Hari ini di sekolah menengah teknik bachok,berlaku happening besar, mesyuarat perwakilan UMNO Bachok, majlis penutupan dilakukan Presiden UMNO,Tan Seri Datok Muhyiddin Yassin. Yang menarik ianya tak ubah seperti merasakan "pesta kematian politik", Nasharudin Mat Isa, ahli parlimen PAS, yang didakwa tidak berbuat banyak membantu, masyarakat bachok
sejauh mana benar dakwaan itu, hanya "anta yang bernama, manusia, nasharudin mat isa", dapat menjawabnya dengan tepat dan jelas."Pesta kematian politik tokoh pas itu" akan direalisasikan dalam PRU ke 13, itulah inti pati, aspirasi dan harapan tokoh-tokoh ,pucuk pimpinan UMNO Bachok, sewaktu perwakilan itu bersidang
aku yang turut berada disana, tertarik kepada satu pemimpin UMNO cawangan, sewaktu lain-lain hal, yang menyatakan dengan tulus, jujur dan sejujurnya bahawa ajk UMNO bahagian bacok agar turun kepadang,menziari tokoh-tokoh veteran UMNO, dekati "masyarakat kampung Pas" kerana golongan ini teringin benar untuk menyertai UMNO,tapi tidak ada orang UMNO yang datang bertegur sapa dan bertanya khabar
manakalan seorang perwakilan,ketika memberi pandangan tulus, menyatakan, pada kali ini,PRU ke 13 kali ini, UMNO Bachok, mampu melakukan kerja besar, menang satu parlimen dan 3 kerusi dewan undangan negeri
alasan yang diberikan nasharudin dan wakil rakyat PAS lain tidak berbuat apa-apa terhadap masyarakat miskin dikawasan ini.
alasan lain, sudah ada gerakan, gelombang merah, gerakan dari bawah untuk "membumihangus dan menghancurkan Pas" dikawasan Bachok
penggundi katanya, sudah ingin menukar selera seks politiek, dari hijau kepada biru, sejauh mana benar telahan ini kita semua masih samar dan kelabu
dengan nada menggebu beliau berkata, saat kemenangan UMNO sudah hampir, dengan syarat tidak ada "cah keting " sesama UMNO
bagi mereka yang berhasrat untuk menjadi calon, nam tidak naik, perlu dihantar kesingapura, untuk berehat dan dibawa kembali ke bachok, selepas pilihanraya selesai
berdasarkan keputusan pilihanraya, majoriti yang dimenangi nasharudin mat isa tidak banyak. kali ini ahli umno kawasan itu sudah nekad untuk menobatkan awang adek hussein calon baru parlimen bachok
dalam ucapan penutupnya, beliau berkata, dari 1,000 syarikat besar yang beroperasi di malaysia, cuma satu syarikat saja yang beroperasi di bumi kelantan
kelantan katanya, mundur dan terkebelakang banyak tahun berbanding dengan negeri dibawah pemerintahan BN
Manakala Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri, memberi jaminan akan memberi perhatian khusus kepada kel\antan, jika PAS di"tersungkurkan" dalam PRU ke13
jika melihat kepada jumlah ahli umno yang hadir pada hari ini, jika setiap seorang "memegang kepala 10 penggundi" tidak ada sebab ketua bahagian UMNO kawasan itu akan kalah apabila tiba PRU ke 13
soalnya, apakah sememang nya begitu keadaan nya apabila tiba waktu menggundi
nasihat politik,Timbalan Presiden UMNO kepada perwakilan UMNO kawasan itu, mereka "wajib bekerja keras, jujur dengan sendiri, jujur dengan parti, UMNO pasti akan menguasai peta politik Bachok, sedikit waktu lagi
pilihanraya memang sudah dekat, sudah hampir, jentera UMNO perlu bersiaga dan bersiap sedia untuk "memastikan setiap calon BN menang" dalam Pilihanraya kali ini
beliau mahu jangana ada penggundi "salah pangkah", memakah parti PAS, mereka sepatutnya memangkah parti yang sebaliknya
melihat kepada gerakan peringkat akar umbi,gerakan gelombang merah, yang dicetuskan Tok Pa, bukan satu hal mustahil pada kali ini Datuk Dr Awang Adek Hussein, akan menang, sebagai calon Parlimen, dan tentunya, bukan sebagai PRU ke12, calon Menteri Besar, Kelantan
cuma menurut pendapat ramai kawasan bachok, calon menteri besar kelantan pada kali, yang bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh yang bukan duanya, Datuk Dr Illias Hussein.
apakah "sememangnya begitu" langkah dan pergerakan catur politiek, kelantan" ? Hanya Tok Pa yang mampu menjawabnya.
Sekian.Titik.
Jabatku
No comments:
Post a Comment