Sunday, 12 June 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim : apa yang kau cari sebegitu jauh ?



Seks, politiek, kita dan Anwar Ibrahim. apabila isu ini digeger dan digegarkan,isu video seks, ramai orang confused ? ada yang mengakan, "imej itu sama" ada yang kata tidak, ada yang kata nampak macam "dia" ada yang kata tidak nampak macam dia

dan apabila "ini" dipolitikkan, anwar ibrahim, bersahaja sahaja, tidak melakukan sumpah laknat dan tidak berbuat apa-apa untuk "membersihkan namanya"-ada kata-untuk apa dibersihkan- kerana tidak ada apa yang ingin dibersihkan-"dia" suci, bersih dan sakral-

ada juga mengatakan jika "video itu benar-benar dia" kenapa tidak saja disebarkan sebagaimana kes Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek, yang "nampak dengan jelas" sosok badan tubuh beliau, yang berbuat itu itu dan berbuat ini ini, sebagaimana lazimnya kita yang "bernama suami dan isteri", cuma kesilapan Chua Soi Lek, melakukan "illicit sexual intercouse"

anehnya komuniti china dapat menerima dan "memaafkannya" sehingga beliau membuat coming back, menjadi Presiden MCA sampai detik ini

barangkali, bukan barangkali, ahli MCA, perwakilan MCA, melihat perbuatan Chua Soi Lek itu, private matter, private affairs, tidak boleh di"campuradukkan dengan politik"

bagaimana agaknya "kita bangsa melayu" meniru perspektif itu, apakah justru kita bangsa melayu merasa hebat menjadi bangsa melayu ?

dimanakah hebatnya bangsa melayu jika "ekonomi masih dikuasai kaum china"? Untuk membeli "jarum" pun terpaksa import dari China ?
Sekian. titik
Jabatku



Final Majlis Tilawah Al-Quran Kanak2 Peringkat antarabangsa di Doha, Qatar

Adek Nurussahaah Taqiah, NurunNajmi,12 tahun, pelajar tahun 6 sekolah kebangsaan Lubuk Kawah Besut, berjaya mewakili malaysia keperingkat antarabangsa Tilawah Al-Quran yang akand diadakan di Doha, Qatar.
masalahnya, meskipun mewakili Malaysia, kerajaan negeri terengan peliganu "tidak memberi apa-apa "bantuan dan sumbangan".

itu yang aneh dan peliknya,semua perbelanjaan pelajar ini, bersama bapa ditanggung kerajaan Qatar, tetapi perbelanjaan ibunya tidak ditanggung.

adik ini, mengidap penyakit resdung dan paruparu menguncup sebelah. difahamkan, menerusi jabatan pendidikan, sudah dikemukakan permohonan,mohon bantuan menteri besar terangganu, untuk membiayai kos penerbangan ibu adik ini, tapi sehingga kini, tidak mendapat apa-apa jawapan.

adik ini akan berlepas ke Qatar pada 19 Jun ini, tapi menteri besar terengganu, datok mohd said dikatakan tidak berbuat banyak membantu. ada pendapat mengatakan, kemungkinan "berita ini" tidak sampai kepada beliau

setiausaha akhbarnya, rosli zakaria, ketika dihubungi dikatakan "tidak dimaklumkan". semoga rakan-rakan membaca berita ini, agar memaklumkan kepada MB Terengganu dengan kadar segera. adik ini "kesuntukan masa" untuk membaw ibunya bersama.

sekian. titik.

jabatku

Friday, 10 June 2011

PRU 13 : Umno nekad tawan kelantan ?-Datok Ismail Mamat

Datok Ismail Mamat,sebuah nama yang besar dalam peta politiek UMNO Bhgn Machang,dulu ketua Bahagian, kini "bersara", telah mencipta rekod,apabila membunuh karier politik Tan Seri Dollah Ahmad, bekas setiausaha Politik, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak

sebelum itu,Tan Seri Dolah Ahmad, menjawat jawatan UMNO Ketua Bahagian Kok Lanas,apabila berlaku pemecahan sempadan,Bahagian Kok Lanas dimasukkan kedalam bahagian Machang, tidak cukup kuat untuk melawan,Datok Ismail Mamat, beliau "turun tidak bertangga" dari senario politik UMNO Bahagian Machang

Datok Ismail Mamat, memang mempunyai pengaruh kuat dibahagian akar umbi,UMNO Machang.Tidak ada satu pun Ketua Bahagian UMNO yang ada dikelantan dapat menyaigi "kehebatan Datok Will". Beliau berjaya menjadikan UMNO Machang "sebagai harta pusaka", apabila beliau berjaya menjadikan isterinya sebagai Ketua Wanita UMNO Bhgn Machang, Datin Rahimah,kini Ketua Wanita UMNO Negeri dan berjaya meletakkan anak lelakinya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Machang, menggantikan bekas setiausah parlimen,Datok Sazmi Miah

beliau meramalkan dalam PRU ke 13,UMNO dibawah kepimpinan Tok Pa,mampu melakukan kerja besar, menggembalikan semula zaman kegemilangan UMNO di kelantan. "Tokpa is a silent killer", katanya.

pilihanraya 2004,Tok Pa, nyaris merampas kuasa politik dari Pas,apabila UMNO mampu menang 21 kerusi DUN dan Pas menang 24 kerusi DUN

sehingga kini, UMNO katanya sudah berjaya,dalam genggaman tangan 15 kerusi, UMNO cuma perlu 8 kerusi lagi,untuk "menewaskan PAS" dalam pilihanraya kali ini.

sejauh mana benar, ramalan politiek Datok Will ini, kita hanya perlu tunggu dan lihat.
sekian.Titik.
Jabatku

Thursday, 9 June 2011

pintu muzakarah-tertutup rapat-UMNO tidak perlu menagih dan merintih

Kemenangan Mohamed anak lelaki Sabu, Timbalan Presiden PAS,memberikan tamparan hebat kepada UMNO. Legacy Armada, Perang PAS,sudah bersiap sedia untuk bertempur dan menggembur UMNO dan komradenya dalam PRU ke 13, yang bakal menjelang belum lama lagi. Persiapan Pesta Kematian UMNO dan komradenya barangkali sudah dipersiapkan. Pesta Talkin, UMNO, pinjam istilah penulis politik,Syed Hussein Al-Attas, sudah siapsiaga dan Barisan Alternatif, B-A, sudah bersiap sedia untuk memasuki Putrajaya sedikit waktu lagi.

sebegitu "gampang dan semudahkah" itu set senario politik negara kita akan berlaku ? Yang jelas, Timbalan Presiden PAS, yang baru, yang pernah di"lesukan urat-urat kelamin politik" justru pernah dikuarantinkan dibawah ISA, bukan sosok tubuh, yang bermain "ciku-cap", main tikus dan kucing-kucingan, seperti Nasharudin Mat Isa-lakukan-dengan pemimpin UMNO--,Mohamed anak lelaki Sabu-dalam kenyataan akhbarnya hari ini, melontarkan pertanyaan kepada UMNO, kenapa parti itu pada waktu kuat enggan berbaik dengan PAS dan tidak sedikit pun "berbicara pasal perpaduan bangsa melayu"

yang jelas, mesej yang ingin disampaikan Mohamed Sabu, UMNO tidak perlu bermimpi untuk berbaik dan bermuzakarah dengan PAS, justru PAS bersama DAP dan PKR sudah siap untuk "bertempur" dalam PRU ke 13 nanti

dengan lain perkataan, Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu yakin, dalam PRU ke 13 nanti, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, selain menggekalkan kemenangan 80 kerusi Parlimen yang sedia ada, B.A mampu dan konfiden dapat menambah serta memenangi 70 lagi kerusi Parlimen dalam PRU ke 13. jika begitu sifir politiknya, Barisan Alternatif,B.A mempunyai 150 kerusi diParlimen dan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada BA untuk menuju keputra jaya dan "memerintah malaysia", menurut acuan dan "selera seks politik" Barisan Alternatif

Kini BN mempunyai 144 kerusi di Parlimen dan dapat membentuk kerajaan dan memerintah Malaysia seada dan semaunya

Pemimpin datang, pemimpin pergi.pemimpin politik dilantik oleh "suara rakyat, kuasa rakyat", kuasa menggundi, pemimpin dilantik oleh rakyat, manakala rakyat tidak dilantik oleh pemimpin, justru "hak rakyat" kuasa rakyat yang bakal menentukan "pemimpin politik mana yang bakal tersungkur" dan pemimpin politik mana, yang bakal dinobatkan pemimpin baru

untuk itu, kita tunggu dan lihat, bukankah pada akhirnya, politiek adalah suatu permainan "sandiwara" yang enak dan asyik untuk di tonton, bukankah ?

Sekian. titik

jabatku

Wednesday, 8 June 2011

Kenapa Husham Musa tidak dapat menjadi Menteri Besar ?

menurut wartawan akhbar berbahasa China,yang sudah 20 tahun, berkhidmat dikota Bharu, yang enggan namanya disiarkan, berkata, PAS kelantan kini berada dalam keadaan tidak stabil, justru ada du golongan, golongan professional dan ulama. ada dua tokoh yang disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar ,sekiranya Tok Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak lagi menduduki kerusi itu

Nama yang disebut itu ialah Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob dan Exco, Nik Amar Nik Abdullah, bagaimana dengan nama Husham ? Nama beliau tidak ada dalam senarai, kerana nama beliau tidak populer dikalagan exco dan pemimpin Pas, golongan ulama

berita terbaru itu tidak mengapa, kerana Husham pada kali ini dikatakan  akan bertanding di kerusi Parlimen tidak lagi kerusi dewam undangan negeri, selaras dengan jawatan yang baru dipegang, Naib Presiden PAS

Pemimpin seperti beliau, harus berada didalam Parlimen kerana "otal bergeliga" beliau sepatutnya membahaskan isu-isu nasiona dan internasional

menurut, ketua penerangan Pas Kelantan, ADUN Pas, Bukit Tuku,Abdul Fatah Harun, dalam sejarah politik Pas kelantan, belum pernah ada "timbalan menteri besar" menjadi Menteri Besar

jika begitulah sifir politiknya, nama Datok Ahmad Yacob akan tercicir dan kerusi MB akan menjadi milik Nik Amar Nik Abdullah

pun begitu, kalau mengikut undang-undang batang tubuh kerajaan negeri kelantan, "kuasa mutlak" melantik menteri besar, terletak ditangan "sultan"

untuk menjadi menteri besar, "mesti mendapat consent" pihak istana, jika tidak, tidak dapat menteri besar

dari satu sisi, mengikut ahli pas, untung "apanya" menjadi menteri besar ? lagi banyak soalan yang akan dijawab menteri besar di padang masyar kelak

"Menjadi menteri besar PAS, bukan seperti menjadi menteri besar BN, peluang besar untuk mencari duit dan mendapat kekayaan lewat jalur politiek,"katanya serius.

Benarkah "begitu"? Bagaimanapula dengan exco pas kelantan yang mendadak "kaya" ?
Sekian. Titik

Jabatku

impak politik, Mohamed anak lelaki Sabu dan Husham Musa : Orang kuat Pas

Barangkali ramai kalangan penikmat dan pencandu politiek UMNO, yang tidak mengetahui impak politik, kemenangan dua tokoh PAS, itu menduduki "kerusi penting pucuk pimpinan PAS". Yang jelas, "pintu muzakarah",apapun alasan yang diberikan "waima"-perpaduan bangsa melayu- "pintu muzakarah akan tetap tertutup"

Hendak juga bermuzakarah, UMNO perlu berusaha menjadikan al-quran dan hadis sebagai asas perlembangaan,pinda perlembagaan yang sedia,itu syarat yang ditetapkan Mursyidul Am, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husham Musa akan meneruskan hasrat dan aspirasi, mentor politiknya itu. Ramai kalangan UMNO tertanya-tanya dimana terletak kehebatan Husham Musa bermain dan bersilat politiek. kehebatannya, Tun Mahathir Mohamed, pernah "mengkagumi" otak geliga Husham Musa,ketika berbahas di Parlimen.Husham Musa, berhujjah "berdasarkan "fakta dan figure", dia banyak membuat "penyelidikan" berbanding dengan ahli parlimen Pas yang lain

Datok Nik Abdul Aziz sendiri pernah memuji Husham Musa didepan aku dan media arus perdana lain, suatu waktu tidak berjarak dulu mengenai "kehebatan husham", yang katanya suka "membaca dan membuat penyelidikan"

justru itu beliau pantas menjadi "blue eyes boys" Tok Guru..

Kehebatan lain, beliau yang mengurus anak tok guru, nik adli, yang ditahan dibawah ISA, dibawa kembali, melawat Datok Nik Aziz, yang terkena serangan "sakit jantung" dulu ketika dirawat dihospital swasta, suatu waktu tidak berjarak dulu.

kehebatan lain, sewaktu aku berada di pejabatnya sebelum PRU ke 12, beliau sempat memberitahu aku, dalam Pru ke 12, nanti negeri selangor, perak, kedah dan P.Pinang akan jatuh ke"tangan pembangkang". aku hanya terkesima,dan menggangkuk kaku

hubungan aku dengan beliau harmonis,damai dan ok,justru banyak berita , yang membabitkan beliau dan dimuatkan dalam Buletin Utama TV3

malah sebelum cameraman, memulakan rakaman "kami sempat" berbincang, tentang apa yang bakal beliau ucapkan.

kini, sudah lama kami tidak berhubungan kerana aku sudah tidak lagi berkhidmat dengan TV3,apapun he is a smart politician, blue eyes boy,Tok Guru Nik Aziz dan yang mencelakakan, berdasarkan sumber dalaman Pas, ramai kalangan exco yang tidak menyukai beliau, khususnya golongan agama. apakah benar cerita politik itu aku tidak tahu persis, yang jelas menurut sumber dalaman Pas, peluang beliau untuk menduduki "kerusi MB", amat tipis kerana......ah ...apapun alasannya ....aku kurang tahu persis, yang aku tahu jelas, beliaulah pemimpin PAS, yang meneruskan perjuangan Tun Mahahtir Mohamed,mencipta dirham dan dinar emas dan kini ianya di praktiskan di kelantan.

Husham sudah dapat membaca gagasan dan pemikiran Tun Mahathir, yang "mahukan" setiap negara arab, negara Islam, yang mempunyai "emas hitam", berurusan dengan berurusniaga" dengan negara-negara barat, pembeli minyak menggunakan "emas",bukan US Dollar

bayangkan jika idea dan gagasan ini disambut negara-negara arab, pengeluar minyak, yang barangkali tidak terlalu salah untuk dikatakan "tolol dan lebih totol dari itu", sudah tentu US DOLLAR akan "crush dan crash"dan "merudum"(kini sedang merudum)  tapi yang memedihkan, pak-arab, pak arab, pengeluar minyak ini, menggunakan perkhidmatan Financial Controller,berbangsa Yahudi malah, banyak dikalangan mereka menggunakan perkhidmatan bank dan menyimpan wang mereka di bank-bank negara barat, yang secara halus turut membantu instituasi kewangan negara-negara barat dan membantu sistem perbankan dan ekonomi negara barat


Sekian. Titik
jabatku

Tuesday, 7 June 2011

syura, tabligh kelantan, passed away

Hari ini, komuniti Tabligh di kelantan, berduka berikutan "kemangkatan" ustaz Hassan, syura kelantan, yang menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, tadi. Sembahyang Jenayazah dilakukan di masjid Al-Qudus, Kg Paya Rambai, Kota Bharu, semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Difahamkan Markas Seri petaling turut menghantar wakil.

Monday, 6 June 2011

marah dan marah-marah, politik dan melayu

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda kepada Muawiyah,"Wahai Muawiyah,jauhkanlah oleh mu akan sifat amarah,kerana amarah itu dapat merosakkan iman seseorang,sbgmn jadam yang pahit merosakkan madu yang manis,".

lalu, bagaimana dengan "kita yang bernama bangsa melayu" ? apakah wajar sebagai bangsa melayu "kita saling marah dan memarahi satu sama lain justru berlainan fahaman politiek. Bila tiba PRU ke 13 nanti, penyokong parti Pas akan  memarahi, penyokong UMNO, begitu sebaliknya. dan dikalangan pemimpin Pas, khususnya Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad anak lelaki Sabu, yang pernah digelarkan "ayam tambatan PAS" akan tetap meneruskan "ceramah-cermah politik" memaki hamun pemimpin UMNO dan mengeluarkan kenyataan yang pedas dan pedih-: mengkritik kerajaan BN dan memaki pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa", meraih kekayaan pribadi lewat platform politiek- akan tetap diteruskan seperti hari-hari kemarin, masih menjadi tanda tanya ?

yang jelas dan pasti, ceramah politiek, Mohamed anak lelaki Sabu, akan mendapat sambutan banyak dari penyokong-penyokong Pas dan ingin mendengar cerita penyelewenga pemimpin UMNO, Mohamed anak lelaki Sabu, akan memberi jawapan, apabila tiba masanya nanti-

persoalan politiek timbul, sampai kapankan PAS akan tetap memarahi UMNO dan UMNO akan tetap memarahi PAS ? sampai kiamat ? soalnya, itu semua adalah "kejayaan Barat menjahanam dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini ! Impak politieknya, ia akan melemahkan "kekuatan politiek umat Islam, bangsa melayu di negara ini

dan bagi golongan intelektual Islam, yang tidak bermain politiek, baik UMNO maupun PAS atas sebab-sebab tertentu, "melihat" perlu ada "ruang bagi kedua-dua parti politiek,mewakili bangsa melayu" di negara ini, "duduk satu meja",perbincangan secara sulit, tertutup", mencari titik natijah kearah itu

dan jika Pas melihat, pucuk pimpinan UMNO terlalu jahil dalam persoalan ini,sudah menjadi tanggungjawab mereka "mendakwah dan menang doakan" mereka jahil ini, agar di beri "hidayat" semoga mereka ini menerima "kebenaran Islam" sebagaimana yang mereka "dengungkan selama ini"Dan bagi Mohamed anak lelaki Sabu-Timbalan Presiden PAS, yang baru menduduki kerusi nombor ini-apakah beliau "mampu berbuat bukan sesuatu yang baru", bukan sesuatu yang lama, sesuatu yang "lain" untuk menggubah "imej politiek Pas", ianya masih menjadi tanda tanya

yang jelas, orang yang berada dikerusi nombor 2, khususnya, dalam bidang politieik, tidak akan selalu selesa kerana "mereka harus menjadi yesman" kepad orang nombor satu, sebagaimana tidak selesanya Tan Seri Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim--terhadap Tun Mahahtir Mohamed.

dan Mohamed Sabu, yang jelas akan tetap menjadi "yesman" kerana orang nombor dua "tidak ada kuasa banyak" jika mahu duduk lebih lama di kerusi itu, jika tidak beliau harus mencapar kerusi no 1, jika beliau ingin menjadikan PAS, sebagaimana yang ada dalam kotak dan pemikiran beliau

sekian.titik

Jabatku

Sunday, 5 June 2011

Mat SABU-pAS DAN CARCA merba,2 tahun lagi Presiden Pas

 "

PAS kini, sudah menjadi parti carca merba, apabila mohd sabu, bekas ahli parlimen, pas kubang kerian, sebelum ahli parlimen, kawasan tan seri annuar musa, nilam puri,terpilih dan dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS, menewaska penyandang, Nasharudin Mat Isa,.Nasharudin yang kalah hari ini, diramalkan akan kalah dlm pru ke 13, bertanding mempertahanakan kerusi parlimen bachok, kawasan awang adek hussein

alasan nasarudin akan kalah, kerana orang-orang pas bachok, pemimpin-pemimpin PAS Bachok, yang telah berjuang dalam Pas, juga ingin menjadi wakil rakyat

"tolol sangatkah pemimpin PAS Bachok sehingga terpaksa "ambil orang luar jadi wakil rakyat" ?
kata, ahli pas cawangan bachok, yang enggan namanya disiarkana

nasharudin, akan kalah kerana orang pas bacok sendiri akan kerat dia lagipun beliau tak kerja kuat membantu dan membela akyar bachok

"cuma pandai, ana anta, anta ana", kedekut, bakhil," itu membuatkan rakyat miskin tak suka dia

"gaji beribu-ribu, nak beri bantuan ke orang miskin, kedekut," kata penyokong pas sendiri

"kata nak berjuang, perjuangan Islam, Nabi ,sahabat nabi, "habis harta" tapi "mamat ni" kedekut, bakhil, padanmuka dia kalah," kata ahli pas, kawasan bacok

berdasarkan laporan diterima, "mamat" ini juga tidak mempunyai "hubungan baik" dengan orang -orang kuat Pas kawasan Bachok

"dia jadi calun pas kawasan bachok dulu, pasal tok guru, kalau orang lain,"lama dah kena beta, tapi kali ni kalau nama dia naik lagi, "Pas Bachok" akan "tolak dia", kata hali pas bachok.


Mat Sabu dulu bertanding parlimen di kelantan, setelah di"halau keluar" dari kelantan, oleh pemimpin Pas sendiri, bertanding di luar kelantan, "makan batu"-

dikalangan pucuk pimpinan Pas kelantan, amalan "membenarkan orang luar bertanding dibumi kelantan"sudah tidak digemari

"Tidak cerdikkah pemimpin Pas kelantan, sehingga memerlukan "orang luar bertanding" serga ahli pas

"bukan apa-apa mereka semua, manusia, sama seperti UMNO, "guna politik untuk cari makan,",jadi wakil rakyat dapat gaji tetap, lepas tu dapat pencen bulanan, masalah rakyat msikin Go to hell, kerjallah sendiri, Islam tak suka umatnya meminta-minta, itulah cerita politik, manusia-manusia PAS yang gunakan "agama untuk cari makan", makan gaji, duit kerajaan BN, "dulu" Hadi kata "makan gaji haram, duit bercampur cukai judi, cukai arak," tapi kini sudah "halal"---itulah tololnya pemimpin-pemimpin tertentu "tidak pandai memainkan isu"---

ketika aku membuat liputan berita utk TV3, Mat Sabu, akan berceramah di pej tanah jajahan tanah merah, sekitar tahun 1997,ketika cameraman siap pasang tripod,anak buah mat sabu datang kearah aku, dia kata YB Mat Sabu,tidak benar aku buat liputan ceramah, aku kata OK,aku beri arahan kepada kameraman, kemaskan barang, kita pulang, aku kemudian maklumkan kpd bilik berita mengenai hal itu, dan  assgment editer, kata OK

kali terakhir aku berjumpa Mat Sabu, belum lama ini, ketika itu beliau berehat dirumah Datok Ibrahim Ali, Taman Mimi, Wakaf Bharu, pada malamnya dia ada ceramah,aku bersalam dengan dia. Dia mempunyai hubungan baik dgn Ibrahim Ali

pengamat politik melihat, 2 tahun lagi,Mat Sabu, bakal menjadi Presiden Pas, kalau org kuat Hadi awang boleh tewas ditangan Mat Sabu,bukan perkara mustahil jika Mat Sabu, cabar Hadi Awang, Hadi Awang pun akan tewas

apapun, ada golongan marhain, komen pas kini sudah menjadi parti cacar marba,tolak golongan ulama, ada golongan ulama pun tak buat apa-apa tentang Islam, masjid-masjid banyak kosong, tidak ada program keagamaan, program dakwah sebaagaimana yanng dilakukan golonngan Tabligh

katanya, parti politik Pas, sebenarnya, parti politik, yang didominasi, golongan tertentu, mengejar, pangkat, jadi calon , kemudian, jadi wakil rakyat dan "makan gaji"--itu perjuangan mereka--mereka ini katanya "guna agama" perbodohkan "orang kampung"

kalau zaman pada sahabat nabi dulu, masing-masing tolak,tak mahu jadi pemimpin, takut pada amanah dan tanggungjawab, tapi hari ini, dikalangan pemimpin pas, berebut-rebut, untuk mendapat jawatan dalam parti--inilah katanya, parrti cacar marba--guna agama--utk kepe ntingan diri sendiri--

dan bila datuk abdul halim rahman, bekas, timbalan menteri, kata- Pas belum bersiap sedia hadapi pilihanraya ke 13, alasan daftar pemilih, tidak sampai 50 peratus disetiap bahagian--masing-masing pemimpin gelabah--mereka tak perlu gelabah dan gelisah

jika golongan muda undi mereka, mereka akan menang,, jika golongan itu tolak mereka, mereka akantersungkur dan tidak dapat lagi elaun wakil rakyat

bukankah, "pentas politik" mereka untuk cari makan ? cuma bezanya mereka guna dan "lacurkan agama" demi kepentingan pribadi

kata teman lagi, jika dibuat kajian terhadap perwakilan yang hadir pada muktamar Pas dan terhadap pemimpin Pas itu, sendiri tidak sampai 10 peratus dari kalangan mereka yang tidak ketinggalan "solat tahajud",tiap-tiap malam, sebagaimana yang di praktisakn mursyidul am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

justru itulah sebab utama, para perwakilan, keliru, memilih Mat Sabu, lepasan ITM, jurusan business studeis, men jadi Timbalan Presiden Pas, dan katanya lagi,Mat Sabu, ayam tambatan Pas, yang sempat memanggil Anwar al Juburi,itu sendiri, katanya, tidak menjadi "amalan solat tahajud", amaln rutin

justru itulah, ceramah politiknya yang berapi-rapi, menghentam, mengkritik pemimpin UMNO, tidak mencerminkan pribadi beliau sebagai pemimpin Islam sejati

sejauh mana benar dakwaan itu, kita tidak tahu persis, yang jelas, hanya Mohamed bin sabu, anak lelaki sabu, dapat menjawab pertanyaan ini

sekian, titik
Jabatku

Saturday, 4 June 2011

sultan muhammad ke lima cipta sejarah

Hari ini, diperkarangan stadium sultan muhammad keempat, sultan muhammad ke lima, mencipta sejarah dunia,apabila berjaya memasukan event,walkathon diraja Walk With Me kedalam Buku Rekod Dunia-kerana suksek menjayakan majlis bersama rakyat-: seramai 20111 rakyat bersama baginda berjalan sejauh 3.5 kilometer, berjalana mengelilingi bandar kota bharu

baginda mengambil masa 35 minit untuk menamatkan perjalanan sejauh 3.5 meter, bersama segenap lapisan masyarakat

sepanjang perjalanan itu, sebanyak 10 badan kesenian dan kebudayaan mempersempahkan pelbagai permainan tradisi, rakyat negeri ini

kemuncak, acara ini, apabila baginda menanda tangani sijil pengesahan dari Buku Rekod dunia

happening ini, menjadi sejarah baru, kerana belum ada mana-mana raja didunia yang ada hari ini,sejarah dunia modern hari ini, mencatat, larian bersama raja dan berjaya mengumpul 20,111 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat di negeri

tanpa mengira dan tidak menghirau serta "mempersetankan ideologi politik", mereka turut sama, menyertai larian bersejarah ini

semua perserta diberi t-shirt secara percuma, yang menarik pengerusi badan perhubungan UMNO kelantan, Datok Mstapha Mohamed dan wakil kepada menteri besar,exco abdul fatah mahmood, duduk bersebelahan, bersama tuanku, diatas pentas, sewaktu majlis pelancaran ini.

barangkali ini, satu permulaan yang baik dan percubaan berani, bagi kedua-dua pemimpin, untuk membuang fahaman politik, ketika bersama baginda.
sekian.titik
Jabatku

Thursday, 2 June 2011

Untold story-salsilah malaysia menggapai kemerdekaan

cerita yang bakal diperturunkan disini,adalah kisah benar,sebagaimana yang didakwa, pemuda ini,yang mendakwa salsilah keturunannya adalah salsilah Nabi Muhammad s.a.w.,dan sebagai bukti beliau menunjukkan kepada aku,salsilah keluarga beliau. nama dan tempat,dirahsiakan.

sejarah mengetahui, menteri besar kelantan yang termuda, Datok Nik Ahmad Kamil(kalau tidak silap aku), kehebatan beliau, beliau pada usia 24 tahun, telah mendapat tempat belajar di Oxford University,England. Kelantan, yang terkenal dengan guru-guru pondok dan banyak pondok, mengajar pelbagai disiplin ilmu,cabang Islam, dikatakan "menjadi tempat rujukan", Perdana Menteri Pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra

Rukun Negara yang ada dan diamalkan dan tercatat dalam perlembagaan Negara, digarap secara mesyuarah, guru-guru pondok di negeri ini. Tempat pertemuan tokguru-tok guru pondok, berlaku di dalam parlimen Ketereh di Kg Kadok. Kg Kadok diambil sempena nama Tok Kadok.Tok Kadok,pada waktu itu cukup terkenal sebagai guru pondok,yang alim dalam ilmu tasauf.disamping terkenal sebagai "keramat" dan mulut masih, beliau mempunyai ramai anak-anak murid, yang belajar dipondoknya.

 pada waktu itu, akhir tahun 1950an,ramai tok guru-tok guru pondok di kelantan menyokong parti bulan bintang,PAS, tapi disitu, ada satu-satu pondok, di negeri kelantan, pada waktu itu menyokong perjuagan parti Kapal Layar,PERIKATAN

justru itu,pemilik pondok ini, menjadi "frame of thought",tempat rujukan Presiden UMNO, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, khusunya dalam bidang membabitkan "agama Islam"

dimafhumkan, Datok Nik Ahmad Kamil, juga hadir didalam pertemuan,"tulis, tulis apa yang telah disepakati", pertemuan ulama-ulama guru pondok, pertama Tuanku Abdul Rahman di suruh mendapat kemerdekaan dari British, antara inti pati muzakarah itu, meminta kebenaran untuk menjadikan pengajaran Islam, pendidikan Islam disetiap sekolah,kita-kita pengajian agama akan diambil dari pondok-pondok di pattani,malah guru-guru pondok dari pattani akan diminta jasa baik, khidmat mereka untuk mengajar pengajian agama disekolah-sekolah kerajaan,  idea ini bagaimanapun tidak dipersetujui Tun Dr Ismail, ketika usul ini dibentangkan diatas kapal, alasan yang diberikan, kerajaan akan menghadapi masalah untuk menganggani isu ini, kerana "bahasa melayu pattani, loghat pattani, akan menjadi masalah, untuk pengajar seluruh pelajar-pelajar melayu diseluruh negara, kerana "loghat guru agama dari pondok pattani, tidak sama dengan bahasa standard bahasa melayu yang diajar disekolah-sekolah diseluruh negara

bersambung seketika nanti--nak pergi bekwoh--makan gulai---

Islam, Bermuda Triangle, misteri dan Wakaf Che Yeh dan Tok Kenali

Misteri Bermuda Triangle, hari ini persis seperti sebuah gua hitam,pinjam isitilah penyair, Pyanhabib,seperti puisi juga,sulit dan sukar untuk diterjemahkan maknanya itu,--aku kira pyan masih ingat, pertemuan aku dengannya di Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera Barat, dan dinner dirumah Gobenor, Sumatera Barat--yang tepat memang, misteri itu, masih menjadi histeri, meskipun mempunyai peralatan teknologi canggih, saintis amerika, tidak dapat "membongkar rahsia seabad manusia tidak bertuhan"

meskipun menmpunyai pemancar satelit, yang canggih, imej-imej yang diterima, masih kelabu, tidak jelas, tidak dapat dijadikan petunjuk, petunjuk arah, untuk mencapai, dan mendapat kebenaran realitas ini

penulis amerika, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang tidak sengaja ditelontar dan ditelantarkan dibumi ini,bernama Vincent Judith, mulai menulis mengenai Segi Tiga Bermuda. Tempat ini katanya merbahaya dan berbahaya kepada semua "kenderaan udara dan kenderaan laut",lokasinya--hujung tenggara puerto rico,hujung baratnya kawasan diMiami, Florida, ia meliputi keluasan 770 kilometer persegi

sepanjang kajiannya,sejak tahun 1780 sehingga 2002, sebanyak 293 "kapal laut telah "ghaib,"--tidak dapat dikesan kerangka-kerangka kapal--dan 142 kapal pesawat pejuang amerika ghaib dengan tiba-tiba, dan sehingga kini--tidak ada jawapan tepat--mengenai segi tiga ini--
dan ianya masih menjadi "sebuah misteri".

Meskipun menggunakan peralatan canggih satelite,"kerangka-kerangka kapal terbang, jet pejuang" tidak ditemui di dasar laut,pun begitu juga dengan kapal-kapal dagang yang "tiba-tiba ghaib" juga tidak ada kerangkanya didasar laut"

keadaan ini, memening dan memusingkan kepala para saintis yang tidak bertuhan itu dan yang hanya bertuhankan akal "rasional" mereka, selain dari itu, akan ditolak total, oleh mereka


Puerto Rico,istilah bahasa Kuno, bermakna "Pantai Cahaya,",lalu kalau kita kaitkan dengan Islam,asal usul kejadian jin, misteri itu lagi, menjadi misteri, tapi dari perspektif, ahli sains barat, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, "yang menolak eksistansi Yang Maha Esa" dalam kehidupan mereka, alam ghaib, alam yang satu lagi, alam jin--tidak dapat diterima "akal mereka"--

bagi mereka sebarang ilmu atau teori yang ingin dbuktikan kebenarannya, mestilah melepasi tahap tahap penyelidikan,dan hasil penyelidikan mestilah mestilah mempunyai empat ciri--sistematis,universal,metode(kaedah) dan objektif--

dalam hubungan misteri Bermuda Triangle ini, sudah tentu--kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara metafizik ini tidak dapat memberi jawapan--justru--"misteri objek tiba-tiba ghaib--itu perlu dikaji menerusi "ilmu islam dan kaeadah-kaedah" alam satu lagi

Menurut, Datok Haji Ismail Kamus dalam kitab,Jin ,Hakikat dan pengubatan--wujud satu kerajaan jin bawah air dikawasan seluas 350 kilometer persegi-dilokasi itu--

Kerajaan Jin ini katakan mampu melumpuhkan sistem satelit changgih Amerika Syarikat, yang menyebabkan saintis amerika pusing kepala dan gagal memberikan jawapan terhadap misteri ini

menurut teman aku, yang enggan namanya disiarkan,misteri itu akan dapat diselesaikan jika beliau turun tangan. jawapannya mudah dan simple saja, mat salleh yang ingin membongkar misteri bermuda triangle itu mestilah seorang pakar "satelite,saintis, ", mesti memeluk agama Islam dan yang paling "mengeri dan menakutkan" mesti "bersunat", datang ke kelantan dibawa berjumpa dengan "pakar jin" dan mesti berjiwa kental, semangat juang tinggi,tahan mental untuk melakukan "latihan rohani", latihan berzikir, paling tidak dalam tempoh 24 jam, perlu berzikir, paling minimal 10,000 sehingga 20,000 kali setiapang  hari, perlu ber"suluk"--(jika perlu, bergantung kepada keadaan), dan berpuasa untuk satu jangka masa yang bakal ditentukan nanti---tujuan untuk menembusi alam ghaib dan sekaligus "memasuki alam jin".

aku hanya, tersenyum dan batuk-batuk kecil mendengar penjelasannya. soalnya, adakah ada kalangan saintis barat, sanggup memenuhi "syarat yang ketat" dan "sadistik itu", ia masih menjadi tanda tanya yang panjang, berliku-berliku dan mengangga.titik

Sekian. titik.

Jabatku

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Isa a.

"Wahai Huzaifah! Dalam tiap-tiap golongan umatku, terdapat serombongan yang berbaju buruk dan berdebu.Mereka ini menghendaki daku, mereka mengikuti daku, mereka ini menyiarkan isi kitab allah, mereka ini dari daku, dan sebahagian daripadanya,meskipun mereka tidak melihat akan daku.


Tatkala nabi Isa menerangkan, bahawa wali-wali Tuhan itu tidak pernah mengenal takut dan gentar, Sahabat-sahabatnya bertanya, siapakah mereka itu, Nabi Isa menjawab : mereka itu ialah Orang yang melihat pada dunia bathin, tatkala orang lain melihat kepada dunia lahir, mereka itu melihat kepada akhirnya dunia, sementara orang lain melihat kepada keabadian dunia itu, mereka menghindarkan apa yang menggangu perjalanannya, mereka meninggalkan pekerjaan, yang pada persangkaanya kelak akan ditinggalkannya,mereka itu sering bersunyi diri,sering menyesali yang salah, tidak memikirkan dunia, tidak memikirkan kerosakan rumah tangga, mati dalam hatinya,menghindarkan segala kesenangan,hidupkan ingatan akan mati,mencintai allah dengan sebenar-benarnya,bersuluh kepada nurnya,dan bercahaya kepada cuacanya. Mereka beroleh berita berita aneh, ilmu mereka adalah ilmu kitabkitabsuci, amal mereka adalah amal yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci,mereka tidak takut dan gentar.

Petikan dari Buku Pengantar ilmu tarekat dan tasauf, garapan Prof Dr Haji Aboebakar Atjeh.

Sengaja petikan itu aku suguhkan kepada "anda" untuk berfikir dan terus berfikir, "bagaimana membunuh racun,virusvirus, isme-isme barat, yang bersarang di kepala dan minda, serta bersarang didada anda", supaya anda tidak terkeliru "melihat penghidupan dan kehidupan" dari sisi dan dimensi yang berbeza, sebagaimana yang dituntut Islam

Sekin.titik
jabatku

Jean Paul Sartre-: kita

Dan manusia ? Manusialah dengan alam fikirannya yang justru bisa menimbulkan ketiadaan itu : ia bisa menafikan hal ehwal.Ia bukan saja menyebabkan realitas jadi rapuh, tapi juga menyebabkan manusia lain jadi objek.Hubungan antara manusiapun hanya berkisar pada sadisme,masokhisme dan kebencian.maka seperti halnya,cinta tak ada bagi Sartre,Tuhan juga baginya bukan cuma telah mati,tapi tak pernah masuk hitungan. Atheisme yang sungguh radikal,juga suatu humanisme.
-Goenawan Mohamed-
April 26,1980

lalu, sudah tentu sebagai pemikir, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, kita manusia yang mendakwa beragama Islam,-: tidak dapat tidak, wajib menolak "idea, gagasan dan pemikiran" Sartre,pemikir bermata juling yang melihat dunia dari perspektif "aneh"-eksistanlist-

barang kali, ini sekedar sebuah kebarangkalian, Jean Paul Sartre, dalam Republik Kebisuan, bahasa perancisnya, Le neant hante l'etre, melihat dunia dalam keadaan paling brengsek-pinjam istilah Mas Goen-,think too much then he got too much "nothingness", justru beliau menolak "keberadaan Yang Maha Khalik, dalam kehidupan serba sementara ini. Beliau yang sempat digelar Raja Kaum Eksistianlist dikalangan pemikir perancis,sebuah monument yang sepi, yang melihat dunia dari perspektif aneh

justru terlalu kuat, memikir tentang "kematian"(barangkali),bagaimana kehidupan selepas mati,menyebabkan beliau mengambil kesimpulan mudah dan simple-: tidak ada kehidupan selepas mati.

justru idea berbahaya dan "merbahaya" dikecam semua "agama dan agamawi" yang wujud di jagatraya ini, lalu,bagaimana dengan anda- apakah anda pernah "terfikir"bagaiamana dengan kehidupan "anda" selepas roh tercabut dan dicabut dari badan anda ? bagiamana degan nasib diri anda,selepas ditimbus dan "kambus" dengan tanah ?

bagaimana ? aku kira Republik Kebisuan, garapan Sartre, pun tidak dapat menjawap pertanyaan "ngeri dan menggerikan itu. titik.

Sekian.titik
Jabatku

Tuesday, 31 May 2011

Seks ,Chua Soi Lek : MCA , Rahim Thamby Chik dan Annuar Ibrahim dan PRU ke 13

Datok Chua Soi Lek, Presiden MCA, yang suatu waktu tidak lama dulu terjebak dalam kontroversi "seks video" tapi ternyata bangkit kembali dan kini, menjadi Orang Nombor satu dalam MCA,bagi setengah pendapat komuniti china, berbeza melihat "isu seks" dari perpektif dan skala yang lebih besar , global, intelek dan konfident,tidak salah melakukan "sexs" secara haram, asalkan pemimpin mereka bersih, tidak rasuah dan tidak kaya, tidak menyalahgunaan "kuasa politik"-untuk meraih kekayaan pribadi-asalkan "pemimpin" yang diilih mempunyai "integrity"-terlepas dari isu seks-.

dititik ini, masyarakat, bangsa melayu yang "khayal" bangsa hebat, UMNO tidak dapat menerima pemimpin yang terjebak, dalam kegiatan "buah khuldi terlarang", seks haram

pemimin ini sudah melaklukan "dosa besar" dan ianya "perlu' di"nyahkankan dan dibumikan hanguskan dari "persada dan peta politik"


antara nama-nama besar pemimpin UMNO yang pernah "tergelunsur dan tergolek dari pentas, teater UMNO" gara-gara isu seks Rahim Thamby Chik, Anwar Ibrahim--sekedar menyebut beberapa nama-
UMNO tidak dapat menerima pemimpin yang tidak dapat menahan "gejolak dan gelora nafsu seks" tapi dapat menerima dan menghalalkan pemimpin-pemimpin UMNO, yang tiba-tiba menjadi kaya secara mendadak

dalam koteks ini, penyakit yang melanda UMNO, kini telah melanda pula MCA, difahamkan Menteri Pelancongan, Ngn Yen Yen, tentunya setelah menerusi proses tender berbelit dasn berliku, memberikan tender bernailai berjuta-juta ringgit kepada "kroninya", sejauh mana benar dakwaan ini, ianya masih samar

yang dipermukaan, she "s look very clean,dia bersih, lebih bersih dari perkataaan bersih itu sendiri

semakin dekat PRU ke 13 tiba, semakin kencang degup jantung pucuk pimpinan MCA, apa tidaknya, dari 50 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke 12, MCA cuma mampu "menang" 15 kerusi ? suatu pencapaian dan presta si politik, yang paling teruk, tidak pernah berlaku, sejak bergabung dengan PERIKATAN, banyak puluh tahun lalu

Ini bermakna, dari 144 kerusi parlimen yang ada hari ini, jika kesemua 15 kerusi parlimen,yang calonnya dari MCA gagal mempertahakan kerusinya, ini bermakn 144 ditolak 15 menjadikan angka 129, maknanya BN kehilangan 15 kerusi dan jumlahnya menjadi 129 kerusi parlimen milik BN, dengan kekuatan 129 kerusi BN diparlimen ini bermakna, barisan alternatif mempunyai 95 kerusi di parlimen

keadaan inilah barangkali, menyebabkan pucuk pimpinan BN perlu berfikir, berpuluh kali untuk menetapkan tarikh PRU ke 13

Jika MCA gagal memujuk kommuniti china, penggundi china.,yang dulunya memberikan undi kepada MCA,tapi kini bertindak sebaliknya,supaya memberikanj undi mereka semula kepada MCA, "nasib buruk pasti akan menimpa parti itu"

kalau UMNO dapat membasuh "luka penggundi mereka" dengan pelbagai cara dan pelbagai ubat, bagaimana pula carnya pemimpin MCA, untuk "membasuh luka"penggundi mereka ? satu tanya tajam yang perlu dijawab segera
sekian. titik
Jabatku

Monday, 30 May 2011

vietnam,-malaysia-: kita dan PAS

Apa yang terjadi pada hujan ? Awan telah bercampur debu radioaktif,bom telah jatuh,Vietnam telah terbakar.Disana mayat hangus,tanah dikerumuni ulat dan hati dikerumuni, kebencian.....ia membikin kita peka sampai sentimental.Ia telah membikin kita SEPERTI saputangan kertas : rapuh, tak akan kekal dan seakan menanggung tugas, untuk menggusap air mata sejarah
-Juli 14,1979-Goenawan Mohamed

Kedangkalan, kecetektan berfikir-jumud-konservatif,Orthodak,tidak liberal, menyebabkan gagasan kerajaan perpaduan ummah,sebagaimana yang dirancangkan UMNO dan pucuk pimpinanan PAS, belum lama ini,tidak menjadi realitas politik. alasannya, mudah dan "simple" kerana Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan memberikan "lampu hijau"

alasan lain, "takut pisang berbuah dua kali,once bitten twice shy".apapun alasan yang diberikan, alasan sederhana ke, ekreme ke, itu tidak penting, yang penting "mereka-mereka ini gagal melihat peta politik ,skala politiek,landskap politik negara secara "futurist"

mereka gagal, merenung dan menatap langit, cermin politiek tanah air,dalam tempoh 20 tahun atau 30 tahun, pada masa hadapan. pemimpin yang baik,adalah pemimpin yang dapat melihat jauh kehadapan, politik, nasib bangsa-dibumi sendiri-

bukan pemimpin yang "korup", bukan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa secara senyap dan diam,"meraih kekayaan pribadi",meskipun rakyat tidak mengetahui,"apa yang telah mereka lakukan secara senyap dan diam" sewaktu memegang jawatan menteri" tapi malaikat Raqib dan Atid,akan mencatatat "ketidakjujuran" sewaktu mereka berebut-rebut untuk menjawat jawatan menteri dan menyalahgunaan "kuasa"apabila menduduki kerusi menteri

hasil catatan malaikat,tentunya tidak akan diserahkan kepada SPRM tetapi akan dikemukakan pada  hari pengadilan sejagat, di Padang Masyhar

dalam konteks ini,disebabkan kerajaan BN cuba membuktikan kepada rakyat, BN hari ini sebuah kerajaan yang telus, transparent dan terbuka, dari atas kebawah pusat, SPRM perlu menyiasat kekayaan menteri-menteri, menteri Besar BN yang telah bersara dan akan bersara, "bagaimana anak-anak, keluarga mereka" dan mereka sendiri mendadak menjadi manusia kaya
jika ini dilakukan SPRM akan "pusing kepala", mereka perlu bekerja 24 jam sehari dan memilih kakitangan SPRM, yang bersih dan tidak ketinggalan melakukan amalan solat tahajud setiap malam, berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu-: dan yang penting "telus,tulus dan dalam membuat laporan dan laporan itu akan diserahkan "terus kepada semua ahli-ahli parlimen, tidak kira samaada ahli parlimen itu dari parti pembangkang atau tidak.

20 tahun lalu, umat Islam diselatan thai,hidup,aman dan damai,tidak ada letupan dan ledakan bom, seperti yang mereka alami pada saat getir kini,tapi kini nasib bersuara lain,di negara kita, "keadaan seumpama itu tidak berlaku", tidak berlaku lagi-

keadaan seumpama itu, menurut pengamat politik antarabangsa, tempiasnya juka akan sampai kesini,cuma menunggu masa tepat, dalam ramalan politiek, apa saja boleh berlaku-ada pengamat politik meramalkan, akan berlaku "ethnic clash" di negara ini, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun--jika pucuk pimpinan UMNO hari ini--tidak menanggani "masalah MCA, tuntutan kaum china dengan tertib dan sopan" dengan kommuniti china di negara ini

Presiden Parti PPP, Datuk Kaveas,yang sempat aku wawancara tidak lama dulu, berpendapat,politik malaysia,perlu diubah reka menjadi politik,seperti Amerika Syarikat, ada republikan dan ada demokrat, di malaysia, ada BN dan ada BA, tapi idea itu tidak mendapat reaksi positif, jika Presiden Nelson Mandela, mampu meringkok dan menunggu d alam penjara selama 27 tahun, untuk, menduduki kerusi Presiden, apa salahnya Datuk Kaveas, menunggu lebih lama sedikit untuk melihat ideanya itu dapat direalisasikan,dalam kancah politiek tanah air,mungkin dalam jangka waktu yang agak lebih lama lagi

Pas pun kini sudah menjadi "persis seperti parti UMNO",pemimpin pemimpin Pas yang merasakan diri pandai, berusaha merebut jawantan tertinggi dalam PAS,jika perlu melobi, lakukan secara senyap dan diam

PAS hari ini, sudah termasuk dalam linggkaran men ggerikan,permainan politiek UMNO

yang jelas, ada pendnapat mengatakan Mat Sabu tidak perlu bertanding justru "muka beliau sama sekali tidak memaparkan,individu, pejuang Islam.

benarkah begitu ?

Mat Sabu, apakah yang kau "cari sebegitu jauh" ?

Sekian.titik
jabatku

al-quran,kita, "kematian"-mati seketika dan kehidupan semula

suatu saat suatu ketika, tidak berjarak dulu,seorang teman, berkata,kehidupan ini aneh, Allah hadiahkan kita dengan kehidupan, dalam sepotong kehidupan yang serba sementara ini, kemudian allah "suguhkan" kita, dengan "kematian", manusia haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin-" tiada pilihan",bila sampai masa untuk "mati", jantung mereka akan tiba-tiba tidak berdenyut, mereka mati seketika dan dihidupkan "semula", selepas ditanam dan ditimbus dengan tanah.

dan pada waktu itu, kehidupan "manusia itu" dengan urusan duniawi tiba-tiba terputus, bungalow, rumah besar, kereta mewah,swimming pool, bilik sauna, wang berjuta-juta ringgit dalam bank,isteri, anak-anak,semua sudah "ditiadakan" dalam kehidupan baru--yang ada cuma--amal kebajikan termasuk sedekah,ilmu yang diajarkan untuk kebaikan dan anak-anak yang soleh, anak-anak yang soleh, yang setiap kali, selepas sembahyang, mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ibu bapa yang sudah berada dialam, jauh dialam barzakh. dan yang lebih,bermanafaat, anak-anak soleh, yang setiap kali, dalam satu hari, menjadi amalan rutin, menghadiahkan "solat hadiah"kepada ibu-bapa mereka yang pergi kealam baka

mesejof the story, perhubungan anak dan ibu bapa tidak akan "terputus dan putus",meskipun ibubapa mereka telah meninggalkan mereka, malah menurut pendapat ulama, mereka dapat melihat aksi-aksi anak mereka didunia, dengan penglihatan yang jauh,penglihatan dialam roh

lalu jika, masa hidup mereka memberikan pendidikan agama yang cukup, menjadikan amalan membawa anak-anak ke rumah allah, masjid, setiap kali solat berjemaah--mendoakan kepada Yang Maha Esa--agar "benih-benih mereka menjadi manusia beriman dan bertakwa"--tidak ada sebab kenapa mereka harus berada dalam keperitan, sesudah kehidupan duniawi ini

"Kamu akan datang kepada kami satu-satu, seperti kami ciptakan kamu dahulu"-Alquran

lalu,jika semasa hidup tidak banyak masa digunakan "untuk berada dirumah" Allah, apalah yang akan kita harapkan, dari allah,apabila tiba waktunya "untuk bertatap kaca" dengannya ?

lalu bagi, lelaki, yang sudah berusia 60 tahun, 70 tahun dan 80 tahun,"apa yang perlu mereka "fikirkan", bilakah agaknya "tamu tidak diundang akan mengetuk pintu-pintu kaca rumahnya", apakah mereka sudah cukup bersedia, untuk menggucap syahadat, ketika nafas terakhir tersembur keluar dari hidungnya,bukannya memikirkan urusan duniawi termasuk bertanya soalan,"kenapa undi melayu semakin merosot kepada UMNO" atau bagaimana ?

yang jelas,junjungan besar kita Nabi Muhammad, menerangkan, setiap umat Islam, mampu melafzakan syahadat, ketika menghembuskan nafas terakhir, jaminannya adalah syurga.

bagaimanapula yang gagal ? tepuk dada tanya selesa. untuk itu,manusia islam, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin,mereka perlu berlatih, melatihkan diri mereka-membasahi lidah mereka dengan "zikir", bukankah itu "amalan yang tidak ternilai harganya itu", bukankah ?

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w hanya menggunakan "mulut" untuk tiga perkara,-" diam, senyum dan berdakwah.titik

sekian.titik
Jabatku

Sunday, 29 May 2011

Kenapa manusia menjadi "pencuri' ?

Tapi pada akhirnya ia mencerminkan pengakuan bahawa manusia menjadi pencuri bukannya kerana kesempatan, tapi "salah asuh"
-Goenawan Mohamed-
Catatan Pinggir 8 Juli 1978

Terkejut, kaget dan terkesima, apabila kita cuba mengrelevansikan, dengan manusia-manusia politik,tak kira,dari UMNO atau PAS,-asalkan mereka mempunyai "kuasa"-, mereka "mencuri harta rakyat" untuk kepentingan pribadi

malah, kini di negeri serambi mekah, ada desas desus yang bertiup kencang exco PAS, yang sudah lama menduduki kerusi exco-tiba-tiba "mencuri harta rakyat"-dapat komisyen konsesi balak- akan "digugurkan dari kerusi itu" kerana mereka telah "tidak amanah dengan diri sendiri" dan tidak sabar,dan tidak sabar-sabar untuk menjadi "kaya"

selain itu, meskipun tidak mendapat komisyen balak, tapi menggunakan kuasa dan "jalur politiek" untuk menjadi kaya,akan dicoret namanya, dalam senarai calon yang bakal bertanding dalam PRU ke 13 kerana mereka akan menjadi "liabality"--biawak hidup kepada parti--kerana dalam PRU kali ini, pas tidak akan mampu melihat mereka akan kalah,meskipun satu kerusi--malah PAS perlu menambah kerusi dewan undangan negeri yang sedia ada

jika "mereka menjadi liablity kepada parti", pihak parti lawan akan mengeksploitasikan isu secara besar-besaran, dan ini akan "memening dan memusingkan kepala" pucuk pimpinan parti

diperingkat akar umbi, tidak sedikit rakyat marhain, meramalkan PRU ke 13 akan menjadi takubah keputusannya seperti pilihanraya umum 2004, PAS nyaris-nyaris tersungkur--PAS menang 24 kerusi, BN 21 kerusi

Pengerusi Perhubungan UMNO pada waktu itu Tok Pa jaguh silatnya. Dan pada kali ini untuk kesekian kali Tok Pa, akan turun kepadang, "bersilat politik" untuk kali kedua, lawannya "pensilat politiek yang sama", Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, pesilat politiek, yang tidak pernah kalah, selama empat penggal,meskipun sudah berusia lanjut, berbanding tok pa, tapi tuanguru datok nik abdul aziz mengamalkan amalan yang "berat" untuk dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO--solat tahajud-

barangkali dari 191 ketua bahagian UMNO yang ada dan seada adanya ada, jika dibuat penyelidikan tidak sampai 10 peratus, yang menjadikan solat tahajud, sebagai amalan rutin, berbanding dengan Tuan Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat

"salah asuh atau salah didik" atau "salah apa", kita kurang tahu persis, yang jelas, salah siapakah jika mereka, "menggunakan jalur politiek untuk tiba-tiba menjadi kaya kaya" itu kesalahan politiek, secara moral, moral mereka"sudah tercalar" atau bagaimana ?

toh begitu, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan ? jika SPRM buat siasatan dan serah hasil siasatan kepada Parlimen terus, seperti yang dilakukan di negara hindustan India, ramai kalangan mereka akan terheret dan "terjebak kedalam" permainan "tidak enak ini"
sekian.
Jabatku

Saturday, 28 May 2011

Mahathir-dinar,dirham emas-Husham Musa dan Malaysia

Barangkali tidak ramai dikalangan bangsa melayu, memahami apa itu "dinar dan dirham" emas yang dilancarkan kerajaan negeri kelantan,pimpinan, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, belum lama ini

malah, belum lama ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datok Awang Adek Hussein, pernah membuat kenyataan,dinar dan dirham emas,emas "is not legal tender" dan tidak dapat di"gunakan sebagai alat jual beli".

anehnya ketika mewawancara, CEO, Kelantan Golden Trade,sdn bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar, Umar Ibrahim Vadillo,yang memeluk Islam, belum lama ini berkata, dinar dan dirham emas kelantan, is not bound to Bank Negara, regulation, semua orang "bebas" membeli dan melabur wang mereka dalam bentuk dinar dan dirham emas

ketika di lancarkan dulu, 1 dirham, bernilai rm 13, kini sudah meningkat menjadi RM30, manakala satu dinar rm 581, kini melonjat kepada rm720


Umar Ibrahim berkata, negeri kelantan merupakan negeri pertama di dunia modern hari ini, "menjadi model" penggunaan dinar dan dirham emas kelantan, sebagai alat pelaburan bagi umat Islam yang memahami dan mengerti essence dinar dan dirham emas

kehebatan dinar dan dirham emas, ianya termaktub  didalam al-quran dan al-quran dapat diguna pakai hingga keahir zaman

persoalannya , pemimpin pemimpin negara Islam, "tidak memahami dan menjadikan al-quran sebagai tempat rujukan "ekonomi"

Katanya, jika semua negara-negara Islam didunia hari ini, menggunakan dinar emas sebagai tukaran, pembelian minya, US Dollar akan "hancur" dan kini US Dollar sudah "crash", dan mengalami defisit. Defisit ini akan terus berlarutan dan berkekalan

sebebanranya, Idea dinar dan dirham emas, ini, dicetuskan Perdana Menteri Malaysia keempat. Tun Mahahtir Mohamed, beliau orang pertama, mencandangkan kepada pemimpin-pemimpin negara Islam,O-I-C, "menggunakan dinar dan dirham", bukan lagi US dollar, dalam transaski penjualan minyak, tetapi idea itu tidak diacuh dan diendahkan "pemimpin-pemimpin Arang" barangkali yang mempunyai IQ yang rendah pasal kewangan dan ekonomi negara

secara logiknya, jika semua negara-negara arab-,yang mengeluarkan minyak dan mengeksport serta menjual minyak "kenegara-negara Industri", menggunakan "dinar dan dirham emas", sebagai "alat pembayaran", realitinya, US Dollar dan Euro akan "jatuh merudum" dan ini tentunya mengguntungkan negara-negara Islam

Ekonomi negara-negara Islam tidak lagi terikat kepada US Dollar dan Euro serta Pound Sterling tetapi "mereka-mereka ini"pemimpin-pemimpin negara arab yang kaya dengan hasil limpahan emas hitam sudah lama "menjadi dedak", lebih dedak dari dedak, mereka sanggup hidung mereka dicucuk dan diheret, pemimpin-pemimpin dari negara Barat

Hanya dengan cara ini saja, menjadikan dinar dan dirham emas, sebagai "alat transaksi menjual-beli minyak", ianya akan dapat "melumpuhkan ekonomi" negara-negara eropah" kerana mereka akan kehilangan kuasa membeli
Bank-bank dinegara mereka "akan terpukul" dan barangkali akan ditutup akibat penggunaan dinar dan dirham emas di peringkat antarabangsa

Justru itu, amerika dan sekutukutunya "tidak bersetuju" menjadikana dinar dan dirham emas sebagai "matangwang antarabangsa" kerana mereka khuatir ekonomi mereka akan lumpuh

dimalaysia, Tun Mahathir tidak berjaya meneruskan projek ini, tapi ianya berjaya dilakukan Exco Kanan Kerajaan Negeri Pas, Datuk Husham Musa, yang kini, sedang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS

disinilah barangkali terletak kehebatan anak didik tok guru, Datok Husham Musa, menjayakan projek menjadikan dinar dan dirham emas, sebagai alat pelaburan baru bagi umat Islam di jagatraya.

alasan yang diberikan kerana "dinar dan dirham" emas,ada didalam al-quran dan isi kandaungan al-quran menceritkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan

cuma pemimpim-pemimpin arab, negara mengeluar emas hitam, minyak yang tidak menjadikan al-quran sebagai bahan rujukan
sekian. titik
Jabatku

Wednesday, 25 May 2011

TARIKH pILIHANraya PRU ke 13 jatuh pada tanggal.....

Sebagai penikmat dan pencandu politik tanah air, khususnya wakil wakil rakyat PAS yang mendapat gaji bulanan dari kerajaan B-N, yang dulunya "didakwa haram" kerana "kewangan negara bercampur aduk dengan kutipan cukai arakdan judi" tapi kini tidak lagi, kerana "semua wakil rakyat PAS" menyara keluarga, dan "perut buncit" hasil kutipan itu--melihat dan menanti dengan penuh debaran "bilakah tarikh kiamat kecil politik" itu akan diumumkan

rata-rata dikelantan, berdasarkan kajian rambang dilakukan "wakil-wakil rakyat PAS" "sudah mulai kecut perut dan "gelisah", takut-takut "kerusi panas" yang sudah lama mereka duduki "diambil muka-muka baru" atau wakil rakyat baru dari BN

apakah ini semua suatu "utopia" atau mimpi mat jenin, mimpi siang hari, B-N akan merampas kelantan ?
dalam politik, apapun pengertian mustahil, bisa berlaku dan ianya berlaku sekelip mata, tumbangnya kerajaan BN dalam tahun 1990, berlaku dalam sekelip mata

tanggal 22 Oktober 1990,suatu tarikh keramat,kerana pada malam itu, Pas merayakan pesta kematian UMNO dibumi kelantan dan pada kali ini, apakah UMNO mampu merayakan Pesta Kematian PAS dibumi kelantan, dalam PRU ke 13 masih menjadi tanda tanya yang berbentuk trauma

Pun juga keadaan ini akan berlaku kepada PAS, jika ketentuan Allah telah menetapkan demikian, soalnya, pada kali ini, apakah Pengaruh Nik Aziz masih menebal dan kuat, untuk memancing undi juga masih menjadi tanda tanya

lalu, seorang rakyat biasa, dari golongan marhai bertanya, "jika sumber" kewangan negara bercampur aduk dengan wang judi, wang arak-cukainya-, bagaimana pula -dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang, Mursyidul am Pas, Datok Nik Badul Aziz Nik Mat--yang sudah bertahun "makan gaji" hasil wang itu ?
apakah itu "tidak berdosa? Jika berdosa, kenapa mereka "semua ini diam".

Mereka bukan malaikan Jibrail, sama seperti kita,makan nasi, ada keluarga, ada nafsu shahwat, mereka terpaksa "tutup mulut", jika tidak bagaimana mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup, kata seorang ahli UMNO yang enggan namanya disiarkan

Inilah yang dikatakan dunia politik,manusia bisa "menukarkan fakta", demi kepentingan pribadi

kalau benar begitu keadaannya UMNO patut memainkan isu ini besar-besaranm katakan pada rakyat mereka juga "big liar" Presiden PAS juga pernah "berbohong", kata kawannya juga seorang ahli UMNO yang enggan turut disiarkan namanya

"Ini bermaknam, pemimpin Pas juga hipokrit", tanya temannya.

"aku malas jawab pertanyaan mu, mu fikir sendirilah," kata temannya yang satu lagi

bersambung--

Monday, 23 May 2011

bila timur bertambah timur, bila barat bertambah barat,bila Pas bertambah PAS -Bila UMNO bertambah UMNO

Maka yang timur bisa saja menarik,menakjubkan, tapi juga bisa menakutkan, menjijikan,dan pada dasarnya menurut kaum Orientalis itu kepada para pembacanya dibarat-lain dari kita-maka para orientalis itupun biasanya cenderung menimur-nimurkan timur.Akhirnya timbunan pengetahuan mereka itupun memperoleh kekuatannya sendiri dari sini terciptalah timur yang pada dasarnya hanyalah timurnya kaum Orientalis.
-Goenawan Mohamed-

Lalu apakah yang dimaksudkan Mas Goen, mengenai  tulisan yang menggebu-gebu,mengenai barat dan timur ini ?sekali pintas, kaum orientalis, dilihat, sebagai sekelompok manusia-haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin-yang prejudis, bias, berat sebelah, tidak "rasional" apabila "menulis dan membuat sesuatu "assesement" terhadap "timur"

dipersimpangan ini, barangkali tidak ramai dikalangan "kita dan kekitaan" kita dapat menarik benang kesimpulan, disebelah mana "kita" berada. tidak sedikit dikalangan "kita" yang menelan, meratah "daging-daging burger pendidikan tinggalan British",minda banyak dicucuk dan rasuki "virus barat", apa yang datang dari barat, is the best among the best-manakala yang "ada ditimur" tidak sebagus dan "sebaik" apa yang didatangkan dari barat.

Pun begitu, ramai dikalangan kita yang menelan sistem pendidikan barat, tapi masih menjadikan Islam sebagai addien, the way of life,dalam kehidupan. Never missed 5 times prayer, puasa bulan ramadhan dan ke mekah, menunaikan fardu haji

tapi disisi lain,ada satu kelompok bangsa melayu, yang mengenyam sistem pendidikan pondok, sekolah aliran agama,yang dikenali dikelantan, sebagai sekolah arab-melanjutkan pelajaran di negara-negara asia barat, tamat belajar, pulang ke tanah air-melihat Islam dari perspektif lain

golongan ini melihat, sembahyang perlu dilakukan secara jemaah, dimasjid, surau atau madrasah,gaya berpakian "berbeza", jika boleh selalu "berserban"-memakai-pakaian sunnnah Nabi-perlu ada "imej Islam",pun begitu tidak sedikit dikalangan "pemimimpin tertinggi Pas" seperti Menteri Besar Kedah, memakai kot dan bertali leher,memakai pakaian "barat" manakala Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang pengamatan aku--yang mencelakakan pengamatan tidak selalu cermat ini--tidak pernah "memakai kot, bertali lahir" dalam acara kerasmian--

lalu, ada "rakyat bertanya" kenapa harus menjadi begitu-kedua mereka memperjuangkan Islam-tapi disisi lain,"imej Islam" yang melekat pada diri mereka "berbeza"

timbul pertanyaan, yang seorang itu barangkali lebih cenderung untuk meletakkan kaki disebelah barat manakala yang satu lagi sebaliknya

lalu apa yang tidak kena dengan barat dan apa pula yang baik dari timur. filosof Jerman, Niestche, yang terkenal dengan gagasan,pemikiran,idea-God Has Died-Tuhan telah mati-dikalangan masyarakat barat yang menolak eksistansi-keberadaan- Yang Maha Khalik-,yang mempercayai "kita yang bernama manusia", apabila tiba waktu untuk mati, akan mati selama-lamanya, tidak ada kehidupan sesudah kematian, there is no life after death--kita dikatakan takubah seperti "binatang-binatang lain", yang mati dan akan mati selama-lamanya, tidak ada hari kebangkitan

terpengaruh dengan pemikiran "gila dan menggilakan" itu, tidak sedikit dikalangan masyarakat barat menolak kehidupan beragama,lantas muncul fahaman free thinker, atheis, tidak beragama, absurdisme,surreliasme, dadaismen, dan macam-macam "isme", yang membingungkan kita yang berada disebelah timur

natijahnya, berlakulah kerosakan "moral" dikalangan manusia barat, timbullah slogan-yang ini digemari remaja-remaja barat-God is love, we make love, we make god--dan lahirlah "anak-anak yang tidak berbapa"(itupun jika tidak "memakai kondom" ketika melakukan "aksi ganas itu"),free sex, kebebesan seks,seks tak ubah seperti aktivitas makan dan minum

bila tiba "masanya",lapar manusia makan, bila tiba masanya untuk melakukan yang itu dan yang ini ini,mereka tidak perlu "kahwin", cuma dengan satu pertanyaan,"your place or my place"--mereka sama-sama membuat Tuhan--berasaskan ajaran Love is God, we make love, we make God--

Nah disinilah barangkali terletak kebarangkalian perbezaan antara timur dan barat, barat dan timur, dari aspek kehidupan dan penghidupan "seks"

dalam hubungan ini, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, pada akhir zaman, Islam akan bangkit disebelah timur

jika dilihat pada lokasi, hadits, itu disabdakan, sebelah timur, membawa pengertian asia atau asia tenggara,dan jika disempitkan geografinya, negara yang terbabit dan ada hubungkait dengan hadith itu-Thailand, Malaysia dan Indonesia

dan jika perhalusi lagi, yang jelas, negara itu adalah negara Malaysia, alasan tepat, "agama resmi malaysia sebagaimana tercatat dalam perlembagaan ialah agama Islam"

lalu timbul pertanyaan dari golongan ekstereme dan fanatik, pemimpin bangsa melayu yang menerajui pucuk pimpinan negara, yang menguasai kuasa politik, yang mendominsi pemerintahan negara di"katakan less islamic, not so religious" berbanding dengan Mursyiidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

lalu, perlu dibedah akan "makna perkataan less Islamic"

kerajaan B-N, menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan,JPP, Makthar Mustapha dibawah Jabatan Perdana Menteri,sejak lima tahun lalu,termasuk dibawah arahan Perdana Menteri, Datok Seri Mohd Najib Razak, telah "meluluskan RM 60 Juta" untuk kerja-kerja menaik taraf dan membina masjid-masjid baru di negeri kelantan

manakala kerajaan PAS cuma mendirikian satu masjid, masjid Beijing, di Rantau Panjang,setelah memerintah "kelantan"selama lebih 21 tahun ?

lalu, siapakah antara dua tokoh, yang berbeda fahamana politik-lebih islamik-dalam konteks pembangunan ihsan, --hanya kaum orientalis- dapat menjawap pertanyaan itu--
benarkah "begitu bangsaku, bangsa melayu", bangsaku, "apakah yang kau cari sebegitu jauh", aku pun tidak tahu

yang aku tahu, antara barat dan timur, timur dan barat, tiadanya bezanya pun juga ditengah-tengah,timur tengah kerana "kita semua hanya manusia-haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin atau kita semua dalam istilah biology-the thingking animal- yang berupaya melihat sisi-sisi kehidupan dari pelbagai perspektif dan dimensi-dimensi berbeda-yang menjuruskan wujud jurang "pemisah politik"--u berada disana, ana berada disini, bukankah "begitu pengertian politiek tolol", bangsa melayu, bukankah ?



sekian.titik
Jabatku

Sunday, 22 May 2011

Tabligh, kita,Sunnah Nabi, cat steven, neil amstrong dan akhirat

Kejayaan manusia Islam hari ini, sejauhmanakah mereka dapat mentaati perintah Allah dan mengamalkan cara hidup sunnah Nabi, dalam kehidupan mereka, mudah, ringkas dan padat intipati dari ajaran pergerakan Tabligh, seantaro dunia

barangkali tidak ada satu pun pergerakan Islam didunia hari ini yang dapat menyaingi kehebatan pergerakan Islam Tabligh, yang berpusat di Raweng, India. Untuk menyertai kumpulan itu amat mudah, anda cuma perlu mengorbankan masa, tenaga dan sedikit wang, keluar selama tiga hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun dan 4 bulan dalam seumur hidup

Tidak pernah ada satu organisasi Islam yang bertaburan dan mempunyai net-work seluruh dunia sebagaimana Tabligh. sebut saja dinegara mana didunia hari ini, yang tidak dimasuki Jemaah Tabligh.
Jemaah tabligh bertaburan disetiap inci bumi

Gerakkan ini meneruskan usaha para-para Nabi terdahulu,berdakwah, menyeru manusia kembali ke ajaran Islam sebenar. mengamalkan cara hidup nabi dalam kehidupan mereka

Manusia Islam berilmu memang ramai,lepasan universiti, bidang pengajian Islam tapi yang mengamalkan "cara hidup, sunnah nabi itu yang dipertikaikan.

Masa pengisian dan program amat mudah dan ringkas, beriktikaf dimasjid, tidak ketinggalan takbir pertama setiap kali, sembahyang jemmah, hadiri majlis taklim, taklum dan diajar cara hidup dan aktivitas yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w.

jemaah diajar adat makan, doa yang perlu dibaca sebelum makan, doa masuk tandas, doa tidur dan pelbagai jenis doa yang perlu dilakukan sebagai manusia Islam

seorang yang berumur 60 tahun,menghabiskan masa tidur selama dua puluh tahun, dalam tempoh itu, jika amalan tidurnya tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w-tidurnya sepertimana haiwan tidur--tidak mendapat apa-apa, tapi jika tidurnya mengikut sunnah, ia akan mendapat pahala

lebih jauh dari itu, pada waktu malam, jemaah akan bangun melakukan solat tahajud, satu amalan yang paling disukai junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sulit dan sukar,untuk dilakukan "manusia islam" yang menginap dirumah

dengan lain perkataan, bagi sesiapa umat Islam yang mengidap penyakit rohani, malas, berat untuk melakukan ibadah, wadah tabligh jawapan yang tepat

kalau seseorang sakit jasmani, mereka akan keklinik, berjumpa doktor dan dapatkan tablet dan ubat. bagaimana pula kalau seseorang itu, dihidapi penyakit rohani ? Tempatnya adalah rumah allah, masjid. kalau kereta rosak perlu masuk bengkel, begitu juga dengan "hati dan rohani" manusia Islam yang rosak, mereka perlu masuk bengkel, bengkel itu ialah "masjid" rumah Allah

tanda tanya seorang muslim dihinggapi penyakit "rohani" mudah dan simple saja, tidak taat pada perintah allah, malas melakukan ibadah, kalau dilakukan juga bagai melepaskan batuk ditangga

menyertai jemaah tabligh, banyak yang dapat di pelajari, satu kaedah untuk mendapat solat khusuk, jemaah perlu banyak membaca al-quran, berzikir dan melakukan sebanyak mungkin solat sunnat, menerusi latihan tubi terus menerus, dan rutin, "hakikat sembahyang"--the essence of prayer--akan dapat diperolehi

Penyanyi populer Britsih, Cat Steven, kini Yussof Islam, memasuki Islam menerusi usaha tabligh, Neil Amstrong, manusia pertama, menjejaki kaki ke bulan, masuk Islam, menerusi usaha pergerakan tabligh

menurut cerita, sewaktu berada dibulan, beliau mendengar "suara aneh", "suara azan", apabila turun ke bumi, beliau mendengar "suara"yang didengar di atas bulan "ada pada masjid, ketika azan dikeudarakan", beliau, nekad,-lantas- memeluk Islam.

bagaiaman dengan kita-kita yang berusia 70 tahun dan 80 tahun, kenapa masih enggan untuk menghabiskan masa di masjid, suatu pertanyaan yang perlu di jawab anda sendiri

sekian.titik
Jabatku


nota tambahan : jemaah juga dilatih untuk secara rutin, mengamalkan solat secara berjemaah. dengan cara ini, jemaah diajar untuk mendisiplinkan diri, menjaga "waktu sembahyang", masuk waktu, perlu sembahyang segera, jangan melenggahkan-lengahkan sembahyang.titik

Saturday, 21 May 2011

Queen Elizabeth-Asia Tenggara : dulu, kini dan masa hadapan

Kota-kota di Indonesia diisi oleh pribumi yang sama jangkungnya dengan orang eropah,juga tak kalah besar dan sibuk ketimbang kota di eropah.Kekayaan para saudagar dan raja-rajanya juga mencengangkan."Dalam hal ini paling tidak negara kota diasia tenggara dalam abad ke 16 dan 17 menyerupai venisia,genoa,antwerp dan pusat-pusat lain kapitalisme barat dimasa asalnya," demikian tulis seorang sejarawan Australia,Anthony Reid, dalam The Origins of Poverty in Indonesia, dibacakan dalam seminar di Canberra,setebal 26 halaman, belum lama ini, 32 tahun lampau--catatan pinggir November 17, 1979

Aneh bukan ? Asia Tenggara, suatu waktu tidak lama dulu pernah menjadi pusat perniagaan antarabangsa? Kawasan Asia tenggara dihujani, di"banjiri" orang puteh, yang sama "jangkung" dalam bahasa kelantan di"sebut sama darat"-dengan masyarakat lokal

perkataan Aceh,yang belum lama ini,dihentam tsunami,berasal dari gabungan bangsa yang berdagang disana, A- arab, C-china, E-eropah dan H-hindustan ? betulkah sebegitu potret sejarah aceh tidak lama dulu ? betulkan "fakta nama ini" atau ianya sengaja direka cipta, untuk "menggebukan Kota Serambi Mekah" Aceh atau bagaimana ?

Apa pun yang diperkatakan, tentang Indonesia dan Asia Tenggara diabad ke 16 dan ke17 ianya sudah menjadi sejarah,sejarah masa silam, sejarah masa lampau yang pergi dan takkan kembali lagi, hari kemarin tulis, Putuwijaya pengarang cerpen Lho, hari kelmarin yang pergi tidak akan datang kembali, tak ubah seperti asap hitam yang pergi tidak akan kembali

Perkataan politik barangkali pada waktu itu, tidak meniti dibibir-bibir penghuni benua asia tenggara,khususnya dinegara pancasila, cuma yang ada "politik kolonial"-barangkali(?),politik barangkali "menjadi buah khuldi terlarang", masyarakat pribumi tidak di benarkan berbicara mengenai "sebuah makna dari perkataan politiek", justru ini akan menjadi ancaman ekonomi kepada kolonial politik, yang memerah dan memeras "darah, keringat, tenaga"pribumi dan "membawa pulang khazanah dan kekayaaan hasil pribumu ke negara asal mereka.

Umum mengetahui kekayaan Ratu Elizabeht, beliau merupakan antara peneraju taktha british yang hidup paling nama, dan namanya pernah tersenarai diantara nama-nama orang terkaya didunia.

persoalan modern yang ingin dikemukakan, "dari manakah sumber kekayaan Ratu Elizabeh" kalau tidak dari bumi Malaysia ? Benarkah begitu fakta dan ceritanya. satu pertanyaan "berbahaya dan bahaya" yang perlu di jawab Istana Buckingham !

dalam konteks ini, isu tidak besar, kerana British pernah menjajah bumi Malaysia, pernah mengaut hasil kekayaan negara, termasuk bijih timah,getah, emas, dan pelbagai jenis logam- dan "bukan suatu hal" mustahil berlaku "kejadian silap mata, menyembunyikan fakta sebenar" hasil kutipan cukai

Pun begitu ada juga pendapat dari public opinion dari kota ramah medan, sumatera utara, Indonesia,suatu waktu tidak berjarak dulu.

menurut pelajar itu, Malaysia bernasib baik di jajah British, tidak Belanda. meskipun mengaut kekayaan negara, sebelum meninggalkan bumi Malaysia, British sempat "meninggalkan sistem- sistem politik, sistem pentadbiran, sistem pendidikan, sistem ekonomi,sistem pengurusan tanah dan pelbagai sistem, tidak s eperti Belanda, Belanda tidak meninggalkan "apa-apa", jusru itu "kami tidak mempunyai" apa berbanding dengan Malaysia yang mempunyai "banyak apa-apa yang ditinggalkan kolonial politiek"

lalu beruntungkah kita di jajah British. Banyak untungnya, kata seorang penoreh getah, berusia 70 tahun, British yang bertanggjuwab, membawa masuk pokok getah ke malaysia. Bayangkan apa akan jadi kepada bangsa melayu di luar bandar, khsusnya di kelantan, jika tidak ada ladang-ladang getah dan "pokok getah"? apakah sumber pendapatan mereka "jika tidak ada pohon-pohon getah" ? berapa ribu rakyat kelantan yang menjadi penoreh getah dan bergantung rezeki pada batang-batang pokok getah, yang bangun seawal pagi, menoreh getah dan jam 1 tenghari pulang kerumah ?

Fakta ini tidak dapat ditolak, kerana "meskipun mencuri khazanah negara", in return mereka berbuat baik, meninggalkan sistem, peraturan, dasar untuk mentadbir dan mengurus negara dengan baik.

anehnya, kerajaan British, yang sudah sekian maju kehadapan, tidak pernah pun "menukar sistem pendididikan" konvensioanal, GCE, General Certificate Education,dari Ordinary Level ke Advanced Level

sistem pendidikan mereka kekal dari dulu sehingga sekarang, tidak seperti sistem pendidikan negara kita, bila bertukar ganti menteri pendidikan,diganti sistem pendidikan baru-ini yang menjadi kelam kabut--dulu matapelajaran sains dan matematik, perlu diwajib dan diajar dalam bahasa inggeris dan kerajaan menghabiskan, wang rakyat berjuta-juta ringgit, tapi kini "order baru"baru keluar, kembali kepada asal

Dasar Pendidikan Negara yang sudah lama dibuat tidak seharus dan sembrono diubah suai kerana ia telah terbukti,sudah lama berjaya, mewujudkan educated society di bumi malaysia dan tidak sedikit dikalangan mereka ini, menjadi manusia aliran kiri, menentang pemerintah

Sekian. Titik

Jabatku

Datok Awang Adek Hussein, Muhyiddin Yassin-: ahli parlimen baru Bachok

Hari ini di sekolah menengah teknik bachok,berlaku happening besar, mesyuarat perwakilan UMNO Bachok, majlis penutupan dilakukan Presiden UMNO,Tan Seri Datok Muhyiddin Yassin. Yang menarik ianya tak ubah seperti merasakan "pesta kematian politik", Nasharudin Mat Isa, ahli parlimen PAS, yang didakwa tidak berbuat banyak membantu, masyarakat bachok

sejauh mana benar dakwaan itu, hanya "anta yang bernama, manusia, nasharudin mat isa", dapat menjawabnya dengan tepat dan jelas."Pesta kematian politik tokoh pas itu" akan direalisasikan dalam PRU ke 13, itulah inti pati, aspirasi dan harapan tokoh-tokoh ,pucuk pimpinan UMNO Bachok, sewaktu perwakilan itu bersidang

aku yang turut berada disana, tertarik kepada satu pemimpin UMNO cawangan, sewaktu lain-lain hal, yang menyatakan dengan tulus, jujur dan sejujurnya bahawa ajk UMNO bahagian bacok agar turun kepadang,menziari tokoh-tokoh veteran UMNO, dekati "masyarakat kampung Pas" kerana golongan ini teringin benar untuk menyertai UMNO,tapi tidak ada orang UMNO yang datang bertegur sapa dan bertanya khabar

manakalan seorang perwakilan,ketika memberi pandangan tulus, menyatakan, pada kali ini,PRU ke 13 kali ini, UMNO Bachok, mampu melakukan kerja besar, menang satu parlimen dan 3 kerusi dewan undangan negeri

alasan yang diberikan nasharudin dan wakil rakyat PAS lain tidak berbuat apa-apa terhadap masyarakat miskin dikawasan ini.

alasan lain, sudah ada gerakan, gelombang merah, gerakan dari bawah untuk "membumihangus dan menghancurkan Pas" dikawasan Bachok

penggundi katanya, sudah ingin menukar selera seks politiek, dari hijau kepada biru, sejauh mana benar telahan ini kita semua masih samar dan kelabu

dengan nada menggebu beliau berkata, saat kemenangan UMNO sudah hampir, dengan syarat tidak ada "cah keting " sesama UMNO

bagi mereka yang berhasrat untuk menjadi calon, nam tidak naik, perlu dihantar kesingapura, untuk berehat dan dibawa kembali ke bachok, selepas pilihanraya selesai
berdasarkan keputusan pilihanraya, majoriti yang dimenangi nasharudin mat isa tidak banyak. kali ini ahli umno kawasan itu sudah nekad untuk menobatkan awang adek hussein calon baru parlimen bachok

dalam ucapan penutupnya, beliau berkata, dari 1,000 syarikat besar yang beroperasi di malaysia, cuma satu syarikat saja yang beroperasi di bumi kelantan

kelantan katanya, mundur dan terkebelakang banyak tahun berbanding dengan negeri dibawah pemerintahan BN

Manakala Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri, memberi jaminan akan memberi perhatian khusus kepada kel\antan, jika PAS di"tersungkurkan" dalam PRU ke13

jika melihat kepada jumlah ahli umno yang hadir pada hari ini, jika setiap seorang "memegang kepala 10 penggundi" tidak ada sebab ketua bahagian UMNO kawasan itu akan kalah apabila tiba PRU ke 13

soalnya, apakah sememang nya begitu keadaan nya apabila tiba waktu menggundi

nasihat politik,Timbalan Presiden UMNO kepada perwakilan UMNO kawasan itu, mereka "wajib bekerja keras, jujur dengan sendiri, jujur dengan parti, UMNO pasti akan menguasai peta politik Bachok, sedikit waktu lagi

pilihanraya memang sudah dekat, sudah hampir, jentera UMNO perlu bersiaga dan bersiap sedia untuk "memastikan setiap calon BN menang" dalam Pilihanraya kali ini

beliau mahu jangana ada penggundi "salah pangkah", memakah parti PAS, mereka sepatutnya memangkah parti yang sebaliknya

melihat kepada gerakan peringkat akar umbi,gerakan gelombang merah, yang dicetuskan Tok Pa, bukan satu hal mustahil pada kali ini Datuk Dr Awang Adek Hussein, akan menang, sebagai calon Parlimen, dan tentunya, bukan sebagai PRU ke12, calon Menteri Besar, Kelantan

cuma menurut pendapat ramai kawasan bachok, calon menteri besar kelantan pada kali, yang bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh yang bukan duanya, Datuk Dr Illias Hussein.

apakah "sememangnya begitu" langkah dan pergerakan catur politiek, kelantan" ? Hanya Tok Pa yang mampu menjawabnya.
Sekian.Titik.
Jabatku

Friday, 20 May 2011

KARAM Singh WALIA kena fitnah-Johan Jaafar-Prima Media dan keadilan

Sewaktu aku belajar di negara Panscasila, suatu waktu tidak berjarak dulu,1985, pada waktu itu terdapat 2,000 media cetak, termasuk akhbar, majalah, tabloid, yang melaporkan apa jua "happening" yang berlaku di negara, bangsa serumpun kita

apabila wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia, yang dipanggil wartawan benggali,-kini di"lesukan urat-urat kelamin aktivitas",dari melaporkan berita, dan dikuarantinkan--kerana kesalahan mabuk-mabukkan-mengeluarkan "kata-kata sensitif"--bangsa melayu juga bangsa pendatang-datang dari pelbagai kepuluan melayu--Malay Archipelago--aku tiba-tiba terfikir,"banyak kebenaran" terhadap apa yang diucapkan, wartawan benggali itu

sesungguhnya, antara wartawan benggli, melayu,china dan india-sama saja-tugasnya melaporkan berita-cuma yang "advancenya" karam singh walia-beliau turun ke peringkat akar umbi,membuat pendedahan--aku datang ,aku lihat, aku siasat dan aku "lapor" dan aku "letupkan dalam Buletin Utama", disitulah "kehebatan wartawan benggali itu

anehnya, tindakan pihak pengurusan "mengharamkan Karam Singh" dari muncul dikaca tv tidak tepat dan tidak proffesional. "orang gila, orang mabuk" terlepas dari tindakan undang-undang. mereka mempunyai "imunity". dalam kes karam singh walia, "kata-kata yang dihembur dan dikeluarkan dari mulut berbau alkohol" tidak dapat dijadikan "bukti kukuh" untuk diadili

manusia mabuk, adalah haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang "underconscious"-separuh sedar, dan hilang pertimbangan rasional

aku percaya jika tidak "mabuk" Karam Singh walia, tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyinggung (barangkali) sensitiviti kaum lain.

lagipun, tindakan pihak tertentu merakam visual dan melepaskan kedalam Youtube-, dilihat sebagai tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan mempunyai "motif tertentu" untuk membunuh karier kewartawanan Karam Singh Walia

yang tolol,nya,pihak pengurusan mengambil tindakan-zalim-sadist dan tidak berperi kemanusiaan. Tidakkah terfikir jasa-jasa yang telah lama dibuat Karam Singh Walia

aku percaya jika dibuat poll, ramai kalangan penikmat dan pencandu Karam Singh Walia--tidak bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan mengambil tindakan terhadap Karam Singh Walia

berbicara mengenai imigrant, sekali imbas-apa yang diucapkan Karam Singh Walia itu memang benar, jika dilihat kepada historical root, bangsa melayu,jawa, banjar, aceh, minangkabau, bugis, sunda, batak,melayu selatan thai, kemboja--ada hubungan dan berkaitan satu sama lain--, masing masing kaum, "berlanglang buana", mengembara, ulama-ulama dari Pattani datang ke tanah melayu, berkahwin beranak pinak di malaya, bangsa jawa, datang ketanah melayu, kahwin dan beranak pinak di tanah melayu.pada waktu itu tidak "garis sempadan yang memisah dan menemukan mereka", mereka bebas masuk dan pergi, pergi dan masuk, pada waktu itu tidak ada istilah "pendatang haram, pendatang tanpa izin--

lalu dalam konteks ini, jika dilihat dari perspektif ini, apa yang diutarakan Karam Singh Walia itu, memang benar. bagaimana pula keadaannya, jika "ada pihak tertentu" yang dengki,niat tidak baik, khianat dan mengkhianti wartawan benggali itu ?

bagaimana pula keadaannnya, "jika sipembuat fitnah", membuat fitnah dan mengambil kesempatan diatas "keadaan mabuk wartawan benggali itu"

nah ternyata, pihak pengurusan sudah termakan "fitnah" dan mengambil tindakan "kejam", membunuh karier seorang wartawan penyiaran yang mendahului waktu, justru tidak pernah ada wartawan baik melayu maupun china dan India dapat menyaingi kehebatan Karam Singh Walia.

sampaikan namanya disebut-sebut dalam parlimen,dikatakan karam singh walia lebih "berkuasa dari ahli parlimen,", ada masalah rakyatr laporkan saja kepada karam singh walia, beliau dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan hanya lensa dan peribahasa melayu yang direka cipta-

bukankah disini terletak kehebatan Karam Singh Walia ? aku difahamkan, manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, yang bersungguh-sungguh "menggantung" Karam Singh Walia, ialah "manusia benggali, berkulit hitam bukan bangsa melayu, keturunan mamak, pangkatnya bukan besar sangat, cuma nombor 2 dalam bilik berita tv3-ingin membunuh karam singh walia--beliau bukan tahu banyak tentang broadcasting, dulu bekerja dengan akhbar harian, media cetak--sengaja nak tunjuk "kuasa", "kuasa tolol-menganiya karam singh walia

disebabkan beliau "cemburu" terhadap Karam Singh Walia, beliau menggunkan "kuasa mematikan karier" wartawan kesayangan rakyat--khususnya rakyat golongan marhain-.cuma yang kali ini, "bangsa mamak, membunuh karier kewartawanan bangsa bangsa benggali

aku kira Datok Johan Jaafar, orang kuat Prima Media, yang kerap berbicara, berbuih buih tentang keadilan, ketelusan, perlu turun tangan dalam kes ini, cabut balik dan tarik balik arahan tolol, tidak membenarkan karam singh walia, muncul dikaca tv dan membuat stand upper-

Mamak yang bertanggungjawab "membunuh karier karam singh walia" ini patut disingir kerana mempunyai "hati yang tidak baik, berniat jahat"--beliau sendiri "mempunyai suara s eperti itik dan tidak secekap karam singh walia, ketika membuat stand upper

Datok Johan Jafar,yang terlalu banyak melihat keluar jendela kaca, dalam kes ini, perlu melihat kedalam masalahan "dalaman pengurusan diri s endiri", beliau sepatutnya menjadi "hero, membela anak buah" bukan turut membunuh "anak buah" sebagaimana yang berlaku terhadap karam singh walia.

Karam Singh walia, sebagaimana kata Winston Churcill,The price of greatness is responsiblity, Karam Singh Walia, manusia bertanggungajawab, "masalah rakyat, masalah saya"
Sekian.Titik

Jabat ku

Nik Aziz : Pengaruhnya semakin merosot ? PAS pertikai kajian SOCMAT

Aku terkesima membaca Berita Harian 20 Mac 2011, dibawah judul, Pas Pertikai kajian SocMax, kenyataan itu dikeluarkan Haji Hadi Awang, Presiden Pas, yang pernah mengeluarkan "makan gaji haram", makan gaji dengan kerajaan BN haram ,sumber kewangan negara bercampur aduk dengan "duit judi,duit ekor, duit toto,duit magnum-,tapi apabila menjadi Menteri Besar, Terengganu, tidak lama dulu, tiba-tiba makan gaji dengan kerajaan BN tidak lagi "haram". Halal.

Ini bukan cerita dongeng, kenyataan itu dikeluarkan pertengahan tahun 80an,disebabkan "haji hadi awang" juga manusia, haiwan berkaki dua dan mempunyai satu alat kelamin, ada nafsu, ada keinginan seperti manusia-manusia umno yang lain, bukan malaikat, "soal haram halal wajar dilupankan"

kalau makan gaji dengan kerajaan BN haram, ini bermakna semua ahli parlimen Pas, adun PAS, termasuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga "termakan duit haram"--duit, tabung kewangan negara bercampur aduk dengan cukai arakcukai, judi,--lalu, bagaimana dengan fatwa manusia bernama Haji Hadi Awang itu ? sudah tidak boleh pakai dan sudah "tidak laku validitynya" atau bagaimana ?

cuma manusia-manusia UMNO mudah lupa, tidak tahu untuk mengeksploitasikan "isu ini", disinilah terletak, apa nak kata pasal orang umno ini, ah tak payahlah disebut disini

ini jika Hadi Awang, manusia berperinsip, makan gaji dengan kerajaan BN,"haram", semua wakil-wakil rakyat PAS, ahli parlimen, termasuk exco "haram" mengambil gaji mereka--ini bermakna mereka semua "terpaksa berjalan kaki"---inillah sebenarnya yang dikatakan sebuah perjuangan--

Jika Hadi Awang, sanggup menelan "ludahnya kelangit"--ahli-ahli Pas yang lain pun sama, mereka juga butuh makan,dalam politik soal halal haram-haram halal-- boleh di putar belitkan, bukankah begitu ?

berbalik kepada cerita kajian SOCMAT yang mengatakan, Pengaruh Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin merosot, mencatat 43 peratus, aku tidak terkejut. aku tidak terkejut kerana manusia nik aziz juga manusia biasa,tidak maksum, bukan seperti Nabi-

anehnya ramai pemimpin PAS menolak hasil kajian, badan bebas itu. penolakan itu bukan isu besar, kerana mereka boleh mengemukakan pelbagai alasan, termasuk kajian, tidak menyeluruh dan mempertikaikan kaedah, metode, pendekatan kajian--itu sudah termasuk soal teknikal kajian--pokoknya, isunya--benarkah pengaruh nik aziz sudah merosot

baiklah, aku lebih selesa menyokong SOCMAT-: Pengaruh Nik Aziz semakin merosot, alasannya, ketika tumbang kerajaan BN , penghujung tahun 1990an, setiap kali "ceramah politik", ceramah agama kat bangunan Pas, kota bharu, kaset-kaset yang dijual macam goreng pisang panas, kaset gambar tok guru, hasil ceramah dijual dengan jumlah yang banyak, peniaga dapat buat duit banyak, hari ini sambutan terhadap kaset sudah merosot

banyak kaset tidak lagi laku untuk dijual, ada tapi tidak banyak. ini bermakna menurut penjual kaset yang aku temui, berkata, pengaruh nik aziz sudah merosot

itu bukan bermakna peluang UMNO tawan kelantan dalam PRU 13 semakin cerah, meskipun pengaruh tok guru sudah merosot, jika UMNO masih bercakaran sesama sendiri, masih ada budaya cah keting dalaman UMNO, mereka tidak perlu bermimpi menawan kelantan

ini adalah kerana "kekuatan politik PAS dan UMNO di kelantan sama kuat, seimbang" cuma yang mencelakakan dan memedihkan, dikalangan UMNO mereka sendiri sudah bercakaran, sebelum naik pentas untuk bertinju dengan PAS, itu saja,.

Sekian.titik
Jabatku






Social Matrix Research, SOCMAX

Timemanagement 2-: komen pembaca blog : Hanila Said-: tambah tangki minda

Reading is a food mind, kata big brother aku, sewaktu menghadiahkan buku, English Dictionary,25.9.1975,tercatat tulisan tangan, my lovely brother, never neglect your study,meskipun sudah 36 tahun berlalu, buku itu masih dalam simpanan, berada dalam keadaan baik. aku kira 100 tahun lagi,buku itu, akan masih berada dalam keadaan baik

bercerita mengenai buku,dalam bahasa arab disebut, kitab, aku pernah memberikan hadiah perkahwinan boss aku, Norhayati Said, kini orang kuat berita harian,sebuah al-quran, dan dia "bersatu dengan kawan aku," Kamaruzaman Nawi, asal Pasir Pekan, sempat kuliah di Medan,belum lama,ini "mereka bertentang mata", dimana, pertemuan pertama mereka aku tidak ketahui,-yang jelas they are happy married couples,aku kira hadiah yang aku beri itu pada tahun 1989, masih utuh,

yang menarik komen Hanila Said, cerita aku banyak cerita-cerita dicelah pintu,publik tak ramai tahu,sebagai wartawan yang sudah 22 berada dalam bidang ini, aku tidak perlu berbuat banyak untuk menulis dalam blog,aku hanya perlu "duduk dekat computer",putuskan apa judul yang akan aku tulis, aku pun terus "mengetik", menaip, dan larut dalam proses kreativiti,tanpa mengacuhkan apa yang ada disekeliling,apabila selesai,aku titik, dan aku pun kembali kedunia realiti

Semunya itu, berada dalam "memory card" minda aku,aku hanya butuh waktu, masa kelapangan,untuk menaip dan terus menaip, berbalik kepada "mentaliti bangsa kita",bangsa melayu--selagi kegiatan membaca belum menjadi "budaya"--kegiatan itu masih belum, "membudaya dalam masyarakat kita",selagi itulah "kita tidak akan maju dan bertambah maju". Kemajuan fisikal,bangunan pencakar langit tinggi, tidak dapat dijadikan satu "indikator",kita "sudah maju",kemajuan yang sebenar ialah membuatkan kita "menjadi manusiawi yang lebih menusiawi". Bukankah pendidikan, tidak kira, Islam ke, Kristian ke, Buddha ke, Hinduisme ke--is to make humane more humane - ?-(bukankah)

bukankah manusia yang maju adalah manusia yang memahami dan mengerti akan hakikat kehidupan, the essence of life, mereka memahami apa yang sebenarnya di maksudkan dengan perkataan "kaya",bukanya, pengertian kaya menurut perspektif-masyarakat barat-

menjadi kaya bagi  masyarakat barat adalah tujuan hidup mereka, mereka hidup bekerja, siang malam, mencari kekayaan, dapat duit banyak, spend the money lavishly, enjoy their life, thats the end of it. there is no life after death, terpengaruh dengan Nietsche,filosof Jerman, God has Died-Tuhan telah mati. Pengertian kaya bagi mereka "mempunyai wang berjuta-juta ringgit dalam bank, kereta mewah, rumah besar, disana ada rumah disini ada rumah". matlamat hidup mereka untuk menjadi kaya. disisi Islam, itu semua keperluan hidup, bukan matlamat hidup.berbeda persepketif membuatkan manusia Islam terbius dan tercandu dengan model kekayaan perspektif masyarakat barat

Penyakit itu juga bukan melanda pemimpin UMNO malah ada kalangan pemimpin kelantan PAS
kelantan terkena penyakit itu, kecuali menteri besar, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat.

beliau melihat pengertian kaya dari sisi dan aspek lain, dalam hubungan ini aku teringat kepada kata-kta ulama besar Indonesia, asal Bukit Tinggi, Padang Sumatera Barat, Indonesia, penulis buku tasauf modern, namanya Hamka,--kini- sudah berada di alam barzakh,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya--manusia yang kaya adalah "manusia yang cukup dengan sedikit"

Maknanya, jika seseorang itu,"tidak cukup dengan banyak", beliau masih miskin. Hari ini, ramai kalangan korporat,bekerja siang dan malam, 24 jam sehari,"tidak cukup dengan banyak", fokus pemikiran,otak mereka hanya berfikir untuk mencari duit,duit, duit--siang dan malam-tidak cukup dengan keuntungan 10 juta-
 mahu 20 juta--,khususnya kontraktor--dapat keuntungan 30 juta--mahunya "lebih lagi"--

dapat keuntungan 50 juta, mahunya lebih lagi--lalu sampai bila dapat beliau memuaskan nafsu untuk menjadi kaya.

mereka dalam jenis dan golongan ini,tidak berada dalam "kenikmatan kekayaan", mereka tidak bersyukur dan menghargai apa yang beliau miliki"--untuk sedar bahawa mereka sudah pun kaya--mereka perlu "jatuh dan dibangkrupkan" baru mereka sedar bahawa "mereka selama ini sudahpun kaya", jika tidak berlaku demikian, mereka akan tidak terus bersyukur dan terus mengejar bayang-bayang kekayaan,yang secara hakikatnya, tipu helah dunia, mereka mengejar bayang-bayang diri mereka, semakin mereka dekat dengan bayang,bayang akan terus berlari,mereka pun berlari, itulah gambaran sebenar "manusia kaya yang tidak memahami perkataan kaya menurut perspektif Islam"

menjadi kaya bukan satu dosa,semua kita beragama Islam,mahu kekayaan rohani dan material,ini adalah kerana sebaik saja kita, menghembuskan nafas terakhir--semua ada yang kita ada--terputus hubungan dengan kita--kecuali tiga perkara, sedekah yang diberikan, ilmu baik yang diajarkan dan anak-anak soleh--

hari ini berapa keratkah dikalangan "orang orang kaya,kita, beragama Islam" sanggup melakukan sedekah berjuta-juta ringgit ? tidak ada kerana mereka "sayangkan duit,harta mereka", kerana mereka tidak faham "dimanakah terletak duit mereka yang sebenarnya",duit mereka yang sebenar adalah bukan wang yang mereka simpan dalam bank, wang mereka yang sebenar adalah "wang yang mereka hulur dan berikan untuk sedekah atau berbuat kebajikan, "itulah wang mereka yang sebenar, wang kiriman akhirat, yang mereka lakukan sewaktu mereka hidup.

lalu bagaimana dengan "kita, anda dan mereka" sudah memahami pengertian kaya menurut perspektif Islam atau bagaimana ?

Sekain.titik
jabatku

Thursday, 19 May 2011

Khairy Jamaludin-:gelap masa depan,tempoh percubaan utk jadi menteri

Hari ini diTanah Merah, Redland, nama syarikat Datok Ismail, yang telah digantung tak bertali dalam UMNO,-ada majlis pelancaran gelombang merah secara besar-besaran.pelancaran dilakukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin, dulu menantu Perdana Menteri, kini menantu Paklah-.Khairy Jalamaludin, merupakan sebuah nama besar, peta politik pemuda UMNO Malaysia.Belia datang dan muncul diatas pentas peta politik pergerakan pemuda UMNO malaysia "secara bidang terjun" dan secara mendadak. Kahwin anak perempuan Perdana Menteri, jadi menantu Perdana Menteri, dapat laluan "mudah",duduk kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan kini secara tiba-tiba menjadi "menjadi manusia kaya"

sejauh mana benar dakwaan pembangkang ini,kita semua masih samar.apa yang jelas, sepanjang ingatan aku,pemimpin UMNO,Ketua Pemuda UMNO,yang tidak memegang jawatan "menteri" sewaktu menduduki kerusi itu" Datok Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaludin.

Zahid Hamidi,meskipun tidak memegang jawatan menteri, diberi jawatan Pengerusi BNS manakala Khairy Jamaludin,"tidak mempunyai apa-apa jawatan".

Pertama kali aku membuat liputan berita,mengenai manusia bernama Khairy Jamaludin, ketika dia datang ketanah merah,majlis pelancaran kelas tambahan, didalam interview beliau menyatakan, Pergerakan Pemuda akan melancarkan kelas tambahan kepada pelajar SPM,miskin, diseluruh 191 parlimen.

dan berita ini, disunting AE, Sukardi Ghani,dan diletupkan dalam berita Buletin Utama,sejauh mana perlaksanaan kelas itu disetiap 191 parlimen,aku tidak buat follow up. yang aku dimaklumkan,itu semua "omong-omong kosong",faktor yang menyebabkan "integrity" ahli politikus merosot

berbalik kepada berita Khairy Jamaludin,menurut pengamat politik tempatan,beliau akan menempuh zaman batu,zaman kegelapan tidak lama lagi. Kerusinya "akan tiba-tiba menjadi panas" dan akan dicabar,oleh pencabarnya sebelum ini

kenyataan beliau yang tidaka akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, "is a stupid statement" kata pengamat politik itu

dan kenyataan itu juga tidak mendapat apa-apa response dari pucuk pimpinan UMNO. kalau beliau the man with principle,dan sudah melihat "tidak ada masa depan untuk hari esok"dalam pentas politik UMNO, "ikuti teladan Tan Seri Musa Hitam, melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri" secara tiba-tiba dan secara mengejut, alasan tidak sehaluan dengan Tun Mahathir Mohamed.

mana ada pemimpin UMNO seperti Tan Seri Datuk Musa Hitam, yang berada dipuncak pimpinan UMNO,menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, melepaskan "jawatan secara mengejut", hari ini usahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, "jawatan menteri pun berebut dan dapat tak mahu turun-turun"

dalam sisi lain, ada pendapat mengatakan, hard times yang dilalui Khairy Jamaludin, sebagai trial period, tempoh percubaan sama dengan nasib Bapak Mertuanya

Paklah yang berada di kem B, bersama Ku Li, sewaktu mencabar Mahathir, meskipun memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada awal tahun 1990an tidak dib eri apa-apa jawatan dalam kabinet Mahathir Mohamed

Paklah hanya bersabar,dan aku dimaklumkan, bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Seri Hussein Ahmad, paklah pernah datang kekediaman dikampung Lemal, meminta "jasa baik" Tan Seri Hussein Ahmad, agar berbuat sesuatu.

Tan Seri Hussein Ahmad,pun berbuat sesuatu,kemudian Paklah dilantik semula dalam kabinet sebagai Menteri Luar. apabila Paklah menjadi perdana menteri, ada seseorang,membodek beliau untuk menduduki kerusi Pengerusi KADA, menggantikan Tan Seri Hussein Ahmad, Pak Lah "tidak berbuat sesuatu membantu Tan Seri Hussein Ahmad, pada hal, beliau tahu "kerana Husssein Ahmadlah" beliau kembali semula kedalam kabinet

itu cerita politik, sejauh mana benar cerita itu, boleh counter chek dengan "ayahanda" Tan Seri Hussein Ahmad,yang gering dan tidak dilawati ranai pemimpin UMNO sampai kehari ini

Berbalik kepada cerita Khairy Jamaludin, beliau juga akan menerima nasib,"hukum karma", terpaksa melalui saat-saat pahit dengan tabah,lagipun menurut ketua pemuda umno dari jajahan yang enggan didedahkan identi. "kerusi ketua pergerakan pemuda UMNO" yang di sandang secara tradisi bukan miliknya

beliau datang sebagai payung bidang terjun dalam peta politik pemuda UMNO, kerana Mertuanya Perdana Meneri Malaysia, Presiden UMNO, "beliau memetong que, seniority pemimpin-pemimpin pemuda UMNO yang lain,"--kini bila Mertuanya tiada, beliau juga "kena pergi",lagipun kemenangan beliau menewaskan  Datuk Mukhriz "diragui dan dipertikaikan"

tapi disebabkan pada waktu itu, proses peralihan kuasa dari Pak Lah ke Najib isu itu,tidak diperbesarkan.apabila Najib dan dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia ke 6,beliau melantik beberapa menteri baru dalam kabinetnya, anehnya nama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, tidak "tersenarai" tapi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dari Johor, tersenarai dan diberi jawatan Timbalan Menteri

Dan Khairy akan berhadapan dengan masalah besar, kerana "kerusi panas"ketua Pemuda UMNO Malaysia yang didudukinya akan di"cabar" untuk kesekian kali, tapi dalam pertandingan kali ini, Bapak Merrtuanya,Paklah bukan lagi Presiden UMNO dan tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan "beliau berseorang diri dan bersendirian" menghadapi pencabarnya yang bukan calang-calang pencabar

sekian.titik
jabatku

Wednesday, 18 May 2011

Tan Seri Muhyidin Yassin lawat kelantan Mei 21,2011

Barangkali, ada pendapat mengatakan Tan Seri Muhyidin Yasin,"bernasib baik",apabila beliau berani menyatakan "sebuah kebenaran kepada PakLah", he is needed no more as a "negarawan",jika mahu melihat UMNO selamat,jika mahu melihat BN,kekal memerintah dalam PRU ke 13.dan ternyata, keberanian dan kejantanan beliau dibayar dengan harga mahal, apabila Pak Lah bersetuju untuk turun,Datok Seri Mohd Najib Razak "naik" dan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

tapi keadaan bersuara lain, dan nasib bersuara lain, apabila keberanian dan kejantanan Tan Seri Annuar Musa, menyatakan sebuah kebenaran kepada Tun Mahathir Mohamed, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, selepas Pru ke 10, selepas teriakan "reformasi",yang menyebabkan penggundi  bangsa melayu memilih parti pembangkang-menyebabkan undi umno semakin merosot,dikalangan penggundi berbangsa melayu--keberanian beliau menggucapkan kebenaran "tidak berbaloi"

disebabkan terlalu berani,berani mengambil risiko, Tan Seri Annuar Musa "tergelincir" dari thingking box tun mahathir mohamed

ketika bertanding merebut jawatan ketua pemuda UMNO, belau terpaksa berhadapan dengan Datok Dr Zahid Hamidi dan Rahim Thamby Chik, beliau juga tidak merujuk kepada Tun Mahathir. meskipun kalah, beliau kalah dengan "gagah"
menurut sumber, yang wajar dirahsiakan, dalam mesyuarat itu,Tan Sri Annuar Musa--menyatakan bangsa melayu bukan nya tidak menyukai UMNO, mereka sebenarnya "tidak menyukai Mahathir,tidak menyukai kepimpinan Mahathir" (mungkin mereka melihat tindakan tun mahathir memecat DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebagai suatu tindakan "sadist dan kejam",pada waktu itu)
selepas beliau berucap "keadaan dalam bilik mesyuarat menjadi hening, bening dan sunyi" seketika, ahli MKT sama sekali tidak menyangka, pemimpin berasal dari bukit marak, "berani dan sungguh berani" melakukan "kritikan terbuka kepada Tun Mahathir"yang dianggapnya sebagai bapa politik---kerana mahathir lah,meskipun kalah dalam pilihanraya--melantik beliau menjadi senator,kemudian dilantik menjadi Menteri--menteri belia dan sukan, menteri pembangunan luar bandar--

dan tun mahathir sama sekali, tidak menyangka "anak didik politiknya itu" berani,dan sanggup melakukan "kritikan terbuka" dalam mesyuarat MKT meskipun--beliau wajar dianggap "blue eyes boy" Tun Mahathir pada waktu itu

ternyata apa yang disuarakan Tan Seri Annuar Musa, ada "kebenarannya", tidak lama selepas itu Tun Mahathir menyatakan kesedian untuk berundur dan memberi "masa tepat" untuk berundur dari pentas teater politik UMNO

tapi harga sebuah kebenaran politik yang disuguhkan, Tan Seri Annuar Musa, berbeza dan bersuara lain dengan nasib Tan Seri Muhyiddin Yassain--,nasib tidak menyebelahi, Tan Seri Annuar Musa--beliau dikaitkan dengan pelbagai ...ah tidak wajar disebutkan disini--media pun menjatuhkan "hukuman",tukul diketuk,oleh hakim--ternyata--siasatan BPR--tidak mempunyai bukti kukuh--solid evidence- untuk mengheret beliau kemahkamah, "justru beliau bebas",bebas dan lepas. selamat dan titik

penulis buku faris noor, nama palsu, nama samaran dikatakan difinance "pihak tertentu"(barangkali) pembangkang sengaja untk "memalu dan memilukan" beliau


tapi karier politiknya tiba-tiba menurun,semasa zaman paklah, beliau dilantik semula Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, apabila Datok Seri Najib,menduduki kerusi Presiden UMNO, jawatan itu diserahkan semula kepada Tok Pa

moral of the story--sesiapa dikalangan ahli majlis tertinggi UMNO,ingin menjadi pahlawan disiang hari,menjadi hero, berani melakukan kritikan--mereka kena berani dan sanggup mengambil risiko--samada nasib mereka akan menjadi seperti tan sri muhyidin yassin atau tan seri annuar musa

mengambil risiko untuk menjadi manusia politik yang berani dan lantang bersuara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO--,mereka perlu bijak bersikap dan  perlu menyatakan kebenaran--

ternyata, keberanian dalam politik UMNO,perlu ada batasnya-jangan mengharung dipadang orang lain, baru selamat, jika tidak terpaksa menerima "padah" sebagaimana terjadi kepada manusia bernama Tan Seri Annuar Musa

lawatan TPM, Tan Seri Muhyidin Yasin ke kelantan bermula jam 2 petang,mei 21,2011 dan akan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Agenda mesyuarat ? yang jelas, ia akan menjadi rahsia politik, hanya manusia-manusia politik, berjawatan Ketua Bahagian, saja yang dapat menghadiri mesyuarat itu. Apa yang akan dibincangkan "akan tetap menjadi rahsia seabad". cuma selepas itu, waktu sidang media,kemungkinan, "wartawan akan bertanya"-apa yang dibincangkan,"?

terserah TPM untuk menjawab atau tidak, jika ia "strategi politik", menawan kelantan, soalan itu tidak perlu jawab justru bukan semua soalan, perlu dijawab

sekian.titik
Jabatku