Wednesday, 8 June 2011

Kenapa Husham Musa tidak dapat menjadi Menteri Besar ?

menurut wartawan akhbar berbahasa China,yang sudah 20 tahun, berkhidmat dikota Bharu, yang enggan namanya disiarkan, berkata, PAS kelantan kini berada dalam keadaan tidak stabil, justru ada du golongan, golongan professional dan ulama. ada dua tokoh yang disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar ,sekiranya Tok Guru, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak lagi menduduki kerusi itu

Nama yang disebut itu ialah Timbalan Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob dan Exco, Nik Amar Nik Abdullah, bagaimana dengan nama Husham ? Nama beliau tidak ada dalam senarai, kerana nama beliau tidak populer dikalagan exco dan pemimpin Pas, golongan ulama

berita terbaru itu tidak mengapa, kerana Husham pada kali ini dikatakan  akan bertanding di kerusi Parlimen tidak lagi kerusi dewam undangan negeri, selaras dengan jawatan yang baru dipegang, Naib Presiden PAS

Pemimpin seperti beliau, harus berada didalam Parlimen kerana "otal bergeliga" beliau sepatutnya membahaskan isu-isu nasiona dan internasional

menurut, ketua penerangan Pas Kelantan, ADUN Pas, Bukit Tuku,Abdul Fatah Harun, dalam sejarah politik Pas kelantan, belum pernah ada "timbalan menteri besar" menjadi Menteri Besar

jika begitulah sifir politiknya, nama Datok Ahmad Yacob akan tercicir dan kerusi MB akan menjadi milik Nik Amar Nik Abdullah

pun begitu, kalau mengikut undang-undang batang tubuh kerajaan negeri kelantan, "kuasa mutlak" melantik menteri besar, terletak ditangan "sultan"

untuk menjadi menteri besar, "mesti mendapat consent" pihak istana, jika tidak, tidak dapat menteri besar

dari satu sisi, mengikut ahli pas, untung "apanya" menjadi menteri besar ? lagi banyak soalan yang akan dijawab menteri besar di padang masyar kelak

"Menjadi menteri besar PAS, bukan seperti menjadi menteri besar BN, peluang besar untuk mencari duit dan mendapat kekayaan lewat jalur politiek,"katanya serius.

Benarkah "begitu"? Bagaimanapula dengan exco pas kelantan yang mendadak "kaya" ?
Sekian. Titik

Jabatku

No comments:

Post a Comment