"Cik,tolonglah saya, saya berkahwin diselatan thai, isteri nombor dua, suami saya orang kerajaan,loni dia tak cara(tidak hirau) saya, surat kahwin dia pegang, loni balah(berkelahi) dia kata dia dah "bakar" surat nikah, kemana saya nak mengadu, "kata pemanggil itu kepada aku, suatu waktu tidak berjarak dulu
itu adalah "serpihan dari sekian banyak serpihan" kehidupan yang dialami isteri, kedua, ketiga atau keempat, yang berkahwin di negara jiran selatan, thai
sipemanggil, azmah(bukan nama sebenar), membuat panggilan tersebut dengan harapan aku, sebagai wartawan, wakil TV3, mampu berbuat banyak "membantu" beliau, menyelesaikan masalah beliau.
jauh dilubuk hatinya yang dalam dan sepi, resah dan gelisah -: aku yang bernama aku, berstatus wartawan, mampu berbuat banyak "untuk menyelesaikan benang kusut", masalah yang membelit dan membalut kehidupan beliau
aku memang response dan prihatin terhadap masalah beliau. aku kata, berikan aku waktu dan waktu akan berbicara,setelah free dan available, aku call dia, dan terus pergi ketempat. beliau bekerjaa, beliau bekerja di bawah pasar majlis perbandaran kota bharu,MPKB, ditengah-tengah bandar kota bharu.
bangunan yang kini menjadi hak milik sebuah syarika,pemiliknya seorang peguam, berasal dari Rantau Panjang, satu kampung dengan aku, 415 orang melayu, peniaga, berbangsa melayu, beragama Islam dipaksa pindah ke Bazaar Tok Guru, ramai tak mahu pindah "kerena tempat perniagaan tidak strategik
media arus perdana memainkan isu itu,akibatnya, kini ia menjadi isu politik, ketika ditemui, ramai kalangan mereka "mengesaki" ada sesuatu y yang berlaku behinda the closing door, ada sebab dan munasabab kenapa pemilik bangunan MPKB, beria-ia dan bersungguh ingin menjual bangunan itu kepada syarikat terbabit.
"ada mainan, ada pemainan tidak puteh, tok guru tidak tahu," kata seorang peniaga yang sudah 25 tahun menjalankan perniagaan kedai makan disitu," katanya
beliau mendakwa ahli lembaga pengarah, jawatankuasa MPKB "kena tarik hidung, macam lembu" kerana pernah menjadi "pengemis" meminta syarikut itu" sponsor itu dan sponsor ini termasuk beli tiket pesawat, melancong ke luar negara," katanya
persoalan besar timbul dimanakah "sifat kemanusiaan, kemelayuan, keagamaan" mereka berkuasa sehinggakan sanggup "membubuh pasir kedalam periuk 415 peniaga berbangsa melayu beragama islam yang sudah lama berniaga disitu
tempat baru bazar tok guru,keluasan 6 X 9 kaki persegi hanya dapat memuatkan dua meja makan, mereka berniaga disitu,ada enam meja makan. "Dua meja makan, tak balik modal" untuk berniaga.
dakwaan "pihak berkuasa mpkb" kena cucuk hidung kerana dapat habuan,masih samar,suruhanjaya badan pencegah rasuah malaysia, s-p-r-m,cawangan kelantan dikatakan masuk, menyiasat, tidak menemukan apa-apa dan tidak ada bukti kukuh mengenai dakwaan itu
timbul pula cerita lain, orang nombor 2 sprm , dikatakan penyokong kuat parti pembangkang, banyak kes aduan yang dibuat "tidak bergerak", sejauh mana benar dakwaan itu, masih samar dan kelabu.
berbalik kepada cerita awal,aku berita nya, no problem, aku boleh bantu beliau, interview beliau dan letupkan kedalam Buletin Utama, cuma aku mahukan dokumen, "pembuktian dan pengesahan" kahwin kahwin, dia kata, pada masa itu tak ada, aku katakan padanya aku tidak dapat membantu kerana tak ada dokumen itu,aku harap beliau faham, "prosedur kerja aku", aku tak boleh secara semborono, melepaskan berita tanpa bukti dan dokumen, dia kata OK
selang tiga bulan, dia call aku,dia kata dah ada surat salinan perkahwinan dikeluarkan Majlis Agama Islam Pattani, beliau pergi kesana, tak tahu berapa ratus dia bayar, aku tidak tanya.
ok,aku bersedia bertemu dengannya, aku bersama kameraman,pergi kepasar MPKB, bangunan yang bila-bila masa boleh dirobohkan pemiliknya kini, she is not bad, good looking, tinggi lampai, kulit cerah, aku beritahu, aku sudah ready untuk interview beliau.
pada waktu itu kira-kira jam 12 tengahari, dia kata, tak boleh sekarang, "not now", taukehnya bengis, dia akan kena marah
dia suruh aku datang lepas waktu kerja jam 6 petang. aku buzz off, nasib tidak baik petang itu aku ada assignment lain, aku maklumkan kepada aku tidak dapat datang. "lain kali", dia kata OK
selang beberapa hari,aku call, boleh jumpa dan interview beliau, dia kata, dia sakit, terlontar dan terlantar di hospital di Kuala Lumpur. Nanti sembuh, dia kata, akan call aku, aku kata OK, aku tunggu.
sehingga kini, aku masih menunggu dan menanti, sebuah panggilan resah, dari manusia jenis hawa, yang pada mulanya enggan di"poligamikan" tetapi sudah pasrah dibelit dan dibalut cinta" akur menjadi isteri nombor dua, menjadi "madu"
berdasarkan interview rambang yang dilakukan, semua isteri muda, isteri kedua yang berkahwin "koboi" diselatan thai, tidak mahu menjadi isteri nomor dua, tapi mereka tiada pilihan,merekan "terpaksa"
-yang menyebabkan mereka sanggup mengambil risiko- termasuk "surat perkahwinan made in Thailand, mereka dikoyak, dibakar atau dibangkulsampahkan "sang suami" mereka, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang hanya tahu (maaf)-barangkali- "menggendurkan urat-urat kelamin yang tegang" itu saja.
Sekian,titik
jabatku
No comments:
Post a Comment