Tidak lama lagi, mahkamah yang membicarakan perbicaraan kes liwat DSA akan membuat keputusan, samaada "suspek" bersalah, atau tidak,tidak bersalah atau bersalah, akan diketahui umum, tidak lama lagi-: persoalan samada "keputusan itu" betul atau tidak", benar atau tidak "hanya akan dilegalisedkan" oleh rakyat, rakyat akan membuat keputusan, samaada keputusan itu,"bersamaan dengan selera seks politik" masyarakat banyak
apapun, keputusan "mahkamah itu" disedari atau tidak, ada hubungkait dengan demam PRU ke 13, dan jikapun tidak ada hubungkai akan tetap "direlevansikan" dengan kempem PRU ke 13
pada perbicaraan kes liwat, beberapa tahun silam, mahkamah membebaskan "suspek" atas pertuduhan liwat, tapi disabitkan dengan "kes rasuah" yang menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri, selepas Tun Ghaffar Baba, diseret dan heretkan kedalam "sel" beberapa tahun
Namun keluar dari penjara, tokoh bernama manusia, Anwar Ibrahim, berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang dengan majoriti yang besar.
dalam konteks ini, apakah memang benar "mahkamah" tidak disentuh "tangan-tangan ghaib manusia politik" ?
apakah memang benar badan kehakiman "bebas dan lepas" dari pengaruh "unsur-unsur politik" ?
bagaimana pula dengan prosedur perlantikan Ketua Hakim Negara dan Penguam Negara ? Bukankah "manusia-manusia politik" yang memberikan "senarai nama-nama" kepada Yang Di Pertuan Agung bagi perlantikan "jawatan penegak keadilan" di negara ini ?
bukankah Perdana Menteri, mempunyai "kuasa" memecat Ketua Hakim Negara,sebagaimana yang dilakukan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, "memecat Tun Salleh Abbas", setelah "memberi nasihat" dan Perkenan Yang Di Pertuan Agung pada masa itu ?
keadaan seperti ini, disedari atau tidak,menyebabkan "timbul public opinion", pendapat masyarakat umum,di negara kita terhadap "keputusan-keputusan mahkamah" yang membabitkan kes high profile
justru itu,timbul pendapat, sejauh mana benar dakwaan ini, "badan kehakiman" tidak telus, badan kehakiman, mahkamah dibawah bayang-bayangan "manusia-manusia politik"
dalam kes DSA, apa pun keputusan yang dibuat, pihak pembangkang akan tetap "mengatakan keputusan untuk memenjarakan DSA sudah di rancang. pihak pembangkang akan berbahagia dan bersorak, badan kehakiman telus dan benar, jika DSA dibebaskan,jika mahkamah membuat keputusan DSA tidak bersalah dan "pihak pendakwaraya gagal membuktikan wujud prima facie dan pihak penguambela berjaya membuktikan wujud banyak "keraguan munasabah"dalam perbicaraan kes ini
apapun, ada pendapat mengatakan, jika DSA disabitkan, "apa untungnya" Kerajaan Barisan, jika PRU ke 13 akan diadakan dalam tempoh terdekat
ada public opinion, mengatakan bila keadaan itu berlaku, akan menyebabkan timbul kemarahan rakyat, khususnya golongan pembangkang dan tidak pembangkang. Keputusan itu akan merugikan BN kerana PRU ke 13 akan menjelang tiba tidak lama lagi
pun begitu, ada juga berpendapat, "suhu kemarahan rakyat tidak tinggi setinggi suhu kemarahan rakyat" pada Pilihanraya umum 1998 lalu.
lalu jika begitu keadaannya, ini bermakna keputusan mahkamah kali ini, tidak akan memberi impak politik yang besar kepada pengaruh DSA.
persoalanya, apakah memang benar begitu atau sebaliknya
yang jelas, keputusan itu terletak di tangan hakim, yang membicarakan kes itu, samadda DSA bersalah atau tidak, meliwat,seorang lelaki,manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang namanya wajar dirahsiakan.
sekian. titik
jabatku
No comments:
Post a Comment