Friday, 6 May 2011

filem hindustan, thailand, kita, bola se dan matpoklong dari jertih,terengganu

Namanya MatPoklong,75 tahun, asal Jertih dan menetap di Jertih.Masa muda, pernah bermain bola sepak bersama Abdah Alif, Wan Zawawi, -Irfan Baki(semasa dalam berkhidmat dalam tentera)-,beliau mendakwa masa muda, beliau "Star" bola sepak jajahan Jertih.Tiga Piala Bola sepak dibawa pulang ke Jertih.Piala apa aku tidak tanya,alasan kesuntukan waktu

pagi tadi, semasa pulang dari pasar basah, machang, melewati kg padang selising,aku terlihat seorang lelaki, menunggu kereta, dia memberi signal untuk menaiki kereta aku, dia fikir(barangkali) kereta aku, kereta sapu,sebab keadaan dan bentuk kereta, aku macam kereta sapu

setelah menaiki kereta, aku bertanya kemana beliau hendak pergi, di kata nak pergi keuitm untuk sewa kereta, aku aku kebetulan,rumah aku dibelakang uitm.

masa muda, ketika berusia,18 tahun, beliau bekerja dengan pemilik panggung Rex di Jertih. Gaji pada waktu itu, RM2 satu hari.ketika itu awal tahun 60an

Pemilik panggung wayang pada waktu itu, membuat keuntungan besar dan lumayan,khususnya apabila "menayangkan filem-filem hindustan box-office".

katanya, filem-filem hindustan box office pada waktu itu dibawa masuk, diseludup dari Sungai Golok, menerusi pekan Rantau Panjang.

Filem yang ditayangkan dipanggung tempat beliau bekerja "tidak pernah di tayangkan di mana-mana pawagam termasuk pawagam di KL,Ipoh dan Penang"

kehebatan pemilik panggungwayang itu, beliau "network" dengan orang filem di Thailand dan di Singapura

Justru itu,subtitile dalam bahasa Thai, terpaksa dibuang bagi menunjukkan "keaslian filem itu"

Meskipun bergaji RM2 satu hari, tapi pada waktu itu pendapatan sebanyak itu sudah wajar dikatakan mewah.

katanya, apabila wayang menayangkan filem hindustanm tiga show secara berterusan, satu malam pemilik panggung memperoleh keuntungan rm2,000 - 3,000 pada satu malam. Jumlah itu,pada awal tahun 1960an amat besar

harga tiket, 50 sen hingga seringgit

selain di Panggung Rex Jertih, taukehnya juga menayangkan filem-filem hindustan di kuala besar, Besut. Pada waktu itu, penonton, golongan nelayan hanya duduk bersila atas pasir, menontan filem hindustan diatas layar besar

sambutan terhadap filem-filem hindustan pada waktu itu memberangsang dan menggalakkan.

justru itu beliau bekerja hampir 11 tahun, sebelum menyertai anggkatan tentera darat, kini sudah pencen dan masih sihat tubuh badan, beliau mempunyai kenalan ramai "tokseh-tok seh" di pekan sungai golok

jika filem hindustan ditayangkan dikuala besar, nelayan akan turun menangkap ikan setelah ketiga-tiga show itu jam 11.30 malam

seleepas itu, mereka turun ke laut, menangkap ikan beramai-ramai

antara nama yang disebut Jamal (bekas pemain bolasepak terkemuka di pekan sg golok), Abdul Razak Abbas-pemilik panggung rex di rantau panjang dan pernah didakwa menyelak kain kepada Puteri UMNO sewaktu pilihanraya kecil di Lunas dan di dakwa dimahkamah,kemudian dibebaskan "kerana" pendakwara gagal membuktikan "wujudnya kes prima facie", kini masih menetap dirantau panjang

bagi masyarakat India, filem hindustan, yang ditayangkan dipawagam di negara nmereka bukan sekadar filem,ia merupakan "cermin diri", refelseksi kehidupan masyaakat sana

filem-filem yang dihasilkanm bertemakan nilai-nilai sosial sedia ada, memaparkan kemiskinan golongan marhain, anak lelaki bercinta dengan perempuan , anak orang kaya, tak dapat restu, nekad "kahwin lari", dan bla..bla...bla..

bagaimana dengan filem-filem tempatan kita hari ini, apakah ia sudah "terpesong dan terpelanting jauh"
dan gagal,"menyentuh sanubari" masyarakat banyak atau bagaimana

Orang Filem,seorang pensyarah universiti tempatan, sempat "menggegar" dan mengegerkan dunia perfilem kita, suatu waktu tidak berjarak dulu, apabila mengatakan filem-filem yang dihasilkan pada waktu itu "stupid filem"

apakah kini, filem-filem kita yang dihasilkan "sudah tidak lagi mempunyai elemen dan nilai-nilai "stupidity" masih menjadi tanda tanya besar

sekian.titik
jabatku

3 comments:

Anonymous said...

salam,
satu perjalanan tulisan yg menarik, jika kita boleh mengabaikan kesilapan ejaan.

nikmahadi said...

terima kasih utk komen saudara /saudari.

nikmahadi said...

otak kosong, terima kasih untuk kesekian kali,anda saya percaya, mempunyai "otak yang tidak kosong",anda manusia berjiwa besar, anda mmpunyai otak yang tidak sama dengan spesis manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin-yang lain-untuk kesekian kali--terima kasih berat.titik

Post a Comment