Monday, 30 May 2011

vietnam,-malaysia-: kita dan PAS

Apa yang terjadi pada hujan ? Awan telah bercampur debu radioaktif,bom telah jatuh,Vietnam telah terbakar.Disana mayat hangus,tanah dikerumuni ulat dan hati dikerumuni, kebencian.....ia membikin kita peka sampai sentimental.Ia telah membikin kita SEPERTI saputangan kertas : rapuh, tak akan kekal dan seakan menanggung tugas, untuk menggusap air mata sejarah
-Juli 14,1979-Goenawan Mohamed

Kedangkalan, kecetektan berfikir-jumud-konservatif,Orthodak,tidak liberal, menyebabkan gagasan kerajaan perpaduan ummah,sebagaimana yang dirancangkan UMNO dan pucuk pimpinanan PAS, belum lama ini,tidak menjadi realitas politik. alasannya, mudah dan "simple" kerana Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan memberikan "lampu hijau"

alasan lain, "takut pisang berbuah dua kali,once bitten twice shy".apapun alasan yang diberikan, alasan sederhana ke, ekreme ke, itu tidak penting, yang penting "mereka-mereka ini gagal melihat peta politik ,skala politiek,landskap politik negara secara "futurist"

mereka gagal, merenung dan menatap langit, cermin politiek tanah air,dalam tempoh 20 tahun atau 30 tahun, pada masa hadapan. pemimpin yang baik,adalah pemimpin yang dapat melihat jauh kehadapan, politik, nasib bangsa-dibumi sendiri-

bukan pemimpin yang "korup", bukan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa secara senyap dan diam,"meraih kekayaan pribadi",meskipun rakyat tidak mengetahui,"apa yang telah mereka lakukan secara senyap dan diam" sewaktu memegang jawatan menteri" tapi malaikat Raqib dan Atid,akan mencatatat "ketidakjujuran" sewaktu mereka berebut-rebut untuk menjawat jawatan menteri dan menyalahgunaan "kuasa"apabila menduduki kerusi menteri

hasil catatan malaikat,tentunya tidak akan diserahkan kepada SPRM tetapi akan dikemukakan pada  hari pengadilan sejagat, di Padang Masyhar

dalam konteks ini,disebabkan kerajaan BN cuba membuktikan kepada rakyat, BN hari ini sebuah kerajaan yang telus, transparent dan terbuka, dari atas kebawah pusat, SPRM perlu menyiasat kekayaan menteri-menteri, menteri Besar BN yang telah bersara dan akan bersara, "bagaimana anak-anak, keluarga mereka" dan mereka sendiri mendadak menjadi manusia kaya
jika ini dilakukan SPRM akan "pusing kepala", mereka perlu bekerja 24 jam sehari dan memilih kakitangan SPRM, yang bersih dan tidak ketinggalan melakukan amalan solat tahajud setiap malam, berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu-: dan yang penting "telus,tulus dan dalam membuat laporan dan laporan itu akan diserahkan "terus kepada semua ahli-ahli parlimen, tidak kira samaada ahli parlimen itu dari parti pembangkang atau tidak.

20 tahun lalu, umat Islam diselatan thai,hidup,aman dan damai,tidak ada letupan dan ledakan bom, seperti yang mereka alami pada saat getir kini,tapi kini nasib bersuara lain,di negara kita, "keadaan seumpama itu tidak berlaku", tidak berlaku lagi-

keadaan seumpama itu, menurut pengamat politik antarabangsa, tempiasnya juka akan sampai kesini,cuma menunggu masa tepat, dalam ramalan politiek, apa saja boleh berlaku-ada pengamat politik meramalkan, akan berlaku "ethnic clash" di negara ini, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun--jika pucuk pimpinan UMNO hari ini--tidak menanggani "masalah MCA, tuntutan kaum china dengan tertib dan sopan" dengan kommuniti china di negara ini

Presiden Parti PPP, Datuk Kaveas,yang sempat aku wawancara tidak lama dulu, berpendapat,politik malaysia,perlu diubah reka menjadi politik,seperti Amerika Syarikat, ada republikan dan ada demokrat, di malaysia, ada BN dan ada BA, tapi idea itu tidak mendapat reaksi positif, jika Presiden Nelson Mandela, mampu meringkok dan menunggu d alam penjara selama 27 tahun, untuk, menduduki kerusi Presiden, apa salahnya Datuk Kaveas, menunggu lebih lama sedikit untuk melihat ideanya itu dapat direalisasikan,dalam kancah politiek tanah air,mungkin dalam jangka waktu yang agak lebih lama lagi

Pas pun kini sudah menjadi "persis seperti parti UMNO",pemimpin pemimpin Pas yang merasakan diri pandai, berusaha merebut jawantan tertinggi dalam PAS,jika perlu melobi, lakukan secara senyap dan diam

PAS hari ini, sudah termasuk dalam linggkaran men ggerikan,permainan politiek UMNO

yang jelas, ada pendnapat mengatakan Mat Sabu tidak perlu bertanding justru "muka beliau sama sekali tidak memaparkan,individu, pejuang Islam.

benarkah begitu ?

Mat Sabu, apakah yang kau "cari sebegitu jauh" ?

Sekian.titik
jabatku

No comments:

Post a Comment