Maka yang timur bisa saja menarik,menakjubkan, tapi juga bisa menakutkan, menjijikan,dan pada dasarnya menurut kaum Orientalis itu kepada para pembacanya dibarat-lain dari kita-maka para orientalis itupun biasanya cenderung menimur-nimurkan timur.Akhirnya timbunan pengetahuan mereka itupun memperoleh kekuatannya sendiri dari sini terciptalah timur yang pada dasarnya hanyalah timurnya kaum Orientalis.
-Goenawan Mohamed-
Lalu apakah yang dimaksudkan Mas Goen, mengenai tulisan yang menggebu-gebu,mengenai barat dan timur ini ?sekali pintas, kaum orientalis, dilihat, sebagai sekelompok manusia-haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin-yang prejudis, bias, berat sebelah, tidak "rasional" apabila "menulis dan membuat sesuatu "assesement" terhadap "timur"
dipersimpangan ini, barangkali tidak ramai dikalangan "kita dan kekitaan" kita dapat menarik benang kesimpulan, disebelah mana "kita" berada. tidak sedikit dikalangan "kita" yang menelan, meratah "daging-daging burger pendidikan tinggalan British",minda banyak dicucuk dan rasuki "virus barat", apa yang datang dari barat, is the best among the best-manakala yang "ada ditimur" tidak sebagus dan "sebaik" apa yang didatangkan dari barat.
Pun begitu, ramai dikalangan kita yang menelan sistem pendidikan barat, tapi masih menjadikan Islam sebagai addien, the way of life,dalam kehidupan. Never missed 5 times prayer, puasa bulan ramadhan dan ke mekah, menunaikan fardu haji
tapi disisi lain,ada satu kelompok bangsa melayu, yang mengenyam sistem pendidikan pondok, sekolah aliran agama,yang dikenali dikelantan, sebagai sekolah arab-melanjutkan pelajaran di negara-negara asia barat, tamat belajar, pulang ke tanah air-melihat Islam dari perspektif lain
golongan ini melihat, sembahyang perlu dilakukan secara jemaah, dimasjid, surau atau madrasah,gaya berpakian "berbeza", jika boleh selalu "berserban"-memakai-pakaian sunnnah Nabi-perlu ada "imej Islam",pun begitu tidak sedikit dikalangan "pemimimpin tertinggi Pas" seperti Menteri Besar Kedah, memakai kot dan bertali leher,memakai pakaian "barat" manakala Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang pengamatan aku--yang mencelakakan pengamatan tidak selalu cermat ini--tidak pernah "memakai kot, bertali lahir" dalam acara kerasmian--
lalu, ada "rakyat bertanya" kenapa harus menjadi begitu-kedua mereka memperjuangkan Islam-tapi disisi lain,"imej Islam" yang melekat pada diri mereka "berbeza"
timbul pertanyaan, yang seorang itu barangkali lebih cenderung untuk meletakkan kaki disebelah barat manakala yang satu lagi sebaliknya
lalu apa yang tidak kena dengan barat dan apa pula yang baik dari timur. filosof Jerman, Niestche, yang terkenal dengan gagasan,pemikiran,idea-God Has Died-Tuhan telah mati-dikalangan masyarakat barat yang menolak eksistansi-keberadaan- Yang Maha Khalik-,yang mempercayai "kita yang bernama manusia", apabila tiba waktu untuk mati, akan mati selama-lamanya, tidak ada kehidupan sesudah kematian, there is no life after death--kita dikatakan takubah seperti "binatang-binatang lain", yang mati dan akan mati selama-lamanya, tidak ada hari kebangkitan
terpengaruh dengan pemikiran "gila dan menggilakan" itu, tidak sedikit dikalangan masyarakat barat menolak kehidupan beragama,lantas muncul fahaman free thinker, atheis, tidak beragama, absurdisme,surreliasme, dadaismen, dan macam-macam "isme", yang membingungkan kita yang berada disebelah timur
natijahnya, berlakulah kerosakan "moral" dikalangan manusia barat, timbullah slogan-yang ini digemari remaja-remaja barat-God is love, we make love, we make god--dan lahirlah "anak-anak yang tidak berbapa"(itupun jika tidak "memakai kondom" ketika melakukan "aksi ganas itu"),free sex, kebebesan seks,seks tak ubah seperti aktivitas makan dan minum
bila tiba "masanya",lapar manusia makan, bila tiba masanya untuk melakukan yang itu dan yang ini ini,mereka tidak perlu "kahwin", cuma dengan satu pertanyaan,"your place or my place"--mereka sama-sama membuat Tuhan--berasaskan ajaran Love is God, we make love, we make God--
Nah disinilah barangkali terletak kebarangkalian perbezaan antara timur dan barat, barat dan timur, dari aspek kehidupan dan penghidupan "seks"
dalam hubungan ini, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, pada akhir zaman, Islam akan bangkit disebelah timur
jika dilihat pada lokasi, hadits, itu disabdakan, sebelah timur, membawa pengertian asia atau asia tenggara,dan jika disempitkan geografinya, negara yang terbabit dan ada hubungkait dengan hadith itu-Thailand, Malaysia dan Indonesia
dan jika perhalusi lagi, yang jelas, negara itu adalah negara Malaysia, alasan tepat, "agama resmi malaysia sebagaimana tercatat dalam perlembagaan ialah agama Islam"
lalu timbul pertanyaan dari golongan ekstereme dan fanatik, pemimpin bangsa melayu yang menerajui pucuk pimpinan negara, yang menguasai kuasa politik, yang mendominsi pemerintahan negara di"katakan less islamic, not so religious" berbanding dengan Mursyiidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
lalu, perlu dibedah akan "makna perkataan less Islamic"
kerajaan B-N, menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan,JPP, Makthar Mustapha dibawah Jabatan Perdana Menteri,sejak lima tahun lalu,termasuk dibawah arahan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak, telah "meluluskan RM 60 Juta" untuk kerja-kerja menaik taraf dan membina masjid-masjid baru di negeri kelantan
manakala kerajaan PAS cuma mendirikian satu masjid, masjid Beijing, di Rantau Panjang,setelah memerintah "kelantan"selama lebih 21 tahun ?
lalu, siapakah antara dua tokoh, yang berbeda fahamana politik-lebih islamik-dalam konteks pembangunan ihsan, --hanya kaum orientalis- dapat menjawap pertanyaan itu--
benarkah "begitu bangsaku, bangsa melayu", bangsaku, "apakah yang kau cari sebegitu jauh", aku pun tidak tahu
yang aku tahu, antara barat dan timur, timur dan barat, tiadanya bezanya pun juga ditengah-tengah,timur tengah kerana "kita semua hanya manusia-haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin atau kita semua dalam istilah biology-the thingking animal- yang berupaya melihat sisi-sisi kehidupan dari pelbagai perspektif dan dimensi-dimensi berbeda-yang menjuruskan wujud jurang "pemisah politik"--u berada disana, ana berada disini, bukankah "begitu pengertian politiek tolol", bangsa melayu, bukankah ?
sekian.titik
Jabatku
No comments:
Post a Comment