Wednesday, 8 June 2011

impak politik, Mohamed anak lelaki Sabu dan Husham Musa : Orang kuat Pas

Barangkali ramai kalangan penikmat dan pencandu politiek UMNO, yang tidak mengetahui impak politik, kemenangan dua tokoh PAS, itu menduduki "kerusi penting pucuk pimpinan PAS". Yang jelas, "pintu muzakarah",apapun alasan yang diberikan "waima"-perpaduan bangsa melayu- "pintu muzakarah akan tetap tertutup"

Hendak juga bermuzakarah, UMNO perlu berusaha menjadikan al-quran dan hadis sebagai asas perlembangaan,pinda perlembagaan yang sedia,itu syarat yang ditetapkan Mursyidul Am, Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husham Musa akan meneruskan hasrat dan aspirasi, mentor politiknya itu. Ramai kalangan UMNO tertanya-tanya dimana terletak kehebatan Husham Musa bermain dan bersilat politiek. kehebatannya, Tun Mahathir Mohamed, pernah "mengkagumi" otak geliga Husham Musa,ketika berbahas di Parlimen.Husham Musa, berhujjah "berdasarkan "fakta dan figure", dia banyak membuat "penyelidikan" berbanding dengan ahli parlimen Pas yang lain

Datok Nik Abdul Aziz sendiri pernah memuji Husham Musa didepan aku dan media arus perdana lain, suatu waktu tidak berjarak dulu mengenai "kehebatan husham", yang katanya suka "membaca dan membuat penyelidikan"

justru itu beliau pantas menjadi "blue eyes boys" Tok Guru..

Kehebatan lain, beliau yang mengurus anak tok guru, nik adli, yang ditahan dibawah ISA, dibawa kembali, melawat Datok Nik Aziz, yang terkena serangan "sakit jantung" dulu ketika dirawat dihospital swasta, suatu waktu tidak berjarak dulu.

kehebatan lain, sewaktu aku berada di pejabatnya sebelum PRU ke 12, beliau sempat memberitahu aku, dalam Pru ke 12, nanti negeri selangor, perak, kedah dan P.Pinang akan jatuh ke"tangan pembangkang". aku hanya terkesima,dan menggangkuk kaku

hubungan aku dengan beliau harmonis,damai dan ok,justru banyak berita , yang membabitkan beliau dan dimuatkan dalam Buletin Utama TV3

malah sebelum cameraman, memulakan rakaman "kami sempat" berbincang, tentang apa yang bakal beliau ucapkan.

kini, sudah lama kami tidak berhubungan kerana aku sudah tidak lagi berkhidmat dengan TV3,apapun he is a smart politician, blue eyes boy,Tok Guru Nik Aziz dan yang mencelakakan, berdasarkan sumber dalaman Pas, ramai kalangan exco yang tidak menyukai beliau, khususnya golongan agama. apakah benar cerita politik itu aku tidak tahu persis, yang jelas menurut sumber dalaman Pas, peluang beliau untuk menduduki "kerusi MB", amat tipis kerana......ah ...apapun alasannya ....aku kurang tahu persis, yang aku tahu jelas, beliaulah pemimpin PAS, yang meneruskan perjuangan Tun Mahahtir Mohamed,mencipta dirham dan dinar emas dan kini ianya di praktiskan di kelantan.

Husham sudah dapat membaca gagasan dan pemikiran Tun Mahathir, yang "mahukan" setiap negara arab, negara Islam, yang mempunyai "emas hitam", berurusan dengan berurusniaga" dengan negara-negara barat, pembeli minyak menggunakan "emas",bukan US Dollar

bayangkan jika idea dan gagasan ini disambut negara-negara arab, pengeluar minyak, yang barangkali tidak terlalu salah untuk dikatakan "tolol dan lebih totol dari itu", sudah tentu US DOLLAR akan "crush dan crash"dan "merudum"(kini sedang merudum)  tapi yang memedihkan, pak-arab, pak arab, pengeluar minyak ini, menggunakan perkhidmatan Financial Controller,berbangsa Yahudi malah, banyak dikalangan mereka menggunakan perkhidmatan bank dan menyimpan wang mereka di bank-bank negara barat, yang secara halus turut membantu instituasi kewangan negara-negara barat dan membantu sistem perbankan dan ekonomi negara barat


Sekian. Titik
jabatku

2 comments:

york said...

mat sabu,husam musa tokoh penggerak orang2 muda,

nikmahadi said...

Terima kasih,diatas pandangan anda,titik

Post a Comment