Sunday 8 May 2011

Zahari Awang, Datok Seri Mohd Najib-ahli parlimen termuda malaysia dan PAS

Barangkali tidak ramai dikalangan penikmat dan pencandu politik kelas berat, tanah air, mengetahui ahli Parlimen Malaysia, yang termuda, sejak kita mencapai kemerdekaan dari British, suatu waktu tidak berjarak dulu.

tokoh yang bukan,duanya, Zahari Awang, 65, asal,Kg Bukit Tiu,pernah bekerja sebagai kerani di Pejabat Tanah di Machang, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Pulau Pinang, dan mendapat biasiswa Full Bright,USA. Beliau menjadi ahli parlimen, Kuala Krai, pada usia 24 tahun. anak didik, allahyarham, Datok Asri Haji Muda-melepaskan jawatan bersama 12 ahli parlimen Pas yang lain, dibangunan Parlimen,kecuali, ahli parlimen Bagan Datok, Hassan Adli, dari Perak-kini dialam barzakh-uncle kepada Menteri Pertahanan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi--,letak jawatan, apabila, perkahwinaan mutaah "PAS dan UMNO " retak, pecah, terurai dan terberai-"pada tahun 1977"

Kecemasan-kecemasan sejarah masa silam,"  historical worrieness" menyebabkan Pas sekarang, menyebabkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, "takut pisang berbuah dua kali dalam peribahasa Inggeris disebut "once bitten twice shy"--takut untuk kesekian kali--PAS di perlakukan "seperti kain buruk"-apabila "kegilaan politik" menguasai pemikiran pucuk pimpinan UMNO

kini ,berdasarkan suhu politiek negara yang semakin panas, membara dan bertambah panas, UMNO tidak dapat menolak fakta politeik, parti itu memerlukan PAS, dengan alasan perpaduan melayu, dengan alasan politik "kuasa politiek" bangsa melayu semakin "terancam dan tergugat" dalam PRU ke 13.

Kenapa "sekarang baru ditimbulkan " isu ini, ? kata seorang penyokong fanatik PAS. "Kenapa ketika menendang PAS keluar dari BN, pada tahun 1977 lalu, menjadikan PAS seperti Parti "kain buruk" , isu itu tidak difikirkan "secara mendalam dan lebih mendalam" ? katanya dengan nada marah dan marah-marah

soalan itu sebenarya dilontarkan pada "salah masa, salah tempat dan salah orang", orang-orang kuat UMNO yang terbabit dalam kes pemecatan itu, semuanya sudah "masuk kealam barzakh", kecuali Tun Mahahtir Mohamed, mantan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah--manakala yang lainnya semua "sudah padam" dari pentas dan teater politik tanahair dan (barangkali) sedang berhempas pulas "menjawab pertanyaan mungkar nangkir"(barangkali, ini cuma kebarangkalian) termasuk juga "terpaksa menjawab isu dan kes pemecatan PAS dari komponen B-N" suatu waktu tidak berjarak dulu

lalu, apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menutup pintu, atas "alasan munasabah dan sederhana", takut diperlakukan seperti "kain buruk" untuk kesekian kali, "salahkah beliau mengambil sikap sebegitu ?

salah kah beliau mengambil sikap "price consiousness",berjimat cermat dalam "politiek",tidak mahu "pisang berbuah dua kali"menimpa "harga diri dan maruah PAS" atau bagaimana ?
hari ini, bak kata, seorang penyokong fanatik PAS, UMNO memerlukan "pertolongan politik PAS" untuk survive dalam PRU ke 13, apakah memang benar begitu ?

"UMNO tak ubah seperti peribahasa melayu, hidung tak manchung, pipi tersorong-sorong", katanya lagi.

soalnya, "apa pun alasan yang diberikan, dengan 24 kerusi parlimen,PAS miliki pada masa ini, secara politik ia dapat membantu dan meringankan beban, UMNO untuk menghadapi PRU ke 13 ini

paling minimal, jika apa-apa berlaku terhadap MCA, UMNO masih ada "tiub gantian" atau tukar tayar, "tukar tiub"untuk meneruskan roda-roda kekuasaan politiek UMNO," atau bagaimana?

atau pertanyaan politiek meruncing timbul, kenapa baru sekarang pemimpin UMNO "terfikir dan berfikir", kenapa PAS wajar dijadkan "tukar tiub"-sekarang- "tidak dulu"? atau bagaimana ?
keadaan akan lebih selesa, bagi UMNO, jika PAS, "bercerai talak empat" dengan PKR dan DAP" kerana secara poltiek, tindakan itu dapat "melemahkan urat-urat kelamin politik" selera dan nafsu seks PKR dan DAP.

apakah memang benar begitu realitas politieknya ? soalnya, kenapakah manusia, bergelar tok guru, Mursyidul Am PAS, enggan membuka pintu,meskipun di"ketuk beberapa kali", dan "membenarkan PAS berkahwin semula" dengan UMNO demi,demi apa jua alasan yang diberi dan direkaciptakan--itu pertanyaan tajam itu, perlu dijawab segera-

apakah datuk nik aziz nik mat, yang tidak pernah (barangkali) "ketinggalan sembahyang tahajud, sejak dari usia muda hingga kehari ini, dapat "menembusi penglihatan mata kasar" dan menerusi penglihatan mata hati, melihat pucuk pimpinan UMNO yang ada hari ini tidak jujur dengan diri sendiri, tidak jujur dengan Yang Maha Khalik, tidak jujur dengan perjuangan membela bangsa melayu dan meletakkan kepentingan politik dan pribadi mengatasi perjuangan agama, menyebabkan "beliau" mengadakan "jarak pemisah", mewujudkan boarder line, garis pemisah dengan pimpinan UMNO apabila ingin membicarakan "soal" perkahwinan semula UMNO dan PAS atau PAS dan UMNO

berbalik kepada "slug story" awal, rekod ahli parlimen Pas termuda Malaysia dipegang Zahari Awang, ketika beliau berusia 28 tahun, dan rekod itu dipecah oleh Perdana Menteri sekarang, Datok Seri Mohd Najib Razak,yang menjadi ahli parlimen ketika berusia 24 tahun

keadaan latarbelakang keluarga, zahari awang, anak golongan marhain, orang kampung, bapa petani, kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. berbeda dengan Datok Seri Mohd Najib Razak, anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak-meninggal dunia tanpa meninggalkan harta--yang tidak kais pagi,makan pagi,kain petang makan petang.

"Ketika kesemua 12 ahli parlimen Pas meletak jawatan beramai-ramai berikutan "perceraian politiek" UMNO dan PAS, wartawan dalam dan luar negeri "merakam gambar-gambar kami", itu merupakan detik-detik indah pilu bercampur pedih,kami meninggalkan parlimen, kerusi parlimen, tidak bersama dengan hali parlimen kerajaan, tetapi berada disebelah barisan kerusi pembangkang, didalam diri, kami puas hati, we are the man with dignity and great honour" katanya

ketika ditanya,apa akan jadi pada karier politiknya, jika beliau enggan mengikuti perjuangan rakan-rakan ahli parlimen lain, "melompat ke barisan nasional", menjadi  ahli parlimen BN

katanya, kalau beliau seorang materialistik, keadaan menjadi lain, banyak tawaran yang dikemukakan kerajaan pada waktu,tapi"" lets forget the past, what happende is happened, gone with the wind, anda tidak boleh merubah sejarah, tapi anda boleh membuat sejarah,"kata bekas pelajar Fakulti Sains Politik, USM, yang kini, menetap diLorong Guchill, Kuala Krai.

pada waktu itu, 1977, di"mana manusia bernama Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat", ? beliau seorang ahli pas biasa, status ustaz, mengajar agama dan sampai ke hari ini masih mengajar agama, agar manusia islam berbangsa melayu, menjadi insan yang baik, manusia beriman dan bertakwa- manusia yang dapat menggucap kalimat shahadat dengan jelas-apabila tamu tak diundang menjemput mereka--

tapi hari ini, manusia lepasan mandrasah Doeban,di India, fasih berbahasa Urdy, "umar kiya hey"--berapa umur sekarang--, bukan sosok tubuh, 30 tahun lampau, beliau adalah "Mursyidul Am PAS", Menteri Besar Kelantan, "punyai kuasa veto"--untuk membenarkan semula perkahwinan politiek antara PAS dan UMNO dan UMNO dan PAS--

lalu, "siapakah orang tengah, yang pantas menjadi perisik, membuat risikan", suatu pertanyaan "berbahaya dan merbahaya" dan (barangkali) sulit untuk dijawab segera

yang jelas PAS akan mendapat tiga jawatan menteri, 3 jawatan timbalan menteri dan tiga jawatan setiausaha parlimen--apakah tawaran itu "sudah lagi tidak menggebu" dan sudah lagi tidak menarik--juga menjadi pertanyaan yang masih kelabu warnanya itu. titiek

sekian.titik
jabatku

5 comments:

carigalilubang said...

salam.. saudara ada bio Azhari Awang hingga sekarang?... Saya nak buat research sikit..cuma mahu berkongsi

Unknown said...

Bapa saudara tiri.abang kepada arwah ibu tiri.panggil ayah z jer.

Unknown said...

Tidak terlalu mengenali ayah z ni lebih dekat.sebab orang hebat..kita terus jadi lemah nak masuk dekat.xuma tau beliau anak sulung dari empat beradik.arwah mak tiri adik no.2.adik no. 3 dah meninggal lama.yang Ade ayah su.duk depan hospital machang.

MrK said...

Seorang YB yang cukup berkaliber dan baikhati...

MrK said...

Mohon info...
perkembangan semasa YB Zahari

Post a Comment