Kejayaan manusia Islam hari ini, sejauhmanakah mereka dapat mentaati perintah Allah dan mengamalkan cara hidup sunnah Nabi, dalam kehidupan mereka, mudah, ringkas dan padat intipati dari ajaran pergerakan Tabligh, seantaro dunia
barangkali tidak ada satu pun pergerakan Islam didunia hari ini yang dapat menyaingi kehebatan pergerakan Islam Tabligh, yang berpusat di Raweng, India. Untuk menyertai kumpulan itu amat mudah, anda cuma perlu mengorbankan masa, tenaga dan sedikit wang, keluar selama tiga hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun dan 4 bulan dalam seumur hidup
Tidak pernah ada satu organisasi Islam yang bertaburan dan mempunyai net-work seluruh dunia sebagaimana Tabligh. sebut saja dinegara mana didunia hari ini, yang tidak dimasuki Jemaah Tabligh.
Jemaah tabligh bertaburan disetiap inci bumi
Gerakkan ini meneruskan usaha para-para Nabi terdahulu,berdakwah, menyeru manusia kembali ke ajaran Islam sebenar. mengamalkan cara hidup nabi dalam kehidupan mereka
Manusia Islam berilmu memang ramai,lepasan universiti, bidang pengajian Islam tapi yang mengamalkan "cara hidup, sunnah nabi itu yang dipertikaikan.
Masa pengisian dan program amat mudah dan ringkas, beriktikaf dimasjid, tidak ketinggalan takbir pertama setiap kali, sembahyang jemmah, hadiri majlis taklim, taklum dan diajar cara hidup dan aktivitas yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w.
jemaah diajar adat makan, doa yang perlu dibaca sebelum makan, doa masuk tandas, doa tidur dan pelbagai jenis doa yang perlu dilakukan sebagai manusia Islam
seorang yang berumur 60 tahun,menghabiskan masa tidur selama dua puluh tahun, dalam tempoh itu, jika amalan tidurnya tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w-tidurnya sepertimana haiwan tidur--tidak mendapat apa-apa, tapi jika tidurnya mengikut sunnah, ia akan mendapat pahala
lebih jauh dari itu, pada waktu malam, jemaah akan bangun melakukan solat tahajud, satu amalan yang paling disukai junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sulit dan sukar,untuk dilakukan "manusia islam" yang menginap dirumah
dengan lain perkataan, bagi sesiapa umat Islam yang mengidap penyakit rohani, malas, berat untuk melakukan ibadah, wadah tabligh jawapan yang tepat
kalau seseorang sakit jasmani, mereka akan keklinik, berjumpa doktor dan dapatkan tablet dan ubat. bagaimana pula kalau seseorang itu, dihidapi penyakit rohani ? Tempatnya adalah rumah allah, masjid. kalau kereta rosak perlu masuk bengkel, begitu juga dengan "hati dan rohani" manusia Islam yang rosak, mereka perlu masuk bengkel, bengkel itu ialah "masjid" rumah Allah
tanda tanya seorang muslim dihinggapi penyakit "rohani" mudah dan simple saja, tidak taat pada perintah allah, malas melakukan ibadah, kalau dilakukan juga bagai melepaskan batuk ditangga
menyertai jemaah tabligh, banyak yang dapat di pelajari, satu kaedah untuk mendapat solat khusuk, jemaah perlu banyak membaca al-quran, berzikir dan melakukan sebanyak mungkin solat sunnat, menerusi latihan tubi terus menerus, dan rutin, "hakikat sembahyang"--the essence of prayer--akan dapat diperolehi
Penyanyi populer Britsih, Cat Steven, kini Yussof Islam, memasuki Islam menerusi usaha tabligh, Neil Amstrong, manusia pertama, menjejaki kaki ke bulan, masuk Islam, menerusi usaha pergerakan tabligh
menurut cerita, sewaktu berada dibulan, beliau mendengar "suara aneh", "suara azan", apabila turun ke bumi, beliau mendengar "suara"yang didengar di atas bulan "ada pada masjid, ketika azan dikeudarakan", beliau, nekad,-lantas- memeluk Islam.
bagaiaman dengan kita-kita yang berusia 70 tahun dan 80 tahun, kenapa masih enggan untuk menghabiskan masa di masjid, suatu pertanyaan yang perlu di jawab anda sendiri
sekian.titik
Jabatku
nota tambahan : jemaah juga dilatih untuk secara rutin, mengamalkan solat secara berjemaah. dengan cara ini, jemaah diajar untuk mendisiplinkan diri, menjaga "waktu sembahyang", masuk waktu, perlu sembahyang segera, jangan melenggahkan-lengahkan sembahyang.titik
No comments:
Post a Comment