Tapi pada akhirnya ia mencerminkan pengakuan bahawa manusia menjadi pencuri bukannya kerana kesempatan, tapi "salah asuh"
-Goenawan Mohamed-
Catatan Pinggir 8 Juli 1978
Terkejut, kaget dan terkesima, apabila kita cuba mengrelevansikan, dengan manusia-manusia politik,tak kira,dari UMNO atau PAS,-asalkan mereka mempunyai "kuasa"-, mereka "mencuri harta rakyat" untuk kepentingan pribadi
malah, kini di negeri serambi mekah, ada desas desus yang bertiup kencang exco PAS, yang sudah lama menduduki kerusi exco-tiba-tiba "mencuri harta rakyat"-dapat komisyen konsesi balak- akan "digugurkan dari kerusi itu" kerana mereka telah "tidak amanah dengan diri sendiri" dan tidak sabar,dan tidak sabar-sabar untuk menjadi "kaya"
selain itu, meskipun tidak mendapat komisyen balak, tapi menggunakan kuasa dan "jalur politiek" untuk menjadi kaya,akan dicoret namanya, dalam senarai calon yang bakal bertanding dalam PRU ke 13 kerana mereka akan menjadi "liabality"--biawak hidup kepada parti--kerana dalam PRU kali ini, pas tidak akan mampu melihat mereka akan kalah,meskipun satu kerusi--malah PAS perlu menambah kerusi dewan undangan negeri yang sedia ada
jika "mereka menjadi liablity kepada parti", pihak parti lawan akan mengeksploitasikan isu secara besar-besaran, dan ini akan "memening dan memusingkan kepala" pucuk pimpinan parti
diperingkat akar umbi, tidak sedikit rakyat marhain, meramalkan PRU ke 13 akan menjadi takubah keputusannya seperti pilihanraya umum 2004, PAS nyaris-nyaris tersungkur--PAS menang 24 kerusi, BN 21 kerusi
Pengerusi Perhubungan UMNO pada waktu itu Tok Pa jaguh silatnya. Dan pada kali ini untuk kesekian kali Tok Pa, akan turun kepadang, "bersilat politik" untuk kali kedua, lawannya "pensilat politiek yang sama", Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, pesilat politiek, yang tidak pernah kalah, selama empat penggal,meskipun sudah berusia lanjut, berbanding tok pa, tapi tuanguru datok nik abdul aziz mengamalkan amalan yang "berat" untuk dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO--solat tahajud-
barangkali dari 191 ketua bahagian UMNO yang ada dan seada adanya ada, jika dibuat penyelidikan tidak sampai 10 peratus, yang menjadikan solat tahajud, sebagai amalan rutin, berbanding dengan Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat
"salah asuh atau salah didik" atau "salah apa", kita kurang tahu persis, yang jelas, salah siapakah jika mereka, "menggunakan jalur politiek untuk tiba-tiba menjadi kaya kaya" itu kesalahan politiek, secara moral, moral mereka"sudah tercalar" atau bagaimana ?
toh begitu, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan ? jika SPRM buat siasatan dan serah hasil siasatan kepada Parlimen terus, seperti yang dilakukan di negara hindustan India, ramai kalangan mereka akan terheret dan "terjebak kedalam" permainan "tidak enak ini"
sekian.
Jabatku
No comments:
Post a Comment