PRU ke 13, kali ini merupakan pilihanraya umum, yang dinanti-nanti dan ditunggu team Barisan Alternatif,B-A,alasan politik yang digembar gemburkan, "ini merupakan pilihanraya kali terakhir bagi pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang bernasib baik terpileh menjadi menteri atau timbalan menteri" kerana selepas itu, "kerusi-kerusi panas" itu, akan diduduki oleh pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif,B-A, yang terdiri dari mereka yang kerap "mengkritik kerajaan" dan kali ini mereka ini diberi "amanah dan tanggungjawab penting"-memerintah negara malaysia, negara malaysia boleh, negara serba boleh
ada mengatakan, bolehkah "mereka-mereka" ini mentadbir dan mengurus negara lebih baik berbanding kerajaan B-N ?
teringat cerita lama, apabila Pas bersama s46,membentuk kerajaan, ada pendapat yang prejudis terhadap keupayaan Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz, memerintah kerajaan. ada yang mengatakan pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat bertahan lama
"Tok guru orang politik, macam mana nak urus ekonomi negeri kelantan," ada suara liar, menyanyikan lagu UMNO, mengeluarkan pertanyaan "tajam" itu.
kerajaan negeri yang baru dibentuk ini, tidaka dapat bertahan lama,kerana akan menghadapi masalah kewangan - tapi teryata -kecemasan-kecemasan itu tidak terjadi dan sehingga ke hari ini, kerajaan negeri pimpinan mursyidul Am,Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih gagah dan kuat untuk memerintah kelantan sehingga detik ini
apa tidaknya, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara, kerajaan persekutuan, "wajib memberi peruntukan kewangan kepada setiap kerajaan negeri dibawah federation of malaysia" mengikut klausa dan peruntukan tertentu",koma dan titik,itu saja
persoalan samaada layak atau tidak, itu urusan lain, itu urusan nanti, itu urusan boleh dibereskan dengan "sekelip mata"
pilihanraya kali ini, menjadi cabaran berat,bagi setiap pucuk pimpinan parti komponen B-N. Piluhanraya kali ini,membuatka pucuk pimpinan BN berhati-hati untuk membuat keputusan. selain mempunyai "tugas berat" untuk merampas semula negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, B-N juga perlu yakin, telah dapat memberi public confident kepada penggundi,bahawa B-N kali, sudah berubah wajah, BN kali ini telah melakukan "penjenamaan semula", B-N kali ini bukan BN yang penggundi "kenal" beberapa dekad dulu
menteri-menteri kabinet hari ini, bukan terdiri dari "mereka-mereka" yang selfish, berjuang untuk menjadi menteri,jadi menteri "guna peluang ada", "mencari kepentingan diri", titik akhir menjadi "manusia kaya secara mendadak" seperti mana yang berlaku terhadap beberapa menteri BN sebelum ini, yang nama-nama mereka tak pantas disebut disini "kerana boleh menimbulkan "aib" dan "malu" mereka, "apakah memang benar sedemikian cerita ini" atau ianya merupakan "polical assumption" yang jauh dan teramat jauh dari kebenaran
Bagaimana pula keadaan dan ceritanya, jika penggundi-penggundi PRU ke 13, "masih belum dapat menerima konsep dan penjenamaan semula B-N ini?
mereka masih "belum dapat menerima" realiti ini dan masih beranggapan, "masih ramai menteri-menteri BN" yang didakwa "tidak puteh" tapi masih menduduki barisan menteri-menteri kabinet BN atau bagaimana?
difahamkan jentera BN sudah lama bekerja keras, untuk menawan kembali negeri kedah dan selangor manakala negeri kelantan dan pulau pinang, diberi fokus kedua. menang pun tak apa, tak menang pun tak apa, kerana dua negeri ini, memang sukar untuk "dibolosi pertahanan politieknya" itu"
apakah memang "benar teori itu", rakyat masih samar dan kelabu.
pun begitu, menurut pengamat politiek veteran, berusia 75 tahun, untuk mengambil hati, penggundi saluran dua dan saluran tiga, penggundi baru, pelajar IPTA dan IPTS kerajaan "hapuskan saja" pinjaman" PPTN dan semua mereka diberikan "pendidikan percuma",diberikan biasiswa sebagaimana yang dilakukan kerajaan B-N belum lama ini
cadangan itu mustahil dilakukan kerajaan BN yang ada hari ini kerana ia membabitkan "jumlah dan peruntukan kewangan yang besar".
dalam konteks ini,aku bertemu kawan lama, berkahwin dengan meksalleh,warga negara new zealand,mempunyai permanent residence sana. Beliau hairan, jika dibandingkan dengan kerajaan new zealand, negara yang lebih ramai biri-biri dari penduduk, kerajaan disana mampu "melakukan itu semua", membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat. disana katanya, rasuah kosong, nihil dan sifar
jika dibandingkan dengan negara malaysia, kita katanya mempunyai banyak sumber hasil bumi, termasuk minyak, kelapa sawit,getah,bijih timah,emas,--tapi kita gagal melakukan seperti mana yang dilakukan kerajaan new zealand
salah pengurusan kewangan negara atau bagaimana ? sulit untuk dijawab segera
berbalik kepada tarikh pilihanraya, dua tarikh pilihanraya diatas dikatakan "masa sesuai" untuk PRU ke 13 !
apakah memangnya "benar" atau ianya cuma spekulalsi politik ? masih juga menjadi tanda tanya, yang jelas, masing-mamsing pihak, baik parti pembangkang dan kerajaan bekerja keras untuk memenangi PRU ke 13 yang ditunggu dan dinanti dengan penuh "debaran itu", anda pula bagaimana ?
Sekian.titik
jabatku
No comments:
Post a Comment