Tuesday, 3 May 2011

Pentingkah MCA dan Gerakan pada B-N, dalam Pru k13 ?

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, parti itu tidak akan menerima "apa-apa jawatan menteri" dari kerajaan B-N jika parti itu kalah teruk dalam PRU 13, memberi signifikasi politik, bahawa parti itu berada dalam trauma politik besar,"ketidakyakinan"(barangkali) terhadap penggundi china, memberikan undi mereka kepada MCA perlu dilihat dengan pengamatan tajam

dalam pru ke 12 lalu, MCA bertanding 40 kerusi parlimen,cuma mampu menang 15 kerusi, manakala parti Lim Keing Yeik, cuma mampu menang 2 kerusi parlimen-alasan dan kesimpulan "benang politik" disimpulkan kommuniti china, telah serik dan letih, dengan gelagat pemimpin MCA dan MCA itu sendiri-"berperang sesama sendiri",menyebabkan, komuniti china, menukar selera politik, memlih DAP dan PKR, sebagai pilihan politik.

lalu jika "selera politik" itu masih kekal sampai kehari ini, bermakna "MCA tidak akan mempunyai sejumlah makna" kepada B-N,dalam PRU ke 13 nanti.toh begitu, ada juga pendapat mengatakan, 15 kerusi parlimen itu pun sudah cukup baik,paling minimal, ia dapat membantu "memperbanyakkan kerusi BN" diparlimen

Chua Soi Lek dengan tegas menyataka, MCA akan menentang keras, jika UMNO kompromi dengan PAS,dan menjadikan Islam sebagai "asas perlaksanaan " jika UMNO dan PAS ingin berbaik-baik dan dengan istilah lebih jauh, jika PAS bersedia menjadi sebahagiann dari komponen B-N

Kenyataan, Chua Soi Lek,jelas memberi "lampu signal", MCA (barangkali) tidak selesa dengan apa yang diinginkan dan dihasratkan pucuk pimpinan UMNO untuk berbaik-baik dengan PAS

Nada suara Chua Soi Lek itu, secara politik, membawa lagu dan suara yang sama dengan DAP."Langkah mayat saya dulu,jika ingin menjadikan negara ini negaera Islam," kata kata Karpal Singh, masih sayup-sayup kedengaran di kalangan umat Islam di negara ini

dan apabila datuk wan abdul rahim wan abdullah, ahli parlimen PAS Kota Bharu, bekas speaker, langkah mayat beliau dulu, jika ingin usik, Karpal Singh, ramai kalangan penyokong PAS keliru dan terkeliru, kerana beliau menyokong manusia politiek, yang menenatang penubuhan negara Islam, sedangkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz mahukan, malaysia dijadikan sebuah negara Islam

Kommunit China di negara, dikatakan, tidak selesa dengan UMNO kerana "ramai pemimpin MCA" dikaitkan dengan kes dan skandel rasuah--timbul pertanyaan lain--bagaimanapula dengan menteri-menteri kabinet UMNO yang lain ? apakah "mereka-mereka semua bersih dan puteh",tidak terbabit dengan "kegiatan rasuah" meskipun "tiba-tiba menjadi Orang Kaya Baru"

dalam kes ini, teringat saya pada kata-kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,,Tan Seri HusseinAhmad, B-N dulu, tidak kira samaada UMNO atau MAC atau MIC- mana-mana pemimpin melakukan kesilapan--BN akan cuba "menyembunyikan" dari pengetahuan orang ramai-, menutup dengan apa cara-untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin komponen BN, bersih,puteh dan jujur

tindakan ini penting, supaya rakyat yakin, confident, pemimpin-pemimpin mereka "bersih dan puteh", urusan dibelakang tadbir, itu urusan lain, yang penting "imej bersih" perlu dikekalkan-ini perlu dikekalkan--tapi hari ini keadaan berbeza--sama-sama pemimpin komponen BN--,masing-masing mendedahkan "kepincangan pemimpin masing-masing kepada publik--akibatnya rakyat "hilang kepercayaan", implikasi politiknya, kommuniti china, mulai menjenuh dan menjauhkan diri dari MCA dan BN khususnya

dalam  pilihanraya kali ini, jika MCA gagal menyumbangkan 15 kerusi parlimen kepada BN,BN akan menemukan jalan bersimpang siur, untuk terus mengekalkan kuasa politik, memerintah Malaysia

bagaimana pula dengan parti GERAKAN, jika ianya juga gagal, menyumbangkan kerusi parlimen kepada BN, keadaan akan bertambah sukar bagi B-N untuk meneruskan cengkaman politik, menerajui pemerintahan negara !

bagaimana pula keadaannya, jika MCA dan Gerakan, keluar dari pakatan BN ? ini bermakna BN akan kehilngan 17 kerusi Parlimen, yang BN ada pada detik ini, toh begitu, keadaan ini dapat dipulihkan,apabila PAS bersetuju menyertai komponen BN dan mampu menyumbangkan 24 kerusi parlimen PAS kepada B-N,bukankah senario politik akan menjadi "neutral", win win situation, akan mnenjelma dan diterjemahkan

secara historis, MCA juga telah berbuat banyak membantu kommuniti china di negara ini, jasa baik, budi baik pemimpin MCA tidak perlu dipandang dengan sebelah mata

jika penggundi china, masih enggan membantu B-N dan MCA dalam PRU ke 13 nanti, yang jelas akan timbul politiek, kenapakah "mereka" enggan menggenang budi.

mereka perlu melihat, dinegara-negara dirantau asia tenggara lain, seperti di Indonesia, Thailand--mana ada sekolah-sekolah china-- ?mana ada sekolah sekolah china mendapat peruntukan kewangan dari kementerian pelajaran seperti di malaysia

Justru mereka perlu berterima kasih, jangan sekali-kali menggigit jari "mereka yang memberi mereka makan", apa lagi yang diinginkan "komuniti china" dinegara ? Mereka bebas berniaga, mereka menguasai ekonomi negara,mereka mempunyai menteri,mewakili kommuniti china dinegara ini, mereka mempunyai akhbar berbahasa china--pendek kata--mereka menikmati dan mengisi kemerdekaan yang dicapai secara persefahaman

soalnya, apa lagi yang mereka mahukan dari sebuah kerajaan B-N, yang dikatakan telah banyak berjasa kepada kommuniti China di negara ini

bayangkan apa akan terjadi, jika sewaktu menggapai kemerdekaan dulu, parti Perikatan,parti kapal layar, kini UMNO, enggan memberikan "kebebasan "mendiri sekolah pengantar bahasa china ?

seperti yang dilakukan kerajaan Indonensia, semua rakyat, tidak terkecuali china,mesti belajar disekolah aliran dan penggantar bahasa  melayu, tidak ada sekolah vernacular, bahasa melambangkan bangsa--

suudah tentu ramai kalangan anak-anak mereka tidak dapat, tidak tahu menulis dan mmbaca dalam bahasa china, beruntunglah mereka kerana mempunyai kerajaan B-N, yang mempunyai "daya dan nilai persahabatan yang tinggi
Sekian,titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment