Sunday, 15 May 2011

Ladang Rakyat-Ombak, memorandum - setiausaha politik menteri besar- nostalga -Ibrahim Ali

sekumpulan anak muda, berdarah muda, memakai baju merah, mengikat kepala dengan kain merah, berhimpun di hadapan kota Darul naim, bermula jam 9 pagi menyerahkan memorandum, menggesa kerajaan negeri menyediakan laporan "Kertas Puteh"- mengenai isu Ladang Rakyat, yang dikatakan berlaku hanky panky dalam penyerahan kuasa kepada syarikat swasta, bukan bumiputra, bagi menggusahakan ladang itu

meskipun bertopengkan, OMBAK- Orang Muda Bersepada Anti Korupsi, Ketuanya, Anuar Sepian,yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, rakyat umum mengetahui, UMNO dibelakang tabir pergerakan itu

ini terbukti terdapat ramai ketua pemuda UMNO Negeri semua bahagian hadir dan turut memaskai baju merah, bersama ahli kumpulan itu, berarak menuju kepintu masuk kota darulnaim tapi dihalang pasukan keselamatan yang sejak dari pagi berkawal disitu

sebelum menyerahkan memorandum, terdapat beberapa ahli OMBAK, berpidato dan memaki hamun pimpinan kerajaan PAS yang dikatakan turut terbabit dan bertanggungjawab dalam penyalahgunaan kuasa dalam isu itu

selepas itu, mereka beramai-ramai berarak kedepan pintu  dan ada kalangan mereka berteriak supaya mereka dibenarkan masuk kekota darulnaim

disebabkan itu semua , orkestra politik UMNO dan telahpun dirancang dengan rapi, crowd itu, dapat dikawal tapi satu insiden yang tidak sepatut berlaku, berlaku, setiausaha dewan, speaker, ahli dewan undangan negeri ,ADUN kelaburan,Tumpat, bekas ketua pemuda PAS, yang menemani setiausaha politik MB, Wan Nik Wan Yussof, bagi menerima memorandum itu,di"tendang" tapi kejadian itu tidak sempat dirakam jurugamabar yang hadir, kerana ianya berlaku terlalu cepat

Bagaimanapun keadaan itu dapat dikawal apabila campurtangan pengawal keselamatan, yang sudah ditugaskan mengawal keamaan.

Demonstrasi aman berjalan dengan baik, cuma ada beberapa teriakan suara yang mahukan kerajaan negeri pimpinan PAS ditumbangkan dengan kadar segera

banyak banner yang dibawa mengutuk kerajaan PAS kerana bersikap zalim dan merampas tanah rakyat, khusunya dikawasan pedalaman untuk dijadikan Ladang Rakyat


dalam intervies dengan pihak media, Anuar Sepian, mahukan kerajaan negeri menyediakan kertas puteh manakala Ketua Pmedua PAS, Haji AbdulLatif Abdul Rahman, berpendapat itu tidak perlu dilakukan kerana semua soalan yang dikemukana wakil rakyat B-N telahpun dijawab dalam setiap kali persidandang dewan undanga negeri

perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 11.30 pagi.

persoalan yang ditimbulkan, pengamat politik tempatan, perhimpunan itu akan menjadi grand, besar dan bertambah besar jika ianya dilakukan Datuk Paduka Ibrahim Ali, yang dikenali sebagai social-engineer

berdasarkan siasatan yang dilakukan, pemuda yang hadir dalam perhimpunan itu, mendapat "durian runtuh", sedikit habuan, kertas yang dapat digunakan untuk "membeli", tapi tidak dinyatakan jumlahnya

dalam konteks ini, Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob, telahpun memberi penjelasan dengan perinci mengenai isu Ladang Rakyat didalam akhbar Sinar Harian dibawah ADVERT kolom yang bermakna kerajaan negeri terpaksa membayar sejumlah wang bagi laporan itu

tindakan itu wajar kerana, media arus perdana dikatakan tidak memberi clear picture, gambaran sebenar mengenai isu Ladang Rakyat

katanya, kerajaan negeri tidak pernah merampas "tanah rakyat" sebaliknya membela rakyat dengan cara, menyertai skim Ladang Rakyat dimana mereka mendapat dividen rm200 - rm300 setiap bulan.

usaha itu, katanya, dilakukan untuk "membela rakyat" bukannya untuk "memeras dan menyiksa" rakyat sebagaimana yang didakwa pihak tertentu yang dipercayai mempunyai motif politik

katanya, sewaktu mengadakan perbincangan peringkat awal, semua peserta bersetuju dengan konsep ladang rakyat, mereka mendapat dividen rm 200-rm300 sebulan, dari syarikat yang menggusahakan ladang mereka

tapi pada saat akhir, ada satu kumpulan lain, yang mendakwa mereka juga mempunyai hak atas tanah ladang rakyat, dipercayai pihak tertentu yang membuat keadaan menjadi kelam kabut

katanya, kerajaan negeri dalam kes isu ladang rakyat, mempunyai "perjanjian" dan tidak pernah merampas tanah rakyat

persoalan syarikat swasta bukan yang mendapat kelulusan menggusahakan ladang itutidak  timbul kerana mereka telah berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri, sebelum diberi kebenaran menggusahakan ladang itu

dalam hal ini, menurut neutral man, OMBAK tidak perlu mensensasi dan "memanaskan isu  itu" kerana apa yang dilakukan kerajaan negeri mengikut prosedur undang-undang

Ianya sudah terjawab dalam laporan Sinar Harian, beberapa hari lepas

jika mempunyai bukti, berlaku penyelewengan, laporkan kepada SPRM dengan kadar segera dan SPRM tentu saja akan bertindak, dakwa neutral man itu

jika tidak bertindak, OMBAK perlu berhimpun beramai-ramai di pejabat SPRM Kota Bharu bukannya dihadapan kota darul naim, sebagaimana yang dilakukan "sebentar" tadi

menurut seorang vetern UMNO yang ennggan nama diquotekan berkata, jika Datuk Paduka Ibrahim Ali diberi kuasa dan tuga untuk "melakukan penyerahan memorandum", bukan satu ribu, yang keluar, malah akan berlaku "traffik jam" seluruh bandar kota bharu

silap-silap hari bulan, kemungkinan MAGERAN kali kedua akan berlaku di kelantan jika Adi Jagat, Datuk Paduka Ibrahim Ali, turun padang dan bermain silat politek untuk kesekian kali

tapi nasib sudah bersuara lain, Ibrahim Ali hari ini, bukan sosok tubuh Ibrahim Ali, 40 tahun lampau. Ibrahim Ali hari ini sudah terlalu"tua" untuk melakukan "aksi-aksi orang muda tapi meski pun tua, "semangatnya masih muda"

dimanakah rahsia dan kehebatan Datuk Paduka Ibrahim Ali dalam "kerja-kerja NGO seperti inii", tanyalah pada rumput yang bergoyang dan pada angin yang tidak pernah letih untuk mendesir dan pada langit yang tidak bertiang--anda akan menemukan jawapannya--

Ibrahim Ali adalah antara sekian banyak ribuan, pemuda yang turut bertanggungjawab, berhimpun, berpidato pada demostarasi 1977, sehingga menjuruskan wujudnya MAGERAN dan menghala kepada kejatuhan kerajaan PAS selepas itu

sekian.titik
Jabatku

1 comment:

roshanilawatey said...

Salam Nik,

Beginilah nasib negeri yang dighetoh oleh pembangkang. Akan ada "tangan-tangan ghaib' yang 'pemurah' dan 'sudi' tolong dari belakang dalam apa segi sekalipun, lebih-lebih lagi dengan menabur kertas warna yang amat bernilai itu....!

Sebaliknya, jika dipihak yang satu lagi, sekiranya ada apa-apa keputusan yang tidak menguntungkan dan tidak memihak kepada rakyat terbanyak, semuanya itu boleh di'switch-off' daripada digembar-gemburkan di media massa... perlu akur dan patuh... jika tidak...lu pikirlah sendiri...!

Alahai, beginilah "citra" tanah airku yang tercinta, kini...

sekadar memerhati dari jauh....

Post a Comment