Sunday, 1 May 2011

RAMALAN KEPUTUSAN PRU KE 13-: B-N ATAU BARISAN ALTERNATIF PILIHAN RAKYAT ?

Barangkali kerana tanah air memang bukan cuma sepotong geografi dan selintas sejarah.Barangkali kerana tanah air adalah juga sebuah panggilan. Mungkin kerana ia adalah sebuah idea yang tiap kali berseru, keras atau perlahan : suatu potensi yang minta diaktualisasikan,suatu impian yang minta dijelmakan dari waktu ke waktu.ketika kita bernyanyi bahawa"Indonesia adalah tanah yang mulia" kita bukannya tak sedar bahawa banyak yang tidak mulia disekitar kita. Tapi kita tak bisa menerima itu
"Bersyukurlah,"maka kata sipembaca surat di Pandeglang" tanah air ini belum ramai-ramai di tinggalkan
Catatan Pinggir 11 Maret 1978


Sengaja aku "memetik dari sekian banyak serpihan mutiara retak" yang terdapat dalam catatan pinggir untuk aku kaitkan dan relevansikan dengan 'apa yang ada di negara kita dan apa yang tidak mulia di negara mereka, negara abang kandung, dalam istilah sastera-"suatu pertanyaan "ngeri"--apakah memang "benar" sebegitu ? apakah memang benar "banyak benda-benda yang tak mulia" di negara kita, yang membuatkan parti membangkang mahukan suatu gerakan massa-: secara besar, besaran, menolak BN dalam PRU ke 13 dan memilih Barisan Alternatif-: sebagai pilihan tepat- apakah memang benar begitu "jalan penyelesaian politik di negara kita' yang sedang berkemban dan berkembang ini ?

Pun begitu, ada juga public opinion, yang dikutip berpendapat-: idea itu bukan cadangan "ampuh" justru BA belum mempunyai  a good track record memerintah negara berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional-BN, yang telah mempunyai track record berpuluh-puluh tahun "memerintah malaysia kita", apakah political assumption itu, wajib dan perlu diguna pakai, apabila tiba musim menggundi PRU ke 13 nanti ? Juga menjadi trauma politik, kepada penggundi pertama kali-: untuk membuat pilihan samaada memberi undi kepada calon BN atau calon BA atau membuat pilihan lain , ketiga : merosakkan kertas undi atau pilihan keempat-: tidak keluar  menggundi dan yang kelima hanya berdoa, menatap langit dan bakal menjadi saksi bisu, melihat kemungkinan kemungkinan politik yang bakal berlaku atau bagaimana ?

menurut ahli parlimen PKR Machang, Shaifudin Nasution, dianggarkan 2 hingga 3 juta, penggundi baru, golongan muda, bakal "memberikan undi" mereka kepada calon-calon Barisan Alternatif dalam PRU ke 13 ini, jika keadaan itu berlaku, hasrat dan aspirasi BA untuk memasuki dan menduduki Putrajaya, bukan suatu mitos atau dongeng politik disianghari kerana kategori penggundi kelas ini akan menjadi "undi penentu"samada BN atau BA, yang akan menguasai "peta politik dan lanskap politik negara ini
Berbicara mengenai PRU ke 13, ada ramai kalangan public opinion berpendapat, it is a high time for the malaysian to change and select a new goverment, on the other hand ada juga publik opini,berpendapat "masa tepat belum tiba untuk melakukan yang ini", bukan PRU ke 13 dan juga bukan PRU ke 14, tapi masa yang tepat-untuk berubah dan menggubah kerajaan  dalam PRU ke 15. apakah memang "benar begitu" ?

jika dilihat kepada ilmu numberology, angka 13 memang merupakan angka sial, angka tidak bernasib baik, malah bagi sesetengah mat salleh, angka 13,angka yang tidak menggundang keuntungan baik. dalam landsakp politik negara, apakah anga 13 angka membawa malapetaka kepada parti pembangkang atau kepada kerajaan B-N yang sudah lama memerintah-masih menjadi pertanyaan menggebu, ngeri dan sulit untuk dijawab seperti mee maggi segera

penentuan itu akan terjawab, apabila penggundi, "menerima secara majoriti"-panggilan- panggilan untuk terus membela BA dan menolak BN atau sebaliknya

bertolak dari titik kembang ini ,untuk menjatuhkan kerajaan BN, "kita, anda,ana-ana anta anta, anti anti dan mereka-mereka disana, perlu realistik dan rasioanl, perlu menyimak dan "melihat fakta dan figure" secara terperinci kerana "fact dan figures never lies"

dalam kajian ilmu sains politik, perlu melihat kepada "mood penggundi",samaada penggundi in the good mood, bad mood atau ugly mood
dalam PRU ke 12 lalu, BN memenangi 144 kerusi Parlimen, PKR 32 (kini menjadi 28 kerana ahli parlimen PKR telah "murtad politik", keluar PKR,) DAP 28 kerusi dan PAS 24 kerusi !

melihat kepada "statistik" itu, political strenght BN masih kuat,jika dicampuradukkan kesemua kerusi parti pembangkang ia akan mengeluarkan jumlah 80 kerusi. Ini bermakna kerusi diparlimen, BN 144 manakala pembangkang 80 kerusi pada detik ini

persoalan politik timbul, apakah pembangkang mempunyai kekuatan politik dan mampu melakukan kerja yang meletih dan melelahkan itu ?

ini bermakna, secara political strategy, pembangkang perlu mengekalkan "kerusi parlimen yang sedia ada" dan perlu dan wajib memenangi 70 lagi kerusi Parlimen dalam PRU ke 13, yang diramalkan, akan diadakan "bila-bila masa" dari sekarang, jika 'ingin menumbangkan" kerajaan BN yang sedia ada.

justru itu bertolak dari titik keras ini, penganalisa politik melihat, perlu ada isu-isu politik panas,isu isu nasional yang dapat memberikan discredit kepada kerajaan B-N, "gerakan massa" secara besar-besaran, seperti isu reformasi,pilihanraya umum28 November 1998, yang mengakibatkan "undi UMNO dikalangan penggundi melayu semakin merosot" atas alasan ingin membuat pembelaan poltik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan di"pecat secara kejam" oleh Tun Mahathir Mohamed !

dan pada pilihanraya umum lalu 2008, B-N banyak kehilangan kerusi parlimen, banyak kerusi parlimen BN jatuh dan terjatuh ketangan parti pembangkang dengan alasan, pelbagai alasan politik yang dikatakan tidak menyelerakan rakyat untuk menyokong B-N

alasan politik yang diketemukan, "ketidak cekapan Pak Lah, perdana menteri malaysia kelima,"memerintah dan mentadbir negara" yang menyebabkan beliau terpaksa menyerah kerusi perdana menteri kepada DatokSeri Mohd Najib secara terhormat, sebagaimana Tun Mahathir Mohamed, menyerahkan "kerusi itu juga" secara terhormat dan dihormati kepada Pak Lah.
\
dan setelah memerintah lebih dari tiga tahun, Datok Seri Mohd Najib, dikatakan berjaya memulihkan imej BN dan mampu semula mendapat "public confident" dari rakyat, khususnya penggundi PRU ke 13, untuk memberikan undi kepada calon-calon B-N.

apakah memang benar "begitu realiti politiknya", masih menjadi tanda tanya misteri. Bagaimana pula ceritanya jika keadaan bersuara lain.?

dalam hubungan ini pelbagai versi politik, mengenai tarikh sebenar PRU 13 akan diadakan. ada berkata ia akan diadakan pada bulan Jun ini, ada pendapat mengatakan ia akan diadakan selepas Ramadhan(Ogos), Bulan September PM akan bentang bajet, dan terus bubar Parlimen-: banyak inisatif untuk rakyat, memujuk dan membujuk rakyat agar tidak kecewa banyak dengan BN dan tetap memilih BN.

Toh begitu,aku lebih selesa meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2012, sekitar Januari dan Maret,2012

alasan yang diberikan, sepuluh good reasonable reason akan diberikan, but not now.

apapun yang jelas, ini perlu diketahui oleh kita yang bernama manusia, spesis haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, kita sentiasa bergerak dari satu detik kesatu detik,dan apabila tiba masanya, yang jelas dan pasti, anak perdana menteri kedua, Datok Seri Mohd Najib Razak, akan menggumumkan, "hari ini parlimen dibubarkan" dan "penggundi yang berhak menggundi", penggundi yang sudah lama "gatal tangan akan membuat pilihan mereka manakala penggundi yang tidak gatal tangan, juga akan membuat pilihan politik mereka

lalu, keputusuan muktamad samaada BN akan kekal memerintah atau Barisan Alternatif akan berpesta menuju ke Putrajaya, hanya akan di umumkan SPR, pada pertengaan malam itu

bagi golongan marhain, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagi pengemis, penarik beca,penjual buah, pemandu kereta sapu, pendatang tanpa izin, buruh, ibu tunggal, "penjual daging ramah"-yang makan siangnya belum tentu "kenyang"-cukup atau tidak cukup--barangkali--"itu-itu semua "tidak mempunyai sejumlah "makna"

yang bermakna, bagi golongan yang luka,duka,pedih dan perit ini,mereka mahukan "sekeping harapan, sekeping kertas yang dapat digunakan untuk "membeli", membasuh luka semalam

Sekian.titik
Jabatku

No comments:

Post a Comment