Tuesday, 3 May 2011

nik aziz, mahathir :personel touch, dan "mutual understanding"

Iklim, cuaca dan bumi Malaysia "semakin panas", begitu juga keadaan politik dan lanskap negara smakin panas, tidak sedikit isu-isu panas yang wujud dan terjadi, dibumi bertuah malaysia, semakin panas dan bertambah panas.keadaan ini disedari atau tidak , tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan Barisan Nasional, -B-N. malah undi kaum china, kommuniti china di negara ini dikatakan "ramai sudah berpihak kepada" kepada parti pembangkang. Kegagalan ini, diletakkan diatas batu kepala MCA kerana "gagal menjinakkan kommuniti china" supaya berpihak kepada MCA bukan sebaliknya.

menurut seorang penjual ubat, yang sudah 40 tahun menjual ubat,tradisional, herba dan akar kayu yang diambil dari bukit, hutan kawasan pedalaman, ulu kelantan, membuat anlaogi politik,  "manusia politik" persis seperti penjual ubat jalanan

Pas menjual Ubat, DAP menjual Ubat, PKR menjual ubat , UMNO menjual ubat, "ubat politik", soalnya pembeli adalah "rakyat', pembeli ubat mereka ialah "penggundi", penggundi yang berhak dan akan membuat pilihan "ubat politik" manakah yang akan mereka pilih. jika mereka memilih, "ubat pembangkang", itu pilihan mereka, jika mereka memilih "ubat kerajaan", itu juga pilihan mereka

soalnya, jika "ubat kerajaan tidak laku", meskipun pelbagai promosi, media arus perdana, media eletronik digunakan untuk berkempen suapaya "penggundi" membeli "ubat politik kerajaan", tapi masih juga "gagal" kepada siapakah "harus di persalahkan'

kalau dilihat dari aspek pemasaran, kesalahan tidak berada di pihak pemasaran, promosi sudah banyak diuat tapi tidak boleh jalan

mereka akan menyalahkan pihak R and D, justru menghasilkan ubat-ubat politik yang tidak sesuai " dengan selera politik, pembeli (penggundi ubat)"

ini akan ditolak R n D Department, kerana banyak sudah wang, berjuta-juta ringgit dibelanjakan, untuk menghasilkan "ubat politik terbaik di abad ini" tapi "tidak juga jalan"

soalnya, mereka akan menyalahkan "pembeli ubat" kerana "membeli ubat yang salah" dan membuat "pilihan politik yang salah", apakah sememangnya "begitu kebenarannya" ?

dan dalam PRU k13 nanti, pembeli ubat baru, penggundi baru, akan pula "membuat pilihan", apakah mereka akan membeli ubat politik parti pembangkang atau ubat politik kerajaan, masih menjadi pertanyaan politik yang sulit untuk dijawab

dalam PRU ke 12, belum lama ini, rakyat, pembeli ubat, lebih banyak membeli ubat-ubat politik pembangkang, sehinggakan pembangkang mampu menawan 5 negeri, Kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Puau Pinang

lalu, "siapakah haru dipersalahkan dan perlu di tuding jari". dalam pilihanraya ini, fakta politik menunjukkan dengan jelas, "ubat-ubat politik", parti pembangkang lebih "berjelira", dan pembeli ubat politik lebih selesa dan ingin mencuba ubat-ubat politik pembangkang. itu saja masalahnya

barangkali, ramai kalangan pemimpin UMNO, baik peringkat cawangan maupun Bahagian, tidak mengetahaui bahawa jauh dilubuk hati, Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamed, beliau lebih selesa dan "senang" Kelantan dibawah Pemerintahan Menteri Besar, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, alasanya, hanya mungkin beliau yang dapat memberi jawapan

Penulis Bersama TGNA
persoalan beliau berperang politik, berperang mulut dengan Datok Nik Aziz Nik Mat, dalam media, itu "perang cyber", perang politik, sebagai parti lawan politik, mereka harus "berperang" tapi "jauh dilubuk hati Tun Mahathir Mohamed, beliau, senang dan selesa,Kelantan dibawah pentadiran kerajaan PAS. Lagipun PAS, parti Islam, dan kelantan, dibawah pengurusan dan Pentadbiran tokoh ulama Islam, menjadikan Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, secara total dan integrated

sumber berita ini diperolehi dari kem bekas Perdana Menteri Malayis, Tun Ghaffar Baba (kini berada dialam barzakh, semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya)

perkembangan politik semasa hari ini, UMNO dikatakan terdesak dan ingin bekerjasama dengan PAS dalam soal politik. persoalannya, sepanjang pengamatan saya, tidak pernah ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, yang datang ke kelantan, melakukan lawatan resmi, kunjung hormat ke pejabat menteri besar Kelantan, sejak Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, memegajang jawatan Menteri Besar bermula 23 Oktober 1990

Dan juga tidak pernah ada "dikalangan mereka" yang datang ke masjid tok guru di pulau melaka, melawat sekolah pondok atau melakukan solat secara berjemaah di masjid tok guru.

Kenapakah keadaan sedemikian tidak berlaku ? apakah salahnya, jika "mereka bersifat "humble", merendah diri, menghormati Tok Guru, sebagai Menteri Besar, "pemilik kerajaan negeri kelantan" ?

Jika "mereka ikhlas" kenapa tidak saja diadakan "pertemuan ikhlas,tulus" diatas masjid, dirumah allah, di masjid pulau melaka ? atau bagaimana

yang aku tahu dan mengenali, Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz, beliau akan tetap menghormati tamu, dan akan lebih merasa gembira, jika ada  menteri pelajaran, datang melawat sekolah pondok, berdekatan dengan masjidnya di Pulau Melaka dan berbincang tentang 'kehidupan politik", kehidupan sesudah mati" dengan tuan guru Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

masa Tun Mahahtir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga pernah turun ke padang melawat Pondok Mahligai, Melor, ingin mengatakan kepada rakyat UMNO juga turut memperjuangkan Islam

Hari ini, sejak era Pak Lah lagi, beliau tidak pernah melawat pondok-pondok di kelantan, meskipun berteriak Islam Hadhari

dalam hal ini, baik Datuk Seri Mohd Najb Razak atau Tan Seri Muhyiddin Yassin, "perlu merenung", melihat kedalam diri sendiri, khususnya pada waktu malam, "tidak salahnya" mereka bersifat humble, -peribahasa melayu ada mengatakan, "ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya" atau bagaimana ?

Lawatan "mereka kekelantan" kali ini, perlu mengambil kira, pendapat umum ramai,"perlu menghormati" pemilik kerajaan negeri kelantan yang dipilih majoriti rakyat kelantan, jika "mereka ingin mensejuk dan menyejukkan keadaan politik dan peta politik negara justru dikatakan MCA "sudah gagal" atau akan "gagal membantu B-N" dalam Peru ke 13 ini, atau bagaimana ?
Sekian.titik
Jabatku

2 comments:

roshanilawatey said...

emm...sesuatu yang boleh dijadikan renungan bersama...suka bahagian ini "melihat ke dalam diri sendiri, khususnya pada waktu malam...."

sesungguhnya, tidak rugi jikalau kita muhasabah diri pada setiap kesempatan yang ada.

nikmahadi said...

terima kasih berat, ternyata u selalu melihat kedalam diri,pernah bermimpi "melihat the whole lot of you dalam mimpi ?

Post a Comment