Hari ini diTanah Merah, Redland, nama syarikat Datok Ismail, yang telah digantung tak bertali dalam UMNO,-ada majlis pelancaran gelombang merah secara besar-besaran.pelancaran dilakukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin, dulu menantu Perdana Menteri, kini menantu Paklah-.Khairy Jalamaludin, merupakan sebuah nama besar, peta politik pemuda UMNO Malaysia.Belia datang dan muncul diatas pentas peta politik pergerakan pemuda UMNO malaysia "secara bidang terjun" dan secara mendadak. Kahwin anak perempuan Perdana Menteri, jadi menantu Perdana Menteri, dapat laluan "mudah",duduk kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan kini secara tiba-tiba menjadi "menjadi manusia kaya"
sejauh mana benar dakwaan pembangkang ini,kita semua masih samar.apa yang jelas, sepanjang ingatan aku,pemimpin UMNO,Ketua Pemuda UMNO,yang tidak memegang jawatan "menteri" sewaktu menduduki kerusi itu" Datok Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaludin.
Zahid Hamidi,meskipun tidak memegang jawatan menteri, diberi jawatan Pengerusi BNS manakala Khairy Jamaludin,"tidak mempunyai apa-apa jawatan".
Pertama kali aku membuat liputan berita,mengenai manusia bernama Khairy Jamaludin, ketika dia datang ketanah merah,majlis pelancaran kelas tambahan, didalam interview beliau menyatakan, Pergerakan Pemuda akan melancarkan kelas tambahan kepada pelajar SPM,miskin, diseluruh 191 parlimen.
dan berita ini, disunting AE, Sukardi Ghani,dan diletupkan dalam berita Buletin Utama,sejauh mana perlaksanaan kelas itu disetiap 191 parlimen,aku tidak buat follow up. yang aku dimaklumkan,itu semua "omong-omong kosong",faktor yang menyebabkan "integrity" ahli politikus merosot
berbalik kepada berita Khairy Jamaludin,menurut pengamat politik tempatan,beliau akan menempuh zaman batu,zaman kegelapan tidak lama lagi. Kerusinya "akan tiba-tiba menjadi panas" dan akan dicabar,oleh pencabarnya sebelum ini
kenyataan beliau yang tidaka akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, "is a stupid statement" kata pengamat politik itu
dan kenyataan itu juga tidak mendapat apa-apa response dari pucuk pimpinan UMNO. kalau beliau the man with principle,dan sudah melihat "tidak ada masa depan untuk hari esok"dalam pentas politik UMNO, "ikuti teladan Tan Seri Musa Hitam, melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri" secara tiba-tiba dan secara mengejut, alasan tidak sehaluan dengan Tun Mahathir Mohamed.
mana ada pemimpin UMNO seperti Tan Seri Datuk Musa Hitam, yang berada dipuncak pimpinan UMNO,menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, melepaskan "jawatan secara mengejut", hari ini usahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, "jawatan menteri pun berebut dan dapat tak mahu turun-turun"
dalam sisi lain, ada pendapat mengatakan, hard times yang dilalui Khairy Jamaludin, sebagai trial period, tempoh percubaan sama dengan nasib Bapak Mertuanya
Paklah yang berada di kem B, bersama Ku Li, sewaktu mencabar Mahathir, meskipun memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada awal tahun 1990an tidak dib eri apa-apa jawatan dalam kabinet Mahathir Mohamed
Paklah hanya bersabar,dan aku dimaklumkan, bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Seri Hussein Ahmad, paklah pernah datang kekediaman dikampung Lemal, meminta "jasa baik" Tan Seri Hussein Ahmad, agar berbuat sesuatu.
Tan Seri Hussein Ahmad,pun berbuat sesuatu,kemudian Paklah dilantik semula dalam kabinet sebagai Menteri Luar. apabila Paklah menjadi perdana menteri, ada seseorang,membodek beliau untuk menduduki kerusi Pengerusi KADA, menggantikan Tan Seri Hussein Ahmad, Pak Lah "tidak berbuat sesuatu membantu Tan Seri Hussein Ahmad, pada hal, beliau tahu "kerana Husssein Ahmadlah" beliau kembali semula kedalam kabinet
itu cerita politik, sejauh mana benar cerita itu, boleh counter chek dengan "ayahanda" Tan Seri Hussein Ahmad,yang gering dan tidak dilawati ranai pemimpin UMNO sampai kehari ini
Berbalik kepada cerita Khairy Jamaludin, beliau juga akan menerima nasib,"hukum karma", terpaksa melalui saat-saat pahit dengan tabah,lagipun menurut ketua pemuda umno dari jajahan yang enggan didedahkan identi. "kerusi ketua pergerakan pemuda UMNO" yang di sandang secara tradisi bukan miliknya
beliau datang sebagai payung bidang terjun dalam peta politik pemuda UMNO, kerana Mertuanya Perdana Meneri Malaysia, Presiden UMNO, "beliau memetong que, seniority pemimpin-pemimpin pemuda UMNO yang lain,"--kini bila Mertuanya tiada, beliau juga "kena pergi",lagipun kemenangan beliau menewaskan Datuk Mukhriz "diragui dan dipertikaikan"
tapi disebabkan pada waktu itu, proses peralihan kuasa dari Pak Lah ke Najib isu itu,tidak diperbesarkan.apabila Najib dan dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia ke 6,beliau melantik beberapa menteri baru dalam kabinetnya, anehnya nama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, tidak "tersenarai" tapi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dari Johor, tersenarai dan diberi jawatan Timbalan Menteri
Dan Khairy akan berhadapan dengan masalah besar, kerana "kerusi panas"ketua Pemuda UMNO Malaysia yang didudukinya akan di"cabar" untuk kesekian kali, tapi dalam pertandingan kali ini, Bapak Merrtuanya,Paklah bukan lagi Presiden UMNO dan tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan "beliau berseorang diri dan bersendirian" menghadapi pencabarnya yang bukan calang-calang pencabar
sekian.titik
jabatku
2 comments:
bertambah lagi "tangki minda" saya...banyak info @ story di sebalik pintu tidak diketahui... you banyak meneroka di celah-celah pintu itu....! Terima kasih.
sebagai wartawan frankly speaking banyak story dicelah pintu, disebalik tabir,dibawah meja dib awah katil diatas ranjang,not for public consumption,dalam dunia kewartawanan disebut,off the record story, means tak boleh tulis, kalau tulis, melanggar etika kewartawanan,pun begitu, ada juga wartawan yang berani mengambil risiko, "letupkan story itu" dan hubungannya dengan sumber berita,"akan retak dan putus,", saya cuma pilih-pilih story yang "reasonable" untuk blog saya,terima kasih kerana sudi membaca blog saya,kegiatan membaca adalah intelektual excersice, bukan semua orang suka membaca, buruh, penarik beca,petani tidak membaca,pun begitu ramai kalangan kita yang tak suka membaca, kajian institut terjemahan negara, menggaketkan, kita, orang melayu cuma membaca satu helaian buku satu tahun . macam mana nak maju pemikiran.terima kasih
Post a Comment