Meskipun tarikh sebenar PRU ke 13, masih samar dan kelabu namun semua parti politik, baik pembangkang dan tidak pembangkang, sudah "siap pakai" dan "siap saga" untuk melakukan "pertempuran politik" termasuk menjadi pengemis undi, beggar voters-:. tidak salah menjadi pengemis, kerana sudah "menjadi aturan main" sistem demokrasi, memang "memerlukan undi" untuk menentukan "menang kalah", sesebuah parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya.
"Sometime majority means all the fool on the same side", kata penulis barat, yang aku sudah lupa namanya tapi aku kira beliau aliran kiri dan juga mempunyai fahaman dan ideologi politiknya, tentu bukan demokrasi malah mengecam demokrasi
sebagai rakyat yang suudah lama berada dibawah pemerintahan demokrasi berparlimen dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalist, free enterprise, free for all untuk berniaga dan berniaga dan berniaga, dan
rakyat at menerima majority means all the excellent on the same side-kita akur-sistem pemerintahan yang ada dan seadanya memang terbaik, dijagat raya ini
menurut sumber dalaman, PAS hari ini,PAS Kelantan hari ini, bukan Pas berwajah tahun 90an dahulu, PAS hari ini sudah bertukar "wajah". Dulu tidak ramai aktivitas PAS yang enggan namanya dicalon untuk bertanding dalam pilihanraya, tidak mahu dan menolak "untuk menjadi rakyat"-alasan mereka takut diadili dipadang masyar-, takut-takut mereka tidak akan jujur dengan diri sendiri dan akan bertambah menjadi "tidak jujur apabila menjadi wakil rakyat, memegang amanah rakyat dan "takut terbabit dengan penyalahgunaan kuasa" dan tiba-tiba menjadi "manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin"-manusia kaya "secara mendadak"
cuma yang aku ketahui, dari 44 wakil rakyat pas yang ada hari ini, cuma seorang saja yang menolak tidak mahu namanya dicalonkan menjadi wakil rakyat, namanya Wan Ahmad Lofti Wan Sulaiman, ADUN PAS Kemuning, Machang, lepasan Pondol Sg Durian, Haji Draman, Kuala Krai, kemudian menadah kitab di Mekah, menjadi Imam masjid Baka, enggan menjadi wakil rakyat
kes ini sampai kepengetahuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menghantar wakil memujuk beliau agar bersetuju, beliau dikatakan menagis terisak-isak tidak mahu, tapi akur kepada tuan guru, beliau menerima dengan satu syarat. syaratnya beliau ingin menjadi rakyat untuk satu penggal saja
lawannya dalam PRU ke 12, Ketua Bahagian UMNO Machang, Datok Jazlan Yakob, beliau menang dengan majoriti 500 undi lebih, kalau aku tidak silap
menurut penyokong pas, kalau diletakkan calon selain, beliau :kerusi itu akan menjadi milik UMNO
soalnyaberapa ramai kah dikalangan pemimpin pas kelantan yang ada hari ini, berprerangai seperti beliau
beliau kini, meskipun menjadi wakil rakyat, tetap mengajar agama di madrasah-madrasah kawasan Machang
pendapat yang lebih ektreme, mengatakan, sifat yang ada pada Tok Guru, ada pada beliau. Bapanya dulu, ulama besar di Jajahan Machang dan beliau "calon yang paling sesuai" untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, menggantikan Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana "beliau memang tidak mahu jawatan itu berbanding exco -exco lain, mendakwa memperjuangkan Islam tapi tidak pun berceramah Islam seperti Tuan Guru"
hari ini, baik dikedai kopi, penyokong pas sendiri, mendedahkan ada kalangan exco pas kelantan hari ini, yang disebut PAS golongan proffesional,tiba-tiba menjadi "manusia kaya secara mendadak"malah ada digelarkan dengan panggilan 10 million dollar man
tentu saja sulit dan sukar bagi SPRM untukmenyiasat kebenaran dakwaan itu, kerana golongan ini pandai dan lick, menggunakan nama kroni-kroni tertentu untuk "menjaga harta karun" mereka. Keadaan akan menjadi lain, jika SPRM, menahan proxy, mendapatkan maklumat dari mereka-:
jika proxy enggan "membuka mulut", tahan mereka lebih lama atau minta mahkamah membenarkan "tahanan remand", yang pasti, "mereka akan membuka mulut", apabila meluncur keluar perkataan dari mulut mereka, nama-nama "haiwan berkaki dan mempunyai satu alat kelamin yang bertopengkan Islam atau PAS", akan "terkeluar" dan apabila "terkeluar", siasatan lanjut diteruskan, menyoal siasat "manusia hipokrit ini"--dari mana sumber kekayaan "harta karun itu" diperolehi--sammada melalui "minta sedekah, komisyen, projek atau konsesi kawasan balak atau bagaimana
dalam kes ini, Menteri Besar, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang marah dan marah marah "anakbuah terbabit dengan "money laundry", rasuah , wang haram atau duit kopi--kerana ianya bercanggah dengan syariat Islam
Malah beliau pernah mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti, anak buahnya terbabit dengan kegiatan rasuah, agar tampil kehadapan-,berikan bukti, "mereka boleh diseret dan diheret kemahkamah" kerana sebagai Menteri Besar, beliau akan memberi kerjasama, bagi memudahkan SPRM melakukan siasatan
soalnya, SPRM Cawangan Kelantan, dikatakan pihak tertentu "terlalu lena tidur", terlalu banyak "tidur" malah menurut seorang ahli UMNO yang enggan nama disebut, mendakwa orang kuat SPRM kelantan penykong kuat parti pembangkang
apakah memang benar dakwaan itu, kita masih samar, kelabu-?-
yang jelas sepanjang ingatan aku, 21 tahun PAS, memerintah "tidak ada seorang pun ahli dewan undangan negeri PAS" diseret dan diheret kemahkamah kerana terlibat dan terbabit dengan "kegiataan rasuah", itu saja dan titiek
berbalik kepada "muka-muka baru, calon PAS dalam PRU ke 13 dibumi kelantan, golongan muda, golongan pelapis, juga manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin,punya nafsu dan berambisi menjadi wakil rakyat, sudah dua puluh tahunberjuang dalam PAS, asyik-asyik bilan tiba tarikh pilihanraya, muka-muka itu, muka-muka lama, calon-calon itu juga menjadi "waki rakyat"
malah ada dikalangan wakil rakyat PAS sudah ada sampai empat dan tiga penggal menjadi wakil rakyat, tidak mahu turun-turun, ingin mati "diatas kerusi wakil rakyat". golongan pelapis, tidak punya pilihan banyak,harus bersabar dan akur kepada "keputusan parti", malah terpaksa menunggu sampai 30 tahun atau 40 tahun, baru namadicalonkan menjadiwakil rakyat
Untuk bersuara mereka takut, takut dikatakan "derhaka dan menderhaka" kepada Mursyidul Am PAS, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak ada pilihan, mereka harus akur.
Itu senario dulu, itu senario 20 tahun dulu,tapi hari ini keadaan sudah berubah, sudah ada suara serak basah, agar pemimpin-pemimpin PAS yang sudah lama duduk dikerusi wakil rakyat, turun dan memberi laluan kepada muka-muka baru kerana golongan pelapis ini juga "ingin merasai kenikmatan" menjadi wakil rakyat
sebenarnya, perjuangan PAS hari ini,khususnya dikelantan sudah "bertukar menjadi perjuangan "mengisi perut" kerana "masing-masing pihak" khususnya wakil rakyat sudah ada agenda "tersendiri" tidak selesa dengan "kereta buruk" , tidak mahu pakai lagi kereta Datsun Buah Hulu, mereka "sudah modern", tidak seperti allahyarham Jaafar Rawas, meskipun mampu "membeli kereta baru" tapi menggunakan kereta Ford Prefect, sampai mati
Dan bagi yang muda, berkesempatan menjadi exco, praktis poligami, tidak cukup dengan satu, "selera seks tiba-tiba berubah kerana sudah ada "wang berjuta-juta dalam bank"(maaf kalau yang makan lada akan terasa pedas), yang jelas malaikat Jibrail "tahu samaada" anda jujur atau tidak, samaada ada anda menyimpan wang berjuta-juta ringgit menerusi proxy dalam bank atau tidak
malah ada pendapat yang dikutip diperingkat akar umbi, dikalangan golongan tua PAS, berkata, ada seorang ahli exco PAS, "air mukanya keruh" tidak jernih, tidak ada nur, cahaya Islam", malah yang ada "nur, cahaya dulu, kini sudah "hilang sinarnya" kerana "dibayangi dosa-dosa "rasuah"
berbalik kepada cerita rasuah wakil rakyat PAS, ada seorang ahli Exco PAS, kawasan PAS Bachok, yang tidak wajar disebut nama kerana "mengaibkan" nama, "dicepat secara mendadak dan tiba-tiba", jawatan exco dilucut secara serta merta kerana dikatakan terbabit dengan rasuah
anehnya SPRM Kelantan, tidak pun menyiasat kenapa beliau dipecat "serta merta"
apa yang aku tahu dan dinarativekan, apabila berita itu diketahui Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan dikemukana dengan "bukti kukuh", didalam mesyuarat , Tuan Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat, dengan nada marah dan marah-marah dikatakan sebagai berkata, "Mu........(nama wakil rakyat itu) berhenti, beri ke orang lain pulak", katanya serius
sejauh mana benar "cerita politik ini" ianya sulit untuk disahkan kebenarannya, yang jelas, dikalangan pimpinan PAS kelantan, isu ini memang wujud dan pernah berlaku
Sekian.titik
Jabatku
No comments:
Post a Comment