akhbar-akhbar ini, mendapat iklan yang tinggi, dalam industri media pendapatan utama diperolehi dari Jabatan Pengiklanan bukan dari Sales dan Marketing Dept, jabatan ini menyumbangkan 90 peratus revenue berbanding dengan Sales Dept

dipersimpangan ini, aku melihat akhbar Utusan Malaysia "telah over-play atau over-run" dalam melaporkan berita sensitif ini

PM telah mengeluarkan kenyataan agama resmi negara ini, tetap agama Islam dan meminta semua pihak tidak mempertikai  dan memainkan isu sensitif ini kerana jika dibiarkan berlarutan isu ini akan menjadi panas dan bertambah panas

apakah Ketua Pengarang akhbar berkenaan "tidak dapat" membaca fikiran PM dalam menanggani isu atau beliau pura-pura tidak faham atau sengaja tidak mahu faham-faham atau bagaimana ?

dalam konteks ini, beliau perlu faham konsekuensi dan politcal impact jika terus menerus memainkan "isu sensitif" ini" kerana secara tidak sedar, secara halus, "turut membakar" sentiment perkauman dan yang jelas tidak mengguntungkan mana-mana pihak

apakah beliau tidak faham dan tidak tahu, White House, indonesia bilang Gedung Puteh, malaysia sebut Rumah Puteh-memerhatikan dengan teliti dan pengamatan tajam, apa saja isu politik, isu sosial, isu ekonomi- yang membabitkan negara-negara dirantau asean,khususnya negara Islam seperti malaysia

Tidakkah beliau tahu, Petronas akan membangunkanProjek pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia-RAPID bernilai USD 20 Billion di Pangerang, Johor -amat menggebu dan menggebu- dan dapat membuatkan Polis Antarabangsa- tertarik dan terpancing untuk -mencari kepentingan minyak di rantau asia tenggara

jika USA dapat melakukan invasi ke  negara-negar asia barat kerana "minyak", kerana kepentingan minyak, apakah USA tidak dapat melakukan "hal yang sama " dengan alasan "kecil"--agama kristian--dan alasan-alasan munsabah boleh direkacipta untuk tujuan itu

justru dalam konteks ini , Utusan Malaysia jangan bermain api adan menyimbah minyak kedalam api kerana api apabila besar ianya akan menjadi lawan, dapat membakar dan "membumihanguskan" "apa saja" yang ada dan berdekatan

ada pendapat umum berpendapat, Pengarang Akhbar Utusan Malaysia, "perlu dicabut titlenya" atau dipecat terus dengan istilah yang lebih kejam "kerana tidak tahu dan tidak pandai membaca pemikiran Perdana Menteri, datok Seri Mohd Najib Razak dalam menanggani isu-isu sensitif seperti ini

lagipun, masih ramai editer-editer senior, dalam Utusan Malaysia, yang layak untuk menduduki "kerusi panas dan semakin panas" itu kerana meskipun "panas", ianya "tidak sepanas api" tetapi "panas_-semanisnya kurma atau bagaimana ?

Sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment